Feb 3, 2012

Di tindih Hantu?


Jika korang sedang tidur, tiba tiba terasa berat seperti kena tindih oleh lembaga yang tidak dapat di lihat, cuba bisikan pada hantu yang tindih tu kalimah ini:

"tunjukkan muka kau yang hodoh tu, aku nak tengok!"

InsyAllah hantu tu akan terkejut dan lari.

Woha!

Ps: sila google 'sleep paralysis', jika tak faham sila guna google translate.

65 Bincang topik ini di sini:

Syafiq Ahadin said...

First!!! :)
pendeknya post!

Sadun said...

woha.. sleep paralyse.. selalu kena..hehe

Lady Windsor said...

Kalau lebam tu..hantu gigit eh?

-cry reen- said...

My ex room mate mmg suffer from sleep paralysis.. dr sekolah smpai skrg, dlm semggu sekali msti kena tp dia xde nmpk apa2 pun.. yg tu ye sleep paralysis.

tp hamka, mak sy ngan ckgu sy penah cerita pglmn mereka. Mereka dpt buka mata dan ternampak lembaga wanita berpakaian putih sedang duduk di atas dada mereka(posisi membelakangkan mangsa).. Tipukah itu? atau simptom sleep paralysis mmg termasuk 'halusinasi?'

Ikin Rosli said...

when i was about to sit for my final exam, i kinda had this kind of syndrome almost everyday sampai rasa fobia nak tido. indeed benda ini sanagt relate denagn tahap stress kita. the stresser u are, the 'crazier' u'll be.

wiki says: "Some scientists have proposed this condition as an explanation for reports of alien abductions and ghostly encounters".

and i guess this explains typical malay's mystery.

Wallahualam.

Akim Iqbal said...

Adakah hantu mempunyai jisim ? Har har har

nur chahaya abadiey said...

owh..bru thu rupe2 sleep pralyse..hehe.penah jgk kene.. sgt tkut peristiwa itu..tp ad kwn ckp sama mcm ~cry reen..bila bkk mata nampk lembga..then bace ayt2 quran lama2 bru hilg menda tue..
then ad jgk yg ckp dlm stu blik je dkt rumah dy sapa2 tdo mesti kene..mcm mana tu??

blog-tips-kurus said...

biasanya la kan, nak celik pon susah semasa kejadian tu. apatah lagi nak berborak dengan entiti itu... ;)

heal man said...

saya selalu ditindih oleh isteri saya.. :(

cik aletheea: said...

ya ka?
die faham ka?

Wadi AR said...

takut antu tu pulak terkejot tengok muke aku kang

Hamka said...

Syafiq Ahadin

Post pendek mungkin di tulis dalam keadaan di tindih, woha!

--------
Sadun

sleep paralyse aku rasa kau baru kena, sebelum ni, kena tindih hantu, kan?

-----------
Lady Windsor

((Kalau lebam tu..hantu gigit eh?))

Tak! Itu love bite.., tak lawak!

--------
-cry reen-

mak dan cikgu ada alasan sendiri bercerita demikian..

---------
Ikin Rosli

Kejahilan sains di masyarakat barat akan di kaitan dengan alien, di sini, hantu!

---------
Akim Iqbal

Usahkan jisim, jirim pun takde!

----------
nur chahaya abadiey

((then ad jgk yg ckp dlm stu blik je dkt rumah dy sapa2 tdo mesti kene..mcm mana tu??))

Kalau semua orang duduk atas bantal tumbuh bisul, kau percaya bantal tu ada kuasa membisulkan orang?!

---------
blog-tips-kurus

;)

---------
heal man

sila jaga kesopanan komen anda.

---------
cik aletheea

Dik, hantu takde, kena tindih sebab roh bangun sebelum tubuh, jadi otak dan badan belum synchronize, maka roh panic, waktu panic, roh akan automatic fikir benda paling takut.., ada yang mati kena ‘tindih’ ni, sebab panic, lalu heart attack atau cardiac arrest, eh, dah macam pakar psychiatry pulak aku ni, woha! (apa aku merepek daa)

--------
Wadi Ar.

woha!

Ps: Pada yang lain, cuba jangan kaitkan hantu dalam semua kejahilan sains, boleh tak?

Chenal said...

hantu pondan kot! brani dier nak tindih2 orang sesuka hati dia

AzNuRuL AzMaN said...

selalu kalau tido siang je jadi camni kan..tido malam takde la pulak..ni yg jadi pada saya la..

conclusion: jangan tido siang

Anonymous said...

Hamka ni bodoh ke ape?

En. Hamka yg budiman..
sy tau niat anda utk bgtau sume umat Muhamad supaya tidak takot makhluk..takot Tuhan semesta alam saja..

But, jgn ler jd dungu nk menafikan benda yg ada..belajo biar tinggi bro..yg slalu himpin tu Jin ler sengal..ramai jek yg pnah kena himpin time baring dalam keadaan sedar..benda tu samelah konsep dgn org yg kencing merata..samelah ngn tido..kenalah ada adab2 dia..byasenye bnde tu berlaku kepada org yg dh lama tinggalkn tmpat tdo die tu..

Pls jgn jadi mcm Pakar2 sains yg lain..nk menafikan segalanya..bnda ghaib dh tentulah ada..

jgn ler nk kuarkan 'fatwa kaum kera'..

PemilikMataCoklat said...

Anonymous

ni bukan nak menafikan kewujudan makhluk lain tapi istilah tu memang betul dan nak bagi orang supaya jangan percaya sangat benda2 tahyul tapi tingkatkan keprcayaan dan takut pada Allah

*komen bajet bagus habis:-)

Anonymous said...

x semestinya apa yg mat salleh cakap tu betui, berapa kali aku kena masa sk asrama dulu , tido bangun dah sedar, then nak buat apa pun x boleh, suara putus, then aku baca fatihah dan takbir dalam hati, baru la terlepas dari ikatan tu, mayat dah kena nanti tau la, haha

Ikin Rosli said...

also, semasa kita tidur badan kite secara physiology-nya akan bertindak mengeluarkan some kind of hormone or activate neuron, im not sure yg mana; yang akan mengkakukan badan atau prevent body from doing any action untuk mengelakkan kita dari melakukan babak-babak aksi ketika kita tengah bermimpi.

nak-nak tengah mimpi kena kejar anjing, tak ke haru nak berlari-lari dalam bilik. subhanallah. hebatnya ciptaan Allah ni :)

MAYBE, maybe ade je explanation yang mengaitkan perkara ni dengan makhluq ghaib. wallahualam. Allah je la yang tahu kan.

Bedah said...

Aku setuju dengan Anon ! Aku yg makhluk perasa ni, rasa, sains pon maen agak2 je. Benda yang tak dinampak dan takda explainantion secara scientific akan dikata halusinasi.

Manusia boleh nampak makhluk (hantu/alien - jin) tu dlm keadaan tertentu termasuk time tido 'yang tak bsedia'.

Kalau tak nampak pon, boleh dengar dan rasa. Aku kena benda ni, rasa ditindih dan dengar suara bisikan bahasa tak difahami.

Kena especially bila tak baca doa tidur (dan 3 Qul). Bila kena, kita takbir dan benda tu lari. Lepas dah tjaga lepas kena gangguan tu, baca 3 Qul dan benda tu tak datang dah.

Tapi aku repsek dgn Hamka sbb bukan 'blind follower', dan suka kaji-google. Masalah pulak dkt pengikut2 blog ni, yg akan percaya 100% apa yg Hamka kata. So Hamka, take care. the ilmu sometimes can gone jst like tht. hope ur deepness of ilmu ghaib won't :)

Hamka said...

Dalam Al quran dah tulis dah dalam surah Al Mulk ayat 3 dan 4 (rujuk sendiri) bab sains, Jadi.. jika korang nak suruh aku percaya apa yang korang percaya, korang kena tunjuk bukti, tunjuk gambar, tunjuk fakta, jika itu kerja jin, kenapa jin tu nak tindih kau? Kenapa tindih waktu tidur, tindih waktu sedar tak boleh ke? Ayat mana dalam quran cerita jin kerjanya tindih orang bangun tido?!

Ni lah Pak pandir moden, yang mana kemudah percayaan Pak Pandir pada semua cerita akan menyusahkan diri sendiri, senang diperbodohkan, itu semua kita tahu sudah, tapi bila Pak Pandir paksa orang lain untuk percaya apa yang dia percaya, ini yang bengang! Bengong dan hampeh!

Nampaknya, Aku nak kena salahkan mak bapak korang dan surrounding authority (cikgu, saudara mara, ustaz dan sebagainya) yang telah didik korang untuk percaya pada semua benda.., terutama benda benda tahyul.., benda kebetulan, dan benda yang takde logic sains..

Kajihilan kita tentang basic sains di cover dengan cerota tahyul, tak ke bodoh?!

Nasihat aku.bila sakit, rujuk pada doctor, bukan pada bomoh, jika kedai tak laku, rujuk pada pelanggan, kenapa mereka tak datang?, bukan tuduh kedai sebelah pakai bomoh, jika mati pucuk, tengok balik ada kencing manis ke tak?, bukan salahkan awek lama yang bomohkan, tolonglah belajar what is possible/impossible, melalui basic science..

Sebagai kesimpulannya, untuk atasi masalah Pak Pandir ni, aku nasihat korang jangan baca Email forward hari hari, juga jangan baca akbar Harakah sahaja atau Utusan malaysia sahaja, atau baca blog sebelah pihak sahaja, tapi bacalah Al quran dan hadith banyak banyak, dan bila dah banyak hadith dalam hati korang, maka hati korang akan jadi putih, bila hati jadi putih lama lama akan jadi bersih..

Teruskan lagi baca hadith nabi banyak-banyak sehingga dapat memadam kepercayaan korang pada benda benda yang tak betul dan padamkan sifat buruk sangka serta perasan disalahkan itu, teruskan baca lagi kitab Fadhail amal, atau kitab mutakhab hadith yang akan penuhkan hati korang dengan benda benda yang betul.

Bila hati korang sudah penuh dengan benda benda yang betul, pada waktu tu, apabila sampah seperti paranormal, tahyul, toyol, komplot kapir, ejen yahudi, pendapat ustaz politik dan sebagainya dapatlah ‘pengesan sampah’ korang berfungsi dengan baik.., automatic korang akan reject semua cerita lembik dan cerita sampah.. Automatik korang dapat persoalkan benda-benda bodoh yang mengelilingi korang, dan automatic, insyAllah korang akan dapat challenge benda-benda yang korang pecaya dari kecik, dan akhirnya dapat buat keputusan dengan fakta dan ilmu yang benar..,

InsyAllah..,

Oklah, sampai sini dulu, jumpa lagi dalam ruangan bersama 'Dr' Hamka..,

woha!

Ps: Bila umur korang dah 40, dan baru dapat terima bahawa aku betul dan korang salah, tak payah email aku mintak maaf, cukuplah bagi makan kepada 40 fakir miskin sebagai penebus kesalahan, woha sekali lagi.

Azman said...

Karut semua tu hehehhe

Hamka said...

nasihat aku, lepas ni sesiapa yang terlihat benda pelik.

"SILALAH TEGUR"

Woha!

Rina said...

Sabar ye En. Hamka. Jgn la garang sgt.

Living Seed said...

Dr Hamka Hari2 kena 'tindih' dgn Bini..kecuali hari 'cuti' !!!

Anonymous said...

salam

masaalah org melayu percaya kat hantu samapai bila pun tak habis.

bila dah tahu percaya kat hantu tu tahyul,diaorang divert pulak benda tahyul tu semua dekat jin.

dah terang terang jiin tu hidup dialam yg berbeza,maksudnya jin takkan boleh mengganggu manusia.

dan syaitan pulak ada dlm pembuluh darah setiap manusia,camana boleh keluar pulak..

tapi,selagi industri perbomohan berkembang pesat di malaysia ,selagi tulah akan ada hujah yg akan terus mengiyakan benda benda yahyul ni semua

kajian rambang memberitahu, bahawa sekarang industri perbohohan dimalaysia sudah mencapai angka trillion ringgit...jangan tak percaya!

dan macam biasa sekarang industri perbomohan ni dah buat sistem downline macam MLM.

industri perbomohan makin terus berkembang bila semua orang orang berkopiah putih yang tiada pendapatan tetap terus terlibat aktif dalam industri ini..

WALLAHUA'LAM..

mohd said...

kena tindih pun kecoh 1 malaya? byk sangat baca mastika, tgk citer hantu, tgk uncle seekers, pastu sendiri yang takot! apahal?..typical malay!

bani tamim said...

Salam Hamka..

Saya berpendapat ada dua keadaan dihimpit ketika tidur :

1. Dari perbuatan Jin (ahli perubatan Islam panggil jembalang tanah)

2. Dari penyakit Sleep Paralyse

Sebahagian orang mengalami salah satu dan sebahagian yang lain mengalami dua2 keadaan. Nabi mengajarkan kaedah tidur mengiring dilambung kanan (sunnah) dan berwuduk sebelum tidur.

Dari segi saintifiknya ia sebenarnya sangat berfungsi mencegah kedua-dua keadaan di atas. Saya baru tersedar selepas membaca artikel bermanfaat ini.

Blog anda telah disenaraikan di
banitamim.blogspot.com sebagai blog pengisian dakwah. Mohon keizinan ya!

SEJARAH. KONSPIRASI. BERITA. DAKWAH

Anonymous said...

aku pun selalu jugak kena tindih tapi bukan hantu wife aku tindih wohahahahah

Anonymous said...

Cerita hantuni sebenarnya topik yang menarik, sebahagian dari kebudayaan nusantara, kesilapan kita adalah Kerana terlalu taksub dengan kewujudannya . Kadangkala kita musykil dengan kesahihan pencerita, sebabnya kita sedang membincangkan soal alam ghaib yang termyata diluar dari kemampuan fikiran manusia. Allah swt ada melarang kita supaya jangan mengkaji benda alam ghaib. Semua itu adalah urusan Allah Swt. Masalahnya manusia memang suka berkenaan alam ghaib. Rasullullah pernah bersabda, diakhir zaman nanti ilmu ilmu sihir akan meluasa, manusia menjadi hamba syaitan (bagi yang tidak beriman)

Anonymous said...

sebenarnya sleep paralyse ni memang betul..kalu dari segi saintifik memang ada penjelasan tetapi dari segi alam ghaib pun ada penjelasan. cuma bezanya, kita di dunia nyata memerlukan penjelasan saintifik tetapi dari dunia ghaib (lembaga/hantu ke) memang sedang mengacau kita ketika sedang tidur. Unthinkable.

Anonymous said...

Kepada En Hamka..

Ok..sekarang aku terpaksa menyalahkan mak, bapak, cikgu dan persekitaran ko d sebabkan kebodohan dan ketololan ko nih..

Ko xmembesar dgn dunia sains bro..dunia sains ko dari Wikipedia..xpun dari sains sekolah dulu..aduyai..simpati aku dgn ko..tp xpelah..

Kalau syaitan tu bleh merayap dlm pembuluh darah kite ni mcm highway, apelah sgt setakat nk takot2 kn manusia yg jenis penakut nih..

Terlalu keras utk ko kata sume bnde tu xwujud sbb ko xnmpak..pekehal..

*p/s aku xckp pocong, langsuir n dracula tu wujud secara natural..tu sume mainan jin n syaitan yg create image tersebut d sebabkan ketakutan manusia..but, kena himpit time baring, 'anu' bengkak pas kencing merata tu cite lain..

Adam said...

Mungkin ada certain situation yang akan mengatakan benda itu sleep paralysis.

Tapi kan cik Hamka, ada seorang hamba Allah ini dia kena tindih masa tidur,lepas tu memang tak boleh nak buat apa2. Bila sahaja badan dia dah kembali normal, dia bangun terus cabar cakap, kalau betul engkau ini hantu,syaitan atau jin, kau berani engkau datang balik sekarang sebab aku nak tidur balik. Then by the time dia baring je balik atas katil, terus dia kena balik. Dan dia pun bacalah ayat apa yang patut.

Jadi adakah benda itu masih dikira sleep paralysis? ataupun tak mustahil gangguan syaitan? Sebab kalau berdasarkan sleep paralysis, otak dalam keadaan idle mode, tapi ini dia dah segar bugar,otak dah waras nak masuk tidur balik kena, takkan idle mode lagi pula?

Macam mana tu?

AkuMuzikFilem said...

wah, takkan semua benda boleh diterangkan secara saintifik. untuk orang yang separa konservatif separa moden macam saya, saya percaya pada bukti saintifik, tapi tidak juga menolak unsur supernatural. pernah kena, rasa tak boleh bangun, dengar bunyi bising macam pasar. bila baca pasal sleeo paralysis, goyah sikit apa yang saya pernah percaya.

shidaidris said...

anonymous pun kalau nak komen beradabla sikit. kalau x setuju apa yang hamka bagitau, apa kata rujuk dengan al-quran atau hadith.

terima kasih en hamka sebab article anda sebelum ni menyedarkan saya tentang hantu mantu ni. sebelum ni memang agak takut jugak since saya tinggal seorang diri tapi disebabkan article ini dan sebelum ni, saya jadi berani.

bantalijau said...

hai hamka

Anonymous said...

Kah kah kah..

Blogger bebas utk mengkritik sesape jek..membodoh dan mendungu org lain..melucah sesuke ati..so, klu bloggger sebebas tu, pembaca ape tah lg kn...dh bnda xbetol, xkn nak dgr n follow jek..

klu xnak kena maki dan komen, jgn wat blog..ini blog die? ibarat umah die? so kena respek die? hadis mane plak yg kate cmtu? (blog = rumah?) kah kah kah..

klu takot dilambung ombak, jgn berumah ditepi pantai..selama ni org follow n dgr jek pe blogger ni tulis..bile die maki org lain, kite gelak..ckp betol tu, pakcik tu patut kena maki..so, skrg, dlm tiap post blogger ni, aku akan maki die mana yg patut dimaki..

Sekian..

adaberada said...

Hamka letak post biasa-biasa dah jadi isu sebab dia blogger terkenal. Tapi dari situ dia ada tanggungjawab yg besar, kalo post benda yg tak benar dan orang ramai percaya 100peratus tanpa buat kajian terlebih dahulu, parah. kalo libatkan akidah boleh mendatangkan dosa, kalo fakta tak betul boleh membodohkan orang seumur hidup. Hamka ni banyak membaca dan banyak ilmunya. Ada falsafah yg dipegang, pendirian dan cara org tu bertindak ikut falsafah yg dipegang. Orang yg banyak membaca dan banyak ilmunya bolehlah berdebat dgn Hamka, kalo ilmu kurang dari hamka, tak payahla. Bergaduh dan bertekak pasal post simple yg tak memajukan orang Melayu dan Islam. Yg kena tindih ni aku pernah kena dulu. Dok asrama 2 minggu sekali balik. Bilik takde orang guna dlm 2 minggu. Bila tidur, ditindih. Masih tersedar dan waras. tp,tak bleh bersuara. Mcm ada 2 mata merah samar-samar dgn tubuh hitam besar. Badan jadi melengkung, anggota badan tak boleh bergerak.

Anonymous said...

Dah lama tau pasal sleep paralysis ni...tp dlm post ni aku rasa hamka bangang jugak la orangnye

Abu Nawast said...

Tol kot sleep paralyse... Aku biasa je buat adab tido, baca 3 qul, doa tido... Tapi kena tindih jugk... Klau setan dah x kaco kot? Kita dah rasa mcm bgn tido, dah nampak sume, tp bdan xleh gerakkan... Ada ms msa teringat, aku layankan je bnde ni... Masa2 x igt jd gelabah gaban jugak...

Anonymous said...

aku pun tiap-tiap malam sebelum tidur siap baca quran lagi surat maryam, surat yasin kena gak tindih sampai tegang laaaa tersembur wokakakakakakaakakak

eisham said...

Dengan izin tuan punya kerete...
En. Hamka, maaf kerana berbeza pendapat...

Teguran tuan kpd heal man dilihat spt..spt ketam menyuruh anaknya brjln betul...bukankah sdh diberi keizinan bhw ini blog 18sx?...berhati2 bermain api...

Tulisan tuan berkaitan doktor dan bomoh jgk agk celupar...apa yg penting, keimanan kita tdk terusik walau siapa pon yg berkhidmat utk sembuhkn penyakit...masing2 ada kelebihan yg dikurniakan Allah swt...tak perlu utk bahaskn isu ini... Sbg pesakit, doktor atau bomoh sikit pon x blh sembuhkan sakit sya...hanya dgn izin Allah shj mrk2 ini blh beri menafaat...

Kenapa begitu fobia dgn mrk yg percaya pd hantu atau jin atau syaitan? Iman x rosak dgn percaya pd kewujudan makhluk ghaib tsb. Iman hanya akan rosak apabila kita mula percaya ada benda lain selain Allah yg blh beri menafaat atau mudarat kpd kita. Ada org menjerit melolong bila tgk lintah sbb terlalu geli...adakah itu salah?

Kenapa begitu taksub menipu pemikiran manusia supaya jgn berasa takut? Takut berani suka duka sayang benci dll adalah ciptaan Allah swt.

Sya bgtau pd anak2 sya hantu mmg wujud mungkin dr spesis jin atau syaitan. Tp kita x perlu takut sbb mrk pun makhluk mcm kita. Kita mtk Allah tlg kita klu mrk kacau atau ganggu..dan anak2 sya masih blh tido berseorangan diri di bilik masing2 ketika kecil...apa masalahnya? Klu kita sibukn diri dgn byk ckp kebesaran Allah dgn anak2 kita...bkn shj hantu, jin, setan...apa benda pon x kn rosakn iman mrk..

Apa guna ada anak yg berani tido sorang2 atau brani dok dlm gelap tp percaya bhw dgn keberaniannyalah dia akan selamat...

Wallahu'lam

Anonymous said...

Assalam

Kena maki adalah sunnah Nabi saw!!
Tuan rumah bertuah...dapat rasa apa yang pernah dilalui oleh kekasih tuhan no. 1

Mukmin itu pelik. Dalam apa keaadan juga... dia mendapat kebaikan jika dia bersabar dan redha.

Khalid

Anonymous said...

hamka ... tunjukkan link pada saya gambar elektron yang selalu disebutkan-sebutkan oleh sains ... jika takde gambarnya, bolehkah saya kata elektron tidak ujud? malah elektron tiada disebut dalam al-qur'an?

nadiyahashim said...

saya tak pernah lihat hantu..tapi saya pernah lihat orang yang sedang dirasuk hantu.. saya percaya kewujudan hantu..dan saya tak rasa bila saya percaya hantu..ia menunjukkan saya takut hantu lebih dr takut tuhan..dan lagi saya yakin, kepercayaan saya dengan hantu lebih membuatkan saya bergantung kepercayaan dengan Tuhan lebih erat.

Hamka said...

asyik kena puji memanjang, kena kutuk pun aku ok, jugak.., tak lah aku riak, he he.

so haters, bring it on, no problem.

dan tahniah sebab membodohkan aku dengan alasan surrounding authority, tak lah korang guna alasan bodoh seperti di tindih hantu atau di ludah hantu.

woha!

Anonymous said...

Aku suka Hamka. Lepak je sudah.
-aisyah-

Hamka said...

setuju

Feris Danial said...

haha kne tindih dgn isteri atas katil lagi best....

Hamka said...

setuju jugak, : )

detective nie said...

Bismillahirahmanirahim....
kes pendefinisian hantu....
hantu hanyalah mainan ilusi org melayu di nusantara...
tapi jin dan syaitan adalah wujud tetapi tidak boleh memberi sebarang mudarat kepada kita...
orang melayu terdahulu menggunakan istilah melayu untuk memberi pengajaran kepada generasi seterusnya tentang adab serta pengajaran yang baik kepada mereka supaya mereka tidak melakukan kesilapan seperti yang pernah mereka lakukan...
hal ini bermakna...hantu merupaka suatu mitos melayu sahaja seperti kisah mitos2 yang lain.
dalam konsep ditindih hantu....
hal ini tidak mungkin berlaku kerana hantu hanyalah mitos
jin dan syaitan tidak boleh memberi mudarat kepada manusia kerana berbeza alam...
dan segala yang berlaku didunia ini adalah disebabkan oleh ketentuan Allah swt...
perkara yang telah ditetapkan oleh Allah swt dalam Alam Semesta ang dijadikan oleh Nya....
sesungguhnya kepercayaan tentang hantu dapat memberi mudarat kepada manusia adalah khurafat serta boleh membawa kepada syirik....
sesungguhnya Allahswt membuat sesuatu seperti itu adalah untuk menguji hambanya sama ada hambaNya percaya akan perkara tahyul ataupun percaya dengan kekuasaan ZatNya...kekuasaan Allah swt yang meliputi seluruh kejadian di bumi dan dilangit..
disebabkan itulah ramai manusia terbatal imannya dan zaman ini ramai manusia sukar untuk menerima pandangan ulama serta orang2 yang mengkaji agama dari sudut saintifik kerana pemikiran mereka masih lagi dihantui oleh Hantu2 yang sebenarnya dicipta oleh manusia yang asal nya cuba untuk memberi nasihat sahaja....
kadangkala ada sesuatu perkara yang terjadi pada manusia tidak boleh dijelaskan oleh ilmu sains tetapi bukan bermakna kepercayaan tahyul boleh menyelesaikannya....
kita perlu sedar perkara ini semakin menular dalam kalangan masyarakat melayu yang masih lagi berpegang pada adat istiadat terdahulu serta amalan pembomohan....
kalau seseorang bomoh itu sungguh hebat...kenapa penyakit hiv Aids masih lagi belum diselesaikan.
kenapa orang miskin masih lagi ramai.
kenapa bomoh tersebut tidak boleh memakai Mercedes Benz atau Ferarri
sedangkan bomoh tersebut dikatakan mampu mebuat seseorang itu kaya.
pandanglah sesuatu dari dua sudut...
Alquran dan Assunnah
dan sains merupakan cabang daripada perkara tersebut...jangan lah memperlekehkan kajian sains kerana sains sentiasa berkembang untuk kebaikan manusia...bukan seperti kepercayaan tahyul yang sentiasa menyempitkan pemikiran kita.....fikirkanlah wahai umat Muhammad.....adakah apa yang anda amalkan itu Sunnah Para Nabi, amalan para sahabat, serta pandangan para tabiin dan ulama sahih. atau pun perkara yang anda pegang itu adalah amalan jahiliah yang sentiasa memberi mudarat kepada diri anda...
waallau alam

Anonymous said...

Adess...sorang lg mangkuk yg cuba nk tunjuk pandai tanpa nas2 yg sahih...
Nak tau la jugak...apa dia definasi hantu dan bomoh tu sblm tulis ikut sedap otak...
Kalau hantu tu dirujuk kpd jelmaan org mati atau sejenis makhluk spesel, aku setuju ngn hamka dn mrk yg sewaktu dgnnya...
Bgaimana klu hantu dirujuk kpd jelmaan setan dan iblis?
Kalau bomoh dirujuk kpd pengamal ilmu hitam, aku separa setuju ngn hamka dn mrk yg sewaktu dgnnya sbb dgn izin Allah mrk mampu beri menafaat atau mudarat kpd kita...sihir adalah cthnya.
Kalau bomoh dirujuk kpd pengamal ilmu putih spt ust harun din atau ust ismail kamus (hnya cth), bagaimana pula?
Jgn tunjuk bodoh dgn hnya kaitkn bomoh dgn duit, harta, kete mewa, hiv dsb. Nmpk sgt otak udang

Hamka said...

Menurut Albert Einstein, “Ada 2 perkara yang tidak mempunyai penghujung, yang pertama ialah alam semesta dan yang kedua adalah kebodohan manusia.

Anonymous said...

Aku penah kena tindih.. n nampak mcm2 sewaktu kene tindih .. ini kerana ku paksa untuk buka mata.. memanglah susah nk buka mata tapi masih blh nampakla.. dan penah sekali selepas kene tindih ade sekor pocong di hadapan katil aku!!!! ni kategori ape?

Anonymous said...

Mungkin elbert einstein x penah baca quran dan hadis;
Alam semesta mempunyai penghujung. Kalau dikaitkn dgn masa, suatu hari nanti masa alam semesta akan berakhir. Kalau dikaitkan dgn keluasan, alam semesta yg kita paham hanyalah berada dibawah lapis langit pertama (ada boundry). Ianya tidak lepas bebas tanpa had.
Bab bodoh..bodoh hilang bila dtg ilmu sptmana gelap hilang bila hadir cahaya. Masalahnya kita tak tau yg kita ni bodoh dan sangka kita pandai...tmbh2 bila ramai yg puji...
Selagi hidup hanya satu yg nabi saw bgtau tiada penghujung, iaitu pnjangnya angan2 manusia...mengatasi had umur sendiri...tapi nabi nasihat, byk ingtkn mati blh padamkn angan2...

Wallahua'lam.

Anonymous said...

So, aku cadangkan selalu selalulah kereta mayat menampakan diri supaya dgnnya org boleh kerap ingt pada mati...jgn selubungkn kereta mayat dgn hal2 yg mematikan hati...

Maafkan aku sipembawa mayat...

Hamka said...

maaf di terima

skar said...

Tuan Hamka, Tuan2, Puan2 dan Anon2 yg budiman sekalian.

Simple. Aku kasi pecah rahsia. LAMBAT KORANG NIH!

Hantu tu wujud atau tidak bukan menjadi isu utama. Tak masuk Quran pun.

Isu utama ialah para Syaitan & Iblis sentiasa mencari jalan tanpa putus asa untuk menyesatkan umat Islam.

Sentiasa Syaitan & Iblis ini mencari kelemahan kelemahan manusia ini utk menggoyahkan kepercayaan mereka terhadap Allah Taala.
Satu contoh kelemahan manusia ialah, menggantikan ketakutan terhadap Allah Taala kepada ketakutan kepada "makhluk" lain.

Usaha Hamka menanam idea bahawa hantu itu tidak wujud dan terus membuatkan kita tidak takut hantu wajar ditahniahkan & dicontohi.

Usaha ini cuba menutup kelemahan kita yang "percaya-takut-hantu" supaya Syaitan ni tak ada chance utk "menyesatkan" kita lagi melalui jalan "percaya-takut-hantu" ini.

Menjelmalah macam mana pun. Himpitlah macam mana pun. Kita sudah tak takut kerana kita boleh reason dgn sains & logik. Kita boleh reason dgn Al-Quran & Hadis.

One day, Syaitan akan putus asa daripada menjelma & menghimpit. Dan, mencari jalan kelemahan lain utk teruskan usaha menyesatkan kita.

InsyaAllah, selepas itu, tiada lagi jelmaan2 / gangguan2 seperti ini lagi.

Mohon pembaca / pengkomen ulangkaji bab isi tersirat dalam karangan / rumusan. Itulah, dulu mak bapak suruh pegi sekolah untuk belajar, bukan bercinta.

Cakap SLOW, marah pulak.

Hamka said...

ha ha

heal man said...

tapi aku rasa la kan.. yang sebenarnya misi syaitan dan iblis telah pun tercapai.. sebabnya korang telah pun bergaduh serta caci maki tentang topik ini.. tapi bila penghujung komen ade yg mintak maaf dan memberi maaf.. maka syaitan dan iblis pon sakit hati dan terpaksa la memikirkan cara lain plak..

p/s : kalau ade sesape yg nak pertikaikan komen aku nak mintak bukti.. korang memang la SLOW..

Anonymous said...

Cis dah lama aku tak kena sleap paralyse ari ahad semalam boleh kena balik.padan muka aku dah melantak nasi briyani maulud pastu tidur dah nak masuk waktu zohor.

Anonymous said...

setuju dgn skar..ingat dyorg dah boleh ambik paper BM balik....bercerita mcm dah hebat serba serbi ttg agama..tp etika menegur org pun mcm budak tadika baru nak blaja alif ba ta....

*insyaAllah aku sentiasa terus dan terus mengkaji Al-quran dan Hadis kalo ade kemusykilan...

Hamka said...

setuju

Anonymous said...

dear en. Hamka,
kalo stakat di"tindih", sy xkisah. tp sy ada pengalaman ngeri, bukan sekadar ditindih malah dicabul, dan juga sy telah dgr bunyi pelik, mcm bunyi haiwan pun ada... sy berusaha melawan, then bila dpt bangun jer, trus melarikan diri ke bilik makcik sy. sejak dr hari tu, sy x berani tido di situ, dn sy juga x berani tido terlentang... smpai sekarang mesti nk tido berbungkus....

Hamka said...

kalau di cabul, sampai tahap mandi wajib tak?

Anonymous said...

ntah la... lgpun hal tu dah lama. more than 10 years ago.. masa tu awal belasan, nk cite kat org pun xreti.. sbb benda2 gitu xleh sebut,sbb xsopan n taboo. 2-3 kali gak la jadinye... skang ni, sy anggap je tu semua mimpi basah.. pompuan pun ade mimpi basah gk kn..