Apr 28, 2009

Tanya sama Tuhan? (part 2)

(10 jawapan daripada Tuhan., sila baca part 1 dulu, jika tidak.., lantak korang ler)

Semalam, waktu aku menemani isteri beli barang rumah di sebuah pasaraya terkenal di ibu kota tempat lahir tipu daya, terjumpa pulak akan aku dengan kawan sekampung, terus berborak rancak tentang “kampong apa cerita?” sedang isteri aku meneruskan beli barang sorang-sorang..

Baru aku tahu, dua orang kawan aku kat kampong, sudah bercerai dengan bini masing masing, sorang dah 6 tahun kahwin, anak dah dua, dan sorang lagi dah 3 tahun kahwin dan anak satu.., patutlah waktu aku balik kampong minggu lepas, aku jumpa mereka sedang lepak di masjid lepas solat maghrib, dan kusyuk membaca Al quran sampai isyak, biasa tak pernah nampak, rupa-rupanya dah bercerai dengan bini lalu datang ke rumah Allah mencari ketenangan.. patut air muka serius dan bila buat lawak tak gelakpun cis..

Bailk pada malam tadi, Aku tanya apa punca? kawan yang aku jumpa kat pasaraya terkenal di ibu kota tempat lahir tipu daya cakap, biasalah, orang ketiga, curang, itu begini bla bla bla..

Pendek cerita, aku panjangkan cerita tu kat isteri aku dalam kereta dan melarat ke ruang tamu, dapur, depan TV, dan atas katil, dan akhirnya tertidur..

Dalam mimpi, boleh pulak aku jumpa dengan bini kawan aku yang telah di ceraikan, dan kerana kasihan dengan mereka, aku kahwin dengan mereka berdua..

Dalam mimpi aku hintung bilangan anak aku ke semuanya dah jadi 7 orang, ramainya..

Awal pagi aku terjaga dan dapati isteri aku sedang menangis, aku tanya kenapa:

Dia kata dia baru sedih dalam mimpi sebab mimpi abang kahwin tiga, tapi dah tak sedih sebab itu semua mimpi..

Subhanallah, abang baru bermimpi abang kahwin tiga... kahwin dengan bini kawan abang, serius.., abang kira anak abang campur anak orang dah 7 orang..

Bini aku terus ketawa, tak tahu ketawa sebab lawak atau ketawa sebab lain..

Lalu aku berkata kepada bini aku, bukankah mimpi itu mainan syaitan? Jangan sedih sedih lagi..

Lalu kami dapat satu rahsia, yang mana, oleh sebab bini aku mimpi sama dengan aku punya mimpi, aku syak ni mesti kerja syaitan yang sama, akhirnya kami sedar bahawa syaitan selalu kacau rumah tangga maka akhirnya kami bersatu mengalahkan syaitan dengan membuat perkara yang di benci syaitan iaitu,, argh korang fikirlah sendiri...

Sekian.

: )

ps: antara alasan perasan sibuk kenapa tak siapkan entry ni malam tadi..

*****

Ok, dah jauh melalut, kita sambung cerita semalam, cerita 'Tanya sama Tuhan..'
Jadi sekarang, kita pergi terus kepada:

10 jawapan daripada Tuhan

Soalan satu:

“Bagaimana nak jadi kaya?”

Tanya seorang miskin yang tiada apa-apa harta, kecuali sehelai kain, ketika bertanya kepada Nabi Musa, beliau kelihatan sedang sembunyikan badannya dalam lubang untuk menutup aurat kerana kainnya baru di basuh dan sedang di jemur..

Jawapan :

“kena banyak syukur atas nikmat Allah..”

Semua tahu sudah, siapa yang bersyukur, Allah akan tambah nikmat dan siapa yang kufur, azab Allah amatlah pedih, lalu apabila Nabi Musa bagitahu jawapan kepada orang miskin yang sudah tidak sembunyikan badannya dalam lubang kerana sudah memakai sehelai kain, terus orang miskin tu marah-marah, tak puas hati dengan jawapan yang ‘mudah’ camtu..

“macam mana aku nak bersyukur, aku mana ada harta?”

“syukurlah atas nikmat kain sehelai tu”

“Kain ni? Apa boleh disyukurkan dengan sehelai kain?”


Lantas terus orang tu mencaci nasib dirinya, dan jadilah dia seorang yang kufur pada nikmat Allah, dan oleh kerana beliau berada di zaman Allah menzahirkan azab, tak macam zaman sekarang, yang mana jika korang kufur, Allah tak azab serta merta sebab nabi Muhammad SAW dah mintak tangguh, tapi zaman dulu, siapa kufur, insyAllah sebelum mati lagi dah kena azab, lantas sekonyong konyong pada waktu tu juga, datanglah segala angin kencang menerbangkan kain si miskin yang tak tahu bersyukur itu, dan azab tidak berhenti di situ sahaja, kerana angin kian terus menerus menjadi kuat sehingga menerbangkan orang tua itu dilambung hilang entah ke mana dan sudah pasti azab tidak akan berhenti lagi kerana bila mati, kena azab pulak di akhirat buat selama-lamanya.. oh!

Moral: Tiada seorangpun manusia di dunia ini yang tak dapat nikmat dari Allah, maka bersyukurlah..

Soalan dua.

“Bagaimana nak kurangkan harta yang terlalu banyak?”

Tanya seorang yang kaya raya, ketika bertanya kepada Nabi Musa, beliau kelihatan sedang membahagikan harta yang bertimbun timbun kepada orang ramai, susah hati sebab beban kerja yang banyak, beliau pun kirim soalan kepada Allah, macam mana nak jadi miskin, begitu legih kurang..

Jawapan :

“jangan bersyukur”

Satu jawapan yang simple, yang mana orang kaya itu tak sanggup buat lalu terus menerus ia mendapat nikmat dari Allah, dan terus menerus berkongsi nikmat dengan orang lain kerana itulah hakikat syukur yang mana ada kerja di sebalik semua nikmat, sebab tu jika korang kaya, bukan setakat simpan duit beli asset dan ucap syukur, tapi korang kena kongsi nikmat tu dengan orang lain supaya orang lainpun dapat bersyukur..

Moral: Nikmat yang terbesar adalah nikmat iman, dan orang yang bersyukur atas nikmat iman wajib berkongsi nikmat ini dengan orang lain melalui perantaraan dakwah..

Soalan Tiga.

“Aku duduk shurga tingkat berapa?”

Tanya seorang ahli ibadat yang sedang bertapa dalam gua, yakin dengan ibadatnya yang hebat yang mana telah mencecah berpuluh puluh tahun, di beritakan makanan telah keluar dari celah jarinya, dan batu melekuk kerana lamanya bersujud, lantas bertanya kepada Allah, : aku duduk shurga tingkat berapa wahai tuhan?

Jawapan:-

“tingkat berapa?, nama dalam senarai ahli shurgapun belum ada”

Alangkah terkejutnya ahli ibadat yang telah beribadat mencecah berpuluh puluh tahun, yang mana makanan telah keluar dari celah jarinya, dan batu melekuk kerana lamanya bersujud, dah begitu hebat punya amalan, namun, nama dalam senarai ahli shurgapun belum ada?

Oh, jika aku yang dah begini banyak ibadat belum tentu masuk shurga, bagaimana dengan orang lain yang tak pernah ibadat? Bagaimana nasib mak aku, adik aku yang tak pernah beribadat..? Tanya orang tua itu dalam keadaan penuh sedih..

Lantas Allah telah memberi jawapan yang baru kepada Nabi Musa untuk dikhabarkan kepada ahli ibadat itu bahawa sekarang, setelah ahli ibadat ini ada fikir risau atas orang lain, maka namanya telah berada dalam senarai ahli shurga, Alhamdulillah…

Moral: kepada ahli tariqat yang siang malam berzikir, tapi tidak pernah berkerut kening apabila melihat atau teringat kepada ahli maksiat, maka janganlah korang berangan masuk shurga tingkat berapa, kerana apabila azab Allah turun, koranglah orang yang pertama kena azab, demikian berita yang aku dengar dari hadith sabdaan nabi Muhammad SAW.., oh, dosa mana lagi yang aku dustakan..?

Soalan empat

“Aku duduk neraka tingkat berapa?”

Tanya seorang samseng kepada Nabi Musa, Wah!, soalan macam nipun ada, jahat betul mamat ni, boleh pulak Tanya soalan macam gitu?

Di sini Allah memjawab soalan dengan soalan..

Tanya Nabi Musa kepada lelaki itu, Bagaimana caranya jika Allah mahu masukkan dunia ke dalam lubang jarum..

Jawab lelaki itu, Allah boleh memasukkan dunia ke dalam lubang jarum tanpa Allah membesarkan lubang jarum, dan tanpa Allah mengecilkan dunia…

Lalu nabi Musa bagitahu, nama kau tiada dalam senarai ahli neraka, oh! Alangkah terkejutnya lelaki itu, lantas terus terpegun dengan Rahmat Allah, dan terus mengubah hidupnya menjadi orang yang benar benar beriman, dan dalam perjalanan takdir, lelaki itu terus menjadi pengikut Nabi Musa dan mati dalam keadaan beriman..

Moral: Orang yang betul yakinnya dengan Allah, betul sangkaanya dengan Allah, dan tidak pernah mempertikaikan kekuasaan Allah, maka insyAllah, jalan taubat akan terbuka untuknya…, jadi, sejauh mana yakin kita pada Allah hari ini? Tepuk dada tanyalah iman..

Soalan lima:

“Aku masuk shurga tak?”

Tanya seorang pakcik kepada Nabi Musa, beliau seorang pengikut yang baik, tapi takdelah nak bertapa dalam gua macam pak cik yang sorang lagi tu, beliau hanya beribadat di rumah dan tidur dicelah ketiak isteri..

Jawapan yang Allah bagi: “tak”

Pakcik tu masuk neraka, tapi sayang ketika jawapan ini disampaikan pada isterinya, pakcik tu dah jadi mayat, lalu bertanyalah Nabi Musa kepada isteri pakcik ni, apa amalan pakcik ni yang salah sehingga beliau mati masuk neraka..

Jawab isteri pakcik tu: “suamiku pada waktu nak tidur, selalu berkata: alangkah baiknya jika ugama yang di bawa oleh Nabi Musa itu benar”

Moral: Pakcik tu masuk neraka kerana iman dia rosak, dia masih tak yakin dengan sebenar-benar yakin pada Allah, yang mana walaupun pakcik tu kuat ibadat, tapi sebab iman rosak maka dia dikira tidak beriman dan mati kapir dan masuk nereka.., maka beristigfarlah wahai kawan kawan.. sesungguhya, ugama yang di bawa oleh Nabi Muhamamd SAW itu benar, sungguh! 100% confirm!

Soalan enam:

“Aku ada peluang masuk shurga tak?”

Tanya seorang hamba Allah yang banyak buat maksiat, walaupun dah beristeri, tapi masih sempat bertanya soalan pada Allah, Aku ada peluang masuk shurga tak?, dan beliau mati sebelum sempat nabi Musa bawak jawapan..

Jawapan:

Lagi sorang, dah jadi mayat baru nabi Musa dapat bagitahu jawapan, tapi takpe, sebab jawapan yang diberi adalah positif, kerana walaupun dia ahli maksiat, tapi Allah bagitahu dia adalah ahli shurga..

Bertanyalah nabi Musa kepada isteri lelaki itu, apa amalan sang suami hari-hari selain buat dosa..

Jawab isteri lelaki tu: “suamiku sebelum masuk tidur, selalu berdoa: wahai tuhan nabi Musa, ampunkanlah dosaku, aku begini.. aku begitu.. ”

Moral: Lelaki tu masuk shurga kerana iman dia betul, dan buat tindakkan yang betul iaitu bertubat selepas buat dosa, err, bukankah Allah telah sediakan keampunan kepada kita sebelum dosa terlaksana lagi?, kenapa tidak bertaubat pada Allah? yang mempunyai keampunan yang lebih besar dari mana-mana dosa manusia, atau anda tidak yakin dengan Allah? Atau buruk sangka bahawa Allah tidak akan ampunkan dosa kamu? Naduzubillah..

Soalan tujuh:

“Aku masuk shurga tak?”

Lagi seolan dari seorang ahli ibadat, nampaknya manusia zaman tu takde nak tanya soalan yang pelik pelik macam aetis zaman sekarang… Tanya pasal perisai kebal dan pedang tajam misalnya.. hampeh kan?

Jawapan:-

Di sini juga, Allah menjawab soalan dengan soalan..

Tanya Nabi Musa kepada lelaki itu, Boleh tak Allah masukkan dunia ke dalam lubang jarum tanpa Allah membesarkan lubang jarum, dan tanpa Allah mengecilkan dunia…

Jawab lelaki itu, “Tak Boleh, jika Allah nak memasukkan dunia ke dalam lubang jarum maka Allah perlu membesarkan lubang jarum, atau Allah mengecilkan dunia…, baru boleh (logic)

Lalu nabi Musa bagitahu, nama kamu tiada dalam senarai ahli shurga oh! Alangkah terkejutnya lelaki itu, lantas terus buruk sangka pada Allah, dan terus mengubah hidupnya dari menjadi orang beriman kepada ahli maksiat, dan dalam perjalanan takdir, lelaki itu mati dalam keadaan buat maksiat, dan matilah ia masuk neraka

Moral: Orang yang salah yakinnya dengan Allah, atau salah sangkaannya dengan Allah, dan sering mempertikaikan kekuasaan Allah, kerana bagi mereka semuanya kena logic, mereka tak boleh terima Allah itu satu, tidak beranak dan tidak diperanakkan, mereka tak boleh terima jika Allah itu Maha kuasa, boleh buat apa sahaja, tak boleh terima kenyataan bahawa Allah boleh memasukkan dunia ke dalam lubang jarum tanpa Allah membesarkan lubang jarum, dan tanpa Allah mengecilkan dunia, mereka nak kenyatan yang logic seperti: jika Allah nak memasukkan dunia ke dalam lubang jarum maka Allah perlu membesarkan lubang jarum, atau Allah mengecilkan dunia…, baru boleh (logic)

Sebab tu akhirnya mereka buat keputusan untuk tidak bertuhan, mereka rasa dunia ni terjadi dengan sendiri, semua nya nak fikir logic, maka tertutuplah pintu hati, dan matilah ia macam mati semua manusia, tapi sebab dia salah sangka dengan Allah, maka matilah dia masuk neraka buat selama-lamanya.. Ya Allah, selamatkan kami dari dosa syirik..

Soalan lapan:

“Apa warna Sapi betina yang Allah nak kami sembelih?”

Tanya Bani isreal yang menyusahkan diri sendiri bila perintah Allah suruh sembelih Sapi, nak pulak Tanya sapi warna apa..

Jawapan yang aku petik dari al quran:-

Sebelum tu aku cerita sikit, Suatu hari tu, telah terjadinya peristiwa pembunuhan di antara kaum Nabi Musa. Untuk mengetahui siapa pembunuh orang tersebut, Allah telah perintahkan Nabi Musa menyuruh kaumnya untuk mencari seekor sapi betina. Dengan lidah sapi itu nantinya mayat yang terbunuh akan dipukul dan akan hidup lagi atas kehendak dan izin dari Allah SWT lalu bagitahu siapa yang bunuh…

Aku petik ayat Al quran sikit:

Mereka berkata: Mohonkanlah kepada Rabb-mu untuk kami agar Dia menerangkan kepada kami apa warnanya. Musa menjawab: Sesungguhnya Allah berfirman bahawa sapi betina itu adalah sapi betina yang kuning, yang kuning tua warnanya, lagi menyenangkan orang-orang yang memandangnya. (QS. 2:69)

Jawapan: warna oren gitu..

Soalan sembilan:

“Apa hakikat Sapi betina yang Allah nak kami sembelih?”

Musa berkata: Sesungguhnya Allah berfirman bahwa sapi betina itu adalah sapi betina yang belum pernah dipakai untuk membajak tanah dan tidak pula untuk mengairi tanaman, tidak bercacat, tidak ada belangnya. Mereka berkata: Sekarang barulah kamu menerangkan hakikat sapi betina yang sebenarnya. Kemudian mereka menyembelihnya dan hampir saja mereka tidak melaksanakan perintah itu. (QS. 2:71)

Moral : Jangan jadi bodoh macam bani Israel, kerana suka tanya soalan yang pelik pelik apabila Allah turun perintah, jika waktu Allah suruh sembelih sapi, pergi jelah sembelih tak payah nak Tanya Tanya, tapi bila Tanya, jadi banayk songeh dan jadi payah nak amal, sebab tu sifat sahabat nabi Muhammad SAW yang Allah puji adalah sifat, “Kami dengar dan kami Taat”

Orang yang banyak tanya, jika kita jawab, akan tanya pulak soalan lain, sebab tu dalam berdebat kadang kadang baik tak payah, sebab jika kita menang, ugama akan kalah, (orang tu akan cari lagi soalan berbentuk syirik sebab nak menang) baik kita kalah, biar ugama menang, sebab ugama itu hak, yang hak tetap hak walaupun semua orang kata batil.. lantaklah, jadi, moral lagi sekali: Apa sahaja perinah Allah, tunaikanlah, tak payah tanya banyak banyak..

Soalan sepuluh:

“Boleh tak aku tengok Allah?, kalau tak, aku tak nak beriman pada Allah selagi tak tengok Allah”

70 orang pengikut Nabi Musa yang dah dengar suara Allah bercakap dengan Nabi Musa tapi banyak songeh dengan buat syarat tak nak beriman selagi tak tengok Allah betul-betul akhirnya mati di panah petir..

Moral: Takutlah Allah, takutlah Allah, jangan main main dengan Allah.., siapa kat sini tak takut di sambar petir, angkat tangan, (Pang! Terdengar bunyi hangus tangan terbakar)


****

Demikanlah tadi, perkongsian nota kepada diri yang aku ingat-ingat lupa, jika salah dan ada yang kurang sana sini, bolehlah korang tambah apa yang patut, akhir kata kita pergi balik pada si aetis yang bertanya :-

Bolehkah Allah menciptakan perisai yang teramat kuat sehingga tidak ada satu pedang pun yang dapat menembusinya dan Allah membuat satu pedang yang teramat tajam dan paling hebat sehingga mampu menembusi apa sahaja termasuk perisai tadi.

Dan Bolehkah Allah menciptakan makhluk yang lebih hebat, kuat dan lebih berkuasa dari diri-Nya jika benar tuhan itu Maha Pencipta?

Jawapan:-

Sebagi penutup dan untuk lebih anti klimath, aku nak bagi jawapan dalam bentuk soalan kepada si aetis yang bertanya:- jangan bimbang, soalan aku logic.. dan aku akan bagi jawapannya sekali, senang, tak payah nak jawab, angguk sahaja tanda setuju.., ok, lima soalan sahaja..

Soalan satu:
Boleh tak Allah cipta makhluk yang nampak Allah, tapi DERHAKA sampai bila bila?

(jawapan: boleh, syaitan dan iblis adalah makhluk yang nampak Allah, tapi derhaka sampai kiamat)

Soalan dua:

Boleh tak Allah cipta makhluk yang nampak Allah, dan TAAT sampai bila bila?

(jawapan: boleh, Malaikat adalah makhluk yang nampak Allah, dan Taat sampai kiamat)

Soalan tiga:

Boleh tak Allah cipta makhluk yang TAK nampak Allah, tapi DERHAKA sampai bila bila?

(jawapan: boleh, iaitu kau si aetis, dan orang kafir yang lain)

Soalan Empat:

Boleh tak Allah cipta makhluk yang TAK nampak Allah, tapi taat sampai bila bila?

(jawapan: boleh, iaitu aku, insyAllah dan orang beriman yang lain)

Soalan Lima:


Boleh tak Allah cipta makhluk yang TAK nampak Allah, tapi DERHAKA pada Allah, lalu makhluk yang TAK nampak Allah, tapi DERHAKA pada Allah itu, bertanya soalan kepada orang yang juga TAK nampak Allah, tapi TAAT pada Allah, yang mana orang TAK nampak Allah, tapi TAAT pada Allah itu akhirnya tak boleh jawab soalan tu sebab tak nak jawab sebab soalan tu tak pentig, boleh tak?

(jawapan: boleh, aku tak boleh jawab soalan kau sebab bagi aku soalan tu tak penting)

Jadi, sebagai seorang yang logic, dah tentu jawapan yang kau akan jawab akan logic juga, semuanya boleh, lima soalan tu kau jawab boleh, kan? Dan bila kau jawab boleh, nampaknya kau percaya pada Tuhan, alhamdulillah, masih terbuka peluang untuk bertaubat selagi kau tak jadi mayat, maka lebihlah baik kita bertaubat supaya senang aku sebagai pemandu keretamayat hantar kau ke tanah perkuburan islam jika korang mati pagi esok..

Kan?

SEKIAN.

Ps: Artis pilihan minggu ini: Johnny depp

(Ya Allah, bagilah hidayat kepada Johnny Depp dan keluarganya untuk mati dalam iman)

57 comments:

Marzuki Jalil said...

aku 1st ke?

faz said...

bog kau ni selalu aku carik untuk baca kalau tengah pening dengan keje..

selalu aku carik kalau tengah serabut dan sedih2 sebab kau mesti letak cerita kelakar tapi berhikmah

selalu aku baca kalau dah boring dengan hal-hal dunia, sebab aku banyak diperingatkan tentang amal ibadat yang belum cukup, tentang diriku yang tak reti2 bersyukur..

terima kasih!

Blogger Ini Tidak Mahu Dikenali said...

ish, aku nak jadi yang mcm mana eh?

Anonymous said...

nuril iman said...ehehee

sory la guna anonymous je,..yg ni plg senang..

salam..
terima kasih wahai mr. blogger.
sy selalu follow blog ni dr masa study dulu lg,..
sy suka baca blog en hamka ni...mmg terkesan di hati..
namun kdg2 kalah juga dek godaan dunia.

"sesungguhnya bagaimana manusia itu mengaku dirinya telah beriman,..sedangkan imannya belum diuji"

moga kita semua umat islam dan hambanya yg kafir juga akan dirahmati Allah dan dijemput ke syurganya kelak..insyaAllah
amin

Anonymous said...

"kami dengar kami taat" memang sifat yang sangat mulia... apalagi disampaikan oleh orang yang paling dikasihi Allah..

Tapi nak tanya sikit, adakah kalau kita banyak bertanya tuu boleh jadi kesalahan seperti Bani Israil tadi...

Walau tujuan sebenarnya untuk pemahaman agar dapat disampaikan pada yang lain.

Apa lagi dizaman sekarang banyak sangat ajaran yang salah.. jadi macam mana org yg baru nak belajar mcm saya nie nak guna pakai konsep" kami dengar & kami taat"

saya cuma nak blaja dan dikasihi Allah jee tp takut kalau byk bertanya tuu merupakan kesalahan..& kemurkaan Allah

sekian..

Kafur said...

salamun alaikum...

abe hamka.
aku xbaca lg, saja singgah.
dah lama sgt xsinggah.

(faz, aku kirim salam)

valsa nine said...

alhamdulillah terdetik kat hati aku utk jenguk blog en.Hamka ni. sungguh.. sudah tertalu lama aku tidak memberi makan pada hati yang mengidamkan ilmu keimanan ni.. iye aku bersalah.

semalam aku layari youtube, maka aku terlihat KimDonesia (seorang muallaf kristian Australia revert to Islam mse g duk kat indon) kasik respond kat mamat2 yang prasan hebat yang ckap Islam agama prejudis and hipokrit.

hurm, ape2 je lah. si Kim tu pun hanya mampu tergelak dengan mereka2 itu, btol kata en.Hamka, buat ape layan soklan yang akan menggoyahkan aqidah.. yang mana tidaklah penting sgt pun.

aku tersedih tgk TXHalabi berusaha bukan main bersungguh2 mengajak org ramai ke arah kemungkaran seolah memanggil "wei, meh la kita masuk neraka, best worrr".. spt nada setan yang slalu berbisik2 diblkg telinga aku utk menjemput ke arah kemungkaran.

tapi aku hanya mampu bertanya, knp korang sakit hati sgt ngn Islam? ape Islam da buat kat korang?

maka diorg berderu2 mengkomen 'keburukan' Islam, jd sy tersakit hati namun sbb kurang ilmu, terus delete dan istighfar pohon Allah selamatkan aku dr kegoyahan aqidah. btol, benda2 tak ptg, jgn kita dekati.

pengajaran buat aku yang cetek ilmu. percayalah.. Allah tidak pernah memesongkan atau meninggalkan kita.. it's us who always did that without realising it.

smoga iman aku tidak goyah. aku takut padaMu dan aku mahukan CintaMu ya Allah.

liza_ixora said...

salam..

teringin pulak nak tau sbb perceraian tuu..Org ketiga yg suami cari ke org ketiga yg isteri cari??yg kesiannya anak2..Haaii..kebanyakan lelaki mmg mcm tu la..mcm mana aku nak kawen ni.. adoooiii.. (p/s: abaikan..)

ttg soalan Si ethies yg pelik tu, ak pernah ke kursus asas dakwah kpd Non-Muslim by Hidayah Centre..soalan mcm tu sengaja dilontarkan dgn nada sinis kpd org Islam..

bg kte pulak jawab salah, x jawab pun salah..rasa mcm nak sepak je pemberi soalan tu..

jd kami diajar masa kursus tu jwb mcm ni:

1- bg kertas dengan pensel kpd si pemberi soalan
2- minta dia lukiskan bulatan berbentuk segi empat atau segi empat berbentuk bulatan ke..

so, itulah jawapan pd soalan dorang..hehehee..aku pon pening..

limaumaniss said...

ye betull...aku kagum dengan cara pemikiran en Hamka....lepas ni boleh jawab soalan-soalan yg 'tak logik' dari orang2 sedemikian....bukan kata orang athies jer tanya camtu...aku yakin orang islam juga pernah terdetik dalam hati memikirkan soalan2 yang seumpama itu.....betul tak?

insyaALLAH aku akan copy paste kan entry ni (buat pertama kali aku akan copy dari blog en Hamka nih) sebab aku benar2 yakin ramai orang kafir akan berfikir dan membuat mereka mengetahui hakikat TUHAN...

mudah-mudahan ramai lagi yg memeluk ISLAM dengan dakwah-dakwah yang kita lakukan...bukan Johnny Depp sajer...aku doakan Bradd Pitt dan Angelina Jolie jugak dapat hidayat satu hari nanti...ameeen....

Saichou said...

thks smbung..bnda yg plg remeh pun kdg2 leh wat kita tsungkur...huhu tkut tgelincir..hrp2 tak.

zawq said...

hamka,
kau pernah tak tanya macam-macam kat tuhan? kalau pernah, boleh bagi contoh soalan? ke secret? ehehehe.

Hamka said...

Marzuki Jalil

Kau pertama tapi bukan terakhir..

------------
faz

suatu hari, bila kau sedih, lalu kau cari aku untuk dengar cerita kelakar tapi berhikmah..
tapi apa yang kau jumpa?, sebuah kubur yang tertera tulisan jawi mungkin, Ha, min, Kaf..

maka, sedekahkan aku al fatihah..

-----------------
Blogger Ini Tidak Mahu Dikenali

Jadilah yang macam hati nak jadi, itupun jika hati bersih..

------------
nuril iman

doa juga adalah tanda iman yang betul..

------------
Anonymous

Tanya untuk faham, memanglah tak salah, digalakkan lagi, masalah sekarang ni tanya sebab nak test ilmu, atau nak susahkan orang lain, atau nak malukan orang lain..

Aku rasa semua faham, err, aku nak Tanya banyak, kenapa guna nickname anonymous?

---------
Kafur

Waialukumusallam

faz, jangan lupa bunga telur..

------------
valsa nine

apabila semua orang yang mati tiada satupun hidup balik pulang untuk cerita apa berlaku bermakna mereka telah berjumpa tuhan dan sedang dihisab..

kiterpun sama..

(lalu aku panaskan injin keretamayat)

-----------
liza_ixora

kadang kadang, :

Lakum di nukum waliyaddin..

Ps: sebab bercerai baru dengar sebelah pihak, tak boleh sebarkan lagi..

----------
limaumaniss

baru hari ni kau copy entry aku? Aku harap lepas ni, bukan kau sahaja akan copy,.. Johnny Depp, Bradd Pitt dan Angelina Jolie jugak akan copy, he he

------------
Saichou

Alhamdulillah, ada dalam takdir Allah untuk tulis benda ni.., sebab aku takut lama sangat simpan dalam otak, boleh lupa..

----------
zawq

aku ada banyak soalan yang Tanya sama tuhan, tapi lama-lama soalan tu aku jawab sendiri dengan otak dan akal dan hati ciptaan tuhan, jadi dah takde soalan lagi..

nak Tanya tuhan, tak salah, sebab Malaikatpun bertanya..

dan jawapan tuhan kepada malaikat yang bertanya:

Aku tahu apa yang aku buat..

Habis cerita..

Ps: rujuk kisah malaikat yang ‘bantah’ penciptaan manusia lalu Tanya tuhan kenapa nak buat manusia yang akan merosakkan dunia?

Hamba said...

Jangan cari blog Hamka bila hati xtenang..jgn cari blog Hamka bila rasa iman lemah..Carilah Pencipta kepada penulis blog ini..blog Hamka tidak dapt memberi manfaat dan mudarat...
Hanya Allah yang dapat memberi manfaat dan mudarat..
Kerana itulah Hakikat..
Ya Allah..bantulah kami memahami Hakikat..

kedaijamu said...

alhamdulillah aku baru dapat cahayamata semalam...
anak bos aku(cina) tanya kalau semua orang dalam dunia ni islam dunia aman tak? aku belum jawab lagi...
tengah cuti..ada yang boleh jawabkan tak?

Hamba said...

Kalau dunia ni sume islam dan sedar mereka adalah Islam dan tau ape itu Islam, insyaallah..dunia aman..

anak kucing said...

subhanaAllah....

CT Anon said...

salam

Baru Ahad tadi dengar bayan masturat yang sgt2 memberi fikir atas umat...

Dikatakan Nabi Musa (as) HANYA meninggalkan kaumnya selama 40 HARI untuk bercakap dengan Allah swt di Bukit Tursina, dan bersama2 kaumnya ditinggalkan juga Nabi Harun (as). Tapi bila Nabi Musa(as) balik, kaumnya sudah murtad, siap dengan menyembah patung anak lembu lagi!

Tapi kita, dah ditinggalkan oleh Nabi saw selama lebih 1400 tahun, Alhamdulillah masih ramai yang beriman dengan Allah swt. Kenapa Islam masih bertahan hingga ke hari ini?

Islam bertahan hingga kehari ini kerana kesan dari KORBAN untuk agama yang dilakukan oleh Nabi saw dan sahabat2 (R.anhum). Ketika kewafatan Nabi saw, Aishah r.anha berkata "Inilah perut yang tak pernah kenyang." (merujuk pd Nabi saw). Adakah Nabi saw malas berusaha utk kerja cari makan? Astaghfirullah, na'uzubillah.

Nabi saw begitu risau akan umat dan mengUTAMAkan usaha agama sehingga mengeTEPIkan keperluan sendiri. Ketika dapat nubuwah di usia 40 tahun, baginda saw berkata "Tiada rehat selepas hari ini, kecuali maut!". Baginda saw sedar akan tanggungjawab untuk umat...masa tak banyak. Dikatakan Nabi saw berjalan spt menuruni bukit. Yakni baginda berjalan laju..nak cepat. Takde masa. Hanya 23 tahun shj Nabi saw dapat buat usaha agama...tapi kesannya sampai ke hari ini.

Kesan yang besar sampai ke hari ini datang dari korban yang besar dari Nabi saw dan sahabat2 r.anhum.
Sahabat2 r.anhum "dengar dan taat", tak memberi sebarang alasan apabila datang seruan berjihad..tak kira waktu sakit, waktu perkahwinan, waktu ada kematian, waktu kebun kurma tengah masak ranum...

Tapi kita, dah dengar seruan azan pun tak dapat nak pegi surau/masjid dengan sebab berbagai alasan, nak makan, nak ambik anak bini, nak shopping, nak tution, nak belajar, nak mandi, nak main bola..

Ya..Allah, lakuke alasan2 kami itu?

Moga Allah swt turunkan seluas2 rahmat di ijtimak Sepang nanti dan keluarkan sebanyak-banyak jemaah untuk bertebaran dan jadikan asbab hidayat tersebar seluruh alam.

Anonymous said...

kenapa tuan hamka tak bolehke saya guna anonymous?

umie safwais said...

iklan baru tv3 (yg x disiarkan lg)

"Jom,Jom,Jom,Jom,Jom pg Sepang"
ulang 10x :)

Bila? Apa yg ada? Best ke?

Bila:
hari nie pun boleh... boleh tolong jemaah buat persiapan majlis terhebat 2009 (bln Julai 09 IsyaAllah)

Apa yg ada:
nak tau datang laa... semua ada... bayangkan satu dunia interested nak datang mestilah ada yg specialkan...kalau skrg dtg bawalah peralatan berkebun ya...

Best ke:
Best tak best, hanya individu tu yg merasa... ada yg gembira,ada yg teruja, ada yg menangis... ada yg sangup bekorban masa,kudrat dan sebagainya untuk memastikan even terhebat nie berjalan lancar.... Ha maunya tak best!

so datang laa beramai-ramai yaa...
& tolong doakan even terhebat 2009 nie berjalan dengan baik & mendapat pertolongan Allah sentiasa... amin.

Nurul said...

even terhebatt??
yg jemaah islamiah dr seluruh dunia tu ke.

kenapa lah buat kenyataan buat i tertnya2 macam ni u ? kataku kepada umie

umie safwais said...

Opp sorry 'event" bkn 'even'..typo error

umie safwais said...

to u nurul,

pandainyee!!! anak umie nie... biasalah nurul..iklan mesti ada gimmik.. :) kalau tak x best...

tapi nie bukan semata2 gimmik! nie kenyataan... kalau x caya meh datang...

datang ramai2 kita buat contest!,

Untuk golfer2:"Pertandingan
Cantasan Terluas"

Untuk Umie2:"Menu yang sedap dimakan senang dihidang"

Untuk Siteruna:"Sibadang"

mcm mana boleh?

Luqiem said...

Salam...

Orang yang bertanya mempunyai beberapa sebab...

Pertama dia nak tahu apa yang dia x tahu...

Kedua dia memang dah tahu tapi nak tahu orang ditanya tu tahu ker x tahu...

Ketiga dia saja nak test orang yang ditanya tuu...

Keempat... Aku pun x tahu nak tanya apa daa...

Aku memang banyak lagi x tahu.. Tapi lemah pulak nak bertanya...

Malu bertanya sesat jalan... Malu makan lapor... jika malu nak stop makan... muntah kedarah la korang...

umie safwais said...

tanya sama pokok, apa sebab goyang, nt jwb pokok angin yg goncang....

tanya sama angin, apa sebab goncang,nt jwb angin tanyalah awan..

mcm tuu ke lagu dia? haha lupa pulak makcik...

so kesimpulannya,kalau bertanya sebab nak tahu (menimba ilmu),tak salahlah ya... tapi kalau tanya tentang ilmu yang salah walau pun tujuannya nak tahu ia tetap salah... :)

stu_comot said...

masyaallah..sukenye n3 nih..

ummu said...

subahanallah..mengalir air mata ku baca komen ct anon.."Aishah r.anha berkata "Inilah perut yang tak pernah kenyang." (merujuk pd Nabi saw)."pengorbanan rasulullah dan sahabat2 sgt2 besar..impaknya hingga kehari ini dgn izin Allah..subahanallah.

zuhairirani said...

Hamka, aku rasa malaikat dan iblis pun tak pernah lihat Dzat Allah, syaitan jauh sekali..sedangkan masa Nabi saw mikraj ke langit untuk berjumpa Allah pun, Jibril as tak dapat hadir sekali ke Sidratul Muntaha, kalau tak dia akan terbakar..

Rasa kau kena refer ustaz balik fakta tu..

perokoksoleh said...

salam cikhamka....
owhh,aku pernh bertanya ibuku..
soalan nombor 4 kerana aku rasakan aku ini mmng hamba yang vongek,itulah sebab rokokpun susah nak stoop,huhuhuu...

ibuku menjawab

"bnyakkan bertaubat..dan doa-doa agar rokok itu tidak menjadi penyebab terhalangnya engkau kesyurga..."

ps:solatku tidak samaapi lagi boleh menyelesaikan masalahku that means aku solat tidak khusu dan tidak dapat lagi hakikat sebenar solat walau aku perasan khusu,ishk3x...

kelisa biru said...

salam
waa, hebat btul la Mr blogger ni, mimpi pn siap bole sama topik pulak ngan wife..
mmg btul2 sehati sejiwa nih,,bguss2

faz said...

Hamka, terima kasih jawabkan untuk aku..

[i'll turn 30yrs this July...huhu]

Hamka said...

Hamba

kalau hati tak tenag, ingatlah pada Allah dengan cara yang betul, sesungguhnya, hati yang mengingati Allah akan menjadi teanang.

Oh!, kalaulah ‘mereka’ tahu..

-----------
kedaijamu

kalau dapat lelaki, nak namakan anak dengan nama “HAMKA” tak salah, he he

ps: kalau semua orang dalam dunia ni islam, maka orang islam dah takde kerja lagi, dah tak payah dakwah orang kapir, maka datanglah angin baik lalu masuk ke celah celah ketiak orang islam dan matilah semua orang islam dan duniapun kiamat.., wallahu’lam

-----------------
anak kucing

subhanaAllah 33 kali

---------
CT Anon

"Inilah perut yang tak pernah lapar”..oh..oh, kata aku pada diri sendiri..

----------
Anonymous

Kalau kau sorang jer takpe, tapi bila ada komen lain, dia akan jadi konfius..

------------
umie safwais dan Nurul

benda ni kena diiklankan setelah dah di mulakatkan berserta taaruf dan dihujung karkuzahri baru boleh iklan beserta tasykil, jika direct iklan, tak boleh..

-----------
Luqiem

Ada jugak orang yang bertanya sambil menanyi, tapi tak payah jawab, lagu “apa yang kau tahu”

------------
umie safwais

macam nilah:

Tajuk: TANYA SAMA MAYAT.
(Tajuk asal: Tanya sama pokok)

Tanya Sama Mayat
Apa Sebab Mati
Nanti Jawab Mayat
Aku Tak Tahu
Tanya Sama Anak
Mana Harta Ayah
Nanti Jawab Anak
Semua Dah Jual

Tanya Sama Isteri
Mana Pergi Suami
Nanti Jawab Isteri
Aku Dah Kahwin
Tanya Sama Mayat
Siapa Tuhan Kamu
Nanti Jawab Mayat
Aku Tak Tahu.

Tanya sama mayat
Siapa nabi kamu
Apa ugamamu
Mana kiblatmu
Siapa saudaramu
Apa petunjukmu
Nanti jawab mayat
Semua tak tahu..

---------------
stu_comot

masyaallah..

------------
ummu

satu lagi kau patut mengalir air mata bila baca komen aku: "Inilah perut yang tak pernah lapar (merujuk pada penulis blog ).

------------
zuhairirani

‘nampak’ disini bukanlah ‘nampak zat Allah’, ‘nampak’ disini adalah ‘nampak’ dari sudut ‘nampaknya’ makhluk yang ghaib kepada tuhan yang ghaib, macam kita yang ‘nampak’ Allah melalui ciptaanNYA, mungkin aku edit nanti dari perkataan ‘nampak’ kepada ‘tahu’, mungkin..

-----------------
perokoksoleh

dah ramai aku jumpa Buznama cakap rokok itu haram, maka bermujahadahlah kamu wahai perokok tegar.. selamat maju jaya

: )

-------------
kelisa biru

Kena goda serentak dalam mimpi oleh syaitan yang sama..hebat ke?

Isk..

----------
faz

heh, dah sebaya dengan superman rupanya

:)

ummu said...

mengalir air hingus..sb da kenyang

van qif said...

"Dalam mimpi, boleh pulak aku jumpa dengan bini kawan aku yang telah di ceraikan, dan kerana kasihan dengan mereka, aku kahwin dengan mereka berdua.."

Huh...orang bujang nak mimpi kahwin satu pun susah...rezeki ko hamka...

CT Anon said...

salam

eh.. mana pulak kalau semua orang dah islam kita boleh stop kerja dakwah. Dakwah tak boleh terhenti. Dakwah untuk memperbaharui iman sendiri. Dakwah untuk kuatkan iman sendiri. Dakwah untuk sempurnakan amalan sendiri. Dakwah adalah roh agama. Dakwah adalah ibu segala amalan...kalau dakwah terhenti ditakuti agama akan mati seperti matinya jasad apabila darah terhenti...

oh..meriahnya persiapan kat sepangtu...kalaulah dekat, pasti saya kerah mahram saya sama2 'mencatas' kat situ dan akan saya bekalkan menu yang sedap dimakan, senang dihidang, sikit- cukup, banyak-habis untuk dikongsikan..

ibnuismail said...

.......kalau semua orang dalam dunia ni islam dunia aman tak? aku belum jawab lagi...
tengah cuti..ada yang boleh jawabkan tak?

....................................

Kalau dunia ni sume islam dan sedar mereka adalah Islam dan tau ape itu Islam, insyaallah..dunia aman..

....................................





sebab tu perkatan "kalau" tu x digalakan dalam islam...tapi bila ditanya olh yang bukan islam..eloklah dijawab dengan harapan Allah memberikan mereka hidayah untuk menerima islam..

ada dalam satu hadis sahih:

“Demi Dzat yang menggenggam jiwaku, sekiranya kalian tidak pernah berbuat dosa, nescaya Allah akan mematikan kalian dan menggantikan dengan kaum yang berbuat dosa, lalu mereka memohon ampun kepada Allah dan Allah pun mengampunkan mereka"

hadis ini menerangkan tentang...sifat manusia yang lemah dan selalu berbuat dosa(hakikat makhluk)...juga menerangkan tentang sifat Allah yang Maha Pengampun,,,kerana kasih sayang Allah,,,mendahului kemurkaanNYa..(

dapat anda gunakan untuk menerangkan kepada orang2 yang berminat dengan islam,..moga Allah memberikan mereka hidayah,,untuk menerima islam,,

amin..

Saudagar Co said...

Berkenaan event di Sepang di ruangan komen ini..adalah perhimpunan usaha agama dakwah dan iman yang akan diadakan di Malaysia buat julung2 kalinya setelah 20 tahun. Ramai lelaki muslim dijangka akan hadir termasuk daripada orang malaysia sendiri, foreigners dan ulama2 mursyid Deoband.

InsyaAllah, majlis akan diadakan di Kuarters KLIA, Sepang pd 9-12 Julai 2009. Semua lelaki dijemput hadir tak kira perbezaan ras dan fahaman politik.

Sesiapa yg berkesempatan, cobalah turut serta walau pun sekejap.

Hazrat Abu Darda r.a. meriwayatkan bahawa baginda Rasulallah s.a.w bersabda:

Allah s.a.w akan membangkitkan pada hari kiamat setengah-setengah kaum yang mukanya cemerlang, menyilaukan mata. Mereka berada di membar-membar mutiara. Orang ramai akan mencemburui dan iri hati dengan mereka sedangkan mereka itu bukan Nabi dan bukan pula Syahid. Maka seorang berkata: “Ya Rasulallah s.a.w terangkanlah kepada kami tanda-tanda mereka supaya dapat kami mengenali mereka itu” Sebagai menjawab Rasulallah s.a.w bersabda: “Mereka itu adalah orang-orang yang berasal dari keluarga dan kampong yang berlainan yang datang berkumpul di suatu tempat lalu mencintai Allah dengan berzikir kepada Nya.

limaumaniss said...

salam...aku baru tau tadi bahawa Michael Jackson dah peluk ISlam...namanya ditukar ke Mikael Jackson...adakah benar ini??

PokNik said...

A'kum semua...
Syabas untuk Hamka.
Aku just nak komen dengan pd orang yg selalu guna nama "anonymous" ni...
Teringat dulu masa aku hadiri kursus motivasi diri. Salah satu faktor utk berjaya dalam hidup adalah 'BERANI'. Jadi bagi sesiapa yg takut letak nama bagi aku mereka ni tidak 'BERANI'. Sebagai contoh jika kita komen pada seseorang melalui blog ni...yg di anggap alam maya pastinya kita tidak dapat di lihat. Tetapi dengan menulis nama kita ianya memberi satu kesan di mana kita akan lebih bertanggungkawab di atas apa yg di tulis. Selain itu "Penulisan" ini adalah satu prosess sebenarnya...iaitu 'Output' daripada 'input' yg kita perolehi daripada pengalaman kita sendiri yg mana di proses di kepala otak kita. Boleh di katakan ia dapat mengambarkan 'characteristic' bagi individu tersebut...jadi beranikan diri utk letak nama walaupun sekadar nama manja/panggilan,gelaran or what so ever...(kecuali anonymous)

carwashku said...

Salam...
kekadang kita tak pernah pun terfikir nak bertanya walaupun kita tahu dan sedar sangat yg kita memang tak tahu apa2 pun...sbb kekadang ada falsampah org2 begini...kalau kita banyak tanya maka banyak yg kita tak tahu...bila banyak yg kita tak tahu maka secara totalnya kita ni tergolong dlm golongan org2 yg bangang....(falsampah ni tak leh ikut sebenarnya!!!)

mi said...

salam,

sheikh yusuf estes kata(bekas paderi kristian) dalam ceramahnya,tafsiran utk "innaAllaha 'ala kulli syai'in qadir"-ayat Quran bukan bermaksud "Allah boleh lakukan apa saja" tapi " Allah boleh lakukan apa yang Dia MAHU"

lantas soalan pelik2 lain dari sang atheis seperti "bolehkah Allah mati","bolehkah Allah menipu",juga boleh terjawab.

btw,bro hamka,kat mana ya dalil ya boleh kita tahu malaikat dan syaitan pernah melihat Allah.(mmg nak tahu ni).

p/s:lama x ziarah sini

Hamka said...

ummu

Nabi doa pada Allah, supaya ummat islam tak kan susah bab makan, lantas keluarlah minyak minyak di tanah arab yang seterusnya memboroikan perut perut imam, bilal dan orang islam lain..

Nikmat mana lagi yang kamu dustakan?

----------
van qif

woha!

-----------
CT Anon

Pandai..

-----------
ibnuismail

Lagi pandai..

----------------
Saudagar Co

Sedang belajar jadi antara orang-orang yang berasal dari keluarga dan kampong yang berlainan yang datang berkumpul dan berpisah di suatu tempat semata mata kerana Allah..

---------
limaumaniss

dah keluar dalam akhbar tempatan, dan dah lama berita ni, semoga beliau dan kita mati dalam iman..

-------------
PokNik

Setuju bangat!
Syabas untuk Poknik..

---------------
carwashku

falsampah gila gila ke?

-----------
mi

‘nampak’ disini bukanlah ‘nampak zat Allah’, ‘nampak’ disini adalah ‘nampak’ dari sudut ‘nampaknya’ makhluk yang ghaib kepada tuhan yang ghaib, macam kita yang ‘nampak’ Allah melalui ciptaanNYA, mungkin aku edit nanti dari perkataan ‘nampak’ kepada ‘tahu’, mungkin..

limaumaniss said...

yeker brita tu dah lama...insyaALLAH...mdh2an kita semua mati dalam iman...

Anonymous said...

Salam tuan sheikh,

Ni pertama kali singgah. Ramai juga karkun sini. Harap tuan sheikh tak berdakwah cara Internet. Kerana cara Rasullallah adalah yg terbaik. Tapi kalau cerita2 yg berangsang mcm ni ok kot. Wallahu'alam.
Ada satu hamba Allah ni yang dilaknat menghasut di internet. Disini : www.youtube.com/user/shoIihin
Wasalam,

Shahrane

Anonymous said...

Sila copy n paste. Sebab username dia sholihin (huruf l ditukar kepada i capital letter.

Shahrane

..~mE sTarLigHT~.. said...

hebat sungguh anta..hebat lg Allah yg menciptakan otak yg geliga bg insan yg reti bersyukur...alhamdulillah

ummu said...

subahanallah..hANYA kepada Allah tempat kita kembali

Abu Zuhair said...

Askm...
tuan, jgn lupa tanggungjawab tuan utk terus menulis.

dah dekat seminggu xde entry baru?hehehe... bukan memaksa, cuma merindui je...

jzkk...

zawq said...

saya menanti dengan penuh harapan, oh!

ALL THAT WE SURVEY said...

OK, ini first time aku kat sini, I like ..
Soalan2 yang ditanya oleh si Etis ni memang banyak dan kadang kadang ramai (esp. budak2 muda) yang jadi konfius, bengong dan ada juga yang jadi tak betul..

Dari titik ni, tolong baca sampai habis, jangan stop half way.. OK?

Ini tip aku dapat dari Bro. Zakir Naik.

Contoh soalan dari Ateis: Boleh tak tuhan mencipta batu yang teramat besar dan berat, yang tuhan tak larat angkat?

Ramai orang yang jadi pening dgn soalan2 mcm ni..

Jawapan nya satu soalan balas: Your friend Hamka went to hospital to deliver a baby, now guest, it is a boy or girl?
Maksudnya: kawan ko Hamka masuk hospital untuk bersalin, sekarang teka dapat anak lelaki ke perempuan?

Sekarang kau orang teka, lelaki ka perempuan? Teka teka, sapa betul RM5, (kalau kauorg tembak, ada 50:50 chance, )


Betul ke? Sebenarnya soalan yang kita buat buat tanya di atas tu adalah satu contoh soalan mustahil ataupun soalan bahlol.
Sebabnya macam ni, Hamka tu lelaki, jadi dia tak boleh bersalin atau beranak, jadi pertanyaan samada dia melahirkan anak lelaki atau perempuan tu adalah soalan bahalol!
Banyak lagi soalan soalan bahalol macamni, jadi apa yang kita perlu tahu adalah memang ada soalan soalan yang mustahil dan bahalol macam ni, yang tak guna satu sen pun..You follow me ? Koorang faham?

Berbalik pada soalan si Etis tadi, koorang suruh la si atis tadi teka, lelaki, pompuan, lelaki, pompuan…. Seratus tahun teka pun tak betul jugak..

Begitula…
Jangan lupa melawat:
http://allthatwesurvey.blogspot.com/2009/03/lets-show-em-miracle-of-quranic-kind.html

Maaf ejaan, BM 7, BI jeng jeng jeng…
ard

CT Anon said...

salam

Pagi tadi baru dengar pasal sorang aethis tanya pada org alim...(lebihkurang yg saya ingat)

Tanya Atheis:

"Adakah engkau nampak tuhan engkau?"
"Adakah engkau mendengar tuhan engkau?"
"Adakah engkau boleh pegang tuhan engkau?"
"Adakah engkau boleh menghidu/mencium bau tuhan engkau?" dan ntah apa2 lagi soalannya...dimana semuanya dijawab "Tidak!" oleh orang alim itu.

Maka Atheis itu dengan gembiranya berkata, "Nah! Bagaimana engkau boleh mempercayai adanya tuhan sedangkan engkau tidak melihatnya, mendengarnya berkata2, tidak boleh memegangnya dan tidak pula boleh menghidunya?"

Jawab orang alim itu pula, "Adakah engkau melihat akalmu?
Adakah engkau mendengar akalmu?
Adakah engkau boleh menyentuh akalmu?
Adakah engkau boleh mencium akalmu?"

Semuanya dijawab tidak oleh Atheis itu.

"Adakah engkau berakal?" Tanya orang alim?"

"Mestilah saya mempunyai akal!" Jawab Atheis.

"Adakah engkau mempercayai engkau mempunyai akal walaupun engkau tidak melihat akalmu, tidak mendengar akalmu, tidak boleh menyentuh akalmu dan tidak boleh menghidu akalmu?"

Semoga Allah beri hidayah untuk semua.

Anonymous said...

hmmm... kadang2 pernah jumpa orang yang pabila kite tanya (tak sampai 3 soalan pun).. dia kata .."..ish..jangan ajdi org yahudi banyak tanya.."

sedih gak... lagi bagus berguru ngan sorang ustaz jer...

ron @ najmussobah

Hamka said...

limaumaniss

amin Ya rabbil alamin..

----------
Shahrane

Kau dah cakap ok,.
Kira ok ler.. he he

-----------
..~mE sTarLigHT~..

Benar!

---------
ummu

: )

---------
Abu Zuhair

Dah tulis dah..

----------
zawq

ada umur selagi belum jadi mayat, insyallah..

-----------
ALL THAT WE SURVEY

Bagus!

-----------
CT Anon

Semoga Allah beri hidayah untuk semua.

-----------
ron @ najmussobah

berguru biar ramai… tapi belajarlah berijtihad..
:)

rizal said...

heh..aku baru jumpe blog ko ni x smpai pon 1 minggu..aku dah bace byk, cume yg ni aku rase aku nak menyebok komen.
:D

aku rase aku dah byk sgt wat salah gak nye, hehe..tpi aku still search bende2 pengetahuan mcm ni..
aku tau ape aku wat pon byk yg salah, tpi serius blog ko ni buat aku mcm terpikir, jahil gile aku ni x tau byk psl ugama..
ari2 aku dok sebok keje+enjoy..tpi minggu ni 1 paper work utk court langsung aku x buat..haha..tertanguh lar segala duit company..
aku bace blog ko nye pasal la ni!!
pape pon, tol gak ko ckp..semua org jdi mayat ek, semua org tau..klo la aku dpt jumpe ko ni, aku pakse ko jadi tok guru mengaji quran utk aku..slalu dgr je org bace, aku sndri bace tergagap2..so start skang pon kene blaja bersyukur gak..
hehe..
thkz mayat..

Hamka said...

masa akan habis, buat jahat ke, buat baik ke? tetap habis..

so. alang alang habis..

habiskanlah dengan cara yang paling berbaloi

: )

liza said...

salam hamka,
doakanlah kami agar dapt jodoh sblm menjadi mayat....
teringin nak buat pahala lebih...

Hamka said...

amin....

Anonymous said...

Salam

Sebak bile baca.. sebenarnya dah
baca banyak kali..

takpe.. yang penting

"LahaulawalaquwwataIllabillah"

manusia, fitrahnya mmg takkan dpt lari drpd melakukan kesilapan.. takpe..

ALLAH sentiasa memberi yang terbaik buat hambanya..