Jan 4, 2006

Benarkah Kerja itu Ibadat?

(Mencari Tahap dalam ibadat)

Korang pernah tak ajak kawan kau pegi solat jemaah, diorang jawab…alah, kerja pun ibadat gak! Benarlah kerja pun ibadat gak tapi ada tahap2 dia..meh sini aku nak cerita…

Tidak Allah cipta Jin dan Manusia hanyalah utuk ibadat.
Ibadat terbahagi kepada empat tahap:
1. IBADAT TAHAP NABI
Maksud: Ajak orang kepada Allah,
Cth: Daqwah, azan, nasihat, ceramah dll
Dalil:: Sesungguhnya Kamu sebaik2 Umat mengajak pdmakruf… (al – Quran)

2. Ibadat tahap KHALIFAH
Maksud: Buat akhlak baik dengan org(makhluk) kerana Allah.
Cth: Adil, iqram,sedekah, senyum, kasih saying, hormat dll
Dalil: Sesungguhnya manusia itu dicipta sebagai khalifah (al-Quran)

3. Ibadat tahap MALAIKAT
Maksud: Buat hubungan dengan Allah
Cth: Haji,puasa, solat,zikir,mengaji dll.
Dalil: Manusia boleh mencapai lebih tahap malaikat atau bawah tahap shaitan (hadith)

4. Ibadat tahap BINATANG
Cth: Makan,minum,seks, cari tempat teduh dll.
Dalil: Burung2 keluar perut kosong balik perut penuh sambil berzikir kepada Allah(hadith)

Nah sekarang korang dah tau maksud ibadat, memanglah kerja tu ibadat tapi ibadat tahap binatang, memang wajib kena buat tapi pandai2 lah korang bagi masa sebab tu turun surah ‘demi masa’

Tak paham lagi?
Ada sorang sahabat Nabi tengah buat rumah(ibadat tahap binatang) tiba 2 dgr azan lalu berhenti :
(Ibadat tahap malaikat) walaupun hanya tinggal seketul batu je lagi nak letak untuk siapkan rumah tu, lalu org munafik tegur, “kenapa tak siapkan ,satu batu je lagi…”sahabat tadi tak marah(ibadat tahap khalifah) dan kabor kat org tu “aku takut nanti Allah Tanya kat akhirat mana yang kau lebih utamakan , Allah atau batu?”(ibadat tahap nabi:daqwah) dan ajak org tu gi masjid…

Tak Paham lagi?
Kalau korang tengah kerja tu ibadat tahap binatanglah, wajib kau cari rezki utuk anak2. tapi bila dah dengar azan wajiblah kau pergi masjid, tu ibadat tahap malaikat. Dalam perjalanan ada org lemas mintak tolong, tak tolong jadi mayatlah pulak, maka kau wajib tolong dia ,itu ibadat tahap khalifah dan kau dapati dia org islam dan soheh tak sembahyang lagi, kau ajak dia sembahyang berjemaah sekali.haa …itulah ibadat tahap nabi.bukan capai tahap nabi ,ibadat tahap Nabi.

kesimpulannya:Kerja adalah ibdat tahap Haiwan(binatang)

Tak Paham lagi?
Nanti bila kau dah jadi mayat kau pahamlah…inshaAllah.

ps: bila jadi mayat?

25 comments:

Anonymous said...

kekeke
mengundi ibadat tahap mana?

abf4932

Anonymous said...

tukar blog pula kau ye?
nak tanya.

BERSETUBUH IBADAT TAHAP APA?

ustazrock

Hamka said...

kepada ustaz rock,

kalau kau ada bini dan tiba2 terasa nak bersetubuh, baru nak start, azan pun berkumandang, maka kau kena stop dan pergilah solat jemaah, jadi pada pendapat hamba yang hina lagi dina ini bersetubuh tu, ibadat tahap binatang.solat jemaah ibadat tahap malaikat, yg dulu kao dulukan...yang kemudia kau kemudiankan...inilah ilmu.

Hamka said...

Pasal mengundi pulak kau kena tanya Haji Hadi atau Tuan Guru Nik Aziz, aku bukan ustaz atau ahli fatwa kebangsaan.
1.Perbanyakkan kalimah Tauhid setiap masa.
2.solat lima kali setiap hari
3.puasa sebulan
4.zakat setiap tahun
5.haji sekali seumur hidup

tambahan(tak tahu nombor berapa)
mengundi 5 tahun sekali, (he he he)

ustazrock said...

sedekah itu ibadat...:)

Jika malam aku pergi
Mendamaikan keluhan
Dan sejernih embun pagi
Dari hujung cahaya
Apa ada lagi sentuhan
Apa perlu aku lakukan
Gelora nasibku
Di tengah lautan
Menjunjung kasih

Dayu angin membisik
Seolah kau berkata
Dari sebuah pandangan
Capai bahasa kita
Ada lagi yang kau tinggalkan
Ada lagi yang aku simpan
Kenangan berlalu
Mana mungkin lupakan
Aduhai saujana oh...

Dayu angin membisik
Seolah kau berkata
Dari sebuah pandangan
Capai bahasa kita
Ada lagi yang kau tinggalkan
Ada lagi yang aku simpan
Kenangan berlalu
Mana mungkin lupakan
Aduhai saujana

Hamka said...

Suka hati kaulah

engkaulah 'penghibur' blog ku...

dwiva's family said...

kisah-kisah engkau sangatlah menarik perhatianku.. beruntunglah aku karena Allah menunjukkan site ini. Aku mintak izin untuk menempatkannya dalam blogku di multiply. biar lebih banyak lagi umat yang faham dengan ugama nih. Namun pulak kerana aku berbahasa Indonesia kiranya aku sesuaikan sikit dengan bahasa Indonesia. Jazakallah khairan katsiira. silahkan dilihat di sambaljeroek.multiply.com (aku kuatir engkau tak berkenan, kalu pun demikian tolong bagi tahu)

Hamka said...

tak apa, untuk kebaikkan, :)

Hamka said...

errr

Anonymous said...

jglah beribadat kerana nak kejar kan pangkat atau kedudukan.... Maksudnya tahap, nabi, malaikat, khalifah atau sebagainya..beribadtlah kerana TohanMu. Soal tahap atau tarap adalah urusan Tohan.

Hamka said...

Benar.

terima kasih.

Anonymous said...

eh saya ada soalan. kalau lapar gila, dan kemudian dengar bunyi azan. makan dulu ke, solat dulu?
org selalu cakap makan dulu, sebab x nk nanti time solat perut berkeriut, atau hati asyik teringat nk makan je.

kalau makan dulu, ibadat tahap binatang la eh? atau bagaimana?

gadis musykil

Hamka said...

kalau lapar sangat, makanler dulu, dan pastikan sejarah tak berulang, lain kali makan awal, ok?,

: )

ps: binatang selalu ulang kesalahan yang sama

Anonymous said...

kalo tak silap aku,masa zaman Nabi, memang Nabi suruh makan dulu tp yang aku blajarla...Nabi dan para sahabat makan still masih sempat rakaat pertama. ustaz aku cakap kerana waktu tuh mereka makan hanya untuk mengalas peerut iaitu tidak terlalu lapar atau kenyang. salah betulkan.

Hamka said...

betul, bulan puasa, lapar gila, bila azan, Nabi suruh kita makan dulu, lebih afdal, tapi makan sekadar batal puasa, lepas tu Nabi dan sahabat semua pergi solat jemaah..

Allah bagi faham..

Anonymous said...

Hamka, boleh x letakkan nas dan dalil yg jelas setiap kali buat post? Contohnye ko letakkan la '...hadis riwayat dari sape...' or dari Surah mane...ayat no bape.

kalau tulis "(hadith)" camtu je...sumber x de camne.

sekian~

Hamka said...

ok, insyAllah

Pak Dollah said...

saje nak komen..
InsyaALLAH.. ku nk baca dn ambik taufik(iktibar), dari semua entri En.km.
Baca dn komen.. Woha ufik(iktibar), dari semua entri En.km.
Baca dn komen.. Woha

Hamka said...

19!

akupun sajer nak komen. : )

Mummy said...

beruntunglah kiter di Malaysia yg aman damai nih boleh beribadat mengikut waktu tanpa perlu rasa takut diserang tentera atau dibedil bom...kalo kat tempat lain yg berperang, nak beribadat pun payah dan takut2..

alelpattali [piccaholix] said...

sape dowh ko ? suka baca entry ko, semoga Allah mberi ko Ilham untuk terus menulis..

Hamka said...

aku kena buat remake entry ni, 2006 punya tulisan, perasan unik sangat ni, heh!

Anonymous said...

Remake Hamka jangan tak remake..
nanni g baru jumpa blog ko ni..
(maklumlah org tua,biar lambat asal slow..)
memang membuka minda..

nanni g

Hamka Kereta Mayat said...

wow, nanni G!

Akmar Norizan said...

Woha! Kedua lg