Jun 12, 2008

Apa itu "kuasa islam"?

(Merujuk kepada "kuasa islam" yang memboikot Negara tertentu dalam beberapa tempoh, ada orang tanya aku akan bilakah tarikh boikot Belanda dan Denmark berakhir, maaf-aku tak tahu!, siapa yang tahu?-tolong!)

Bermula cerita...

Setiap Negara mengistilahkan jumlah pendapatan yang dibandingkan dengan harga keperluan harian dengan istilah "kuasa beli".

Baru-baru ini, "kuasa beli" ini telah menjadi satu senjata ummat islam di beberapa buah negara islam untuk menunjukkan "kuasa islam" terutamanya dalam isu boikot memboikot Negara kafir...

Namun demikian, Apabila minyak naik harga daripada dari RM1.92 seliter kepada RM 2.70 seliter. Manakala diesel dari RM 1.58 seliter kini dah jadi RM 2.58 seliter, maka "kuasa beli" kita telah menjadi rendah dan aku tak ada pulak nak kata "kuasa islam" jugak rendah...

Cuma, bagi aku.. "kuasa islam" tidak boleh kita sandarkan kepada "kuasa ekonomi" juga tidak kepada "kuasa Nuklear" atau "kuasa-kuasa" yang dimonopoli oleh orang kapir...

"kuasa islam" itu ada pada dua perkara yang kita tak betul-betul gunakan, bunyinya agak klise tapi agama mana ada klise?! jadi kuasa itu adalah.. iaitu.., arghhh.. korang boleh rujuk ustaz untuk tahu apakah dua senjata Ummat islam...

Aku pada mulanya nak tulis bab ni panjang-panjang tapi tiba tiba aku jadi 'penat'...

Apabila aku dah Malas nak tulis bab ni, bab apa yang patut aku tulis?

Baiklah, apabila kita bercerita mengenai minyak naik, aku teringat akan beberapa kenangan pahit manis sewaktu minyak naik 30 sen dulu-dulu, cerita ini berlaku kira kira dua bulan yang lampau… cerita ini ringkas sahaja tapi masih ada kena mengena dengan tajuk entry, insyAllah...

Begini ceritanya…

Dalam satu perjalanan di bumi Malaysia ini, aku berpeluang untuk tumpang kereta seorang member lama aku, dari kerusi kiri depan, aku biarkan tingkap kereta sedikit terbukak lalu rambut berserta janggut kering dan kasarku terbuai rakus di tiup angin percuma ciptaan Tuhan…

Memberku menyatakan hasratnya untuk bukak air cond kereta, aku angguk dan naikkan tingkap secara Auto.., sekali tekan, tingkap terus naik tanpa henti, dah tak betul agaknya wiring power window ni.., kata aku dalam hati..

Suasana menjadi sepi beberapa waktu, sehinggalah member aku bersuara memecah kesunyian memulakan perbualan…

“Apa pendapat kamu, jika aku isi minyak di Shell”

Arghhh!, soalan ni mengingatkan aku pada dua entry yang dah aku tulis sebelum ini, iaitu isu baikot Denmark dan Belanda…

“kereta engkau, lantak engkauler nak isi minyak manapun”

Jawab aku dengan malas…, malas nak bertekak dan berhujjah, akupun banyak yang tak betul…

“kalau aku pergi isi minyak di Shell, kau tak marah?”

Tanya dia lagi, mungkin beliau menyangka aku adalah pemboikot tegar yang akan menyumpah seranah dan bagi fatwa itu ini begitu begini jika beliau isi minyak di Shell…

Kawan, kau tak kenal siapa aku ini, tak salahkan kamu, sebab rumah kamu tak de internet dan aku memang jenis pilih orang untuk bagi alamat blog aku.. kata aku dalam hati.

Akupun berkutbah… (start boring)

****

Kita orang islam dalam sesuatu kes, dilarang menyekat rezeki orang lain…

Ceritanya begini, pada tahun 6 Hijrah, telah berlaku perperangan yang bernama Ghazwa Banu Mustaliq dimana Aisyah RA telah bermusafir bersama Nabi Muhammad SAW.

Dalam perjalanan dan masa rehat, Aisyah telah pergi buang air kecil dan bila patah balik beliau tertinggal rantai leher lalu pergi ambik balik.

Tapi masa tu orang tak tahu Aisyah tiada di ‘haudjah’ (kantung besar tempat Aisyah duduk), dan orang telah angkat ‘haudjah’ kosong lalu pulang ke Madinah…

Bila Aisyah RA kembali dan didapati tiada seorangpun yang tinggal, maka Aisyah tak menangispun, malahan beliau yakin Allah akan jaga dia dan yakin Nabi akan hantar orang untuk cari dia bila Nabi perasan kelak..

Maka sebagai wanita yang beriman dan berjiwa tenang, Aisyah RA pun tidurlah kat padang pasir sorang diri dengan selamba…

Nak di jadikan cerita, seorang sahabat Nabi, Safwan RA telah di tugaskan berjalan di belakang rombongan untuk menjejak musuh atau memungut kalau-kalau ada barang yang tercicir, lalu terjumpalah sahabat ini akan Aisyah isteri Nabi Muhammad SAW yang sedang tidur..

Lalu beliau terus membaca dengan kuat:

“In Na LiLLAh HI WaiNA Ila Hirajiun…!”

Aisyah RA yang terdengar terus bangun dan menutup wajah dengan purdah.., dan tanpa sebarang suara, Safwan RA terus menundukkan unta, Aisyah RA terus naik unta, dan Safwan RA menarik tali unta maka berjalanlah mereka berdua ke Madinah…

Sampai di Madinah, maka Aisyah telah di fitnah berzina dengan Safwan dan antara yang terlibat dalam penyebaran fitnah ini adalah saudara Aisyah sendiri iaitu Mistah RA.

Mistah sebenarnya adalah anak yatim dan saudara kerabat Abu Bakar RA, dan Mistah adalah orang yang susah hidupnya, dan beliau adalah termasuk orang yang ditanggung sara hidup oleh Abu Bakar RA.

Kerana persitiwa ini memburukkan imej Nabi Muhammad SAW, maka Abu bakar RA telah membaikot Mistah di mana Abu Bakar RA telah menghentikan wang sara yang selalu di berikan kepada Mistah RA.Abu Bakar telah bersumpah tidak akan menyara hidup Mistah RA lagi, akan tetapi..

Allah telah melarang Abu Bakar bertindak demikian dengan turunnya ayat ini:

“Dan jangalah orang-orang yang mempunyai kelebihan(dari segi ugama) dan kelapangan(dari segi dunia) di antara kamu bersumpah bahawa mereka tidak akan memberi bantuan kepada kaum kerabatnya, orang-orang miskin dan orang-orang yang berhijrah pada jalan Allah dan hendaklah mereka memaafkan dan berlapang dada. Apakah kamu tidak ingin Allah mengampuni kamu? (jadi, kamupun maafkan mereka yang melakukan kesalahan terhadap kamu) dan Allah adalah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.”

(Surah Nuur: Ayat 22)

Lantas, Apabila Abu Bakar RA mendengar ayat ini, beliau bukan sahaja menarik balik sumpahnya, malahan beliau telah menaikkan sara hidup Mistah RA yang mengfitnah isteri Nabi kepada DUA KALI GANDA…

Ini adalah satu mujahadah untuk Abu Bakar RA yang faham ugama, yang diperintah membantu orang yang telah mengfitnah anaknya, bahkan dia kali ganda lebih dari itu..

Kita tak faham perasaan sahabat, dan kita tak faham peranan kita sebagai ummat Nabi Muhammad SAW…

Dalam isu kau nak isi minyak di Shell….

******
Tiba tiba kawan aku mintak stop khutbah kejap, yang mana setelah beliau mendegar khutbah aku yang tergantung dan tak sempat habis itu, kawan aku terus berhenti di Shell untuk mengisi minyak V power, tak lama kemudian setelah berurusan di kaunter Shell, beliau kembali ke kereta bersama satu bungkusan..

Setelah minyak V power di isi dan sebaik kereta bergerak, kawan aku dengan selamba berkata-kata, yang buat aku tak jadi nak sambung khutbah…

“aku sedang kumpul koleksi model Ferrari dengan bunyi enjin dinamik, aku nak cukupkan koleksi, akhirnya dah cukup koleksi aku”

Aku terus menyumpah!

Hampeh!!!!


End!

******
Ps: Cerita ini berlaku di zaman kamu tak sempat bersyukur minyak naik 30 sen sahaja…, Wallahu’lam.

*****
Nota: Sehari sebelum minyak naik harga 78 sen, kelihatan ramai kaki baikot Belanda (kawan-kawan aku) pakat-pakat isi minyak di Stesen Petrol Shell, dah habis tempoh menunjukkan 'kuasa islam' ke bang?, atau memang 'kuasa islam' itu kita tak ada?... oh!

24 comments:

faz said...

1st!

aku isi minyak di mana2 yang aku sempat berhenti pada ketika yang jarum penunjuk dah tunjuk E dan ada lampu merah...

sekarang bila harga minyak dah naik, aku cuba jimat minyak dengan berhibernasi saja kat rumah..

Dong said...

salam tuan punye blog,
saya link blog tuan di blog saya
untuk entry yg terdahulu.:).

teruskan menulis ..

anakscorea.blogspot.com said...

ASM,

Boleh tak Brader Hamka ceritakan sampai habis kisah Aisyah RA tu?
Curious nih...

TQ WSM

Sir Wan said...

senjata umat islam - doa? lg satu ape?

BENTARA said...

doa dan dakwah eh?

van qif said...

ASsalaMuAlaikum wbt...

Dapat gak buat aktiviti baca entry baru di malam jumaat ni yer...maklum ler orang bujang...hihi (jangan senyum lucah)

Doa dan Dakwah ker senjata orang islam?? Jahilnyer saya ni...X pandai langsung nak berdakwah...x tau nak cakap apa dan x tau macam mana nak mulakan ayat dakwah...yer ler bila jumpa kawan asyik bincang pasal hal dunia jer, x confident takut berdusta hal agama plak..kasi tip sikit pak cik macam mana ayat intro dakwah yang simple...dari kawan mu yg jahil ini...

Adioss Amigoss

azharjaafar said...

Petang tu (yang mana esoknya minyak naik 78 sen), aku nak ke Sri Petaling. Aku yang tak tahu menahu hal dunia (kononnya), tengok banyak kereta beratur kat stesen2 minyak.

Dengan anggapan mungkin esok minyak naik harga, aku pun sibuk2 bawak kereta beratur sama. Dapatlah isi penuh.

Yang tak bestnya, malam tu aku sampai Sri Petaling jam 9 mlm. Jem gilak! Alhamdulillah sempat Maghrib di Masjid Jln Ipoh.

perokoksoleh said...

salam...
sebelum boikot belanda,naper la xboikot barangan israell jerk macam nestle,hp nokia,intel dll???
kat belanda tue bersepah2x orang islam...dan lagi satu,dari korang boikot brngan belanda naper xboikot malaysia jerk???berapa bnyak cerita abu jahal yg dikeluarkan antaranya anak halal,gubra dll...
dan jangan hanya tahu cakap jerkk...
atleast,buat la kalo korang dah cakap nak boikot,
so,jangan jadi hangat2x tahi ayam...
kitaa melayu tidak mudah lupa...
ini hanyalah pandangan aku...
mintak maaf kepada pakcik2x kiranya bahasa ini tidak sopan...

Hamka said...

faz

walaupun minyak naik, nasik minyak tak naik, maka siapa yang nak buat majlis ‘makan nasik minyak’, janganlah segan segan.. he he

-------------
Dong

Ok, takde hal..

-------------
anakscorea.blogspot.com

Cerita ni bahagian ending dia aku dah tulis dalam entry “kenapa bercerai”
Cuba kau rujuk entry Feb 13, 2007

Ada ending yang begitu memoralisasikan..

----------
Sir Wan

Macam BENTARA cakap, doa dan dakwah…

---------
van qif

Bab ni aku ada tulis dalam bab “bagaimana meningkatkan iman” dan juga lain lain entry yang berkaitan, kau kena ‘bertapa’ sikit..

: )

-----------
Azharjaafar

Ok, bagi yang tak tahu, isi minyak RM 30 di stesen Shell, akan dapat kereta mainan percuma yang ada bunyi enjin berdinamik..

----------
perokoksoleh

hot hot chicken shit

salju said...

Assalamualaikum...

tuk pemilik blog ni..
saya y baru nak jadi umat yang sedar diri akhir zaman nak minta izin link blog ni dalam blog saya dan ambil beberapa ayat yang agak power untuk renungan bila lalai..

saya x mampu sampaikan dar mulut ke mulut.. harap2 ilmu dari tuan akan di terima oleh kawan2 saya sendiri..

Hamka said...

salju...

boleh, apa salahnya?

jangan lupa berdoa untuk aku agar di selamatkan dari azab api neraka
: )

Kafur said...

Senjata umat islam?

Mungkin al-Quran-lah senjata yg plg hebat buat umat Islam.
Dlm tu terkandung segala2nya.
Jika keseluruhan penduduk bumi ini mengamalkannya, insyaAllah sejahteralah alam semesta ni..

(nak boikot belanda..tp time euro08 nih perform hebat plak..hoho)

ain fadzal said...

saya isi minayk di shell!

tapi, saya tak sokong belanda.



anda mesti paham mengapa.

betul x?

Anonymous said...

Salam..

kuasa? Allah swt berKuasa makhluk tidak berkuasa...

..stereotype lafaz-lafaz org2 tabligh

Hurmka.. hamise chura lo..hehehe

begini, pada pandangan ambo, memang benar biarlah kuasa kita orang islam tak ade.. yeppi.. best skit

sebab ambo rasa biar Allah swt sebat orang-orang islam cukup2, biarkan minyak naik, biarkan ramai leka, biarkan semua derita yang layak dan padan muke dengan orang islam.. yeppi.. best sannggat..

sebab ambo dah tak larat.. dah tak tahan sangggaat bile lah Allah swt nak zahirkan pertolonganNYA..

adakah dengan menanti kehadiran orang2 mukhlis seperti hadirnya golongan Badar?

apakah tandanya orang2 islam telah cukup bersedia dengan menerima kezahiran pertolongan Allah swt?

sebatan yang BELUM cukup!! ayuh rasain semua KELAK selepas nasihat demi nasihat, istimaq demi istimaq semakin kurang takaza diambil..

Hurmka.. hamise chura lo..
dil mee.. dal mee or din mee
(hati saya.. makanan saya dan agama saya)
(ada apa dengan bahasa urdu?..)
tiga perkara inilah yang perlu kita semua belajar lembutkan dengan siraman hidayah dari Allah swt..

-ambillah peringatan bagi orang2 yang mahu diberi ingat..
-sementara pintu sempadan masih dibuka untuk belajar iman...

RON NOR tulen ke?

ZULHAFIDZ said...

Assalamualaikum, bismillah..
(mohon maaf bro hamka..saya menulis panjang)

Salah satu senjatanya mukmin adalah doa...

maka, daripada ramai-ramai tunjuk perasaan di hadapan bangunan pencakar langit.. (apa bangunan tu boleh buat? atau orang dalam bangunan tu boleh buat?)

Apalah salahnya, pujuk ramai-ramai, yg gi tunjuk perasaan tu.... tunjuk perasaan pada Allah s.w.t... doa supaya Allah permudahkan proses carigali minyak di negara malaysia....

semoga Allah s.w.t menurunkan semula harga minyak..

sebab minyak tu bukan sapa-sapa yang punya..

minyak itu..Allah s.w.t yang punya....

bukan ahmad albab..

dah namanya dunia ini medan ujian.. akhirat itulah kehidupan yang sebenar lagi kekal abadi..

tiada masalah minyak di sana nanti =D

Akhirnya, kita semua adalah miskin dan Allah sahaja yang Maha Kaya. Kita sentiasa memerlukan bantuan Allah swt.

Kewujudan minyak adalah dalam ruang lingkup kuasa Allah, keyakinan dunia tentang minyak yang menyebabkan naik perminataan dan harga juga adalah dalam kekuasaan Allah, global warming adalah kuasa Allah dan semuanya milik Allah,

Kita ingin semuanya baik dan menarik,...

...namun yang kita persembahkan kepada Allah adakah semuanya baik dan seiring dengan apa yang diingini oleh Allah?!

FirmanNya :

يَا أَيُّهَا النَّاسُ أَنتُمُ الْفُقَرَاء إِلَى اللَّهِ وَاللَّهُ هُوَ الْغَنِيُّ الْحَمِيدُ

Ertinya : Hai manusia, kamulah yang berkehendak kepada Allah; dan Allah Dia-lah Yang Maha Kaya (tidak memerlukan sesuatu) lagi Maha Terpuji ( Fatiir : 15 )


Lepas ni, jika minyak habis (sebab tiada benda yg kekal di dunia..semua sementara)...

maka? peperangan menggunakan jentera guna minyak tak ada..

maka benarlah...

dunia akan kembali seperti dahulukala..

sebelum ianya hancur lebur..

adakah aku dan kamu mayat yg tidak reput?

wallahua'lam

(aku masih malu, rakan di u.s.a dah hafal 30juzuk!!!)

adakah sebab minyak murah dia boleh hafal quran dgn tenang?

wassalam...

Wan Mohd Faiz said...

Bro Zulhafidz.
Sape rakan hang kat USA tu?
melayu ke?

P/S: Minyak sini mahal.

ZULHAFIDZ said...

"menyeri"

Anonymous said...

Ketawa besar Shell Belanda, melayu memang hangat2 tahi babi.Nanti bolehlah melayu hijrah pegi Belanda, tengok dia orang layan ko macam mana?

Hamka said...

Kafur

Bilangan orang yang bersolat tahajjud mungkin bertambah dengan adanya Euro ni, tapi mungkin jugak bilangan orang yang solat subuh akan berkurang?

Oh…

--------------------
ain fadzal

dah kumpul koleksi model kereta dengan ijin berdinamik?

-------------
RON NOR

Adar on Nor pulak… apa-apalah.

----------
ZULHAFIDZ

Walukumusallam..

Takdelah panjang sangat.
Teruskan..
Akupun banyak jahilnya..

----------
Wan Mohd Faiz

Tapi iman itu paling mahal, bukan semua orang dapat…

abu_harraz said...

Hamka, aku agak slow nih..(ayat mintak ihsan)

Dalam Surah Nuur yang disertakan...

“Dan jangalah orang-orang yang mempunyai kelebihan(dari segi ugama) dan kelapangan(dari segi dunia) di antara kamu bersumpah bahawa mereka tidak akan memberi bantuan kepada kaum kerabatnya, orang-orang miskin dan orang-orang yang berhijrah pada jalan Allah dan hendaklah mereka memaafkan dan berlapang dada. Apakah kamu tidak ingin Allah mengampuni kamu? (jadi, kamupun maafkan mereka yang melakukan kesalahan terhadap kamu) dan Allah adalah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.”

Adakah kau juga maksudkan bahawa org yang mencaci agama kita pun tak perlu kita sekat ekonomi mereka?

Sabar..sabar..jgn salah paham..aku tak maksudkan Belanda, Israel. Aku tanya secara general.

Aku ok je ngan Belanda..Lagipun Marco Van Basten tu memang coach yang best apa. Italy dgn France kalah besar dalam masa seminggu..
Cayalah Balanda!!!!

Hamka said...
This comment has been removed by the author.
Hamka said...

(((Adakah kau juga maksudkan bahawa org yang mencaci agama kita pun tak perlu kita sekat ekonomi mereka?)))

sekat ekonomi bukanlah perintah mutlak dalam ugama untuk selesaikan masalah orang kafir yang caci kita..

ikutlah cara Nabi dalam mengatasi masalah ini.

panjang kot nak ulas bab ni.

apa yang eldest kita nasihat, kita buat, yang tak disuruh... pandai-pandailah.

wallau'lam.

ﺇﺭﻣﺎﻳﻨﺘﻲ ﺇﺳﻤﺎﻋﻴﻞ said...

merujuk kpd notes ituh, haha. manusia2.. bile emosi control diri, gitulah jadinye. boikotla sgt. las2 isi gak kt Shell. lawak ah..

amar ma'ruf nahi munkar lebih baek, kan? :)

atap_aje said...
This comment has been removed by the author.