Feb 20, 2012

Ujian Personality?

(Satu soalan sahaja yang bakal mengetahui siapa anda dan siapa kawan kawan anda-woha)

Hari ni aku nak reka satu ilmu ala ala meneka personality berdasarkan warna seluar dalam atau jenis bulu kamaluan, tapi aku tak nak guna seluar dalam dan bulu kemaluan sebagai bahan ujian sebab terlalu lucah dan menampakkan ciri gersang, jadi, hari ni aku nak buat ujian personality hanya berdasarkan satu soalan sains.

Aku tak payah tanya banyak banyak soalan, lepas tu suruh korang campur nombor dan buat jawapan berdasarkan nombor macam ilmu numerology yang mengarut dan tiada asas sains mahupun ugama.

Aku hanya perlu tanya satu soalan, dan sila pilih jawapan yang aku dah tulis, lepas tu rujuk jawapan tu dengan jawapan tersirat, simple.

UJIAN PERSONALITY HAMKA KERETAMAYAT.

Soalan aku:

"Tahukan kamu, bahawa manusia telah sampai ke bulan?"

Sila pilih satu sahaja jawapan di bawah.

Jawapan A:

Mana ada manusia sampai ke bulan Hamka? Mengarut semua tu, Ustaz aku cakap,Nabi sahaja yang boleh pergi ke langit waktu israk mikraj, bulan tu duduk di langit pertama, Nabi sampai di langit pertama, mintak izin malaikat dulu baru boleh naik langit ke dua, orang kapir ni tak kan boleh naik ke langit tanpa izin malaikat, ketahuilah Hamka, takde orang boleh pergi ke langit melainkan Nabi. Ustaz aku yang cakap ni, ustaz aku tu tak pernah pergi sokolah sains, Cuma mahir bab fekah dan tasauf serta belajar di sekolah pondok. Apa dia cakap semua aku percaya, ustaz mana cakap bohong.

Jawapan B

Ini teori konspirasi Hamka, orang kapir tu tipu pergi bulan sebab nak berlagak dengan Rusia dalam Space race, lagipun duit kerajaan dah banyak belanja, malulah mereka nak mengaku projek gagal, alih alih mereka upah, Stanley Kubrick dengan skrip di tulis oleh Disney buat filem palsu kononnya mereka ke bulan, satu lagi sebab nak cover malu kalah perang dengan Viatnam lalu alih perhatian dunia dengan tunjuk konon betapa hebatnya mereka telah pergi ke bulan. Cuba kau fikir logic Hamka, kalau manusia pernah sampai ke bulan, kenapa Negara lain tak pergi? Sebab teknologi tak mampu ke sana, lagipun sana takde atmosphere, hujan tahi bintang selalu berlaku, dan permukaan bulan juga panas, patut mereka cair bila mendarat, ini semua adalah konspirasi Amerika sebab kerajaan mereka dah banyak belanja duit untuk kroni, dalam email forward yang aku baca, seramai 9 orang pekerja Nasa telah di bunuh dalam komplot terancang, sekarang ni Neil Armstrong sekarang tutup mulut sebab takut kena bunuh, ni semua konspirasi. Saya tahu sebab saya ada ilmu “pencahayaan” yang penuh bijaksana dan mempunyai mata hati untuk melihat yang tersirat, saya juga mampu gunakan hadis dan ayat-ayat Al quran yang tak jelas kaitannya untuk mebuktikan teori konspirasi ini.

Jawapan C:

Lol, ada ke orang ke sana?, tak tahu pun?, siapa yang pergi?, orang mana? Bila pergi? Dah balik ke?

Jawapan D:

Memang benar manusia telah sampai ke bulan, nama beliau adalah Neil Armstrong, waktu beliau turun pijak kaki ke bulan, beliau telah dengar satu alunan lagu yang pelik, lalu bila balik ke bumi, barulah beliau tahu bahawa itu adalah bunyi azan untuk orang islam, beliau terus masuk islam, dan mendakwa telah melihat terusan di bulan yang mana setelah di kaji dalam islam, rupanya bulan telah terbelah di zaman nabi,sayangnya, sebelum Neil Armstrong sempat mendedahkan berita ini, pihak Amerika telah menculik beliau, dan dikenakan hukuman bunuh, gambar terusan di bulan juga telah di delete kerana takut semua orang akan masuk ugama islam, kemudian pihak America dan ilmunity bersama fremasson telah membuat pembedahan plastic pada sorang yahudi untuk menyamar sebagai Neil Armstrong, islam adalah benar berdasarkan sejarah ini, dan Neil Armstrong sekarang adalah palsu. Ustaz aku yang cakap ni, ustaz mana cakap tipu.

Jawapan E.

Berdasarkan ilmu logic dan ilmu sains aku, dan berdasarkan hujah dari pihak Nasa, dengan bukti bukti yang mereka tunjukan, aku percaya manusia telah pergi ke bulan, malahan jika mereka dakwa telah pergi lebih jauh dari itu bersama bukti dan fakta yang logic, aku boleh terima, dan aku yakin manusia telah pergi ke bulan sebab negara lain yang tak de kena mengena dengan Amerika dan Nasa iaitu Japan Aerospace Exploration Agency (JAXA) telah teropong guna teropong canggih pada tahun 2008, dan dapat lihat dengan jelas tapak mendarat dan bendera Amarica, lagipun sudah banyak dokumentari berilmiah telah mematahkan teori kosnpirasi, dan tahukan kamu berapa orang sudah pergi ke bulan? 12 orang beb, bersama 6 kali pendaratan, , dan tahukah kamu siapakan lelaki terakhir jejak kaki ke bulan? Tu lah tak tahu! Harrison Schmitt.

Jawapan F:

Ada orang duduk di bulan?, bagaimana mereka solat? Mungkin kita perlu hantar satu Jemaah ke angkasa untuk berdakwah dengan penduduk bulan. Woha!

Tammat jawapan.

Ok, setelah pilih satu jawapan di atas, sila tengok markah anda di bawah.

-

-


-

-

-

-

-

-


Pilih A: Bodoh.

Pilih B: Bengong.

Pilih C: Bingung.

Pilih D: Bangang.

Pilih E: Pandai.

Pilih F: Genius!.

Sekian, ujian personality hari ni, cuba test kawan kawan anda, dan bersedialah untuk terkejut kerena betapa ramainya kawan kawan korang yang bodoh, bengong, bingung, dan bangang! Woha!

Ps: ujian ini juga boleh digunakan untuk menilai tahap pemikiran pasangan hidup anda, pekerja anda, ustaz anda, pelanggan anda dan tahniah jika ada antara mereka yang jawab dengan jawapan F.

Itulah jawapan dari orang yang ada fikir ugama, Wallau’lam.

119 comments:

Mummy said...

1st..heh..baru nak baca pasni

Anonymous said...

2nd

HijabRockers said...

Huhu...aku jawab F. Alhamdulillahhhhhhhhhhhhhh

namakuamir said...

ciss...bru nak jdik first...

takpe...ak first yg abes bce...

woha!!

HijabRockers said...

Aku yg 1st abis baca ok. Sbb tu aku komen lambat. hehe

Unknown said...

terpilih F plak...adesss..kan dah genius...

Anonymous said...

Saya pilih E^^

Syafiq Ahadin said...

yesss! saya pilih E... huhu! Jujur ni!

Anonymous said...

terpilih f sambil berdebar tengok penilaian.hahahahha-kidd

adila_alim said...

Saya jawab E tapi rase nyesal pulak nape xpilih F, nila kurang fikir ummat huhuhu

Juasseh Cafe said...

Saya pilih A dan C, A pasal aku percaya ustaz, ustaz ada buat pelaburan juta hinggit dan buat MLM, dan C pasal aku baru tau.

Wanita Bertudung Hijau said...

persembahan entry yg kreatif

heal man said...
This comment has been removed by the author.
heal man said...

untunglah hamka.. kalau yang jawab F pon dah genius.. apatah lagi yang mereka (membuat) soalan ini.. woha..!

Juwita Afifah said...

Saya pilih D, dan terus menerjah ke penilaian. Alamak. *gigit jari*

F = genius. Oke, nak gi baca jawapan F jap. Hihihi.

Nerzhul said...

saya pun nak mengaku jawab F jugakla

Anonymous said...

nak tinggal kat bulan konon. tinggal kat dunia belum tentu selamat. haha

hamka said...

wah, ramainya pilih F, tak sangka sungguh!

he he he

Nyamuk Terbang said...

eerkkk >.<

Anonymous said...

aku pilih Z ... wohahahahha

Anonymous said...

Those who believe that they actually landed on the Moon are VERY GOOD TAX-PAYERS!

Those who didn't believe are EXCELLENT TAX-PAYERS!

woha!

Anonymous said...

ada-ada je ar hamka ni...

~fam~ said...

keh keh keh...

penuh tersirat!

Anonymous said...

B!!!

ABU BAKAR @ BURN said...

bila terbaca "mana ade ustaz cakap tipu"

terus x jadi nak pilih, huhuhu...

pembuktian x cukup kukuh.. so, tak bole nak pilih jawapan lagi... hehehehe

Anonymous said...

kamu sibuk mengkaji bulan dan mengata kami org yg ketinggalan, padahal perkara yg kami ajak kpd kamu itu lebih besar lagi dpd bulan, yakni kami mengajak kamu untuk mengkaji sang khaliq pencipta bulan"

malfoozat n kisah hadzratji ke3 memberi dakwah kpd seorang ahli saintis.

hamka said...

jawapan F tu pun dari Maulana sebenarnya, hihihi..

AkuMuzikFilem said...

bangang juga aku ni rupanya. inilah akibat dengar2 saja tanpa mengakaji

-Incek Fik- said...

G) -semua jawapan di atas.


ada orang pilih jawapan ni?

Kanda Satria said...
This comment has been removed by the author.
Kanda Satria said...
This comment has been removed by the author.
Kanda Satria said...

mula2 aku pilih A, pastu baca B aku pilih B, pastu baca C aku pilih C sampai la F. Kiranye mula2 aku baca blog ni start dgn bodoh and akhirnye jadi genius la ek? x gitu En Hamka?

Anonymous said...

Tak! Autobots dulu yang sampai ke bulan!
Mihmihmihmih.
xD

Yana Halim said...

pilih E tapi masih rasa tak syok sebab tak pilih F...hehe

hamka said...

benda ni balik kepada masalah ‘surronding authority’...

Anonymous said...

Aku tak pilih smua haha..:-D

hamka said...

kau tak pilih semua, tapi bila kau senyum ada huruf D jadi aku anggap kau pilih D, ha ha

red gitarputeh said...

fenomena apa yang first-first-first ni?? err...

~fam~ said...

fenomena "surrounding authority"

keh keh

PemilikMataCoklat said...

baca soklan dengan jawapan pun dah tahu yang mana betul

hamka said...

aku sajer tulis dengan hint dan jawapan yang salah, kalau aku tulis serius, lagi ramai salah, ha ha ha.

mamat konfius sket said...

tak paham.. kenapa jawap F tu genius? adakah bermaksud kita tak perlu sibuk2 nak cuba utk ke bulan?? konfius..??

karkun sejuk said...

jawab F lah aku

adaberada said...

dulu sains dan pendidikan islam aku dapat F, jadi aku pilih F.
sekali genius pulak.
tak tipu aku main tembak je..
Dalam banyak soalan exam yg aku tembak, yg ni jer menampakan kegeniusan aku dimata Hamka dan pembaca KM. Terima Kasih kerana menjadikan aku genius. Balik kampung nanti aku nak pakcik aku baca dan jawab soalan ni, nak tengok dia bodoh ke genius.

Muaz said...

Ak pernah tanya soklan nih kepad Prof Syed Idris (pensyarah di sebuah Universiti terkemuka negara) , dia antara 'orang kuat' yang buat R & D pasal satelit dan specialist dlm hal2 signal satelit . Jawapan dia? dia sendiri x bper yakin ngn teori manusia ke bulan :)

p/s: Prof Syed Idris adalah antara orang lama dalam usaha dakwah dan fikirman di Markaz Penanti , dia pg IPB tahun 1975 .

hamka said...

Tak berdosapun tak percaya, dan aku tak paksa pun korang percaya.

tapi yang ni kelakar:

On July 20, 1969, Neil Armstrong and Edwin "Buzz" Aldrin became the first men to walk on the moon. The following speech, revealed in 1999, was prepared by Nixon's then speechwriter, William Safire, to be used in the event of a disaster that would maroon the astronauts on the moon:

hamka said...

Copy/paste Transcript


To: H. R. Haldeman
From: Bill Safire

July 18, 1969.

-------------------------------------------------------------------------------

IN EVENT OF MOON DISASTER:

Fate has ordained that the men who went to the moon to explore in peace will stay on the moon to rest in peace.

These brave men, Neil Armstrong and Edwin Aldrin, know that there is no hope for their recovery. But they also know that there is hope for mankind in their sacrifice.

These two men are laying down their lives in mankind's most noble goal: the search for truth and understanding.

They will be mourned by their families and friends; they will be mourned by the nation; they will be mourned by the people of the world; they will be mourned by a Mother Earth that dared send two of her sons into the unknown.

In their exploration, they stirred the people of the world to feel as one; in their sacrifice, they bind more tightly the brotherhood of man.

In ancient days, men looked at the stars and saw their heroes in the constellations. In modern times, we do much the same, but our heroes are epic men of flesh and blood.

Others will follow, and surely find their way home. Man's search will not be denied. But these men were the first, and they will remain the foremost in our hearts.

For every human being who looks up at the moon in the nights to come will know that there is some corner of another world that is forever mankind.

PRIOR TO THE PRESIDENT'S STATEMENT:

The President should telephone each of the widows-to-be.

AFTER THE PRESIDENT'S STATEMENT, AT THE POINT WHEN NASA ENDS COMMUNICATIONS WITH THE MEN:

A clergyman should adopt the same procedure as a burial at sea, commending their souls to "the deepest of the deep," concluding with the Lord's Prayer.

Anonymous said...

saya pilih pilih a walaupun hamka kata itu jawapan buduh....sebab dengan lojik akal dan islam hamka senang kena tipi...dari video yang terawal lagi pakar mat saleh kata fake kat bulan mana ada angin bedera amerika dilihat ditiup angin..lagi apa buat rusia bina station mir di angkasa baik pacak terus kebulan...lagipun orang solleh kata setakat ni nabi ISA dan Muhamad saja berjasad sampai kebulan....Hamka sebelum jadi mayat cari guru mursyid tasawuf...jangan bertaqliq buta...kelaq binasa..

Anonymous said...

cerita menarik jin buat usaha agama

http://akrine.blogspot.com/2008/11/pengalaman-merawat-6-jin-tabligh.html

http://akrine.blogspot.com/2008/12/pengalaman-merawat-7-jin-tabligh-2.html

Anonymous said...

PARA PERINTIS OBOR SAHIH YAQIN ABAD KE 14 HIJRIYYAH

http://al-faedah.blogspot.com/2012/01/sahih-yaqin.html

ARTIKEL YANG SGT MENARIK

hamka said...

tengok gambar bendera berkibar di bulan adalah bukti.

sah bodoh!

cuba bagi nama pakar mat sakeh bodoh tu aku nak google.

kalau kau tak bagi dalam masa 24 jam, sah kau bodoh.

(sajer nyakat budak sekolah belum ambik spm, tapi berfalsafah dengn FB sharing, bodoh)

Mohamad Bin Hassan said...

aku jawab F jgak tp slepas tgk markah.. hahaha.. 1 ja lagi aku fikir. kiblat kat bulan nk mengadap belah mana? soalan yg aku terfikir masa angkasawan negara kita (ntah apa nama xtau) pi ISS

Tanpa Nama said...

Kepada Hamka..

ko ckp saintis Jepun ade gambar satelit Bendera Amerika kat bulan..leh tgk gambarnye? ke ko main petik jek? kah kah kah..

malas nk berdebat ngn org bodoh..(gelang guling2x..)

p/s peduli ape aku Amerika pergi ke bulan ke x..bkn kena mengena ngn agama aku pun..byk g benda penting yg diri sendiri mesti kaji dalam makmal..bukan asyik nk sibuk ape org lain dh wat..

hamka said...

Aku tunggu nama pakar mat saleh tu. nak google.

untuk bendera:

http://lroc.sese.asu.edu/news/index.php?/archives/137-Exploring-the-Apollo-17-Site.html/

untuk Jepun tu sini:

http://lroc.sese.asu.edu/news/index.php?/archives/137-Exploring-the-Apollo-17-Site.html/

ps: aku silap, jepun tu confrimkan tapak mendarat sahaja, yang confirkan bendera tu adalah LROC ,

mission beginning in July 2009 show the six Apollo Lunar Module descent stages, Apollo Lunar Surface Experiment Package (ALSEP) science experiments, astronaut footpaths, and lunar rover tire tracks. These images are the most effective proof to date to rebut the "landing hoax" theories.The camera and the interpretation of the images are under the control of an academic group — the LROC Science Operations Center at Arizona State University, along with many other academic groups.
After the images shown here were taken, the LRO mission moved into a lower orbit for higher resolution camera work. All of the sites have since been re-imaged at higher resolution.

hamka said...

ops, salah link untuk Japun satelit tu, sini:

http://www.jaxa.jp/press/2008/05/20080520_kaguya_e.html

lobai said...

salam...

nak tahu sesuatu tanyalah ahlinya...

semua maklumat tentang angkasa ada banyak di planitarium negara.

dimalaysia ni ahli dalam sains angkasa banyak diterangkan disana..

pegilah melawat,tak jauhpun.....

semua ada kat sana,kalau korang nak teropong bulan pun boleh,dan utk pengetahuan korang geng yg mendarat dibulan tu dah letak tanda benda yg memberi pantulan (lebih kurang macam cermin)so kita boleh nampak bukti diaorang dah sampai sana dari bumi...guna teleskop kuasa tinggi baru boleh nampak,kalau korang beli kat tesco pastu teropong,memang tak nampak.......

satu lagi,semua jadual sembahyang,camana nak ambik wudhuk,arah kiblat kat mana bila kita di iss,semuanya ada kat sana...

pegilah melawat,bawak anak anak sekali,tiket dia murah jee....for google generation,taip je planitarium negara....!

salam ukhwah

lobai said...

salam

nak sambung sikit lagi....

pesan guru aku,kalu nak bertanya pasal sains,tanyalah guru sains,jangan tanya guru kafa...

kalau nak tanya pasal hukum hakam,tanyalah ahli feqah,jangan tanya guru sains...

kalau nak tahu pasal umno,tanyalah orang umno,jangan tanya orang pas...

kalu nak tahu pasal pas korang kena baca harakah,jangan baca utusan...

kalau nak tahu pasal tabligh,tanyalah karkun,jangan tanya jawatankuasa masjid(kecuali dia karkun)

kalau nak tahu pasal tariqat,tanyalah ahli tariqat,jangan
tanya geng salaf.....

kalau nak tahu apa itu salafi,tanyalah geng salafi,jangan tanya geng pondok...

kalau nak tahu pasal hamka,tanyalah hamka,jangan tanya anon! he he he he....

salam ukhwah

hamka said...

pengkomen terbaik, lobai..

siapa yang tanya pasal kiblat di angkasa? aku rasa benda ni sama macam kita kat tengah laut, masa angkat takbir, pastikan dada mengadap kiblat, lepas tu kapal nak hanyut ke mana mana, lantaklah..

di angkasa, jika mampu, masa angkat takbir, hadapkan dada ke bumi, lepas tu nak terapung mana mana, lantaklah.

Tahniah kepada Dr Sheikh Muszaphar Shukor Al Masrie bin Sheikh Mustapha, kerana telah solat di angkasa..

jika banyk duit, mungkin boleh jadi orang pertama yang bertayamun di bulan, woha!

Pemikir Sunnah said...

Salam. Hukum mempercayai orang mendarat ke bulan adalah harus. Bukan wajib. so, kepada hamka, jangan kata orang lain yang tak sependapat dengan kamu tu, bodoh ,bangang, bengong. Ini kerana kata2 awak tu menunjukkan kesombongan hati kamu. Sekian terima kasih.

hamka said...

penegur terbaik,adalah Pemikir sunnah.

terima kasih.

: )

Cikgu Zul, Cheras said...

Kamu buat soalan, kemudian mnyatakan orang lain yg tak sependapat dgn kamu sbg bodoh, bangang dan bengong. Sedangkan soalan tu takde kaitan dgn hukum hakam agama pun. Adakah berdosa, orang2 yg tidak percaya kepada Amerika? Maka hal ini dah cukup utk aku katakan bahawa kamu memang sombong dan angkuh! Hamka,aku tidak berasa bodoh kerana tidak mahu meletakkan kepercayaan penuh kpd Amerika dlm bab naik ke bulan. Dan kamu jgn perasan bagus dan bijak kerana menemui bukti2 orang naik ke bulan melalui wikipedia. Tolonglah hormati pandangan orang lain yg masih bergurukan ustaz2 dan tok2 guru pondok yang tak tau cari maklumat dlm wikipedia mcm kamu. Wpun di mata kamu pendapat mereka salah, janganlah kata mereka bodoh, bangan dan bengong. Jagalah lidah kamu wahai hamka.

lebai hensem said...

kalau bodoh diam diam sudah, ni, tak! bagi fakta yang bodoh, lepas tu marah orang panggil bodoh.

kalau tak nak bodoh, pilih jawapan dan bagi hujah yang betul, setakat nak emosi, baik tak payah.

Bodoh tu satu kesalahan, jika tak ada org panggil kita bodoh, lama lama kita jadi bodoh.

Akim Iqbal said...

Pasal bendera kat bulan, memang nampak berkibar. Bukan sebab ada angin, tapi sebab diorang(angkasawan) letak dawai kat bendera tu supaya bendera tu nampak seperti ditiup angin :)

Anonymous said...

sapa yg datang bulan nih???huhu

hamka said...

soalan aku adalah soalan sains, dan kebodohan jawapan korang adalah dalam bidang sains.

untuk jawab soalan manusia ke bulan, kenalh faham sikit bab fizik, asas sains, logik, dan common sense.

tapi bila jawab guna agama untuk sains, guna emosi, guna surrounding authority, tu yang bengong, bangang, dan hampeh!

i love u.

ABU BAKAR @ BURN said...

yeayyy, ak yang ke 65... ahahaha

sudah2 le tu bertekak kengkawan sekalian, maafkan je la...

sape nak ikut aku pegi bulan??
weeee...

hamka said...

orang yang pandai itu bukannnya tidak bodoh, tapi, orang itu pandai kerana pandai menyembunyikan kebodohannya, manakala orang yang bodoh bukanlah tidak pandai, tapi jadi bodoh kerana sering menampakkan kebodohanya

Woha!

Anonymous said...

biar nampak buduh..tapi ilmu melimpah didada..bukankah lagi berisi lagi tunduk kebumi....bukan berhujah menabik dada...mungkin hamka melawak jenaka....tapi awas jangan menguris jiwa....kesana bukan ilmu sahaja dikira...tapi satunnan perkerti hamba pada tuanya dan junjugan kekasihnya.

Cik Ct said...

" Pertanyaan penting, adakah saya percaya bahawa manusia telah mendarat di bulan?
Jawapan: YA!

Ia tidak bermakna saya membela Amerika. Yang sebenarnya, saya yakin akan kekuatan sebuah IMPIAN. Kejayaan Amerika bukanlah kejayaan sebuah bangsa, namun ia adalah kejayaan seluruh umat manusia. Neil Armstrong benar ketika beliau mengatakan "That's one small step for a man, one giant leap for mankind."

Bill Kaysing dan Kennedy bersama-sama menatap bulan pada malam hari. Kaysing berkata di dalam hati, "Di luar jangkauanku!" Kennedy berkata dengan lantang, "Kita akan menyentuh permukaannya."

Mungkin suatu hari nanti apabila kita tekad dan berusaha bersungguh-sungguh, kita juga akan melihat bendera Malaysia tertancap di Bulan!

Sambil tersenyum dgn penuh makna kita berkata

"Bagaikan pungguk rindukan bulan" "

(EDITED from blog xfile-enigma)

Semakin banyak yg kita belajar, semakin banyak yg kita tak tahu

Peminat Bulan said...

Sekiranya kos untuk memacakkan bendera Malaysia memakan belanja jutaan ringgit. Maka aku syor simpanlah duit tu untuk kemajuan agama islam di bumi. Contohnya, guna untuk bantu anak yatim, fakir miskin, bina sekolah dll.

Ustaz Rock said...

Khas untuk lebai hensem, andaikata mak bapak engkau tak percaya ada orang naik ke bulan. Kemudian ada pulak member2 engkau yang buat pengumuman bahawa orang2 yang tak percaya ada orang naik ke bulan itu bodoh, bengong and bangang... maka soalan aku, ape perasaan engkau wahai lebai hensem?

lebai hensem said...

kalau aku anak orang asli, dan katakan mak bapak aku tak percaya besi boleh terbang,

bila orang kata mak bapak aku bodoh, itulah hakikatnya...

ingat pesan Hamka, kalau ada orang hina kekasih kita, ucapkanlah terima kasih,

contoh, eh, laki kau tu bodoh, janda kiah tu selalu pinjam duit tak pernah bayar, baik kau nasihat suami kau jangan bodoh dan lurus sangat,

jangan slow sangat.

Anonymous one said...

Masing-masing di sini terasa dengan perkataan bodoh tapi tidak mahu mencari apa erti bodoh, bodoh yang di maksudkan bukanlah kepercayaan tentang amerika atau kafir, dan artikel ni bukanlah nak bagitahu yang dia dah sampai ke bulan atau tidak sebaliknya hanyalah bagaimana kita menerima sesuatu fakta. adakah hanya dengar cakap-cakap orang, dengan membaca artikel tanpa rujukan, dengan berfikir di luar kotak (untuk jawapan F) ataupun berfikir dengan fakta (jawapan E).

Jadi jangalah menyembur secara membabi buta sebab hanya akan menampakkan kebodohan yang sedia ada. aku tak tahu maksud artikel hamka tapi bila aku bada aku rasa yang dia nak sampaikan tentang ketelitian kita menerima sesuatu berita.

Wallahualam. aku tak berniat nak kata korang bodoh tapi aku harap berfikir di sebalik bodoh.

maaf kalau terasa.

Anonymous said...

korg betul2 ambik test ni ker?hehehe...yg korg emosi amik test ni kenapa?bagi aku jawapa a atau f tak penting.tp yg penting faham apa yg hamka nak sampaikan.dia cuba sampaikan dalam bentuk yg selamba dan itu satu penyampaian bukan utk membodoh bangang atau bingungkan org....cari mesej tersirat dari yg tersurat.yg serious sgt pilih jawapan tu apahal?huhu.hamka ni bukan ahli psychology pun yg nak test korg tuh.yg percaya sgt ko tu bengong tu apahal?huhu...kalau percaya tu mmg betul ler

hamka said...

Aku rasa korang yang marah ni sebab bila buat test ni kat kawan kawan, ustaz, kekasih, semuanya termasuk dalam katogori bodoh, bengong dan bangang.

ha ha, relekslah,

aku ulang: soalan aku adalah soalan sains, dan kebodohan jawapan korang adalah dalam bidang sains.

tak kan marah jika cakap korang bodoh dalam sains bila spm ambik sains dapat C..

lagipun, untuk jawab soalan manusia ke bulan, kenalh faham sikit bab fizik, asas sains, logik, dan common sense.

tapi bila jawab guna agama untuk sains, guna emosi, guna surrounding authority, tu yang bengong, bangang, dan hampeh!

i rest my case

hamka said...

What did it take to become an astronaut?

Dr. Robert Voas, a psychologist who was the Mercury astronauts' training director, detailed the required characteristics as he saw them:

intelligence without genius,
knowledge without inflexibility,
a high degree of skill without overtraining,
fear but not cowardice,
bravery without foolhardiness,
self-confidence without egotism,
physical fitness without being muscle-bound,
a preference for participatory over spectator sports,
frankness without blabbermouthing, enjoyment of life without excess,
humor without disproportion,
fast reflexes without panic in a crisis.

These ideals were fulfilled to a high degree

adila_alim said...

salam en. hamka,
saya rasa yang tak puas hati tu adalah orang yg sangat jujur kepada diri sendiri siap publish lagi dia dapat jawapan yg xdisangka menggredkan tahap pemikiran mereka. tapi janganla emo kan selagi kite hidup ni kita adalah pelajar bak kate ustaz pahrol welcome to universiti kehidupan. chech and balance.
i support u, give ur thougt and i digest the rest woha!

adila_alim said...

salam en. hamka,
saya rasa yang tak puas hati tu adalah orang yg sangat jujur kepada diri sendiri siap publish lagi dia dapat jawapan yg xdisangka menggredkan tahap pemikiran mereka. tapi janganla emo kan selagi kite hidup ni kita adalah pelajar bak kate ustaz pahrol welcome to universiti kehidupan. check and balance.
i support u, give ur thougt and i digest the rest woha!

detective nie said...

jadilah manusia yang mencari ilmu Allah....bukan mempertikaikannya dan menggunakan emosi dan ego sebagai jawapan kepada ketidakpuashatian. sesungguhnya ramai manusia cuba untuk mengatakan bahawa sesuatu perkara itu mustahil. tetapi segelintir manusia yang tidak kenal erti mengalah berjaya membuktikannya. dahulu orang menafikan bahawa lampu tidak akan wujud. ada manusia mengatakan manusia tidak bleh terbang, ada yang mengatakan pergi ke bulan adalah sesuatu yang mustahil. tapi kini segala nya dibuktikan . malahan yang membuktikan bukan lah mereka yang percaya kepada ilmu Allah tetapi mereka yang percaya bahawa ilmu adalah sesuatu yang perlu diterokai...sesungguhnya mereka telah melakukan fardu kifayah tanpa mereka sedari dan mereka yang mencaci mereka merupakan orang yang mencaci ibadah yang tidak diterima sedangkan orang2 ini berusaha tanpa meminta sedikit pun daripada golongan yang mencaci mereka malahan memberi pelbagai faedah kepada orang yang mencaci mereka dahulu. ilmu adalah untuk dikaji bukan untuk dicaci. malahan perkara ini sudah pun lama wujud tetapi manusia kini masih berusaha untuk menafikannya sedang kan mencaci membuatkan orang2 ini semakin bersemangat untuk membuktikan pencaci2 itu salah. caci orang yang mencari ilmu ibarat mencaci ilmu ALLAH. kenapa bukan kita yang mengetahui ilmu Allah yang mengkaji ilmu itu. itulah yang dikatakan sebagai jahil tetapi sombong. orang kafir mengkaji ilmu Allah untuk membuktikan ilmu Allah itu salah tetapi mereka membuktikan ilmu Allah itu benar. tetapi kita yang tahu kebenarannya ilmu allah menafikan ilmu Allah dan mengatakan bahawa itu sekadar konspirasi. itulah punca kejatuhan umat islam ang hanya tahu makan gaji dan hidup untuk membayar hutang sedangkan orang yang bukan islam sudah sampai ke bulan untuk membuktikan ilmu ALlah. fikir2kan lah wahai umat islam yang jahil dengan ilmu Allah....waallahualam

hamka said...

2 komen terkahir aku setuju, bertambah setuju bila komen pakai blogger akaun.

sokong penuh!

Umat Akhir Zaman said...

Salam, perhatian untuk semua. Sesiapa yang tak percaya ada orang naik ke bulan, kemudian dia mati, sedangkan dia beriman dan beramal soleh, maka dia telah termasuk dalam golonagan orang-orang berjaya. Dan sesiapa yang percaya bahawa ada orang telah sampai ke bulan, tetapi ia mati tanpa iman, maka dia termasuk dalam golongan yang gagal.

Ais said...

hahahaha
ak tergelak jawab soklan ni...
sebab ak teringat kawan2 aku...
setiap satu jawapan mewakili setiap jenis kawan2 ak...
hahahaha..

pada mana-mana yang emo tu...
korang memang serius tak dapat tangkap ape mesej hamka ke?...

hamka said...

ni semua masalah kita malas membaca, malas belajar, lalu bila orang kata bodoh marah pula..

cuba tengok bab lynas di kuantan, semalam punyalah ramai member aku pergi..

tapi aku tak pergi, bila mereka tanya, kenapa kau tak pergi Hamka, lynas bahaya, bla bla bla..

nasihat aku: cuba membaca sikit, apa sebenrany lynas tu? kenapa bab sains korang rujuk pada ahli politik, tak ke bangang? bab sains rujuklah ahli sains.

dan kenapa kena fikir negatif? cuba nenek moyang kita bodoh macam korang, dah tentu kita hari ni masak pakai kayu api, sebab pakai tong gas bahaya, boleh meletup jika simpan tak betul, lalu berdemo bantah tong gas..

jadi, maaf aku tak joint himpunan semalam, tapi jika aku muda dan bodoh, aku pun pergi.

woha!

Ahli Fikir said...

Bila fikir risau umat dah mula berkurang dalam hati, mulalah mulut kata orang sana bodoh, orang sini bangang. Orang muda di sana bodoh! Hamka, berhikmahlah dalam berkata-kata. Ingatlah kata2 shahrukh khan, Saya datang untuk menawan hati, bukan untuk melukakan hati...

hamka said...

insaf aku dengan kata kata SRK:

Saya datang untuk menawan hati, bukan untuk melukakan hati...

isk..

Anonymous said...

Hamba Allah:

blog ni suka-suka jelah..memanglah kita ni bodoh sumenye..kene mengaku depan Tuhan walaupun ilmu setinggi langit pun..orang pandai tak kate dia pandai..tapi ak paham maksud tersirat dalam blog tajuknye "ujian personality" nih..kenelah ajak orang bersolat, belajar agama, kembalikan sunnah..simple! emo betol rakyat malaysia bila diperbodohkan, rileks blog je kot~

Sis AI said...

Tersengih jap jawapan dapat pandai..

akuperempuanitew said...

E !

akuperempuanitew said...

E !

Anonymous said...

saya jwp E!!hehe :)

Ashquraziq soul said...

hm....first ak sronok baca komen2 korang..tp msuk jak pertengahan ak jd geram ngan orang yg suka buat buat tafsiran sendiri... ak seronok bca article ini...mlh siap cpy n paste ag kt fb aku...penuh tersirat.... mmg membuka pintu hati...bukan pilihan jawapan 2 yg penting...tp bagaimana kita menjawab jadi persoalannya...x kan lpas bca jawapan A trus pilih A...fikir2 dulu sebelum berkata...menyesal kerana lambat jumpa blog Hamka nie...mmg byk meri kesedaran...

hamka said...

tu lah tu!

Anonymous said...

Mantap tersiratnya..:) Nice Blog!

Anonymous said...

saya dapat D...
hehe
best la artikel ni..
saya mintak nak share ...

hamka said...

ok

hamka said...

what if the mythbusters found out in the original episode that the moon landing was a hoax? And the Illuminati kidnapped them and replaced them with look alikes? And now mythbusters is ran by a series of new cast, with the old cast being held prisoner in an illuminati temple?

Woha!

youtube: kevluv93

..nOWa.. said...

Aku percaya neil armstrong tak jejak kaki di bulan. Sekian.

..nOWa.. said...

Aku percaya neil armstrong tak jejak kaki di bulan. Sekian.

..nOWa.. said...

Aku percaya neil armstrong tak jejak kaki di bulan. Sekian.

hamka said...

aku percaya kau pernah datang bulan, sekian.

mameir08 said...

:)

Lensa Cahaya said...

First aku jawab A. bila baca B, aku jawab B. Bila aku baca C, aku pilih C. Sampailah aku baca F, wah2, mmg betul2 fikir ummat nih.

jadi jawapan last aku F. sebab aku mau ada fikir agama.
whoa!

Anonymous said...

bro hamka..
Jawapan aku G..
Ape!! Negeri parti bulan masjid x idup? Rumah org pati bulan sebelah surau warna hijau tapi masjid tak datang? Ape!! Apekah aku sangka buruk? Apakah aku cerita aib? Ape bendera bulan penuh keliling masjid negeri pun negeri bulan tapi masjid berkunci? Ape? Takkan sampai teruk keadaan negeri parti so call islamic? Ape? Aku sentimen ke? Ape tuan2 x percaya? Ape? Tuan2 x rase ape2 risau ke sedih ke? Ape? Hadoi... Memang kena hantar jemaah.. Banyak lagi ape aku nak bagi ni bro.. So aku pilih jawapan aku G.. Ape markah ko nak bagi kat aku? Astagfirullah...

hamka said...

berguling

Anonymous said...

tadi aku dah nak tulis f dah sekali ada G pulak doh, ngeri gak jawapan G ni..
Aku nak G juge le macam ni..
Haha..

hamka said...

G tu ganas sangat, hihihi

Anonymous said...

hahahh lawakk!

jawab E tapi terlintas jugak kt kepala otak

pertanyaan petikan jawapan f

macam mana org islam nak solat kalau

dpt sampai sana? ada jawapan?

Anonymous said...

Haha amat lawak dgn pandangan hamka ini... em nk tny skit, ilmu fizik sains dn sgala kejadah tu dtg dr sape yek... em dr pihak mreka, dn mreka leh pusing2 cite gak ma... ape yg pnting, jaga lisan anda, dlm nk bebahas ttg ilmu ataw hndak kongsi ilmu, gunakn tatasusila yg btul... bile anda kata betul, anda yakin dgn jwpan sains anda, ilmu anda dh ckup ke tok solidkn jwpn anda... anda x tgk dgn sndri pn roket tu terbang, anda x tgk live pn video dr bulan ataw dgar live dr bulan, interview angkasawan pn x dpat lg.. xyah jawapn sains sbb sume tu dr internet, msih leh ada syak lg... jd, jgnla kata yg bkn2, ssguhnya, Allah Maha Mengetahui, jd jagela tutur kata anda ye...

Salam.

hamka said...

siapa tanya bab solat di bulan tu rasanya dah jawab dalam komen sebelum ini, boleh baca satu satu jika rajin.

Anonymous said...

kehkehkeh

yg bodoh nye hamka...

sebab apa??

aku nak tanya dulu laa...

hamka ni dapat degree aerospace dari mana? university of google/wiki/TV/myth baster ataupon longkang???

maybe soalan aku tu ko x mampu nak jawab kot...x pe aku tanye soalan mudah sikit...

SPM dulu subjek FIZIK dapat apa? Pernah menang pingat emas ke dalam pertandingan Fizik Peringkat Kebangsaan??

kalo soalan ni pon x leh nak jawab...sah sah hamka buka "AHLI" dalam bidang aerospace engineering...maybe "AHLI" google ok la kot...kahkahkah

Anonymous said...

kau tahu siapa dapat A, dalam fizik, kemia, dan Bio ?

Ustaz Azhar idrus.

wakaka!

.: Si BungaKopi : . said...

SAPA YANG ANONYMOUS DIA PENAKUT

hamka said...

woha!

hamka said...

aku masa SPM, sains dan islam dapat A, adakah ini membantu?

adohai

Anonymous said...

[url=http://dcxvssh.com]YYtmNA[/url] - yvResuAe , http://hhmgziigpu.com

Honey IsyQi said...

As Salam En. Hamka,

Saya dulu tak amek Sains time SPM, sebab pengetua tak suruh amek subject byk sgt..

wlupun fizik dpt A..tp still tdk membantu utk mjawab dgn betul.. mula2 mmg percaya NA dah mdarat kat bulan, pastuh tak percaya.. then percaya pulak..ntahlerr..mabe sy dalam kategori bingung..hahaa

(ni 1st komen sejak baca your blog, 5tahun lepas...woha!)

hamka said...

percayalahhhhhhhhhhhhhh

Anonymous said...

Hahaha..Allah lagi mngetahui..jika admin kate ustad azhar idrus jawab tahap tadika betol..xsalah kalau kate admin camtu gak,tahap caya sgt ngn ape yg omputih bg..isu ini didebatkn tp bile ustad o ulama bg pandangn di ketwakan spt drendahkn..admin tau x Allah dh bg kejayaan pd admin,kelebihan pd admin utk mnyuruh org pd kebaikan..adakah masih nk sia2kn dgn mnulis tnpa memikir pd ati yg trsinggung..kate2 yg meninggikn dri drjat..sy cye admin lagi mulia dr sy hina dlm ilmu agama..mungkin ada sebbnye admin buat semua tulisan di fb atau blog ni..mungkin sy yg over sgt..maafkn sy admin,xterlintas ati sy nk memalukan dri admin n dri sy..assalamualaikum

Anonymous said...

When the Apollo 11 landed on the moon, they were radio transmissions captured by the Sovietic Union (which we know today by the name of Russia) and they affirmed those radio transmissions came from the moon.

Considerind the political scenario in the 1960's - with the Cold War and shit - if the moon landing was a hoax, the Sovietic Union would find out about it and it would have a fill day. They would throw a fucking party and tell the whole world USA and NASA were lying about the moon landing.