Jan 30, 2006

Maut itu Nikmat?

(menangkap malaikat maut?)

Ni ada satu cerita sedih..isk..isk.. satu cerita yang boleh di ambil pengajaran.

Di sebuah kampung ada seorang remaja yang sangat sayangkan Neneknya. Sayang gilerlah, satu hari dia belajar hakikat hidup bahawa semua orang akan menjadi mayat termasuklah neneknya yg disayangi.
Dan dia dapat tahu pulak yang menyebabkan orang menjadi mayat adalah Malaikat Maut. Maka dia berdoa pada tuhan agar di beri hikmat untuk menangkap Malaikat maut.
Maka Allah berkuasa, makluk tak ada kuasa, Allah telah kurniakan hikmat MENANGKAP MALAIKAT MAUT pd budak tu….
Akrian bila nenek dia sakit tenat maka datanglah malaikat maut…
Budaktu pun apa lagi terus gunakan HIKMAT MENANGKAP MALAIKAT MAUT….dan budak itu berjaya…
tapi bila budak tu tengok nenek dia sakit tak henti2, mengerang kesakitan, menderita kelaparan kerana tak lalu makan, tak boleh tidur kerana sakit tak kebah2…siang malam menangis, kesian pulak budak ni tengok nenek dia gitu gaya…dan nenek dia doa.."Oh..Tuhan ambilah nyawaku, supaya aku boleh berehat…aku sakit sekarang,”
Air mata kesidihan, kepiluan,kehibaan mengalir tak henti2.
“Nenek jangan doa macam tu, saya sayang nenek…!”jerit budak tu..
Nenek jawab: “cucuku..bunuhlah nenek..nenek dah tak sanggup lagi…nenek sakit…”
air mata kian deras, gigi di rentap2 menahan sakit…
“Sakitnya ya Allah..sakitnya ya Allah….”
Akhirnya kerana tak sanggup melihat neneknya menangis gitu gaya…dia pun melepaskan malaikat maut…maka,
Mati dan menjadi mayatlah orang tua tu…
ada tanda2 tenang pd mayat tu….si budak ini menangis….
‘Alangkah deritanya manusia jika tiada maut….."
budak ni belajar lagi hakikat hidup...
Sekian....

Haaaa! Yang ni lagi sedih…ni nak nangislah ni..uhuk—uhukk! Korang tentu pikir aku nangis, tersedut asap ubat nyamuk sebenarnya(buat lawak mayatlah pulak)
Di akhirat nanti bila semua org dah masuk neraka dan syurga, maka Allah jelmakan Maut dalam bentuk seekor ‘kibas’(macam kambing)…
Hidup rupanya Maut ni..sebab tu lah korang semua akan mati, lalu Allah perintahkan Malaikat maut ni sembelih kibas di antara shurga dan neraka…maka matilah 'maut' ni,,
Mautpun jadi mayat…
Maka bergembira sakanlah org dalam shurga…maklumlah tak mati2 dah lepas ni,
Tapi org dalam neraka meraung! mengjerit! menangis ..!
“Ya Allah dengarlah rayuan kami” jerit ahli neraka,
40 ribu tahun kemudian baru Allah Jawab.
“ Apa korang Mahu?”
“Keluarkan lah kami kedunia walaupaun sesaat…”(baru nak keluar sesaat, dulu 5 minit ke masjidpun payah...)
Allah tak layan permohonan mereka, maka mereka ni merayu lagi selama 40 ribu tahun,,
“Ya Allah jadikanlah kami tanah…”
Allah berfirman:(plus-minus)

“Kekallah kamu dalam neraka selama-lamanya…!”

Merekapun menangis sampai keluar darah, lepas tu keluar nanah, lepas tu keluar bijik mata..mereka mengoyakkan muka mereka menyesal..mereka menderita..mereka mahu mati,,mereka mahu maut datang ambil nyawa mereka,.. mereka tidak mahu wujud ..mereka ingin sangat jadi mayat..tapi mereka kekal di dalamya selama-lamanya…Mereka terbakar, mereka kegorengan,mereka kerebusan, mereka kepanggangan, mereka kekukusan, mereka sakit yag amat..maha sakit…
.Ya Allah selamatkan lah kami dari Azab api nerakamu…..

ps:Korang takut tak api neraka?..kalau korang takut, aku lagi takut…! ,kalau korang tak takut, takutnya aku kat korang sebab tak takut azab Allah!!!

19 comments:

ibnu_umar said...

salam.

aku pun takut jugak. tp selalu terlupa. maka sama2lah kita ingat-mengingati antara satu sama lain.

ws

Abu S.H said...

takde yang tak takut. bezanya kurang diingatkan..kalau selalu diingatkan..yang keras pun leh jadi lembut..tu la pentingnye jemaah.
salam maal hijrah..teruskan usaha murni...you rawk!

hamka said...

amar,
sama samalah kita...
"takutkan kembali kufur macam takut azab neraka"




hucks,
salam maal hijrah jugak...
"hijrah itu perjuangan,
hijrah itu pengorbanan,
oleh itu mari semua kita sambit maal hijrah"
(aik?! takkan sambut je kot?)

Anonymous said...

salam..

bicara kematian, bicara kebebasan dari dunia ini... :) - nie arwah ayah tulis dlm diari dia 1973-1975, waktu die kat USM.

hamka, dari gaya cerita macam cerita dongeng... tapi semua itu benar seperti dalam Al-Quran.. bukan dongengan semata-mata..

Allah kata:
" Sesungguhnya orang-orang yang kufur ingkar kepada ayat-ayat keterangan Kami, Kami akan membakar mereka dalam api Neraka. Tiap-tiap kali kulit mereka masak hangus, Kami gantikan untuk mereka kulit yang lain supaya mereka dapat merasa azab sengsara itu dan (ingatlah) sesungguhnya Allah adalah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana. "[An-Nisa 4:56]

hmm... ayat pasal org kafir ingin menjadi tanah.. ana x ingat ayat berapa..

+ akhie +

hamka said...

+ akhie +
aku pun tak ingat ayat mana, aku just dengar direct org alim ceramah, save dalam otak aku dan previu kat sini,
terima ksih kat kau banyak2 akhie,
kalau kau sudi aku secara tak rasmi nak lantik kau sebagai pengesah dalil yg aku tulis-macam kau salalu buat tu, bagi hadith atau al-quran yg lengkap,
amacam? setuju?
sama2 samalah kita bantu...ok gak apa..

hamka: penulis blog
ustazrock: penulis lirik (penghibur blog)
akhie: pengesah dalil dan nas.

he3.

Anonymous said...

hamka: penulis blog
ustazrock: penulis lirik (penghibur blog)
akhie: pengesah dalil dan nas.
allyssa_dr : bintang af4..
huahuahua...weh hamka..byk projek tak spanjang island mode nih?he3

Anonymous said...

aku kenal siapa engkau!

engkau adalah tahik bintang musim ke 4...

hasanah said...

kan lg bagus gunekan kisah2 yg betul2 realiti yg berlaku pd zmn nabi dan para sahabat dan seterusnya yg lbh hebat dr kita.[seems bnyk unsur tokok tambah]
saya nie jahil lg tp pandangan saya - apa salahnya dakwah gne bahasa yg baik.kdg2 bnyk sgt lawak tak sampai lak msg.

hamka said...

baik.

aLiaFar said...

assalamualaikum..

maaf sy bdk sdg bljar shgga jd mayat..

em kita ptut tkut azab ALLAH atau takut ALLAH?

hamka said...

jawapan dalam entry:

APA ITU IKHLAS

Ali Uraidhi said...

:'(

illynarusli said...

salam. mintak copy ayat2 yang akhir tu. bergetar jiwa. banyak nye dosa maksiat dah buat. Ya Allah

hamka said...

k

Ridhwan bin mohd yunus said...

adoiii.. lambat aku mengikuti blog dahwah mu tn hamka... dah 4 tahun baru aku habis membaca bulan januari 2006

hamka said...

pelan pelan kayuh, kalau aku matipun, baca jer slow slow, no problem

cikpia said...

aku takut tapi aku selalu lupa........... terima kasih atas ingatan nie.

ubaidulah said...

ayat orang kafir ingin jadi tanah tu surah an naba' ayat last. juz 30

hamka said...

terima kasih