Mar 17, 2009

Subuh gajah?

(Aku sedang belajar menjadi antara lelaki-lelaki yang akhir beriman di akhir zaman kerana gaya pulang ke pangkal jalan ini, masih banyak liku dan onarnya)




Jam yang diprogamkan dalam Handphoneku sudah hampir 2 petang aku rasa, walaupun aku tidak melihat ‘jam’ itu, tapi aku dapat agak berdasarkan pengkelanaan cuaca yang masih bahang dan apatah lagi aku baru pulang dari masjid selepas menunaikan solat zohor secara berjemaah, (aku sorang jerlah lelaki beriman konon),

Setibanya di rumah, dan sebelum mematikan suis motor Ex5 burukku, bunyi ekzoz motor yang bingit telah menjadi bertambah bingit kerana dari dalam rumah, anak aku dah berteriak sakan sambil menjerit:

“yey-yey, ayah balik, ”

“yey-yey, ayah balik, ”

Sebaik sahaja suis motor di matikan, makin jelas terdengar suara anak-anak di belakang pintu disusuli bunyi tapak kaki mereka yang berebut rebut nak bukak pintu untuk ayah tersayang..

Abang H, anak nombor satu, selaku yang sulung, (5 tahun setengah) mendahului semua adik adiknya dalam operasi membuka pintu untuk ayah tercinta..

Kreeeukk, bunyi daun pintu dikuak dari dalam..

Lalu terdengar bunyi si anak nombor tiga menangis, satu satunya anak perempuan aku (buat masa ni ler).. umur baru 2 tahun setengah..

Aku masuk rumah, tutup pintu dan dapati isteri aku sedang senyum dari dapur sambil bersiap siap menghidangkan makan tengah hari.. err, makan petang.

Aku lihat di ruang tamu, anak aku nombor dua, si A, umur 4 tahun, sedang asyik mewarna buku sambil meniarap tak peduli akupun.. macam-macam hal budak-budak ni..

Aku dekati si manja anak perempuanku yang masih menangis, lalu memeluknya dan bertanya, kenapa menangis?

Jawab si anak:

“N nak bukak pintu..”

Oh, aku faham, anak aku ni berebut dengan abangnya tadi nak bukak pintu untuk menyambut ketibaan aku..

Aku lepaskan pelukan, dan pergi keluar rumah, tutup pintu kembali dan bagi salam balik sambil ketuk pintu dan panggil nama anak aku si N ni..

“Assalamulaikum, N ada tak?”

Kreeeukk, lagi sekali bunyi daun pintu dikuak..

Lalu terlihat si N tersenyum. Aku peluk dia dan cium dia, lantas mendukung si baby girl ini ke ruang tamu..

Isteri aku dah siap letak nasi dan lauk dalam dulang besar, anak yang paling sulung si H dah siap sedia tepi talam lalu aku tepuk bahu anak aku si A yang asyik mewarna ajak makan sekali, lantas si A tinggalkan buku mewarnanya dan pergi basuh tangan lalu duduk sama kat tepi talam, kasihan mereka adik beradik sebab dah lama lapar tunggu aku balik dari masjid untuk makan sekali..

Kemudian terdengar doa yang paling makbul iaitu doa makan yang dilantunkan oleh anak sulung si H, lepas tu, makan-makanlah kami 5 beranak..

Baru nak suap makanan, dari dalam bilik, terdenger rengetan si anak yang paling kecil, adik K, (6 bulan) lantas isteri aku masuk ke dalam bilik untuk bagi minum susu dari buah dadanya menyusu.

Sambil makan, si anak sulung yang berumur 5 tahun bertanya:

“Kenapa ayah kena pergi masjid hari hari, solat kat rumah macam bonda tak boleh ke?”

Aku sorang jerlah lelaki terakhir beriman diakhir zaman kononnya, lalu menjawab:

“Ayah adalah ‘baby face’ (orang lelaki dewasa), jadi.., ayah kena solat kat masjid, bonda pulak ‘baby girl’,(orang perempuan) kena solat kat rumah..”

“Ohh, pagi jer tak payah ke masjid kan?”

Tanya anak aku lagi..

“apa pulak?, semua kena pergi masjid, subuh, zohor, asar, maghrib, isyak semua kena pergi masjid”

“tadi, saya nampak ayah solat kat rumah pagi tadi”

Woha! Isteri aku gelakkan aku dari dalam bilik.. Aku jugak ketawa pada diri sendiri.., eh, kejap!, kenapa mesti ketawa?

Kenapa mesti ketawa bila diri sendiri bila dah kena Kantoi solat subuh gajah..,?

*****

Imbas kembali:

Pagi tadi, bukan pagi yang biasa, (cover line-sebanarnya malam tadi, bukan malam yang biasa, malam tadi bulan mengambang),

Pagi tadi hujan turun dengan lebatnya dan malam tadi aku dan isteri telah lena diulit syaitan lalu terlelap tidur dan terjaga jam 6.30 pagi lantas tergesa gesa bangkit dari pembaringan dan terus mandi wajib, (mandi wajib pada waktu pagi dan hujan lebat pulak kat luar memang mujahadah..oh!)

Anak aku yang biasa bangun pagi untuk ke sekolah telah bangun awal seperti biasa dan terlihalah di matanya seorang ayah dan seorang bonda sedang solat 'subuh gajah' pada waktu dah nak hampir jam 7 pagi, lantas anak aku yang berhati kamil menyangka bahawa ayahnya tidak wajib ke masjid sedang aku sebenarnya masih terbabas dengan penyakit wahan sehingga penah gak beberapa kali terkantoi solat subuh, cis, celaka sungguh setan ni, semua nak kena manipulasi balik ni.., nak kena bebaskan hamba nih! oh!

Maka moralnya di sini adalah, terbukti sudah bahawa aku bukanlah lelaki terakhir yang sempurna iman diakhir zaman kerana kejahilan dan kelemahan masih menyelubungi diri yang hina ini, sepatutnya aku, walau macam mana lambatpun bangun pagi, tetap kena pergi ke masjid, kerana sunnah Nabi, ada tiga perkara dalam bab solat..

Pertama, tempat azan di azankan (bagi lelaki terutamanya)

kedua, awal waktu..,

ketiga, solat berjemaah,

Moral 1: Sekiranya korang gagal untuk solat berjemaah kerana darurat, maka pergilah jugak ke masjid dan solatlah sorang-sorang jika tiada makmum.., (solat subuh memang jarang dapat solat berjemaah jika dah terlewat, masjid sangat lengang waktu ni, di zaman Nabi mereka yang lambat bangun masih ke masjid dan insyAllah akan ada musafir lain dapat berjemaah bersama mereka, walaupun dah lewat.) kadang kadang tu, masjid lepas subuh terus kunci! oh!

Moral 2: Sekiranya korang sibuk luar biasa, seperti doctor yang nak bedah mayat, atau polis yang nak memayatkan perompak, atau askar yang makan biskut mayat, atau keretamayat yang nak lupuskan mayat, dan lain-lain, buatlah pakatan rakyat dengan kawan kawan yang sama-sama sibuk agar selepas zon sibuk habis nanti, iaitu selepas habis perang, meeting, kerja bahaya, debat parlimen dan lain lain, sama samalah berkumpul dan solatlah secara berjemaah, lewat sikit takpe asal masih dalam waktu, banyak hadith tentang betapa Allah puji mereka yang sedang bekerja tapi masih dapat solat secara berjemaah..

Moral 3: Jika tempat kerja jauh dari masjid, dibenarkan dalam islam untuk azan kat tempat kerja, tak kira dalam hutan ke, atas gunung ke, dalam kebun ke, takpe, banyak jugak hadith akan Allah cukup suka puji mereka yang azan walaupun dalam hutan atau atas gunung, kerana itu adalah bukti bahawa korang adalah antara lelaki-lelaki yang akhir beriman di akhir zaman..

Nabi SAW bagitahu alangkan beruntungnya mereka yang tidak lihat aku tetapi mengamalkan apa yang aku seru, dan Nabi ulang sampai 8 kali, beruntung, beruntung beruntung beruntung beruntung beruntung beruntung sungguh beruntung…!

Dan akhir sekali, sambil pesan kat diri sendiri, cuba jugaklah solat di masjid walau macam mana lewatpun, nak buat macam mana?, dah korang perasan sibuk sangat, insyAllah di akhir zaman ni ramai jugak yang terlewat kerana ada masalah masing-masing, namun bila dah terlewat lalu solat sorang sorang dirumah, itu yang masalah! Sedang masalah dapat di selesaikan bila korang yang ada masalah ni pergi jugak ke masjid dan solat berjemaah di sana, buat jemaah baru, selesailah masalah, insyAllah…

Penutup:

Di akhir zaman ini, bila ayah tak solat, anak-anak akan sangka solat itu boleh main-main.., atau bila ayah solat di rumah, anak-anak akan sangka orang lelaki boleh solat di rumah.., atau bila ustaz solat di rumah, orang kampong akan sangka takpe kita sama sama solat di rumah sampai masjid/surau tak de orang azan jadi perkara biasa di akhir zaman ini.. oh! kerana itulah Nabi SAW sakit sakitpun pergi ke masjid, Khalifah Islam dulu, sakit dan sibuk macam manapun pergi ke masjid..

Kenapa?

Nak tunjuk pada Allah bahawa perintah Allah itu lebih UTAMA dari semua perkara…, betul tak?

******

Habis tu Hamka, macam mana nak atasi masalah subuh gajah?

Senang sahaja, masalah subuh gajah akan dapat di atasi apabila kita berjaya buat tahajjud gajah!

Whooooooooo (bunyi dari belalai gajah). End.

Ps: Jadi, siapa-siapa yang terbangun lewat subuh esok, jom jumpa aku di masjid, kita solat subuh gajah berjemaah sama-sama, cheh, macam tahu-tahu pulak nak bangun lewat..oh! cis! Hampeh! lain kali, mandi wajib dulu baru tidur! dan sama sama buat TAHAJJUD GAJAH

: )

84 comments:

Anonymous said...

kalau tak solat, gajah lagi baik dari manusia

Anonymous said...

semoga terus istiqomah

Anonymous said...

Nabi saw, bersabda

“Andai kamu tidak lagi melakukan dosa, maka Allah akan menggantikan kamu dengan kaum yang lain yang akan melakukan dosa, lantas meminta ampunan kepada Allah dan Allah akan mengampuninya.”

(Diriwayatkan oleh Abu Ayub dan Abu Hurairah)

Aishah Nur Hakim said...

encik..
kalau perempuan mandi wajib waktu isya'..maghribnya kena jama' kan sekali ke?saya jahil..
kalau mandi wajib lepas subuh?

Anonymous said...

bagaimana jika subuh dah habis waktu, dalam 730++. atau solat duha tapi subuh kosong. atau selalu tak solat subuh tapi qada!

besar mana dosanya? apa hukumannya?


-itu aku-

Unknown said...

salam...

abg hamka, kat tmpt keja sy ni tak ramai org Islam, sy slalu solat zuhur ngan asar kat surau sesorang (tak jemaah). Da ajak beberapa kerat yang ngaku Islam jemaah sama tapi dorg takmau, dorg kater cibuk.

bukan nak citer pasal dorang, tapi sy nie tak jemaah. camner eh? isk

Anonymous said...

subuh dan gajah adalah 2 benda yg berbeza!

INTAN RH said...

Sy ada gak sekali-sekala solat subuh gajah, sblm tu mandi dan selepas solat, guna hair dryer utk keringkan rambut. Woha!

hamka said...

ibnu zain

akupun tak paham kenapa mesti gajah?

------------
Caracol S. Trampt

Perjalanan ini masih jauh

------------
Ibnuismail

: )

---------------
aishah_conteng_je

aku pernah tulis bab ni dulu, kalau tak silap aku,
kalau mandi wajib lepas subuh? Kena ganti subuh, isyak dan magrib..

nanti aku check tang entry mana aku tulis benda ni.., aku lupa sebab bini akupun jarang haid…, orang muda katakan

-------------
itu aku-

Jika tak sengaja, tak berdosa, tapi jika sengaja tidur lewat buat benda tak pekdah, atau maksiat maka ada jugaklah dosa..

Apa-apapun, bangun lewat, jam 9 pagi misalnya, solatlah subuh jugak serta merta walaupun subuh dinasour..

----------------
anak kucing

kalau takde orang nak jemaah, tunaikan jugak lagi 2 perkara, iaitu awal waktu dan tempat azan diazankan

abangpun bukan bagus, masih belajar..

------------
No Name

Bukan sahaja subuh yang berbeza dengan gajah, 2 benda yg berbeza juga berbeza, eh apa aku merepek ni?

----------------
SRI INTAN RH

Woha tak sesuai untuk subuh gajah, woha hanya sesuai untuk tahajjud gajah, harap maklum

Anonymous said...

Di tempat lama kerja aku dulu ramai orang sembahyang kt surau tapi kebanyakan solat sorang2. Alasannya nak cepat sebab di peruntukan waktu solat 10 minit sahaja. Biasalah company orang kafir. Ada manager orang melayu islam pun x leh buat apa2 sebab melibatkan produktiviti syarikat. Alhamdulillah sekarang kt tempat baru sentiasa berkesempatan solat berjemaah di surau atau masjid. Teman2 sekerja juga selalu menganjak bila time solat. Syukur kepada allah kerana masih sayangkan aku..beri hidayah utk tukar kerja. Cuma subuh kekadang terlajak...

hamka said...

RALAT

aku edit ending entry ini kepada lebih dramatik bagi mengelakkan suasana 'perasan bagus'..

sekian terima kasih.

:)

amin007 said...

ooo, berbisa kalau budak-budak yang tegur
anak sendiri pulak tu hehehe
samalah kita tegur menengur

Anonymous said...

haha...setepek kena tego ngn anak sendiri...
huhu...terselit keinsafan di hati bila org yg lg muda n x ngerti apa2 menegur kita yg taw ttg dosa n pahala...
aku pon slalu subuh gajah...
subuh dinosoye lg slalu...
kalo aku wt tahajud(wanita beriman akhir zaman kononnya) misti aku akn tertido atas sejadah....
then, aku punye subuh akan menjadi subuh gajah dlm kol 6.30 atw 6.45...
huhu...
terok sungguh aku....
wajibkan ape yg wajib...
sunatkan ape yg sunat...
bukan wajibkan ape yg sunat...
sunatkan ape yg wajib...
betol ke bro hamka?

smoga ALLAH mengampuni dosa2 kita semua...aamin...

#kebelakangan ni, aku slalu terbau mayat...kt kelas...kat jalan...kt dewan kuliah...nape ntah...bau yg seolah2 ade mayat baru dikapankan berhampiran ngn aku...tempoh aku nk naik kreta mayat dah dekat ka?

Ya ALLAH...matikan aku dalam husnul khatimah....aamin..

...antikapel...

LokmanHakim said...

Alhamdulillah... subuh tadi dapat juga berjemaah kat masjid... tapi dapat makmum masbuk... sedihnya... lemahnya iman... dah set jam pun macam x de guna pulak... tutup pastu sambung tido... aduhhhh!!!

Da sedar balik baru nak kelam kabut siap2 gi masjid... penat juga berlari duk kejar imam yang tgh baca qunut tuuuu....

Tapi lagi sedih sebab rasa khusyuk dan khuduk xder... semata2 solat... Ya Allah Kau terimalah solat aku walaupun tak pernah aku rasa yang aku tgh bersolat...

Nasib baik aku x kawin lagi... huhu

Hana Zozolina said...

bro hamka, last sy jumpa bro dan si baby girl tu di majlis pecah tanah bsm ust rock, skrg dah ade lagi yg ke4?? alhamdulillah.. bertambah lagi umat muhammad saw. tahniah

Unknown said...

salam..

jeles ar pada "GOD SLAVE" dpt tmpt keja camtu... tmpt sy nie bukan kater tak nak jemaah, solat pun tak nak. nak tegur umur masing2 da melepasi tahap warning (40), sy ni budak lagi.

pd abg Hamka, tq bagi nasihat. Yosh berusaha!!!

At-Thahirah said...

salam
hmm... kalau dah selalu sngt subuh gajah, maknanya org tu mmg bermasalah. so chek2 pape yg patut sbb gajah pun tau nak bezakan subuh dan mlm

Anonymous said...

Masa saya muda2 dahulu baru mula kerja pun x terfikir pasal semua perkara ni...
Tetapi bila dah berumur, berkahwin dah ada anak mula terfikir perkara akhirat ni..Cuba fikirkan kita belajar bermati matian untuk lulus cemerlang UPSR,PMR,SPM,STPM,Diploma, dsbnya...pernahkah kita terfikir semua ni hanya sementara. Statistik umat akhir zaman hanya hidup sekitar 60~65 tahun secara puratanya. Tetapi di akhirat kelak kita akan hidup abadi.Jadi apakah persedian kearah hidup abadi ini. Kita hanya di beri dua pilihan sahaja :
A. Syurga
B. Neraka
Buatlah pilihan yang betul sebelum terlambat .....

Anonymous said...

Woha mmg tak sesuai utk subuh gajah tp utk keseronokan guna hair dryer...hehe

Anonymous said...

sedang syoq layan subuh gajah...aku dpt msg mnyatakan bapa sedara aku dh kembali ke rahmatullah...rasa mcm sekelip mata ja, mcm baru ja lg jumpa dia...tp...Allah dh jmput dia dulu.Apa yg aku nk ckp, kita yg masih idup ni, selagi bkesempatan beramal ibadah...cuba2 la tingktkan amalan utk alam yg kekal!!! aku terkilan sbb x leh ziarah jnazah...jauh...nunnnn di negara jiran... al-fatihah

hamba ABDI said...

subuh gajah...??
hehee.. kalo student ni subuh dinasour pon pernah... hadooooii.. kdg2 tu hp tu jerit2, yang bangun pulak org bilik sebelah..kikikiki...

nak2 rumet kita lak tak serasi..dia bior je kita berselimutkan kulit khinzir pagi2 tuu..

kalo student ni yang buat lambat tdo pasal esemen due datenya esok, pastu hari sblm tu dah serabut dgn exam, mmg buntang bijik mata nak siapkan.. hai la belajar...hehehe...

Anonymous said...

oh

Unknown said...

wah ...

Anonymous said...

Aku dulu masa student life beruntung sebab room mate kaki surau. Jadi pagi2 dia dah kejut utk sembahyang kt surau...solat berjemaah. Surau tu cuma kt tingkat 2 aje..beza satu tingkat dengan bilik aku. Bila azan tu memang kedengaran dengan jelas. Tetapi sejak bekerja semuanya berubah...susah benar nk sembahyang subuh berjemaah kt surau/masjid. Walhal ganjaran pahalanya sangat besar seperti beribadat sepanjang malam...oh nipisnya imanku.

Anonymous said...

seekor gajah tak pernah solat... tapi sentiasa berzikir..... sepohon pokok tak pernah solat...
tapi berzikir....
seorang manusia yang tak pernah solat..
mampukah berzikir?

anonymous said...

kedaijamu,
kawan aku ketika mabuk pernah memberi aku nasihat yang menyentuh hati. dia kata, "aku tak minta kau solat, cukup lah kalau kau sentiasa mengingatNya" (peringatan: ini kata-kata orang mabuk, bukan kata-kata ahlullah)

Rumi pernah berkata, "jiwa orang yang solat itu lebih besar dari solat itu sendiri".

ini kerana solat bagi jiwa tidak dibatasi oleh ruang atau waktu -waktu tertentu. sebetulnya, solat hati (jiwa) (iaitu solat wusta) adalah penting. sekiranya jiwa mu tidak ikut solat, boleh jadi solat jasmani mu akan kucar kacir.


dan, solat bagi jiwa ini ialah zikirullah. solat itu sendiri adalah doa, dan zikir. malahan boleh jadi fikir, apabila kamu bertafakur kepada tuhan mu, ketika itu.

tetapi apa jua yang terzahir dari hati, memerlukan pembuktian. dan solat jasmani inilah pembuktiannya.

(meleret-leret plak)

Anonymous said...

SALAM...
baguslah entry kali nie..
dapat celik akal daa~
nak tny ckit nih...
btul ke klu bg salam antara bukan mahram...hukumnya haram@makhruh? anyone can respond this question? -syukran jazilan

hamka said...

abdul muhaimin

kena aku!

------------
...antikapel...

Kata saidiana Umar selau PM pada sorang Menteri yang terkantoi solat jemaah sebab tertidur lepas tahajjud:

“Aku lebih suka solat subuh secara berjemaah daripada solat tahajjud sepanjang malam”

Tapi aku dan ‘korang’

Tahajjud gajah tak buat tapi subuh gajah pula menjadi amalan , cis!

Nauzubillah

-------------
Luqiem

Ada hadth Nabi:
Jika dah lambat, pergilah masjid, tapi jangan tergesa gesa kejar iman, kerana Allah dah takdir qada itu..

Moral: pergi jugak ke masjid. Itu yang payah, semoga kita dapat takbir pertama!

--------------
Che Lin Cun

Ni yang tak best, korang kena hero, tapi hero tak kenal kau..
Tolong email aku bagitahu siapa kau, dan tolong rahsia my secret identity kerana hero nak belajar ikhlas: )

------------
anak kucing

Jika kat tempat kerja korang tak boleh solat, teruskan kerja sambil cari kerja lain, dah dapat kerja lain baru berhenti,

atau jadilah kelapa yang bila dicampak ke laut me njadi pulau.. the apprentice!

-------------
At-Thahirah

Aku memang bermasalah.
(aku sedang belajar tidur awal)

-------------
God Slave

Buatlah pilihan ditempat yang masih boleh buat pilihan..

----------
intanrh

ha ha!

-------------
jiddan84me

al-fatihah

--------------
liza_ixora

err, gajah bangun lambat ke? Sajer Tanya student..

---------------
Aizatul Luqman

oh

------------
nik

wah ...

-----------
PokNik

Beruntung orang yang rumah dekat surau, jimat duit tak payah set alarm (semua dengan izin Allah)
Ada orang yang rumah bercantum bumbung dengan surau pun tak dapat datang.. oh semua pilihan Allah

---------------
kedaijamu

jawapannya adalah, B.

-----------
zawq

fikir adalah zikir yang besar sebab sesaat fikir risau atas iman lebih baik daripada 60 tahun ibadat sunnat..

-----------
miftahul

dalam ‘ ruangan’ : asal hokum tak boleh sebab suara adalah aurat, tapi bila ‘lapangan’ kena tengok kes..
baik rujuk ustaz, ini bab HUKUM.

Syukri Someone Something said...

mbr tman kalo ade sekilas bau mayat kat idung dia mesti ade org nak jadi mayat x lame lagi slalunya org kat sekeliling.get ready nak membungkus mayat.ntahla hanya tuhan yang tahu...

hamka said...

akulah yang nak mati dah tu kot..oh!

hamka said...

IKLAN:

komen "apa itu seks" terus berkembang dengan macam-macam cerita yang luar biasa.

sila update jika tidak perasan sibuk!

Anonymous said...

H - Haikal (bukan nama sebenar)
A - Aiman (bukan nama sebenar)
N - Najiha (bukan nama sebenar)
K - Khairul kot ( bukan nama sebenar gak)

bahagianya keluarga bahagia Hamka...

anonymous said...

ye la, aku setuju pak hamka.
dalam 'fathu rabbani', karangan sheikh abdul qadir al jilani ada 3 pringkat tafakur. peringkat pertama nilainya setahun ibadah, peringkat kedua nilainya 70 tahun ibadah, dan peringkat ketiga nilainya 1000 tahun ibadah.

nak huraikan kat sini panjang plak.

myikhwanfiideen said...

Salam..

Wow!

Saya jatuh cinta.. First time kwn introduce blog nie, sy truss jatuh cinta.. hehe

Bersahaja tapi menikam.. Kekalkan tikaman ini.. Baru ada bisanya.. Bisa yg merobah manusia..

Saya suka.. Wow!

hamka said...

faz

H - Haikal (betul, bukan nama samaran)
A - Aiman (salah, aiman tak kesah..)
N - Najiha (betul, ni semua rita runadi punya pasal)
K - Khairul kot ( salah, walaupun nama panggilan k, tapi huruf hadapn tetap H)

doa aku terus bahagia!, tapi tak bahagia jika dimulakan dengan subuh gajah..

--------
zawq

: )

---------------
myikhwanfiideen

selamat naik keretamyat.

tholhah said...

Aku dizaman jahiliahku jgn kate SUBUH ..GAJAHnye pon xnmpak...dua2 bungkus oh..alangkah jahilnye aku tika itu..tp Allah masih sygkn aku diberinya hidayah..utk sama2 dlm jemaah usaha atas iman maka solat subohku kini dpt berjemaah..dpt takbiratul ula..alhamdulillah...betapa manisnye kelazatan dlm beramal..moga Allah istiqomahkn aku dlm amalan ini hingga jd mayat..amin

Anonymous said...

kenapa guna nikcname hamka
tak sesuaila nak tiru ulama HAMKA sebenar yang telah meninggal 24 Julai 1981. Dia ulama nusantara yang disegani tapi awak sendiri yg kata awak bukan ustaz atau ulama yang patut di percayai 100% wacananya. Jangan mengambil populariti org.

Anonymous said...

Komen drpd 'tidak bernama' selalunya pelik2.. :P Peace..ek..Salam.

Anonymous said...

huargh!! en hamka! sedih betol.. baru je bace entry en hamka mlm td... subuh ni... subuh dinosaur!! uwaa... sob3...

(kena manipulasi setan... tp manipulasi diri snediri sbb diri sendiri ikot bisikan syaitan... huh!)

Anonymous said...

Muhammad Hamka lak lahir pada 9 Ogos 1977..

betul tak?

Ibn HAJARS said...

LOL...."kenapa guna nikcname hamka"....ni antara komen yang paling bes aku tengok...

hamka said...

Tholhah

Zaman jahiliyah dah berlalu bagi kamu, tapi tidak kepada yang lain, nampaknya gajah kena mengamuk di pagi hari!

-----------
Anonymous

kenapa guna nikcname Anonymous? tak sesuaila nak tiru Anonymous. Jangan mengambil populariti org. he he

baiklah, aku akan guna nama sendiri, eh, kenapa nama aku sama dengan nama Ulamak nusantara yang disegani dan di percayai 100% wacananya..

best bukan?

-------
Dzauk

sekali sekala layan boleh jugak

----------
ulul_albab

sekali tinggal subuh, bebaskan 60 orang hamba, sanggup?

Atau buat korban gajah, atau dinasour, ha tak lawak!

--------
Faz

Bagi hadiah awalpun takpe

betul tak?

---------
Ibn HAJARS

LOL!

Faidhirah Binti Mohamed Daud said...

Tertarik dgn sensiviti si anak kecil yg peka dgn isu solat di masjid... :-) Anak2 sekarang memang "genius" bertempat...

Anonymous said...

ya..tertarik juga dgn sensitiviti anak kecil yg cenggitu...aku harap anak2 aku pon nanti macam tu..tapi kalu anak macam tu punya bijak kita buat silap sikit pon depa buleh nampak....so kene la hati2 dalam mendidik anak2 nieh...


aku penah dgr kisah sorang mualaf yg mendidik anakk dia bila baca ikrar , anak nya akan baca " kepercayaan kepada ALLAH" instead of "kepercayaan kepada TUHAN" then bila cikgu dia marah sebab dia sebut " kepercayaan kepada TUHAN", si anak tu akan cakap, " bukan cikgu, ayah saya ajar kene cakap " kepercayaan kepada ALLAH",bukan " kepercayaan kepada TUHAN"..lepas tiga kali budak tu cakap camtu cikgu pon x nak beralah jugak dan cikgu suruh cakap " kepercayaan kepada TUHAN jugak", si anak tu jawab, :kalu cikgu tak puas hati cikgu pergi jumpa ayah saya sendiri!" terus cikgu tu pon tak kata apa...

waallahua'lam...ada lagi satu cerita dari mualaaf tu tp aku dah lupa..kisah anak menegur bapanya sendiri ...err...x boleh nk ingt la cita nie..nanti la aku cerita!!woha!!

Noli said...

dh alang2 wat subuh dinosour..wat dhuha sekali la..=)
salam jumaat....

Anonymous said...

wah wah wah
pertama kali ada gambar dalam blog ni


dah maju dah ye en hamka... bgus bgus..

Humaira said...

eh.. ehhh... da ade gambolah..

Senyum Sokmo :)

Anonymous said...

En Hamka, kalau anak rajin ke mesjid, tapi abah nyer masih tak terbuka hati ke mesjid, masih mementingkan dunia - tugas di pejabat, saya sebagai ibu & isteri, apa yang perlu saya lakukan agar abahnya (yg umur dah pun melangkah alam 40an) mempunyai semangat utk ke mesjid..

Anonymous said...

salam....
bestnyer entry kali nih...
mmg terkena atas kepala sendiri...
sebenarnya,untuk bangun awal,sebelum tidur,kita kena mintak Allah yg kejutkan kita..bukan alarm clock..pas2,kena tidur awal r...
tapi klu sepanjang malam kita berbuat perkara lalai,mahupun kalau kita buat ibadat sepanjang malam,dan tido lewat...bila dah bangun subuh lewat,jadi perbuatan kita malam tadi dikira haram...
sbb kita dah mengutamakan perkara
mubah @sunat sehingga meninggalkan perkara yg wajib...
lagi satu,bagi perempuan yg mandi wajib pd waktu asar,dia wajib mengqada solat zohor.begitu juga kalau dia mandi wajib waktu isyak,dia wajib qada solat maghrib sebelumnya..sbb solat yg boleh dijamakkan,hendaklah diqada @diganti ketika suci daripada haid..
wallahua'lam....

Anonymous said...

Salam alaik...

WooW! alhamdulillah best baca entry i..gamba2 pun comey sanggggatt...Moga istiqomah dan sabar dalam usaha atas iman hik hik

hidayat-idaman said...

Tuan tolong doa utk seluruh umat supaya tak solat subuh gajah...semua umat mau solat di mana, azan diazankan di awal waktu secara berjemaah di masjid dan surau...Amin

hamka said...

Faidhirah Binti Mohamed Daud

Orang pas besarkan anak dengan kefahaman mereka, Orang umnopun besarkan anak dengan kefahaman mereka, Orang tabligh jugak sedang besarkan anak dengan kefahaman mereka dan Orang kafir serta orang munafik juga besarkan anak dengan kefahaman mereka

Masa depan mereka lebih mencabar..

------------
limaumaniss

zaman sekarang dah ada budak kat sekolah yang bila cikgu Tanya nak jadi apa besar nanti, jawab mereka:

nak jadi macam sahabat Nabi

: )

~~------
Noli

.=)

---------
nurKasih

tak lama lagi, aku deletelah tu..

---------
ibumimi

bacakan hadith kelebihan solat (kitab fadhail amal) lepas solat sama anak-anak, jika suami terut serta lagi bagus, jikat suami tak nak, baca sahaja dengan kuat sama anak anak dengan gaya mengajar, dan istiqamah sampai mati, insyAllah, malaikat yang datang mendengar hadith di rumah anda akan mewujudkan suasana ketaaatan yang mana memberi kesan kepada seluruh rumah, termasuklah suami puan

: )

InsyAllah

------------
qulhaqqu

pandai

------------
CahayaUnNifak

Gambar anak aku comel? Apa nak buat? Dah ayah dia comel, woha!

(alhamdulillah)

----------
hidayat-idaman

Amin

eksp said...

haha...

ingatkan aku je selalu subuh gajah..

hehehehe...

kena tobat cepat2 nih....

Anonymous said...

salam, terima kasih atas tunjuk ajar Hamka tu. Insyaalah akan saya amalkan. Tapi maaf saya yang daif - boleh syer ngan kami hadith kelebihan solat (kitab fadhail amal)tu. maaf saya tak tahu langsung pasal ni..

Anonymous said...

hmmmm
time blaja dulu2, dh jadik cam style..dkt2 nk exam, rmai2 stay up kt blik bacaan or kt dorm masing2..pkl 5am br stop study, then nk tdo sekejap b4 subuh,tp biasenye tgh ari baru la tersedar bgn..huhu pelik, lg utamakn exam dr solat subuh, sedangkn kalu aku tnggu lg 1 jam or bbrape minit dh leh solat awl waktu...huhuhu so pd student2 n bakal2 student jgn tiru cam aku huhuhu

yanz

akimsensei said...

xtau la bang dh jmpa blom.. just nk share.. yea, dh dpt cara nk buat tulisan ada strikethrough (garis atas tulisan).. command dia, tgk kt shoutbox blog den.. xleh nk paste kat sini, trimas..

Ibnurashidi said...

Salam...

Saya telah menjumpai satu blog yang bagus dibaca..ada unsur-unsur dakwah dan terkadang menggeletek jiwa.

Apapun, teruskan berkarya ya!

Perihal gajah, wajib Qada.

Anonymous said...

artikel yang mantap...
nape subuh gajah x dinosor??
myb sbb dinosor dh pupus kot...
:)

Anonymous said...

N cantik macam Kaisarah!
:)

van qif said...

Ada kawan aku citer pasal anak...cikgu suh tulis bila bosa nak jadi apa...si budak tu tulis nak jadi "Daie"..mungkin cikgu tu x pesaran apa ke benda Daie tu ditukarkannya kepada "D.J"...huhuhu

Anonymous said...

salam....

rasanya kenal gambar anak2 yang comel tu. nampak di friendster. Kim salam pada uminya.


-nur

hamka said...

eksp

janganlah gelak.. kata jacline victor lepas tergolek jatuh..

err. doa untuk aku
isk

----------
ibumimi

harga RM25 sebuah..

aku rasa ada jugak beberapa blogger yang copy pada blog beberapa bab kitab tu, tapi aku dah lupa, kalau aku dah ingat nanti, aku bagi link..

InsyAllah

-------------
Yanz

(geleng kepala)

Kepada semua student IPT, Masa study lebih elok study kat surau, kalau tertidurpun ada yang tolong kejut..

-------------
Akimsensei

Aku dah pandai, kau tak baca blog aku kan? 2 3 entry dah aku bermain dengan html..

--------------
Ibnurashidi

Oklah, kau jumpa masa aku masih hidup…

: )

-----------
Dr. Gajah

Kalau dinasour belum pupus, kita namakan subuh Apatosaurus/Brontosaurus
:)

---------
NAMN

Kaisarah?

------------
van qif

Aku gelak! WO HA

------------
nur

Kau salah orang aku rasa, err, cuba bagi link frendster tu memalaui email, aku nak pantau..

Sebab aku tak pernah joint frendster.

Anonymous said...

Assalamualaikum...

sya baca blog bro Hamka..

tapi sya tertarik psal makan kat dulang..

orang yang perasan mcm sya untuk menghidupkan sunnah Rasulullah saw(insyaALLAH amin.) ngn makan dalam dulang...

sya makan lah ngn ramai2..abang,adik,akak..tapi ayah n mak takda masa tu...

stiap kali masa makan kita makan kat dulang..alhamdulillah...

rupa2nya makan2 mcm tu ada plak yg tak senang hati...

kebetulan ada pakcik masa tu yg tengok kita makan dalam dulang...

pun cakap.."eh..budak2 korang tahu tak yg makan kat dalam dulang nie tak bagus...memang tak bagus..
1,kalau pmpuan makan kat dalam dulang,buah dada akan membesar..2,lelaki pulak kalau makan kat dalam dulang kemaluan akan membesar.."

pacik tu nak kena pelempang agaknya...(dlm hati la..)sya dah la pakai tudung masa tu...cool jer...:) dan control la...

adik sya yang memang kalau cakap mengalahkan mesin rumput,apalagi....."pcik nie sunnah Rasulullah saw la..."

sya senyap je..tapi geram ah ngn pacik tu..apapun adik sya da cakap bjela2 ngn pcik tu...smga pacik tu dampunkan dosa dan dosa2 sya n smua...

kita pun smakin galak makan kat dalam dulang masa tu..shingga la sterusnya...smpai skang....

smga sya dan smua terpilih dalam golongan yang menegakkan agama NYA...

Anonymous said...

assalamualaikum

waaa...bestnye dpt bg komen...
bro hamka.sbb xde borg feedback tuk blog ni,saya komen trus je la,malas nak email2.better xyah gne pkataan tabligh ke,pas ke,pape ke....
coz sume tu yg memecahbelahkan umat(wallahu a'lam)
mungkin sbb tu kalo ade majlis bayan xramai yg duduk sbb mentaliti kelas ketujuh masey ade..
huhu...juz cdgn.

p/s:td xdpt dok majlis bayan ghast coz ade klas....

wasalam

Hanisumayyah said...

Hamka...

Gelak saya baca ni....rasanya masalah subuh gajah ni utk org muda2 jer, berdasarkan pengalaman sendiri, kalau 'org lama' lewat tido atau penat camanapun, xsubuh lagi dah bangun dah...ala bisa tegal biasa nih...teknologi kan banyak...alarm clock, alarm hp, ada anak kecil [alarm anak~6 bulan plak tu]..ataupun tido tak ikut sunnah @ tilam empuk sangat kot?


Alhamdulillah anak pandai dakwah ayahnya....

Ibn HAJARS said...

pun cakap.."eh..budak2 korang tahu tak yg makan kat dalam dulang nie tak bagus...memang tak bagus..
1,kalau pmpuan makan kat dalam dulang,buah dada akan membesar..2,lelaki pulak kalau makan kat dalam dulang kemaluan akan membesar.."


Kalau betul apa yang pakcik ko cakap ni, semua orang hari ini makan dalam dulang...

Anonymous said...

Lambaian Jihad

Sedih hatimu mujahid Islam

Pabila abid lena berzikir

Kenapa haluan kita berbeza

Maka syair diutus dengan kesal


Wahai abid Haramain

Lihatlah kami ini saudaramu

Hamba Allah yang juga beribadah

Lekakah engkau dengan zikirmu ?


Titisan air mata di pipimu

Takkan sama dengan percikan darah kami

Kuda yang ditunggang tersia ,

Di medan ini kuda keletihan di pagi hari


Haruman mewangi dari jubahmu

Tak sewangi percikan api kuda dan debunya

Sungguh jihad ini melambai dan menggamit

Hingga kami tidak ragu –ragu


Biarkan kami dihumban ke nyalaan api

Diselebungi asap musuh-musuh terlaknat

Lenalah kamu dengan dirimu

Teruskanlah zikirmu wahai abid


Saksikan Ya Allah kami telah menyeru

Kitab-Mu takkan berdusta

Para syuhada’ selamanya mulia ,

Dan mereka itu tidak mati .



Kejarlah kematian ( syahid ) ,

kalian akan memperolehi kehidupan yang haqiqi


* Terjemahan dan ubahsuai ke bentuk sajak dari syair Arab

UmmuSarah said...

Salam ziarah. Lama x dtg dan tinggalkan komen kat cni. Saya ada sorang jiran yg mmg akan bangun kul 5 pg setiap hari dan solat jemaah di masjid setiap subuh. Kami jeless betul kat dia. Dia mmg belum pernah miss solat subuh berjemaah. Mcm mn dia boleh dpt istiqamah ekk? Sy segan nak tanya isteri dia. Kami pulak, selalu rongak. Kadang suami dpt jemaah, kadang solat subuh sendiri di rumah. Iman lemah.

Anonymous said...

Walaupun Hamka dah jawab, aku pon nak letak maksud H,A,N,K

H - Hafiz
A - Apis
N - Napisah
K - Kepis (cam nama felda la plak kekeke)

Anonymous said...

Salam,
Alhamdulillah, hubby skrg klr 4bln ni ade kekuatan bgn awal n jaga solah di awal waktu. Doa semuga dapat istiqamah dlm beramal kepadaNya.

(Ahlia Azhar)

hamka said...

Anonymous

Pakcik tu kelakarlah, menyorok lama sangat zaman jepun gamaknya, patut pakcik tu terbit satu majalah wanita dan tulis petua membesarkan buah dada dan kemaluan, laku aku rasa majalah tu, he he he

---------------
Radiated

Aku cuba elak guna perkataan tu, (kenyit mata)

------------
Hanisumayyah

Aku belum jadi ‘orang lama’ lagi, tapi kan, aku rasa dah tualah, terutama sejak pakcik kat surau dah boleh gelak dengan lawak aku..isk..

---------
Ibn HAJARS

Ha ha ha! Tersembur air liur aku baca komen kau

----------
Miftahul

: )

--------------
UmmuSarah

Akupun jeles… isk..

----------
Hafiz

Macam kenal.. : )

------------
Ahlia Azhar

Bilalah ahlia hamka nak jadi macam ahlia Hamka?

Oh!

Ab Razak Hj Ahmad said...

Agree dengan point to avoid Subuh Gajah.. azam untuk Tahajjud gajah. InsyaALLAH berkesan.

And also azam untuk jadi bilal subuh kat surau...

SirAlep said...

Assalamualaikum.

Erm,tp bkn Nabi tahajud sepertiga malam ke?
pykol 2-3 pagi camtuh?

hamka said...

abikhsan

: )

----------
SirAlep

anda betul, tapi ada yang tak buat tahajuud gajah, sekali masuk subuh ngantuk pulak lalu terbuat subuh dinasour...

Shafiqa Mohd said...

hamka.
nak e-mail.
boleh ke ey?mcm tak bley je..

hamka said...

eh, bukan aku dah taruk kat tepi site belah kanan bawah sekali?

keretamayat@gmail.com

Anonymous said...

huhu.bgusnye bro hamka ni...my dad laen......xmau solat...ikut arwah tok wan...lau adk or saya ajk solat dia buat derk jew....lau mak sruh die solat die marah....my dad ni xde problem laen(tlg wat krja umah,care ttg ank2)cume xnak solat je.....sakit btl hati.ade ke patut waktu maghrib die tngok dokumentari.........mulela kepale sy rase mcm berasap2 je....sy jenis yg outspoken tp bile dgn my dad ssah skit nak ckp....t kecik hati naya je saya...jd ank derhaka plak...grrrrr!!!geramnye.....actually bile seorg ayh tu xsolat,hilang respect ank2 kat ayh derang...mulela ank2 xdengar ckp tp alhamdulillah...sy msih dngar ckp die....cume xbrape nak ikhlas le....huhu....moge2 diberi taufik n hidayah pd ayh sy ni sblm die jd mayat...grrrrr!!!geramnyer....

cewdih....

41241V said...

Alhamdulillah kita di campakkan oleh Allah d tempat yang ada suasana.. mudah segala2 nya, ada masjid, boleh dengar azan tiap2 hari, jiran2 dan rakan2 yg ajak ke masjid, ada orng fikir risau tentang keadaan iman kita, siang tak terlalu panas, malam tak terlalu sejuk..

Unknown said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Puteri Bonda said...

cantiknye Adik Najihah ni, tang mata tu yang paling sweet,hehe
berbesan nk x Hamka?? haha

hamka said...

kalau kau jutawan, aku nak!!

ZaHusNa Collections said...

Kisah anak berebut nak buka pintu tu memang serupa cam anak2 akak juga...si ayah kadang 2-3 kali keluar masuk haha...maklum anak ramai...
yg no 2 tu pun sebijik cam anak akak yg no 2, suka buat hal sendiri melukis, menyonteng...siap buat komik lagi...
4 orang belum ramai lagi tuhhh....

NaRa ~~ said...

no comment..

hamka said...

4 tak ramai lagi bab anak, tapi bini, 1 pun dah ramai, kan?