Mar 30, 2009

Belada seorang pendosa?

(Err, maaflah, bunyi macam aku sorang jer lah lelaki beriman di akhir zaman kononnya, hampehkan?),

Semalam, ketika aku melangkah pulang dari surau selepas menunaikan solat isyak secara berjemaah, (koft koft: batuk ler pulak ) tiba tiba kilat pancar memancar di dada langit, membelah kala kegelapan malam, namun aku tetap meneruskan perjalanan untuk pulang ke rumah, walaupun di jalanan, terpaksa aku membaca doa “dari Allah kami datang, kepada Allah kami pulang” tak kala di sergah guruh dan petir.

Tiba tiba, hujan turun dengan lebatnya, lantas aku OFFkan Handphone dalam poket kanan, dan terus berjalan meredah hujan di kala kegelapan malam, best jugak mandi hujan macam zaman budak budak dulu, tapi takdelah aku nak berlari sambil menari, he he.., aku berjalan sahaja seolah olah sedang bersebati dengan alam…

Di jalanan, terlihat aku sepasang kekasih yang berjalan sambil berpelukan di bawah payung.., lantas aku belajar bersangka baik, mereka mungkin baru kahwin dan dalam perjalan nak beli susu anak barangkali..,

Di tambah dengan hujan lebat yang membasahi seluruh tubuhku, lantas hatiku terusik dengan kesyahduan lagu deruan hujan dari alam ciptaan Tuhan, aku kemudian menjadi lelaki sentimental, yang secara tiba-tiba menjadi hiba dan menangis, menangis dalam hujan.. (err, maaflah sekali lagi, macam aku sorang jer lah lelaki beriman di akhir zaman konon, pedulikan aku, biarkan aku menangis)

Mungkin aku tidak menangis atau mungkin sedih sahaja, tapi sebab hujan sudah menyerbu lalu mencucuri pipi dengan air bah, maka, kira macam menangislah jugak.., lantaklah..

Aku menangis kerana secara tiba tiba, hatiku terasa sedih sangat selepas terbayang di anak mata ini, akan maksiat ummat yang mengambil kesempatan sempena hujan lebat di malam hari untuk berzina atau membuat dosa lain..

Mereka yang masih mengingkari perintah Tuhan walaupun telinga sudah mendengar guruh berdentum di langit, dan kadang kadang cahaya kilat menjadi pununjuk arah menuju maksiat.. oh!

Lalu aku bermonolog.. menyanyikan lagu belada seorang pendosa, sambil diringi dengan bunyi hujan yang lebat dan air mata..

Oh Tuhan..
Dahulu, aku juga pernah berdosa,
Tapi Kau Masih berikan peluang bertaubat untukku.

Maka berikanlah mereka juga peluang bertaubat
Kerana Kami tidak mampu menanggung azab

Dan aku yang pernah mendekati mereka
Walaupun mereka tidak selesa
Dan sempat aku meninggalkan pesan
“Dik…, jika perlu apa-apa, abang ada di masjid”

Namun setelah penat menunggu mereka dengan air mata
Tapi tiada yang datang
Sebaliknya aku yang menghilang
Berlabuh di celah ketiak isteriku

Oh Tuhan, ampunkanlah aku
Walaupun tidak ku tahu adakah taubat ku diterima..
Namun, berikan aku terus peluang untuk mengulangi taubat

Dan berikanlah mereka juga peluang bertaubat
Kerana Kami tidak mampu menanggung azab
Walaupun kelak, mungkin taubat mereka lebih baik dari taubatku
Maka ampuni aku yang menghilang dan bersembunyi di celah ketiak isteriku...

Habis sudah monolong, aku tiba di rumah dalam keadaan basah kuyup, dan alam masih lagi menangisi dosa ummat yang belum berniat mencari taubat..

“Abang, kenapa ni?"

Tanya isteri aku walaupun dah tahu jawapannnya..

“abang menyahut kempen mengurangkan suhu global dunia, kempen jimatkan air, woha!’

******

Kepada mereka yang belum berzina, tapi ada niat nak berzina, silalah batalkanlah niat kerana nikmat bersetubuh tidaklah sehebat yang penzina lain gambarkan, berita dari yang dah takde dara, adalah dengan sengaja melebih lebihkan cerita tentang nikmat zina sedangkan penyesalannya bagi mereka yang masih ada baki iman, adalah lebih menderita dari nikmat 0.03 saat itu, lagipun siapa yang suka isterinya dizinai?, atau anak perempuanya di zinai?, atau adik perempuanya dizinai? atau ibunya di zinai?., siapa?

Lagipun dalam hubungan badan, wanita tak akan dapat nikmat bersetubuh jika tak inzal, dan lelaki akan rasa ‘lelaki lembik’ jika dia seorang sahaja yang inzal sedangkan pasangannya terkial kial mencari bahagia.., siksa tidak mencapai nikmat ini akan menghambarkan hubungan badan dan kebiasannya pasangan berzina akan menderita kerana masing masing mulai mencari pasangan lain untuk kembali kepada titik inzal, lalu lelaki yang lembik mencari perempuan lain yang ‘mudah inzal’ dan wanita yang tak inzal mencari lelaki lain yang lebih ‘power’…, lalu menderitalah ummat dalam mencari titik inzal sedang dosa tertulis adalah sama arahnya iaitu neraka..

Tak payah aku nak cerita lebih lebih dari segi azab, sedangkan dari segi moral, banyak hati yang akan terluka, terutama bakal suamimu yang menjadi mangsa, lagipun, nikmat sebenar bersetubuh adalah selepas kahwin, kerana korang masih boleh sebut nama Allah dengan syukur selepas inzal, dan membaca tasbih kafarah dengan aman dan tenteram..

Lagi satu, pengalaman isteri diinzalkan suami, adalah satu kenangan yang bakal melupakan segala masalahrumah tangga dan jalan kembali berdamai yang indah menuju pelukan yang di cemburui iblis..

Akhir kata, takutlah Allah dalam perkara zina!

Ps: Cerita derita zina di ambil dari sahabat yang telah tersalah laku, penulis tiada pengalaman zina dan takut salah faham pulak bakal memantu aku nanti, he he

******

Malam itu, di celah ketiak isteriku, dan ketika hujan di luar jendela memukul deras atap rumah, fikiran ini terbayang kepada pendosa yang sedang berbuat maksiat sempena hujan, iaitu pendosa yang masih mengingkari perintah Tuhan walaupun telinga sudah mendegar guruh berdentum di langit, dan kadang kadang cahaya kilat menjadi punujuk arah menuju maksiat.. oh!

Dan sekali lagi, aku teringat akan bait bait monolong dalam hujan..

Oh Tuhan..
Dahulu, aku juga pernah berdosa,
Tapi Kau Masih berikan peluang bertaubat untukku.

Maka berikanlah mereka juga peluang bertaubat
Kerana Kami tidak mampu menanggung azab

Dan aku yang pernah mendekati mereka
Walaupun mereka tidak selesa
Dan sempat aku meninggalkan pesan
“Dik.., jika perlu apa-apa, abang ada di masjid”

Namun setelah penat menunggu mereka dengan air mata
Tapi tiada yang datang
Sebaliknya aku yang menghilang
Berlabuh di celah ketiak isteriku

Oh Tuhan, ampunkanlah aku
Walaupun tidak ku tahu adakah taubat ku diterima..
Namun, berikan aku terus peluang untuk mengulangi taubat

Dan berikanlah mereka juga peluang bertaubat
Kerana Kami tidak mampu menanggung azab
Walaupun kelak, taubat mereka lebih baik dari taubatku
Maka ampuni aku yang menghilang dan bersembunyi di celah ketiak isteriku..


SEKIAN.

Ps: Untuk lebih syahdu, korang boleh melagukan monolog ini dengan gaya ala-ala Bimbo melagukan "belada seorang biduan" err, tang lirik tu, korang pandai-pandailah susun..

53 comments:

Zahira said...

Salam....Yahoo! dpt gak jd commentor pertama!

Zahira said...

dan...keDUA!

Herol said...

Alaaaaa..aku resfresh tiap masa pun xpat pkomen prtama..tipu ar korg ni..

LokmanHakim said...

Salam... Memang syok tido time hujan-hujan ni, di kala guruh berhali-lintar dek deruman apa-apa jer laaa...

Tapi lagi nikmat if dah kawin... tak tau la nikmat apa, aku bukan kawin lagi punnn...

Jom kita menikmatai apa yang patut kita nikmati di kala malam guruh berdemtum dek titisan hujan lemah nan syahdu... sekali lagi mengarut... aduiii...

faz said...

Malam Sabtu lepas hujan lebat kilat petir sambar menyambar dan kelkatu banyak kat cahaya lampu rumah, maka kotak suis off kejap, lampu terpadam dan aku pun bergelap dalam ketakutan..

secara semulajadi menyahut Earth Hour!

Herol said...

Tuhanku..aku tidak layak untuk syurgamu..
Tetapi aku tidak pula sanggup untuk menanggung azab neraka mu..
Oleh itu, kurniakanlah keampunan kepadaku, Ampunkanlah dosa - dosaku..
Sesungguhnya Engkaulah Pengampun dosa - dosa hamba mu..

nadz ruslan said...

huhuhu takutnya dengan zina dan dosanya. tak tertanggung azab api neraka rasanya..

anonymous said...

http://www.youtube.com/watch?v=W85BH2PNq48

http://www.youtube.com/watch?v=VlqmSaIJvpE

dalam dua tiga hari ni, aku asyik dengar doa dan zikir dari madrasah aljunied. oh, sangat menyentuh hati.

terima kasih hamka sebab doakan kami yang berdosa, moga kami ada kekuatan mengukuhkan taubat kami.

limaumaniss said...

nasib baik balada...bukan black metal atau alternatif..heheheh...woha!! baru la sentimental dan boleh mendatangkan kesedaran!!!

pu3 balqis said...

salam ziarah..bestnya blog nih..teruskan berblog ya..

pu3 balqis said...

mintak izin amik link..

hamka said...

floWer Girl

macam-macam hal..

---------
Luqiem

Kalau dah kahwin, hujan turun lebat di malam hari dan masih berjaya buat tahajjud gajah, itu memang best..

---------
faz

kenap tak mandi hujan, kita buat kempen ‘jangan jadi saudara setan’ he he

----------
Herol

Bergurindamlah pulak

---------
LiLacFlA

Tau takut..

------------
zawq

amin ya rabbil alamin..

----------
limaumaniss

woha!

---------
pu3 balqis

boleh.. : )

nurul huda said...

aku tk tau nak taip apa.. tapi saje nak membuktikan akan kewujudan aku kat sini..

hok hok hok...

suke-suke said...

Salam....

Kali pertama memberi komentar walaupun dah agak lama mengikuti blog yang sungguh menarik ini.

Terima kasih kerana telah banyak menyedarkan dan menginsafkan aku

Perokok Soleh said...

salam hamka...

sebut bab zina...
kawanku seorang engineer yg br pulang apabila ditanya fasal kahwin berkata:

aku paayah la nak kawin..
xder berkenan...
kalau yang baikpun kena check btol2x seh sbb kebnyakkan semua dah kena rebus dek tupai...

ps:aku belajar bersangka baik..jadi aku rasa sebenarnya bnyk lagi wanita yg selamat dari tupai..hehehe

kedaijamu said...

ketika ujan lebat malam sabtu aritu aku menyaksikan pernikahan sepupu aku
woha!!!!

hamka said...

nurul huda

nasib baik kau buktikan kewujudan kau, kalau tak, pakcik gali satu Lagi lubang kubur malam ni,, he he

------------
suke-suke

Syukur pada Allah, dan kenang aku dalam doamu

-----------
perokoksoleh

kena rebus?

Tapi, takpe takde dara kalau dah bertaubat dan bini aku pulak sanggup di madukan..

-----------
kedaijamu

best kahwin time hujan, tapi besar jugak peluang subuh gajah, isk!

faz said...

Hamka...

aku baru terperasan kat tajuk entri kau ni, perkataan 'Belada'.. ke kau nak tulis 'Balada'?

cam Balada Seorang Biduan - Dhalan Zainudin tuh..

[teringat pulak cerita Santan Berlada masa kecik2 dulu..]

pencinta bahasa said...

salam..
ada yg menyatakan kalau seblum khwn syaitan hasut supaya makin dkt tp ble dh khwn syaitan hasut supaya makin jauh..

Anonymous said...

perokok soleh....
aku antara wanita yg terselamat dr tupai2 liar....insyaALLAH...
and aku yakin, ramai lg wanita2 yg x tertebuk lg selama mana lelaki2 menjaga teruna mereka...
oh....
takutnye ngn janji ALLAH...
lelaki yg baik utk perempuan yg baik.....
sesungguhnye ALLAH x penah memungkiri janji...
ya ALLAH...kurnikanlah kepada ku pasangan yg hidup yg dapat memberi kebahagiaan dunia dan akhirat...
yg dpt membimbingku kejalan yg diredhai oleh Mu...
kurniakan kpd ku, suami yg menjadi imam dlm setiap solatku...yg aku aminkan stp doa nya...
aamin...

*jom amalkan doa ni kepada perempuan2 di kereta mayat...

...antikapel...

Iliana said...

salam ziarah, salam ukhwah..

di selatan:
selalunya berita zina yang terpampang terjadi di antara mereka yang gemar bersosial. pakaian sahaja dah terdedah sana dan sini

di utara:
yang terpampang menggugurkan bayi kerap kali mereka yang bertudung labuh, berjubah, bersekolah agama.

lantas saya terfikir, dalam mereka berhijab, kepalsuan belakakah ia? agaknya, siapa lagi yang boleh dipercayai? sedih sekali~

Tujuh Kaki Dalam said...

doakanlah aku yang bujang ini lekas nikahnya.

semua yang di atas doakanlah aku.

doa korang penuh keberkatan terutama pemilik blog Kereta Mayat ini walau dia banyak berada di celah2an sesuatu.

Corey said...

Salam..
Tersubuh gajah tak pagi tu bro?Gua rasa perkara paling syok pagi tu ialah mandi berjemaah ketika hujan masih turun...(andaian melulu)hak hak hak

SpEkmATaKu said...

suke entry ni..scientifically proven
kita kn lebih basah jika berlari dlm ujan drp kite berjalan..ironic kn..so jln la dlm ujan..tula ku suke tgk mythbuster hehe..

Marie said...

Menjauhi zina tu satu hal..
First of all, jauhilah kawan2 atau perkara2 yg boleh membawa kita ke arah kemaksiatan dan zina..
Pengaruh zaman ini sgt hebat..berhati2 lah..

Peringatan utk diri aku yg hina ini juga..

tholhah said...

oh..di tgh mlm gelap gelita ujan turun..kilat sabong menyabong gurh berdentamm dentum..kisah sepsng kekasih yg sedang bercanda berpelukan...aduhh...lena diulit mimpi...aduhh...ko nye cite teringat aku pada lgu memori dun pisang...tpi hamka apakh kte ini masih nk bermonolog sedangkn ummat sedang menderita ..oh betapa zalimnye aku ble ummat menderita diulit dosa n noda aku masi senang dibwh celah ketiak istriku..oh tuhan ampunilah daku...

tholhah said...

jemaah masturat 3h bru je tangguh dari mohalahku semlm..alhmdulillah moga hidayat selurh alam...

Marie said...

"Dan janganlah kamu menghampiri zina, sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang jahat (yang membawa kerosakan)" (Al-Isra Ayat 32)

hamka said...

Faz

Eh eh, betulah, aku dah salah tulis, tapi abaikanlah, tak pentingpun..

Cuma, kau ada tak lagu Balada Seorang Biduan - Dhalan Zainudin tuh?.. yang versi unplug, boleh email aku akan mp3 nya..

Tolong ye!

-----------
pencinta bahasa

aku dah tulis dalam entry : kenapa bercerai?

--------------
...antikapel...

Ada jugak yang hilang dara kerana di rogol, nasihat doctor dan polis, jangan mandi selepas rogol dan terus pergi buat report dan check, akan mudah kerja kerja menangkap penjahat, insyAllah…

-------------
Iliana

Percayalah pada janji Allah..

-------------
Tujuh Kaki Dalam

Aku insan yang hina, isk…

--------------
corey

tak, bini aku datang bulan..

------------
SpEkmATaKu

Errr, pakcik tak tahu ni, ketinggalan zaman.., menatang apa mythbuster tu?.

---------------
Marie

: )

-------------
tholhah

tu lah tu, terukkan aku?
kena banyak doa, nangis dan korban lagi..

aku memang banyak salah..

Anonymous said...

tuan antar u satu email.
tak bley tanya kat komen ni.


Ps/ bukan email untuk propose anak en hamka.

sekian.

D'Carbo said...

Nice Entry..Teruskan Usaha bro! =)

jiddan84me said...

aku yg prasan sibuk baru sempat buka blog nko,en.hamka.rupenyer dah 2 entry aku terlepas baca...aku suka layan blog nko time pala serabut n tensen.Bila layan blog nko, terasa sbnarnya, aku ni x la bermasalah teruk sgt.org lain lg byk ditimpa musibah...n aku sepatutnya besyukur dgn apa yg aku ada skarang bukannya hanya tahu mngeluh.Oh ALLAH, ampunkan dosa hambaMU yg hina dina lagi kerdil ni...

Hanisumayyah said...

Terkesan membaca entry ni...

SpEkmATaKu said...

mythbuster tu tv program kt discover channel..suke tgk sbb very informative =P..

kedaijamu said...

bini aku nak bersalin....
lepas ni nak kena puasa 60 hari..
hahaha x ada kene mengena ngan entry

nurul huda said...

eh eh mintak maaf encik hamka terpaksa guna kawasan encik hamka ni tok tnya soklan kat kakak yang nama Hanisumayyah tu.

Kakak hanisumayyah,
saya merupakan salah seorg peminat baca blog akak. setelah beberapa pergolakan belaku, sprt perasan sibuk yg macam en hamka slalu cakap tu. internet kat umah kene potong, komputer rosak dan sebgainya saya menjadi ketinggaln .
bila jumpa balik blog akak rupanya saya sekarang bukan invited user. hok hok hok.... kalau akak baca surat ini.. saya harap akak pertimbangkan lah permintaan saya ini.

saya tk nafikan byk pengajaran yg boleh saya kutip

sebarang maklum balas
huda.cwstudio@gmail.com

eksp said...

huihh...

tetiba aku rasa sayu baca posting ko nih hamka...

insap pun ada...

dan rasa macam nak kawen cepat pun ada..

=D

anamunawwarah said...

salam...
ye pakcik!berjalan la dalam hujan!hehe...
em zina..
bkn setakat bersetubuh dgn bkn mahram je.takut2 kita2 yg perasan baik ni sebenarnya tak suci hatinya krn zina,tak suci pandangannya krn zina,xsuci pendengarannya krn zina.

payahnye nak jaga...
zikrullah...zikrullah..

hamka said...

Caracol S. Trampt

keretamayat@gmail.com

------------
D'Carbo

Teruskan usaha sebelum jadi mayat…

---------------
jiddan84me

aku yang perasan sibuk, sebab tu baru 2 entry yang kau terlepas, cuba aku tak perasan sibuk macam blogger lain, yang hari hari update blog, dah tentu kau dah terlepas 14 entry he he

--------------
Hanisumayyah

Lama tak dengar cerita, semenjak blogmu ada password..

------------
SpEkmATaKu

Rumah aku takde astro..

-----------------
kedaijamu

takde alasanlah kau nak mandi hujan, he he

---------------
nurul huda

bini aku pun nak baca, boleh email aku ya kak hani?

----------------
eksp

rasa nak mandi wajib dengan air hujanpun ada, kan?

=D

--------------
anamunawwarah

ku berjalan di dalam hujan
mencari api yang terpadam
namun sudah sekian lama
hanyalah gelap gelita

cheh, menyanyilah pulak,

Balada seorang Biduan said...

Dari sebuah desa
Berbekal gitar tua
Datang di ibukota
Dengan penuh harapan
Jadi seorang biduan, jadi seorang biduan

Oh biduan pujaan
Pujaan tua muda
Kau ditaburi cahaya
Dan sinar kekaguman
Dan riuhnya tepukan, dan riuhnya tepukan

Meskipun kau tersenyum
Namun orangpun tahu
Apa isi hatimu
Tatkala kau lagukan

Lagumu lagu sendu
Perjalanan hidupmu
Ditinggal kekasihmu

LeezhaRahim said...

Masa berzina tk igt apa2..dua2 tau nak seronok jer (wlpn tk la seseronok yg dgambarkan)..

dh termengandung yg lelaki hilang tah kemana..yg perempuan menderita mengandung sendiri...(jadi macm ibu kucing..)dan yg lebih sadis..beranakla si perenpuan sorang2 dalam bilik air...dan menjadi makin dahsyat bila manusia bersikap lebih binatang dari binatang sendiri..baby yg tak tau aper2 dicampak sesuka hati dalam tong sampah, ditepi2longkang...eee....YaAllah...tk tau nk kater aper...

Bila dapat tangkap..si Ibu sahaja yg dikenakan hukuman..si Bapa dah terlepas bermahajaralela....mgkin ulang perbuatan yg sama...cis bedebah betul...

WeLove|sLam said...

betol macam kate pencinta bahasa tuh, sebelum kawen selalu nak dekat, lepas kawen, suami dah tak berape nak dekat...huhu

so hati-hatilah kaum hawa yg nak memilih bakal suami.. cari yg beriman cam Hamka ni taw..baru selalu dekat ngan isteri,uhuhu

Mdm. Masfer said...

igtkn btl2 lagu,mati2 ingt melodi rupanya en.hamka punya copyright.hampeh tul sb aku tertipu.tp xpe sbb memg best bc blog ni.he3

hamka said...

HaGiMaRu

Tuhan sayangkan hamba lebih 70 kali mak saying pada anaknya..

Sebab tu lah pendosa hari ini sihat sihat belaka..

“Dik, jika ada apa-apa, abang ada di masjid..” isk..

--------------
WeLove|sLam

Pernah dengar lagu ziana zain: Joget Mencari teman?

Aku pernah:

Dari kau bercinta-cinta
Baiklah berumah tangga
Kalau mencari teman
Janganlah memandang luaran
Cari yang beriman..

Ps: tapi jangan cari yang beriman macam aku? Cari yang beriman macam orang yang patut di jadikan contoh..

Don’t judge the blog by the followers..

-----------
masferr_dinslacck

sedang cuba beladakan monolog itu ikut rentak belada seorang biduan..

tapi gagal…

WeLove|sLam said...

[quote]"Don’t judge the blog by the followers.."[quote/]

aku tak judge blog by the followers, aku judge blog by the isi penulisannye..(aku tak reti bahasa inggeris,ahaha)

Neo Rantissi said...
This comment has been removed by the author.
harumkasturi said...

salam hamka......aku tertarik crete kau tentang memakmurkan dan meramaikan rumah Allah. seingat aku ler yang telah berumur 42 thn. ni (kalo org puteh cakap life is just begin. tapi kalo ikut Islam sikit ari lagi akan jadi mayat dan akan naik kereta mayat). di mana2 saja di kalo namanya masjid mesti akan dijadikan hak AJK masjid. contohnya di tempat aku ini (tak perlulah aku sebut nama taman yang aku duduki ini)masalahnya sama saja. yang berfahaman mazab PKR tak suka yang bermazab UMNO begitu ler sebaliknya. masing2 menuntut hak yang lebih konon masing2 mempunyai calon yang layak. ada ke patut rumah Allah tempat kita mengabdikan diri pada Allah di jadikan parliment plak. sapa yang rugi? agama islam dan bangsa kita sendiri. tempat yang suci itu patut dijadikan tempat mengajar agama, tempat bermaufakat, tempat bermuzakarah dan macam2 tempat yang ber, ber,ber.......pokoknya tempat berbaik2 dan tempat baik2 aje bukannya pokok tempat nak melompat untuk mendapatkan sesuatu yang berbentuk kepentingan diri sendiri. Allah murka. timbang2kan ler yer. aku teringat masa arwah bapak aku jadi bilal dan bendahari masjid dulu, offs salah bukan masjid tapi surau. seingat aku bermacam2 aktiviti di surau itu. pas tu surau tu plak tak pernah berkunci sapa2 aje boleh berteduh kat situ dari panas terik ke atau hujan ribut, sebagai balasannya surau kampung itu ada aje tangan2 yang menghulur utuk membaik pulih mana2 yang rosak dan sedekah dari mana2 individu2 yang perihatin. ini ler yang di namakan buat baik balasannya baik gak. aku rasa ler AJK masjid yang takut barang2 masjid itu hilang tak redah dengan ketentuan Allah. kalo cam tu buat apa mengaku islam di mulut tapi di hati tetap tak redha dengan apa yang bakal terjadi. seorang muslim yang baik mestilah sentiasa berprasangka baik sesama manusia apatah lagi sesama agama. chewah...aku plak prasaan baik. tapi memang betul buka ler pintu masjid itu seluas2nya kerana itu adalah rumah Allah bukan rumah AJK masjid. jadi AJK masjid yang tersentuh, terasa atau macam2 ter yang menusuk hati dan jiwa tu.....timbang-timbangkan ler yer apa yang di tulis ni.......wasallam

Dr Zaira said...

salam~

terbaek! memang menusuk hati.

hamka said...

seperti sembilu, chewah..

hamka said...

Harumkasturi

Terima kasih pakcik, konsi kau punya cerita:

Ini cerita terbaru tentang surau yang bertanya 3 tahun lepas:

copy/paste:

1- Alhamdulillah struktur organisasi surau yang baru telah dibentuk. Tapi aku tolak jadi pengerusi sebab perasan sibuk (takut tak dapat jalankan tanggungjawab sebab aku kena attach project kat KL, balik malam tak menentu). Pengerusi sekarang seorang pemandu teksi, aku tengok banyak progress yang telah dilaksanakan dengan kelapangan masa dia waktu siang, bebas ke sana ke mari, cari sponsor, ke pejabat agama dsbgnya. Aku stay jadi imam yang masih 'demam'.

2- Allah hantar seorang ustaz dari XXX yang sambung master di UXX, pernah belajar selama 8 tahun di Indonesia menumpang di surau kami. Kami bagi bilik imam untuk dia menghuni. Ringan sedikit beban, sekurang-kurangnya hari mana aku kena stay back kat makmal, ada la jugak orang yang boleh imamkan solat. Di samping itu dia juga berkhidmat mengajar anak-anak flat mengaji dan fardhu ain.

3- Setakat ini sudah ada 3 jemaah yang keluar 3 hari di sini (Jemaah Teras Jernang, Jemaah 40 hari dari Penang dan Jemaah student UNITEN). Ada satu hari Sabtu tu, aku ada urusan di KL, tengahari. Pengerusi telefon aku kata jemaah datang, tapi ada AJK tak nak bagi masuk. Ustaz Batam pulak kata dia rasa kurang selesa, mungkin terkejut tiba-tiba ada jemaah datang, mungkin mengganggu privacy. Aku tanya apa masalahnya, kenapa tak bagi masuk. Dia kata AJK tak setuju sebab tak sesuai dengan citarasa diorang. Aku kata aku ok je. Kenapa tak nak bagi. Yang penting mereka sesuai dengan Al Quran dan Sunnah. Diorang datang nak belajar usaha atas iman. Dia kata nantilah saya bagitau diorang. Akhirnya jemaah masuk juga. Yang ni jemaah student UNITEN, alhamdulillah Ikram diorang tinggi, akhlak pun bagus, jemaah surau yang lain ok je. Ada sorang pakcik tanya betul ke AJK surau tak bagi masuk, kenapa. Aku citer je apa yang berlaku. Dia kata dia ok je dengan jemaah, malah lagi suka bila rumah Allah jadi makmur lebih-lebih lagi tengok pemuda-pemuda, student-student yang bercahaya wajah mereka.

4- Ingat lagi tak setiausaha yang ada kes kata gila kuasa dan gila mikrofon? Dah setahun lebih dia merajuk tak nak datang surau. Dalam 2 bulan pertama merajuk, aku ada pergi jumpa dia dengan karkun senior sorang lagi. Ikram dia dan pujuk dia supaya datang semula sama-sama makmurkan surau dan jangan tertipu dengan syaitan. Dia kata takpe nanti bila hati dia dah reda nanti dia pergi la surau. Sampai sekarang tak datang-datang. Tapi waktu pelantikan AJK-AJK baru-baru ini tiba-tiba dia sms kat aku camne perkembangan surau sekarang, mungkin dia ingat aku yang jadi pengerusi. Siap bagi nasihat supaya hantar pelantikan baru ini kepada JAIS secepat mungkin sebab jika ada apa-apa program atau nak kutip derma, ia akan dikira tak sah. Aku cakap terima kasih tapi kalu ada apa-apa komen boleh kemukakan dekat pengerusi baru.

Kesian aku tengok. Setiap kali aku baca entry kau pasal merajuk mesti aku teringat kat ex-setiausaha. Rupa-rupanya aku baru tahu dia memang gaduh dengan siak surau sebelum ini. Walaupun siak tu pernah minta maaf kat dia depan aku dan pengerusi penduduk tapi macam tak makan pujuk je. Sekarang ni siak lama tukar jadi setiausaha baru. Ini masalah hati bila perasan bagus dan ego menguasai diri. Moga Allah lembutkan hati dia dan datang balik ke surau. Surau sebelah blok rumah dia je, turun tangga nampak tangga surau dah. Insya Allah aku cuba buat hubungan lagi dan pujuk lagi.


Penduduk kat sini pun ada yang keluar dan ada yang baru pindah masuk. Ada ramai muka-muka yang baru especially student-student IPT berdekatan dan student praktikal yang menyewa di sini istiqamah datang solat berjemaah. Kelihatan meriah sedikit berbanding dahulu. Waktu subuh pun ada dalam 10-12 orang berbanding sebelum ini 4-6 orang. Itulah asam garam dalam memakmurkan rumah Allah. Pinjam ayat kau haha. Ada jodoh boleh ketemu. Aku akan cuba utarakan cadangan-cadangan kau dalam mesyuarat Surau akan datang insya Allah. Sekian terima kasih. Wassalam.

Anonymous said...

Memang benar 100% kata Hamka tu. Dari pengalaman sendiri...tiap kali teringat peristiwa itu, hati rasa tersiksa, jiwa rasa menderita, sesalan tak berkesudahan. Tiada kedamaian jiwa. Mengapa aku terlalu lemah?

Anonymous said...

Apakah tanda taubat seseorang itu diterima? apakah aku yang perasaan dah bertaubat ni telah diterima taubatnya?

hamka said...

err, cuba baca, bab:

"tau buat tau taulah taubat", aku dah tulis kat sana..