Jan 30, 2012

Bagaimana tidak takut pada Hantu?

(10 kaedah untuk hilangkan takut kepada hantu-versi keretamayat)

Soalan pembaca:

Salam bro,, aku ade 1 masalah yang aku harap sangat-sangat dapat idea or jawapan or penyelesaian untuk masalah aku nih,, sebab bagi aku masalah aku ni besar. mungkin bagi bro kecik., dan aku malu kepada bini aku sekiranya aku dah kawen nanti jika die tahu masalah aku ini. malah aku juga rasa malu dan bersalah dengan tuhan sebab masalah aku ini.

sebelum ni aku ade bace blog bro pasal 'saya takut hantu'.. tapi setelah aku bace aku dapati jawapan bro khusus kepada kanak2 yang perlu diberikan didikan awal supaya tidak takut hantu. So, masalah aku sekarang.., umur aku dah 21 bro. tapi aku mengaku aku agak penakut. bukan agak tapi aku rase memang penakut. Tapi dalam hidup aku selama 21 tahun ni tak penah pulak aku jumpe makhluk2 tu. Just dengar cerita and tengok cerita hantu je, tu pon mase zaman sekolah rendah and menengah. So bagi aku, cara bro tulis dalam blog yang pasal 'saya takut hantu' tu tak sesuai dengan orang yang dah umur macam aku nih. Jadi aku harap sangat2 dari kau bro,, tolonglah selesaikan masalah aku nih, umor dah 21 dah. Tapi penakut. Malulah bile bini aku nanti tau yang aku ni penakut. Dan yang paling kesal aku rasa lagi takut kepada hantu2 ni daripada tuhan yang menciptakan 'hantu2' nih.. tolong lah aku bro,, aku tak nak 'syirik kecil' ni jadi masalah kepada iman aku dan menghantui diri aku.

Terima kasih bro, aku mengharap2 tersangat2 jawapan dari bro. Semoga Allah memberkati usaha bro. Thanks

******

Jawapan keretamayat.

Ha ha ha (gelak dulu macam orang jahat) Heeee heeeee heeeee (kali ni gelak versi puntianak pula).

Masa aku remaja, aku pantang betul kalau ada orang bukak cerita hantu, sebab cerita hantu ni sesuai untuk kanak kanak penakut ker, orang dewasa tak payahlah nak buang masa cerita tahyul yang melemahkan otak,

Apatah lagi jika mereka cerita kisah pengalaman orang lain jumpa hantu, aku akan terus suruh mereka stop, buang masa jer cerita kisah hantu yang orang lain jumpa, sebab kau bukan nampakpun hantu tu, tapi cara cerita seolah olah hantu tu kau nampak, siap dengan saiz gigi dan bentuk kuku lagi tu, kadang kadang tu ada pulak sound effect, memang kelakar.

Nasihat aku, jika nak cerita kisah hantu, pastikan cerita pengalaman sendiri, kisah pengalaman orang ni buang masa jer, sebab versi akan berubah 100%. Kau bukan nampak hantu tu pun, sedap kau jer nanti tokok tambah cerita hantu supaya lebih seram dan ganas, dah tau dah tektik ni.., buang mase jer.

Akhirnya, ada lah kawan aku yang mengaku jumpa hantu, dan bila mereka cerita, nampak sangat cerita versi penakut, sebab hantu yang mereka cerita tu tak pernah jelas, seperi imbasan kain putih, bunyi pelik, dengar hentakan kaki berjalan, dengar tingkap di calar, dan lain-lain, yang mana aku akan sangkal cerita mereka dengan bukti fizik dan sains, imbasan kain putih tu mungkin ada burung terbang waktu malam, bunyi pelik tu mungkin bunyi kucing bersetubuh, dengar hentakan kaki berjalan tu adalah dengupan jantung kau waktu sunyi, dengar tingkap di calar tu adalah goresan pokok di tiup angin.

Tapi mereka tetap yakin itu adalah hantu, maka kata aku, senang macam ni lah, jika kau yakin itu adalah hantu, dan jika kau jumpa hantu tu lagi, boleh tak jangan lari, sebaliknya jumpa hantu tu dan cakap, “Hamka nak jumpa, boleh?”

Asyik dengar cerita orang jumpa hantu jer, apa kata aku sendiri jumpa hantu dan cerita kat kau dengan berlagak pulak. Woha!

Maka terbeliaklah mata mereka ketakutan dan mula berkata syirik, kau jangan cakap besar Hamka, nanti hantu tu datang, baru kau tahu.

Aku bukan cakap besar, aku cakap Nafi Makhluk, lagipun Hantu tu tak wujud, dalam Al quran mana pernah cerita hantu?, yang kau yakin dan takut sangat dengan hantu tu apa ke hal?! Tiada yang boleh memberi manfaat dan mudarat melainkan Allah, jika jumpa JIN tu lain cerita, dan Jin bukan dicipta untuk usik manusia, mereka pun sama di cipta untuk beribadat, apa kejadah JIN kerjanya nak usik manusia, kau tu yang penakut, sehingga dengar degupan jantung sendiripun sangka ada orang halimunan berjalan.

Akhirnya kawan aku tu insaf, lepas tu jika ada orang lain cerita hantu, aku dan kawan tu akan sakat orang tu, woi, suruh hantu tu datang jumpa kami,ha ha ha, sambil gelak macam orang jahat, terbeliaklah orang lain tu lalu berdoa, semoga aku dan kawan aku sorang lagi tu terjumpa hantu.

Lalu kami cakap, baguslah, jika hantu tu datang jumpa kami, kami akan cakap pada hantu tu, pergi usik kau, sebab kau penakut, ha ha ha, gelak kami lagi.

Semejak itu, tiada lagi kawan kawan aku yang sanggup bercerita hantu dengan aku, buat sakit hati jer, padan muka, lebih baik korang cerita kedahsyatan api neraka, dari buang masa cerita kedahsyatan hantu yang tak dahyat pun!

Kesimpulanya, hantu ni tak wujud. Allah tak cipta hantu, Allah cipta jin, dan jin bukan hantu, Siapa yang jumpa hantu, mereka ada masalah dalam otak, iaitu masalah terlalu penakut sehingga sangka objek tertentu tu hantu padahal kain telekung jer.

Apa ke jadah jin nak pakai baju putih, simpan rambut panjang dan simbah darah ke muka? Kau tu yang penakut. Lain kali jika terjumpa ‘hantu’ cuba jangan terus lari, cuba siasat dulu, pasti kau akan malu sendiri...

Aku kongsi satu cerita hantu pengalaman sendiri, pastikan cerita korang ending dia macam cerita aku ni, jangan bila jumpa hantu terus lari dan terus sebarkan dengan tokok tambah tah apa apa, siasat dulu, sama jugak macam berita yang korang dapat dari FB, atau email Foward, jangan terus sebarkan, siasat dulu.., jangan jadi bodoh dengan menyebarkan berita karur marut!

Cerita aku begini, Masa aku kecik, dalam umur 12 tahun gitu, jam satu atau dua pagi lebih kurang, aku bangkit dari tidur kerana rasa pundi kencing aku sudah penuh dan meronta meminta dilepaskan hajat … lalu dalam kegelapan malam, dan kedinginan anggota peranakkan, aku terus keluar rumah lantas menyusur belakang rumah menuju jamban yang agak jauh dari rumah..

Jamban tidak berlampu,dan aku masuk ke dalam jambanpun hanya ditemani cahaya dari lampu jendela rumah.., akupun terus melepaskan hajat kecil dengan penuh kelegaan dan kesusilaan, namun, tiba-tiba..

Terdengar sesuatu dari luar jamban..

(masukkan elemen bunyi muzik menyeramkan disini)

Sambung balik, sedang asyik aku kencing.. tiba tiba bunyi binatang menegur sesuatu makhluk buat aku gelabah.., bak orang tua kata, binatang ni boleh nampak makhluk halus..,

Dalam mode ‘Twilight Zone’ itu, aku memberanikan diri dengan mengintai ikut salah satu lubang-lubang kecil dari celah zink jamban itu dan alangkah terkejutnya aku… darah menyirap… jantung berdegup kencang!!!

Aku telah melihat dengan mata kepala aku akan wajah lembaga yang sangat hodoh… matanya bulat gelap, tiada warna putih, dan pipinya berkedut kedut dengan lemak yang tebal dan menggerutu..apatah lagi warna nya merah dan berbintik-bintik…, makluk itu terus memandang aku siap dengan berkerdip mata..

Tak lama aku pandang dan aku terus tutup mata.. peluh jantan mengalir di badanku, degupan jantungku terdengar seperi orang sedang berlari, kesejukan malam, dan bau busuk jamban, menambahkan lagi keseraman yang mencengkam..

Sekarang, apa aku perlu buat?, perlukah aku keluar dan berkenalan dengan makluk itu…? Kenapa dia juga mengintaiku? Adakan makhluk ini gay?

Bermacam macam lintasan yang menakutkan berunsur lucah terbayang di benakku..

Tapi aku beranikan diri untuk melihat sekali lagi… alang alang dah jumpa biar aku tengok bentuk badannya yang lain.. baru boleh cerita detail sebab tadi aku hanya nampak separuh dari mukanya..

Bila aku mengintai sekali lagi.. aku tengok balik matanya yang berkelip kelip itu.. sebab lubang zink jamban tu kecik sangat, aku kena gerak- gerakkan kan kepala aku untuk melihat bahagian lain makhluk itu.., aku tengok lagi betul-betul, tiba tiba makluk itu pula yang bergerak.., dan aku nampak, ya.., aku terlihat paruh seperti burung.., cis!! barulah aku tahu bahawa itu adalah ayam… tadi aku nampak separuh jer sebab screen yang kecik kat lubang zink tu..cis, ! dan cis!!

Ayam bertenggek di tepi para sebelah jamban daa…

Andaikanlah aku tidak melihat sekali lagi dan terus lari, maka tentu sampai sekarang aku akan cerita kisah ‘hantu bodoh’ tu pada anak cucu serta korang…oh!

Dan begitulah asal cerita hantu tersebar, korang nampak ‘kelibat’ jer terus lari sambil percaya apa yang korang nampak tu adalah hantu, padahal mungkin kain sembahyang nenek korang yang terbang ditiup angin kerana korang lupa nak angkat petang tadi sebab asyik baca mastika.., apa ke jadah daa..

Sama jugak kes kawan aku, belajar silat cekak Hanafi, malam akhir menuntut, lepas duduk bersila atas kain kuning, tok guru dia pesan, bila balik nanti.., jika ternampak benda pelik, jangan tegur, itu “cubaan”, Sekali jumpa dia malam tu, wajah pucat lesi, tanya: kenapa?

Katanya ternampak pocong dalam kereta Tok Ngah yang meninggal semalam..

Bila pergi menyiasat, memang nampak macam pocong duduk dalam kereta, tapi bila pergi dekat kereta, pocongpun hilang, pergi jauh ada balik, rupanya biasan cahaya.., ha ha ha.., illusionist semata mata..

Jadi moralnya, jika korang nampak hantu atau benda mistik, jangan terus lari, selidik dulu, jangan penakut sangat.., kalau ada bunyi pelik, pergi cari, jejak.., best apa jumpa hantu secara live?, boleh cerita kat orang lain dengan penuh riak sebab berjaya jumpa hantu hidup-hidup…, woha!

Tapi cerita setakat yang aku dengar hari ni, hanyalah imbasan, asap, bunyi pelik dan setakat itulah.., itupun dah ‘perasan mistik’ konon.. lalu cerita kat orang dengan penuh riak yang korang telah nampak hantu yang sekali imbas korang tengok tapi boleh pulak ceita detail, siap dengan bilangan gigi, saiz lidah, warna tengkuk dan jenis anak mata.., nampak sangat pembohong.

Nasihat aku, Lepas ni jika nampak hantu, jangan lari, terus pergi jumpa, malulah sikit kat budak kecik dalam detective conan tu.., mana ada hantupun.., betul tak Conan Edogawa?

Dan jika betul Hantupun, apa salahnya?, tanya dia buat apa kat sini,, dan tanya, kenapa tak potong rambut? Kenapa pakai baju putih kosong, tak boleh ke pakai baju belang belang, kuku kenapa tak potong, basuh berak tak luka ke? tanyalah apa apa, dan kalau boleh dakwah sikit kehebatan Allah, kalau dia kapir, ajak masuk islam..arggh..lantak koranglah nak buat apa-apapun, ha ha.

Jadi, kepada siapa siapa yang nak cerita hantu yang dia nampak terus lari, aku tak percaya, malahan aku cakap, suruh hantu yang kau jumpa tu jumpa aku, sebab aku nak suruh hantu tu cekik kau kerana gagal cekik kau malam tadi, ha ha ha!!!!!!!

jika korang berdegil nak percaya bahawa hantu ni adalah makhluk yang terjadi dari orang yang mati dan hidup balik seperti puntianak, langsuir misalnya,, aku memang tak nak berdebat dengan korang, menghina kebijasanaan aku nanti, woi! orang yang dah mati atau dah jadi mayat ni pergi dua tempat sajer, iaitu lembah neraka atau taman shurga.. terbang terbang balas dendan sambil ketawa mengilai-ngilai.. he he he...lantak engkauler..

Akhir kata, berikut adalah 10 tip untuk tidak takut pada Hantu:

1. Letakan dalam diri kepercayaan bahawa jumpa hantu secara live itu cool.

2. Biasakan diri tidur dalam gelap, dan jika rasa seram, bayangkan rupa hantu sehingga jadi tak seram.

3. Cabar diri sendiri seperti berhenti buang air dalam hutan sorang sorang di waktu malam, lepas sepuluh kali kencing tapi tidak di sakat hantu, korang akan jadi lebih berani,

4. Jika nak tengok cerita hantu, tengok sorang sorang di waktu malam. Jika berjaya, tahniah!

5. Bila kawan kawan cerita hantu, nafikan hantu tu dengan hujah sains, jika kawan kau tetap yakin itu hantu, cabar suruh hantu tu jumpa korang.

6. Jika terdengar bunyi atau ternampak kelibat pelik, jangan lari, pergi jumpa/siasat secara direct.

7. Jika malas nak pergi siasat, tiru dialog arwah Pak uda dalam filem Hantu kak Limah balik rumah, yang mana bila jumpa hantu, Pak Uda cakap: “Kalau kamu manusia lebih baik kau pergi main jauh jauh dari aku, aku tak nak berkawan dengan kamu!, pergi! Kalau kamu iblis setan ingat, aku ada silat gayung...” Woha!

8. Banyakkan cerita kehebatan dan kebesaran Allah sehingga ketakutan pada makhluk hilang.

9. Buat niat untuk dakwah kepada hantu supaya mereka masuk islam.

10. Jika terjumpa hantu yang memang seram, cuba lawan, pukul dengan kayu, atau tikam dengan pisau.

Ok, cukuplah 10 tip bagaimana tidak takut pada hantu, fahamkan juga perbezaan antara JIN dan hantu supaya korang boleh bezakan antara keduanya, nasihat terakhir aku, jangan antara korang yang rasa marah pada aku sebab menghina cerita hantu korang, lalu cuba takutkan aku dengan menyamar jadi hantu, sebab aku takut korang akan terbunuh.

Hati hati.

Sekian.

Ps: Allah berkuasa, makhluk langsung tiada kuasa! La illa Ha illALLAH!

79 comments:

Anonymous said...

cuma pelik kenapa astro oasis dalam slot tanah kubur tu ada juga keluarkan hantu, mcm roh yang tak tenang? nak dakwah ke nak sesatkan orang..

burn said...

yeayyy, no 1... ahahahaha
orang kata ilmu tinggi bley nampak alam lagi satu ea?? betol ke??

burn said...

ayyarrkk, no 2 la plak.. huhu

Nerzhul said...

If there's something strange
in your neighborhood
Who ya gonna call?
KERETA MAYAT

If there's something weird
and it don't look good
Who ya gonna call?
KERETA MAYAT

I ain't afraid of no ghosts
I ain't afraid of no ghosts

Ray Parker-Ghostbuster ;)

Mama Rocks said...

banyak sangat cerita hantu kat tv, sampai tak suspen dah

PemilikMataCoklat said...

Banyak sangat pengaruh yang hantu tu betul, tu semua pakat duk percaya yg hantu tu wujud pastu duk takut sorang2, TUhan yang memang betul2 wujud taknak pulak takutnya.

Err kalau mimpi kena tindih hantu siap ada dia tiru suara kita lagi, dan masa kena tindih mimpi yang bukan2 pastu bangun esok kena demam panas, boleh percaya ke?? ke ada teori sains untuk peristiwa yang sedemikian? huhu

awe said...

stuju dgn komen no 1.
si tok imam tu siap bleh dgr suara dlm kubur... aku ingtkn rasulullah n binatang je bleh dgr.

umie mia said...

entry lanjutan pasal hantu yang baik.. rasa nak marah orang yang buat filem dan drama hantu ni sebab melemahkan dan menakutkan kanak2.. anak sy sebelum tau apa2 mmg tak tau hantu dan sy pun tak pernah cite pasal hantu.. tp bile keluar cite hantu dia mula takut kerana make up yg hodoh dan sound effect yg seram.. nasib baik penah baca entry en hamka pasal "saya takut hantu?" jadi sy ikutlah beberapa tips dalam entry tu.. skang ketakutan anak berkurangan dan dalam usia 2thn lebih dia dh tidur kat bilik sendiri.. kdg2 je tetiba muncul perasaan takut bile pegi bilik belakang yg gelap ambil barang.. jadi macam biasa sy terpaksa kata nak hanger ke nak gi ambik barang.. dan lagi satu sy kata hantu dah takde atuk malek dah tangkap buang kt hutan sebab hantu tu busuk tak mandi..kalo ada biar ummie rotan pakai hanger ni huhuhu memang mencabar gak membina rasa berani anak.. kat televisyen pun sepatutnya tak payah keluarkan cite hantu yg tak berfaedah tu..

cik bunga said...

sy ajar anak, hantu takde, hantu dlm tv je, yg ada tu syaitan nak sesatkan manusia. so kalau rasa nak kawan ngan syaitan, buatlah apa2 x baca bismillah. lekat jugaklah kt minda dorang. mmg kene terap dr kecik, and sekatlah dr tgk cite ntah mende2 kt tv tu. x faham gak ngn media ni, takde mende lain ke nak wat selain nak menyesatkan kaum sendiri

Hamka said...

Tahniah, komen komen yang berani!

((orang kata ilmu tinggi bley nampak alam lagi satu ea?? betol ke??))

Tak!

((If there's something strangein your neighborhoodWho ya gonna call?KERETA MAYAT))

Bukan, Datin Maimun ke?

((banyak sangat cerita hantu kat tv, sampai tak suspen dah))

Tu lah tu

((Err kalau mimpi kena tindih hantu siap ada dia tiru suara kita lagi, dan masa kena tindih mimpi yang bukan2 pastu bangun esok kena demam panas, boleh percaya ke?? ke ada teori sains untuk peristiwa yang sedemikian? Huhu))

Aku jika kena tindih, sempat cakap, tunjukkan muka kau, aku nak tengok, terus hilang kena tindih, ha ha, bab penjelasan sains, sila google, wiki.

((si tok imam tu siap bleh dgr suara dlm kubur... aku ingtkn rasulullah n binatang je bleh dgr.))

Tu lah tu!

((memang mencabar gak membina rasa berani anak.. kat televisyen pun sepatutnya tak payah keluarkan cite hantu yg tak berfaedah tu..))

Kan?

((sekatlah dr tgk cite ntah mende2 kt tv tu. x faham gak ngn media ni, takde mende lain ke nak wat selain nak menyesatkan kaum sendiri))

Patut TV kena buat macam holywood, the making.., baru anak belajar tentang dunia.

ReiKo91 said...

best2..bgus tip2 tu :))

Azah said...

Kalau rasa kena tindih hantu, it is called as delusion. Salah satu puncanya maybe disebabkan stress... ce check textbook Psychiatry. Kalo salah tolong perbetulkan.. wohaaa...

♥CIK SHA♥ said...

kenape la aku tergelak-gelak aje masa baca entri ni..ahaha..adoi..

aku dulu masa kecik siap tak percaya lagi ade hantu ni ha..setan pun aku tak percaya ade..aku cuma percaya kat muka bumi ni ade manusia dan manusia yg berperangai setan..boleh camtu? kui3..

mencari hidayah said...

cool!

faiznur rotashia said...

hehehe.. lawak la suruh tanya conan pulak.. hahaha.. ala kalau nampak "hantu" pun buat tak tahu sudah la.. dah kalau dalam kepala otak asyik imagine hantu, hantu, hantu je, memang sah2 nampak hantu la walaupun tu just kain telekung jiran rumah sebelah.. hehehe

Marie said...

Memang xsuka bila anak2 jadi penakut gara2 drama tv psl hantu2 ni. Bila la agaknya diorang nak stop buat dan tayang citer bukan2 tu? Siang2 hari pun my kids dah takut nak duduk main sorang2. Dok imagine perempuan rambut panjang la, muka hodoh, baju putih, rambut gerbang boleh?!! Menyesatkan..

Baik lagi bukak dvd bagi my kids tengok Toy Story 1, 2, 3 :) ada jugak baiknya..

AzNuRuL AzMaN said...

imaginasi tinggi sangat sebab pengaruh tv..saya pun pesen berdebar2 jugak kalau gelap2 ni..sebab pengaruh tv kan mula bayang macam2..

tapi pernah la baca kat mana entah..kenapa hantu melayu pesen camtu..hantu cina asyik lompat2 je..hantu korea+jepun putih melepak semua..hantu omputih asyik la ensem2 (yg ni ramai pulak suka macam nak gila sampai sanggup tengok banyak kali) =P

tapi hantu melayu la paling banyak versi..kesimpulan: "saya tetap takut gelap2" =(

Al Meister Ex a.k.a MASTERX a.k.a Amin Abjad said...

assalam, tu bkn hantu, kadang2 illusion kita sendiri.. kadang2 juga mungkin gangguan jin & syaitan yg nk mysesatkan akidah kita.. benda senang dan simple pun kadang orang2 kita susah nak faham...
sampai nk masuk hutan sorang2 pun takut, orang putih masuk rilek je, kita orang muslim lak nak takut benda2 tahyul.. ntah apa2..haha :)

http://memories2dream.blogspot.com/

hudadida said...

salam, haha..
aku mmg penakut la jugak..
tp seboleh2nya bila aku takut, aku akan cakap kat diri sendiri tak ade apa2..lama2 akan ok balik la..atau pun time takut tu igt bende2 yg best2 ke kan..pehtu ilang la rase takot tu..

tp teringat satu malam ni aku nak naik ke bilik, dah siap tutup semua lampu kat ruang tamu, tiba2 kat tangga nak naik atas..aku nampak macam ade lembaga dtg dekat dgn aku..betul2 depan aku,time tu mmg dah rase tak jejak lantai dah..tapi takut2 pun aku jalan jugak la beranikan diri, rupa2nya bayang2 aku je! time tu cam rase bodo pun ade la kan.

tp tula, aku masih takut jgk..cuma bila aku takut aku akan buat la macam yg aku btau td..kire bende tu kan bayangan, so macam kau ambik pemadam papan hitam tu..petu padam ler =D

Mummy said...

sy ada anak kecil umur 3 tahun..sy tak pernah takut2 kan dia dgn hantu...slamba jer masuk bilik wpun gelap..tp dia takut semut ngan vacum..dia takut semut sebab penah kena gigit ngan semut api..dgn vacum mungkin sebab bunyi yg kuat...heheh

aku serius penakut hantu said...

tapi macam mane pulak kalau mak aku (mak kita sendiri)yang kate die ada nampak pocong malam semalam (waktu maghrib)kat tepi pokok rambutan sebelah rumah opah aku tuh ??? takkan lah aku taknak percaya kot doe !!! org len sume percaya , so aku yang penakut ne pon terpaksa lah percaya jugak ..hmmm..

aku serius penakut hantu said...

aku suka gila kat blog ko ne sbb inilah first time aku jpe blog cool camne..tapi,aq rase tips2 ko tu still tak boleh nak hilangkan rasa takut aq kat hantu yang menjadi-2 ni..

satu lagi aku nak tanya kau : macam mana pulak kalau ad bro or sis kita yang baru je pegi sambung belajar kat ceruk pedalaman mane tah pastu balik-2 je cite kat family pasal tempat study die tu yang SANGAT "KERAS" plus die kata situ banyak "KAKLANGsuir" lah, ade orang nampak TOYOL-2 beratur kat keliling tasik lah ape lah..baru-2 ne pulak dia cite member dia ad nampak somthing yang ikut belakang dia masa sis aku tuh ontheway nak balik kat bilik dia..nak menangis jugaklah dia dibuatnya..masalahnya aq dengar citer dia ponn SUMPAH aq jadi cuakk gile... so , macam mane kalau aq pulak jadik dia , dalam keadaan macam tuh aku boleh tetibe nak jadik berani then boleh tak takut kat hantu pulakk??????

nur chahaya abadiey said...

thankzzz :) suka bce stiap entry dr kereta mayat.. teruskn brdkwh dgn cra yg lebey sntai :)

Akim Iqbal said...

Abang Hamka letak la button like kat entri ! Senang nak like woha !

Skymatrix said...

Assalamualaikum,

Hantu tak wujud, takkan nak takut dengan apa yang tak wujud?

Kalo tengah2 malam korang rasa meremang dan rasa2 macam ada "hantu" korang cakap je kat "perasaan" ko "weyyy kalo berani meh la menjelma depan aku"...konpem lepas tu rasa meremang / takut korang akan hilang...

Paling best, korang amalkan je la baca ayatul kursi tak kira masa or tempat...insyaALLAH syaitan tak nak dekat dengan korang...tapi ganggu tetap ganggu sebab tu memang keje diorang...

Anak aku umur 4 tahun dan seorang perempuan, tapi kalo ternampak citer hantu kat TV BANGANG hasil karya PRODUSER/PENGARAH YANG BANGANG, selamba je cakap, "mana ada hantu kan abah?" dan aku akan cakap "memang takde pun hantu"...sebab tu dia selamba je main basikal dalam gelap pukul 4 pagi kat ruang tamu...

Korang takut gak ke?

Orang yang takut dan percaya hantu tu wujud sebenarnya diorang la hantu...

Hamka, camna plak dengan Geng Uncle Seekers? Hahaha!!!

Wassalam.

Lady RaRa said...

aku rasa aku tak penakut 'hantu' tapi aku tak suka unsur suspen. tak kira la kalau dalam gelap tu perasan ada kucing duk hendap aku kah, tikus duk standby nak terkam aku kah.

tapi betoi aku penah kena tindih bila aku baca kursi tak hilang plak, bila aku maki eh tetiba buleh plak bergerak seperti tiada apa-apa

'hantu' tu nak tambah dosa aku memaki gamaknya. kalau baca ayat quran dapat pahala, mestilah 'hantu' tak suka.

teori aku la. kehkeh.

Anonymous said...

salam sume... memang mcabar mndidik budak2 ni.. sya sebagai warden asrama pun memang kene berani 10 kali ganda drpd bdk2.. kadang2 depa takut pintu tiba2 tbukak sendiri,sya ckp angin jer tu..mlm2 dgr org mandi,sya ckp paip xtutup kuat tu...pagi buta almari tbukk sendiri,tikus nak cri mkn tu..huhuhu.. lama2 depa mls nk layan benda2 ni sume...

Anonymous said...

tapi aku tengok citer tanah kubur, aku x pikir pun pasal roh2 x tenang tu sumer, tapi aku pikir azab yang bakal menanti kalau wat dosa dan xde hati nak taubat..
semoga dosa kita diampunkan..
wallahualam..

Anoneemus™ said...

Ada beberapa jenis hantu, mmg wujud pun. Sbnrnya itu jin dan iblis, tp org melayu panggil benda2 mistik ni 'hantu'.

bukan semua hantu tak wujud.
'hantu' adalah perkataan yg digunakan oleh org melayu utk menggambarkan beberapa jenis jin/iblis/syaitan yang menampakkan rupanya kepada manusia bertujuan menyakat.


Ada orang memang diberi kelebihan(atau bala) terbuka hijabnya utk melihat makhluk ghaib. bak kata Hamka, bila org yg tak nampak menyebarkan cerita ia akan berubah jadi cerita lain.

Hamka said...

Jawab mana smepat sebab rasa seram semacam.

-----
Azah

kena tindih hantu, sebab roh sedar sebelum jasad, lalu roh panik, bila panik terbaynaglah benda yang menakutkan, bila jasad dah sedar, roh pun ok semula.., simple,
--------
♥CIK SHA♥

Syaitan kau tak percaya? Ini ada tulis dalam quran, wajib percaya.
-----
hudadida

cerita bayang tu lawak, tapi bagus sebab ending begitu yang kita cari.

--------
Mummy

Bunyi vakuum memang menakutkan bagi makluk kecik,

------------
aku serius penakut hantu

kenapa pocong tu duduk kat pokok rambutan, kenapa tak naik rumah terus? Pengendaplah tu, ataupun pencuri buah...

bab cerita tempat keras, tu sajer, jer malas gi kerja, bagi alsan mistik, tau dah tektik ni.., bueek..

----------
Skymatrix

bukan ke Geng Uncle Seekers dah bertaubat? Macam terbaca baru ni, tapi lupa kat mana.

----------
Lady RaRa

teori kau salah. Cuba lagi.

-------
Ps: eh, waktu siang, ramai komen, bila malam, 3 komen jer? Sah panakut, woha!

anakjaiman said...

aku serius tak berani kalau tengok cerita hantu ke dengar cerita hantu dari member-member tapi yang hairan selalunya bila kena ngadap situasi seram, boleh lak handle dan aku yang terkenal paling penakut ni la jd pelindung member-member yg berani tengok cerita hantu

yana halim said...

Hantu tu bukan syaitan ke? Syaitan kan yg suka nyakat?

Muzani zainon said...

Gojes

Lia said...

saya tau hantu tu tak wujud. tapi, jin ada. bukan ke kadang2 jin saja nak mengganggu kita utk rosakkan akidah kita, takpun supaya kita tak beribadah? tu yg saya takut, kang terserempak bnda2 tu..takut ternampak bnda2 jin tu la..argghh. benci la rasa takut ni!

Anonymous said...

aku pun kekadang ada seram gak tapi x la kronik haha.. Sebab kat halakah aku ada 3 org dae pendakwah hantu level profesional.. Diorang ni aku interview sorang2 dlm waktu dan hari berlainan bila aku berkesempatan keluar berdakwah ngan diorang.. Diorang bagitau dae2 yg kuat wat dakwah dia ada peluru yg power iaitu mereka usaha atas yakin tu sendiri bahawa makhluk mana daa kuasa.. Setiap kali diorang nak perhi berghostbuster diorang cermin diri diorang dulu ari ni zikir alquran aku solat aku takbiratul ula ke dakwah aku cukup x manzil sunnah aku jaga x.. Menate setan level ni bukan level setan yg kacau kita time sembahyang tu.. Bukan setan yg level suh kita wat maksiat tengok aurat pompuan sume tu tapi level diorang ni level kekonon power nk jadi hantu haha jin punya hamba la kiranya sume jin punya konco2.. Diorang pun makhluk allah sian diorang sebab kena tipu di setan gak.. Ghostbuster tempat aku bagi tau semua perkara dakwah sunnah nabi amalan nabi hantu ni tak suka.. Sebab tu kena dakwah diorang kencing cara sunnah sume ni korang pergi pancut je atas kepala ank diorang cemana cite.. Memang la beso telo pastu huhu.. So amal sunnah pastu makhluk xde kuasa sentiasa ada dalam hati lailahaillallah.. Kalau rasa ada hantu kat belakang kete korang sit velakang malam2 tengok je kat cermin kete tu kalo ada jgn terkejut plak sebab semua dgn izin allah.. Korang bagitau la kat dia bahawa ko nak kaco aku ni pehal aku ni dae lailahaillallah.. Aku wat kerja utk agama ko kaco aku umpama ko kaco pekerja ugama.. Ko bukan tak tau tuan punya agama ni siapa.. Allah nampak apa ko buat dan allah nampak apa aku buat.. Dalam hati aku pun allah tau dalam hati kau pun allah tau.. Ko pun makhluk aku pun makhluk.. Aku takde kuasa apa pada kau dan ko pun sama takde kuasa apa2 pada aku.. Tuhan ko pun allah tuhan aku pun allah.. So ikut perintah allah kejayaan langgar perintah allah ko sendiri mau tau.. Tu cth pertama cth kedua nantila dah nak zuhur aku chow dulu..

Anonymous said...

aku pun kekadang ada seram gak tapi x la kronik haha.. Sebab kat halakah aku ada 3 org dae pendakwah hantu level profesional.. Diorang ni aku interview sorang2 dlm waktu dan hari berlainan bila aku berkesempatan keluar berdakwah ngan diorang.. Diorang bagitau dae2 yg kuat wat dakwah dia ada peluru yg power iaitu mereka usaha atas yakin tu sendiri bahawa makhluk mana daa kuasa.. Setiap kali diorang nak perhi berghostbuster diorang cermin diri diorang dulu ari ni zikir alquran aku solat aku takbiratul ula ke dakwah aku cukup x manzil sunnah aku jaga x.. Menate setan level ni bukan level setan yg kacau kita time sembahyang tu.. Bukan setan yg level suh kita wat maksiat tengok aurat pompuan sume tu tapi level diorang ni level kekonon power nk jadi hantu haha jin punya hamba la kiranya sume jin punya konco2.. Diorang pun makhluk allah sian diorang sebab kena tipu di setan gak.. Ghostbuster tempat aku bagi tau semua perkara dakwah sunnah nabi amalan nabi hantu ni tak suka.. Sebab tu kena dakwah diorang kencing cara sunnah sume ni korang pergi pancut je atas kepala ank diorang cemana cite.. Memang la beso telo pastu huhu.. So amal sunnah pastu makhluk xde kuasa sentiasa ada dalam hati lailahaillallah.. Kalau rasa ada hantu kat belakang kete korang sit velakang malam2 tengok je kat cermin kete tu kalo ada jgn terkejut plak sebab semua dgn izin allah.. Korang bagitau la kat dia bahawa ko nak kaco aku ni pehal aku ni dae lailahaillallah.. Aku wat kerja utk agama ko kaco aku umpama ko kaco pekerja ugama.. Ko bukan tak tau tuan punya agama ni siapa.. Allah nampak apa ko buat dan allah nampak apa aku buat.. Dalam hati aku pun allah tau dalam hati kau pun allah tau.. Ko pun makhluk aku pun makhluk.. Aku takde kuasa apa pada kau dan ko pun sama takde kuasa apa2 pada aku.. Tuhan ko pun allah tuhan aku pun allah.. So ikut perintah allah kejayaan langgar perintah allah ko sendiri mau tau.. Tu cth pertama cth kedua nantila dah nak zuhur aku chow dulu..

bard619 said...

malam rabu lepas tengah menonton tv bersama isteri tiba2 kami terdengar macam budak2 berlari tepi kami,isteri nampak macam ada kelibat budak sedang berlari.xrasa takut pun.mungkin perasaan kami berdua..

Anonymous said...

kisah benar .... kisah 1

masa tu aku berumur 12 tahun ++...
malam kejadian tu adik aku yang paling kecik baru lahir meninggal dunia dan lepas solat isyak arwah bapak aku buat kenduri tahlil ... ketika kejadian aku duduk sorang-sorang kat atas pangkin bawah rumah manakala orang surau di atas tengah bertahlil tiba-tiba di celah-celah lalang yang berhimpun aku nampak sepasang mata merah menyala dan tubuh yang hitam legam ... lebih kurang kat 10 minit jugaklaa aku dok lawan tengok dengan makhluk nie sampai bapak aku turun tanya aku dok buat apa ... aku citer kat dia aku nampak sesuatu kat celah lalang tu ... arwah bapak aku nie tak cakap banyak terus pegang tangan aku bawak naik keatas dan jumpa tok iman suruh baca sesuatu bagi aku minum pastu dia suruh aku pi masuk tidur ... so aku pun tak tau makhluk apa yang aku jumpa sampai aku berumur 21 tahun bila masa aku nak mai berhijrah ke KL cari makan baru arwah bapak aku citer yang makhluk aku nampak dulu tu adalah HANTU RAYA .... woha ... dan arwah bapak aku cakap aku memang jenis manusia yang ada semangat yang cukup kuat ... la nie bila aku dah berumur memang betuilaa apa arwah bapak aku cakap tu memang aku taiko pun wohahaha.....

kisah 2 .... kena kacau masa duduk rumah sewa kat bandar tun razak apabila time waktu maghrib nampak awek berpakaian putih dukung bayi masuk tandas, tengah malam dengar orang dok basuh pinggan mangkuk, ada sekali tu waktu hujan renyai-renyai aku baru balik kerja member bujang yang lain belum balik so aku duduk sorang tengok tv ... tetiba radio bilik berbunyi aku heran sapa pulak yang buka radio tu aku pi tengok tak ada sapa jadi aku off kan dengan lampu bilik sekali elok aku duduk jer tengok tv dia bunyi aku bangkit tak pi tengok terus start motor belah pi lepak kat restoran ... ikut story penduduk situ rumah tu dulu ada perempuan muda mati lahir anak sulong dgn anak dia sekali sorang-sorang ketika suami dia outstation dah masuk 3 hari baru penduduk situ tau ... kalo korang nak tau kat mana korang pi bandar tun razak , taman jaya, lorong jaya .... rumah no .... wohahahha..salam

Anonymous said...

Ni la sebab kenapa zaman Tun Dr Mahathir dulu, haramkan cerita2 karut marut tu keluar kat tV.

Tapi sekarang,.. tengok.

Drama, Filem .. semua bersepah!

Hamka said...

Korang: Hantu tu bukan syaitan ke? Syaitan kan yg suka nyakat?

Aku: Bukan!

Korang: takut ternampak bnda2 jin tu la..argghh. benci la rasa takut ni!

Aku: apa salahnya nampak jin, cool apa?

Korang: malam rabu lepas tengah menonton tv bersama isteri tiba2 kami terdengar macam budak2 berlari tepi kami,isteri nampak macam ada kelibat budak sedang berlari.

Aku: mungkin itu kelibat kucing mencuri ikan.

Korang: masa tu aku berumur 12 tahun tiba-tiba di celah-celah lalang yang berhimpun aku nampak sepasang mata merah menyala dan tubuh yang hitam legam ...

Aku: mungkin bangla jual LED merah.

Korang: apabila time waktu maghrib nampak awek berpakaian putih dukung bayi masuk tandas,

Aku: pergilah masuk jugak tandas tu, tolong pegang bayi dia, kesian dia nak kencing bawak bayi.

Korang: tengah malam dengar orang dok basuh pinggan mangkuk,

Aku: baguslah ada hantu tolong basuh pingagng mangkuk, tak payah upah amah.

Korang: tetiba radio bilik berbunyi aku heran sapa pulak yang buka radio tu aku pi tengok tak ada sapa

Aku: itu masalah transisitor, kadang kadang short circuit, siapa suruh beli kedau RM 2ringgit.

Next!

Anonymous said...

err... abis,kalu ada seorg hamba allah ni tido dlm bilik dia pd malam hari, then keesokkan harinya, family dia jumpa kat atas pokok tinggi n kadang2 jumpa kat bwh rmh la, apa macam tu en.hamka???

p/s: kes ni kecoh 1 kampung la.

Hamka said...

itu namanya, 'wakenabeb'. woha!

Anonymous said...

Tahniah En Hamka.. Komen best kot

Skymatrix said...

Salam,

Aku masuk KL siang2 hari pun aku terjumpa JIN...Jins Shamsuddin la...cool beb...itu bukan masalah saya...

Hari ni aku tengok muka depan paper metro, Hantu Kak Limah Kena Rompak...hantu kena rompak beb, memang penyamun tu tak takut hantu la...hahaha!!!

Wassalam.

Anonymous said...

Assalam

Seorang ibu akan berusaha sedaya upaya untuk melindungi anaknya dari sebarang gangguan, walaupun nyawa jadi taruhannya....setuju?

OK. Allah swt yang menjadikan ibu kita dan yang mencipta perasaan kasih sayang ibu kepada anaknya itu...menyayangi saya, Tuan dan semua mahluk yang bergelar manusia ni ...70 kali lebih dari seorang ibu sayang anaknya.

Kalau seorang ibu sayang anaknya sehingga sanggup gadaikan nyawanya untuk melindungi anak tersebut...
Maha Suci Allah, Yang Maha Mengetahui dan Maha Melindungi, dari tidak melindungi hambanya dari sebarang gangguan.

Tuan bukan takut...cuma tak yakin yang Tuhan tu sangat-sangat sayang pada tuan....pernah ker dengar mana-mana manusia mati kena cekik dek hantu?....Kita takut kepada perkara yang tidak pernah terjadi!!! Correct me if I'm wrong.

Takut.... Tuhan tak lindungi kita...ashraful mahlukat/ makhluk ciptaannya yang terbaik sehingga semua malaikat kena sujud pada Adam.

Sebenarnya...ini semua adalah tipudaya syaitan untuk menakutkan kita pada mahluk yang lebih rendah beratus-ratus darjatnya dari manusia kerana cemburu buta kepada manusia...dijadikan ashraful mahlukat.

Setiap kali kita takut selain dari Allah syaitan akan bersukaria....kerana berjaya menggoncangkan iman kita agar hanya takut kepada pencipta.

Dalam kubur ada soalan, siapa tuhan kamu? Macamana nak jawab Allah tuhanku...kalau di dunia kita takut selain dari Allah?

Cara untuk mengatasinya adalah dengan (memaksa diri sendiri) bercakap, mendengar,melihat serta berfikir tentang kebesaran, kehebatan, keagungan dan sayangnya Tuhan pada kita. Hari-hari...sampai mati!!!!!

Syaitan dan konco-konconya akan berusaha 24 jam tanpa tidur, makan, berak dan kencing...untuk menghalang kita dari perkara diatas.

Tuhan sendiri beritahu (lebih kurang) hanya dengan mengingatiku hati akan jadi tenang...hati takut, hati yang tak tenang.

Tenang-tenangkanlah hati dengan mengingati Allah selalu! Woha!

Khalid

I rest my case.

Anonymous said...

Aku rasa maksud hantu yang bro tu takut sangat adalah dari golongan jelmaan JIN! sememangnya Jin ni suka menjelmakan diri seperti puntianak , toyol dan sebagainya untuk memesongkan akidah manusia, ialah bila kita takut hantu maknanya kita dah syirik pada ALLAH yang lagi Maha Pencipta dan Maha Berkuasa.Sepatutnya hantu jelmaan Jin ini yang takut pada manusia, ini terbalik pulak tentunya hantuni tergelak sebab manusia takut pada dia. betul kata Bro tu, kalau jumpa jugak hantu jenis ini kita patut tarbiahkan dia , dakwah kan dia tentang Kekuasaan ALLAH SWT, Siksa Neraka dan Kebaikan Islam, tentu dia takut sebab kebanyakkan ayat-ayat Quran yang digunakan untuk memulihkan orang kerasukan mempunyai maksud tentang Kebesaran ALLAH (tentang Janji Allah pada IBLIS bahawa iblis tidak boleh memperdayakan manusia yang ingat ALLAH) kira macam kita ingatkan dia tentang sejarah dia dengan Allah dulu masa adam diciptakan.

Anonymous said...

Setahu aku, selain ayat kursi , 3kul, ayat surah Al Bagarah banyak menceritakan tentang kehebatan ALLAH SWT, jika ayat surah ini di bacakan pasti hantu hantu jelmaan ni menjadi insaf dan takut, ialah masa dia kacau manusia tu dia dah lupa asal usulnya, bila kita ingatkan dia dengan membaca surah ni tentunya dia ingat balik tentang siksaan yang bakal dia terima bila akhirat nanti, mereka dijanjikan masuk neraka kerana ingkar sujud kepada adam, jika dia taknak jadi seperti moyangnya (Iblis) yang gerenti masuk neraka, semestinya di insaf dan nak masuk islam. Jadinya dia taknak kacau manusia lagi...tapi binatangni degil...macam manusia jugak , suka mengacau.Paling penting disini macam cakap Khalid, sentiasa mengingati ALLAH iaitu dengan berzikir dan menunaikan kewajipan kita sebagai mukmin sejati, pastinya syaitan tidak akan berani menyentuhi kita, seperti Firman ALLAH barang siapa yang mengiati Aku, pasti Aku akan mengingati dia...

Anonymous said...

dulu masa kecik berak kat belakang rumah tepi longgokan kayu api tuk kenduri sepupu...tgh hari rembang...sbb takut jamban jauh sgt kat belakang...ada bukit tinggi blakang umah tu tmpt org selalu main layang2 waktu ptg...tgh asyik berak tu, mata melihat seseorang berjalan di lereng bukit pakai telekung...paling ke arah lain, bile tgk semula, opps da hilang...imaginasi je kot...tp smpi skang xleh luper...

Anonymous said...

Aku ada terbaca tentang asal hantu jelmaan ni sebenarnya dari syaitan yang dinamakan Qarin, qarin adalah teman manusia ketika hidup, setiap manusia mempunyai qarin termasuk Rasulullah, qarin Rasulullah dah peluk islam sekarang dia masih hidup lagi (Jin umurnya panjang sampai ada yang berumur 5000 tahun) selalunya qarin ni mempunyai watak seperti manusia yang dikawani, jika manusia tu alim maka qarinpun alim (pastinya masuk islam) kalau manusia tu jahil dan jahat bayangkanlah macamana sifat qarinnyatu, itu sebabnya kalau sipolan tu dah meninggal dunia, ada orang kampung terjumpa hantunya(qarin) kat kubur atau kat rumahnya, orang ingat rohnya dah kembali...tapi sebenarnya adalah qarinnya...Allahhualam biasawab...Qarin Rasulullah masih ada sehingga kini di perkuburan BAqi di madinah, dikatakan dia selalu mengadakan majlis agama untuk jin jin islam disana!

Anonymous said...

Sambungan pulak ...nama Jin pendamping (Qarin) Rasulullah saw, adalah bernama Habib Al-Huda, beragama Islam dan menurut para ulama sampai sekarang beliau masih hidup, beliau tinggal di Baqi'(kawasan perkuburan zaman sahabat di adinah. Beliau mempunyai majlis pengajaran tafsir dan hadis-hadis Rasulullah saw disana yang didatangi oleh jin-jin muslim.

Aku pernah dengar sapa-sapa yang ada saka (bela saka) bila sipembela mati , saka tu akan menjelma menjadi hantu dan merayau rayau mengacau manusia yang kurang imannya....entahlah

Anonymous said...

Sambungan pulak ...nama Jin pendamping (Qarin) Rasulullah saw, adalah bernama Habib Al-Huda, beragama Islam dan menurut para ulama sampai sekarang beliau masih hidup, beliau tinggal di Baqi'(kawasan perkuburan zaman sahabat di adinah. Beliau mempunyai majlis pengajaran tafsir dan hadis-hadis Rasulullah saw disana yang didatangi oleh jin-jin muslim.

Aku pernah dengar sapa-sapa yang ada saka (bela saka) bila sipembela mati , saka tu akan menjelma menjadi hantu dan merayau rayau mengacau manusia yang kurang imannya....entahlah

burn said...

ahahaha, tak de yang nak cerita hantu time zaman sekolah dulu ke?
cam lagi seronok je.. hehe

time sekolah dulu ade sorang warden nie teserempak ngan 3 kepala orang (kepala sahaja) jatuh golek2 menuruni tangga asrama... seb bek warden tu tak tergolek skali, haha..

pastu de satu malam nie wat qiamulalail kat asrama, tetibe dengar bunyik almari kene cakar, huhu..

Anonymous said...

moyang aku dulu pesan kalo jumpa hantu telanjang dia mesti lari wohahahahahha... amacam bro HAMKAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAA

Lady Windsor said...

Bro, aku pernah sewa rumah kat AU3 mengadap mini market cina, manakala kiri kanan pula rumah batu dua tingkat dan setingkat. Kiranya bingitlah kan sebab cina tu niaga kelapa, mesin kelapa dan segala bagai. Tapi aku heran bila aku melangkah masuk je dalam rumah, segala bunyi hilang, yang aku dapat kesan adalah sunyi macam dok dalam hutan rimba. Lagi aku tambah heran, laki aku sharp 3 pagi akan tersedar dan masa tu jugalah ada bunyi benda jatuh atas bumbung. Pernah juga masa aku kat dapur, benda ntah cuit dan tarik baju aku. Dan laki aku x akan ke dapur kalau aku tak temankan...dua tahun setengah aku bertahan kat rumah tu dan aku tak tahu sama ada aku tidur dengan laki aku atau dengan sapa kadang2. Aku buat poyo je selama tempoh tu dan pada hari akhir aku nak pindah, tuan rumah tanya kenapa aku nak pindah, jiran juga tanya kenapa aku nak pindah. Finally aku dapat tahu aku kongsi rumah itu dengan ghost festival..so adakah aku dikira cool walaupun aku sebenarnya dalam kategori penakut nak mampos?

Hamka said...

-------------
Skymatrix

Penyamun tu sebenarnya hantu, sebab tu aku suruh pukul dengan kayu.

----------
Khalid

Komen terbaik bro, betul!, belum pernah ada berita orang mati kena cekik dengan hantu, tapi ramai pulak yang takut mati kena cekik dengan hantu.., cuba bayangkan hantu tu tak wujud sama macam werewolf yang tak wujud, buat apa takut pada werewolf!?

-----------
Anonymous

melihat seseorang berjalan di lereng bukit pakai telekung tu ok apa, mungkin dia sedang ponteng kelas mengaji..

----------
Anonymous

Bab Jin karin Nabi Habib Al-Huda tu, eloklah siapa siapa yang jumpa, boleh tanya status hadith, mana yang daif, mana yang palsu, mana yang sahih...

-------
burn

((warden teserempak ngan 3 kepala orang (kepala sahaja) jatuh golek2 menuruni tangga asrama))

-Warden tu sajer buat cerita supaya korang tak dating dalam gelap

((pastu de satu malam nie wat qiamulalail kat asrama, tetibe dengar bunyik almari kene cakar, ))

Kenapa hantu tu nak cakar almari?, lebih baik hantu tu cakar VCD ceramah ugama jika betul hantu tu ada, apa apa ntah!

---------
Lady Windsor

Tapi aku heran bila aku melangkah masuk je dalam rumah, segala bunyi hilang, yang aku dapat kesan adalah sunyi macam dok dalam hutan rimba.

(bestnya duduk rumah tu, ada bunyi flora)

Lagi aku tambah heran, laki aku sharp 3 pagi akan tersedar dan masa tu jugalah ada bunyi benda jatuh atas bumbung.

(jin islam suruh bangun tahajud lah tu)

Pernah juga masa aku kat dapur, benda ntah cuit dan tarik baju aku.
Dan laki aku x akan ke dapur kalau aku tak temankan...

(setakat cuit, ok apa, dua tahun cuit mencuit, mesranya!)

Finally aku dapat tahu aku kongsi rumah itu dengan ghost festival..so adakah aku dikira cool walaupun aku sebenarnya dalam kategori penakut nak mampos?

(kau memang cool!)

Bakal Mayat Seri Kembangan said...

dalam banyak2 komen selain komen en Khalid, komen Hamka kepada pengkomen adalah komen yang paling terbaik dan menarik..

Cik Siti Fairuz said...

hantu tak wujud, tapi syaitan tu mmg berlambak. sesuka hati je dia bole menjelma jd hantu. serius aku pernah nampak hantu..2X. tapi tu mmg syaitan la kan..saja nk menyakat ler tewww (2kali cukup la tu hehehe)

Anonymous said...

Petua untuk rumah yang ada hantu,
Selalu baca surah Al-Baqarah, kalau boleh yang ada tafsir sekali supaya bacaan kita lebih kusyuk, bayangkan seolah-olah kita sedang menyampaikan apa yang ayat surah tu maksudkan. Macam kita sedang berdakwah ngan makhluk yang ada kat rumah tu la. lebih elok kalau dapat baca satu quran penuh, tapi kalau tak mampu baca sikit-sikit.
Kedua, Jangan gantung apa-apa gambar bernyawa kat dinding rumah kita-(gambar ni akan menarik makhluk tu masuk rumah-Malaikat tak akan masuk rumah yang ada gambar atau patung.Elok gambarni buat dalam album je.Sembahyang jangan tinggal

Aku dah praktikkan ..alhamdulillah setakatni tak ada apa-apa berlaku...semuga Allah SWT akan melindungi keluargaku senantiasa!

Anonymous said...

senang jer kalo korang semua nak tengok anak-anak jin & bapak jin syaitan iblis coriang duduk dalam rumah (setau akulaa dalam rumah semua ada makhluk ni) korang ambil DIGITAL CAMERA KORANG PASTU KORANG TUTUP SEMUA LAMPU PASTU KORANG TANGKAP GAMBAR SEBANYAK MANA YANG BOLEH KALO KORANG bernasib baik masa Flash tu bercahaya korang akan nampak jeng...jeng...jeng.. pasai aku dah pernah buat berlambak-lambak burbble warna biru keluar kat kamera aku .... snap tu aku buat kat rumah mak aku di kedah ... selamat mencuba ... jangan takut dia tak mai cekik pun ... dia cuma menumpang jer kalo ramai sangat hang minta duit kat dia tolong sama-sama bayar sewa rumah @ loan bank wohahahahhahahahahah

mencari hidayah said...

aku pernah dengar yang gangguan2 ni dari jin jahat yang mana jin2 jahat ni belajar ilmu hitam dgn syaitan! tapi kita tak payahlah goyang! dorang usik je! dakwah mereka! takut hanya kpd ALLAH!

kimin said...

aku prnh kerja kilang roti. 1 mlm tu aku kena shift mlm. olh krn bos x de, aku ngan kwn tdur kat atas flywood tpi dinding.

lbh kurg pkul 2 pg, aku terbangun n ternampak seorg gadis yg lengkap berpkaian formal sperti kerja k'jaan. baju kurung, tdung n kasut tggi. siap bwa beg yg mcm beg berjnama plak tu. smbil berjalan mnuju ke dinding tmpat kmi tdur.

dlm ht aku, "rezeki datang". pastu dia jln je mnuju ke dinding, shgga tembus ke dinding dan hilang. teori sains apa yg boleh mnerangkannya dgn logik???

Hamka said...

-------
Bakal Mayat Seri Kembangan

Ha ha!

---------
Cik Siti Fairuz

Ye ke nampak? Cer citer cer citer?

-----------
mencari hidayah

jangan lupa belajar silat gayung!

---------
kimin

boleh tak suruh gadis yg lengkap berpkaian formal sperti kerja k'jaan. baju kurung, tdung n kasut tggi. siap bwa beg yg mcm beg berjnama plak tu jumpa aku sebab nak suruh tembus kereta mayat, kunci tertinggal kat dalam keta.

Woha!

Rina said...

En. Hamka, masa saya dok sorang di rumah pd mlm hari, pnh ternampak kelibat makhluk berambut panjang di hujung kaki. Peliknya waktu yg sama, ada terdengar bacaan ayat Al Quran di telinga. Dengar cerita rumah yg saya duduk ada penunggu. Tapi tu sekali jer saya nmpk. Bertahan juga kami di rumah tu selama 10 tahun. Slps kami, dah takde lagi org sewa di situ.Mungkinkah yg saya nmpk tu penunggu atau pontianak atau....heeee...heeeee...heeeee

dRopPuc!noo™ said...

hantu oh hantu~ teringat debat uncle seekers ngan dato fadzilah. rasa nak cili mulut yang sorang tu..

detective nie said...

jika anda pernah melihat siksa kubur....nescaya anda tidak akan takut pada hantu..kerana siksa kubur itu amatlah dahsyat.....so...klau takut dengan hantu.....igtlah siksa kubur...dan igtlah neraka dan murka Allahswt kerana tiada yang lebih dahsyat daripadanya...sesungguhnya hantu hanya ilusi serta gangguan syaitan yang ingin menyesatkan manusia supaya percaya kuasa yang lebih hebat dari kuasa Allahswt...tetapi dia lupa bahawa segala yang ada di dunia ini adalah berasal daripada Nya...

Hamka said...

Rina

Kelibat yang tak tahan tu, he he

------
dRopPuc!noo™

aku skong Datok Fadzilah!

-----
detective nie

setuju!

Rainy Season said...

haish~ nyesal terbaca entry ne malam2 buta cenggini. huh!

apapun, waktu kecil, saya diberitakan oleh emak saya, bahawa saya sering melihat makhluk2/gambaran2 yang aneh. ini bukan cerita bohong. sesetengah gambarannya saya masih boleh ingat sampai sekarang..

tapi alhamdulillah, semakin saya dewasa bayangan2 tersebut semakin hilang. saya juga tak terbawa2 dengan perasaan takut. cuma pantang terkejut dan dikejutkan. serius pantang dan lemah semangat!

namun selain sedar akan hakikat bahawa hantu itu tidak wujud, yang ada hanyalah gangguan dari syaitan/jin yang mahu menyesatkan manusia, saya turut kuncikan dalam fikiran dan hati saya bahawa ALLAH itulah yang berkuasa di atas segala sesuatu, di langit mahupun di bumi. cukuplah ALLAH sebagai pelindung dan tempat untuk manusia bergantung dan meminta pertolongan.

wallahu'alam.

Hamka said...

setuju..

ct said...

umah mak mentua saya mmg ada hantu, iaitu setan yang dihantar pakai tuju2 kepada kak ipar..9 ekoq semuanya..dah try tgk2 kat ustaz.cuma hantu ni kurang ajar, pg2 buta dok golek2 kpla kat atas bumbung umah.bising org nk tidoq. klu org kedah kata dok rhejang2 kat ataih bumbong qumah..sgt kurg ajaq..xleh dihalau selagi kakak ipar saya xkluar atau pindah dari umah tu..

bella lim said...

Hamka,dunia memang takde hantu. tapi ada jin.. so kalau orang nampak bayangan apa apa tu, bukan orang tu tipu. tapi memang dia nampak. tapi dia salah paham. orang ingat jin dengan hantu tu benda berlainan. sebenarnya tidak...

cikgu aku dulu pernah cakap.. manusia kan ada yang gila sewel dan suka kacau orang kan? samalah jugak dengan jin. kira yang dok nyakat sana sini tu jin yang sewel le tu.

kan kau kata, jin tu dicipta untuk beribadah kan, apa kejadah nak sakat orang. ni mcm silap sikit sebenarnya. jin kan ada kafir ada Islam. yang Islam memang orait la.. ajak beribadah. tapi yang kafir ni le saja nak sesat sesatkan kita.

tu je aku nak komen.. sebab bukan semua benda boleh sandarkan pada sains semata. kalau si penakut kata dia nampak. memang dia nampak la kot jelmaan jin tu. :)


kepada CT ; itu sebenarnya bukan bunyi kepala bergolek... bunyi orang main guli atas siling adalah gangguan jin semata... kan dah cakap tadi.. hantu tu jin. jin tu hantu. sekarang ni yang kacau rumah awak adalah jin.. bunyi bunyi tu memang selalu sangat didengar sekarang ni. mungkin jin dah makin aggressive

Hamka said...

kalau ada 'kot', dah tentu kau salah

Anonymous said...

Org kata hantu bila tahu,
Org tak kata hantu bila tak tahu,
Org kata hantu bila nampak,
Org tak kata hantu bila tak nampak.

Sy x penah nampak tapi tahu,
bila nmpk sy terus kata hantu,
x selidik pun atau tny2 "hantu" tu..
sampai tua sy masih sama, malas ambil tahu pasal hantu...

Rse2ny ade x kt dunia ni org yg ikhlas psl bab2 hantu ni? bila ikhlas x sia-sia lah sy ambil tahu pasal hantu ni.

Azman Lai Abdullah said...

assalamualaikum...
aku baru je jumpa blog ni walaupun dah lama aku belayar maya.hahaha.Artikel ni paling aku respect abis. Aku tak takut hantu,serius.mungkin aku pernah terjumpa secara xsengaja tapi serius aku tak takut.kalau tak percaya jom kawan dengan aku.hehehe.dulu aku memang penakut tetapi pas satu kejadian aku tiba2 jadi berani.
PS: Jangan tunjukkan anda takut hantu depan family korang,xsesuai untuk memotivasikan anak2 anda.

Hamka said...

apa peristiwa tu? cer citer.

Azman Lai Abdullah said...

hantu xde,yg ada iblis syaitan yg sentiasa cari peluang. dulu masa aku agak nakal,thn 96 raya ke 3 aku saje2 masuk rumah merah yg kat jirat cina tu waktu maghrib konon2 saje2 nak tgk walau kwn aku dah larang takut kena badi katanya. balik umah je mlm tu 1st time aku kena sleep paralysis.berdengung2 telinga.tapi peliknya aku kena masa tgh baring atas sofa tgh sembang2 dgn kwn yg ikut aku tu td.ahhhh.misteri.hehe.pastu tiap2 mlm aku kena.tido bawak quran baru laa xkena(masa susah baru ingat semua ni)
dulu aku mmg penakut jgk.serius.tapi peristiwa yg buat aku jadi berani selepas aku sambut jenazah arwah bapak aku dari liang lahad.sejak dari hari tu aku jadi berani.hantu?heh,aku xheran.Alhamdulillah,hanya pada Allah patut kita takut. tetapi yang pasti,perkara ghaib itu wujud.

paranormal team sabah ghost said...

Ala senang je klu nk sruh hntu tu keluar..prgi je kt tmpt yg agak keras brpenunggu tu ah cabar sruh dya kluar klu brani wjud kn diri nya..nk buat kena sorg2 bru sok tips yg ampuh amcm brani salute lu hihihi

paranormal team sabah ghost said...

Ala senang je klu nk sruh hntu tu keluar..prgi je kt tmpt yg agak keras brpenunggu tu ah cabar sruh dya kluar klu brani wjud kn diri nya..nk buat kena sorg2 bru sok tips yg ampuh amcm brani salute lu hihihi

Eg Micux said...

Komen si hamka ni bukan x ok but mcm ade over takbur..he he..hantu mmg xwujud wok..tp ingat jin iblis tu mmg ade..tips tuk xtakut hntu kau langsung xbest..klau xnk takut jin atu syaitan..selalu LA mengaji..jgn selalu takbur SB setiap manusia mempunyai hijab..bila hamka da nampk nt jgn tercirit DLM spenda lak..berdakwah x salah.but riak Sgt xbagus..assalamualaikum hamka..biasa org yg ckp besaq ni yg plg takut Bantu bila da versus.whoaaaaaa haha
.maafkan sy..

Hamka Kereta Mayat said...

hantu tak wujud, jadi tak perlu takut.

syaitan dan jin itu wujud, dan entry ni bukan tips untuk jin dan syaitan.

maaf anda di terima. :)