Oct 6, 2008
Death Goes On?
(Ramai orang pergi ziarah kubur di hari Raya, keretamayat juga begitu)
Satu hari sebelum Raya
Cerita bermula ketika syaitan yang telah di rantai sebelum ini mulai bebas keluar dari dasar laut yang paling dalam, dan ketika Rahmat Ramadhan melabuhkan tirainya dengan meningalkan satu-satunya anak bulan didada langit, dan ketika sebahagian ummat manusia yang gembira menyambut berlalunya Ramadhan dengan cover kegembiraan itu adalah kegembiraan hari raya kononnya, dan ketika rumah di hias indah menyambut shawal mungkin alasan sebab shurga dihias indah juga sempena ramadan baru-baru ni sebab almaklumlah, rumahku shurgaku kata korang… apa-apalah!
Namun, aku pada waktu itu, life goes on.., yang mana ketika aku sedang berbuka puasa buat kali terakhir tahun ini bersama sanak keluarga, tiba tiba dapat panggilan telefon dari seorang sahabat yang mengatakan adik lelakinya telah terkorban dalam kemalangan jalan raya di Maran Pahang, dan akan di kebumikan malam ini jugak, maka pendek cerita, lepas solat Maghrib, aku, abangku, dan adikku telah pergi ke kubur di tepi pantai untuk mengiringi jenazah adik kawanku ke liang lahad, lagipun mayat adik kawan aku tu satu kampong jer dengan aku, jadi tak de halanganlah aku nak ziarah kubur di malam raya, wah wah wah, aku nampaknya menjadi antara orang yang pertama ziarah kubur di hari Raya…
Aku sebenarnya tak pernah pulak dalam hidup ini pergi ziarah kubur pada hari raya, atau hari tak raya, mungkin sebab mak ayah aku yang masih hidup atau mungkin sebab datok nenek aku yang dah lama jadi mayat, entahlah, yang pastinya, amalan ni tak di praktikan dalam keluarga aku, malahan kami banyak menghabiskan hari raya dengan ziarah orang yang masih hidup, dan mungkin sebab keluarga kami yang besar, ziarah orang yang hidup pun tak sempat di ziarahi semuanya, namun mungkin di hujung usia jika panjang umur, waktu tu barulah kot aku akan menziarahi tapak kubur yang besar pula..oh…
Balik pada cerita di atas, iaitu cerita ziarah kubur di malam raya, maka, sebelum sampai ke kawasan kubur yang gelap dan jauh dari kampung tu, kami sesat ler jugak, al-maklumlah dah lama tak ke kubur kampung sendiri, dan tak pernah ke kubur diri sendiri, lagipin banyak tanah perkuburan di kampung aku..,
Kemudian, secara tiba tiba sahaja adik aku kata dia nampak dari jauh ada beberapa orang di kawasan yang kami rasa itu kubur lalu adik aku terus drive laju sebab takut-takut tak sempat nak iringi mayat, sebaik sahaja sampai di kubur dan memang confirm itu kubur, aku dan adikku terus masuk kawasan perkuburan mencari liang lahad dan agak pelik sebab sorang pun takde, tak kan salah kubur kot?, tadi nampak macam ada 3 orang atas kubur kata adik aku, tapi bila kami masuk dalam kawasan pagar kubur, sorang pun takde?
Puas aku cari 3 orang yang adik aku dakwa nampak tadi, dan intai-intai jugak kot-kot mereka ada dalam lubang yang baru di gali, dan aku memang tak pelik jika tak ramai yang nak mengiringi tanam mayat pada malam raya sebegini sebab masing masing sibuk buat persiapan raya, ‘life goes on’ kata orang putih, semua tahu sudah, tapi tulah, dan melilau mencari dari kubur ke kubur, tapi memang takde orang, lubang kuburpun takde, salah kubur kot? Lagipun suspend jugak sebab kubur tepi pantai tu jauh dari rumah orang dan agak gelap sebab di langit hanya ada anak bulan, dan bertambah suspend mengenangkan syaitan yang baru terlepas dari dasar laut yang paling dalam, dan kubur itu memang tepi laut!..
Adik aku cuba telefon kawan aku tu mintak kepastian lokasi kubur yang sebenar, sebab mungkin kami yang datang terlalu awal, tapi line pulak tak clear, mungkin line telefon terganggu sebab syaitan yang baru terlepas dari dasar laut lalu menceroboh ruang atmosphere bumi, arghh, buat lawaklah pulak, apa-apapun, kami buat keputusan untuk pergi solat isyak dulu, lepas isyak kami telefon balik, lepas solat isyak tu, kami telefon balik, dan rupa-rupanya, sekali salah kubur daa…
Tapi, siapa pulak tiga lelaki yang adik aku nampak di atas kubur tu?
Malaikat yang menyambut Lailatuil Jaizah?
Hantu Raya?
Atau Syaitan yang baru terlepas dari dasar laut yang paling dalam?
Wallahu’lam..
Namun, moral of the story is : semua manusia akan jadi mayat, kawan adik aku tu baru umur 24 tahun, masih muda dan belum kahwin, naik kereta syarikat pulang beraya tapi tayar pulak pecah dan terbabas dan terbunuh, 3 orang dalam kereta itu turut mati, siapa tahu waktu sampai ajalnya?, bila Allah berkehendak kita jadi mayat, ketika nasik penuh dalam mulutpun boleh jadi mayat..
Esok esok, korang dan aku pulak yang jadi mayat, siapa tahu? Tapi jangan sampai salah kubur pulak…, buat sementara waktu ni, life goes on..
Sati hari di Malam Raya.
Lepas dah selesai urusan tanan mayat seorang hamba Allah di malam raya, kita tinggalkan dia dan malaikat Mungkar Nakir, karang panjang pulak nak cerita, life goes on, jadi.., kita kembali kepada acara menyambut malam raya yang berjalan seperti biasa, yang mana orang ramai mulai sibuk buat kuih raya, pasang langsir raya, tukar perabot raya dan dengar lagu raya sambil sekali sekala bertakbir raya..
Dan ketika aku tolong parut santan kelapa sebab mak aku nak buat nasik dagang, adik aku pulak muncul di tangah malam membawa berita bahawa anak jiran kami, telah di langgar oleh cina mabuk, mayatnya terpelanting dari atas jambatan Kuala Ibai hingga ke bawah Jambatan, itu cerita adik aku, dan cina yang langgar tadi terus life goes on, lalu lari dengan kaki sebab orang kampong yang brutal (mungkin akibat syaitan yang telah bebas keluar dari dasar laut yang paling dalam) telah menterbalikkan kereta mamat tu bila nampak tin arak dalam kereta.. begitulah cerita adik aku.. dan bila aku baca Akhbar, pihak polis mendakwa belum menangkap cina tu lagi, begitulah cerita Harian Metro, tapi polis buat ugutan dalam akhbar supaya mamat cina tu menyerah diri sebab polis cakap dah tahu siapa kamu.. begitulah cerita Harian Metro..
Nampaknya, esok hari raya, kena ziarah kubur lagi, takpelah.., semua dalam perancangan Allah, namun, aku bila dengar cerita anak jiran aku tu jadi mayat di malam raya, aku rasa kurang ‘sedih’ sebab hamba Allah tu ahli masjid, hormat orang tua, dan semua ahli masjid kenal dia, yang aku sedih adalah 2 orang jiran kami yang mati merempit, mati dalam keadaan derhaka pada orang tua, tak sembahyang, berzina dan hisap dadah…
Bagaimana nasib mereka di kubur?
Bila kita masuk kubur kelak, kitapun tak tahu bagaimana nasib mereka, yang tahu adalah nasib diri sendiri…
Dan dalam jam 4 pagi lebih kurang di malam raya pertama tu, adik aku dan abang aku yang baru pulang menghalau mat rempit buat bising, pulang dengan bawak cerita yang dah boleh agak, ada dua mat rempit eksiden dan cedera parah setelah jatuh di hambat polis, juga lokasi yang sama, di jambatan kuala ibai…, tak tahu jadi mayat ke tak dan aku malas sudah nak ambik tahu, ambik tahu karang, kena pergi ziarah kubur pulak.. life goes on!
Saru hari di Hari Raya Pertama..
Aku solat hari Raya di Masjid Pembakang sebab masjid tu start solat jam 9 pagi, manakala masjid kerajaan start jam 8.30 pagi, baguslah sebab aku lihat pada jam 8.55 pagipun masih ada yang bayar zakat fitrah, dan dalam khutbah di Masjid pembakang, isinya seperti biasa, salahkan Kerajaan dalam semua perkara, aku tak kisah, itu masjid kamu, dan hari ini adalah peluang untuk tambah undi sebab masjid melimpah dengan ummat manusia sehingga ke luar pagar… lepas solat nanti, kita pakat bermaaf-maafan ok?
Dan korang perasan tak?, takbir hari Raya Aidilfitri, hanya di sunnatkan daripada waktu berbuka puasa di akhir Ramadhan sehinggalah ke solat hari raya sahaja, dalam 15 jam sahaja lebih kurang, lepas solat Hari raya dan tak di sunnatkan takbir lagi, kenapa ek? Tak macam takbir Hari Raya Haji, di sunnatkan sehingga mencecah lebih tiga hari, kenapa ek?
Mungkin pada pendapat aku yang bukan Ustaz Ulamak ni, jika Allah sunnatkan bertakbir sampai hari raya enam misalnya, maka dah tentu ada antara korang yang akan pakat-pakat duduk dalam rumah masing masing dan malas nak pergi ziarah dengan alasan nak bertakbir sambil layan TV..
Tapi tulah hikmahnya, sunnat bertakbir hanya sampai solat hari raya, maka korang kenalah ‘lenjan’ habis habisan pergi ziarah semua orang kampong, pergi dari rumah ke rumah, dari pintu ke pintu, niat hanya kerana Allah, dan ketahuilah bahawa, amalan ziarah ni akan kekal sampai bila-bila, dalam shurga dah takde orang solat, puasa atau pergi Haji, tapi dalam shurga, semua ahli shurga akan ziarah antara satu sama lain, dan kemucak ziarah adalah, menziarahi Allah SWT.
Jadi, jika korang nak masuk shurga, kenalah rajin buat amalan ahli shurga, rajin buat program ziarah semata mata kerana Allah, jangan tunggu hari raya sahaja, kalau boleh seminggu sekali korang kena ziarah jiran korang, sebab Nabi bagitahu, ‘julat’ jiran kita adalah 40 buah rumah kiri dan kanan, dan ada tempat khas untuk mereka yang buat ziarah di bawah arasy kelak.. pendek kata, nak masuk shurga, kenalah banyak buat amalan ahli shurga, kan?
Dan ziarah yang paling Allah suka adalah ziarah semata mata kerana Allah, bukan ada tujuan lain, seperti nak pancing undi ke, kutip derma ke, atau pinjam kicap ke, pinjam kacip fatimah pun bukan, semua tahu sudah, pergilah belajar ziarah dengan mereka yang sentiasa berulang alik ke masjid… itulah maksud ‘life goes on’ sebenarnya!
Dan bersaksilah bahawa mereka adalah ahli shurga!
Satu Hari di Hari Raya Kedua
Aku sedang jawab SMS raya, di sisi aku pulak ada anak anak saudara yang banyak dapat duit raya, sedang ayik mereka mengira duit, tiba tiba, salah sorang anak saudara aku yang berumur 6 tahun bertanya tentang berapa harga telefon yang sedang aku pegang, dia nak beli katanya..
“Amboi, kau nak telefon awek ke?”
Anak saudara aku tersengih tak jawab soalan aku..
“kalau Uncle nampak kau dating dengan awek, uncle jatuhkan rantai basikal kau,”
Woha!
Satu Hari di Hari Raya Ketiga
Anak aku (umur 5 tahun) bila balik kampong dan jumpa rakan sebaya, dah tak ingat lagi kat mak bapak dia, sungguh asyik dengan kawan baru sehingga dah tak bertegur sapa dengan aku, asyik main sahaja dari pagi sampailah ke malam, almaklumlah, dah banyak dapat duit dan dapat makan percuma di sini sana.., mulalah lupa pada ayah dan bonda..
Bini aku menyatakan kebimbangan tengok anak-anak zaman sekarang lalu berkata:
“abang tengoklah tu, si Haikal, bila dah jumpa kawan, lupa pada kita.., bila besar nanti jika begini perangai dia, bahaya jugak..”
Aku tengok anak aku dari jauh, bermain dengan gembira dengan kawan kawan sebaya..
“Ah, takpelah, bila besar nanti jika dia jumpa kawan-kawan dan lupa pada kita, abang ngorat makwe dia, biar padan muka dia..”
Woha!
Satu Hari di Hari Raya Keempat..
Pagi pagi lagi lepas solat subuh, kawan aku yang dah start kerja di hospital terengganu bahagian kecemasan bagitahu bahawa seorang sahabat kita telah mati kemalangan malam tadi…
Lepas sarapan aku terus pergi ziarah mak dan ayah dia, kami sekampung, dan semua sedang bersedih…
Tengahari tu, jenazah kawan aku telah selamat di kebumikan, manakala isterinya sedang koma dan beliau meninggalkan dua anak kecik…
Petang itu, ketika aku drive pulang dari kampong kembali ke duniaku.., mak aku pulak telefon bagitahu isteri kawan aku tu juga telah meninggal dunia, dan mayatnya akan di kebumikan petang itu jugak, aku mintak maaf pada mak dan arwah kawan aku, sebab aku tak U turn untuk balik ziarah kubur mereka sekali lagi, sebab aku kena teruskan kehidupan.., life goes on!
Dan aku sedih jugak mengenangkan anaknya yang masuk akhbar muka surat depan Minggun Malayasia yang telah jadi yatim piatu…
Semoga Allah mencucuri Rahmat pada Allahyarham Roslan Mamat dan isterinya Nasimah…
Sesungguhnya, Dunia ni tak pedulipun siapa kita, dan apapun usaha kita, sampai masa ajalnya,tak kira siapa kamu, Menteri besar, orang kuat pembakang, driver keretamayat, blogger terkenal, ketua pengakap, pembacuh kacip fatimah, atau siapa sahaja, kita semua akan pulang berjumpa Allah, dan entah bila masanya, aku juga pasti akan jadi mayat, tinggalkan segala galanya…
Tinggalkan segala galanya..
Dan jika cik google baik hati, mungkin nota keretamayat ini sahaja yang tinggal sebagai sisa-sisa ilmu bagi mereka yang mahu mengambil manfaat..
Mudah-mudahan…
Ps: Jika aku ditakdirkan jadi mayat dalam waktu terdekat, aku nak mintak tolong pada korang semua, iaitu jika korang ada nampak anak aku yang masih sekolah rendah tapi sudah pandai dating dengan awek, tolong jatuhkan rantai basikal dia, dan jika dia sudah remaja dan sudah pandai dating dengan awek, tolong ngorat awek dia untuk aku, boleh? Sebab life goes on and death goes off or life goes off and death goes on!?
Apa apalah!

Subscribe to:
Post Comments (Atom)
36 comments:
for da first time m da first...dan kalau bukan aku da first sbb aku nulih komen ni panjang sangt sbb banyak nak cerita kot..smentara aku tulis komen mesti dah ada orang cakap "im da first" dah...err..aku x kisah pon...hehe
thn ni aku x pergi ziarah kubur pon..slalunya aku p ziarah kubur nenek , adik aku, dan sanak sedara yg lain d tanah perkuburan yg sama...selalunya aku pergi dua tiga hari sebelum raya...dah tu adat famly aku..tapi thn ni aku x smpat ikut famly aku ziarah kubo sanak sedara ku...tapi,.....
masa program 3R ( remaja rai Ramadhan) anjuran KRJ (kalau nk tau lanjut baca la posting pasal 3R tu kat blog aku..) tu aku dan peserta2 lain dibawa melawat ke kuburan ...ni time bulan pose ni...
agak lama gak aku berdiri depan kawasan kubur tuh...dalam pukul 11 malam lebih kami jalan melaui jalan kampung yg gelap gulita bertemankan hanya torch light malam tuh....
dalam 20 minit lepas kami muhasabah diri depan kawasan kubur tu dan sedekah kan fatihah kepada ahli2 kubur kami pon beredar...
trus balik dari kwasan perkuburan tu hati aku sayu terkenangkan arwah adiiku walauapn die dah lama xde dan tak disemadikan di situ...isk isk...tetiber je malam tu (20-21 Ramadhan)tak le tido asek terkenangkan die...
sekian...tu je nk cerita...baru aku perasan, aku ada gak pegi kubo masa ramadhan walaupon x pegi kawasan kubo yg sama yg tiap2 tahu aku pegi...hmm...
cuma bezanya aku x pegi kubo yg mayat nya fresh2 lagi akibat eksiden or whatso ever...aku just pegi ziarah kubur yg mayatnya mungkin tinggal tulang belulang je dalam tanah tu...
wallahua'lam....
moga aku mati dan korang mati dalam husnulkhatimah....
ameen...
piece...
:)
^*2nd pn jdla.. heh` tp x bc lg,tunggu aku siap asaimen br bc k*^
^*far_red*^
life goes on...
2 3 hari ni slalu terbaca entry psl org meninggal..dn dikalangan mereka y baik alhmdllh...
xcukup lagi amal ibadah ku ohhh..
ku rase klu ku meninggal skrg entah d manakah tempt ku...
dineraka kah or syurga kah???
or di antara syurga or neraka...
kita xdpt menilai sejauh mana ibadat kita d terima..moga2 asbab Rahmat ALLAH kita d mskkn Jannah...
insyAllah...
Assalamualaikum,
Ramadhan tahun ni aku terasa rugi sebab tak dapat direct 10 hari iktikaf.cuma dapat 5 hari je kot.
bila pikir balik, teringat kat ustaz yg bagi zihin tiap2 pagi sblm mesyuarat, "bersyukurlah kita kerana masih dipilih oleh Allah untuk berada di Majlis Ilmu,sembahyang berjemaah dan dapat melakukan ibadat puasa...dan lain2...oleh itu sama2 lah kita sentiasa berdoa dan berusaha untuk sentiasa menjadi orang yang dipilih oleh Allah"
aku perasan sesuatu masa bulan Ramadhan,10 hari pertama surau taman aku full house! - Allah pilih ramai orang untuk dikurniakan Rahmat ke atas mereka.
10 hari kedua dah mula kurang sikit - Allah dah pilih orang tertentu sahaja untuk diberi pengampunan.
10 hari ketiga makin kurang - Allah pilih lagi orang yg tertentu sahaja untuk Lailatul Qadar.
nampaknya aku macam kurang terpilih untuk 10 malam terakhir tu...sedih lah.kena check amal aku balik...
ada tak yang dapat iktikaf 10 hari direct?cerita la sikit...jumpa malam Lailatul Qadar tak?
Pagi semalam baca taklim kisah sahabat Abd Rahman bin Auf yang Allah beri harta kekayaan dunia.
Satu hari Nabi cerita pada para sahabat hal mimpi baginda mengenai syurga mereka. Akhirnya bila tiba pada Abd Rahman bin Auf, Nabi kata dialah sahabat yang paling lambat masuk syurga sebab terperangkap dalam hisab harta. Sehingga Nabi sangka Abd Rahman gagal dalam hisabnya tu.
Abd Rahman bin Auf pun bukanlah jenis orang kaya macam kita. Dia sahabat yang zuhud dan banyak belanja harta untuk agama. Itu pun kena hisab yang berat. Bila pikir-pikir macam ni, rasa tak sanggup nak mati dan menempuh hisab.
Semoga Allah sentiasa pimpin kita pada jalanNya.
Salam,
Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
Perasan tak, yang takbir Raya tak ada sebut Rasulullah.
Tapi kalu dalam azan ada.
Kenapa ek?
Kena tanya ustad, ulamak & bro Hamka pasal agama ni.
P/s;
A = Tak, Gama = Kacau
maka AGama = Tak Kacau
* maka kita ada sistem, tak kacau bilau.
Kalu, U = Tak tau apa makna dia
dan, Gama = Kacau
maka UGama = Tak tau apa makna dia Kacau
[bahasa Sanskrit]
(itu tazkiroh Cikgu (yang bukan Ustad) kat masjid kat kampung masa balik berpuasa pertengahan Ramadhan ngan bonda tercinta)
Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam
Hamka tulis pasal ziarah kubur...
dan tahun ni aku tak sempat pergi ziarah kubur arwah abah aku..
dan tambah sedih, kami adik beradik ada isu tahapa2..
aku tak tau sapa antara kami yang ada teringat nak ziarah kubur arwah abah tu..
semoga aku tak lupa doa dan Fatihah untuk dia tiap2 hari..
(T-T)
limaumaniss
Apa kau buat kat kubur jam 11 malam? Kenapa 11 malam? Kau buat program seekers ke?
---------
SpEkmATaKu
Baca cerita hantu di kubur memang seram, tak sama baca cerita hantu waktu pejabat, dan baca hadith Nabi di jalan Allah lebih berkesan daripada baca Hadith sambil layan DVD MP3 bla bla…
Eh, siapa yang aku bebel ni?
---------
nizam
Walikumusalam
Aku rasa baik kita buat jer 10 malam tu habis habisan, sebab amalan kitapun bukan banyak sangat, dan oh ye!
Seketika kita buat ziarah kerana Allah, lebih besar pahala daripada seorang yang beribadat di Hajaratul aswad di malam Lailatul Qadar
Rujuk Hadith..
So, boleh sambung cari ‘Lailatul Qadar’ lepas habis puasa nam nati ok?!
: )
---------
azharjaafar
Aku pulak, masa ustaz tengah ceramah hadith ni ada sorang mamat sebelah aku yang perasan pandai, baru hafal satu dua hadith dah berlagak, kata hadith ni palsu dan buat orang Malaysia tak maju bila baca hadith ni, aku suruh dia jumpa ustaz tu, dan dia terus bangun jumpa ustaz tu,
Dan ustaz tu terangkan dengan hikmah bahawa memang Abd Rahman bin Auf masuk shurga dalam keadaan merangkak…
Arghh, lain kali aku tulis isu ni,
: )
-----------
MohdSha
Aku tak tahu!
Dan aku bukak kamus bahasa melayu, banyak lagi bahasa melayu sendiri yang aku tak tahu..
Dan bab Nama Nabi tu
Akupun tak tahu!
Maaf!
----------
faz
jiran dapat kereta baru, kita nak kereta baru
jiran dapat lansir baru, kita nak lansir baru
jiran dapat keranda baru, kita tak nak pulak keranda baru
woha!
aku ni berkobar2 nak cari kabinet dapur utk umah br aku...bc komen bro kali ni...aisey btl la..kita tak pnah berlumba2 cari keranda baru. aku rs org cina advanced sikit drp kita sbb depa dah siap booked tapak kubur rega sampai berjuta2. tak caya blh gi tgk kat Nilai Memorial Park. kira ada gak ler persediaan sebelum mati huhuhu...
Life goes on...
Thn ni kali pertama beraya sebagai seorang ibu..tahun lepas beraya ngan mentua tapi tahun ni gi ziarah kubur dia..Dan aku kena lar menggembirakan suami ku supaya dia tak terasa kehilangan ibu tercinta..Alfatihah buat ibu mertuaku Allahyarhamah Bibi Zarina Bt Sultan Mohamad..Semoga rohnya di cucuri rahmat oleh Nya..Amin
(Maria-BPP)

death goes on....yup, sedih betul aku bila hari raya lepas dapat tahu seorang rakan sebaya aku meninggal akibat accident di bualn ramadan...rasa insaf ler, dah cukup ker bekalan ni...ishh...asyik buat dosa jer ni...
Kesian, kat tempat aku ader mat rempit meninggal akibat hentam signboard...lagi kesian bila didapati ada tin arak kat motornya...ohhh...wallahualam
Ya Allah matikan lah kami semua dalam iman....Aminnn
ermmm..death always goes on.........
so, apo laie yg kome tunggu tuh..
Salam,
Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
Supaya kita 'Rest In Peace' masa dalam kereta mayat seterusnya ke lubang kubur dan bila bangkit di hari kiamat.
Allah ajar dalam Surah Ali-Imran Ayat 102 yang bermaksud;
"Hai orang-orang yang beriman, bertakwalah kepada Allah sebenar-benar takwa kepada-Nya; dan janganlah sekali-kali kamu mati melainkan dalam keadaan beragama Islam."[3:102]
Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam
en hamka...pegi kuburan tu salah satu aktiviti yg fasi dan pihak penganjur rancang ...saje nak bawak budak2 peserta program kami muhasabah diri dan renungkan2 masa depan..lepas masuk kereta mayat..trus masuk ke 'sana' tu..
ikutkan pahala pada malam lailaturkadar boleh dapat hari2
cuma ramai tak tahu aje, tu pun ada orang buat program puasa di makkah dan beraya di sana
best ker???
ikut kata orang Perak,
"Death is certain, life is not!"
Boncu
Kenapa delete komen? Tapi betul jugak, bab bahasa dan kefahaman bahasa bagi aku takde masalah, tak kisah asal bahasa yang penting cara guna…
----------
Senah
Kesian orang cina, banyak duit habis belanja untuk mati, tapi masuk neraka, siapa yang nak buat dakwah jika ada yang buat dakwah orang islam sendiri yang menentang dengan alasan: betulkan keluarga dulu..oh!
-----------
(Maria-BPP)
Death goes on…
-------------
van qif
Aminnn
---------
mYwaY - i am a human..
....
-----------
MMohdSha
Benar!
-----------
limaumaniss
oh, begitu..
-----------
Amin007
Kerna itu sahabat yang faham agama, telah keluar berdakwah dan ramai yang mati di luar mekkah…
Kat mana aku mati, Malaysia kah? Oh!
----------
Abang Ben
: )
Mlm raya ke 6, sy dpt panggilan tepon, staf kami telah meningal dunia akibat strok. kesian kat isteri arwah yg jugak staf kami baru lepas pantang selamat melahirkan ank perempuan. masa dikebumikan kami satu faculty sempat melawat arwah, rmi yg datang termasuk student2, kenalan2, saudara mara n ect. buat Siti rahimah Diauddin harap tabah menghadapi dugaan. dan buat suaminya NORZUKI BIN YUSOF semoga rohnya dicucuri rahmat olehNya. Al-Fatihah
Assalamualaikum...
Cerita ttg kematian, melawat kubur... mmg perlu diambil tahu dan dilakukan untuk melembutkan hati. Itu kata salah sorang ustaz dlm ceramahnya. Ye lah., kalau dah terlalu sibuk dgn keje sampai tak ingat nak solat dan buat ibadah lain, mmg kira hati dah keras lah tu.
Ramai yg bila diingatkan ttg mati, terus pekakkan telinga. Sedih... tak tahu bagaimana nak sedarkan mereka. Mrk tahu mati itu pasti... tapi setakat tu je lah. Tak meresap ke hati. Kematian yang dekat tapi jauh...
Saya sendiri berhadapan dgn kematian masa raya ni. Ramadhan terakhir buat anak sepupu. Muda lagi. Baru 20 tahun. Anak harapan untuk ayahbondanya.
Semoga kita semua akan bersedia untuk satu masa yang pasti...
mati adalah PASTI, hidup INSYALLAH..
Encik Hamka..
Pertama sekalinya, saya berharap, pengunjung blog hamka ni tiada puak anti-hadis.. entah, saya macam perasan ada pengunjung yang bersifat sebagai anti-hadis di sini. Sangkaan saya kot? entah betul entah idak..Sebab selalunya, saya jumpa orang yang anti-hadis akan selalu menggunakan ayat2 al quran dalam setiap hujjahnya sahaja hingga kadang buat kita rasa kagum.. Oh!
Jangan layan sangat perasaan saya ni dan jangan layan sgt soalan golongan anti-hadis yang suka membuatkan kita terfikir2 dan buntu. Terserah..
Ya, sedih bila si mati meninggal kerana rempit, dadah dan sebagainya. Tetapi sedih lagi mereka yang mati tanpa beriman.
Untuk itu, ada seorng ustz pernah berkata, dalam sehari, perlulah kita byk beristighfar, istighfar kerana tak mampu tunaikan hak kita dengan Allah sepenuhnya, istighfar kerana tak mampu tunaikan hak kita dengan hamba seislam..dan istighfar kerana tak mampu tunaikan hak kita dengan hamba yang tak seislam..
moga diberi kekuatan
Apa pun mengenai takbir raya, kenapa tak disebut nama Nabi Muhammad..sudah tentu lah tak disebut kerana, takbir itu sendiri hanya layak untuk Allah.. kebesaran itu hanya layak untuk Allah bersempana bulan Ramadhan yang merupakan bulan Allah.
salam....menjelang syawal, graf kematian turut meningkat...akibat kemalangan terutamanya...sbb cuai atau mmg sbb dah ajal mereka?
al-fatihah buat semua insan yg tlh ke rahmatullah....semoga dicucuri rahmat...
menziarah kubur tu mmg bagus...sbg peringatak kpd kita ttg kematian (sunat)....spy kte b'ikhtibar kat ctu...jd, buat la malan sedaya yg mampu...jgn tggu dah nazak...
bercabang cabang cerita korang semua, tapi endingnya tetap sama, ‘ziarah’ kubur..
dan seperti biasa, naik tiket sehala keretamayat!
hamka..
nape 1st raya kene ziarah kubur eh?
ade pape cerita behind it x?
pemilik blog kereta mayat pun tak kenal kubur kat kampung sendiri. apa kes... hehe.. gurau je bro..
di syurga saling menziarah... seronoknya... harap dapat ziarah bro hamka jugak kat sana nanti.. tapi yang paling nikmat mestilah ziarah Allaah..inshaAllaah
Anonymous
Cerita behind orang lain aku tak tahu, cerita behind aku sebab kawan aku mati hari rayer, kenalah ziarah kubur dia, bukan setakat ziarah, tolong tanam!
Dan untuk soalan kau, korang kena rujuk ustaz ulamak, bab ziarah kubur..
-----------
Kavkiskey
Kampuung aku ada 4 kawasan tanah perkuburan, yang kat tepi pantai tu tak pernah aku pergi, jadi maafkan aku..
-------------
Deliciousdeen
Aku rasa nak menangis bila korang doa aku masuk shurga, dosa aku banyak bang, terima kasih sangka baik ngan aku dan sentiasa doa kat aku, terima kasih bang!
oh..saya pun banyak dosa pak cik hamka... cikgu saya kata..selagi mana orang tu pernah ucap 2 kalimah syahadah kat dunia..dia tetap juga dapat masuk syurga...(tapi masuk neraka dulu)..selagi kat dunia dia tak sombong (kalau x silap)....nape kata saya 'bang'... sy lagi muda n sy x laki..huhuhu...
salam..
firstly thniah kt hamka coz blog ni mmg btl2 best..sbnrnye, sy br j tau psl blog ni b4 ramadhan br2 ni..2 pn kwn yg knal kn..thanks to mai fren gak..coz knal kn ak ngan blog yg bwk ak k jln menuju Pencipta..skrg ni, klu ad j wktu sy msti jngah kt blog ni.bc entry2 lm yg ckp menginsafkn..smoga prasaan insaf ni kekal dlm dr yg hina nih..amin..
skrg bla bc entry ni rs nk post comment lak..mmg sy de jgk dgr psl xcdnt tuh.
oo..rupe2 nye jiran hamka eh..al-Fatihah utk si mati..orait la..life must go on..
-AZIAN-
:)
al-asr...sekadar utk mengingatkan manusia tentang kepentigan masa
mesti blogger ni tinggal d kg raja baram cendering
Post a Comment