Jan 2, 2006

Belajar Ugama dari Blog?

(selamat datang ke dunia 'kereta mayat'..)

Apa pendapat korang mengenai belajar ugama melalui blog?
Sebenarnya kita akan masuk shurga bila kita mendapat taufik dah Hidayat dr Allah.
Apa itu Taufik?
Apa itu Hidayat?
Pemain badminton negara ke?

Taufik ni adalah "kesedaran" yang Allah datangkan pada korang...

Manakala Hidayat pulak akan datang bila korang buat usaha atas kesedaran...

Allah akan bagi "kesedaran" dengan bermacam2 cara.,melalui blog boleh, TV boleh, tengok langit boleh, Sakit, Bini lari, dengar ceramah ugama, dengar lagu, Kemalangan,Muflis dll...Tapi korang haya dapat kesedaran belum dapat hidayat lagi.jadi untuk dapat hidayat korang kenalah lapangkan masa buat pengorbanan untuk usha atas kesedaran korang, Faham?
Hari ni ramai orang sedar penting sembahyang berjemaah tapi tak dapat datang masjid kerana tak buat usaha atas kesedaran..

Ramai perempuan sedar tutup aurat penting tapi tak dapat tutup aurat kerana tak dapat hidayat sebab tak buat usha atas kesedaran tu...
Orang yang tak buat usaha atas kesedaran, Lama2 Allah akan tarik kesedaran tu sehingga dia jadi tak sedar yang dia tu berada dalam keselahan.
Maka dia
kan kata "aku gi sembahyng masjid buat apa?Aku bukan nak pahala27, aku nak Allah, solat kat rumah pun boleh..." atau "zaman bila tutup2 ni, rimaslah iiiiiiiii!!!)
Maka jadilah percakapan mereka tu percakapan orang2 yang jahil(bodoh !)

Satu cerita...Cuba baca dengan penuh penghayatan.
Pada satu malam dekat kubur jam 2 pagi...suasana sunyi, dari jauh bunyi anjing ketakutan..dan kucing berkelahi, tiba-tiba kubur merekah, keluar bau yg busuk dan munculah mayat perempuan dengan kain kapan yang kekuningan merangkak menuju ke arah korang...sebelah matanya jatuh..dan giginya agak 'jo' serta darah hitam pekat mengalir dari mulutnya macam jo-on...
apa perasaan korang? seram tak? tentulah tidak sebab korang baca depan komputer waktu kerja ramai orang, cubalah baca cerita hantu ni kat kubur kampung nenek korang waktu malam sorang diri jam 2 pagi...baru baca "pada satu malam..." dan terketar2...meremang bulu roma, tempurung lutut berlaga...

Begitulah jugak dengan hadith nabi atau nasihat ugama...setakat baca internet, mana nak datang kesan nya...korang sedar tapi takde kesan,cubalah pergi majlis ugama kat masjid dengar ustaz cakap "semua orang akan jadi mayat..." meleleh air mata insaf...sebab tulah org alim mintak kita hidupkan bacaaan hadith kat masjid.

Jadi tujuan aku menulis dlm blog ini bukanlah nak berdaqwah ke apa sebab ni bukan cara Nabi, korang mungkin dapat kesedaran tapi hidayat akan datang bila korang buat usha atas kesedaran korang..., aku cuma menulis apa yang terbuku di dada, aku luahkan ketidakpuasan aku pada orang yang memutarbelitkan ugama. sebabb pakar sakit jiwa pernah bercakap kalau tak luahkan apa yang terbuku di hati korang maka korang boleh jadi sakit gila babi!...

Sekian untuk hari ini...

67 comments:

hafizbar said...

hidayah / niat buat baik / etc: tetamu Allah. kalau kita layan dia ngan baik maka dia akan datang berulang2 kali. dia suka utk bertandang ke rumah (read: hati) kita. sekian harap maklum

Hamka said...

Terima kasih kpd saudara mhafiz krn bagi tunjuk ajar.

Anonymous said...

HIDAYAT TU PETUNJUK
TAUFIK TU BIMBINGAN

ABF4932

Hamka said...

Benar! buatlah usaha atas hidayat, terima kasih.

born2Bda'ie said...

assalamualaikum.terima kasih kerana berkunjung ke blog ana.yg baik diambil dan yg salah ditegur agar ana tidak terus salah.yup, hidayah itu milik Allah dan hanya Dia yg berhak memberinya kepada sesiapa jua yg berusaha mencarinya.tak kira lah sama ada dari blog,ceramah ugama mahupun alam ciptaan Allah ini.anyway,teruskan usaha menarik umat untuk mencari hidayahNya dgn tidak memutar belitkan agama..insyaAllah

Hamka said...

waalaikumusallam,terima ksih kepada borntobedaie,saya bukan ahli fatwa kebangsaan, jadi kalau salah boleh komen, tegur, nasihat, kritik, ulas dan lain2.saya amat mengalu-alukan, dan benarlah hidayat adalah milik Allah.

ustazrock said...

ini ada lagu pasal org nak cari hidayat, betul tak?

Bukan aku tak cinta
Kepada mu semakin kurela
Kau lah satu di dunia
Tapi kau tak mengerti
Getaran rasa hati ini
Masih ada kucari

Kau anggap aku berseloka
Dan asyik dalam misteri
Mencari Nur dan kasih Nya pasti
Akhirnya engkau curiga
Katamu aku berdusta
Memperduakan cinta

Mentari di tangan bulan
Kau serah di genggaman
Tak kuhirau karna Dia
Relalah aku korban
Andainya satu hukuman
Kau tinggal diriku
Tanpa satu pengertian

Dan sebenarnya cinta kita
Hanya cinta sementara
Kan hilang jua dibawa arus pawarna
Cinta pada kuterpandang
Kan pudar nafas hilang
Hanya ia menanti ku di Azali yang suci
Mengertilah kau sayang
Kau harus rasakan ke alam tanpa mati
Dan kita seabadi
Dan akhirnya engkau kucup oh tangan ku

Marilah ku bisikkan keramat kasih ini
Biar menjadi nadi
Rahsiakan kalimah ku
Hingga ia menjadi tanda
Hidup mati bersama
Hidup mati bersama

Hamka said...

mmmmmmm,
betul gak ustaz rock, mungkin penyanyi(berdasarkan lirik-bukan zamani slam) tu org bukan islam dan sudah kahwin, tiba2 dapat hidayat, tapi bini dia tak paham ingat dia ada pempuan lain akhirnya Allah bagi dua2 hidayat, boleh aku tafsir cam gini? takpe salah ni bukan hadith pun ha ha ha...

Mentari di tangan bulan
Kau serah di genggaman
Tak kuhirau karna Dia (yang ni lebih kurang hadith)

Rahsiakan kalimah ku
Hingga ia menjadi tanda
Hidup mati bersama( mungkin keadaan tak sesuai untuk istiharkan islam pada waktu tu)

suka hati aku je...:)

Anonymous said...
This comment has been removed by a blog administrator.
van qif said...

assalamualaikum

mmm mesti pak cik tak terfikirkan, bermula dari post pertama ni, blog pak cik dah mencecah usia lebih dua tahun (kiraan berdasarkan hari ini 12 jul 08)...

alhamdulilah, mmg ler betul, usaha dengan tingkatkan iman ni bukan sekadar baca di blog sahaja...tetapi perlu usaha dakwah...Thanks, at least your blog tell me what to do..

note: finally i managed to see your face...muah muah muah...nampak garang sikit, tetapi kelakor rupernya...

semoga Allah terus menerus merahmati kita semua dengan hidayahNYA

wasalam
Adioss Amigoss

Hamka said...

eh, kau dah tahu dan dah tangok rupa aku?, boleh email tak macam mana kau trace sebab aku nak delete 'jejak keretamayat'...

tolong!

ps: tapi.., gambar aku waktu terseyum kau tak tengok lagi.. he he

van qif said...

assalamualaikum,

insyallah, i suuggest you delete my comment..seriously. i know it is important to keep laying low...i respect your confidential life..

jangan risau saya seorang yg prihatin...kononnya...hehehe

adioss amigoss

limaumaniss said...

AIK...lagu slam pon leh masuk sini...layann...!!!...err bro HAMKA..rupanya ini la entry ko yang pertama ek......syabas2...rasanya blog ni dapat memberikan impak maksima kepada sesiapa yg membacanya...err..apa yg aku ckp nie..hehe

Hamka said...

:)

Extremist Thinker said...

gua terpakse korek dari artikel pertama lu la brader. bgs2!

Hamka said...

semua pembaca kat sinipun begitu, paling cepat rekod yang mereka ambil untuk baca semua entry aku 2 minggu.

apa-apapun,

selamat naik keretamayat...

soleh said...

salam...

nice blog...i'm addicted 2 it...haha (am i over reacted? )

Hamka said...

selamat naik keretamayat

: )

nur_nj said...

hahhhh... akhirnya aku dapat gak baca entri pertama kereta mayat ni...

yeay! Alhamdulillah... terima kasih Allah kerana jumpakan aku dengan blog kereta mayat ni...

Hamka said...

aku memang tak sangka, akhirnya blog yang aku tulis suka suki, mencarut, dan mengutuk.., akhirnya ada hala tuju, ada follower, dan aku sendiri, banyak belajar erti hidup dengan menulis blog..

nampaknya, graviti bukanlah penyebab utama aku berada didunia ini.., orang yang aku sayang, korang, dan mereka yang sayang aku..
jika baca blog ini waktu aku jadi mayat kelak..

jangan lupa sedekahkan aku 'alfatihah'..

ps: jangan bimbang, mayat aku tak keluar dari kubur sebab dalam kubur ada graviti juga, woha!

Anonymous said...

sbnrya baru baca blog ni,
kecoh2 pasal the arrival..
apehal tu..

tiba2 sy naik mesin masa
ke tahun 2006 di mana
bermulanya entri pertama
dan seterusnya..

dan sy terus berkata
wah! knp sy bru brjumpa
dgn blog yg agak berilmiah
tapi perlu dikaji juga
serta sgt cool dan kelakar..

maka komen nya sya
disini adalh utk mmberi
nasihat diatas penulisan anda
yg diimbas dr masa
kesemasa perlulah lebih
berhati2 supaya tidak ada
fitnah dan cela
mencela dari para pembaca.

anda bagus dalam penyampaian
tp jgn tertipu dgn diri sndiri.

berhati2 lah di dalam
penyampaian agama krn ia
bisa mnjd petunjuk
bisa juga mnjdi kesesatan..

manusia ini hidup di
dalam fitnah yg besar..
mrk2 ini terbaik ttpi sgt
lah lemah..

jadi disini kembalilah
anda menaiki mesin masa
utk kembali kepada tujuan
asl anda..
ya disini entri
pertama anda
mungkin jwpnny..

atau anda ttp sahaja
dimana anda brada di dalam
gelombang arus yg bergelojak
dimana mmbawa keseluruhan
zarah yg menghentam atom2
yg ketumpatan seperti buih..

igtlah anda adalah
driver..
anda bukan penumpang
bertanya arah..
tapi andalah penunjuk
arah tersebut..
salah jalan anda
maka dua2 lah x
balik rumah masing2

mungkin sgt sesuai mmberi
teguran kpd anda diruangan
komen ini..

krn jika di ruangan yg hits..
mngkin sy akn dihentam dan diasak
bertubi2 spt mana lenox mngasak
tyson dimana lenox yang rambut
spt mop lantai digigit telinga
atau lebih parah dilepaskn cecair
oren spt di perang vietnam
oleh folower anda yg comel..

tak nak lah macam tu..

demikianlah sahaja syarahan saya
yg bertajuk
'menaiki mesin masa
kembali mengimbas
dimana permulaan
kita'
yg xseberapa ini..

dgn rasa rendah diri
dgn ktggian 162cm
sy mngundur diri menolak
kerusi ke blakang sikit
dgn harapan anda kembali
kpd mesin permulaan..
sekian...

-azet-

Hamka said...

bagus, cara terbaik nak dapat rezpond aku adalah komen dekat entry yang tak hits..

aku tulis dalam entry ini, antara tujuan aku tulis blog aku :

((cuma menulis apa yang terbuku di dada, aku luahkan ketidakpuasan aku pada orang yang memutarbelitkan ugama. sebabb pakar sakit jiwa pernah bercakap kalau tak luahkan apa yang terbuku di hati korang maka korang boleh jadi sakit gila babi!...)))

so, bab arrivals tu, sama jugak bab piutar belit ugama, dan tiada yang nak luahkan, sama macam kes orang gantung gambar nik aziz dalam rumah, tiada yang nak tegur..

aku menjadi pencetus kepada yang penakut..

ok bab bodoh, aku cuba elakkan lain kali..

ps: terima kasih

Hamka said...

ok, pengkomen ke 23 untuk entry pertama, woha!

Anonymous said...
This comment has been removed by a blog administrator.
nur hidayah isa said...

salam, wah dah lama jugak ek blog ni dari tahun 2006...5 tahun lebih dah...nice blog..nk baca semua entry2 kat sini tah bila leh habis..hohoho...

Hamka said...

Selamat datang! : )

Anonymous said...

Salam

ok, tuan hamka jgn riso, kami tak kate yg seolah-olah tuan hamka dakwah melalui blog.. ok?

(eh, ke aku prasan disalahkan?)

ok ok ok ajer!!

ok la, tuan hamka.. kalo kate selamat berjuang boleh?

Selamat berjuang!!!

Peminat setia :)

Anonymous said...

salam

'aku' kat komen atas ni bermaksud sayalah, 'peminat setia' :)

sebab pernah kate kat tuan hamka

'selamat berdakwah'

rase bersalah la.. ok

terima kasih sebab kongsi 'nota untuk diri sendiri' dengan kami semua peminat blog KM ni!!

minta teruskan!!

Peminat setia :)

Hamka said...

jumput duduk, ramai sangat yang berdiri, sila duduk, peminat belakang tak nampak,

he he

Peminat Setia said...

Salam..

ha ah ramai sgt peminat..

silverplate said...

Assalamualaikum...

Selamat berdakwah melalui bicara kata yang berhemah...kita tak perlu memaki untuk mempertahankan erti sebab Rasul s.a.w sendiri kan lemah lembut orangnya...

Salam ukhuwah ya akhi

(^_^)

Hamka said...

Bila masa pulak aku berdakwah kat blog ni? kau baca tak entry pertam ni?

Anonymous said...

entry pertama adalah guideline untuk menulis sehingga ke akhirnya.

maka, didiklah anak dengan iman (base) yang kukuh *macam tak relate pun* tapi ni serious.

Hamka said...

ok, akupun serius gak. : )

Pak Dollah said...

Salam..
En.km, minyak dah isi, driver pun dah ada, yang x de lagi mayatnya..
Saje je nk komen..
SeMoga bakal mayat yg nak dibawa x menggangu drivernya smpai ikut jadi mayat..
I FOLLOW...

Hamka said...

Entry permata masih lagi di komen korang..

Syukur nota ini memberi manfaat kepada yang melyakkan diri, Alhamdulilah.

semoga aku dapat amal apa yang aku sampaikan.

ps: aku pengkomen ke 36-Woha!

Faisal said...

salam bro Hamka, si kereta mayat,
akhirnya dapat gak baca entri pertama lu......saya selalu terbayang2 macan mana agaknya rupa si pemilik kereta mayat ni.....sangat teruju, anda menulis sesuatu yang mudah difahami orang...

selamat berjuang di medan siber...

wasalam

Hamka said...

solan tentang rupa di tanya oleh lelaki agak meresahkan aku-woha!

muka aku macam pelawak gemok dalam maharajalawak kumpulan balas yang suka buat lucah waktu persembahan, tapi dia lebih hensem sebab muka aku berjerawat, gigi berterabur, dahi jendol dan telinga pernah bernanah waktu kecik.

lupakan hasrat untuk menatap muka aku, jika tidak, kau akan merasa pahit membaca blog ini kelak.

Woha sekali lagi!

Anonymous said...

assalamualaikum

hamka,
sy peminat baru blog tuan
alhamdulillah sy mengambil masa 1bulan utk menghabiskan pembacaan kesemua entry tuan dr 2006 hingga 2011 (latest entry muallaf)... sgt mnyedarkan saya dan byk info dan ilmu sy perolehi dr blog tuan...
teruskan dengan penulisan yg sgt berkesan ini..
terima kasih banyak2.

sall Atli

Hamka said...

sebulan? wow!

dah habis baca, apa kesimpulannya.

Anonymous said...

kesimpulan yg boleh sy buat

SANGAT MEMBERI KESEDARAN BAHAWA JAHILNYA SAYA SELAMA INI!!! oh..

Sall Atli

Mummy said...

Sy peminat setia blog ni gak...sentiasa menunggu entry terbaru dari hamka...boleh dikatakan setiap entri memberi kesedaran dan ilmu kepada saya..semoge hamka sekeluarga sihat sentiasa..dan teruskan menulis...

Perempuan Isteri Dan... said...

Saya akui blog ini banyak memberi kesedaran kpd saya..tentang apa yang saya jahil selama ini.rasanya kalau tak baca blog ni satu hari mcm ada rasa yang tak kena.Saya amat menyukai blog Tuan kerana penulisan Tuan yang bersahaja,tp penuh pengajaran dan memberi keinsafan.Wassallam.

Bungakopi said...

btuahnya hamka. nanti kalau ko jadi mayat ilmu yg bmanfaat dlm blog ni trus bkembang kpd ramai org and ko dapat pahala. sgt bbeza dibanding ngan blog aku, merapu meraban je byk.nak tulis ilmu agama, xreti..and konpem xde yg bminat nk bace. huhuh

Ina Mohamad said...

memula baca entry tahun 2011.. tapi rasa x puas dan x puas hati lalu saya mengorek first entry keretamayat menjadikan ia lebih menarik dan terpanggil untuk membaca lagi.... semoga saya mendapat ilmu dr keretamayat...

Hamka said...

Mummy

Terima kasih kerana berdoa!

---------
Perempuan Isteri Dan...

errm perempuan isteri dan Madu ke? Woha!

-------
Bungakopi

Nikmat juga bila kita menulis, ada orang anggap berguna, Alhamdulillah, semoga aibku tertutup apabila ramai orang mendapat manfaat.

----------
Ina Mohamad

2011, 2006, berapa lama lagi hidup aku? Ada beribu email lagi belum aku jawab, doakan aku rajin dan tidak terlalu sibuk cari duit.

Anonymous said...

Hidayat amik kat hangpa,hidayah harap mai kat aku...amin.

abufawwaz said...

Alhamdulillah. Betul, Allah swt sentiasa memberikan hidayahNya (SEDAR) tetapi taufikNya mestilah di cari dengan ilmu (USAHA) untuk masuk syurga Allah swt.
Tsummalhamdulillah, segala syukur dan segala puji hanya kepada Allah Maha Bijaksana, Maha Pengasih Maha Penyayang. Moga Allah swt sentiasa sedarkan kita dalam berusaha menujuNya. Ameen.

Hamka said...

6 tahun kemudian..

: )

Anonymous said...

Salam....baru ketemu ngan blog ni ...terlewat tp masih belum terlambat..harap-harap dapat petunjuk dan hidayahnya...bnyknya nk kena baca..dr mula 2006...is ok dr layan novel skrg layan blog pula...thanks blog yang mencetuskan taufiq n hidayat

Hamka said...

doakan aku selamat dalam meniti baris ayat yang terus menerus ditulis..oh

Anonymous said...

teruskan menulis walau sekarang ni banyak yang menghentam di setiap sudut...adat la tu kan kalau ada orang yang tidak suka, sedangkan Nabi kita pun ada yang tidak suka apa lagi kita ni, ramai jak orang mau cari salah bah...dari yang aku tengok,kalau point Hamka betul pun mesti ada yang hentam juga sebab bahasa Hamka kasar...kalau aku ok jak...nama pun sudah nota agama unruk diri sendiri, aku anggap jak perkataan bodoh n bagang tu ditujukan kepada diri Hamka sendiri..wohaaaaaaa
tq Hamka, walau kau selalu buat aku nangis time baca blog kau...best baca blog kau nie

Hamka said...

terima kasih, (6 tahun kemudian)

Anonymous said...

Assalamualaikum encik hamka..

Warghh.. Aku rasa terrrrsangat rugi sebab dah nak jadi mayat baru nak jumpa blog ni..
Gigih tau aku menjejak kesemua entri encik..

Terima kasih encik kerana telah menyedarkan aku yang selama ini hanyalah seorang islam pada ic sahaja.. Apa yg aku dapat setelah baca blog kereta mayat:

1. Ada beberapa entri yg buat aku terketar2 menangis mengenangkan betapa bodohnya cara hidup aku dulu..
2. Blog ni telah menyedarkan aku supaya solat di awal waktu dan menutup aurat dalam erti yang sebenarnya
3. Aku manusia yang sangat jahil dalam ilmu agama, ilmu-ilmu yang lain pun aku jahil jugak
4. Dan banyak lagi tapi malas nak tulis kat sini..

Encik hamka, aku nak mintak izin encik ni.. Boleh tak aku nak salin point2 tertentu dalam blog ni dalam buku nota kehidupan aku? ( aku dah buat buku nota kehidupan atas saranan encik).. ada banyak ilmu yang macam best je untuk dikongsi dengan suami aku (bila dah kahwin nanti) dan anak2 aku (bila dah beranak nanti)..

Aku nak salin cantik2 (handwriting) dalam buku dan letak kat rumah aku supaya dapat dibaca oleh ahli keluarga yang masih lagha dengan kehidupan dunia (sedih mengenangkan insan2 tersayang yg macam tak sedar dah nak jadi mayat).. Semoga ahli keluarga aku tertarik nak baca bila melihat tulisan tangan aku tu.. Sebab diorang memang tak layan artikel bercetak komputer ni.. T_T. Aku harap beberapa artikel yang telah buat aku terketar ketar menangis kerana takutkan azab Allah dan menyesali dosa lampau akan berjaya menginsafkan mereka.. Semoga mereka juga akan terketar-ketar menangis seperti aku..

Aku rasa macam encik takkan baca je coment ni walaupun aku sangat berharap sebaliknya.. Tolong lah baca dan tolonglah coment 'aku izinkan'..

Semoga Allah merahmati encik hamka sekeluarga..

Ann

Hamka said...

terima kasih Ann, aku izinkan..

semoga aku sendiri dapat istiqamah amal apa yang aku sampaikan.

terima kasih kerana sudi membaca dan bertindak.

: )

Anonymous said...

Terima kasih encik kerana sudi reply dan terima kasih atas keizinan itu..
Sekadar berkongsi sebuah cerita :

Seorang kawan telah pelik bila melihat aku berubah.. Bila aku ceritakan tentang blog encik yang telah membawa keinsafan pada aku, dia suruh aku stop baca blog encik ni dan cakap nanti aku terpesong.. Astaghfirullah al azim.. Rasa sedih ada tapi rasa nak tergelak pun ada bila dengar dia cakap macam tu..

Semoga aku terus istiqamah dengan perubahan ini dan semoga Allah akan sentiasa memberi ilham kepada encik untuk terus menulis..

Ann

Hamka said...

terpesong?

Semoga Allah ampunkan dosa mereka yang lemah pemikiran, sikit sikit terpesong, aku hidup lagi, jika tak paham boleh tanya, nak terpesong apanya, adohai...

Anonymous said...

salam....waaahh sume komen d ats dah bgtaw ape yg nk bgtaw..sayr x mnt brrblog tp mint bace jer hehe..best2..nnti tulis ar pasal singa mintak tandok...ataw cite nabi ikan..msti best...satu lagi kpntingan memuliakan pewaris nabi..( halaqah gedangsa ) kl..

Anonymous said...

salam....waaahh sume komen d ats dah bgtaw ape yg nk bgtaw..sayr x mnt brrblog tp mint bace jer hehe..best2..nnti tulis ar pasal singa mintak tandok...ataw cite nabi ikan..msti best...satu lagi kpntingan memuliakan pewaris nabi..( halaqah gedangsa ) kl..

Hamka said...

eh? dah tulis apa kisah singa tu..

Anonymous said...

hamka nak tanye sket.. nabi pernah berpesan supaya apa yang dia cakap (hadis) tak boleh ditulis apatah lagi dibukukan dan dibuat kitab.. betul ke??

-healman-

pijot hafiz said...

Kembali membaca blog nie dr mula setelah terase hidayat semakin menghilang.. :'(

NIKFM77 said...

Ehem..aduh segan nak berbicara nie..Baru aku dapat petunjuk since 2006..adoyaii..time tu aku baru memulakan karier aku sebagai seorang guru...baru ari nie aku secara rasmi menjadi penumpang ko..boleh la ya Hamka?

Hamka Kereta Mayat said...

kecik keretamayat, bilik mayat saya sediakan

;)

Akmar Norizan said...

Akhirnya dpt jugk berkejrn cari cerita pertama Kereta mayat,Wohoa!!!! adeh sakit tgn

Akmar Norizan said...

2015 aku yg kedua,weitweit!!

Hamka Kereta Mayat said...

ketiga- woha!