Jan 17, 2006

Siapa Bigfoot?

(Jibon di kampung aku)

Pagi tadi aku dengar Era cerita pasal Bigfoot, siapa Bigfoot ni? Aku baca dalam Metro ada orang jumpa bigfoot kat kampung aku, teruja sungguh aku, Apsal bigfoot tu tak jumpa org kampung sendiri?, ceh!! …Berikut adalah temubual yang dibuat oleh seorang yang kecewa kerana tak dapt berjumpa dengan bigfoot…

Soalan: Adakah bigfoot itu golongan HANTU atau jembalang tanah?

Aku kata: Kalau bigfoot tu hantu, tentu dia boleh ‘ghaib’ dan menjelma kat kampung aku atau terbang sambil ketawa mengilai-ngilai, dah puas ketawa hantu tu patutnya buatlah apa yang patut, seperti menjelma menjadi perumpan cantik dan tumpang teksi, atau cekik leher orang, hisap darah , arghhhhh! buatlah apa yang patut hantu buat…tak payahlah nak sembunyi2 dalam hutan nu….

Soalan: Adakah bigfoot itu dari golongan JIN?

Aku kata: Kalau bigfoot tu Jin, apa kejadahnya dia buat begitu, sebab Nabi dah larang dia menjelma suka hati kat depan manusia, dan ada hadith yg benarkan dan halalkan kita bunuh jin kalau dia menjelma alam kita, tapi kalau jin tu jin jahat bermakna dia dah berjaya buatkan korang sibuk cerita pasal dia, dan Jin ni suka manusia cerita yg bukan2 pasal dia, ada sorang ustaz cakap jin ni bila dah rasuk badan manusia dia suka mintak dan suruh korang buat benda2 pelik, supaya korang percaya dan buat kerja-kerja bodoh, jin memang suka tengok manusia buat perkara yg bodoh2. ingat manusia ni adalah sebaik2 kejadian…maka ada jin yg cemburu, setan lagilah jeles, tu yg tak nak sujud kat Nabi Adam tu…

Soalan: Adakah bigfoot itu jelmaan Syaitan?

Aku kata: Kalu Bigfoot tu syaitan, setahu aku ( kalau salah tolong jolokkan ) syaitan akan menjelma dalam rupa ‘berjisim dan berjirim’ ni untuk goda manusia time jumpa Nabi atau para wali2, tapi kalau setakat kaki pancing, atau pengakap, memang tinggilah makam korang sampai syaitan boleh jelmakan diri dia macam tu, patutnya iman korang akan meningkatlah… tapi kalau iman umat akhir zaman ni, setakat syaitan bisik dalam hati, dah tergoda…(aku lah tu)

Soalan: Adakah kemungkinan bahawa bigfoot itu UFO?

Aku kata: Yang ni lagi best Kalau bigfoot tu UFO tentu dia ada piring terbang dan bolehlah dia datang rumah aku, culik aku buat penyelidikkan tentang manusia ( untuk pengetahuan korang aku ni manusia biasa ) dan dah tentu aku dapat melarikan diri ( sebab aku terer luar biasa ) dan bercerita kat korang tentang pengalaman diculik makluk asing, maka pasti UFO tu bengang gila, maka aku mintak supaya UFO tu tembak aku dengan pistor leser dia..Ha ha ha!

Soalan: Adakah bigfoot itu sejenis binatang purba?

Aku kata: yang ni kena tengok sama ada binatang ni makan secara menerkam, atau punyai taring, atau boleh hidup dua alam, dan tengok apa pulak yang dia makan, sayur ke nasi ke, daging ke, bukan apa boleh buat korban hari Raya Adha tahun depan pulak nanti.

Soalan: Adakah bigfoot itu golongan Manusia purba?

Aku kata: Kalau betullah dia ni manusia, maka kewajipan org islam untuk jumpa dia dan daqwahkan kalimah Allah, sebab ugama ni untuk seluruh alam, semua org dan sepanjang zaman. Tapi jika bila korang nak jumpa dia asyik lari dan sembunyi aje maka terlepaslah kewajipan korang untuk daqwah dia.
Satu lagi jika Bigfoot ni manusia, maka pasti dia pun akan jadi mayat.

SEKIAN.
Ada lain soalan boleh lah email kat aku.

21 comments:

Anonymous said...

ala bigfoot mamat yang suka makan buah konen kat kg aku tuuu...


mmm...sorry buat lawak sikit...

hamka said...

terima kasih pada korang semua, aku dengar satu info kat TV3 dalam MHI kalau tak silap, bigfoot mempunyai tapak kaki terbalik, dan nama lain utuk dia ni hantu gigi panjang..he he,

'hantu' gigi jarang aku pernah jumpalah..

Anonymous said...

apa maksudnya "tak sama menghayati hadiah pengorbanan Nabi ibrahim dengan menghayati pengorban nabi ibrahim.... "..blh ungkaikan!!!

sbenarnya aku tak berapa percaya sgt ler ngan Bigfoot ni..pasal tak der bukti yg kukuh ttg kewujudannya...mungkin rekaan semata2 mcm ikan duyung tu!!tp tu cuma pendapat aku je..terserahhh

Anonymous said...

uiyyoo..bestlah ulasan abg hamka ni..lawak ada, dakwah pun ada..teruskan usaha abg..bang..akademi fantasia 4 dah dekat ni..buatlah ulasan sket..

hamka said...

terima kasih husulmuin

benar, tak payah susah2 pikir benda yang bukan perintah Allah suruh percaya,...

pasal yg kau tanya tu, aku nak tanya balik,
kau baca tak posting aku yg bertajuk
'apa itu korban?'?
atau kau dah baca tapi tak paham?
aku copy kat sini sikit...

Tuan-tuan yang mulia,
NABI IBRAHIM A.S TIDAK DIPERINTAH UNTUK SEMBELIH SEEKOR BINATANG
TAPI DIPERINTAH UNTUK SEMBELIH SEORANG MANUSIA…

NABI IBRAHIM A.S TIDAK DIPERINTAH UNTUK SEMBELIH SEORANG MANUSIA SAHAJA
TAPI MANUSIA ITU ADALAH ANAK DIA…

NABI IBRAHIM A.S TIDAK DIPERINTAH UNTUK SEMBELIH ANAK DIA SAHAJA
TAPI
ITULAH SATU-SATUNYA ANAK DIA…

DAN BAGINDA TELAH MELAKUKANYA….

Baginda buat sungguh2, tapi pisau tak lut, Allah tarik sifat pisau yg memotong, susah hati baginda fikir macamna nak sembelih anak dia, baginda asah pisau dan sembelih lagi anaknya tapi tak cedera sedikitpun . Baginda buat berkali2 sehinggalah datang malaikat Jibril a.s bagitahu “cukuplah Nabi Ibrahin, engkau telah buktikan cintamu pada Allah mengatasi segala-galanya, engkau sanggup korbankan apa saja demi Allah walaupun nyawa anakmu sendiri,
Maka sebagai hadiah Allah telah hadiahkan seekor kibas dari langait yg diambil dari zaman nabi Adam dulu kepunyann Qabil(Qabil ke Habil? Kene check semula nanti)
Jadi, tak sama MENGHAYATI PENGORBANAN NABI IBRAHIM A.S dengan MENGHAYATI HADIAH PENGORBANAN NABI IBRAHIM A.S(dan tak salah langsung pun nak sembelih lembu pd hari raya korban, sunah tu!)
cuma...Pernah tak korang ‘sembelih’ perasaan cinta korang pada anak isteri demi kerana Allah?
Ramai org datang solah hari raya korban, ramai org buat korban tapi masjid masih kosong,(bersambung...)

hamka said...

hi allyssa,
tahun ni org nak cerita pasal piala dunia lah....dan pahala aknirat ha ha ha...jangan marah...

bukh said...

UFO : Unidentified flying object... hurmm saye rase bigfoot nih bukan dari golongan UFO kut..

maybe sesuai utk UWO : Unidentified walking object kut..
btw, nice entry bro =)

hamka said...

thanks to mr, bukhari,

ha! ha! ha!

maybe sesuai utk UWO : Unidentified walking object kut..
btw, nice entry bro =)

benarlah, Tak payah buang masa percaya dengan daqyah org kapir nie.
Diorang percaya apahal pulak kita pun nak percaya
Habiskan duit dan masa saje nak buktikan kewujudan mahkluk ni, memenag kesianlah kat meraka yg berkenaan,, tah apa maksud hidup atas dunia ni pun
trak tahu…
Kalau makhluik asing tu wujud atau jumpa ngan alien ni suruh dia culik aku buat kajian atas manusia atau tembak aku dengan pistol láser..Ha hah haha!

Anonymous said...

hi, bigfoot mahu pulang

Gelap malam, pasti terang
Sang mentari, pasti datang
Kesesatan, perjalanan
Rahmat tuhan, menentukan

Berikan ku masa, mencuci dosa
Aku kan pulang, menebus usia
Di musim berlalu, sepi memburu
Memaksa perindu, meruntuhkan nafsu

Dengan khayalan sebuah kehidupan
Jarum suntikan, menjadi pegangan
Menjadi buruan

Terimalah kembali, wajah ini
Jangan terus membenci, sampai mati
Sedang hari berganti, kau mengerti
Sedang masa berganda, kau merasa

Aku manusia, pelakon cerita
Di pementasan, alam ciptaannya
Bukan sengaja, melanggar arahan
Kadang terlupa, watak dan peranan
Aku manusia

hamka said...

Terimalah kembali, wajah ini
Jangan terus membenci, sampai mati
Sedang hari berganti, kau mengerti
Sedang masa berganda, kau merasa

(teringat dengar lagu ni waktu hujan jam 7 pagi dalam perjalan ke rumahmu..satu tika dulu...sayu rasa...)

Anonymous said...

En. Hamka,

Ko nie org maner ek?? org ganu ker org johor ? sbb yg aku tau org cari bigfoot kat kota tinggi, johor kan??

p/s: ko nie sama kg ker ngan aku kat kg temenin tu???

Ucu, Laila

hamka said...

dalam harian metro versi pantai timur, di kuala terengganu(aku lupa tarikh), ada menceritakan seorang pemancing berjumpa bigfoot kat tepi sungai ibai...yg masaalahnya rumah aku hanya 1 km dekat sungat tu...tapi tak pernah jumpa!!!-aku selalu mandi situ sejak aku kecik lagi!!!
(sungai ibai adalah berhampiran dengan masjid terapung yg terkenal tu.)

jadi: aku adalah org terengganu sekampung dengan makcik yg jual kepala ikan tongkol Rm 40 tu..'
hhe he he..

hasanah said...

org ganu rupenye..
gau kte!

hamka said...

hai!

AkuMuzikFilem said...

Oh ore ganu rupenyer. Nikah dengan orang Pahang. Bagus2.

hamka said...

hajat megat panji alam pada tun teja

Anonymous said...

member lupa tanya lagi 1 soklan....

last lepas jawapan bigfoot tu manusia..

dia patut ckp.."adakah Bigfoot itu sejenis kenderaan?"

XDDD

hamka said...

adakah ini soalan untuk tranformers versi beast war? tengok logo, balik, jika bucu cucu tajam, itu decepticon..

keretamayat adalah autobot, harap maklum.

Mummy said...

Bigfoot nih tak wujud ler..kalo wujud pun dia makhluk Allah gak...kalo dapat tangkap baru aku percaya..stakat bagitau ternampak tuh toksah percaya lar...ntah apa benda dia nampak dalam semak tuh, dikatanya bigfoot...heheh

hamka said...

raya korban dah dekat, bigfoot boleh pecah tujuh bahagain, he he

Anonymous said...

Ilmiah sgguh blog ni...sesuai utk bacaan 18thn ke atas.