Apr 1, 2009

Perasan Disalahkan? (part 2)

(Bagaimana Perasan disalahkan yang dibenarkan dalam Islam)

Sebelum ni aku ada tulis bab ‘perasan disalahkan’ dan betapa buruknya akibat yang akan menimpa ummat manusia bila hidup dengan sifat ‘perasan disalahkan’.

Namun, ada juga dalam hal ehwal tertentu, ‘perasan di salahkan’ tidak menjadi kesalahan sebaliknya boleh menjadi satu indicator dalam mempelajari bab takwa, atau bab takut kepada Allah..

Tak payah aku cerita panjang, straight to the point, aku terus petik sebuah kisah benar yang berlaku semalam kat ofis aku sebagai rujukan dalam bab 'Perasan disalahkan' yang dibenarkan dalam Islam, insyAllah.

Siri Bercakap dengan bos

“Bos, boleh jumpa kejap?”

Tanya aku bila tengok bos aku sedang duduk duduk perasan sibuk.

“Boleh, apa hal?”

Senyum bos aku. Sambil mengkiblat ke arah aku.

“Saya ada hal nak tanya pada bos sikit..”

“Apa dia?”

“Begini, err., bos ada banyak masa ke ni?”

“Cakaplah apa-apapun..”

“Err, begini,.. saya nak cerita sikit, lepas tu baru tanya.., boleh?”

Bos aku angguk setuju…, lalu aku pun mulakan bicara…

“Begini, pada Zaman Nabi Muhammad SAW dulu, Allah dah bagitahu pada Nabi akan senarai nama orang-orang Munafik di Madinah Al munawarah, lalu Nabi Muhammad telah amanahkan nama-nama si munafik ni agar disimpan sebagai rahsia Negara kepada orang tanggungjawab iaitu Hudzaifah r.anhu.”

Aku telah air liur, dan teruskan bicara, ada sedikit gaya ustaz waktu tu aku ni..

“Saidina Umar RA, selaku seorang sahabat nabi yang rapat, yang juga telah dapat jaminan shurga, tapi kerana takut dan takwa pada Allah, lantas telah datang berjumpa Hudzaifah r.anhu secara senyap-senyap dan bertanya dengan penuh kerisauan,:

Nama aku ada tak dalam senarai tu?

Tanya Sebab takut dirinya munafik, dan jika tahu dapatlah di baiki apa yang salah, lalu bila Hudzaifah r.anhu cakap nama dia takde, legalah dia dan tak pulak Saidina Umar RA nak tanya nama orang lain sebab itu rahsia Negara.., lagipun tak baik cari salah orang lain..

Jadi bos, tadi dalam meeting bos ada cakap beberapa pekerja telah buat kesalahan begitu dan begini, tapi bos tak nak sebut nama mereka sebab tak nak aibkan mereka dan bos nak mereka ubah kelakuan jika tak nak markah prestasi hujung tahun kena tolak..

Jadi bos, saya yang perasan disalahkan nak tanya, nama saya ada tak dalam senarai orang yang bos maksudkan tadi?,

Bukan apa.., jika nama saya ada, saya nak mintak maaf, mungkin sebab saya terlepas pandang atau cuai, jadi bolehlah saya berwaspada pada benda ni dan saya akan perbetulkan mana mana kesalahan yang saya tak perasan..

“Nama aku ada tak dalam senarai tu, bos?”

Tanya aku dengan serius..

Bos aku senyum. tarik nafas dan cakap:

“Nama kau takde, kau pekerja yang bagus, saya pun nak belajar untuk tidak mengaibkan orang, atau memalukan orang, lagi satu saya tak nak pekerja saya amalkan budaya mengumpat atau menfitnah kat tempat kerja, kita kena satu hati”

Aku pulak yang tersenyum. lega sebab nama takde dalam senarai yang telah bos kambing hitamkan, lalu aku terus sambung berkutbah:

“Betul tu bos, mengumpat itu berdosa sebab maksud mengumpat adalah bercakap perkara yang benar tapi mangsa tidak suka dan fitnah pulak dosa besar, silap langkah, boleh kena sebat sampai 70 kali berbirat, dan tak perlulah bos bagitahu siapa nama pekerja lain yang bos maksudkan sebab saya nak jaga hati sendiri dari cari salah orang lain”

“Bagus Hamka, saya setuju dengan awak, kekalkan prestasi.."

Kami tersenyum antara satu sama lain, sehinggalah bos aku sambung cakapnya:

"namun,.. saya nak mintak maaf, sebab hari ni hari terakhir saya jadi bos awak”

Laaaa, baru nak start bodek, dah berhenti sudah bos aku ni..

Nampaknya, esok nak kena bodek bos baru ler pulak..

Sekian,

Ps: Jangan asyik sangat baca blog kat tempat kerja, sedang kerja hakiki belum siap, tapi kalau dah siap kerja hakiki, bolehlah update blog, betul tak bos baru?

Woha!
Post a Comment