Mar 2, 2009
Perasan disalahkan?
(Blog yang berbentuk nota kepada diri adalah tidak sesuai di baca oleh orang yang perasan disalahkan)
Aku nak kenalkan korang dengan istilah baru kali ni, iaitu istilah “PERASAN DISALAHKAN”…
Orang yang ada sifat ‘perasan disalahkan’ adalah terdiri daripada mereka yang otak slow, lembab, cepat merajuk dan mudah beremosi..
Sekiranya korang ‘perasan disalahkan’ tapi tidak melatah sebaliknya cepat-cepat membaiki ‘kesalahan’ yang orang lain perasan atau belum perasan maka korang selamat dari menjadi mereka yang otak slow, lembab, cepat merajuk dan mudah beremosi.., kerana hakikatnya mungkin korang tidak bersalah Cuma perasan disalahkan..
Orang yang otak slow, lembab, cepat merajuk dan mudah beremosi adalah tidak sesuai menjadi teman hidup atau sahabat pena, sebab nanti kelembapan otaknya akan berjangkit dengan kita dan kitapun jadi slow gak, sebab Nabi dah pesan, kalau nak wangi, berkawanlah dengan penjual minyak wangi, dan kalau nak asap, berkawanlah dengan penjual arang, begitu lebih kurang..
Ciri-ciri orang yang ada sifat ‘perasan disalahkan’ adalah orang yang apabila ada teguran di buat secara umum, dia rasa macam orang yang menasihat tu tuju kat dia sorang, lalu dia pun melenting, marah, beremosi dan mula buat perkara bodoh, macam bilal yang dah tak ke masjid dalam entry yang lepas, kan bodoh tu? Tak ke rugi diri sendiri?, merajuk macam budak-budak..
Aku rasa istilah ‘merajuk macam budak-budak’ juga sudah tidak sesuai di gunakan sebab budak budak apabila merajuk senang dipujuk, tapi mereka yang ‘perasan disalahkan’ bila merajuk dan tak makan pujuk lagi, ni namanya merajuk macam orang tua kutuk nak mampus!
Tengok, nak marah aku ler tu, ‘perasan disalahkan’ ler tu, lepas ni siapa yang komen atau email aku tak puas hati sebab entry aku ‘terkutuk’ korang, maka itu tandanya korang otak slow, lembab, cepat merajuk dan mudah beremosi.. atau istilah yang lebih murni : ‘perasan disalahkan’
Ini blog nota kepada diri, datangnya korang tak di jemput, dan tak di larang, maka tak payahlah perasan di salahkan macam budak-budak, eh silap macam orang tua kutuk nak mampus!
Tengok nak menjawab ler tu!
Gigit bulu kening baru tau- apa-apalah!
Aku nak tambah sikit lagi, orang yang ‘perasan disalahkan’ biasanya ada penyakit hati yang kronik, sebagai contoh: bila dia sakit, dia akan tuduh ada orang bomohkan dia, padahal dia yang tak pandai jaga kesihatan atau yang lebih hakikat lagi, Allah nak uji dia untuk tambah iman, tapi sebab dah buruk sangka, jadi tambah dosa pulak..
Contoh lain, bagi yang berniaga, bila perniagaan restoran dia tak laku, dia akan sangka buruk kedai sebelah ‘guna-guna’kan dia, padahal dia yang tak pandai meniaga, masak tak sedap dan hantar order lambab, mahal pulak tu…, tak ke bangang?
Jika yang masih bujang dan duduk rumah sewa pulak , bila dia terjumpa berus gigi dia jatuh atas lantai dalam bilik air, dia sangka teman serumah dia nak sakitkan hati dia, padahal mungkin kawan dia yang tak sengaja terlanggar, itu contoh lebih kurang..
Atau yang baca blog aku, dengki apa ntah?, perasan di salahkan lalu emosi dalam email atau komen, bodoh ke apa? Cuba baca balik apa yang aku tulis dan cuba faham, tak de masa aku nak kutuk kau, aku tulis untuk diri sendiri arhhgh, malas aku nak beremosi, karang aku pulak jadi slow..
Senang cam ginilah, kalau aku naik kereta dan aku nampak korang yang aku kenal, akupun bunyikan hon dengan cepat dan perlahan, tanda tegur sapa, tapi ada orang lain yang buat salah yang aku tak tahu korang buat salah ke apa, tapi korang perasan disalahkan lalu hon aku balik dengan kuat dan panjang…, marah-marah kat aku, tak ke bangang?
Aku bunyikan hon kereta sebab nak menyapa kawan aku, atau mungkin tegur kawan aku yang buat salah, atau memang korang buat salah seperti undurkan kereta tak perasan aku kat belakang, lalu aku bunyikan hon sebab aku tak nak korang langgar kereta aku dan rosakkan kereta korang, tapi yang perasan di salahkan sebab korang anggap korang tak bersalah lalu marah-marah pulak, apa hal? Tak faham fungsi hon ke?
Jadi aku hon kau balik sebab aku jugak akan bunyikan hon pada BUKAN kawan aku, iaitu pada LEMBU BODOH yang buat road block kat tengah jalan, ganggu aku nak ke masjid, maka tak payahlah nak bunyikan hon dalam kotak komen jika korang perasan disalahkan, sebab korang dah ganggu jalan aku,
Nasihat aku kepada korang yang perasan disalahkan setiap kali baca entry aku, agar tidak melatah sebaliknya cepat-cepat membaiki ‘kesalahan’ yang orang lain perasan atau belum perasan maka korang selamat dari menjadi mereka yang otak slow, lembab, cepat merajuk dan mudah beremosi.., kerana hakikatnya mungkin korang tidak bersalah cuma perasan disalahkan..
Moral of the story, janganlah menjadi macam bilal yang perasan di salahkan dari entry yang lepas yang buat beliau rugi di dunia dan akhirat jika tidak kembali ke pangkal jalan…
Faham?
Ps: …atau jangan jadi lembu bodoh yang buat aku terpaksa hon korang!

Subscribe to:
Post Comments (Atom)
50 comments:
First?.. Menarik2.. Org yg perasan disalahkan mmg wujud di muka bumi ni..
Pin! Pin!
haha. do not feed the troll bang.
saya juga suka merajuk~
Jumaat lepas ada satu pakcik di taman aku marah2 masa kitaorang buat ziarah ke rumahnya. Dia kata tak payahlah ajak2 orang pergi masjid. Padahal kitaorang tak sebut pun untuk ajak dia datang masjid.
Perasan disalahkan?
juz smile by say nothing... takut2 prasan disalahkan. WOHA!!
Assalamualaikum...
Kadang-kadang bukan perasan disalahkan... memang salah pun...
Sebab banyak benda tahu, tapi x amal... atau memang tak tahu pun...
Bila perasan disalahkan.. so cepat2 la taubat... kembali kepada-Nya... Bla bla bla...
org melayu memang terkenal dgn sikap cepat terasa, merajuk dan sensitif - ini semua menyumbang kpd perasan disalahkan. Kalau ghast tu mmg boleh ternampak bende2 ni kadang2.
Zaini
Pinnnnnnnnnn!
DNFTT
---------
aishah_conteng_je
dah dengar lagu “malas ku pujuk” gubahan keretamayat?
------------
azharjaafar
itulah, kadang kadang bila kita cakap bab ugama, orang yang otak slow, lembab, cepat merajuk dan mudah beremosi.., akan sangka kita nak bukak aib dia,
‘Perasan disalahkan’ betul…
-------------
jiddan84me
pin pin!
woha!
-----------
Luqiem
Bla bla bla...
----------------
mutakalim
“awak nak ajak saya ke masjid ke? Saya setiap malam pergi masjid, tak payahlah nak ajak saya..,” jawab sorang pakcik yang ‘perasan di salahkan’ bila aku jumpa dia padahal aku bukan kenal diapun, dan bukan nak ajak dia ke masjid,
Pakcik! , bilal dah ada untuk ajak pakcik pergi masjid, tujuan saya datang adalah untuk wujudkan suasana ugama, yang mana lelaki jumpa lelaki semata mata kerana Allah, Bla bla bla...
hahahaha...
encik hamka memang seorang yang bek hati dan btanggungjawab,Alhamdulillah...leh lagi nasihat orang yang 'perasan cik hamka salahkan dia' dan memarahi encik hamka....walhal...cik hamka 'xperasanpun kewujudan dia'....sebab dia x penting pun,,,,
cuma saya rase cik hamka cuba menjalankan tanggungjawab sebagai umat islam yang nak menjalankan tanggungjawab...
tu la...masalah psikologi manusia...dia nak dirinya menjadi satu perkara yang penting,,kalau x diagungkanpun.,.dipersalahkan pun jadilah...ni psikologi budak sekolah ni,,,cikgu skolah tau le camna nak wat...hehe..
salaam...
org yang prasan disalahkan ni x boleh hidup cam ni..cam ne lah nak berinteraksi ngan org rmai LEBIH nnti..asyik2 terasa hati je..hehe,sy ckp org sy pun sama tapi jgn la salu bleh mati skit hati nnti...fuhh ssh2
cam ne lah nak berinteraksi ngan 'org rmai LEBIH' nnti
*LEBIH ramai
slh susun ayat lor td..im sorry!!
prasan sibuk sampi slh susun ayat..huhu
salam..
suka sgt dengan entry nie, mula-mula nak merajuk coz selalu jer Hamka tak nak ngaku org tabligh, siap tanya lagi 'karkun tu apa? -motif?' but anyhow, i selalu ingatkan bahawa nie adalah nota Hamka, berkongsi kasih tak dapat, kongsi ilmu, nasihat bot besar n bot kecik pun jadik lah, pasnie kalu Hamka bagi komen yang 'pedas, sentap dan pecah hati' i akan tukarkan sumer itu sebagai doa khas iaitu
'Ya Allah terimalah bakal suamiku adalah orang-orang yang buat usaha agama-Amin'..
kalu die belum paham usaha agama ini, i akan letak syarat khusus masa nikah bahawa die kena janji tinggalkan i dalam tempoh selama die jadi suami i sekurang-kurangnya 4 bulan seumur hidup..-Amin
-nyah lembut,Woha!
saya hanya tersenyum baca entri ini.
:)
perasaan disalahkan, memang menarik! oh ya, bot besar bot kecik tu macam mana ya?
itu yang perasan di persalahkan.
bagaimana yg memang salah di nasihat tapi tak nak ngaku salah jugak sampai Allah hantar lagi hambaNya yg lain untuk bgtau dia memang salah tapi tak nak jugak terima. bukan itu saja malah makan dalam dan atur strategi utk jatuhkan org yg nasihat dia?
ha?
gila rare!
imam tu!
haha.
hamka tolong aku doa kan hidayat untk beliau.
aku yang bersalah
janji tak ku endah
terperangkapku dalam bisikannya
bebaskanlah aku
dari dibelenggu
dalam pintu kaca yg bermadu
bantulah diriku
arah mana satu
........
........
hahahaha
hahahaha
hahahaha
ibnuismail
honk honk,
tukar bunyi pulak.. he he
---------------
whatever
perasan sibuk itu bagus…
--------------
nyah lembut,
Blog ini ditulis selepas ulamak tabligh haramkan blog tabligh di internet, tahun 2006, aku suka sangat dengan pengharaman itu kerana aku bebas tulis nota tanpa perlu tashkil, harap kau faham…
-------------
sufiyyah zulkifli
kau rujuk pusat kajian cuaca..
--------------
Tujuh Kaki Dalam
: )
------------
kedaijamu
itu lagu to'ki kan?
rilek r .. ape emo-emo ni.. x baik utk kesihatan..
pon..pon..!
hehehehe
Sy ada buat entri seumpama ni baru2 ni dlm blog sy dan sy tak sangka ada org bersependapat dgn sy...hehe
Peace!
salam..
Tin..Tin..Tong..Tong.. Ahak!
Ting Tong Woha!
Suke sangat... main hon hon nie..
akak memang terasa selalu bersalah..
sebab dawlu-dawlu akak buruk sangka pada jemaah yang tinggal anak bini, yelah kan, sapa nak jaga, makan minum pakai buang.. ekekeke
tapi bila Hamka buka pulak citer bab slow dan lembu kena hon.. akak rasa macam nak sembelih jer lembu tue, sebab kenapa lah lepak tengah jalan, owang nak lalu nak dah susah.. hisss...
tapi akak pegi keje nak bas, takut nak bawa kete, huhu
-yasmin.ah
cubit paha kiri, paha kanan pon terasa. uuuh! (try sekarang!) rasa tak? aku tak rasa! AHAHAHA.
golongan 'cubit peha kiri, peha kanan terasa' ni sensitivitinya tinggi, (terlebih kesedarannya)alangkah baiknya kalau kena pada tempatnya!
Bro Hamka...good entry..topic. Keep it up & keep writing...and writing bro.
Salam...nice entry..sy da jangke entry ni akan muncul gak..huhuhu..
Manusia mmg cam tu..buksn org melayu je ade sikap cam tu..org afrika,org asli,org uganda..ramai je mcm tu..bertepatanlah dgn pepatah berani kerana benar.takut kerana salah (betul ke nih..? huhuhuu!! sental je la)
xpe la encik hamka..anggap je org2 ni adlah org2 yg dah sedar..kalu xsedar xde la dier melenting..dlm hati dier sbnr ny dier nak trima kaseh tp ego la sket..huhuhu!!
k,la ..thanks
Apa yang penting? KERJASAMA...Apa yg penting? KERJASAMA....Apa yg penting KERJASAMA....
Aslmkm.
Encik!!!!
Hehehehe. Tenang2 ye..
Untuk org yg merasa bsalah tu pttnye rs syukur sbb masih boleh membaiki keadaan. Bukannye menyalahkan org lain pulak.
Eh ke saya je yg rasa org yg rasa bersalah tu rasa dipersalahkan pdhal dieorg tk ptt rasa bersalah pun dan menyalahkan org yg salah. Eh ke camne?
Saya juga pernah rs bersalah pd diri sendiri bile mmbaca nota2 agama, nota2 agama tidak kira utk diri tuan empunya blog ataupun nota agama untuk org yg melayari blog kan sememangnya utk kesedaran umat Nabi Muhammad saw. Kalau dah buat salah, rasalah bersalah. Kalau tak buat salah, takdela rase bersalah. Ek?
~Slalu juge kene hon, ingtkn member yg tegur saya pun paling senyum.Rupenye org hon tu marah sbb sy salah masuk lane. Erk! Tak perasan di persalahkan. Masalah juge ye.
Err..mcm panjang pulak komen kali ni ye? Slalu pendek2 je. Eheh.
rilek pakcik hamka
sabo2
jgn disebabkan orang2 yg perasan dipersalahkan ni
pakcik tutup blog nie pulak
nnti sy nak bace nota rujukan agame sape?
Salam
mcm mana klu org yg "perasan disalahkn" tu xde response n xbrubah gak..
gurindam rasa
ntah? Wit wit wit wit wit.. (bunyi alarm keretalah pulak)
----------
SRI INTAN RH
Ye ke? Boleh bagi link? Nak tengok jugak sejauh mana ‘déjà vu’..
------------
yasmin.ah
Lembu kalau buat road block, Sultan dengan PM pun kena berhenti…, menyusahkan betul
----------
zawq
pepatah aku pulak,: lubang depan gembira, lubang belakang turut bersiul..
(rujuk kes: terkentut selepas bersetubuh)
-----------
god slave
good comment. Keep it up & keep writing...and comment bro.
------------
budaktangkak
pepetah aku pulak: berani kerana benar .takut kerana takut takut…
-----------
HaGiMaRu
Wonderpet, kami datang, Menyelamatkan anak lembu yang kesusahan, kami tak besar dan kami tak kuat, bila berkerjasama semua jadi mudah…!
----------
feerhan
Tak perasan di persalahkan. Itu masalah besar!
-------------
toaster
kau boleh baca blog ustaz lain,.. kadang kadang aku rasa bersalah, blog ustaz lain, ditulis dengan berilmiah, ada dalil, ada nas, bahasa indah.., tapi tak ramai yang respond.. dan tak ramai yang Tanya ustas bab hokum hakam padahal mereka lebih layak..
siapalah aku ini? Salah tulis karang boleh masuk neraka..oh!
aku Hanya seorang driver keretamayat…
--------
sufi
kembali kepada : ‘do not feed the troll’
serius x faham. uh!fikiranku masih suci. AHAHAHA.
kalau kes terkentut lepas solat subuh, bukankah sepatutnya lubang depan gembira, lubang belakang tercium bau?
itu pun, kalau anda duduk di depan, dan ada jemaah lain dibelakang. lubang hidungnya pasti tercium bau.
hasil pengalaman idup aku.. hok hok hok... org yg perasan dipersalahkan ni terbahagi kpd 2 kelompok besar.. kelompok pertama bila mereka perasan dipersalahkan mereka akan memberontak, idung mereka membesar, mereka hilang kawalan,mula mengeluarkan kata2 kesat...dan pelbagai lagi aksi luar kawal mereka lakukan.. contohnya bila karpal cakap pemuda UMNO celaka (seorg tua neh macam2) .. pastu pemuda UMNO plak balas.. dan bla bla bla...
kumpulan ke2.. mereka agak pasif.. kalau mereka perasan dipersalahkan.. idung mereka berkeadaan normal, mereka akan diam.. seolah2 seorg yg baik dan bersabar..membawa diri...org macam ni lagi susah nak berkomunikasi.. dah lah salah faham... pastu buat2 ala2 baik..biar dia je yg beralah..kononnya elooo... dikesempatan ini saya mengambil peluag untuk memberitahu orang2 diluar sana.. tolong lah jgn nak bersensertifsan sgt.. pening tol nak mengedalikan orang yang macam neh.. tolong lah jadi orang yg biasa.. jgn mengada2.. kejap2 nak merajuk.. mengendalikan org macam ni lagi letih daripada menyuapkan nasi ke mulut seekor lembu..
sekian terima kasih
huhu huda memang senang nak suap nasik kat mulut lembu..
tapi ada gak lembu yg cuba2 nak suap nasik kat mulut kita...
heh...
ada sekali tu, aku park kereta kat sebelah kereta seorang perempuan, yang mana masa tu dia tengah sibuk2 mekap dan bukak pintu kereta dia, mungkin utk dpt pencahayaan lebih kot, supaya mekap dia lebih berkesan..
aku ni dengan nak cepat masuk ke ofisnya, bagi isyarat supaya dia tutup sikit pintu kereta dia, supaya ada ruang untuk aku bukak pintu kereta aku pulak, sebab aku mudah aku nak keluar dari kereta dan nak masuk ofis cepat2..
aku mintak dia tutup sikit pintu tu, bukan aku kutuk dia mekap lebih2..
sekali balik dari opis dah malam, aku dapat nota 1 muka A4 bertulisan marker pen merah, penuh 1 muka kertas tu, diselitkan kat pintu kereta aku
dalam nota tu dia kutuk2 konon aku pakai tudung, tapi tak senang hati tengok dia mekap lebih2...
arghh...dia yang perasan bersalah..
MasyaAllah....
sy mcm terasa....
hurm...
;( lemahnya iman...
tq bang
Sebagai manusia kita x perfect. Ada kelebihan dan juga kekurangan. Untuk menulis walaupun satu perkataan pun kita perlu 'effort'. Any way aku suka baca korang punya komen. Untuk Bro Hamka jangan sensitif sangat. Dan bagi korang semua yg bagi komen tu...teruskanlah usaha anda. Wishing all of you good luck..
Manusia bijak membuat justifikasi. Pemikiran kreatif seorang manusia, bijak sekali mencari ruang-ruang di celah hukum untuk mengharuskan perlakuan mereka.
‘KEBIJAKAN’ BANI ISRAEL DAN TANGKAPAN IKAN SABTU
Seperti gelagat Bani Israel yang diharamkan bekerja menangkap ikan pada hari Sabtu. Tujuannya ialah supaya hari itu didedikasikan sepenuhnya kepada ibadah khusus mereka kepada Allah.
Namun kaum yang bijak ini, pantas bermain helah.
Kreativiti minda mereka digunakan untuk memasang perangkap dan jaring supaya ikan-ikan itu tersangkut dengan sendiri tanpa mereka sendiri melakukannya dengan tangan. Justeru bolehlah dihujahkan dengan bijak kepada Allah bahawa mereka tidak menangkap ikan, sebaliknya ikan itu yang tertangkap sendiri, dan halal benarlah perbuatan itu bagi mereka.
“Salah ikan, bukan salah kami!” barangkali begitulah helah mereka.
Firman Allah Subhanahu wa Ta’aala:
“”Dan tanyakanlah kepada mereka (wahai Muhammad) mengenai (penduduk) bandar yang letaknya di tepi laut, semasa mereka melanggar larangan pada hari Sabtu, ketika datang kepada mereka pada hari Sabtu itu ikan-ikan (yang menjadi cubaan kepada) mereka, yang kelihatan timbul di muka air; sedang pada hari-hari lain, ikan-ikan itu tidak pula datang kepada mereka. Demikianlah Kami menguji mereka (dengan cubaan itu) kerana mereka sentiasa berlaku fasik lagi durhaka” [al-A'araaf 7: 163]
Mereka membelok hujah ke sana sini untuk menyedapkan hati sendiri. Apabila akal fikiran yang dikurniakan Allah digunakan untuk menipu Allah, turunlah darjat manusia kepada kerendahan yang hina. Akal dikurniakan Allah kepada manusia agar dengan akal itu manusia tunduk mentaati-Nya, bukan berputar belit mencipta alasan menipu Dia. Akal yang digunakan untuk menipu Tuhan, adalah sebuah kehinaan terhadap kejadian manusia.
“Asfala saafileen,” kata al-Quran.
Justeru mereka beralih kejadian, dihukum Allah menjadi makhluk yang lebih sepadan dengan kerendahan itu:
“Dan sesungguhnya kamu telah mengetahui (bagaimana buruknya akibat) orang-orang di antara kamu yang melanggar (larangan) pada hari Sabtu, lalu Kami berfirman kepada mereka: “Jadilah kamu kera yang hina!” [al-Baqarah 2: 65]
ummuaiman
NApe sume maen bunyi2 hon nie?
Nak amen jugak la..
Nee Noo Nee Noo (bunyi ambulan)
Aku pun pernah "perasan disalahkan"..
bro hamka tulis artikel ni mungkin sebab bro sendiri perasan disalahkan.... btul x?
Zawq
: )
----------
nurul huda
sama-sama
---------
kedaijamu
makan burger lembupun sodap..
-----------
faz
ha ha! Gelak aku baca komen kau, aku bayangkan perempuan tu muka dia macam Zizie Ezette..
bini aku jeleslah tu aku sebut nama Zizie Ezette.., woha!
---------
anak kucing
bukan kau, orang yang komen tu aku dah delete, permanent delete.., he he
------------
God slave
Thank you
---------------
Ummuaiman
Bagus, aku belajar lagi satu ilmu yang baru..
Tengok, siapa kata tulis blog tak bagus!
Eh, justifikasikah ini?
-----------
AziRa
Dan aku pulak perasan sibuk..
makluman, perasan di salahkan merujuk kepada entry-entry yang dah lama, tapi korang baru perasan di salahkan lalu marah kat aku kat komen dan email..
sebagai rujukan, ada banyak lagi komen yang aku tak delete kalau kotang nak baca:
http://keretamayat.blogspot.com/2008/01/apa-itu-imun-iman.html
komen mencecah: 200, paling tinggi dalam semua entry, patut aku letak link dalam top ten, tapi sebab komen berbentuk 'perasan disalahkan' maka bayak gak aku delete, tapi sebab aku perasan sibuk, banyak lagi aku tak delete..
namun, kadang-kadang, menghiburkan jugak baca komen mereka..
semoga Allah ampunkan dosa mereka
baik slhkn diri sndiri dlu sblm slhkn org len...tp ni cam kes dh myesal la plak..hehe..
salams..
kasihan orang yang perasan disalahkan.. mesti ada yg tak kena, atau perasan padahal orang lain takde perasaan..
aku pula jenis yang buat-buat tak perasan, teruk juga.
haha!
ini cara en.hamka menulis, aku suka.
tapi aku fikir balik, agak kasar dengan bicara bodoh atau bangang walaupun sekadar tulisan. emo ke en.hamka? ya ini nota sendiri yang aku tumpang baca, sebab aku suka.(nasihat agama yang santai) aku tak suka kalau en.hamka kata aku slow walaupun aku perasan yang aku slow.
ikut sunnah dalam amalan, perlu juga ikut sunnah dalam bicara...
salam maulidurrasul.
~orang luar~
sy sgt2 tertarik dgn penulisn dan peribadi bro hamka. teringin nak dgr bro hamka bg ceramah. n suka sikap bro hamka sbg sorg suami. err..bro hamka ade 3 borg kosong lg kan? nak isi blh?.. hehehehe (just kidding)
:) xkesah la kalo seseorang tu ade perasaan sensitif yg tinggi ke ape ke..(mmg semulajadi) tp yg penting, kena belajar cmne nk handle..slalu be positive..
akhir kate.. PINNNNNNNNNNNNNNNNNNNNNNNN!!!!!!(kepada hamka) :p
.harumsuburdihati.
Salam bro Hamka,
Tertarik dengan cara penulisan bro yang selamba dan berbau keras. Betul, blog (menulis) boleh jadi medium dakwah untuk diri sendiri, dan masyarakat yang terbuka menerimanya.
Dari sini kita boleh belajar kenal diri dan perasaan2 sesama insan.
Anggaplah blog sebagai cara untuk kita sama2 berpesan kepada kebenaran dan kesabaran. Apa yang orang lain terasa dengan tulisan kita, kita juga mungkin terasa dengan tulisan orang lain. Sbb kita sama2 insan yang lemah.
Yang penting, kita menjadi insan yang sentiasa belajar perbaiki kesilapan.
"Janganlah kamu merasa dirimu mulia berbanding orang lain. Solat berjemaahmu tidak membawa erti jika penyakit berbangga diri tidak diubati".
Hamka ko layan jgk lagu wonder pet tu ek...hehehehe..
Macam ni la...tk payah orang dewasa la...budak kecik pun selalu perasan diri mereka disalahkan..contoh senang...sorang budak 4 tahun terus cakap.."ini bukan saya yang buat pecah pasu ni " dan terus menangis dengan kuat dan kuat dan kuat....padahal kita tk cakap pun dia yg buat..
itu baru budak kecik...oh..
So kalo yg dah tua bangka merajuk perasan disalahkan..kalo leh cakap elok2 cakap la..kalo tak buleh doakan jer la..moga Allah bagi ilham kat org2 sengal b'kenaan...
salam....
huhu...aku slalu terasa hati ngn penceramah bile die bercerita ttg org yg berdosa...
aku la 2...
yg slalu x syukur ngn nikmat kurniaan...
yg slalu wat dosa...
hukhuk...
nk ckap lebey2, t ade org pk aku ni baik...
padahal aku x ler baik...
insan biasa yg hidup dlm keadaan biasa, tp dosa jer luar biasa...
thnx for the nice entry!
thumb up 4 u!
oops....xleh puji lebey2...
'org yg menegurku adlah sahabat ku....
org yg memujiku adlh musuhku...'
...antikapel...........
Salam Owner of the Blog,
Ur writing jelas memberi kesedaran kepada pembaca yang macam saya ni.. baru 2 3 hari lepas (semalam baru ok..) tah apa apa ja yang manghantui kepala otak ni.. buat rasa begitu sensitive, sikit2 nak merajuk & nak marah.. walau pun teguran atas sebab kesalah yang di buat sendiri.. teguran pun bukan yg nak mengutuk tetapi utk membina.. apalah diri.. kan tak ke bangang tu & merugikan diri sendiri sebab menunjukkan kebodohan diri.. malu kat suami tercinta..
tq penulis sebab awak dah sedarkan saya pagi2 ni.. & membuatkan saya akan lebih berhati2 dari membuat benda2 bodoh yang tak de makna nya.. salam
~~Noli
hehe..
-----------------
~orang luar~
salam maulidurrasul.
------------
cendera_wasih
kenapa just kidding?, bab, cerai, talak dan poligami jangan main-main..
Tapi syarat yang aku akan bagi adalah ketat, ha ha ha!
------------
.harumsuburdihati.
Jangan main hon, nanti habis bateri…
----------------
Aku
Aku setuju dengan aku, terima kasih : )
-----------
HaGiMaRu
Semoga Allah ampunkan dosa aku, kau dan mereka..
-----------------
...antikapel...........
Bagus orang melayu, sebab sifat malu memuji sudah hilang bila tiba dunia blogesfera, tapi sifat suka mengkeji jugak bertambah.oh
--------------
AkuSedar
Kau ada suami yang bagus, dalam dunia ni ada ramai lagi wanita yang mati tanpa suami,..
Bagus sudah tersedar, yang jadi masalah, nak kekalkan kesedaran..
Hamka, nk tgk link, tgk kat cni ek..
http://qurraqas.blogspot.com/2009/02/usah-perasan-dengan-penuh-perasaan.html
bilal tu buka perasan disalahkan. kan?
memang betul imam tu tuding jari kat dia, kan?
jadi, bukan perasan lagi, memang betul dipersalahkan.
: )
Post a Comment