(Apabila di tanya kenapa Pas boleh menang di Terengganu, jawab Encik Mohd Abdul Wahid Endut, "kerana kami KENAL pengundi dan pengundi KENAL kami…")
Bila aku check balik email, banyak jugak email korang yang aku tak sempat nak jawab, mungkin ada yang aku tak sengaja terdelete dan setelah sekian lama, korang yang masih berharap, akan email aku untuk follow up suruh jawab, tapi aku dah takde soalan tu, jadi aku nak kena tanya balik, err, apa soalan kau ..ha? teruk kan aku ni?
Jadi kepada mereka-mereka yang pernah email aku tapi takde respond, bolehlah re-email balik, itupun jika soalan tu penting bagi korang, kalau tak penting, tak payahlah email…
Lagipun aku nak check si pengirim email tu masih hidup ke tak, kalau dah jadi mayat, tak payahlah aku jawab, menjawablah korang dalam kubur masing-masing akan soalan dari malaikat Mungkar dan Nakir..
Cuma.., kalau aku jawab pun, aku akan copy korang punya email dan paste kat ‘nota agama’ ni, dan dapatlah kita muzakarah sama-sama.., walaupun mungkin korang si penanya dah selamat di makan ulat..
jadi aku petik satu email tahun lepas yang belum pernah di jawab, dan kita muzakarah sama-sama bab ni…
Dari Email:
“Saya tak jelas dan tak faham maksud, ‘Awaluddin Makrifatullah’ (awal agama mengenal Allah), Betul ke jika kita tak kenal Allah, solat akan jadi sia-sia dan tidak sah? Betul ke kena tahu Makrifatullah, baru boleh amal ugama?, boleh cik Hamka terangkan?”
Jawapan:
Aku pun hampeh tak paham, tapi sebab blog ni nota ugama untuk diri sendiri, maka aku akan tulis jugak maksud ‘Awaluddin Makrifatullah’, setakat yang aku paham, korang boleh tegur jika salah, al maklumlah, apabila buah cempadak duduknya di luar pagar, dan saya pulak bapak budak yang baru belajar, maka ambil galah tolong jolokkan, ok?
Masa aku belajar ugama dulu, takde pulak ustaz yang tekankan aku supaya suruh aku kenal Allah dulu baru solat, tapi terus jer ayah aku, mak aku dan ustaz-ustaz di semananjung Malaysia suruh aku solat dulu.., kalau aku tak solat kena pukul dan ini adalah perintah Nabi sendiri..
Jadi, bab nak kena kanal Allah baru solat tu tak betul dan mengarut, Nabi dah suruh budak-budak umur 7 tahun supaya mengerjakan solat, dan pukul mereka bila masuk 10 tahun jika enggan solat, bermakna jika umur dah sebaya datok K, tapi masih enggan solat dengan alasan tak kenal Allah, aku rasa bukan setakat pukul lagi dah, dera kerusi elektrik pun belum memadai jika nak di bandingkan dengan azab api neraka yang bakal di terma kelak.. oh!
Nampaknya, ni semua kerja syaitan nak sesatkan manusia, sebab?
Setan cakap, kalau nak sedekah, kena kaya dulu, kalau nak buat dakwah, kena jadi baik dulu, kalau nak solat, kena kenal Allah dulu..
Sedangkan Nabi pulak cakap, kamu sedekah nanti Allah tambah rezeki, sampaikanlah walaupun satu ayat, walaupun kita belum baik, dan solatlah bila masuk umur 7tahun..
Nampak?
Tapi aku rasa, korang mungkin tak puas hati jika aku jawab sampai sini sahaja, korang nak aku terangkan jugak apa itu ‘Awaluddin Makrifatullah’
Baiklah, setelah beranggapan bahawa korang baru masuk islam pagi tadi lepas subuh misalnya, dan datang jumpa aku nak belajar ‘Awaluddin Makrifatullah’, nak belajar mengenal Allah, sedang aku pun tak pandai jugak, belum sempurna kenal Allah.., maka kita muzakarah sama-sama bab ini..
Straight to the point, kita rujuk sejarah kisah orang yang awal-awal masuk islam, kita rujuk akan bagaimana mereka belajar ‘Awaluddin Makrifatullah’…
Orang yang aku maksudkan adalah Sahabat Nabi yang paling unggul, lebih tinggi darjatnya dari mana mana ulamak semua zaman, antara manusia yang Malaikatpun kagum, dan Allah berkirim salam, siap bagi jaminan ahli shurga ketika beliau belum mati lagi, hamba Allah yang kita cari-cari itu adalah Encik Abu Bakar radialluanhu.
Sewaktu beliau mula mula masuk islam, beliau terus tanya Nabi, “apa tugas aku?”
Nabi tak cakap, kau kena bertapa kenal Allah dulu atau Nabi suruh beliau duduk kaji siapa Allah atau suruh kaji sifat 20 ke apa, bukan-bukan dan bukan!
Apa Nabi cakap?
“kerja aku, kerja kamu”
Apa kerja Nabi?
“Dakwah manusia kepada Allah..”
Maka Abu Bakar RA pun buat dakwah dan pada hari tu jugak beliau berjaya dakwahkan 6 orang sahabat lain yang unggul jugak, dan 6 sahabat yang lain bila masuk islam, pun terus buat dakwah, dan islamkan orang lain pulak, dan orang islam lain yang diislamkan itu jugak buat dakwah sehingga orang-orang lain pun islam dan buat dakwah sehingga orang orang orang islam lain yang diislamkan itu jugak buat dakwah sehingga orang-orang orang orang orang lain pun islam dan buat dakwah sehinggalah! KORANG DAN AKU dapat amal ugama islam hari ini tapi sayang tak buat dakwah lalu terkial kial mencari makna makrifatullah..
Tak ke hampeh?
Maka fahamlah aku bahawa, ‘Awaluddin Makrifatullah’, akan tercapai apabila kita tunaikan perintah pertama yang di amanahkan oleh Nabi Muhammad SAW ketika awal awal memeluk Islam pada mana-mana sahabat Nabi khususnya dan ummat Islam amnya!
Bagaimana Dakwah boleh membawa kepada ‘Awaluddin Makrifatullah’?
Dakwah kepada Allah akan membawa kepada ‘Awaluddin Makrifatullah’ adalah kerana, dalam Dakwah, kita akan bercakap dan bercerita atau menyeru tentang kehebatan dan kebesaran Allah, akan bercakap dan bercerita atau menyeru tentang Kekuatan dan Keesaan Allah, yang mana semua itu akan memberi kesan kepada hati si penyampai sehingga akan terkeluarlah dari hatinya akan segala kebesaran makhluk dan terpenuhlah hati itu dengan kebesaran Allah sehingga yakin sempurna telah datang bahawa Allah yang berkuasa dan makhluk lansung tiada kuasa..
Maka pada tahap itu, Makrifatullah telah mencapai tahap pertama…
Tahap yang kedua adalah, bila kita buat dakwah, kita akan jumpa manusia yang bermacam ragam, ada yang akan mencaci, atau ada yang memuji, atau ada yang suka, atau ada yang marah, atau ada yang akan baling batu atau mungkin ada yang akan bunuh kita!
Waktu itu, setiap layanan yang kita terima dalam berdakwah, sama ada baik atau buruk, sama ada sakit menderita atau dimulia, fahamlah kita pada waktu itu akan kehendak Allah yang telah di zahirkan dalam bentuk ujian dari jenis manusia yang telah di takdirkan oleh NYa..
Waktu itu, melalui hati dan perasaan yang kita selami ketika kita berhadapan dengan ragam manusia, kita akan kenal sifat-sifat sebenar yang bertapak dalam diri kita seperti di mana sabar kita, di mana sombong kita, di mana hikmah kita, di mana ikhlas kita, dimana tawaduk kita dan lain lain, dan setelah melalui semua itu, barulah kita kenal siapa diri kita yang sebenar dan setelah kita kenal diri kita, maka kita akan kenal Allah…
Aku ulangi,
'Barang siapa yang kenal dirinya maka kenallah dia akan Tuhannya'
Sebab tu kita boleh kenal ‘diri kita’ dan kenal Allah, melalui perantaraan kerja dakwah, cuba tengok ketika kita berdakwah hari ini, ada kena baling batu macam Nabi? Ada kena lempang macam Nabi kena lempang?, paling kuatpun setakat kena maki.., apalah sangat.., jadi kenallah diri kita akan darjat kita yang jauh dan rendah berbanding Nabi dan Sahabat... oh! Tak lah kita perasan bagus!
Kerana itulah, bila Abu Bakar r.a masuk islam, terus Nabi Muhammad SAW suruh Abu baker RA berdakwah kerana inilah caranya mengenal Allah, lantas, on the spot, Abu Bakarpun buatlah dakwah, dan dakwah pulak orang lain buat dakwah sehingga berkembanglah ugama sampai terciptanya kereta mayat, sampai hari ini yang mana ugama terus di kembangkan oleh pihak pihak yang terpilih..
Apa lagi nak di kata?
Ketika Bilal di azab, beliau merasai kemanisan iman, kerana beliau kenal Allah
Bila orang Islam di boikot di lembah Abu Mutallib, mereka sabar dan faham kehendak Allah, kerana mereka kenal Allah,
Bila Nabi di baling batu kat Taif, Nabi sabar dan mengadu pada ALlah, “pada siapa kau hadapkan aku? Pada musuh? Aku tak peduli, asal Engkau redha”
Apa lagi nak di kata?
Baik, sekarang kita pergi pada tahap ketiga:
Aku ambik satu lagi contoh iaitu kisah kita yang kenal bini kita, kenalnya kita dengan bini kita adalah kenal melalui apa yang bini kita suka dan apa yang bini kita tak suka..
Kalau kita cakap kita kenal bini kita tapi tak tahu apa yang bini kita suka dan apa yang bini kita tak suka.., maka kita sebenarnya Belum kenal bini kita lagi..
Aku kalau pergi pasar malam, aku tahu apa bini aku suka makan dan apa benda yang bini aku tak suka makan..
Kadang kadang bila nampak apa yang bini aku suka,, aku akan terbayang wajah bini aku yang comel pada benda yang menyukakannya.., macam jugak bini aku yang akan nampak kehenseman aku di sebalik teh tarik misalnya atau korang yang tersenyum tengok kereta mayat lalu terbayang aku yang comel dan qiut.. woha!
Atau macam kita yang kenal bos kita, bila kita duduk asyik baca blog waktu pejabat tiba tiba bos kita berdiri kat belakang, kita akan rasa gelabah sebab kita kenal bos kita!
Woha!
Jadi, peringkat ke tiga dalam mengenal Allah, adalah apabila kita kenal apa yang Allah suka dan kenal apa yang Allah tak suka, pendek kata, tahu perintah Allah dan tahu larangan Allah, serta tunai mengikut keutamaan.. ini perlu lepada ilmu, maka pergilah belajar..
Dan orang yang tahu perintah dan larangan Allah tapi masih tak laksanakan adalah orang yang belum kenal Allah kerana tidak tahu betapa dahsyatnya Azab Allah!
Faham?
Akhir kata: aku pernah jumpa orang yang yang dah sebaya dengan datok K, tapi tak solat, sengaja tak solat, dan alasan yang mereka bagi akan kenapa tak solat adalah sebab belum mengenal Allah dengan sempurna, maka solat tak sah sebab belum kenal Allah… ‘Awaluddin Makrifatullah’, katanya.., kalau solat jugak akan jadi sia sia, bla bla bla.., dulu masa mula mula islam, Nabi tak ajar solat pada sahabat, Nabi ajar Makrifatullah dulu, bla-bla-bla.., Laisa kamithlihi syaiun bla-bla-bal, Kita kena kenal asma Allah, kenal afaal serta sifat 20 bla-bla-bla..,. begitulah lebih kurang hujah mereka pada aku..
Aku malas nak berdebat, sebab mereka ni sama jugak hampeh macam golongan anti hadith yang aku pernah cerita dulu, solat tak sah sebab tak kenal Allah konon.., tapi anak dah berderet kesan persetubuhan secara sah yang di sahkan oleh tok kadi berserta 4 saksi yang berkata sah setetah di tanya sah, lalu menjawab sah sah, maka korang kira sah pulak? Apasal untuk solat kau cakap tak kenal tuhan tapi masa nak berlaga lubang kencing, kenal pulak kau siapa tuhan.., Tak ke hampeh?!
Arhh, malas aku nak mengutuk si tua kutuk.., semoga Allah ampunkan dosa kita bersama dan selamatlah semuanya menuju damai abadi.. mudah-mudahan.
Maka, kepada mu’alaf yang baru masuk islam pagi tadi, tak payah pening pening dengan dakyah puak puak yang malas solat tu, nak kena kenal Allah baru solat, baru puasa, bla bla bla, persetankan mereka, korang sembahyanglah zohor nanti sekadar yang korang tahu walaupun mungkin korang belum ‘mengenal Allah’…
Sebab?
Semua tahu sudah, al fatihah itu termasuk rukun 13 yang wajib di baca, jika tak baca solat tak sah, tapi jika ada yang belum hafal surah al fatihah, baru masuk islam lepas subuh tadi atau memang kepala otak benak, tetap kena solat dan solatnya tetap sah, dengan syarat dia berusaha untuk hafal surah tu, takde masalahpun,
Begitu jugak jika betullah korang belum kenal Allah, baru masuk islam lepas subuh pagi tadi atau memang kepala otak bangang, tetap kena solat dan solat tetap sah, dengan syarat kita berusaha untuk kenal Allah, takde masalahpun, Faham?!
Jadi selamat berdakwah, selamat mengenali diri sendiri, dan selamat mengenali Allah!
Amin..
Ketahuilah, Orang yang menyangkakan ada musuh yang lebih bahaya dari dirinya sendiri, maka dia Belum mengenali dirinya sendiri, dan orang yang tidak mengenali dirinya sendiri, maka tidak akan kenal siapa Tuhannya…
End.
Ps; Kenalilah jugak pasangan anda, tengok tanda lahir mereka, hafal lokasi parut mereka, ukur sudut condong gigi mereka, kerana, bila mereka jadi mayat, mudahlah kita membantu pihak polis mengenal mayat.. mudah-mudahan
Jan 20, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
50 Bincang topik ini di sini:
Ada orang kata kenal Allah, tapi bila azan dilaungkan macam tak kenal je sapa yang memanggil tu.
Ada orang kata kami mahu Islam, tapi Islam hanya pada kerajaan tidak pada diri dan keluarga.
Ada orang kata kami boikot Yahudi, tapi rupa paras dan cara makan, cara pakai macam Yahudi.
Ada orang kata kami tabligh, tapi tak pergi ziarah rumah ke rumah buat dakwah. He.. he.. dan itu cerita lain.
ada satu kisah guru ana..
dia berdakwah pada org jepun yg tidak ada ada agama..
org jepun itu brtanya pda guru aku
bagaimana mahu mengenali tuhan?
guru ak menjawab
adakah kamu sudah mengenali diri kamu sendiri?
jika kamu mengenali diri kamu sndiri kamu akan mengenali tuhan..
ALLAHHUAKBAR!
din jantan
salamz
Atau macam kita yang kenal bos kita, bila kita duduk asyik baca blog waktu pejabat tiba tiba bos kita berdiri kat belakang, kita akan rasa gelabah sebab kita kenal bos kita!<=ni selalu saya buat..hehehhehe!!
Assalamualaikum wrt
1st time saya dengar pasal "awaluddin makrifatullah" nie. kalu golongan2 anti hadis, wahabi, dan golongan2 islam len yang cari alasan tak nak uat ibadah adalah.
sama la mcm org2 yang solat pki NIAT jek tu. cube dorang makan, tido, & berak pki niat jek.
rukun iman yang pertama = percaya pada Allah! disini terletak beza antara umat Islam dengan umat agama lain kerana kita percaya dengan 'iktikad yang putus' bahawa Allah itu wujud, qidam, baqa' (dan sterusnya) tanpa melihat tuhan itu sendiri.
jawapan saya kepada awaluddin makrifatullah ialah sifat2 20 Allah yang wajib diketahui & asma ul husna. ko nak kenal Allah camner lagi? nak tngok wajah Allah?
ble mau angkt takaza negara jauh?p r aussie bro..
alhamdulillah..dah pulang ko,moga ALLAH terima..
sbb sesuatu a;mal tu...mula2 ALLAH pilih...penting gak tu..tp paling penting,.,ALLAH terima amalan tu disisiNya..
salah satu tanda penerimaan..ialah ALLAH bagi taufiq pd seseorg tu utk beristighfar slsps sesuatu a'malan yg dia buat..mcm solah
RON
Salam,
Aku yg masih takut2 dan segan2 jumpa orang...susah woo...terutama kalu orang tu kete bosa rumah bosa...isk
budak baru belajar kenal diri sendiri
adioss
wahai Hamka..
tulisan kau masih best walaupun dah lama cuti memblog...
:)
Nanti aku kasik email soalan jangan tak jawab pulak.....
salam.
entry ini buat saya berfikir. terima kasih :)
Rubina Yunal
benar.
sgt2lah benar.
azharjaafar
Ada orang lahir islam, tapi mati kapir..
Ada mayat yang di tanam di tanah perkuburan islam, tapi di bangkitkan bersama-sama orang kafir..
Naduzubillah..
--------
din jantan
ada orang yang nombor ic sendiripun tak tahu, dan itu cerita lain..
---------
NIMI♥ Co.
kirim salam kat bos..
----------
anak kucing
semoga Allah ampunkan dosa mereka dan kita semua..oh!
----------
RON
Astarfirullahuazim..
----------
van qif
memang susah buat dakwah, tapi bila kita ikhlas, maka akan datang pertolongan Allah, lantas menjadi berani dan tak segan, dan untuk tahu kita ikhlas atau tak, kita akan buat sampai jadi mayat..
“ayam masih berlaga”
-----------
faz
cuba bagi soalan yang senang sikit, macam berapa nombor akaun maybank ke, he he
-----------
Rubina Yunal
Komen kau buat saya berfikir apa yang kau fikir.. . dan jugak terfikir apa maksud rubina Yunal kerana first time dengar
----------
Tujuh Kaki Dalam
Yang HAK dari Allah, yang BATIL dari aku.., kalau salah, ambil galah tolong jolokkan sebab saya bapak budak baru belajar nak makan buah cempedak di luar pagar..
salam,
gua respek lu, kalau lu depan gua, gua salam tangan lu
pada aku,,kenal Allah ni perlu dan compom pon bila kita dah buat amal dgn IKHLAS(bkn ikut2) sbb cmna kita nk buat bnda yg org len sruh kita buat selagi kita tau STATUS org yang suruh kita buat bnda 2,, jadi kalu kita buat amal2 yg ikhlas 2,, jgn takut insyallah dalam hati kita dah ada pengenalan tentang tuhan kita...salam dakwah...
Ada orang lahir islam, tapi mati kapir..
Ada mayat yang di tanam di tanah perkuburan islam, tapi di bangkitkan bersama-sama orang kafir..
-- seram yg nih. Mintak dijauhkan.
terima kasih krna mmberi kefahamn kpd sy..tenkiu bro hamka...
mudah2an..idup kiter sume diberkatiNya...amin
Snakebite
Aku pun nak salam dengan kau, tapi tengok nickname kau, aku jadi serba salah..
: )
---------
akula
akan masuk shurga siapa siapa yang ada iman, dan akan diterima amal siapa siapa yang ada iman.., ada iman tu kira kenal Allah ler, Cuma kenal rapat dengan buat buat tak kenal jer..,
-------
feerhann
lebih seram dari puaka niang rapik khe khe..
--------
Noli
Allah yang bagi faham, sebab Nabi cakap, hendaklah sampaikan sehingga orang lain lebih faham dari apa yang orang sampai fahamkan, maka aku rasa kau lebih faham..
Jadi aku pulak nak kena ucap terima kasih..
aku kenal bini aku..
bini aku kenal aku..
anak aku kata dia tak kenal aku kalau aku balik kerja tak belikan gula gula...
ada orang tak kenal tuhan walau dah di bagi nikmat macam macam
mengenal Allah itu ada dalam pelajaran TAUHID.maksudnya kita mengenal diri Allah itu melalui sifat2 nya..dan nama2 nya yg 99 itu.. utk mengulas 99 nama2 Allah itu sehari semalam belum tentu habis bercerita
Topik yang bagus.
Macamana pula bagi orang yang tak hafal sifat 20 tu? Tapi mendirikan solat juga...contohnya..myself.. ?Rasanye lebih baik dari tak solat?
LAISAKAMISLIHI SHAIUNG FILARD..
=takkan menyerupai sesuatu pun dimuka bumi..
maka itulah ALLAH...
maha suci ALLAH daripada segala persamaan,kekurangan..
nk cakap pasal makrifatullah ni,panjang sangat..
kna pi blajar la..
'awaluddin makrifatullah' biasanya dikaitkan dengan satu lagi sabda Rasulullah iaitu 'man arafa nafsahu faqadda robbahu, man arafa robbahu fasadal jasad' yang bermaksud 'barangsiapa yang mengenal dirinya maka kenallah akan Tuhannya, barangsiapa kenal akan Tuhannya maka binasalah ia'
dari sudut ilmu, wajib mengenal Allah itu sekurang-kurangnya pada sifatNya yang mulia supaya tidak batal atau kosong syahadah kita. apa erti syahadah kalau ianya kosong tidak bersandarkan aqidah yang teguh. jadi macam burung kakak tua jer la nanti... tau cakap tak tapi tak tahu makna...
macam kisah soalan kubur la ... bila ditanya 'marobbuka' sekarang ni semua tahu jawapannya 'Allahurobbi' tapi dalam kubur nanti confident ke boleh jawab macamtu kalau hidup macam jahillurobbi ?
sekadar renungan ...
kedaijamu
bila bini aku ada di belakang tabir, dan bersamanya ada wanita wanita lain, lalu terdengar sedawa, batuk, bersin, berdehem, atau kentut, aku tahu yang mana satu datang dari jasad bini aku, insyAllah..
----------
nbn
aku kalau cerita pasal sifat 20 karang, ada orang tarikat marah, lain kali aku cerita, kot..
------------
kulhaqqu
baru aku ingat, aku ada tulis bab pada tahun 2006, dalam tajuk “apa itu Hakikat Ugama”
boleh rujuk kepada mereka yang malas merujuk kepada ustaz..
---------------
nik
sedang termenung…
apa yang boleh jamin kita menjawab soalan
"ma robbuka " tu di sana nanti???
gerun aku memikirkannya....
err..
ada yg fikir mereka betul tapi sekular spt link di bwh. nauzubillah .
http://stillfindingme.blogspot.com/
hamka.
nak mintak tolong ni.
pasal anjing. sebab tadi, terjumpa blog yang memang membanggakan pasal anjing2 nya.
mintak sangat pendapat Hamka. sebab takut sangat.
tlg tgk link ni.
www.kittun.blogspot.com
bertudung litup tapi, seakan mentali kacau. saya tak tahu sgt, sbb tu mintak pendapat. jgn risau, banyak gambar2 dlm blog nye.
TAKE 5 kejap...harap bos x marah yer..
berkenaan anjing tu..memang ada mazhab tertentu membenarkan kita memegangnya...cuma kita orang melayu ni memang pantang jumpa anjing...coi coi..
salam...
pentingnya mengerjakan solat.
tak kiralah patihah tak betul ke, tak tahu sifat 20 ke, rukun iman tak hapal ke...
janji ko Islam eh.
wajiblah belajar, jangankan mengucap pun tak tahu, huhu.
tapi,
hoho... banyaknya yang tak solat rasa diri kuat iman jer..
innallaha rofurrurrahim..
~noya~
salam
nurani hati selalu dapat membezakan antara hak dan batil
namun untuk berada dalam hati yang bercahaya hidayah Ilahi memerlukan kesungguhan dalam keinginan untuk mendapatkannya
semua jiwa yang dilahirkan di dunia ini akan pasti hidup selama-lamanya di alam akhirat
alangkah lamanya berada susah didalam neraka
alangkah lamanya berada senang didalam syurga
'sampai neraka'
'sampai syurga'
sekejap hamka tiada...
sekejap hamka ada...
-bila blog hamka nak menang
'anu gerah dalam botol'
-sbb blog nie blog dakwah jugak ;)
-yasmin.ah
limaumaniss
gerun aku memikirkan kau yang gerun....
-----------
valsa nine
insyAllah..
----------
van qif
pegang anjing tak batal wudhu.., betul tak?
----------
~noya~
Solat tak boleh di bayar oleh orang lain selepas kita jadi mayat walaupun orang tu hafal sifat 20.. oh
----------
yasmin.ah
'anu gerah dalam botol?'
Apa tu?
: )
Assalamualaikum...
Kita azam akan buat apa yang kita cakap, walaupun mustahil kita nak buat...
:)
:)
Buat ape yang Allah suruh..
Tinggal ape yang Allah larang...
itulah maknanya mengenal Allah,,,
bila kita kenal kita ni hamba...
dan Allah itu tuhan...
melalui tindakan kita...
..................................
makrifat tu xkan keluar dari syaria't...
bila dah terkeluar..namanya SESAT,,,
dan bila di dalam syaria't..bermakna kita buat apa yang Allah suruh..
pandai
awal agama mengenal Allah.selagi kite tak kenal dia,kite belom islam lagi...seriously.Most manusia sekarang ni ialah islam ikutan atau keturunan saje.
Ape sebab saya cakap dia belum islam lagi and dalam keadaan syirik juga?sebabnye ialah dia tidak menujukan amalannye kepade tuhannye yang sebenar benarnye.
Walaupon niat kite kerana Allah tapi kite wajib tau sape dia,barula sampai amalan kite tu and trully for Allah.
Barang siapa menuntut jalan kepada Allah dengan lain dari pada mengenal akan diri dengan sebenar-benarnya pengenalan, sesungguhnya sesat yang amat jauhlah ia dengan tuhannya
Assalamualaikum, err Hamka aku nak bagitau sket yang hadis 'siapa kenal dirinya maka kenallah dia akan Tuhannya' itu ialah hadith palsu...
Minta Hamka tolong hebahkan pada semua pembaca. Wallahualam.
Sekadar membantu Hamka dalam usaha dakwah. Moga Hamka terus istiqamah dalam berdakwah. Amin!
(bleh rujuk di sini untuk keterangan:
http://drmaza.com/himpunan_fatwa/?p=37 )
jzkk...
ok.
: )
Kenalilah dirimu sebelum kau kenali aku
well actually that carries the same meaning as hadis qudsy dibawah
Barang siapa mengenal akan dirinya, niscaya ia akan mengenal akan tuhannya mengenal akan tuhannya niscaya binasalah dirinya".
(Hadits Qudsy)
get it? ;-)
i got it
aik, macam mana hadis palsu bleh jadi hadis qudsi?
x paham... sori sebab aku slow sket
ada hadith yang bertarf daif, tapi ada pulak hadith soheh yang mempunyai maksud yang sama, maka hadith daif itu menjadi hampir soheh sebab di sohehkan oleh hadith soheh yang semakna..
itu cerita lain.
ada hadith palsu, tapi bila ada hadith soleh lain yang semakna, maka hadith palsu tetap palsu cuma takut bila tak di war warkan hadih yang soheh jadi palsu..
faham?
tak faham rujuk ustaz
(akupun)
kamu ni lau xtaw bab agama jgn main hentam je...carilah guru yg murshid lg siddiq....sblm ckap fkir dlu nt blh buat org pening,,,awaluddin makrifatullah 2 besar maknanya pd kita semua..
Salam..
'Awaluddin Makrifatullah'
awal ugama mengenal allah
bukan solat,bukan zakat,bukan haji
apakah islam pada hari ini?
ikut-ikutan? keturunan?
knape perlu ada gelaran haji?
contoh haji ahmad
knape x de subuh ahmad? zakat ahmad?
"Huwal awalu wal akhiru wazzahiru walbatinu"
ingat cukup ke tau nama2 tuhan & sifat2nya?
ketahuilah yang awalNya,akhirNya,zahirNya,batinNya
ilmu Rasulullah ni yang kita ketahui
ibarat burung minum sedeguk air di lautan
lautan pun x cukup utk dijadikan dakwat utk isi al-quran
bukan setakat dikaji Alquran itu
malah kaji(kenal) tuan punya Al-quran tu
"Man arafanafsahu faqad arafarabbahu"
Sape kenal diri,kenal tuhan,kenal tuhan binasa diri
apabila dah fana bakabillah
sape itu manusia?
yang hari2 sembahyang tonggak-tonggek
sape yang disembah?
sape yang menyembah?
"Syariat tanpa hakikat adalah hampa,hakikat tanpa syariat batal"
apa yang didepan mata kasar adalah tipu semata2
yang cantik bersih x semestinya arif billah
carilah guru murshid yang arif
kebanyakan org takut blaja ilmu makrifat/hakikat/tasawuf
ada kate tu semua utk wali2 je
kita orang biase cukuplah tau sikit2 ilmu feqah n lain2
abis tu mane hilang nya semua tu?
selagi adanya al-quran semuanya x kan hilang
kalo sudah cantik syariat(kulit)
dah tau hukum-hakam
carilah isinya
dah patut masuk kelas dewasa
mungkin ada hikmahnya orang zaman skarang ni x dpt blaja mcm org dulu2
skang ni terbalik blaja smayang kat skolah,then dah tua mencari2
kerana Akal belum sampai utk terima ilmu ghaib
mungkin itu sebab Allah taala jadikan begitu
dan ketahuilah apabila skali tuhan dah membuka peluang utk kita
tau akan dalil awaluddin makrifatullah ni
maka insyaAllah akan diberi rahsia Hakikatnya kelak
"Akulah perbendaharaan yang tersembunyi,dan aku ingin dikenal"
-> yang paling penting ialah Ingat dan Kenal.tiada apa yang lebih dari itu
sekian..
(maaf jika terkasar,cuma Diri ini strict kalo cakap bab2 tauhid ni,rase cam nak melompat je)
kalau nak melompat, biarlah tahu tempat jatuhnya...
he he
ok, Nabi seorang guru yang terbaik, dan guru yang terbaik, adalah seperti hujan, akan turun ke semua tempat, tapi tempat bukan semua yang baik, ada subur, kering, dan ada yang bertakung..
maka, jika di zaman ini ada guru yang baik seperti Nabi, mereka juga patut jadi macam hujan, turun ke semua tempat, bukan tanah yang cari mereka...
Walalhulam
ps: seorang da'e darjatnya lebih mulia dari 100 wali, dan seorang islam yang mengajar Al quran dan mengamal Al quran adalah lebih mulai dari yang mengamalkanya sahaja...
Apa gunanya diberikan makanan kepada orang yang berasa kenyang
sudah tentu dia x kan merasa nikmat makanan itu
Apa gunanya ditaburkan ilmu kepada orang yang tidak mencari
sudah tentu dia x kan merasa nikmat ilmu itu
blaja ilmu ketuhanan bukan boleh macam kat kelas
ketinggian Akal seseorang insan dengan insan lain x sama
maka perlukan guru blaja secara individu mengikut kelebihan masing2
"..ditunjukkan seseorang untuk menunjukkan jalan.." = Guru
Islam ni berlapis2 & bercabang
kalau kulit sudah cantik
carilah isinya
ini kerana Rasulullah kata
"Lagi banyak pembetulan yang dibuat tanpa ilmu,maka lagi banyak kerosakan yang dibuat"(bunyi lebih kurang)
Adakah Allah taala jauh drpd kita pada hari ini?
maka masih belum btol diri kita denganNya
Dia Maha Mulia yang melakukan pengorbanan untuk menjadikan kita
"TidakKu jadikan kau Muhammad melainkan menjadi rahmat sekelian alam" dan "TidakKu menjadikan semua ini dengan sia2"
"Akulah perbendaharaan yang tersembunyi,dan Aku ingin dikenal"
"telah ditawarkan gunung-ganang untuk terima rahsia,lalu hancur lebur kerana x sanggup menerimanya"
Dia menjadikan manusia iaitu insan yang mengandungi rahsia utk mengenalNya
bukannya hidup semata2 utk makan minum
sembahyang yang x tau apa Hakikatnya
buat apa yang disuruh,jangan buat apa yang dilarang
itu bukannya kenal tuhan
itu berlaku apabila hati,batin & akal yang menyebabkan perlakuan sedemikian
itulah beramal dengan lisan
untuk menjaga syariat Muhammad yang dilakonkan
"kau ingat Aku,Aku ingat kau"
itu yang paling penting
sembahyang tu untuk diri sendiri
"mintalah dariKu,nescaya Aku kabulkan"
ceramah pada hari ni sibuk ckp pasal pahala & syurga
tapi semayang hari2 ckp "Innasolatiwanusuki wamahyaya wamamatilillahirabbilalamin"
padahal dah ckp semuanya ikhlas
masihkah seseorang itu meminta atau mengharap yang lain sedangkan dia sudah bersama dengan Khaliq
kalau betul hubungan dia dengan tuhan
kesimpulannya..tidak tersimpul
kerana selagi ada masa kita belajar
ilmu rasulullah tu x kan habis
boleh mintak lagi
ps:saje je cakap benda luar akal ni,sekadar membuka minda.papepon saudara ni agak cool sambil berdakwah.. =)
aku heran orang perasan tasauf, selalu pertikai cakap pasal pahala dan kelebihan, sedang dalam Al quran, Allah selalu cakap benda ni.. (dalam hadith apatah lagi)
Allah Maha Mengatahui apa itu ihlas, dan belajarlah ilmu IHTISAB..
ps: nak marah, tapi sebab kau cakap aku cool, terus aku dapat hakikat, he he
pembetulan dalil:pasal gunung tu Lauanzalna..(cita pasal gunung kalo diberi alquran,takut menrimanya & misalnya perbandingan diberi kepada manusia supaya memikirkan)
yang ni satu lagi "sesungguhnya pernah Ku tawarkan amanah rahsia diriku kepada langit,bumi,& gunung-ganang tetapi mereka x mahu terima kerana takut abaikannya lalu yang sanggup menerima ialah manusia"
kalo dah leburkan diri fana bersama dengan tuhan
perlukah lagi selainNya?
pahala,syurga,makhluk semuanya tiada apa2
melainkan tuhan semata2
tapi Rasulullah jangan lupa
cuba dengar lagu Mawaddah-kalau tuhan dikenali
sedikit sebanyak dapat paham
kalau tahu diri ini siapa,maka tahulah tuhan itu siapa
itu maksud nya
"akmaluna akmalukum"
ps: =)
(((kalau tahu diri ini siapa,maka tahulah tuhan itu siapa
itu maksud nya)))
ps: itulah yang aku tulis
:)
Post a Comment