Mar 5, 2009

Siapa Hamba?

(Masih sempat untuk aku edit balik dan mulakan azam baru tahun ini rasanya, terima kasih strikethrough)

Apalah punya lembab aku ni, umur dah sebaya superman baru pandai guna html sikit-sikit, itupun setelah ada antara korang yang sanggup sabar ajar aku yang dah tua ni tentang teknologi lama yang aku sengaja terlepas pandang...

Cerita bermula apabila ‘blog nota kepada diri aku ini’ di nasihat oleh korang yang mengaku sebagai peminat setia, agar buang perkataan kasar seperti ‘bodoh’, ‘bangang’, ‘bengong’ dan lain-lain…

"Kau kena ikut sunnah Nabi Hamka," kata mereka..

Betul., dan aku mengaku, bila aku tulis, kebanyakkanya spontan, lepas post, baru menyesal, mana yang sempat aku edit, aku akan edit, tapi kebanyakannya, aku tak edit sebab perasan sibuk.. oh!

Kemudian aku fikir balik, kalau aku edit, mungkin banyak makna asal atau maksud ayat yang aku nak tulis akan jadi tak sampai, atau hilang ‘bisa’ asal entry tu untuk menyegat diri sendiri, maka aku mintak tolong pada korang yang jauh lebih pandai bermain html agar ajar aku untuk potong perkataan tu tanpa padamkan ayat tu, potong macam kita potong karangan guna pen, yang bermaksud kita tersalah, dan nak betulkan balik…

Kata pembaca 1
Bro, kalau nak potong ayat tanpa padamkan ayat..taruk html tags just tukar huruf b, i or a tu jadi s kat awal & akhir perkataan yg nak dipotong mcm guna pen (strikethrough)

contoh ni ada space, kalau nak guna dlm blog buang sumer spaces : type <> perkataan yg dipotong mcm guna pen < / s >


Aku kata:
< / s >bodoh< / s > aku buat camni, betul ke? Tapi tak jadi..

aku tak faham lagi.., aku slow bab duniawi ini, (bab akhiratpun slow gak..oh!)

Kata pembaca 2
Cara nak potong ayat tu dengan pen..

Kalo guna microsoft word:

1. Highlight perkataan tu.
2. Klik kat format --> font.
3. Pastu kat yg kotak kecik bnyk2 kt bwh tu, tandakan samada "Strikethrough" atau pun "Double strikethrough".
4. Klik ok.


Selamat Mencuba...!!

Aku kata:
Buat kat Microsoft Word, ok, tapi bila paste kat template blogger, tak jadi, macam mana ni?

Kata pembaca 3
bro hamka patut wat <> ayat < / >,kalau 2-2 penutup mmg x jadi..

Aku kata:
Tak jadipun…

Kata pembaca 4
Macam ni:
[s] testing testing [/s]


Kata aku:
Tak jadi lagi, pening kepala pakcik…

Kata pembaca 5
Pakcik Hamka.. cengginilah..

bukan < / s > bodoh < / s > tapi....

camnih.. <> BODOH < / s >...


Kata aku:
Sama jer, tak jadipun… nak menangis dah ni..isk..

Kata pembaca 6
salam en. Hamka...

cara nak letak strike tu...
gi kat edit post, pastu klik 'Edit HTML' kat belah atas kanan kotak tempat tulis entri tu...

pastu cari la perkataan BODOH tu... then wat camni <> BODOH< /s>... pastu cuba klik 'Compose' lak... letaknya kat sebelah Edit HTML tu... tengok jadi ke tidak

pastikan takde ruang antara '<' dgn 's' dan '>'

juga utk penutup tu jangan ada ruang antara '<' dgn '/' dan 's' dan '>'

selamat mencuba

Aku kata:

BODOH

Woha! Akhirnya aku berjaya maju setapak lagi dalam dunia yang penuh kemajuan ini, aku berjaya padam tulisan tanpa delete, oh! Lihatlah dunia… terima kasih kepada isteri yang akan tidur awal sebaik aku menghidupkan laptop, dan apabila terjaga dari tidur melihat aku masih menulis lalu buat teh tarik dan tidur di sebelah dengan seksi yang buat aku terpaksa offkan laptop, terima kasih juga kepada anak-anak yang memahami, remote TV yang memahami, kereta yang tak terbasuh, lalang belakang rumah yang semakin panjang, dan buku buku berilmiah yang tersadai berlipat di awal bab tanpa sempat aku sambung, terima kasih kepada DVD yang tengok sepuluh minit dan pause dan dah lama tak sambung tengok sehingga lupa intro..

Walaubagaimanapun, aku tetap perasan sibuk buat aku tak ada masa nak edit entry lama yang ada perkataan kesat dan kasar, oh.., patut korang ajar aku guna software dalam betuk searching and action yang mana cukup aku edit satu ayat, lalu satu program akan trigger dalam julat blog yang dialamatkan, korang faham tak?

Maka, untuk menzahirkan ‘taubat’, aku akan amal ilmu yang aku baru tahu ni dalam entry baru, sebagai wakil kepada semua entry lama, sebuah entry yang di tulis secara spontan, yang di tulis dengan penuh kemarahan, di tulis melepaskan geram kepada diri sendiri, kepada kawan kawan yang aku kenal dan mereka yang berkenaan, terimalah entry lepas geram versi edit html…

****************

Siapa Hamba?

(Elok dibaca sepuluh minit sebelum makan tengah hari)

Korang pernah tengok Hamka? Eh silap, korang pernah tengok Hamba?

Hamba yang bertugas memberi khidmat pada tuannya, alahai, korang boleh bayangkan rupa hamba sebagai seorang lelaki yang berkulit hitam, bertubuh kurus tapi ototnya keras, jarang pakai baju dan berkaki ayam, untuk lebih jelas gambaran, korang boleh bayangkan rupa Barack Obama..

Nota: kepada Barrack Obama, tolong jangan perasan disalahkan,

Sambung balik, korang pernah tengok Hamba?Ya! Maksud aku Hamba manusia, hamba yang dalam buku sejarah atau dalam TV misalnya,… pernah?

Korang tahu ciri-ciri hamba?

Tak payah aku cerita banyak, salah satu ciri-ciri hamba adalah, mereka akan datang segera apabila di panggil oleh tuannya.

Tak kira apa kerja yang sedang mereka lakukan, mereka akan datang serta merta menyahut panggilan tuannya.

Sedang makan ke, sedang berehat ke, sedang buat kerja ke, sedang korek telinga ke, sedang baca blog ke, dah tak kira apa dah, mereka wajib datang mengadap tuannya, sebab mereka sedar siapa mereka…

Mereka sedar mereka adalah hamba kepada tuannya…

Tapi korang ni, (termasuk aku) apabila Allah, Tuhan semua hamba dan raja panggil korang suruh datang solat di masjid 5 kali sehari semalam, boleh pulak tak datang?, atau boleh pulak melengah-lengkan solat? Nak mampos?

Perasan sibuk konon, ada kerjalah, penatlah, nak makanlah, nak korek telingalah, nak tengok Tvlah, nak update bloglah, nak baca blog keretamayat sekejaplah, apa kejadah ntah!

Lepas tu mengaku hamba Allah?

Korang Hamba Allah atau Hamba nafsu? Atau Hamba kerja? Atau Hamba TV? Atau hamba internet?

Nak mampos?

Mangkuk!

Bodoh!

Bahlol!

Apa? Tak puas hati? Nak pukul aku?

Jom jumpa aku di semua saf hadapan masjid korang masing-masing…

Jom.!

Ps: Itupun jika korang Hamba Allah…

(Jom-jom-jom, jom heboh heboh! Lagi 15 minit azan zohor… Jom-jom-jom, jom heboh heboh!

(SEKIAN TERIMA KASIH)

64 comments:

Anonymous said...

salam..
cmne ak nk oin kereta mayat ni??

Anonymous said...

salam..
cmne ak nk join kereta mayat ni??

Hamba said...

kau tak tahu? jadi mayat dulu, lepas tu joint bilik mayat, baru boleh joint keretamayat

heal man said...

yang penting hatiku dapat kau tawan..

nurhidayah said...
This comment has been removed by the author.
nurhidayah said...

salam..
hehe..antare yg terawal komen..
komen yang last2,orang lain dah x nak respon kt pertanyaan saya haritu,abg hamka n sorg dua je yg sudi jwb.
alhamdulillah
caya la abg hamka..
hehe..
hamba ..tersedar diri bersalah
entry yg dlu pn masih berat nk amalkan..
doakan sy ye.
jika abg hamka perasan free,mari la datang blog sy,
jika perasan rajin,
komen la pasal blog sy secara general je.
click je kat nama saye.

N.U.@ said...

terima kasih, akhirnya saya belajar juga nak buat apa yang bro tak pandai dan saya tak pandai buat... akhirnya kita sama-sama pandai. Thank you thank you!

Syukri Someone Something said...

nak dapat status hamba mmg payah bek jd manusia je.. :)

an2blur said...

teruja sungguh beliau dengan code strike itu.
hahaha.

ok.
biasalah, kita semua hamba.

semua orang akan teruja dengan perkara baru,
tapi berapa org yg betul-betul teruja dengan yang 'lama'.

nothing but true.
peace.

limaumaniss said...

nak jadi hamba pon payah...apatah lagi nk jadi raja, sultan, YB...bla bla bla dan sewaktu dengannya......oh duniawi!!!....

tahniah sbb dah pandai HTML...sory la aku mmg sibuk, (bukan perasan sibuk), x dan x sempat nak perturunkan ilmu...heheh...

anak kucing said...

salam...

urm sy plak langsung tak tau nak uat code tu. errrr camner nak bukak html?

sy mcm pnah dgr ceramah, ad ustaz tu ckp, kiter ni ngaku hamba Allah, tapi Allah ngaku ker kiter nie Hamba Allah?

isk...

Hamka said...

Hamba

Aku tak faham soalan, nak joint pergi mana?

--------
heal man

mana datang cahaya? Bukalah tajuk cerita, siapapun kau ku sudi terima..

(menyanyilah pulak)

-----------
Nurhidayah

Entry lama takde orang respond sebab aku tak letak lin ‘new’ tapi takpelah, sebab aku tak nak komen jadi meleret, biar yang peting jer..

----------
N.U.@

Ha ha, aku lebih cepat pandai dari kau

----------
Syukri Someone Something

Manusia boleh jadi lebih hina dari binatang, tapi hamba, boleh jadi lebih mulia dari malaikat..

------------
an2blur

aku hanya manusia biasa,

-----------
limaumaniss

tu lah tu!

-------------------
anak kucing

ha ha! Ada lagi orang yang tak tahu, aku ingat aku sorang jer yang ketinggalan zaman..

untuk belajar html, sila trial and error..

berlagak pulak aku ni..oh!

Anonymous said...

salam..

pada hamba.. siapa kah tuan hamba sebenarnya.. hamba lihat tuan hamba kelihatan gusar, gundah gulana, semacam ada persoalan yang berbuku tetapi tiada ketemu jawapannya..

perlukah hamba membantu tuan hamba agar merungkai persoalan berat yang membebani tuan hamba..?

..begini hamba hanya ingin bertanyakan tuan hamba..
siapakah tuan hamba yang sebenarnya?..

pada hamba.. (ulang jawapan di atas)

woha! hamba bernama Abdullah..
yelah.. semua kita hamba Allah..
tak der nama lain ker?..
.. emm malu nak guna nama lain sebab nama lain tidak membayangkan maksud, tujuan dan ciri-ciri nama itu..

uhuk!
- Pak lah..
(paggeylan manja)

famil said...

serius rupanya, ingat main main tak tahu guna < s > < / s >

faz said...

Hamka,
at least ko ada daya usaha nk belajar html walaupun pada usia yang mana saiz seluar kau dah 35..

aku belajar html masa dulu tahun 97- 98 pun dah lupa banyak...

mudahnya lupa...

Luqiem said...

Assalamualaikum...

Hamba... Aku rasa diri ini masih lagi hamba dunia... dalam diri aku ni masih tebal kebesaran dunia...

Nak mengaku Hamba Allah... bila Allah panggil sengaja aku pekakkan telinga, sengaja buat itu buat ini... semuanya kerana aku masih berhambakan dunia...

Kerja Allah aku banyak tinggal, sengaja tinggal... Semoga Allah tunjukkan jalan yg lurus kepada aku...

--------------------------------

Hamka, kita ni senasib jg laa... aku pun baru juga dalam bab meng-html-kan blog aku tuuu...

X cayer, tengok arrr... klik jerr

Tujuh Kaki Dalam said...

aha!

sekali dgn aku2 dapat belajar nak buat garisan bila salah takyah delete.

terima kasih! terima kasih!

Herol said...

Salam...

Aku org yg perlu di igtkn dan di takotkn tiap ari...dgn bace blog ni lh menakotkn diri aku ngn azab ALLAH..teroknye aku..tiap ari aku kena bace entry2 lame hamka..sedih ngn dri sndri..xsedar dri lgsg aku ni..aku sekadar hamba ALLAH..tp prgai cam bos..YA ALLAH..Ampunkn dosa aku yg tinggi melangit..

Herol...

Herol said...

Sepatutnye aku hanya perlu bace AL-QURAN n fhmkn mksd2 die..byk tntg azab ALLAH kn..JAHILNYE AKU..

Anonymous said...

Salam saudara hamka. saya ada sedikit pertanyaan ni. boleh xsy dapatkn email saudara?

cendera_wasih said...

wahh....bro hamka da maju setapak
tahniah2..
err..mne nak dpt 3 borg kosong tu ye? nak isi 1.hehehe

dilarangmelarang.com said...

http://dilarangmelarang.com/

ini lg advanced

Anonymous said...

insaf..

kesedaran demi kesedaran
akhirnya...

jadi mayat.

toaster said...

haha

Anonymous said...

Salam Hamka

Wa rasa sejak dah pandai/mahir guna HTML tag utk strikethrough tu mcm kureng pulak maksud/message yg nak disampaikan. Mungkin 1 cara adalah dgn replace/gantikan perkataan yg dirasakan "kasar" tu dgn sinonim yg berbau "politically correct" di sebelah perkataan yg di-strikethrough. Amacam syor saya; kalu terima, istighfar; kalu tak, alhamdulillah...

iZar

Anonymous said...

aku slalu jd hamba yg lupa pd penciptaNya,,,
bila kawan aku ajak makan, laju jer aku ikot...
tp, bila kawan aku ajak solat, bnyak tol alasan...
huhu....
same2 muahasabah diri tuk kehidupan lebih baik...

teringat 1 entry keretamayat yg dulu2 pasal tukang rumah yg nk siapkan rumah, tinggal 1 batu jer nk tarok...
tp, bile dengar azan, terus g solat...

mana lebey penting?
ALLAH k batu?
kadang2 aku rase batu tue lebih penting...sebab kalo aku kt tempat org tue, aku akn sipkan dulu semen batu 2 baru p solat...
oh!
alangkahnya kejam n zalim nye aku pd Penciptaku...

smoga ALLAh mengampuni dosa2 ku n korang semua....

antikapel...

Aku said...

Salam,

Wakaka...aku ingatkan aku sorang aje yang lupa dunia luar bila masuk dunia cyber ni, sampaikan kereta pun lama tak basuh.

Walaupun manusia ni khalifah, tetapi kita tetap hamba Allah.

Kenapa wahyu Quran mengajak kita belajar kenal Tuhan Yang Mencipta?

Sebab segala ibadah kita takde ertinya jika kita belum kenal siapa Allah yang nak kita dambakan ketaatan (ambil pelajaran dari kisah iblis).

Telah berulangkali terjadi, umat yang dilahirkan dari keturunan agama para Rasul terdahulu akan jadi lalai mengenal Allah (bila berbangga diri dengan status agamanya).

Mereka anggap panggilan kepada Allah hanya setakat beribadat ritual. Mereka lupa untuk belajar kenal Allah dengan melihat tanda-tanda KekuasaanNya pada penciptaan alam semesta. Dengan kata lain, mereka lalai belajar dan membangunkan akal fikiran sehingga hidup mereka kini sama seperti binatang ternak.

Syukri Someone Something said...

Manusia boleh jadi lebih hina dari binatang, tapi hamba, boleh jadi lebih mulia dari malaikat..--> ermm akn dapat makam malaikat tu, ada kot makam tu.. tpkan status hmba x pernah merungut,x pernah nak bantah ikut je ckap tuan Dia..bley ke kita jadi mcm 2?
aku nie duit gaji masuk lmbat udah nak merungut,maki hamun bos haha adakh kita tergolng dalam golongan hamba??

Hamka said...

Pak lah..

Aku sayang Pak Lah dan Nik Aziz..

----------
famil

ini serius……(wonderpet)

-----------
faz

saiz seluar aku dah turun 34, harap maklum

----------
Luqiem

HTML,= Hamba Tuhan Mudah Lupa..

----------------
Tujuh Kaki Dalam

Ha ha, aku mendahului orang muda bab ilmu dunia, woha!

----------
Herol

Betul, pandai, bijak..

---------------
Anonymous

Ha ha, ada orang lebih teruk dari aku, bukan setakat html, nak cari email akupun tak tahu kat mana, nah, aku jimat masa kau, keretamayat@gmail.com

Ps: jangan email tanya padal html ye?

--------------
cendera_wasih

format belum buat lagi, tapi boleh mintak draft kat bini aku.

--------------
dilarangmelarang.com

rendah diri aku rasanya banding dengan kau..

err, tolong create program sercing and action and trigger

boleh?

--------------
Toaster

Berani kau gelakkan aku?

--------------
iZar

Senang cam gini, kau teruskan istighfar sampai 100, dan teruskan zikir alhamdulillah sampai 100...

Keputusan mesyuarat akan di ambil dari bawah pokok..

-------------
antikapel...

bila kita boleh kapel?

--------------
Aku

Tapi aku pelik, ramai ‘binatang ternak’ yang ada masa basuh kereta sampai kilat, tapi takde masa nakbasuh hati mereka..

Err, tolong jangan perasan disalahkakan..

-------------
Syukri Someone Something

Orang yang merungut gaji lambat adalah orang yang nak mati cepat, sebab bila tarikh 25 hb jadi tak sabar, maka itu tandanya kau nak mati cepat..

Err, mati cepat itu bagus.
Tapi bahagia bila ada duit itu tak bagus..

Sekali lagi, tak tuju pada sape sape, dan tolong jangan perasan disalahkakan..

Bukan kau shukri, orang lain

marie said...

Alhamdulillah, akhirnya ko berjaya berhtml bro..Tahniah!

Ilmu kita di dunia ni hanya umpama setitis air dari lautan luas..owh, ceteknya ilmu aku!

Syukri Someone Something said...

hehe tuhan x bg mati lagi mungkin ade benda Dia suh wat lagi 2.. hehe
konfom hamba ni x ley jadi hamba..
hehe

Anonymous said...

tumpang tanya, html tu apa?

-laritopik-

pembaca said...

Salam en. Hamka,

Tahniah berjaya gak akhirnya...
usaha tangga kejayaan...
sekali gagal bukan bermakna gagal selamanya...

cewah! ngada-ngadanyer ayat...

ok.. pd sesiapa yg tak tau HTML dan teringan nak amik tau... sila pegi kat sini http://www.w3schools.com/html/html_intro.asp

selamat belajar!!!

Anonymous said...

Assalamu'alaikum...

Siapa hamba?? Hmmm..

Aku terjumpa link ni.. Best pulak aku baca (n kna amik iktibar) --> (http://tanbihul_ghafilin.tripod.com/kisahbagindarasulullahsaw.htm)

Sape curious bleh klik.. (^_^)

[bakalmayat]

kedaijamu said...

nak dpt darjat hamba bukan senang
satu2nya org yg di panggil hamba dlm Quran cuma junjungan besar kita je.....
berusaha agar dpt darjat hamba
tiada cara lain....
kena ikut sunnah 100 peratus

zawq said...

seorang hamba itu harus 'sadar', dan 'sabar'. dari hal inilah akan lahirnya, 'redha'.

kedaijamu, saya ada kemusykilan. apa benar yang dipanggil hamba (dlm al-Quran) itu hanya nabi kita muhammad? TQ.

Anonymous said...

"Manusia boleh jadi lebih hina dari binatang, tapi hamba, boleh jadi lebih mulia dari malaikat.."

setuju dgn HAMKA.. :)





quote from : anjakan paradigma oasis@106 mlm td

anggaplah apa yang dikurniakan ALLAH kpd kita sebagai hadiah yang terbaik apa adanya dan berbahagialah anda selamanya..

*walau apapon terjadi..berjalanlah tanpa henti.. ;)

.harumsuburdihati.

Amin007 said...

waa satu ilmu baru,
nak try buat kat komen

hamka adalah hamba

cuba lain pulak

[s] hamba adalah hamka [/s]

ah pening kepala aku :D

Hamka said...

Marie

Lepas ni aku belajar html, sekali korang bukak blog aku, 20 sen akAn MAsuk akaun aku, ada TAK PROGRAM HTML MACAM TU? WOHA!

OPS! TERTEKAN CAPLOCK..

-----------
Syukri Someone Something

JIKA KAU FIKIRKAN KAU BOLEH, KAU BOLEH MELAKUKAN..

(arg, terlupa nak clear caplock lagi)

------------
laritopik-

HTML- Hamba Tuhan Mudah lupa…

--------------
pembaca

cukuplah belajar html tahun ni, tahun depan pulak,

kena slow-slow, cakap bini aku..

he he

-----------
[bakalmayat]

Kadang kadang, ilmu yang terbuka untuk kita, tidak untuk orang lain…, kau faham kan?

-------------
kedaijamu

setuju dengan zawq apa benar yang dipanggil hamba (dlm al-Quran) itu hanya nabi kita muhammad?

--------------
Zawq

Akupun masih jahil..oh

------------
harumsuburdihati.

Rumah aku takde astro..

--------------
Amin007

Kalau pening kepala, cuba makan 100 biji penadol, tapi sebab panadol takde kuasa, makan 2 biji cukup ambik syarat berusaha..

Lagi baki 98 biji, post kat aku..

He he

Syukri Someone Something said...

hahaha
best2 :)

Anonymous said...

bro hamka..
ang cm perli aku jer pasal nick antikapel ni?
huhu....
tp, aku nk kapel ngn ang dlam blog ni...kiter semua berkapel2 dlam menyebarkan dakwah islamiyah...
huhu...

antikapel....

ibnuismail said...

salam...saye hamba...x caya..lawat sayenye blog...hahhahah

www.usahamba.blogspot.com

iklan sket..jangan mara ye cik hamka

p.s: cita2 aku nak mati sebagai hamba Allah...

HaGiMaRu said...

Ko ni ada unsur-unsur kelakar tau HAMKA...tp orang yg ada sense humour ni dia jarang nk gelak dengan lawak org lain...macam ko la sbb tu ko tidur time ceramah ustaz yg ko crita dalam entry sebelum ni...hehehe..

Tahniahlah sbb dah belajar satu ilmu duniawi dan harap ko dapat sejuta kebaikan di akhirat bila ko gunakan dan amalkan.....

Aku tknak la hipokrit, kat dunia ni manusia mmg dah banyak jadi hamba kepada benda2 lain...cam ni la..

1) Hamba Harta
2) Hamba Maksiat
3) Hamba Hiburan
4) Hamba Seks
5) Hamba kereta
6) Hamba laptop
7) Hamba TV
8) Hamba Blog
8) Hamba kerja
9) Hamba makan

tah yg keberapa baru nak mengaku yg sebenar2nya kita ni HAMBA kepada ALLAH (MAJIKAN?TUAN sebenar kita)..takutnya aku...oh..

Aku nak menjalankan tugas sebagai Hamba kepada Allah jap..(solat Isyak )..

tp aku pun tk tahan nak jadi HAmba TV jap lgi..ader crita best...oh...

toaster said...

ehe...
rilek la pakcik hamka
sy bukan gelakkan pakcik
=)

pakcik, tadi sy dakwah kwn sy atas motor
time tu moto sy terserempak ngan moto die atas jalan
kami bwk side by side le
then sy amik peluang ini utk berdakwah
tu dikire bidaah hasanah jgk ke?
hehee~

Aku said...

bro,

Basuh kereta tu sebab orang lain boleh nampak. Basuh hati sape yang nampak? Melainkan tuan punya diri dan Allah aje yang tahu.

Hanya insan yang nak sucikan perhubungan dgn Allah aje akan basuh hati sampai berkilat.

ummu said...

salam bro hamka..komen ni sy taip pas baca komen yg dapt entry tertinggi (apa itu imun iman)n jugak pas layan cita budak kelantan..bro tgk xg?..hmm..so feel menaip pun mcm "perasaanku terganggu" sikit..hmm (mengeluh kedua kalinya)

betapa dunia realiti skrg begini rupanya..(speechless)sy hanya budak kampong.

anyway tahniah! n sy slalu support bro!samada tika kamu dikeji n dipuji..niatkan kerana Allah..insyaAllah kebenaran pasti akan tertegak.

Che Lin Cun said...

saya pernah jumpa bertentang empat mata dgn sebilangan hamba dan juga hamka.

wahidah said...

salam Hamka, lama sgt dah tak kc comment kat cn,hih...ermmm apa pendpt cik Hamka psl "Wahabi"???

Takbir !

cendera_wasih said...

haa...cam ne plak dgn hamba blog?
up date blog, baca blog, komen blog..tp tggjwb lain tertangguh?
err...format borang da siap?
huhuhu

Anonymous said...

salam..

Bahlol!

Apa? Tak puas hati? Nak pukul aku?

Jom jumpa aku di semua saf hadapan masjid korang masing-masing…

Jom.!

Ps: Itupun jika korang Hamba Allah…

Point 1 = Hamba Allah,

Teruk kan orang tu?, perasan suara bagus, azan merdu tapi malaikat tak dengar..

Dan ini “bukan tempat sini, tempat lain”..

Point 2 = Diiktiraf

(Jom-jom-jom, jom heboh heboh! Lagi 15 minit azan zohor… Jom-jom-jom, jom heboh heboh)

Point 3 = Buat persediaan Awal

Nasihat aku kepada korang yang perasan disalahkan setiap kali baca entry aku, agar tidak melatah sebaliknya cepat-cepat membaiki ‘kesalahan’ yang orang lain perasan atau belum perasan maka korang selamat dari menjadi mereka yang otak slow, lembab, cepat merajuk dan mudah beremosi.., kerana hakikatnya mungkin korang tidak bersalah cuma perasan disalahkan..

Point 4 = Selalu kena rasa bersalah terhadap amal yang belum pernah Allah swt 'confirm terima' -takut tidak diterima dan harap diterima.
yang penting telah buat yang 'the best dan terbaik menurut cara Nabi SAW'

Moral of the story, janganlah menjadi macam bilal yang perasan di salahkan dari entry yang lepas yang buat beliau rugi di dunia dan akhirat jika tidak kembali ke pangkal jalan…

Faham?

Ps: …atau jangan jadi lembu

Point 5 = Doa lah jadi lah lembu kerana tiada penghisaban di akhirat untuk lembu, binatang ternak, tumbuh-tumbuhan, binatang berbisa..

-kayu yang dimakan anai-anai

baltar said...

Salam encik hamka..nice blog to read..teruskan usaha untuk memperbaiki diri dan mengajak org memperbaiki diri..

mYwaY - i am a human.. said...

potong..jgn x potong..
belajar slow2 ok..akupon dpt blajar jugak..oh ilmu dunia..

doakan aku agar dpt jadi hambaNya..yg SENTIASA patuh pdNya..

OPPSS..TERGUNA CAPSLOCK PLAK..

Anonymous said...

assalam,nak komen fasal artikel

Feb 27, 2009
Siapa yang bersalah?

bukankah menuntut ilmu itu lebih wajib dari perkara yang sunat.. aku rase hang nie ilmu x cukup lagi dan menyesatkan orang pula.. memang hang tulis nota utk diri sendiri tapi orang lain pun ikut bace artikel yang sesat nie....memang dasar tabligh.. iman amal..iman amal..iman amal..itukan slogan tabligh..yang nabi ajar.. ILMU iman amal.. baru la betul..

Hamka said...

Syukri Someone Something

:)

-----------
antikapel....

perasan bersalah takpe, jangan perasan di salahkan.., : )

-------------
ibnuismail

cita cita kau sama dengan cita cita semua orang yang macam kau atau tak macam kau..

------------
HaGiMaRu

Adik perempuan aku ada sebelah ketika aku update blog, baru aku tahu rupa-rupanya hagimaru tu satu watak macam shin chan dan ada tayang kat astro..

Huh! Banyak lagi yang aku tak tahu.., dan dari nama nick korang, boleh pulak aku tahu apa yang aku tak tahu..,

Contoh nama anak bungsu aku, HAZQIL, nama nabi zaman nabi Musa, ramai yang tak tahu dan dapat tahu bila berkenalan dengan bakal menantu mereka, begitu lebih kurang..

------------
Toaster

Lepas ni aku nak buat dakwah terhadap golongan yang suka main paying terjun, dakwah paracut…

Huh, tak tercapai akalmu..

-------------
Ummu

Bagus ada yang keji, sebagai yin kepada pujian, atau sebagai yan kepada yin, mana-mana ntah?, arghh,aklah!

------------
Che Lin Cun

Hamka yang kau jumpa tu hensem tak? Kalau tak hemsem, kau salah orang…

-----------
Wahidah

Cuba cari, aku rasa pernah tulis dalam bab “berbeza pendapat itu rahmat?’

Tahlil !

-----------------
cendera_wasih..

bini aku ada sebelah.., dan tiba tiba ‘semut berliaran kat kaki aku’..,

kayu yang dimakan anai-anai

buatlah usaha seperti anak-anai, walaupun lambat, tapi akhirnya tumbang jua, jangalah buat usaha seperi anjing, menyalak sampai sakit gusi, tapi tiang sebatangpun tiada yang gugur..

keretamayat..

------------
baltar

blog takde kuasa untuk membaiki diri, yang berkuasa Hanyalah Allah, blog hanyalah peringatan yang kadang kadang manusia akan ‘perasan disalahkan’…

-------------
mYwaY - i am a human..

kau dah pandai ‘Change Case’ belum?

Aku dah!

Ps: khas untuk mereka yang CAPSLOCK..

--------------
komen dari yang tiada nama tidak akan di layan

toaster said...

dakwah parachute?
waw!
masyaAllah pakcik

hehe, kesian mamat "anonymous" tuh
XD

Anonymous said...

salam..saudara hamka ada bukak inbox x?


-yg menanti balasan email-

Che Lin Cun said...

hahahhaha.. handsome ke tak yg penting tu la hamka. jumpa kat depan lebri u**. kim salam ke ustazah rock

PokNik said...

Hari ni kita di beri peluang sekali lagi utk meraikan hari kelahiran junjungan kita Nabi Muhammad S.w.t. Maknanya kita di beri peluang lagi utk menjadi hamba Allah yang sebenarnya dengan cara mempraktik as-sunnah & sirah nabi. Menjadi kebiasaan banyak majlis ilmu akan diadakan. Semoga kita terpilih utk berada di majlis-majlis tersebut.

saudagar Co said...

Salam bro Hamka,

Boleh aktifkan fungsi 'search' kat blog nie ker bro? Memudahkan carian (asbab) artikel2/post berdasarkan keyword related mcm berkenaan sembahyang, puasa, kahwin, politik etc..

.

Hamka said...

toaster

mamat tu perasan disalahkan, sama macam ‘bilal’..

-------------
Che Lin Cun

Alamak, err, tolong rahsiakan identity hero kerana dengan cara rahsia, niat dan keselamatan orang tersayang dapat di jaga dalam misi menyelamatkan dunia

-------------
PokNik

Amin..

------------
saudagar Co

kau goggle apa tajuk yang nak cari dan cantum dengan perkataan ‘keretamayat’, aku rasa itu lebih cepat..

aku rasa ler..

boo.. said...

make aku yg xsolat asar agi trus perasan disalahkan...woha..

Hamka said...

warfhghh

GlennmFAe said...

salam.. cmne ak nk oin kereta mayat ni??

Rita said...

toaster mamat tu perasan disalahkan, sama macam ‘bilal’.. ------------- Che Lin Cun Alamak, err, tolong rahsiakan identity hero kerana dengan cara rahsia, niat dan keselamatan orang tersayang dapat di jaga dalam misi menyelamatkan dunia ------------- PokNik Amin.. ------------ saudagar Co kau goggle apa tajuk yang nak cari dan cantum dengan perkataan ‘keretamayat’, aku rasa itu lebih cepat.. aku rasa ler..