Oct 29, 2020

Anak kena buli lagi?

(Anak korang pernah kena buli tak? Apa nak buat?)

Saya pernah suruh anak tulis laporan polis dan saya whatsapp pada ibu bapa pelajar yang buli, terus ibu bapa itu minta maaf dan bagitahu akan pastikan kejadian itu tidak berulang.

Untuk mudahkan korang, saya kongsi contoh laporan Polis.

*******

(LAPORAN POLIS DI BULI OLEH TIGA PELAJAR LELAKI)

Pada hari XXXX bertarikh XXXX . Saya telah dibuli dan disakiti oleh tiga orang pelajar lelaki bernama ABC, PQR, dan XYZ

Pada pukul XXX. Semasa saya sedang mengasah pensel, ABC telah angkat penumpuk dari jauh, yang bermaksud nak pukul saya.

Sementara itu, PQR, tiba tiba mendekati dan ugut nak pukul saya.

Belum sempat saya menjawab, XYZ melastik saya menggunakan getah dan satu lipatan kertas ke arah hidung saya dengan sangat kuat sehingga meninggal kesan di muka saya.

Semasa kejadian itu, Cikgu KKK sedang masuk kelas dan saya telah mengadu dibuli oleh ABC, PQR dan XYZ

Cikgu KKK berkata saya berhak pergi ke balai polis, report, dan ABC, PQR, dan XYZ akan disiasat oleh polis yang mana jika polis berpuas hati waktu menyiasat, kes akan dibawa ke Mahkamah atas kesalahan jenayah.

Di Malaysia, penjawat awam yang dikenakan hukuman jenayah akan dibuang terus daripada perkhidmatan, hilang kelayakkan pencen dan kebanyakan syarikat swasta juga begitu.

Dan bagi adik-adik yang berada di kolej atau universiti, boleh dibuang sekolah sebaik saja disabit kesalahan.

Kata cikgu, ABC yang hanya tunjuk penumbuk tanpa cakap apa-apa, bakal dihukum di bawah Seksyen 506 (Maksimum penjara 2 tahun, denda, atau kedua-duanya sekali)

PQR pula yang ugut nak pukul dengan percakapan, akan dihukum di bawah Seksyen 506 yang sama seperti tadi.

Manakaa XYZ yang memukul, bakal dihukum di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan, Maksimum penjara 1 tahun, atau denda maksimum RM2000 atau kedua-dua sekali.

Dan andai kata balik sekolah, XYZ pergi pukul mangsa sampai parah, akan kena Seksyen 325KK iaitu Maksimum penjara 7 tahun, denda, atau kedua-dua sekali.

Selain mahkamah jenayah yang buatkan pelaku di penjara, saya juga berhak menyaman ketiga tiga pelaku di Mahkamah Sivil yang mana sipembuli akan berdepan dengan bayaran ganti rugi terhadap saya.

Cikgu bagitahu, Kedua-dua kes boleh berjalan serentak.

Maka saya telah menulis laporan ini sebagai bukti pembulian telah berlaku dan jika ada serangan di masa akan datang maka pihak polis serta mahkamah boleh mengambil tindakan berdasarkan kanun sedia ada.

Saya juga melaporkan kepada ayah saya seorang Facebook Famous agar ayah saya membuat viral di Facebook dan dan saya mengatahui Instagram orang yang membuli saya iaitu "@ABC, PQR, XYZ.

Semoga pembuli itu dikecam dan insaf.

Terima kasih.

******

Surat asal pendek sahaja, saya sengaja tokok tambah bagi ngeri dan berfakta.

Kes selesai dengan minta maaf, dan tiada lagi kejadian berulang, budak budak gaduh lepas tu baik semula.

Cuma Sebagai alternatif penyelesaian agar tidak berulang.

Mohon sangat sangat kepada cikgu cikgu yang rangka kertas soalan bagi soalan subjek Bahasa melayu suruh pelajar jawab dalam bentuk laporan polis agar anak anak dapat belajar menggunakan Bahasa yang betul waktu report.

Contoh soalan UPSR 2020: (cadangan)

Anda seorang pelajar yang hensem, dan ramai pelajar lain cemburu pada anda, satu hari dalam tandas anda di tampar oleh Ali, dan belum sempat anda bertindak, Abu serta Ahmad menendang anda dengan kuat, tidak cukup dengan itu, mereka membogelkan anda dan kencing ke atas badan anda, kemudian mereka memaksa anda memegang kemaluan abu dan dipaksa menyanyi dengan anggap kemaluan abu adalah mikrofon, mereka juga ambil gambar kejadian tidak sononoh itu dan mengugut akan sebarkan gambar ini kepada kekasih anda jika anda laporkan kejadian kepada cikgu.

Anda sangat sedih dan malu serta sangat murung, tapi anda bertindak berani dengan menulis laporan polis, dan membuat tujuh Salinan untuk diberikan kepada guru besar, cikgu disiiplin, serta ibu bapa si pembuli. Berani kerana benar.

Tulis laporan anda sebanyak 120 patah perkataan dan nyatakan hujah kenapa anda perlu membuat laporan polis. Segala perlakuan sewaktu kejadian hendaklah ditulis jelas demi memudahkan pihak Polis dan pihak Mahkamah bertindak.

Jangan rasa hina bila dibuli, tapi malulah tidak bertindak selepas dibuli kerana pembuli memang makhluk yang hina.

(20 markah)

Okey tak cikgu jika buat soalan macam tu?, atau memang sebelum ini pernah ada soalan test kes buli dan minta pelajar tulis laporan? Saya jer yang tak tahu?

Mohon kongsi jika ada, dan mohon adakan jika belum ada.

Ini serius.

 

2 comments:

Anonymous said...

Great! If anyone like American puppies then Check it out

Agen Poker Pkv said...

Website bandar q dan dominoqq paling ternama dan paling terpercaya di Asia ^^
Sistem pelayanan 24 Jam Non-Stop bersama dengan CS Berpengalaman respon tercepat :)
Memiliki 9 Jenis game yang sangat digemari oleh seluruh peminat poker maupun domino qq

Agen Poker pkv
IDNPLAY
Situs Judi Poker Online Terpercaya
Situs Judi Poker Online Pkv
Bandar q
Bandar Poker Online
Poker Pkv
Agen Poker Online Terpercaya
agen poker Pkv
agen poker