Salam Hamka, saya pelajar Universiti yang berminat untuk ikut jemaah Tabligh belajar berdakwah tiga hari tapi mengikut ustaz dalam video ini, jemaah Tabligh yang di asaskan oleh Abu Ala Amududi pada mulanya betul, yang mana pada waktu itu mencampurkan dakwah dan jihad, tapi pihak British di india mahu mengalang jihad, lalu British mengubah jemaah ini dengan menetapkan keluar berdakwah tiga hari, 40 hari dan 4 bulan supaya jemaah itu lemah. Kata ustaz tu lagi, dalam kitab tabligh karangan Maulana Mohd Aslam membuat panduan supaya ahli jemaah tabligh jangan belajar banyak banyak, jangan campur urusan politik kerana haram, dan jangan larang kemungkaran. Ustaz itu juga bercerita tentang orang Tabligh yang janggut panjang sampai ke pusat tapi jahil bab ugama kerana solat 5 rakaat.
Apa pendapat Hamka, sebab saya rasa awak selalu tulis perkara yang berkatan dengan Tabligh, soalan saya adakah betul Jemaah Tabligh ini adalah konspirasi British menjatuhkan politik islam di india?
Saya sertai video ini yang menggunakan loghat Terengganu takut saya yang salah dengar, Mohon pencerahan.
Jawapan Hamka keretamayat.
Aku tak tahu pulak pengasas Tabligh ni bernama Abu Ala Amududi, yang aku tahu pengasas penyamung jemaah Tabligh ini adalah Maulana Ilyas, dan aku pun tak tahu jugak jemaah tabligh ni merujuk kitab Maulana Mohd Aslam, kerana yang aku tahu puak Tabligh ni merujuk kitab karangan Maulana Zakaria dan Maulana Yusuf. Aku pun tak tahu ada orang tabligh yang janggutnya panjang sampai ke pusat( Mungkin Santa Clause baru masuk islam, tu yang solat 5 rakaat tu, -woha!)
Atau mungkin ustaz dalam video tu merujuk kepada jemaah lain, (aku sangka baik) aku pun kurang arif sangat bab tabligh ni.., tapi, aku ada link video yang di jawab oleh seorang ustaz dengan lebih baik, kata ustaz itu, tidak berdosa keluar tabligh, malahan sangat bagus bertabligh, jemaah tabligh itu betul, yang tak betul beberapa ahli pengkutnya terutama di terengganu kata ustaz itu, Ustaz itu juga mengaku Maulana Zakaria adalah angat alim kerana mahir dalam kitab Jumumuyah, kitab Mauta, Bursrah, usuludin, Balaghah, Mustaka hadith, dan sebagainya, dan ustaz itu membuat kesimpulan, Jemaah Tabligh itu betul, yang tidak betul itu beberapa pengikutnya yang malas belajar ugama, sama macam ugama islam, bila pengikut ugama islam tak betul , kita tak boleh salahkan islam, tapi salahkan pengkiut yang tidak betul itu sahaja.
Akhir sekali, ustaz dalam video itu mengaku bahawa beliaupun belajar ugama daripada ulamak Tabligh di Patanni Thailand yang mengaji kitab Balaghah, usuluddin, mantik, musllah, dan lain lain, sebagai bukti, boleh tengok video di bawah, takut aku salah faham, juga dalam loghat Terengganu.
Peace!
Ps: Aku sokong pelajar mana mana IPTA untuk belajar berdakwah 3 hari, 40 hari atau 4 bulan. Tapi jangan pulak sampai lingkup pelajaran. I Love you all.

85 Bincang topik ini di sini:
nombor satu
ballighuu 'anni walau ayah....
3,bye.....
Penerangan tentang Jemaah Tabligh oleh Syeikh Nuruddin Al-Banjari juga jelas tentang usaha-usaha murni jemaah tabligh..
Ade dalam youtube juga..boleh carik..
4th!! Aku sokong!!! Tabligh tu tabligh gak tp jgn smpai abai tggjwb sbg seorg anak selagi dibwh tggubgan ibu bapa... Pape pun tabligh rocks!!!
takleh bukak youtube huhu
Setahu aku tabligh ni berdakwah keatas orang islam je, dakwah suruh orang bukan islam masuk islam dia tak buat
" Yang Memelihara"
Love u Too Hamka =)
niat tu dah ade.. insyaAllah dipermudahkan suatu hari nanti..
top 10
Kdg2 rase geram bile ade yg salah faham atau ckp yg buruk psl tabligh....
saya ada hantar email kat bro hamka tanya pasal pendapat mengenai jemaah tabligh. jawapan hamka ringkas je "bagus kalau ada masa ikutlah mereka pergi berdakwah"(lebih kurang camnilah jawapan dia). Alhamdulillah saya dapat join jemaah ni walaupun kurang aktif sikit. jemaah yg punya nilai persahabatan yg berbeza dengan jemaah lain. jemaah yg makan satu dalam, walaupun dalam kalangannya adalah ustaz campur dengan orang2 biasa. jemaah yang ajar jaga solat waktu dengan sempurna, jemaah yang sentiasa nak belajar2 cara ikut sunnah. jemaah yang sanggup bersusah payah demi agama, jemaah yg bila buat aktiviti boleh menjaga pandangan drpada melihat perempuan dan banyak2 lagi..
Kepada semua ahli jemaah , teruskan usaha ikut tertib yang betul , jangan josh insyallaah sekrang kurangnya jadi asbab hidayat utk diri sendiri , jgn lupa malam ni mesyurat di pondok tuan guru hj salleh penanti
Ulama yang buat usaha tabligh di malaysia perlu banya buat hubungan dengan Ulama yang mungkin tak berapa faham tentang usaha ni,semoga kita saling lebih memahami dan sentiasa berusha untuk memperbetulkan diri dari asyik menyalahkan orang lain.Vote for hamka
try dulu keluar, baru dapat feel rase camne wat tabligh..aku sokong tabligh.sokong kereta mayat. wohu!hoho.
ini org lagi buat orang "takot" ni! hahahahah
adakah hamka seorang karkun/ahli jemaah tabligh
1.ya (nak sorok indentiti-baca entri yg lepas utk pengesahan)
2.ya tapi segan mengaku
3.tidak tapi macam ya
4.ya tapi itu dulu tapi sekarang dah slow/sejuk
5.tidak sama sekali cuma pengkagum JT
Korang xperasan ke? muka sama, suara sama dan dialek terengganu. tu ustaz yang sama lah.. ustaz azhar idrus. kan dia cakap dia pernah tegur tabligh bukan pada jemaahnya tapi pada pengikutnya. jadi video di atas tu mungkin adalah salah satu teguran dia. wallahua'lam.
Suatu pendapat.
Vidio yang atas adalah sebelum ustaz Azhar dapat kefahaman tentang jemaah Tabligh.
Vidio di bawah adalah setelah ustaz Azhar faham bahawa jemaah tabligh adalah jemaah usaha atas iman dan amal.
Kat tempat aku ada seorang brother yang sangat aktif dengan muzik rock
setelah ikut dengan aktif bersama jemaah tabligh, dia kini macam seorang ustaz. Orang yang tak tahu dia adalah mat rock menyangka dia berpendidikan madrasah sebab dia banyak tahu tentang iman, amal dan sirah nabi apalagi pasal sunah-sunah. boleh tabik kat dialah.
Kumpulan ini adalah kelompok yang sangat sederhana dan sangat mudah di dampingi.
aku dari selatan.
Thanks Hamka sebab letak video yang nombor dua. Selama ni aku pernah tengok video yang nombor satu je. itu pun tahun lepas agaknya.
Apa cerita pulak Ustaz tu kata KFC haram?
Salam Hamka.. sihat?
Teguran ustaz Azhar Idrus tu HANYA berkenaan pembawaan seseorang atau gelintir karkun dlm JT yang mencemar, memalukan imej & nama jemaah. Bukan pasal JT, pengasas tu sendiri. Dia sendiri paham JT tu apa & rasa JT dah molek dah.
2 2 VC menjelaskan contoh buruk yang perlu kita buat sebagai sempadan bila bawa diri sebagai sorang daie. Sebab tempoh masa sebagai karkun & menjelajah banyak lokasi bukan ukuran ketinggian ilmu.
Ustaz tu mengingatkan (teguran) buat karkun saja. Sebab ada sesetengah karkun bawaannya agak janggal, kurang berilmu tapi begitu riak @ujub dalam kehidupan hariannya. & juga karkun perlu rajin tuntut ilmu yg bermanfaat walau berguru yg berlainan jemaah. Jangan ego hingga tolak individu & jemaah lain yg juga menyampaikan ilmu (tabligh) & fatanah. Kita saling melengkapi. ingat!
Bab politik selalu dianjurkan jangan didiskus semasa istikaf di surau, masjid, kan? Bukan x boleh mengetahui politik tapi letak tepi dulu. 1st thing 1st, dah dlm masjid buat apa yg patut buat dulu. Tu byk faedahnya dalam latihan mujahadah DLL.
yo, just to clarify.
it's actually Maududi, not Amududi.
aghh..tertengok video ex-syura plak...
Ustaz ni buat aku pening, kejap kata salah, kejap kata betul...
ha ah! penin aku ust nih.. kejap kata tak betul, kejap kata betul.. buleh jd gilo aku giniii..
aku dengar cerita begini, mula mula ustaz tu fahan tabligh ni dakyah british, tapi lepas ustaz sri petaling minta bukti, tak ada.
barulah ustaz ni buat video baru, dah takde dah kisah british.
ni yang Hamka cerita entry lepas, seronding authority, bagus bro, sebarkan video nombor 2.
peace yoh.
27.... weeeee
good.. good..
salam..
tabligh ka,pas ka,tarikat ka,sufi ka,salafi ka,pondok ka,
apa apalah, semuanya nak selamat kat akhirat dan semuanya tak nak masuk neraka..
tapi semua tu selalu lupa sampai kadang kadang sepak terajang orang lain pasal terlalu ghairah dan tak sabar sabar nak masuk syurga!
apa hangpa ingat hangpa semua boleh masuk syurga ka buat perangai lagu tu!!
jaga mulut jaga tangan,jangan sampai disebabkan mulut dan tangan yg menyebabkan kita masuk neraka!!
tapi aku paham,hangpa semua umur bawah 40 memang lagu tu...harap harap bila umur hangpa dah masuk 40 hangpa semua boleh guna akai hangpa no......
salam ukhwah
Tabligh, tabligh juga..
tengok budak bela ular ni dulu.
Jom tabligh kan dia sebelum dia dimakan ular anaconda ni.
http://adaberada.blogspot.com/2012/02/budak-bela-anaconda.html
Asalmualaikum
ustaz/ulama/jemaah yang sebetulnya bukan ajak pengikut kepada mereka tapi ajak pengikut kepada Allah
wallahualam
maulana saad syura jemaah tabligh (dunia) cakap.. dalam jemaah yg keluar targetnya paling kurang nak ada 1 alim dan 1 qari dalam jemaah
Bayangkan mereka yang keluar bersama ulama dan qari dan belajar bersama mereka 40 hari/4 bulan/ 3 hari. makan bersama tidur bersama, belajar bersama. tertib yg sungguh besar faedahnya.
walaupun ada ulama yg x keluar, hari ni kita kena sangka baik dan muliakan semua ulama kerana mereka bagi sepenuh masa untuk agama... kata maulana ilyas(pengasas)
Kpd yg blom penah ikut tabligh, tanamkan azam dan niat utk join depa nih..yg pompuan plak, pujuklah ayah, suami, anak/saudara lelaki atau bf supaya mrk dpt ikut tabligh...ini soal yg sgt penting...dah ikut baru tau...
Dan demi Allah, inilah perkara yg akn tukar cara hidup dan pemikiran kita smpi kita nk mati...
Hamka, ini paradox.
Satu video kata: Tabligh tak betul
satu lagi kata: Tabligh betul.
Tapi orang yang sama.
mungkin lepas ni ada pulak video kata KFC halal.
Sangka baik!
salam...
wahai saudaraku....
ingatlahlah, tiada apapun yg sempurna.hebat macamanapun kita pasti ada kelemahannya.
sentiasalah melihat kedalam diri kita,baru kita akan nampak kelemahannya.
keupayaan melihat kelemahan sendiri adalah satu kekebihan kurniaan tuhan,seperti nabi kita walaupun dijamin syurga beliau ttetap merasakan dirinya mungkin melakukan kesilapan,sebab itu beliau sentiasa memohon maaf(beristigfar sentiasa)kepada tuhan.
dengan melihat kelemahan diri baru kita akan berusaha memajukan diri kita,tidaklah kita berbangga.
kerana dengan berbangga,membuatkan kita merasakan tindakan kita betul sentiasa dimata kita,sedangkan dimata org,teramat buruk dan hodohnya kita...(harap harapnya tuhan tidak memandang kita sedemikian rupa)
ampun maaf & salam ukhwah
Mat Jeng jeng said
Maulana Mansur jumpa dgn ustaz ni muzakarah balik pasal usaha dakwah nih..sebab tu ustaz tu tarik balik kenyataan video tu..ak sangka baik je dengan ustaz nih, smoga dia pun join usaha nabi nih sbb byk salah fakta..bak kata karkun2, kita kalau naik kereta kancil jangan bercakap pasal kereta ferari sebab kita tak tahu boleh jadi fitnah pulak..woha!! peace..
Agama hy akn dtg dgn adnya usha atas agama...utk ini usaha agama perlu dibuat..sp2 yg ada niat lain (nak dptkan harta, takhta @kuasa, wanita dll..) dia takkan jumpa dlm usha ni bahkan dia akan mninggalkan usha ni...Para Sahabat r.hum sgt cinta pada agama shingga mrk sggup korbankan apa shj,klau ad satu org dtg kpd Islam mrk lebih gmbira lebih drp mnakluki sbuah negara, mrk akan btakbir dgn kuat...Allahu Akhbar! satu ketika Nabi s.a.w. nampak mayat 1 yahudi diusung Nabi s.a.w. mnangis, Nabi kata(lebih kurang) ini adalah umat aku yg mana bermula hari ini sampai bila2 dia akan diazab dlm neraka selama2nya...hari ini klau ada 1 usha atau golongan megajak kpd agma Allah maka bukan bantuan yg dberi ttp cmuhan dn mcm2 lg yg dlontarkan...stiap kt akan bdiri dpan Allah dn akan ditanya ttg apa yg tlh kt buat utk bantu agama Allah...kt sama2 doa smg Allah swt bantu kita dan umat dislurh alam dlm meninggikan kalimah Allah...banyak korban bnyak faham, kurang korban kurang faham, tidak korban salah faham..
salam..
kita hendaklah kena sentiasa ingat bahawa apa yg kita fikir betul tu mungkin betul,mungkin tidak,begitu juga apa yang difikirkan orang lain,mungkin betul,mungkin juga tak betul.....
berserdehanalah dalam menilai.........
menilailah dengan akal.....bukan nafsu..kerana nafsu hanya menilai dirinya sendiri yang betul..
ampun maaf & salam ukhwah
ps.harini tak kerja,banyak masa nak reply kat blog femes nih!he he he...
aku pernah dengar 1 bayan jemaah india.dia kata..maulana ilyas kata,bukan dia yang menamakan jemaah ini jemaah tabligh tetapi orang2 yang panggil maka termasyhurlah jemaah ini dengan jemaah dakwah,jemaah tabligh..dan jika dia nak menamakan jemaah ni,dia akn menamaknnye dengan " tahrikul-iman"( usaha atas iman,pergerakan iman ).
Orang-orang Khawarij adalah golongan yang kuat beribadat tetapi mengenepikan ilmu dan tidak mahu mempelajari al-Quran, Fiqh dan Hadis. Mereka terkenal sebagai kaum yang degil, berpuak-puak dan membenci sesiapa saja yang tidak sefahaman dengan mereka.
Allah je yang boleh ubah manusia! Buat amal makruh nahi mungkar banyak2 allah akan betulkan kita! Allah akan tarbiyah kita, buat pengorbanan untuk agama, allah bagi kepahamanan agama! semua manusia perlu buat kerja amal makruf nahi mungkar cara nabi s.a.w, tiada yg terkecuali! Termasuk org yang nak "betulkan" atau yang nak "tegur" org lain dalam kerja dakwah, tak kira kita suka atau tidak kita kena buat kerja dakwah cara nabi, tak kira ulamak atau org awam! Takde satu makluk pun yg boleh ubah kita melainkan allah! Allah ubah bila kita sungguh2 buat kerja nabi,
kui3
salam...
kalaulah menasihati manusia itu satu kerja yang mudah...
nescaya akan kosonglah neraka....
semoga kita sentiasa dalam rahmat Allah.....
salam ukhwah.
bahaya ustaz ni, katakan orang hanya tgok video nombor satu, lepas tu yakin kononnya tabligh tu datang dari british, esok ptang, ada pendakwah dtang rumah dia, terus halau.., lepas tu mati tanpa sempat tengok video nombor 2..
ustaz tu kena bertanggung jawab.
patut beliau buat kembali pengakuan tentang tuduhan idea British tu takde fakta, dengar dengar cakap sahaja.
Semoga Allah selamatkan ustaz ni.
Boleh saya tahu nama orang yang janggut panjang sampai pusat tu ustaz, kita nak hukum dia, nak masukkan dia dalam mahkamah Tabligh.
Sila bagitahu nama dan alamat dia, kita nak tarbiah sikit, kita tak mainlah jumpa silap orang dan jaja dalam ceramah, jika kita nampak silap orang, kita akan tegur, itulah amar makruf nahi mungkar, bukan sebar dalam ceramah sambil buat lawak.
satu lagi, pada waktu bila ustaz tengok passport dia cop seluruh dunia?
Ops, baru tengok video nombor 2.
abaikan komen di atas.
lobai said...ko kata
"menilailah dengan akal.....bukan nafsu..kerana nafsu hanya menilai dirinya sendiri yang betul.."
ini ayat subjektif..boleh jd ayat ni sesuai untuk ko atau spe2 je...komen u x mbina la bro...x de smngat gtgroyong....
salam ukhwah kuasa 2..
salam..
nasihat itu bukan untuk ditujukan kepada sesiapa yang tak sebulu dengan kita..
nasihat yanh baik itu ditujukan kepada semua manusia termasuklah orang yang memberi nasihat...
semoga kita berkata kata menggunakan akal bukan perasaan....
ampun maaf & salam ukhwah......
jemaah tabligh jemaah seluruh dunia.
salam..
sori hamka,aku nak kongsi sikit...
apakah tajuk khutbah jumaat ditempat anda..
kat tempat aku harini khutbahnya bertajuk "seks songsang"
moga kita boleh berkongsi tajuk khutbah jumaat harini..
salam ukhwah
tajuk khutbah kat tempat aku hari ini:
"Maulidul Rasul, cinta Rasul bukan hanya di lidah"
gempak tajuk nya, bukan?
: )
sedikit info ttg jmaah tabligh:
Karkun = pekerja agama
josh = bersemangat
kalkuzari = laporan
takaza = keperluan
ghast = ziarah
salam ukuwah...
ajak manusia kepada Allah...
Salam.
sejuk aku dengar tajuk khutbah kat tempat kau.
kat tempat aku ni seram sejuk aku dibuatnya.nasib baik aku tak bawak anak aku yg 7tahun tu pegi,kalau tak jenuh aku nak explain.
habih semua benda yg tak sepatutnya di dengar oleh budak2 bawah 18thn disebut.
first time dengar khutbah yg betul2 “open“.aku rasa kat amerika pun tak cerita benda ni semua dlm khutbah .
agaknya aku tak cukup “open“,sebab aku tengok org lain rileks je...
kat tempat ayah saya dulu ada sekumpulan peneroka tu ikut jemaah tabligh ni, keluar 40 hari ke merata-rata alam. anak isteri tinggal kat rumah, pandai2 la nak hidup, katanya Allah yang akan memberi rezeki utk anak isterinya. jiran2 naik marah dengan peneroka2 ni sebab anak2nya masih kecil & berderet2, takde makanan/susu/keperluan rumah, terpaksa meminta2 dengan jiran, kerana isteri mereka hanya duduk di rumah menjaga anak & tidak ada kudrat nak menoreh getah. kebun getah tidak diusahakan, mana boleh nak datang hasil. dek kerana peneroka ini, maka jemaah tabligh dipersalahkan. pada pendapat saya, usaha untuk dunia tidak boleh ditinggal terus semata2 nak mengejar syurga. Nabi pun bekerja mengambil upah mengembala kambing & berniaga untuk mencari nafkah bagi semua isteri2nya. siapalah kita manusia akhir zaman ini yang malas bekerja dan menjadikan aktiviti jemaah tabligh sebagai satu alasan untuk melepaskan diri dari tanggungjawab duniawi.
kat tempat saya pulak, ada satu golongan lelaki ini, suka sgt lepak kat kedai kopi berjam2, sembang apa ntah, tak kesah pun nak kerja ke, pi masjid jauhlah sekali, susah apa balik mintak duit kat bini....geng2 tabligh tu, kurang2 depa tinggal anak bini sbb buat kerja agama, tapi berapa ramai lelaki dalam dunia ni yg tinggal anak bini sbb benda yg sia2...dunia hanyut, akhirat pun hancur....kpg geng2 tabligh, toksah peduli apa orang kata, teruskan usaha yg suci murni itu, demi agama, lantaklah apa org nak kata......
sekurang2nya diri ini harus bersyukur atas kewujudan JT.. (",)
geng2 yg lum jumpa laman ni, leh g sini, nanti sy add blog enta jika content meningkatkan IMAN, INSYA ALLAH. http://blogkarkun.blogspot.com
Aku sokong JT.
terima kasih kat korang semua.
peace!
Hehehe :-B jt terbaik.
kalau JT kuat di pakistan & bagladesh.apa kata kita tubuhkan parti politik islam yg murni utk bagi alternatif kepada pengundi di sana supaya org yg baik2 nie memerintah Pakistan & bangladesh..
jom test kekuatan JT di pakistan & bangladesh!!!
kenapa masih biarkan taghut memerintah negara mereka?
saya rasa ramia yg akan mengundi pari JT nie sebab pengikut JT sendiri di sana dah berjuta2...
atau adakah mereka tidak mengundi?
sebagai penyokong JT,mungkin boleh berikan pendedahan fakta2 gejala sosial yg berlaku di Malaysia dlm ceramah2 mereka..banyakkan lagi pendedahan tentang masalah sosial di kalangan remaja,buat kajian berkenaan kes buang bayi, mat rempit,murtad dsb...
saya lihat fakta2 ni kurang dimanipulte dlm ceramah2/bayan2 JT..
bila kita sedarkan mereka ttg kerosakan2 yg berlaku nie,baru bangkit izzah mereka utk menjadi org islam yg sebearnya
saya juga cdgkan JT mewujudkan usrah2 yg mempunyai silibus2 teratur seperti akidah,ibadah,akhlak,isu2 palestin,tazkiyatun nafs supaya org yg ingin join JT melihat betapa JT memang bersungguh utk mertarbiyah mereka..
ada usrah mingguannya, ada daurah yg bersifat bulanan,ada silibus yg teratur..nmpk profesional & sungguh nak bawak islam..
boleh juga JT menerangkan haramnya ber'couple' dalam islam,haramnya mendengar lagu2 barat yg melalaikan & melihat aritis2 barat yg x menutup aurat..mungkin dlm bayan2 kita boleh terangkan
jgn dengar sgt azhar idrus tu.. sapa yg tak sealiran beliau habis kena hentam belaka.. salah la camtu
kpd jemaah tabligh teruskan usaha.. cuma nak tegur sikit bab penampilan diri. kena kemas2 sikit, pakaian dah lusuh/buruk jgn pakai dah, beli baru je.tunjukkan keindahan islam. pasti yg islam dan bukan muslim lebih berminat kpd islam
Salam
pada penyokong JT, cuba ikut dulu org JT keluar 3 hari..
Salam
Tuan Hamka. Camne pulak you tube Ustaz muda Fathul Bari? Ada you tube nombor 2 jugakah?
Err.. agaknya pengikut JT di Trengganu suka keluar masjid time ustaz2 buat pengajian sebab dah selalu sangat mereka kena sindir... asyik kena kutuk...ye laa diketawakan sebab tinggal anak bini dll.
Org JT tu baru nak belajar buat dakwah, mana lah dapat sabar macam sahabah.. baik pi pekena roti canai..
Kat tempat aku ada bekas gangster yg buat usaha tabligh. Dulu2 semua polis kenal dia sebagai gangster keluar masuk penjara. Sekarang polis2 hormat dgn dia.
Memang ajak dia pada maaruf dan dia tinggalkan kemungkaran.
kepada 'penyokong JT'
kalau betul penyokong, pastinya dah kenal luar&dalam JT...
mcm org sokong pasukan favourite la,mesti kenal luar&dalam pasukan favourite diorang tu...malah bila diadakan perlawanan, para penyokong ni la yg berhabis-habisan untuk pasukan favourite masing2...samada sokongan moral atau material...zahir & batin pulak tu...zahirnya cukup gempak menggambarkan pasukan favouritenya, penampilan siap dgn jersi yg serupa dgn ahli pasukan, ada pulak sampai menconteng arang ke muka...eh, menconteng muka dgn warna pasukan favouritenya...dsb...batinnya pula meronta-ronta mahukan pasukan favouritenya menang...siap doa nangis2...dahsyat sungguh...bila kalah pun nangis2...isskkk,isskkk..!
andai 'penyokong JT' tadi bersifat sedemikian, insya Allah, tentu komennya berlainan...
peace, bro!
woha!
ha..ha..
betul, betul, betul...
kalau pasukan sokongannya kalah, siap bakar kerusi stadium ... ni ke taksub?
saya perhati jemaah tabligh cukup baik untuk comittment iman ...saya syak jemaah tabligh ade kena mengena dengan keluarga tamim...setelah sya study lebih lanjut daripada buku2 kepunyaan arwah biras saya terutama buku usaha dakwah maulana muhammad ilyas...jawapan saya semakin hampir dan aakhir sekali satu artikel berkenaan perkaitan antara keluarga tamim dengan jemaah tabligh dalam internet..saya ade terbaca sebuah hadis berkenaan dengan satu kumpulan yang mana kita kena ikut mereka walaupun dengan sukar..pada akhir zaman ..persoalannya sekarang ni macam dah akhir zaman...so..rasanya bersiaplah untuk mati dalam iman atau mati dengan meningaalkan harta...kalau kita tau kepalanya baik...baiklah tujuannya..terjadinya kepincangan itu kerana orang yg berilmu tidak mau menyertainya tinggallah yang jahil dan berlagak alim namun jika yg berilmu menyertainya dpt memperbaiki keadaan tersebut...
WOHA
WOHA
AHOW..WOHA...
Ayahku sbb join tablik jd ok. Km anak2 brubah knal agama pn asbab tablik. Mmg sstgh org tablik lari bila ustaz ngajar sbb ustaz ni pn melaun gak suke sindir tablik terutama ustaz yg semangat PAS tak tentu hala (bkn sume). Diarang ni perasan bagus sgt dh dpt bersyarah dgn tiket PAS dan rase hebat sbb jd ostad. Org tablik tk pernah kacau PAS pn walhal PAS pernah sewenang2nye kafirkn org UMNO sbb bergabung dgn MCA alih2 skrg PAS berpeluk2 dgn DAP. Dh tkr fatwa? Pekung sendiri tk napok walhal pekung sendiri lbh brat hingga mentakfirkn org lain yg blh berpatah blk spt kata nabi jika tk benar. PAS kafir gak ke skrg? Hahaha lu org pikirla sendiri, skrg siape yg jahil tkde ilmu dan putar belit lg hebat? Ibnu Muljam yg bunuh Ali r.a lg alim dan kuat ibadat tp tlh terpengaruh doktrin mrntakfirkan Ali r.a. PAS mcm ibnu muljam? Lu pikirla sendiri.
Ayahku sbb join tablik jd ok. Km anak2 brubah knal agama pn asbab tablik. Mmg sstgh org tablik lari bila ustaz ngajar sbb ustaz ni pn melaun gak suke sindir tablik terutama ustaz yg semangat PAS tak tentu hala (bkn sume). Diarang ni perasan bagus sgt dh dpt bersyarah dgn tiket PAS dan rase hebat sbb jd ostad. Org tablik tk pernah kacau PAS pn walhal PAS pernah sewenang2nye kafirkn org UMNO sbb bergabung dgn MCA alih2 skrg PAS berpeluk2 dgn DAP. Dh tkr fatwa? Pekung sendiri tk napok walhal pekung sendiri lbh brat hingga mentakfirkn org lain yg blh berpatah blk spt kata nabi jika tk benar. PAS kafir gak ke skrg? Hahaha lu org pikirla sendiri, skrg siape yg jahil tkde ilmu dan putar belit lg hebat? Ibnu Muljam yg bunuh Ali r.a lg alim dan kuat ibadat tp tlh terpengaruh doktrin mrntakfirkan Ali r.a. PAS mcm ibnu muljam? Lu pikirla sendiri.
+Bulan-Bulan Terakhir Jemaah Tabligh Bertabligh™+
http://www.tranungkite.net/v11/modules.php?name=Forums&file=viewtopic&t=28597
: )
Nampaknya isu ini smakin panas.
Nampaknya isu ini smakin panas.
Assalamu'alaikum saudaraku Hamka. Izinkan aku 'memekik' sedikit di sini.....
ALLAHUAKBAR! ALLAH MAHA KUASA! makhluk takde kuasa tuan-tuan.... ayuh semua, kita masukkan KEBESARAN ALLAH ke dalam hati kita dan keluarkan kebesaran makhluk.... dankita cuba sedaya upaya menhidupkan SUNNAH RASULULLAH SAW.... INSYALLAH tuan.... jauhkan perbezaan pendapat, berb aik sangkalah sesama kita semoga ALLAH menyatukan hati2 kita semua.
Post a Comment