Oct 10, 2008

Straight to the Point?

(Abaikan entry ini, mengarut! Aku akan delete jap lagi!)

Malam ni aku tak dapat tidur, dan boring kot tidur sorang diri, sebab isteri aku sudah 30 malam tidur bersama baby kecik…

Aku pun terus perasan sibuk, bukak email dan alangkah terkejutnya seorang aku bila baca korang punya email..

******
Copy/paste

Salam cik Hamka…

kalau nak tulis artikel tu, tolong tulis straight to point, tak payah le cerita intro panjang panjang dan meleret leret, kita banyak lagi blog yang nak di baca, emel yang nak di baca, nak delete/spam/move dan lain lain lagi.

Semoga tak kecil hati atas teguran ikhlas saya nih.

******
Aku terus naik syekh dan menjawab:

Wa’alaikumusalam cik adik, macam macam hal!, kau ni jika malas nak baca blog aku sebab meleret leret, pergi sajer baca papan kenyataan atau tulisan di batu nisan, tak payah susah susah kat sini, ni nota ugama untuk aku sendiri, aku tak pakse korang datang, lantak akuler nak tulis intro panjang panjang dan meleret leret…

Jika tak suka, boleh blah!

Dan untuk pengetahuan cik adik, dalam sesetengah hal, bagus ‘straight to the point’, tapi malangnya, bukan semua benda boleh buat macam tu..
‘Straight to the point’ hanya bagus untuk orang yang perasan sibuk atau orang yang dah nak mati, sebab biasa orang yang dah nak mati, tak payah ajar mengucap kalimah penuh, “LA ILLA HA-IL-LALLAH”

Kalau tak silap aku, Hadith riwayat Muaz bin Jabal yang mendengar Nabi Muhammad SAW bersabda yang bermaksud: “Sesiapa sahaja yang mengucapkan kalimah sebelum meninggal dunia akan memasuki syurga.”

Tapi dalam kes dah nazak, boleh ‘Straight to the point’ dengan ajar pesakit tadi just sebut nama “ALLAH”, itupun dah cukup sebab takut tak dan nak mengucap terus jadi mayat..

Atau yang lebih naya, tak boleh gerak mulut, lagilah ‘Straight to the point’, terus sajer ajar si pesakit sebut “hu” yang bermaksud “DIA”! pun boleh..,

Tapi tulah, bila dah tulis nota ugama untuk diri sendiri, cara yang mudah aku nak paham adalah tulis dengan sedikit meleret tapi tak lah leret sangat aku rasa, lagipun, sesetengah orang yang suka kepada menikmati perjalanan dalam menuju tempat tujuan, maka sangat perlu pada bunga-bungaan dan intro yang meleret-leret..Alahai, macam nak berlaga lubang kencing jugak, sunnah Nabi dalam persetubuhan kena belai-belai dulu.., kau suka ke malam pertama masing masing pokai tuala, buka dan terus berlaga lubang kencing? Tak best langsung sebab macam kena rogol dan arghh malas aku nak ulas, sebab ramai antara korang yang sedang puasa enam…, karang ada yang bukak puasa, apa-apalah!

Walau bagaimanapun, moral of the story is:

Sesungguhnya, setiap wanita itu ada ‘Straight to the point’ yang di kejar lelaki, dapat ‘itu’, selesailah cerita, ‘Straight to the point’ itu adalah bermaksud ‘kemaluan wanita’, yang mana jika di zahirkan kepada masyarakat, teramatlah hoduh akan ia, berbulu, penyek, hapak, dan berkedut, (Rujuk buku sains sekolah Menengah)

Namun Allah telah menghias akan selain dari kemaluan wanita itu akan kecantikkan, yang mana setelah ‘Straight to the point’ atau nama sebenarnya ‘kemaluan wanita’ itu di tutup, dan apabila kita para lelaki melihat pada perhisan yang di cipta Allah pada wanita, seperti melihat mata wanita yang cantik, rambut wanita yang harum, mulut wanita yang merekah, hidung wanita yang berkilat, dahi wanita yang luas. bahu wanita yang licin, suara wanita yang merdu, pungung wanita yang gebu, leher wanita yang jinjang, buah dada wanita yang ranum dan lain lain, .. semuanya menjadi cantik dan memberahikan kita para lelaki padahal maksud kita terhadap semua kecantikkan tadi adalah sebuah lubang yang jika di zahirkan kepada masyarakat, teramatlah hoduh, berbulu, penyek, hapak, dan berkedut,..

Jadi, alangkah boringnya hidup di dunia jika Allah buat makhluk wanita tu tiada perhisan dan hanya ada “straight to the point”

Faham?!

Oh ye, ada satu lagi cerita, aku belum habis puasa enam lagi, dan semalam bila kawan aku nampak yang aku ni sedang tak puasa maka terus tanya kenapa tak puasa?, aku yang air sedang naik kepala jawab:

“aku dah ‘puasa’ malam, jadi tak payahlah nak puasa siang!

Woha!

Ps: Di tulis dalam keadaan air naik kepala...

(betullah tu, esok aku puasa, selesailah masalah..insyAllah)

78 comments:

Pejalan awan said...

huh... ak raser cik adik tuh belum penah nampak kereta mayat kot... kreta mayat pun x tulis stright to the point yang itu kereta mayat.. dier tulis kereta jenazah.. ada bezer kan....

Dr. Bentara said...

hamka... gua dengar jeritan batinmu itu! Azab juga pabila air dah naik paras hidung ni...

said...

Salam,

block je email address adik tu.kalau reply nanti dia makin menjadi-jadi pulak nanti.
nanti sampai bila-bila pun tak abis bertelagah dgn dia.
orang camtu ignore je...

Anonymous said...

ntah pape la cik adek tuh
nih blog..sukati tuan punye bdan la
nak tulis camne..
kalo die x suke
pegila baca blog org laen
blog raja petra ke
blog azri shamsudin ke (sape nih?)
x kesahla...

mantap ....

cimbclicks2u said...

akum bro hamka...jenuh ako dok gelak lps bce entri ko ni. org mcm nih pon ade...yg die dok nyibuk nak bce blog org tu apasal. g la wat blog sendiri, hah..pastu bce sorang2. hampeh jer cik adik tuh... kah2...

Anonymous said...

sempat baca sebelum ko delete!

puasa!

Anonymous said...

Salam... saya copy teks artikel ni... memang bagus... buat manusia yang ingin memahami kreativiti bahasa berlapik....

Thanks...

hamka said...

AbuL

Cik adik tu sebenarnya mangsa keadaan, cerita yang sebenarnya bermula apabila seorang yang suka sangat baca blog aku telah suruh cik adik ni baca blog aku, mungin cik adik tu kena paksa oleh orang yang dia tak boleh nak marah..

Jadi cik adik ni pun bacalah blog aku dalam keadaan ‘terpaksa’..

So, sebab dia perasan sibuk dan tak tahu nak nasihat kawan dia yang paksa dia baca blog aku, maka dia terus ‘return to the source’ iaitu dengan cara nasihat aku tulis straight to the point supaya dia senang baca..

Jadi jangan salah dia, dia di paksa dan aku terpaksa…

Heh!

----------
Abang Ben

Aku sekarang dah ada bisul kat kepala, kawan kawan aku sakat yang air kepala aku dah merosakkan sistem imun aku..

Tolong doa aku!

---------
Nizam

Seperti yang aku tulis diatas..
dia di paksa dan aku terpaksa..

---------
rov

kau tak faham perasan dia, dia di paksa dan aku terpaksa..

----------
faz

baca komen korang, tak jadi pulak aku nak delete...

----------
terghurur.blogspot.com

nanti bagi link...,

Anonymous said...

Hamka tulis entri kali nih cam marah jek. sabar separuh dari iman. sebab hamka nak delete entri nih so dgn sepantas kilat aku baca..at last tak jadi delete lak..woha..!!
apa2 pun pandangan orang, aku tak kesah..pada aku semua entri hamka banyak bagi kebaikan pada aku..aku banyak practice setiap nasihat yg hamka bagi sampaikan husband aku perasan yg aku dah berubah..huhuhu..kalo entri hamka panjang aku akan baca pelan2..sampai abis..barulah boleh faham dan amalkan apa yg berkaitan..
(maria-BPP)

azharjaafar said...

Kalau air dah naik kepala, kau kena pakai serban 7 atau 9 hasta. Kurang-kurang ada ruang tambahan untuk air tu.

Stright to the point sangat sesuai untuk orang yang ada anak kecik dan ramai (macam aku!). Kalau nak bersilat dulu, ada peluang air naik kepala tu.

INTAN RH said...

memang susah kalau nak berkomunikasi dengan budak bawah umur, byk yang dia tak faham.

Anonymous said...

hahaha astaghfirullahal'azim...bl aq bc post ni bkn rase cam berlapik tapi contoh yg dbagi 2 mcm straight 2 d point gl.=P

Anonymous said...

One of the best entry so far.... Keep it up.... Cheers...

suara said...

Salam...

Dah tahu blog banyak yg nak di baca... pilihlah yg masa suka di baca. Kalau tak suka, tak payah paksa diri.

Cara menulis dan apa yg nak di tulis adalah hak peribadi, tak sesuai kalau nak suruh org tulis ikut kehendak kita. Tak pasal-panas hati penulis jadi panas...

MMohdSha said...

Salam,

Mana bley "Straight to the Point?".
Nak beromen ngan bini pong kena ada foreplay, kan bro.........
Lagi 30 hari ke bro posa?
Atau genapkan 100 hari?
Sabarrr.......la _______________
(isi tempat kosong sendiri)

Anonymous said...

salam..
hahah..korang sume kaum laki g solat jumaat.ni aku nk komen..pd pendpt aku sendiri,ade jgk entry yg dipost oleh En. Hamka ni ade gak panjang berjela-jela..tp aku still bace gak..(bace slow-slow yakni time kite nk tdo)time tu mmg x de wat pape jd ade la free time cikit yg mne mls membace sbb entry yg pjg berjela.

Secondly, aku x berpihak mne2 pun sbb bg aku ade gak yg aku mls nk bace terutama yg berbahasa inggeris..bkn aku x nk bce ..setiap kali aku nk bace, kne bukak dictionary dulu..bak kate En. Hamka , kite kne blajar BI dgn cara tersebut kite akn rase cikit teruja tuk cari makna dalam bahasa melayu pulak klau entry tersebut bagus.huhu..ape-ape aje la..

Buat cik akak yg pengirim e-mail td, sy rse anda tidak perlu bg komen cm tu sbb blog adelah 1 alat penyebaran yg berkesan dibandingkn dengan buku,tv @radio..kerana bg sy ,jika kita tgk skrg dah kurang org bace buku-buku agama termasuk la sy sendiri.Blog En. Hamka ni adelah nota rujukan agama yg amat berkesan utk semua gologan sbb pembace blog ini juga dikalangan org berkerja yg x sempat dan x de mase nk bace buku agama.cuba klau kite bwk buku agama bace kat office?dan tentula kite x dpt nk klik ape2 kat komputer tu sbb kite duk pandang je buku tuh..kan lagi bosan + mengantuk??kje pun x jln kn? so ini lah pentingnye kegunaan BLOG EN. HAMKA.tuk menyebarkn nota2 agama utk org yg jahil agama & tuk tambah pengetahuan..sekian ceramah dari saya..woha..boleh gitu..sorry la pjg benor komen..hak3... :)..

Anonymous said...

errr.. air naik ke kepala tu ape? stright to the point pleaseee.....

p/s.. maafkan.. kdg2 ada org yg x paham bahasa berlapik

Anonymous said...

kena paksa baca rupanya
hamka, ko guna bahasa tinggi sangat kot sampai budak tu tak faham apa maksud yang ingin disampaikan

nasib baik tak iklan ditengah-tengah blog ko. kalau macam tu aku lagilah pening, tak tahu masa satu artikel ko, mana satu iklan

hahaha

seperti kata-kata kawan-kawa usaha atas agama,
"oooo, tinggi, tinggi "

Anonymous said...

ramai gak yg komen yer...amboi kata nak delete tp tak delete2 lagi..(suke hati la kan nk delete ke tak?hehe)...

depa tak paham gamaknye...blog orang..suka hati la orang la nk tulish panjang2 ke..berbunga2 ke...adeh...

p/s: nape sejak kebelakangan ni asek jumpe orang yg air naek atas kepala ni...( hehee)....erk...


piece..

hamka said...

(maria-BPP)

Dan menariknya tulis blog ini adalah korang tak kenal aku, maka aku tak malu sangat nak tulis atau nak marah atau nak kutuk korang yang aku tak puas hati

Ha ha ha (gelak orang jahat)

----------
Azharjaafar

Kalau air dah naik kepala, banyakkan sujud, dan alirkan air itu ke atas sejadah.., nasihat kat diri aku sendiri ler ni..

Dan tak kisah kau nak straight to the point dengan isteri kau sebab anak kecik ramai, tapi yang penting, masing masing inzal dengan seinzal inzalnya!

Woha!

--------
INTAN RH

Aku selalu rasa nak menangis bila dapat tahu ada budak bawah umur baca blog aku..isk!

---------
Xtaupenakdikater

Dah rujuk buku Sains sekolah menengah belum?

-----------
Suara

Walaupun hatiku panas, tapi aku puji kepada cik adik di atas kerana sifat pemalu orang melayu yang cukup pemalu nak tegur orang telah dapat di atasi sejak wujudnya dunia blogesfera

Tahniah!

--------------
MMohdSha

Tahu takpe!

---------
Shedah

Tapi Shedah, kau kena belajar tak bosan baca buku ugama jugak, sebab tu lebih baik dari blog aku yang banyak merepek ni

Lagi satu Al quran, nak kena baca hari hari! Jangan malas, asyik baca blog sampai tak khatam Al quran, apa kes?

Al baqarah yang di baca bulan puasa baru ni, dah sambung ke belum?

Ha! Kan dah kena!

--------------
blurr...

Baca: Apa itu Seks!

Kalau rajin boleh masukkan maklumat itu pada database wikipedia versi BM..

------------
Amin007

Dan kadang-kadang bila dengar tazkirah yang tah apa-apa, aku akan sound

"oooo, rendah, rendah "

----------
Limaumaniss

AKU TAK JADI NAK DELETE, sebab korang boleh terima kenyataan..

He he he

piece..

Anonymous said...

huh..aku dihentam..En. Hamka, jgn same kn buku agama ngan Al quran..klo x bace buku agama, x bermakne x penah bace Al quran...tetibe kene hentam lak nih..huh..ye la ..aku budak mentah..huhuhu..sedihnye...

hamka said...

: )

Anonymous said...

aku budak bwh umor juge..aku rase xleh trime artikel ni...tp blog ko,suke ati ko ler~huhuhuh

sbb x leh trime----straight to the point sgt...sogan den

van qif said...

Assalamualaikum,

hihihi antara sebab aku x lawat blog hamka semasa bulan ramadan takut kapal aku yg kecik ni terbalik di lautan berombak ganaszz...hihi...x per aku x puasa enam lg...boleh baca...

Ni lari dari topik...td kat masjid kat tempat kerja aku 1st time dengar khatib baca kutubah pasal pentingnya solat Jemaah..sebelum ni dengar org tabligh je baca hadis yg nabi berkeinginan menyuruh para sahabatnya membakar rumah org yg tak pergi solat jemaah (hadis riwayat bukhori tau)..Ada makmum ternganga dengar hadis tu tadi...

tapi waktu solat asar td..bilangan jemaah macam tu jugak...ingatkan ader peningkatan...walahulam...

hukum solat jemaah ada dua pendapat: 1) sunat muaakad 2)Fardi kifayah...

dari kutubah tadi juga baru aku tahu bahawa ketika di medan perang pun yakni sedang berperang nabi masih menjalankan solat secara berjemaah...ohh...

sori hamka,aku sengaja komen panjang lebar..

selamat tunaikan solat jemaah, semoga air di kepala ko keluar ikut lubang hidung dan telinga..hahaha

Anonymous said...

salaam...

Eheks... mace-mace la... gapo gapo pom... persetankan 'adik' tuh.. Pesanan buat 'adik'; JANGAN CUBA BUAT ONAR YA KAMU...!! ehehe...

Pesanan buat Bro Hamka;
Ambo suke ayat yg berlapik.. :) keep up da gud work deh...

Wassalam

Anonymous said...

salam..

amboi..2,
hamka nie memang nampak gayanya..
kena banyak kurangkan makanan ala2 rendang ayam dan daging, susah bila air peju naik tahap hidung...

ko kalu orang lain posa enam, ko kena posa 6+isnin dan khamis+ jangan makan kurma banyak sangat kerana limpahan air peju bakal merosakkan imun badan dan iman jua..

tips; kala bulan mengambang memamg antara waktu subur kaum lelaki dan wanita so peliharalah diri kita semua daripada nafsu dan bisikan syaitan yang baru lepas pantang!

13,14 dan 15 hb amalkan puasa.

-abu lemang he.. he..

hamka said...

-blom 21-

Orang yang belum layak mengundi memang tak sesuai baca blog aku..

Harap maklum..

-----------
van qif

kat tempat aku pulak, khutbah jummaat bercerita tentang pentingnya buat amalan ziarah

dah sampai masanya, semua orang islam kena ziarah jiran masing masing, jangan harap orang tabligh sajer buat ziarah ni,

Malulah cakap berapi api, mengaku pejuang islam, tapi solat jemaah tak pergi dan tak pulak buat program ziarah…

---------
cermin

Kau suka ayat berlapik?, tapi jangan pula kau suka mengepit bulu di antara lengan dan lambung kanan.. arghh, straight to the point, potonglah bulu ketiakmu itu!

---------
abu lemang

puasa yang ada waktu berbuka dan tahu waktu berbuka tidaklah membebankan..

tapi ‘puasa’ yang tak ada ‘waktu berbuka’ dan belum tahu bila waktu nak ‘berbuka’ amatlah membebankan…

err, bila kau nak kahwin?

Anonymous said...

Aku jarang bukak blog Hamka ni.... Tetapi mulai mlm ni, aku akan bukak setiap mlm.... Ha ha ha ha..... Nak melotup perot den golak...

Anonymous said...

wah2 kau memang panas betol kan ngn pompuan nih..
bagus gak laa ko tulis camtu..aku dah lama usyar kau punye blog..tapi aku malas nak comment ape2 sebab sumenye bagus bagi aku..
ape yg kau tulis pon sume nye hak ko dan blog nih pon blog ko..yg baik sume aku pakat2 amik utk amal..
pada pompuan2 yg perasan wangi...
satu hari kita akan jadi mayat yg busuk gak!
pada pompuan yg arini perasan cantik..esok lusa kau akan kedut tua gak..
kepada adik yg bikin panas...kalu singgah2 blog nih..amik laa yg mane leh jadikan pengajaran yg baik..kan ramai orang dah darah tinggi bulan syawal nih disebab kan kau CIK ADIK

Anonymous said...

hahaha...bro hamka ni ada jer idea dia. 'Anugerah' tu.

Skali skala naik angin, menakutkan sungguh...blh nangis 30 hari nih huhuhu. Sure cik adik tu horror nk dtg sini lagi dah sbb smua org 'basuh' dia hahaha.

takper la cik adik, harap jgn serik ziarah kami di sini...tak kenal maka tak cinta :)

p/s-bro tak mo buat movie review ker on 'ayat2 cinta' yg kat tv tadi

Anonymous said...

tau tak semestinya kita benar2 tau tp terima lah teguran..

blog ni dibaca segenap lapisan masyarakat dan org bc nk cr manfaat tp kalo ade sket2 terkasar,terimalah sajor..contoh2 yg diberikan agak kasar...wallahu a3lam

astagfirullah

Anonymous said...

owh..antara syntom air naik ke kepala akan terjadinya sedikit ke'emo'an..br tau..akan ku jadikan pedoman utk persediaan ms hadapan..

-bujang lagi-

hamka said...

Zufi

Aku pulang beraya semalam jam 10 malam, sampai rumah bini aku sedang layan movie tu, akupun layan ler sekali..

Bagus ada cerita pasal poligami, tapi pasal jeles tu aku kurang setuju, tak boleh ke buat cerita poligami yang perempuan tak jealous?

Dan aku tak faham, ketika hero kahwin dengan perempuan kristian tu, yang dalam koma, perempuan tu dah islam ke belum?

Dan masa perempuan tu nak mati, baru belajar solat? Apa hero buat selama ini?

Tapi mungkin aku baru tengok cerita tu separuh jalan.., maka aku tak faham..

-----------
Cam

Kebanyakkan kritikan dalam email, aku tak layan..
Tapi semalam aku teremo sikit, mungkin sebab..errr... takpelah!

astagfirullah

------------
-bujang lagi-

: )

mun gunnerz said...

hai cik hamka ni ganaz r..

atap_aje said...

entry yang bagus..

baru2 ni aku ada wat shoutout YM aku yang sangat straight to the point. sampai ada orang tegur aku, kata lucah sangat la, ayat tak sesuai untuk seorang pendakwah la, tak sampai maksud dakwah la, macam2 lagi lah. Ikut suka aku la shout out aku.

macam-macam...

Anonymous said...

Xsetuju n setuju dgn komen bro. Xsetuju bini blh xjeles dlm idup bmadu. Fitrah kami utk jeles mcm aisyah ra jeleskan khadijah ra. Setuju dgn arguments psl kawin time koma (ahli kitab xyah ngucap ker) n nk mati br ajar solat hahaha sy pun pelik...tp ms fahri dah nikah dgn bini dia, n pegang sana sini sy dah sakit kepala sbb pelakon bukan muhrim..buat citer keagamaan lak... takkan ada exception dosa pahala, syurga neraka. Tp sbb dah ttgk, kena tgk sampai abih. Woha!

Unknown said...

al furqan;63.

"Dan hamba-hamba Tuhan yang Maha Penyayang itu (ialah) orang-orang yang berjalan di atas bumi dengan rendah hati dan apabila orang-orang jahil menyapa mereka, mereka mengucapkan kata-kata yang baik".

anggap jer cik adik tu kurang mampu nak faham, dan ko kenelah bagi faham dengan cara yang baik, kesian die, he he he he.....

van qif said...

salam,

kesian Cik Adik (pangkat akak ngan aku kot), apsal ler korang semua hentam dia..aku rasa semua org pempuan yg 1st time baca blog hamka mesti terngaga sambil mengalir air mata sebab en hamka ni ganazss...hihi..

petang jumaat tu aku gelak bila dengar kawan ofis yg muka macho plan nak tengok citer "Ayat2 cinta"...tapi malam tu aku pun tanpa senga "layan" citer tu gak...huhuhu

best hero dapat kahwin dua..aku plak satu pun x dapat lagi..hampir sepanjang tahun cuaca air naik kepala..ohh

Anonymous said...

hahahhahahahahahha

lawak sungguh le hang ni hamka..

hamka said...

MK_GunnerZ

Ganaz tu apa? Ganas atau gays..?

---------
atap_aje

tapi, kalau kau nak berdakwah, tetap kena ikut cara Nabi jugak, namun, ‘nota ugama’ kau, macam mana kau nak catit, nak karang, lantaklah.. janji kau faham dan tak paksa orang baca, itu hak kau..

: )

-----------
Zufi

Arghh, aku tak peduli!

Perempuan tu patut berterima kasih kepada madu dia, kerana madu dia tulah buat suaminya keluar dari penjara, untuk itu tak boleh jeles seumur hidup, ni siap nak lari dari rumah, apa kes?

Dan perempuan mualaf tu, separuh mati bila tahu pakwe dah kahwin, tapi bila isteri pakwe dia bernarkan bermadu seterusnya buat dia kembali sihat, apa lagi nak jeles?,

Patut dua-dua kena saling berterima aksih atas nikmat hidup..

Habis.

--------------
PENDEKAR

Cik adik ni joint yahoo group, kemudian salah sorang ahli yahoo group yang mengaku sebagai pembaca setia blog aku, telah masukkan beberapa entry aku dalam yahoo group, dan sebagai ahli yahoo group tentulah cik adik tu kena baca semua bahan forward

Tapi mungkin sebab terlalu banyak bahan forward yang nak di baca dalam yahoo group maka cik adik tu terus nasihat aku pendekkan karangan, maka nasihat aku,

Masukkalah jawapan aku ni ke dalam yahoo group tu biar semua orang baca keluhan kau kat yahoo group yang di panjankan kat aku, dan aku panggil kau cik adik merujuk kepada nama perempuan di email kau dan nombor yang aku rasa tahun lahir,

Sekian.

-------------
van qif

aku rasa nak kena buat entry baru, dan tolong jangan hentam Cik Adik tu, dia dah banyak bahan nak di baca, tambah pulak dengan komen korang yang panjang panjang tapi straigt to the point..

-----------
alongcute

pelawak yang buat orang ketawa dengan lawak lucah bukanlah pelawak sejati..

dan aku bukan pelawak

analessahorra said...

kemungkinan takkan di delete entri 'kejap lagi ni'


kihkihkih

Anonymous said...

memang betol pun yg cik adik tu kate..meleret-leret dia tegur ngan baik...

Anonymous said...

memang betol pun yg cik adik tu kate..meleret-leret dia tegur ngan baik...

Anonymous said...

salam..

8==D

bot-bot kecil mudah karam dan 'cik adik' bakal dilambung tsunami

(sila klik http://matsamankati.blogspot.com/2008/07/mesyuarat-tergempar.html bagi catatan mengenai Tajul Muluk dari blog MSK)

ahak! khas wat hamka k

tenung-tenung tepi-tepi,
buka tutup dalam-dalam,
menung-menung sendiri-sendiri,
duka lelap malam-malam..

petikan daripada abdullahjonesdua@blogspot.com

diatas daun ada kumbang
memakan daun perlahan-lahan
setelah kenyang kumbang terbang
tinggal daun berlubang-lubang

daun berlubang tidak cantik
mata memandang hati berdetik
-ah, itu daun sudah berlubang
bekas makanan pria kumbang

itu ibarat anak gadis
tiada usaha akhir yang manis
pelihara dirimu duhai sayang
hati,hati, jangan kangkang sembarang.

WOha! -abu lemang baru jer khawin..

SpEkmATaKu said...

satu entry y mencuit hati..
dlm mencuit ada pengajaranny..

bak kate dlm term pendidikan
objective hari ini tercapai

1.pelajar dapat menghayati bahawa perempuan ialah sebaik2 perhiasan kat dunia

2.pelajar2 dpt menyimpulkn y br hamka agak terkilan [ku rase la]dgn email saudari x itu..

3.pelajar dapat menyaksikan y br hamka dpt clarify stand wat he believe dgn jaya ny..

4.dan pelajar dpt mengetahui br hamka dlm proses menyudahkn pose 6 beliau n kite bile lagi haha...

Anonymous said...

5. pelajar memahami keadaan terseksanya manusia lelaki bernama suami apabila air pasang ke atas kepala siap meleleh2..

heh!

Anonymous said...

6. plajar memahami fitrah seorg suami mengidamkan bini2nya berbaik sangka, tidak jeles antara 1 sama lain dan tidak berebut kasih seorg suami yg x sebrapa itu sedangkan jasad suami akhirnya akan menaiki keretamayat jua...dan ilang kehenseman, mereput 'kekeringan' ditinggalkan keseorangan dlm liang lahad btemankan penyesalan kerna xpnah mampu blaku adil kpd kesemua isteri2 n anak2nya ketika hidup dulu. woha!

atap_aje said...

Tu la, aku cakap kat dia aku bukan wat dakwah melalui YM pun, kalau aku wat dakwah, aku akan dakwah hati ke hati, pintu ke pintu.

Aku cuma letak je shout out tu, bukan dengan niat nak dakwah.

macam-macam...

Anonymous said...

eh aku ni baru 19 tahun. kire baru lepas skola jugak la. Aku xlupe lagi ape yang aku blaja dalam biologi. xdepun blaja cmtuh skali. ish3.. hamka2

Anonymous said...

Salam.

Walau terpaksa baca sekalipon, kan senang kalau close window tu je. Habis cerita. Sudahlah 'memenatkan' diri sendiri menghantar email yang akhirnya sia-sia kena 'bambu' dengan Hamka. Aduh! Tetiba saya yang rasa malu sekarang ni.

Yes! Akhirnya saya komen jua sebab selama ini menjadi pembaca senyap. Mintak diri dulu.

hamka said...

Bebaskann

’Kejap lagi’ ni tak delete lagi sebab ’kejap’ tu sebenarnya lama..

--------------
abu lemang

Aku pulak berpantun..

Tanam pisang rapat rapat
Supaya puyuh tak dapat lari
Mari tuan pakat-pakat
Supaya hidup sunnah Nabi..

: )

-----------
SpEkmATaKu

1.pelajar juga perlu tahu bahawa perempuan ialah senjata syaitan

2.pelajar dapat belajar bagaimana nak email yang betul atau apakah nombor Maybank 2u aku..

3.pelajar dapat menafaat dari nota aku yang carca merba..

4 pelajar dapat mengetahui bahawa puasa enam itu ganjarannya puasa setahun, dan dapat anak itu puasanya mungkin 40, 60, atau seratus..

----------
Skar

5. pelajar memahami bagaimana nak bezakan antara air kelapa, air ketuban dan air kepala

----------
Zufi

6. pelajar memahami bahawa berkongsi suami yang baik adalah baik..

-----------
atap_aje

macam-macam...

---------
najlaa

buku sains yang lama, bukan versi BI, versi BM...

-----------
fishballisme

harap lepas ni tak senyap lagi
: )

Anonymous said...

assalamualaikum...
ape ke halnyer cik adik tuh...
kalo rasa xsuka lain kali jngn baca..
habis cerita....

Anonymous said...

salam...
erm,rasanya xperlu la delete part ni en.hamka...
mgkin dgn adanya part ini, pengunjung2 baru(mcm say..) blog ini akn lebih memahami cara en.hamka mengeluarkan kata2...

Anonymous said...

kesian cik adek tu
ada contact no x
nak bekenalan ler
woha!

Anonymous said...

hahhaha!tipu!tipu!aku lahir 1989. aku sempat amek spm versi BM.

hamka said...

: )

tajuk cam gini, tak sampai seminggu cecah 50 komen,

apa-apalah korang ni!

van qif said...

betul ler hamka...semuanya jadi ulat beluncas yg naik sheik...hahaha

@LiYaNNuaR ツ said...

teguran yg berani tuh... huhuhu...

hamka said...

anda berani?

Anonymous said...

aiyoo memang panjang tulisan itu.. tapi aku rasa tak bosan sebab point yang nak disampaikan semua go thru.. tak lari topik walaupun agak melalot sket disebabkan air sudah naik... huhu.. salam bro.. :lol:

hamka said...

ho ho!

taringmaut said...

perumpamaan yang sangat hodoh untuk pertanyaan dari emel yang sangat bodoh...

hamka said...

ha ha

Anonymous said...

aku baru nak khatam baca blog nko.. baru start entri ini. mcm tau-tau aje gerak hati aku entri "straight to the point" di kala ada orang jugak ckp aku membebel di dalam blog aku sendiri.. tima kasih incik Hamka.

aida said...

interesting2! terjumpa blog ni.betul jugakla apa cik adik tu comment sbb haha saya pon rasa mcm tu. Kadang2 panjang sangat. Tapi u know what, I think dia interested dengan blog encik, that's why dia still nak baca jugak walaupun mcm panjang and dah tak larat nak baca.
Sbb saya rasa macam tu. And dia comment utk memudahkan dia bila dia nak baca future posts.
Perempuan, biasalah, complicated skit!haha...
But yeah, interesting blog!keep it up ;)

Anonymous said...

salam...

errr....teringin sgt nak dapat payung emas wlu xlayak...terrringin sgt nak dapat madu..wlu suami xmampu!

doakan ana ya tuan...semoga suami dapat jodoh lagi...ana ikhlas seikhlas ikhlasnya, rela berkongsi sesuatu yang bukan milik hakiki....(wlu suami cakap xpernah terfikir, tp dlm hati siapa yang tahu,ya?aduhai...)

loving is sharing...n sharing is giving others what life had 2 offer us...hurm..aper2 je r..PEACE!~

-hidupQ-

hamka said...

aida

entah entah, kau yang email tak?

woha!

----------
-hidupQ-

bermadulah jika dengan bermadu dapat tingkatkan kerja ugama..

Liana Sharif said...

Ohh.. Memang susah nak tahan 'hangin' org xpuas hati psl blog org nih.. Kalau xsuka baca,main la jauh2.. Yg sibuk2 bce. xde sape paksa pun.. Terpulang la kat blogger 2 nk letak pe kat blog n nak delete ape kat blog.. Haha.. Mulut org mmg susah nk tutup, ade je xpuas hati.. (Mmg xbpe suke tulis nlog dlm keadaan mrh sbb nt akn byk ckp bukan2 tp mse 2 la saya plg rse mcm NAAAK je tulis blog.. Uhuh..)

Wan said...

wohha

Anonymous said...

klu nk padam artikel ni..padam je..jgn ckp smpai skrag x padam pn.arap en hamka yg lelaki beriman akhir zaman ni padam artikel SAMPAH ni secepat mungkin.bkan pa,klu marah kt pompuan tu e mail ja kt dia..maki hamun dia ..x perlu smpai kaitkn alat sulit wanita yg busuk,hapak,berkulat,berkudis,penyek,n sebagainya..melebih plak ak..hee!!x da kaitn pn ngan mslah anda ngan pompuan tu..nk wat gempak ja.btw..drpd bukak buku sains pa kata tuan penulis bukak buku medic..kt situ anda akn tau yg wanita pnya tu x busuk,hapak,berkudis,penyek or whatever..klu takat buku grafik sains(klu ada la dlm umah)x nmpk btul pn n x tau realiti sbnar.sila padam atrikel x berilmiah ni sblum anak perempuan anda meningkat dewasa n tanya anda napa dia pnya penyek.sya x suka artikel ni,terlalu x sesuai n it is nothing!!artikel2 penulis sbelum ni sgt bagus except yg sampah ni.terpnjg ak menaip..woha!.


p/s.sya tegur ikhlas..sya x nak jadi mcm followers awak yg x berani tego n hanya angguk ikut n percaya apa yg en penulis tulis.i'm not hypocrite.btw,krim salam sya kt isteri,anak perempuan penulis n beritahu yg diorg pnya kemaluan x haprak,busuk,penyek sbb dsitu terletak maruah perempuan suci bbanding perempuan zina,,n dsitu terletak pintu keajaiban yg mmberi hidup pda setiap insan..padam ja la artikel SAMPAH ni secepat mungkin.x rugi pn.x da ilmu langsung.mencemarkn blog ilmiah anda.

wanita_medic.

hamka said...

haprak?,busuk?

kenapa kau tambah benda tuh?

aku tak tulispun sampai macam tu,

oh, mungkin kau budak medic?, kau lebih tahu?

jangan hina kaum sendiri

hamka said...

lagi:

berkulat,berkudis?

jangan hina kaum sindiri!

normizaariffin said...

salam!

all the best! i suke bace blog u! hahahah!

Anonymous said...

br bc article ni walau dah lama follow (setahun)...

wanita_medic,
article ni (mungkin) bagus tuk org yg xbljr medik (wanita)...

honestly, walaupun umur sy dh tahap wajib kahwin (20+), tp xdak rs nak kahwin sbb sibuk (kononnya) nak jd wanita modern elegent.

lps blog en hamka ni diperkenalkan oleh adik lelaki, br ada rs nak kahwin.

pasal blog ni, amik yg baek, tinggal yg xbaek, ni hak en hamka nak tulis pe pon sbb blog dia

suggestion kpd en hamka, wat la restiction untuk org tertentu ja bc..(yg umOr dah bleh kawen contohnya)

hamka said...

ok, aku cuba!

Anonymous said...

Hiya! Quick question that's entirely off topic. Do you know how to make your site mobile friendly? My website looks weird when browsing from my iphone. I'm trying to find a theme or plugin
that might be able to fix this problem. If you have any suggestions, please share.
Thanks!

Have a look at my website ... Things to prevent whenever undergoing " moobs " therapy

Anonymous said...

Hi to all, how is all, I think every one is getting more from
this web site, and your views are fastidious in favor of new people.


Feel free to visit my website - In the event you construct Toned Torso or Substantial Pecs ?

Anonymous said...

each time i used to read smaller articles or reviews that also
clear their motive, and that is also happening with this
piece of writing which I am reading at this place.



Also visit my site - Chest Muscle groups And also the Cut Interval