Jun 10, 2008

Sajak untuk KAMU ?

(Monolog seram-seram kuku)

Tajuk: ANTARA AKU DAN DIA ADA KAMU…

‘Kamu’…
Aku tak kenal siapa kamu,
Tapi bila aku berjumpa kamu,
Aku rasa aku macam ada hubungan dengan kamu..
Dan entah mengapa?, hatiku berdebar debar di sepanjang aku melihat kamu..

‘Kamu’…
Segalanya bermula pada satu petang yang damai,
Ketika senja bangkit memerahkan langit biru, lalu warna kuning keemasan menyulubungi jalan jalan…

Aku yang sedang memandu sambil menyanyi dalam kereta…
Tiba tiba terkejut manusia akibat melihat seorang lelaki berdiri di tepi jalan, dengan pakaian yang kemas, sedang tangan lurus ke depan, jari terbuka dan melambai lambai…

Lelaki itu adalah driver kamu…

Aku terus tutup radio yang turut menyanyi lagu yang sama dengan aku tadi, aku bagi signal kiri untuk berhenti dan aku berhenti…

Belum sempat aku bertanya akan WH question pada driver kamu, terus driver kamu menyatakan masalah kamu…

‘Kamu’…
Tayar kereta kamu pancit
Kamu nak tukar tayar, tapi kamu tiada accessory yang berkaitan ler pulak…

‘Kamu’…
Ketahuilah, aku yang selaku sedang belajar menjadi lelaki beriman akhir zaman, terus menolong driver kamu menukar tayar kereta kamu yang pancit itu, tapi kamu yang duduk di dalam kereta tak turunpun, dan aku tak kisah, kerana aku menolong kamu dengan ikhlas…

‘Kamu’…
Namun begitu, ketika aku sedang ketatkan empat skru tayar ganti yang baru pada kereta kamu itu, aku sebenarnya banyak terfikir tentang kamu, dan banyak soalan ingin diajukan kepada kamu.., seperti:

  • Siapakah artis yang paling diminati kamu?
  • Siapakah yang kamu rasa paling sesuai untuk jadi pengetua AF musim ke tujuh?
  • Kamu Pernah lemas sungai tak?
  • Kamu Ada alahan tak terhadap makanan yang naik harga?
  • Apa pendapat kamu tentang kenaikkan harga minyak?
  • Bagaimanakah apungan ringgit dapat membantu ekonomi kamu?
  • Apa pendapat kamu terhadap Dato Zaid Ibrahim, Menteri Undang-Undang yang kecewa kerana dia akan dihadapkan ke Jawatankuasa Disiplin UMNO sedangkan dia hanya mempertahankan Perdana Menteri?
  • Sejauh mana kamu faham tentang kontrak sosial?
  • Kamu ada baca blog keretamayat tak?(soalan bonus)
  • Dan sebagainya….

‘Kamu’..
Walau bagaimanapun, soalan-soalan dari aku itu tak perlulah kamu jawab, dan tak perlulah driver kamu tolong jawabkan..

Kerana kamu nak cepat dan setelah aku bersalam dengan driver kamu, maka kamupun berlalu…

Lalu aku dan kamu terpisah, dan entah bila aku dan kamu akan berjumpa lagi?

Dan aku ulang lagi sekali wahai kamu.., akan soalan soalan dari aku itu. tak perlulah kamu jawab, tak perlu, langsung tak perlu…

Sebab kamu sebenarnya ada soalan lain yang lebih besar menanti kerana pada ketika kereta kamu berlalu, aku sempat membaca tulisan di badan keretamu..,

Dalam keadaan merangkak, err, maksud aku membaca tulisan itu dalam keadaan ‘merangkak’.., maklumlah.. tulisan jawi…

“(Kaf)ke-n(Nun)-de(Da)-ra(Ro)-an(alif)…..(Jim)je-(Nun)na-(Zai)zah(Ha)”

“Kenderaan Jenazah a.k.a Kereta mayat!”

Dan kereta kamu terus berlalu menuju kubur…

‘Kamu’,
Selamat menjawab soalan dari Tuhan…

SEKIAN.

* * * * *

Ps :
Assalamulaikum para pembaca blog keretamayat sekalian..
Baiklah, pagi yang gelap kini makin cerah, dan setelah hampir sebulan tak update blog, aku mulakan semangat menulis dengan sebuah monolog seram seperti di atas, amacam? seram tak monolog itu? Sebab ‘kamu’ adalah watak untuk ‘kamu’ dalam sajak itu…

Apa-apapun, terima kasihler kat korang yang rindu dan tak henti henti menghujankan email pada aku suruh up date, suruh top up blog.., hish.. macam celebritylah pulak…

Pembaca yang bersangka baik, anggap aku pergi umrah, hmmm baguslah…
Pembaca yang bersangka buruk pulak, anggap aku pergi ikut ‘ajaran sesat’ dan biarkan anak bini menderita kelaparan…

Lantak korangler.., aku dah cakap dulu, aku tak akan jawab kemana aku pergi dan kenapa aku pergi… “Lu Pikir lah Sendiri”!!!

Baiklah, Aku dah baca semua email dan semua komen korang, dan seperti biasa, aku akan jawab secara beransur ansur, atau secara rungcit dan nak lagi senang aku jawab secara borong…, tengokler nanti,., insyAllah.., bagi aku masa, Ok? : )

Wasallam…

29 comments:

BENTARA said...

yeaa... 1st post!

hamka... bila nak entry hilang 2 minggu?

Hamka said...

selamat pagi!

Anonymous said...

pantas dan efisiennye...

RON

Anonymous said...

UTK BRO HAMKA plak...

"KAMU" ...

soalan dituju bertalu-talu...

"KAMU"
kemana menghilang lebih 2 minggu

"KAMU"
menjawab ..."izinkan kupergi usahlah diburu..ditanya soalan bertalu2...sedangkan kujawab usah ditanya kalau tak athu"...

"KAMU"
sedarlah yg dirimu kami rindu...2 minggu bagai 2tahun menunggu...bukan rindu parasmu yg berbulu di dagu...tapi rindu pd secebis ilmumu...yg sedia dikongsi tanpa jemu...dan keterbukaanmu menguja ilhamku..

"KAMU"
walaupun rupamu tidak kukenal tetapi bekas jerawatmu tatap menjadi puuuuuujaan hatiku...hahahah

ok tak beb sajak saye

RON

Jiji, 25 said...

Lama aku menunggu blog neh untuk di update.

Sampai dah mengandung dah pon@!~

Doa kan akuk@!~

faz said...

hamka

aku tak mampu senyum sekarang..:(
tapi aku harap akan dapat senyum bila baca entri kau yang seterusnya..

tension..:(
makan..makan...makan..

[syukur kerana aku masih mampu makan...]

Wan Mohd Faiz said...

Sajak ini seram juga bagi aku.
Lagi seram kalau bro hamka dapat letak gambar lubang kubur pastu kat tepi lubang kubur tu letak la pulak gambar jenazah dalam kafan.

Cara ini menyebabkan kontrasi yang boleh memadamkan kelazatan dunia.

Errr... asal kita selalu tak ingat mati weiiiii..

van qif said...

Assalamulaikum,

ader sikir ler Seram sejuk, mmg kreatif, kalau ler saya dah dalam kenderaan tu...mmm mmg x cukup bersedia lagi...Asyik sibuk ngan dunia jer...
Tu ler hari tu mmg ingat pak cik dah meninggal (nie kira bersangka baik @ jahat??...hihi)sebab akhir zaman nie dikatakan orang yang baik2 meninggal cepat (harap tak kembang hidung tu)...ok pak cik ...welcome back...Semoga Allah beri kita semua petunjuk...

Adioss Amigoss

haffizie said...

we all dying....
kelebihan kpd pesakit kronik dan pesalah hukuman mati tau bile mati agaknyer..
tp aku taknak mati lg.tidak!!!( mcm la bleh pilih)
nak tmbh amalan dulu atau hanya alasan takut mati dan cintakan dunia..
hakikatnyer aku nak kawin dulu :)

Hamka said...

BENTARA

entry hilang 2 minggu itu tiada, 3 minggu sebenarnya, harap maklum.

--------------
RON

Walau bagaimanapun rindu dendam kamu pada entry aku, aku mintak maaf bebanyak jika entry aku kelak adalah hambar dan tawar kerana aku manusia biasa, menulis nota ugama untuk diri sendiri..

Aku masih belajar…

---------------
Jiji, 25

Tahniah, dan tak salah jika kau nak namakan anak kau yang baby face kelak dengan nama HAMKA

Woha!

----------
faz

aku juga syukur kerana aku masih mampu makan dan berak..

-----------
Wan Mohd Faiz

kita selalu tak ingat mati sebab kita selalu tak ingat tuhan…

oh..

----------
van qif

Salam..

Setakat ini aku masih hidup, esok mungkin aku mati, mana tahu?..
Jika orang tabligh datang ketuk pintu boleh jer kita halau mereka sebab sibuk, tapi jika malaikat maut datang, boleh ke kita nak habiskan nasik dalam mulut?

Adioss Amigoss

----------
haffizie

engkau tak nak mati sebab tak kahwin lagi,
aku pulak tak nak mati sebab belum pergi haji lagi..

dunia kita berbeza, chewah…

Anonymous said...

salam...

renjis-renjis dipilis,
ditepungi lah tawar,
hai beras pulut ditabur...

Ko suker kan rominah sidek.. WOHA!

Harir al-Azraq said...

betul bro..
kte slalu xigt mati sbb xigt tuhan...
aduh...
knape la xigt tuhan sdgkan tuhan selalu igt kat kte..
Bro,tenkiu slalu igtkn ttg mati..spye sy yg lupe ni igt kt Tuhan slalu.=)

van qif said...

betul tu pak cik,
saya pun hairan kenaper ler diorang ni allergik sangat ngan orang yang dakwah tanpa minta upah tu...walaupun buat masa ni saya ni bukan lah group Kharkon dan belum ader kekuatan lagi nak berdakwah macam diorang tu...tapi at least show them some respect...yang peliknyer pak cik surau pun boikot dan tak layan diorang...tapi AF final layan lak, siap gelak2 lagi lepas kutuk program tu kononnyer kerja Yahudi(ini dah kira mengumpat ker?...oh) wallahualam

Aku Bukan Umar Al-Khatab said...

antara kamu dan dia ada aku??... oh sunguh terkesan sekali.. sedang menghadapi minggu2 marah nie.. oh syukur terus ingatkan mayat bila baca sajak nie.. maka x kisahlah korang nak marahpun.. huhu...

awadullah said...

salam bro hamka,

sy (hampir) complete 3 bulan bertapa kat keretamayat ni untuk baca semua posting2 bro hamka.alhamdulillah, menyedarkan dan mengingatkan sy byk perkara.thanks bro hamka.

err..nk minta maaf gak kat semua pengomen2 blog ni dari awal posting ni sampai posting skrg ni yer.sbb mane tau,tgh2 bace komen korang, tetibe TERkutuk korang dlm hati ni ker, ataupun gelak kan komen korang ker atau pape la yer.sorry sangat2.

dan sorry jugak kat bro hamka sbb TERkutuk dan TERketawakan zaman muda2 bro dulu (skrg still muda lagi kan?).sorry ek.

okla,tuh jer.saje nk tinggalkan kesan selepas,sedang dan akan bertapa kt blog ni.

doakan saye juga yer. ^_^ V

ps : sy rase german x akan menang euro kot :p

sir wan said...

akhirnya..

Anonymous said...

PuteriKecil

Assalamualaikum...

menarik sajak RON tu..
mmg seram sajak bro Hamka ni.. ampun..
moga perjalanan jenazah kita nt x alami masaalah yer... mentang2 harga minyak dah naik..

Wallahualam.....

Anonymous said...

salam..

selamat kembali.. miss u much
ramai orang telah berbuat kebaikan..
malah lebih ramai yang berbuat kebaikan itu orang yang tidak beriman

ramai orang telah berbuat kejahatan..
malah lebih ramai yang berbuat kejahatan itu pada pandangan orang tidak beriman ianya dilakukan oleh orang islam which is so called 'beriman'..

the list goes as terrorist, anti modernazation, kuno, statik n many more..

..alangkah baiknya jika ambo sehelai daun yang gugur tiada penghisaban di akhirat kelak.. :(

-fifi

Hamka said...

Harir al-Azraq

Akupun selalu gak lupa pada Tuhan..oh!

----------
van qif

Sempat kau mengumpat kat sini…
Heh!

--------------
Aku Bukan Umar Al-Khatab

Orang beriman sifatnya adalah menelan marah, tahu marah dan tahu bila nak gunakannya..

--------
awadullah

walaupun kau sudah bertapa selama 3 bulan baca semua entry aku dan semua komen, sekarang kau kena keluar dari pertapaan kau dan pergi sebarkan ilmu yang Hak kepada kawan kawan kau dan jiran jiran 40 buah rumah kiri dan kanan, boleh?..

dan jima mampu, pergilah berdakwah sampai di negara yang menang piala euro.., err maksud aku sampai di jerman..

he he

-------------
sir wan
akhirnya aku jadi mayat yang sejuk di pembaringan..

-------------
PuteriKecil

Nak jimat minyak tanam sajer mayat kau depan rumah, tak payah isi minyak keretamayat..

----------
Fifi

I miss you too..

ps: aku sedang asyik baca email korang dan cuba jawab mana-mana email yang bernada "hidup-mati", jadi masih tak sempat tulis entry baru.

esok lusa aku post.

Wan Mohd Faiz said...

Allah Taala tak letih mengampunkan dosa hamba2 Dia,
Tapi kita yang selalu letih memohon ampun pada dia.

~Houston,Texas Ijtima'~
(July 4- July 6, 2008)
All the brothers are invited to come

ainohikari said...

Salam

Saya fikir bro hamka ada layan rancangan Raja Lawak ni, ha ha.

...
Macam biasa entri selamba tapi bermakna. jazakAllah.

Hamka said...

Wan Mohd Faiz

insyAllah...

--------------
ainohikari

aku layan "raja lawak" kat youtube jer...

: )

nenek ke_BAYAN said...

salam..mari kita cerita psl mati.. aritu nenek ke(majlis)bayan. di balik tabir ada satu cerita. alkisah satu hari Nabi Musa(as) bertemu sorang wanita mnangis."Wahai wanita, kenapa kau menangis?" "aku menangis kerana anakku baru meninggal." Berapa umur anakmu?"Baru 300 tahun".Musa:"Diakhir zaman nanti akan datang umat yg umurnya dlm 60-70tahunje."O..kalau aku hidup dzmn itu nescaya aku akan habiskan hidupku dgn brsujud shj."

Wan Mohd Faiz said...

Ana dengar mati sangat sakit.
Tak bleh bayangkan macam manalah diri ana masa nazak.

Harap2 bolehla mengucap dalam keadaan kesakitan tu.

Masa tu, otak dah tak leh jalan, hati je la.

Kalau hati ada ALLAH, pasti mulut sebut ALLAH. Kalau hati ada MAKHLUK pasti mulut sebut MAKHLUK.

Takut!!

ZULHAFIDZ said...

Salam, mcm ada kena mengena.. kita bersua kah?

just nak share.. =)

[01:54] artistikketagihan: pandangan dalam "mencari erti kebabasan dalam diri..." terangkan pade aku oto...

[01:54] artistikketagihan: aslalamualaikum..

[01:55] zulhafidz: waalaikumussalam

[01:55] zulhafidz: pekabo?

[01:55] artistikketagihan: baik..

[01:55] artistikketagihan: pandangan dalam "mencari erti kebabasan dalam diri..." terangkan pade aku oto...

[01:55] zulhafidz: erti kebebasan dalam diri

[01:55] zulhafidz: pandangan aku

[01:55] artistikketagihan: yup..

[01:56] zulhafidz: bergantung pada erti kebebasan yg diri nak

[01:56] zulhafidz: dan situasi

[01:56] zulhafidz: dan suasana

[01:56] artistikketagihan: maksud ko?

[01:56] zulhafidz: contoh mcm seorang penagih

[01:56] zulhafidz: dalam diri dia sebenarnya dia nak bebas dari ketagihan

[01:57] zulhafidz: situasi dia... dia "terperangkap" pada mulanya dengan penagihan

[01:57] zulhafidz: "suasana" semasa awalnya dia rasa tidak terperangkap bahkan bebas

[01:57] zulhafidz: tapi lama-lama

[01:57] zulhafidz: "suasana" itu berubah

[01:57] zulhafidz: bila dia mula sedar dia terperangkap dengan ketagihan

[01:57] zulhafidz: dan waktu itu dia mencari kebebasan dalam diri dia

[01:58] zulhafidz: agar dia boleh lepas dari perangkap

[01:58] zulhafidz: lalu bebas

[01:58] zulhafidz: dalam diri

[01:58] zulhafidz: sendiri

[01:58] zulhafidz: contoh dua

[01:58] artistikketagihan: ermm..

[01:58] zulhafidz: hmm

[01:59] zulhafidz: ape ye

[01:59] zulhafidz: hehe

[01:59] artistikketagihan: kebebasan berarti ade dlm diri sendiri?

[01:59] zulhafidz: yes

[02:00] zulhafidz: langsungnya di liputi oleh kawalan juga

[02:00] artistikketagihan: bagaimane klu sesuatu kebebasan di sekat oleh individu lain..

[02:00] zulhafidz: lihat pada sekatan itu

[02:00] zulhafidz: kenapa ada sekatan

[02:00] zulhafidz: bagaimana individu itu menyekat

[02:00] artistikketagihan: contoh

[02:00] zulhafidz: apakah jenis sekatan

[02:01] artistikketagihan: agama/sistem

[02:01] artistikketagihan: dan perundangan

[02:01] zulhafidz: jika sekatan itu agama

[02:01] zulhafidz: aku pasti ianya baik

[02:02] zulhafidz: sbb agama itu turun dari pencipta manusia

[02:02] zulhafidz: untuk kebaikan manusia

[02:02] zulhafidz: seperti mana

[02:02] zulhafidz: sebuah komputer

[02:02] zulhafidz: dari kilang apple

[02:02] zulhafidz: akan diberikan sama dengan guideline dari kilang apple

[02:02] zulhafidz: jika ada masalah pada komputer

[02:02] zulhafidz: itu

[02:02] zulhafidz: makanya akan rujuk pada guideline yg diberikan

[02:03] zulhafidz: takboleh plak nak rujuk buku manual dari komputer biasa

[02:03] artistikketagihan: ia akan di kembalikan dan di betulkan

[02:03] zulhafidz: sama jugak kalo guna kereta proton

[02:03] zulhafidz: tentu rujuk dari kilang proton

[02:03] zulhafidz: kilang di mana ia tercipta

[02:03] zulhafidz: bukan dari kilang toyota

[02:03] zulhafidz: hehe

[02:03] artistikketagihan: ok.

[02:03] zulhafidz: yep

[02:03] artistikketagihan: aku sgt faham maksud ko..

[02:03] zulhafidz: akan dikembaikan dan dibetulkan

[02:04] zulhafidz: setuju dgn statement ko tu

[02:04] zulhafidz: best

[02:04] artistikketagihan: berarti kita tak perlu bebas di atas muka bumi ini?

[02:04] zulhafidz: bebas tapi terbatas

[02:04] zulhafidz: banyak maksud

[02:05] zulhafidz: masih bebas mencari rezeki, tetapi ada hadnya

[02:05] zulhafidz: masih bebas untuk berpakaian, tapi ada had nya

[02:05] zulhafidz: seperti kereta

[02:05] zulhafidz: kau bebas memandu kemana saja

[02:05] zulhafidz: tapi ada hadnya, jika tidak...ia rosak

[02:05] zulhafidz: dan dalam pemanduan ke destinasi

[02:05] artistikketagihan: ya!!!!

[02:05] zulhafidz: ada panduan signboard

[02:06] zulhafidz: sebagai peringatan

[02:06] artistikketagihan: arah

[02:06] zulhafidz: untuk sampai ke destinasi

[02:06] zulhafidz: ada slow

[02:06] zulhafidz: ada speed control

[02:06] zulhafidz: ada arah

[02:06] zulhafidz: bahkan tanda putus2 pada jalan tu pun

[02:06] zulhafidz: guide

[02:06] zulhafidz: agar tak masuk jalan sebelah

[02:06] zulhafidz: tersesat

[02:06] zulhafidz: boleh cari arah semula

[02:06] zulhafidz: untuk sampai ke destinasi

[02:07] artistikketagihan: ya..amat sempurna..

[02:07] zulhafidz: ………….

[02:07] artistikketagihan: hanya untuk buakaan minda aku..

[02:07] zulhafidz: aku pon dapat jugak

[02:07] zulhafidz: terima kasih amat

[02:08] artistikketagihan: supaya aku tidak terus melanggar line jalan..

[02:08] zulhafidz: tak ape

[02:08] zulhafidz: semua manusia pernah terlanggar dan melanggar …

[02:08] zulhafidz: bahkan mungkin lebih dalam dari kao

[02:08] zulhafidz: mungkin lebih jauh terpatah arah dari kao

[02:08] zulhafidz: slow2 kita cari jalan

[02:08] zulhafidz: heh

[02:09] artistikketagihan: aku takut ada kereta laju di depan ku ingin melanggarku..

[02:09] artistikketagihan: aku takut

[02:09] zulhafidz: jgn takut sgt

[02:09] zulhafidz: anggap ini tanda tuhan sayangkan ko

[02:09] zulhafidz: agar tak terus dilanggar kereta laju tu

[02:10] artistikketagihan: oh ya..

[02:10] artistikketagihan: so aku kne trus ngan kelajuanku?

[02:12] artistikketagihan: tanpa kembali kejalan asalku?

[02:12] zulhafidz: ....

[02:12] zulhafidz: pada peringkat awal

[02:13] zulhafidz: bukan meneruskan kelajuan

[02:13] zulhafidz: tapi mengawal pemanduan

[02:13] zulhafidz: dan berhati2 mengikut signboard

[02:13] zulhafidz: kelajuan sederhana

[02:13] zulhafidz: agar bila tersalah arah..tidak terlajak jauh

[02:14] artistikketagihan: tetapi dalam situasi sekang aku

[02:14] artistikketagihan: dalam keadaan melangar line jalan dan menuju kejalan sbelah

[02:14] zulhafidz: kembali ke jalan asal

[02:14] zulhafidz: punca dan pangkal

[02:14] zulhafidz: serta “punca” kuasa

[02:15] zulhafidz: kehidupan dan kematian

[02:15] artistikketagihan: antara jalan telah ditetapkan untuk aku pilih?

[02:15] zulhafidz: tentunya jalan kebaikan

[02:15] zulhafidz: untuk diri

[02:15] zulhafidz: pada masa depan

[02:15] zulhafidz: yg hidup

[02:15] zulhafidz: dan masa depan

[02:15] zulhafidz: setelah mati

[02:16] zulhafidz: setelah enjin berhenti seketika

[02:16] zulhafidz: untuk meneruskan perjalanan abadi

[02:17] zulhafidz: tentunya kereta kau akan berhenti kan?

[02:17] zulhafidz: kau akan keluar dari kereta

[02:17] artistikketagihan: oya

[02:18] zulhafidz: selepas keluar dari kereta

[02:18] zulhafidz: ke mana kita?

[02:18] zulhafidz: dan tentunya dalam perjalanan itu

[02:18] zulhafidz: ada gangguan

[02:19] zulhafidz: yg telah ditentukan

[02:19] zulhafidz: mungkin ada halangan perjalanan

[02:19] zulhafidz: duri

[02:19] zulhafidz: paku

[02:19] zulhafidz: tajam

[02:19] zulhafidz: mengempiskan tayar

[02:19] zulhafidz: tapi kau masih tetap perlu meneruskan perjalanan

[02:19] zulhafidz: maka kau akan buang paku tajam

[02:19] zulhafidz: repair semula tayar

[02:19] artistikketagihan: ya...

[02:20] artistikketagihan: tetapi itu adanya dugaan

[02:20] artistikketagihan: menaiki kereta

[02:20] zulhafidz: yep

[02:20] zulhafidz: kadang ada penumpang yg baik

[02:20] zulhafidz: kadang ada penumpang yg menggangu perjalanan dan pemanduan

[02:20] artistikketagihan: menolong

[02:20] artistikketagihan: tapi klu takada kita akan berusaha sendiri..

[02:21] artistikketagihan: untuk membetulkanya.

[02:21] zulhafidz: tapi kau diberikan dan diizinkanNya untuk tefikir pemanduan kao

[02:21] zulhafidz: maka itu tanda pertama yg diberikanNya

[02:22] artistikketagihan: aku cuba berusaha

[02:22] zulhafidz: Dia Maha Pengasih

[02:22] zulhafidz: oksigen masih free

[02:22] zulhafidz: walaupun minyak naik harga

[02:22] zulhafidz: .....

[02:22] artistikketagihan: untuk membawa pemanduan ini kejalan yang hakiki

[02:23] artistikketagihan: oto thanks byak2

[02:23] zulhafidz: artistik pulak bahasa aku mlm nie

[02:23] artistikketagihan: aku cuba untuk lahir semula

[02:23] zulhafidz: aku pun masih merangkak dalam perjalanan ke destinasi

[02:23] artistikketagihan: dan bukakan minda aku dengan cebisan ilmu dari kamu

[02:24] artistikketagihan: terimakasih sgt...

[02:24] zulhafidz: aku akan sentiasa

[02:24] artistikketagihan: ko tak wish bday aku pon smlam

[02:24] zulhafidz: cuba bimbing yg aku mampu

[02:24] artistikketagihan: hahahhahah

[02:24] zulhafidz: alamak

[02:24] zulhafidz: yeke

[02:24] zulhafidz: selamat ulang tahun keluar dari perut mak

[02:24] zulhafidz: dah ciom mak?

[02:24] artistikketagihan: aku jauh..

[02:25] artistikketagihan: nk cium jauh..

[02:25] artistikketagihan: aku rindu mak aku..

[02:25] artistikketagihan: aku rindu mak aku..

[02:25] artistikketagihan: terima kasih kerana menjadi polis di jalanan

[02:25] zulhafidz: sama-sama cuba

[02:25] zulhafidz: secara perlahan

[02:25] zulhafidz: apa yg terdaya

[02:25] zulhafidz: untuk kasihkan rakan

[02:25] zulhafidz: dunia dan akhirat

[02:25] artistikketagihan: ya aku mahukan itu..

[02:25] artistikketagihan: mahukan apa yang abadi buat aku..

[02:25] zulhafidz: teruskan kerja seni kau

[02:26] zulhafidz: kerana seni itu indah

[02:26] zulhafidz: tambah pula seni berjiwa

[02:26] artistikketagihan: yaaa,,

[02:26] zulhafidz: dan juga jiwa berseni

[02:26] zulhafidz: kehidupan itu sendiri satu seni Maha Agung

[02:26] zulhafidz: yg bisa dinikmati… sementara dan….tentunya

[02:26] zulhafidz: selamanya

[02:26] artistikketagihan: amin

[02:31] artistikketagihan: syukur kepada tuhan

[02:31] zulhafidz: syukur

[02:31] zulhafidz: dia mengurniakan hidayahNya kepada sesiapa yang dia mahu… Maha Pengasih Maha Penyayang…Dia… kau sujudlah pada dia malam ini, jika kau rasa malam ini… kelahiran baru kau semula ke arahNya…

[02:31] artistikketagihan: lalu kau menjadi sahabatku untuk perjalananku dan destinasiku yg baru ku sedar dan ku tahu...

[02:31] zulhafidz: Jika itu takdirnya, aku redha dan aku cuba sedaya upayaku, untuk sama-sama kita tiba di destinasi, tanpa kerosakan kereta yang teruk dan kerosakan yang sempat diperbaiki sebelum ia diambil semula... kau istimewa bagiku

[02:31] artistikketagihan: punca kuasa yang menggerakkan hatiku kepadamu sahabat baru ku..alhamdulillah.aku masih hidup sbg minimelis...

............chat terhenti... artistikketagihan menangis.. dan aku turut menangis merasakan MAHA PENGASIH MAHA PENYAYANG... memberikan HidayahNya kepada sesiapa yang Dia mahu...

.......

[02:41] artistikketagihan: urmm

[02:41] artistikketagihan: aku bkan polis

[02:41] artistikketagihan: hanya

[02:41] artistikketagihan: polis bantuan

[03:05] artistikketagihan: ilang pertimbgn

[03:05] artistikketagihan: btul

[03:05] artistikketagihan: aku jahat..

[03:06] zulhafidz: Dia Maha Pengampun

[03:06] zulhafidz: waktu begini

[03:06] zulhafidz: kau jangan dengar kata syaitan

[03:06] zulhafidz: lawan

[03:06] zulhafidz: jgn terlalu takut

[03:06] zulhafidz: atau terkenang dosa secara melampau.. kau terkenang boleh..tapi kau terus tadah tangan padaNya..minta keampunanNya..

[03:06] artistikketagihan: dosa besa kecik

[03:06] zulhafidz: dosa terhapus

[03:06] artistikketagihan: smua dah ade

[03:07] artistikketagihan: dosa ngan manusia lagi..

[03:07] zulhafidz: bukankah kau tahu ada yg bunuh 99 orang

[03:07] zulhafidz: tetapi dosa dia tetap terampun?

[03:07] zulhafidz: =)

[03:07] zulhafidz: jgn bimbang

[03:07] artistikketagihan: betul ke?

[03:08] zulhafidz: ya!

[03:08] zulhafidz: itu kisah benar

[03:08] artistikketagihan: aku sangat jahil tentang ini

[03:09] artistikketagihan: urm..

[03:09] artistikketagihan: moga Allah beri dengan jelas atas petunjuknya ini..

[03:11] artistikketagihan: aku ingin mula....

[03:11] artistikketagihan: amin....

[03:11] zulhafidz: mungkin ada 1 kebaikan yg kau buat yang Dia menyembunyikan RahmatNya untuk kau.. Dia juga sembunyikan murkaNya dalam kejahatan-kejahatan kau…

[03:11] zulhafidz: lalu Dia

[03:11] zulhafidz: memberikan jalan baru kau ni

[03:12] artistikketagihan: insyaallah..

[03:13] artistikketagihan: esok hari baru buat aku..

[03:13] zulhafidz: tidur

[03:13] zulhafidz: sebelum tidur

[03:13] zulhafidz: cuba kau wuduk

[03:13] zulhafidz: dan tidur

[03:13] zulhafidz: esok hari baru

[03:13] zulhafidz: tinggalkan semalam

[03:13] zulhafidz: sebagai satu catatan

[03:14] artistikketagihan: ya aku dipersinggahkan kereta ini di rNr keindahan dan ketenangan.....poster mu ttg HIDUP..

[03:18] artistikketagihan: tuhan memberikan satu kemahiran sahabat aku ini...

[03:18] artistikketagihan: tahniah

[03:18] zulhafidz: kau juga

[03:18] zulhafidz: ada kelebihan yg aku tak ada

[03:18] artistikketagihan: aku cukup kagum...

[03:18] zulhafidz: kau kagumlah pada Pencipta aku..Pencipta Kau..Pencipta seluruh Alam ini..yg Maha Esa…. aku akan binasa...tak tahu bila.. jika kau kagum pada ku...setelah aku binasa..hilanglah kekagumanmu... tetaplah kau kagum pada Dia..

[03:18] artistikketagihan: ya...

[03:19] artistikketagihan: alhamdullillah

[03:19] artistikketagihan: tanda syukur

[03:27] artistikketagihan: ya... tuhan maha pengampun lagi maha mengasihani...

[03:28] zulhafidz: bismillahirahmanirrahim

[03:28] zulhafidz: tidurlah sahabatku

[03:29] zulhafidz: dalam ketenangan yg kau cari

[03:29] artistikketagihan: ok..bismillahirahmanirahim...

[03:29] artistikketagihan: terimakasih sahabatku...

[03:29] zulhafidz: assalamualaikum

[03:30] artistikketagihan: waalaikumussalam

kereta yg sama.. pemanduan dan haluan berbeza...tapi destinasi kita sama.. satu destinasi olehnya yang satu...

artistik ketagihan seorang karyawan seni terkenal tanahair....

sentiasa bz mendampingi insan sebegini di dalam masyarakat....mereka tak perlu di hina...mereka perlu di dekati....bukan di perangi.....maafkan aku...jika kau tidak faham..kau dan kau dan kau...dan juga aku sendiri.....wahai pembaca yg budiman... wahai pembaca yg memulakan bacaan dengan bismillah...

kasihan, syahdu, dan tangis keranaNya...sayang..dan kasihan.. dia amat sedih kerana terbuat dosa...tapi aku yakin, jika dia mendapat bimbingan jalan yang benar..tentu dia menjadi hebat... kerana kesedaran dia lebih mendalam...mungkin sedalam yang dia pernah jatuh...... kesedaran dia bukan minimelis...atau retorik normal... juga bukan pada stagnant yang rata.... tetapi graf hidupnya akan memuncak.... semoga ia husnul khatimah...dan juga..nafsulmutmainnah... doakan diri ini juga... =)

remaja muslim di amerika di galakkan pergi haji seawal usia untuk lengkapkan RUKUN ISLAM.. mereka tak guna "jika mampu" ..tetapi mereka terapkan.. "kena mampu" ... lepas balik haji..terus kawin atau kawin then pegi haji dgn isteri...

dan ramai di antara mereka umur 25, dah hafal quran 30juzuk dalam masa 9 bulan... dah haji..dah kawin... malunyeeeee!!!!

tudungbawal said...

: )

Anonymous said...

nak tumpang tanya ckit...manusia ni hidup kekal ke mati?..

Anonymous said...

teruskan usahamu,tapi jgn lupa tunaikan kewajipanmu...wassalam..

Danielle said...

Salam Saya fikir bro hamka ada layan rancangan Raja Lawak ni, ha ha. ... Macam biasa entri selamba tapi bermakna. jazakAllah.