Oct 20, 2008

Kenapa keinginan Allah dan keinginan Nabi tidak sama?

(Masih dalam ‘mode’ tasbih kaffarah.)

Dari sebuah Hadith yang panjang, ada orang tanya aku, kenapa keinginan Allah dan keinginan Nabi tidak sama? Bukankah patut apa sahaja kehendak Allah, mesti juga sama dengan kehendak Nabi Muhammad SAW?

Aku ringkaskan Hadith itu di sini, iaitu pada suatu hari, ketika Rasulullah SAW sedang duduk-duduk dengan sahabatnya, kemudian baginda bersabda,

“Aku menyukai 3 hal dari dunia ini iaitu wangi-wangian, wanita dan solat sebagai penyejuk mataku.”

Maka selepas itu, Sahabat sahabat Nabi yang lain juga turut menyatakan 3 hal yang mereka suka dan apa yang sahabat suka juga berbeza dari Nabi..

Aku pendekkan cerita, kemuncak hadith itu, Malaikat Jibrail datang sertai majlis duduk-duduk tu, lalu bagitahu apa yang Allah suka, iaitu:

Allah suka kepada mereka yang berjuang di jalanNya dengan harta dan dirinya, menangis kerana dosa-dosanya dan bersabar kerana lapar.

Soalan, Kenapa keinginan Allah dan keinginan Nabi tidak sama? Sepatunya sama, bla bla bla, hadith daif, bla bla.. hadith palsu, bla bla bla

Aku malas nak jawab, sebab aku bukan ustaz dan tak pandai dalam banyak hal, pergilah tanya ustaz, tapi korang follow up email suruh jawab gak, maka aku jawab jugaklah sebab dah di follow-up, macam wajib pulak aku jawab tapi lepas ni jangan pulak memuktamadkan dengan jawapan aku 100%, pergi rujuk ustaz dan jika jawapan ustaz tu berbeza, maka bagitahulah aku, biar aku ‘ajar’ ustaz tu atau biar aku ‘belajar’ dari ustaz tu (sebenarnya, he he)

Aku rasa dalam banyak hal, kita memang kena berbeza dengan Allah sebab Allah adalah Tuhan dan kita pula hanya makhluk yang di cipta Tuhan, macam korang yang suka mencarut dengan alasan Allah pun mencarut dalam Al Quran, memang hampeh!.., Allah boleh melaknat makhluk sebab Allah adalah Tuhan yang mencipta makhluk, tapi korang tak boleh pulak suka hati nak melaknat makhluk sebab korang sendiripun adalah makhluk yang di cipta Tuhan, faham?

Sebab tu bila Nabi cakap nabi suka kat perempuan, tak kanlah Allah pun nak suka kat perempuan, arghh, tiba tiba sahaja, aku rasa malas nak jawab dan malas nak ulas, lu fikirlah sendiri!

Bab hadith tu Daif sebab ambik dari kitab Fadhael karangan Maulana Zakaria pulak, aku rasa baik korang pergilah pulak rujuk hadith yang sama dalam kitab yang lain, seperti kitab bertajuk “Nasihat Buat HambaAllah, penterjemah : Syamsi Hasan, atau kitab asalnya kitab Nashaihul Ibad, karya tulis SyekhMuhammad Nawawi Ibnu Umar Al-Jawi…

Dan untuk makluman, bukan hadith tu sahaja yang tulis pasal perbezaan keinginan Allah dan Nabi, dalam peritiwa di Taif misalnya, Allah izinkan malaikat datang untuk hancurkan Bandar Taif, tapi Nabi tak nak, berbeza bukan?

Atau peristiwa dalam perperangan Uhud, yang mana bila bapa saudara Nabi iaitu saidina Hamzah terbunuh dan mayatnya telah di lapah oleh musuh dengan ngerinya, Nabi masa tu nak balas dendam dengan cara melapah mayat musuh jugak tapi Allah tak bagi, kan nampak berbeza?..

Dah!, tak payah tanyalah soalan cam gitu, dan kalau nak tanya gak solan cam gitu, pergi tanya ustaz ulamak, mereka memang sangat tahu bagaimana nak terangkan secara detail.. dah pandai nanti, silalah ajar aku. Bolehlah aku lengkapkan lagi nota ugama untuk diri sendiri kat blog ini..

Sebagai penutup, aku sebenarnya teringat masa aku belajar ugama dulu, waktu kena tidur masjid dan makan dalam talam, lepas tu pergi pulak berdakwah dari pintu ke pintu, ada sorang ustaz ni, cara dia cakap memang tak lawak, serius gila babi, tapi bila dipikirkan balik apa yang dia cakap, nak tergelak pulak..

Ada satu petang tu, ketika ustaz tu berceramah, aku tiba tiba jer rasa mengantuk dan lapar sangat, padahal baru lepas asar tadi makan goreng pisang dan siap terlelap waktu berzikir petang tu, lepas dah habis zikir dalam keadaan kenyang dan lena, tiba jam 6 suku petang, kitaorang ada ceramah yang wajib duduk dan dengar, tapi tulah, dah duduk dalam setengah jam, mata rasa mengantuk sangat dan perut pulak rasa lapar..

Dan, di kemuncak ceramah ustaz tu, beliau bercerita tentang Hadith di atas iaitu:- pada suatu hari, ketika Rasulullah SAW sedang duduk-duduk dengan sahabatnya, kemudian baginda bersabda,

“Aku menyukai 3 hal dari dunia ini iaitu wangi-wangian, wanita dan solat sebagai penyejuk mataku.”

Maka disambut oleh Abu Bakar RA pula, “aku pula menyukai tiga perkara, iaitu melihat wajahmu ya rasulullah, membelanjakan harta untuk mu dan menikahkan anak perempuanku dengan mu.”

Saidina Umar RA juga yang ada di situ turut berkata: “aku menyintai 3 hal, memakai pakaian yang bertampal, menyeru manusia kepada yang maaruf dan mencegah manusia dari kemungkaran."

Usman RA pula menambah, “saya mencintai 3 hal, memberi makan kepada orang yang lapar, memberi pakaian kepada orang yang telanjang dan membaca al quran,”

Manakala Ali RA pula berkata, “aku menyukai 3 hal, berpuasa pada waktu yang panas terik, menjamu tetamu yang datang ke rumah, dan memancung leher musuh di jalan ALLAH."

Kemudian, menjelmalah malaikat Jibrail turut serta dan mengatakan yang sekiranya dia menjadi manusia, beliau akan suka 3 hal, iaitu mencintai orang-orang soleh, menolong keluarga yang miskin dan memberi petunjuk kepada orang-orang yang sesat.

Akhirnya, dari Jibrail menyatakan bahawa ALLAH mencintai 3 hal dari hamba-hamba Nya iaitu mereka yang berjuang di jalanNya dengan harta dan dirinya, dan mereka yang menangis kerana dosa-dosanya dan mereka yang bersabar kerana lapar.

Akhir sekali, korang semua, (kata ustaz tu pada kitaorang yang tiba tiba terkejut sebab nama naik dalam majlis)..,

Korang semua ni pulak, suka tiga perkara, iaitu: makan, tidur dan doa ini.

Lalu beliaupun membaca tasbih kaffarah dan bangun meninggalkan majlis..

Laaaaa, dah habis dah, aku pun bangun dari majlis tu dengan rasa 'lapar', 'mengantuk' dan tersengih-sengih…

Ps: Ustaz, kau memang kelakar…

: )

24 comments:

Maryam said...

dalam betul. haha

Anonymous said...

Allah mengetahui apa yang tidak ketahui...

Anonymous said...

Allah mengetahui apa yang tidak kita ketahui...

Anonymous said...

"Korang semua ni pulak, suka tiga perkara, iaitu: makan, tidur dan doa ini."

macam sama dengan aku aje
hehehehe

hamka said...

Maryam Abu Ahmad

Dan aku pulak, “makan dalam”

------------
faz

dan kau mengetahui kenapa komen dua kali.. he he

------------
Amin007

Tahu takpe!

azharjaafar said...

Kalau kat dunia kita buat apa yang Allah ingin, nanti kat syurga Allah akan buat apa yang kita ingin.

Tanda cinta kepada Allah adalah dengan mengikut sunnah Rasulullah.

Unknown said...

Luqman:34.

'Sesungguhnya Allah, hanya pada sisi-Nya sajalah pengetahuan tentang Hari Kiamat; dan Dia-lah Yang menurunkan hujan, dan mengetahui apa yang ada dalam rahim. Dan tiada seorangpun yang dapat mengetahui (dengan pasti) apa yang akan diusahakannya besok. Dan tiada seorangpun yang dapat mengetahui di bumi mana dia akan mati. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal".

Anonymous said...

ALLAH maha mengetahui apa yg kita tak ketahui...lagi satu..ALLAH itu cantik dan suka pada kecantikan *betulkan kalau aku salah*

pada pendapat aku yg masih perlu banyak belajar ni, kehendak kita sebagai makhluk ni sudah tentulah tak sama dengan Pencipta kita...kehendak kita sesama manusia pon berbeza, apatah lagi kehendak manusia dan kehendak ALLAH yg maha esa juga berbeza....

limaumaniss said...

ALLAH maha mengetahui apa yg kita tak ketahui...lagi satu..ALLAH itu cantik dan suka pada kecantikan *betulkan kalau aku salah*

pada pendapat aku yg masih perlu banyak belajar ni, kehendak kita sebagai makhluk ni sudah tentulah tak sama dengan Pencipta kita...kehendak kita sesama manusia pon berbeza, apatah lagi kehendak manusia dan kehendak ALLAH yg maha esa...

wallahua'lam...

hendaknya kita dapat mencapai kehendak Pencipta untuk mendapat keredhaanNYA dunia akhirat...

wallahua'lam...
wassalam...

Anonymous said...

Ilmu baru utk aku. Thanks! xpenah tau pun sblum ni.

Setiap manusia ade mende yg dia suka..lain2 pulak tu.

Maha Bijaksananya Allah yg mencipta manusia yg setiap seorg suka mende2 blainan (wpun ade la sket2 yg sama). Oh, ade yg lain, ade yg sama.
Oh, menariknye ciptaan Allah! xbosan!

hamka said...

azharjaafar

Akupun pelik dengan orang yang suka tanya soalan yang pelik-pelik dan aku jugak pelik dengan orang yang sanggup jawab soalan yang pelik pelik walaupun orang yang pelik itu akan Tanya lagi soalan yang pelik-pelik lepas orang yang pelik jawan soalan yang pelik pelik pelik oh!!!

------------
PENDEKAR

TQ

------------
limaumaniss

dan kau juga mengetahui kenapa komen dua kali.. he he

: )

-----------
budak budak

aku suka korek telinga, tapi sejak bulan puasa lepas, korek telinga aku hilang, aku sabar jer tahan telinga gatal sekali sekala, takpe, aku kumpul dulu..

he he

Anonymous said...

hahaahah lawak juge ustaz tu

Anonymous said...

assalamualaikum, nak tanya pendapat..

bagaimana dgn sy yg ada teman lelaki non-muslim.
kami da lakukan pra zina tp sy da bertaubat(wpun byk kali buat, byk kali taubat), dan xnk wat lagi smpai la kami kawin nnt.
dia ni ade mslh hati/rohani/tekanan,dia rasa dia xkn dapat kebahagiaan smpai bila2 pun..
sy rasa kasihan pd dia sbb dia xdpt nikmat islam&iman tu lagi, dan sy rs terkilan sbb msih xdpt buktikan pd dia Islam tu pegangan yg kukuh yg dpt mbahagiakn dia.dia asyik bharap hidup dia cepat tamat.
dia minta diselamatkan(kat sy la, sbb dia xdpt faham konsep tuhan lagi).dia kata maybe dia akan mati sbb tekanan sbl sy sempat tolong mbahagiakn dia (kahwin..).kami myb nk kahwin dlm awl 2010(pas tmt degree).
aku mmg nk tolong dia, tp aku bkn isteri dia, so mende yg sy bley wat terhad.
adakah sy patut mpertimbangkn bkahwin awal dgn dia?adakah sy patut mpertimbgkn kahwin dgn dia?
dia mmg org yg punya etika keje yg baik, budi baik..just xfhm konsep Allah/Islam/agama.dan sy mmg suka pd dia.
ape pendapat sedara sedari,
jika sy menggamble kan berkahwin utk berusaha mbahagiakn dia(dgn berusaha dekatkn dia dgn Allah)?
sy nk kahwin awl, tp teman saya adalah msih belum Islam...myb dgn bkahwin akan lbih memudahkan dia mdalami Islam, di samping dia tu perlukan care from seorg isteri (xamalkn pemaknn betul sbb nk jimat duit, tekanan krn otak xdpt berenti bkerja, dia rasa diri dia paling bahagia masa dia tdo sbb xpayah berfikir)..
silap aku la, tunjuk cth Muslimah xbaik kat dia.bila aku sembah Allah selayak-layaknya,mungkin Allah akn bagi hidayah kt dia?
stakat smlm, aku bacakn Quran kt dia smpai dia ttdo(aku kata tu lagu, sbb dia xdpt nk percaya kebenaran Quran. sbbnyaQuran tu turun masa bzaman2 dulu, dan dia xmempercayai sejarah. kebenaran sejarah xdpt dibuktikan.--ala, byk je cth akibat drp perang salib, sejarah diubah kan..--so, Quran tu berkait dgn sejarah...so aku nk kene buktikan yg Quran tu betul (tnpa melalui sejarah??))
aku kata kat dia mcm mana klu penemuan zmn skang tp dlm Quran da ade sjk dulu2 lg? dia kata klu dgr stakat ckp2 org je,dia xdpt pcaya..klu dia yg bace dia pcaya la.
mcm mana aku nk dedahkn dia kpd Islam tanpa bagitau dia mende tu Islam??melalui akhlak ke? argh..aku tau akhlak aku buruk...
aku cuba la..utk elak pra zina sbb dia pn kata dia xkn buat dah lg, smpai kahwin nnt..
aku cuba la, takat ni myb aku bley dendangkn Quran (aku kata tu lagu Arab)utk tenangkn hati dia.
hey aku ni, bila da syg org, syg betul2...klu aku istri dia, aku xkesah pun nk berusaha 200% ke utk suami...
aku kene btulkn niat aku ni..
aku mmg nk kahwin, bantu suami aku dekatkn diri dgn Allah (wpun aku sndri bengong, tp aku still ade niat tu)..
dan dia pn nak kahwin, bkn sbb stim ke hape, tp dia nk diselamatkn..
Ya Allah, tlg la kami...
tolong la bg nasihat yg mbina kt aku.(utk pngetahuan korg dia org jepun, dan aku tgh study kt jpun).

aku sgt kagum dgn korg2 yg telah jihad lwn nafsu kerana takutkn Allah..sdgkan aku telah buat mcm2 (wpun blum bzina..)..aku mmg da taubat (xtau la kali ni nasuha ke x, sbb aku byk kali buat dan byk kali tobat..)..aku menangis bace korg punye kisah jihad tu...moga Allah rahmati korg dunia&akhirat..
betapa kuat&tabahnye korg...aku mmg menangis la...
key la, klu sudi, tlg la bg idea kt aku. aku nk tlg dia jd bahagia iaitu dpt bgantung pd Allah.
aa...niat aku...aku kene slalu btulkn...ade cdgn niat x??
klu aku istri dia, xpyh bimbangkan batas2, aku nk kahwin dgn dia sbb nk jaga dia, nk berusaha bjuang ajr dia Islam sdaya upaya, bahagiakn dia..
cume maybe aku ptut bimbang dlm menggamble kan diri aku n anak2 bkahwin dgn org yg xfhm konsep islam&iman.tp myb klu niat&cara aku betul, Allah akn tlg?

ape pndpt korg?

korg bley panggil aku R (xde maksud pn, saje je.)
oh ye, aku umur 20th, dan teman aku 21 thn.
sori ye beraku-aku..tbiasa hehe.

Anonymous said...

Salam Uztaz Hamka. Maaf ni keluar sikit dari topik ni. Saya nak tanya pendapat uztaz tentang e-mail di bawah ni. Adik perempuan saya bercinta >< 8 bulan dengan mamat ni. Tapi akhir2 ni bila sebut pasal kawin.. mamat ni jadi serabut. Bila adik saya cuba nasihatkan dia so that dia tak berapa serabut, dia jawab dengan e-mail spt di bawah ni. Apa masalah nya uztaz org cam gini.. boleh uztaz bagi pendapat sikit.

Assalamu'alaikum...

Honestly....

Saya tak sanggup nak biarkan awak tunggu...... tunggu dan tunggu saya....... awak cari dan jumpa lelaki2 lain yang masa depannya lebih cerah daripada saya, yang boleh menjanjikan masa depan, menjanjikan pelamin yang awak angan2 kan...

Honestly... saya tak mampu memberikan kebahagiaan dalam apa jua bentuk sekalipun.... kehidupan saya, masalah saya, dan segalanya yang berkaitan dengan saya, adalah masalah saya dan selama lama ini rasa2nya saya tak pernah meminta awak sebarang bentuk pertolongan pun, kan?


Awak, saya minta awak pertimbangkan tentang masa depan awak...

Saya takde terlintas apa2 pasal masa depan, kehidupan saya susah...
bukannya sahaja sebelum ini tetapi sekarang and in the future, therefore I cannot promise you anything..... awak nak tunggu sampai tua ke? Awak pikir2 kan la yea..

Maybe saya zalim dengan keputusan ini tapi saya akan lagi zalim sekiranya saya biarkan awak menunggu saya.... tiada kepastian, meaningless...
worthless....... saya boleh je biarkan awak tunggu, kalau saya zalim la....
biarkan je awak berangan angan, biarkan sahaja.... saya tak rugi apa2 pun kan? Kan? awak yang rugi cos awak yang menunggu, kan? Tapi I AM NOT CRUEL.... saya nak awak pertimbangkan masa depan awak, masa awak.... jangan membuang masa.......... awak faham maksud saya?......

Awak pikir2 kan la yea.. demi masa depan awak.... lagi lama awak tunggu saya, lagi merugikan masa depan awak cos saya ni tak pernah memikirkan pasal kahwin, pasal masa depan, pasal apa2... esp ditambah dengan masalah yang bertimpa timpa kat saya sekarang.... marriage is not important to me... tak pernah sekalipun saya terlintas untuk mendirikan rumahtangga, tak pernah, tak pikir cos pada saya ianya membebankan saya... menyusahkan saya dan kenapa pulak saya harus kahwin sedangkan saya senang dengan kehidupan saya macam nih......

Kahwin memerlukan duit.. hantaran, kenduri etc etc... and sorry... saya takde duit.... saya takde sesen pun untuk kearah itu and in fact kalau saya ada sedikit duit pun, saya tak kan membazirkan duit yang sedikit tu untuk berkahwin, apa jaminan kebahagiaan yang ada dalam perkahwinan? Apa?.......
awak boleh jamin kita bahagia? BOLEH?... tak kan?........

trust me.. I know.... awak, demi masa depan awak, jangan rugikan masa awak menunggu sesuatu yang tak pasti.....

wallahualam. wassalam..........



p/s stop talking about anything related to Allah, Islam, god whoever, whomever...
Do you think I give a damn about all that? it's all bullshit and crap....
I've lived my life now, 34, what did I get? in comparisons to my friends..... saya tak berusaha ke? mana perginya kata2 tak kan membantu sesuatu kaum kecuali kaum itu membantu diri mereka sendiri, but ISLAM always have the "escape fucking clause" like tawakal la.... bukan rezeki la.... apa2 la... fuck all that.... bullshit... all lies..... you know...
it all lies..... org2 bodoh je yang percaya benda2 bodoh macam tu...... you got my point?

It's not about rezeki ke, berusaha ke tak ke.... this is about whether he fucking himself want to give it or not..... that's the point, tak kisah la... tak berusaha pun, kalau dia nak kasi... dia akan kasi and you know what....... you did not know how does it feel to be "in there" because you never ever felt it...So stop talking about any advice...SO PLEASE... keep all your advices...... unless Allah tested you memang susah dari sejak lahir (like me) and a lot of kesusahan hidup after that.... on and on, then it is my pleasure that you could advice me...... OK dear?

And I even wonder.. awak pernah ke hidup susah? Sampai takde duit nak makan semua? Pernah? ..... tak, kan? Well...... I guess so.....:):D

"Never tell the truth to people who are not worthy of it."
-Mark Twain

azharjaafar said...

En Hamka yang budiman,

Aku ada masalah dengan teman lelaki aku... bla... bla... bla... Masalahnya
ialah... bla... bla... bla...
(mencecah 10 perenggan)

*Fuh, kau boleh bukak pusat kaunseling ni.

hamka said...
This comment has been removed by the author.
hamka said...

che jem

:)

-----------------------------
R dari entry apa itu seks

Aku dulu masa budak budak, cukup cemburu dengan orang jepun sebab mereka ada Ultraman, Kamen riden, Super Sentai, Gaban etc..

Aku masa kecik kat Malaysia yang miskin hanya layan rtm jer yang sekali sekala tayang ultraman, kemen rider, Gaban, etc, itupun dengan mutu sound yang teruk, dan cerita pulak tayang tak habis..

Bila dah besar, baru aku dapat lepaskan rindu layan youtube kartoon jepun tu..

Aku masa kecik rasa tentu orang jepun lebih bahagia dari aku kat Malayasia..

Tapi bila baca kisah kau, dan kisah kisah yang lain, baru aku tahu, kesian pulak aku kat orang jepun, rupa-rupanya ultaraman, gaban, dan kamen rider tak boleh bagi orang jepun bahagia, mereka bila dah susah pakat2 bunuh diri pulak..

tak pas exam bunuh diri, takde awek bunuh diri etc etc

Dan munculah kau orang malaysia yang nak kahwin dengan niat nak selamatkan dia…

Tapi nampak macam kau dah sedikit 'karam'.

Bab niat, kena belajar bagaimana nak betulkan niat, sebab kita tak boleh bagi bahagia pada orang tanpa izin Allah, bila kita yakin kita boleh bagi bahagia, dah salah dah..

Cukup sampai situ.

Bab taubat tapi buat gak, kena betul betul taubat lah, mungkin kat jepun takde keretamayat yang bertulisan jawi di badannya, tapi malaikat maut ada di mana-mana…

-----------
Umi

Aku bukan ustaz umi...

cuma manusia ni hidup dengan kepercayaan masing masing, dan di beri peluang untuk percaya dengan apa yang di yakini, dan masing masing akan buat usaha mempertahankan apa yang mereka percaya dan yakin..

dan ujian akan datang untuk mengekalkan percaya atau mengubah percaya...

pendek kata, Jika ugama islam ni gagal selamatkan orang tu kerana dia sendiri yang tak nak di selamatkan, maka tiada lagi mana mana ugama atau kepercayaan yang boleh selamatkan dia.

Dan seseorang yang telah berjaya selamatkan dirinya dengan ugama islam, maka tiada mana mana lagi ugama atau kepercayaan yang boleh rosakkan dia.

orang macam tu kena layan dengan baik, berhikmah, sopan santun dan jangan harap apa-apa pada dia, tapi haraplah pada Allah.

sekian.

-------------
azharjaafar

Aku ingat nak bukak akuan Maybank2u kat siniler..

He he (gelak orang kena penyakit wahan)

Anonymous said...

Entri yang menarik tiap kali selalu dengan gaya bersahaja
bnyk ilmu dapat dikongsi bersama
keep it up

Anonymous said...

Kpd 'r dr entry apa itu seks'...kdg2 bila kita syg seseorg kita secara xlangsung akan backing apa sj keburukan dia. Fitrah kita utk mlindung yg tsyg.

Aku tau sbb aku pun pnah in luv dgn kapir gak. Aku pun bg reason sama mcm ko, maybe dgn dia kenal aku, dia akan ttarik msk islam. Lg pulak dia pandai bg salam, jwb salam, zikir,mngucap n tau serba sikit psl hukum islam. Bthn aku setia tunggu dia sunat tp last2 dia ada affair dgn kapir gak. Alasan.. sbb aku xnk tido dgn dia. Ada ms2nya time frust dulu ler..aku tpikir adakah dgn serah body aku, dia akan nikah aku n msk islam. Oh jahilnya aku ms tu..things u wld do 4 luv konon. Lama aku nk sedar Allah sygkan aku n bg signal suh aku btaubat. Aku sakit2 bagai nk gila sbb aku broke up d rship. Kdg2 aku rs nk maafkan dia jgk sbb bak kt hamka "kalau air dah meleleh di telinga.."..dah aku xdpt bg, aku paham la naper dia cr pompuan kapir tu. Tp nsb baik aku ni ada perangai ego bangsat. Aku benci org tipu aku. So wpun ex aku pujuk tp aku tahan ati n blah je btemankan smua lagu2 frust bercinta n lagu2 pasal boifren curang.

After some time, years actually, aku paham setan akan buat smua perkara nampak baik n elok di mata kita. Kita sbenanya xperlu convinced non muslim msk islam. Kita just be a good muslim n dgn kuasa Allah hidayah itu akan sampai pd mereka yg Allah bukakan hatinya. Ingatlah org kapir ni hati dia dah Allah meteri/pateri wateva la namanya. Depa wont simply dpt nikmat iman mcm org islam lain kecuali dgn keizinanNYA. Do u really think dgn pra zina... hati itu akan btambah bersih n dpt nur Allah? Ngucaplah, tasbih kifarah ker..mungkin dgn ko msk web ni, it's a sign yg Allah sygkan ko n ndak ko kembali pdNYA.

Percaya la ckp aku...apa2 perasaan ko thadap mamat tu bukan cinta tp nafsu semata. Sbelum ko risaukan keimanan mamat tu, pikirkan la tentang keimanan ko sendiri. Semoga ko cepat insaf n cepat btaubat n cepat recovered drp aku dulu. Kalo mati sat lg, apa nk jwb kt kubur nanti. Oh!

p/s-tp lelaki mlayu zmn skrg pun ramai ajak buat seks bebas...maybe next time org offer cam2 aku ikut je dia n kasi potong dia punya anu bg mkn anjing hehe...woha!

Anonymous said...

hamka...aku lupa password utk blog aku..amacam mahu dpt semula? tq

Anonymous said...

byk dugaan pompuan skarang rupanya. apa kata, brothers mcm hamka, azharjaafar, abg ben,hansac buka jer kuota sedia ada & ajak bdk-bdk nih nikah hahaha...dakwah gak kan...slamatkan aqidah pompuan melayu.

hamka said...

farah

komen yang menarik, dengan gaya bersahaja
keep it up

-------------
Zufi

Aku suka part kau tulis..

"So wpun ex boyfreind aku pujuk tapi aku tahan hati dan blah je bertemankan semua lagu-lagu frust bercinta dan lagu-lagu pasal boyfreind curang "

Aku masa kecik selalu bertemankan lagu zaiton sameoon !

woha!

------------
Senah

Apa kata kau mula dulu, macam biasa, buat surat permohonan dan hantar kepada aku, isteri aku, mertua aku, mak aku, ketua kampong aku, tv3, utusan dan hantar jugak guna pos laju ke alamat sendiri, dan jangan buka sehingga masuk mahkamah!

Woha!

Anonymous said...

aku plak suke bile org jerit:

taam! taam!

hamka said...

aku pun suka orang jerit

"INFRADI AMAL"

he he, nafsu belaka semua! oh!