Apr 1, 2009

Perasan Disalahkan? (part 2)

(Bagaimana Perasan disalahkan yang dibenarkan dalam Islam)

Sebelum ni aku ada tulis bab ‘perasan disalahkan’ dan betapa buruknya akibat yang akan menimpa ummat manusia bila hidup dengan sifat ‘perasan disalahkan’.

Namun, ada juga dalam hal ehwal tertentu, ‘perasan di salahkan’ tidak menjadi kesalahan sebaliknya boleh menjadi satu indicator dalam mempelajari bab takwa, atau bab takut kepada Allah..

Tak payah aku cerita panjang, straight to the point, aku terus petik sebuah kisah benar yang berlaku semalam kat ofis aku sebagai rujukan dalam bab 'Perasan disalahkan' yang dibenarkan dalam Islam, insyAllah.

Siri Bercakap dengan bos

“Bos, boleh jumpa kejap?”

Tanya aku bila tengok bos aku sedang duduk duduk perasan sibuk.

“Boleh, apa hal?”

Senyum bos aku. Sambil mengkiblat ke arah aku.

“Saya ada hal nak tanya pada bos sikit..”

“Apa dia?”

“Begini, err., bos ada banyak masa ke ni?”

“Cakaplah apa-apapun..”

“Err, begini,.. saya nak cerita sikit, lepas tu baru tanya.., boleh?”

Bos aku angguk setuju…, lalu aku pun mulakan bicara…

“Begini, pada Zaman Nabi Muhammad SAW dulu, Allah dah bagitahu pada Nabi akan senarai nama orang-orang Munafik di Madinah Al munawarah, lalu Nabi Muhammad telah amanahkan nama-nama si munafik ni agar disimpan sebagai rahsia Negara kepada orang tanggungjawab iaitu Hudzaifah r.anhu.”

Aku telah air liur, dan teruskan bicara, ada sedikit gaya ustaz waktu tu aku ni..

“Saidina Umar RA, selaku seorang sahabat nabi yang rapat, yang juga telah dapat jaminan shurga, tapi kerana takut dan takwa pada Allah, lantas telah datang berjumpa Hudzaifah r.anhu secara senyap-senyap dan bertanya dengan penuh kerisauan,:

Nama aku ada tak dalam senarai tu?

Tanya Sebab takut dirinya munafik, dan jika tahu dapatlah di baiki apa yang salah, lalu bila Hudzaifah r.anhu cakap nama dia takde, legalah dia dan tak pulak Saidina Umar RA nak tanya nama orang lain sebab itu rahsia Negara.., lagipun tak baik cari salah orang lain..

Jadi bos, tadi dalam meeting bos ada cakap beberapa pekerja telah buat kesalahan begitu dan begini, tapi bos tak nak sebut nama mereka sebab tak nak aibkan mereka dan bos nak mereka ubah kelakuan jika tak nak markah prestasi hujung tahun kena tolak..

Jadi bos, saya yang perasan disalahkan nak tanya, nama saya ada tak dalam senarai orang yang bos maksudkan tadi?,

Bukan apa.., jika nama saya ada, saya nak mintak maaf, mungkin sebab saya terlepas pandang atau cuai, jadi bolehlah saya berwaspada pada benda ni dan saya akan perbetulkan mana mana kesalahan yang saya tak perasan..

“Nama aku ada tak dalam senarai tu, bos?”

Tanya aku dengan serius..

Bos aku senyum. tarik nafas dan cakap:

“Nama kau takde, kau pekerja yang bagus, saya pun nak belajar untuk tidak mengaibkan orang, atau memalukan orang, lagi satu saya tak nak pekerja saya amalkan budaya mengumpat atau menfitnah kat tempat kerja, kita kena satu hati”

Aku pulak yang tersenyum. lega sebab nama takde dalam senarai yang telah bos kambing hitamkan, lalu aku terus sambung berkutbah:

“Betul tu bos, mengumpat itu berdosa sebab maksud mengumpat adalah bercakap perkara yang benar tapi mangsa tidak suka dan fitnah pulak dosa besar, silap langkah, boleh kena sebat sampai 70 kali berbirat, dan tak perlulah bos bagitahu siapa nama pekerja lain yang bos maksudkan sebab saya nak jaga hati sendiri dari cari salah orang lain”

“Bagus Hamka, saya setuju dengan awak, kekalkan prestasi.."

Kami tersenyum antara satu sama lain, sehinggalah bos aku sambung cakapnya:

"namun,.. saya nak mintak maaf, sebab hari ni hari terakhir saya jadi bos awak”

Laaaa, baru nak start bodek, dah berhenti sudah bos aku ni..

Nampaknya, esok nak kena bodek bos baru ler pulak..

Sekian,

Ps: Jangan asyik sangat baca blog kat tempat kerja, sedang kerja hakiki belum siap, tapi kalau dah siap kerja hakiki, bolehlah update blog, betul tak bos baru?

Woha!

51 comments:

Encik Ariff said...

tak apa..
boleh bodek bos baru nt..
:)

*sy 1st?

SpEkmATaKu said...

wah santai n dlm mksdny..
point taken br hamka..
n tahniah sbb br hamka bukan
kambing itam y d cari2 itu..
br hamka kambin putih kot hihi..

LokmanHakim said...

Salam...

Kadang-kdang aku online kat pejabat time kejer juga...

Bos cakap boleh guna... aku yang perasan baik pun guna jer laaa...

Ada juga dia jeling-jeling kat aku... Aku sangka baik la yang dia pun nak joint apa yang ku online-kan tuuu...

Tapi bos aku baik... TQ bos

Anonymous said...

Aku yg perasan sibuk ingatkan urg first bg komen. ;),hek...sambil2 kerja, dok layan gak blog

Herol said...

Dalam opis ni, aku seorg je laki..aku suka bace2 kereta mayat ni..staf pmpn akn ckp, pe benda kete mayat tu herol? (mksd diorg pe ade dlm blog ni..) aku akn ckp, ko bacelh sndri...bgus ni, insyaallah)..tp yg xbest nye ade yg pggil aku dari jauh bila aku ngadap kmpter.."Hi, kete mayat"!! aku hnya mampu snyum kelat..

ابن زين الرمباوي said...

tahniah tade dlm senarai..tapi tu sekarang besok blom tau lagi ..samalah aku ni...manusia cepat berubah

Anonymous said...

ish, ni cubaan nak cakap yang en hamka dah di naikkan pangkat ker?

hehehe

limaumaniss said...

sepatutnya aku dapat kerja baru harini....tapi aku fail interview..jadi aku x dapat kerja tuh..oh...aku masih mampu tersenyum...tapi dalam hati TUHAN saja yg tahu...tadi aku jumper jugak kawan yg p interview sekali...dia pon tak daapt...aku x percaya kawan aku sorang ni x dapat kerja tuh..sbb aku tau dia ada potensi besar nk dapat...tapi dia bisik kat aku sbb apa dia x dapat kerja tuh " sebab depa pilih kroni2 depa saja" cis!!! dunia sungguh tidak adil!! tp ALLAH Maha Adil...aku monolog dalam hati...mungkin ini yg terbaik untuk aku...aku redho..tapi kena usaha lagi...

sory en hamka , ko cite pasal boss..aku cite pasal kerje aku plak..sorry2... :(

pu3 balqis said...

huhu..ni kira hapdet blog kat pejabat lah nih..? :-p
takpa2 yang penting nama takdak dalam senarai yang telah dikambing hitamkan kan..?
keep it up..!
selalu2 hapdet kat pejabat pun takpa..sbb rasa cam nak baca n3 baru tiap2 ari ja..best sgt..!
jemput ziarah blog n komen2 skit..
blogger baru yang teramatlah menghargai segala pandangan dan tunjuk ajar..syukran..

nadz ruslan said...

bagus ayatnya, buleh apply lepas ni

Unknown said...

salam..

best ar entry kali nie. life jek story dia.

tapi camner plak kalu kiter tak salah tapi dituduh salah oleh bos dan kekawan tmpat keja sbb kena fitnah.

senyum jek la. kiter jumper jek kat padang masyar

INTAN RH said...

Klu takde bos kat opis ni, cmna? Bos mmg takde kat cni...hehe

imtiazsofea said...

klu takde bos kat ofis musti lg best kan!

alamak,nt aku keje mintak2x jauh dr bilik pengetua.bole on9 selalu

woha!

hamka said...

encik arif

aku pun kagum dengan kau, ok aku 14

:)

-------------
SpEkmATaKu

Aku bukan white lamb or blaCk sheep, tapi aku adalah old McD had a farm E-I-E-I-0

---------
Luqiem

Bos yang baik, banyak dapat pahala.., tak gitu bos baru?

Heh

----------
Herol

Kadang kadang, member akupun panggil aku dengan nama kereta mayat jugak, kalau takde orang dan hanya aku dan penegur, aku senyum jer, tapi kalau kat public, aku tak suka..,

----------------
ابن زين الرمباوي

Walaupun begitu, bos kepasda bos kepada bos aku yang sorang lagi nak berhenti iaitu, Pak Lah, bos kau jugak..

----------
Caracol S. Trampt

Naik pangkat, driver keretamayat dari kerusi depan lepas tu ke kerusi belakang, kira macam bos jugak.. isk..

--------------
limaumaniss

Segala dalam takdir Allah,

Cakap kat kawan kau yang tak dapt kerja tu, tolong jangan PERASAN DISALAHKAN..

-----------
pu3 balqis

baru?

Semua orang akan jadi mayat baru..

-------------
LiLacFlA

Ye adik adik, begitulah perasan disalahkan yang dibenarkan dalam islam, selamat apply

-------------
anak kucing

sebab tak nak dituduhlah kita kena perasan disalahkan yang dibenarkan syarak dan jumpa bos lalu elakkan fitnah

-------------
INTAN RH

Kalau bos takde dan kau gembira, maka ada dua hal:

Sama ada bos kau yang ada masalah.
Atau kau yang ada masalah

-----------
Imtiazsofea

Ni lagi sorang, sama ada cikgu yang ada masalah, atau pengetua yang ada masalah, alangkah baiknya jika cikgu gembira bos ada

Kepada bos, jika pekerja suka kehadiran anda, kau memang bos yang baik, tapi jika pekerja selalu mengharapkan ketiadaan anda atau doa anda naik keretamayat cepat, mungkin kau yang teruk atau pekerja tu yang ada masalah...

Pening kan?

hamba ABDI said...

kah kah kah.. kelakar lak baca entr dan komen2.. bos=pemimpin..hmm.. mmg bukan senang nk jadi pemimpin yg baik sbb semua manusia tak sempurna.. ada je org yg tak suka..

bila bos garang, pekerja tak suka
bila bos baik pekerja pijak kepala

p/s: sbb tu rasa mcm nak sambung belajar je la.. xnak pk pasal kerja leh takk..?? kui kui kui..

bismi atthiyyah said...

salam..
innamala'malubinniat...
perasan disalahkan oleh manusia..
andaikata oleh Allah?? astaghfirullahalazim..

dalam kte bkje...kte rase bos menilai setiap prestasi kje kte..

hakikatnya, setiap prestasi kehidupan kte...Yang Maha Melihat.. senantiase memerhati kte..

jd, jgn bodek2x...jgla hati...jgn dicemari...jgla hati..bekalan hidup ini..

MZ said...

wah.
naik pangkat jadi bos ke?
dh jadi bos baru?
apakah?

suke-suke said...

salam....

bagaimana kalau kita terang-terang dipersalahkan walaupun hakikatnya kita tidak bersalah

Syukri Someone Something said...

bos yg berhemah.kalo mcm bos yg x byar gaji smpai 2 bulan tu kire bos mcm mane ek... :)

Muaz Nabil said...

aduh la...haha

camna plak ngan kes SELCAT kat selangor tu? boleh ka buat inkuiri umum mcm tu. kesian la pulak tgk bila dah jadi mcm tu. pemimpin oh pemimpin.

shuhada said...

Salam,

Perasan disalahkan dalam erti kata lain sensitif. Ada orang cakap, janganlah sensitif sangat..". Tapi saya rasa sensitif tu penting. Sangat penting untuk memperbaiki diri. Yang menentukan buruk baiknya adalah tindakan selepas sensitif tu. Adakah dia nak menyalahkan orang lain, nak merajuk, nak mengamuk, nak menangisi diri atau muhasabah diri dan cuba memperbaiki diri. Saya pernah jumpa orang yang tak sensitif langsung, wooo.. sangat susah wooo.. Dah tunjuk terang-terang pun tak faham-faham. Yang banyaknya kes sekarang ni, orang sensitif, tapi terdorong untuk menyalahkan orang lain. Kalau tak pun, rasa rendah diri (yelahh.. sape lah aku) Lepas tu takde tindakan untuk perbaiki diri. Bodoh betul. Errr.. aku rasa aku pun pernah macam tu.

hamka said...

liza_ixora

sambung belajar bukan sebab nak jadi bos, tapi sebab nak pandai, tapi bila dah pandai, dah tentu orang lantik jadi bos, atau orang bagi semua kerja, ha, itulah pandai sangat!

--------------
bismi atthiyyah

bab bodek ni, kalau betul dan tak burukkan orang, takde masalah
itu yang timbul cerita hari akhirat ada yang dapat syafaat Nabi,

: )

-----------
an2blur

korang selalu sangka baik pada aku dan anggap dunia sedang sujud bawah kaki aku, padahal, aku yang masih jadi hamba dunia, berlari mengejar dunia, tolong doa aku!

-------------
suke-suke

itu namanya MANGSA KEADAAN..

mungkin sebab ‘pandai sangat’

-------------
Syukri Someone Something

Kalau itu asbab kau masuk shurga, alangkah indahnya penderitaan itu..

--------------
Muaz Nabil

Aku tulis khas dalam : bagaimana jadi pemimpin.

--------------
Norshuhada

Sensor penting sebab dapat bagi isyrat terus kepada otak tanpa perlu berfikir lantas otak terus menggerakkan badan secara auto bagi mengelakkan kecederaan yang teruk..

Cth badan tersentuh objek panas, terus badan tesentak menjauhi objek tersebut.

Tapi jika sensor over sensitive, memang masalah. Cth, bilik panas sikit terus salahkan kerajaan, faham?

jiddan84me said...

wah...aku pun suka sgt layan blog ko time opis tuk ilangkan tensen.huhuhu...

p/s:maaf, nak wat teguran skit...kalo bleh, jgn la merumikan bahasa arab/jawi... word dia dah x sama jika dirumikan...takut terlalri maknanya.Kadang2 mungkin org x faham apa yg aku nak smpaikan ni...wallahulam n afwan

insan berdosa said...

kesalahan itu aku lakukan kerana nafsu ku, amarah ku dan ke-tidak- sabaran ku.

dan,

solat itu aku lakukan kerana Nya.

jadi walaupun aku malu berhadapan dengan Nya, aku harus lakukan juga kerana itu perintah Nya. dan, aku harus lakukan dengan penuh tertib, dan adab. walaupun aku sebenarnya sangat malu sekiranya Dia melihatku ketika itu.

faz said...

bertuah kau dapat bos kau sebagai bos..

bertuah bos kau dapat kau sebagai staff..

Anonymous said...

heheehehehe...

bagus2

```BINTANG```

kedaijamu said...

masa aku belek blog ko hamka bos aku datang...ko tau apa dia cakap?
nak baca blog boleh..tapi jangan lupa carikan barang yang dia nak..
dah memang aku cari barang dia pun kat internet...

Anonymous said...

salam

jika ada perasaan takut dan ada perasaan harap, tandanya ada iman.

apa itu iman? iman itu ikhlas.

apa itu ikhlas? ikhlas itu hanyasanya keranaNya bukan kerana makhluk, bukan kerana harta, bukan kerana pangkat, bukan kerana kemasyhuran, bukan kerana keluarga, bukan kerana parti, bukan kerana boss, bukan, bukan..

ikhlas membesarkan nilai sesuatu amalan walaupun amalan itu kecil. tanpa ikhlas, tiadalah diterima amalan. dan ikhlas itu senang untuk dicuri oleh syaitan. jadi, selalulah beristighfar..

*refresh

Ainee Cumi said...

pandai woo..
mula dengan criter baru tanye soalan..
ahahha..
genius!!hehehhee..
nak mencontohi r gini..

Anonymous said...

Salam..

perasaan tak? dalam bab 8 Semangat dan Kesungguhan Terhadap Ilmu.. muka surat 131 dalam buku taklim warna biru yang baru..Pengkisahan No 5 selepas tajuk No 4 iaitu Hazrat Ubai bin Ka'ab dan Ilmunya

Tajuknya ialah Kebimbangan Hazrat Huzaifah ra terhadap fitnat..

..nak tanya boleh? betul ker Hanzalah ra, atau Huzaifah ra?

muahhhhhh muahhhhhh
i luv u hamka kerana Allah

-RON

Anonymous said...

Assalamu'alaikum

Abg Hamka, tak silap saya sahabat tu bukan Handzalah r.anhu... Tapi Hudzaifah r.anhu..

Wallahu a'lam

Abg Hamka boleh cek balik... Please...

Salam

[bakalmayat]

Ziarah76 said...

ini semua salah saya...

anonymous said...

hari ini terjadi peristiwa di mana aku perasan bahawa aku ditipu. (perasan ditipu, dan mempersalahkan orang sesuka hati, dan kucing-kucing disekeliling pula perasan dipersalahkan)

down sebentar.

i can't live without my cats. especially molly (kucing jantan, yang dahulunya ku panggil saddam, kemudian bush, tetapi dia macam x gemar, so aku panggil molly je la)

shuhada said...

Salam,

Dalam kes panas tu lah yang saya maksudkan "tindakan menyalahkan orang lain selepas merasa sensitif". Tindakan yang terbaik ialah, selepas rasa panas tu, cek dulu, adakah orang lain juga rasa panas jugak, kalau sorang-sorang rasa panas, mungkin salah sendiri, contoh: tak mandi pagi. Ha, kan dah boleh improve diri kat situ.

hamka said...

jiddan84me
kita berada di negara jajahan komenwel yang bagi ilham pada orang melayu untuk merumikan jawi…
maaf, aku mangsa keadaan.

----------
insan berdosa

hmmm

--------------
faz

dulu aku cakap kat bini aku:

jika awak di lahirkan semula, awak nak jadi siapa?

Bini aku cakap:
Saya nak jadi diri saya jugak sebab beruntungnya saya kerana dapat abang..
Aku pulak cakap:

Saya pulak nak jadi awak, sebab nak jadi eruntung macam awak
Pengantin batu ler katakan.. : )

-------------
```BINTANG```

He he he

------------
kedaijamu
aku pulak letak link kat tepi blog aku, solat dulu jika nak baca blog aku. : )

------------
NIMI♥ Co.

Ye adik adik, begitulah caranya..

------------
RON
I love u too (ulang dan bergema)

--------------
[bakalmayat]

Aku edit!

-------------
mutakalim

setuju

-----------
zawq

prosa ini tak beberapa sesuai jika nak baring belakang keretamayat

i can't live without my cats?

--------------
Norshuhada

Dulu aku selalu cakap kat kawan aku,: jom lepak bilik aku, bilik aku ada kipas.

anonymous said...

sah!
jatuh syirik tersembunyi (sebab aku ungkapkan kata-kata ni di bawah separuh sedar).

'i can't live without my cats'

AHAHAHA.

D'Carbo said...

Huhu... aku nak bodek boss dgn cara ni gak la.. :D

Anonymous said...

salam...soaln kuar topik
td aku telah diberitahu akn satu fakta oleh seseorg yg aku hormati..

semasa amik wuduk,cthnye smsa basuh muka, n air basuh muka tu menitik terkena tgn kite, maka x sah solat kite..

aku tanye kwn2 diorg kate ngarut je fakta tu,so sape2 leh tlg sah kan x...or mybe jelaskn mksd fakta tersebut..

aku risau, solat ku x diterima huhuhu
(org yg aku hormati tu bercuti lak so xde dpt nk tanye lbh lanjut kt dia)

tq

yanz

Anonymous said...

aku slalu terasa bersalah...huhu
asignment berlambak...smpai x sempt nk bace quran n solat sunat..huhu...rase berdosa...nk p usrah pon x smpat...
Ya Allah...kurniakan lah aku kecukupan waktu agar aku n kawan2 aku dpat siapkan asignment dgn sempurna...
amin...

...antikapel...

nbn said...

hi hi hi... panjang sungguh intro dgn bos tu.. last last dapat juga good dan bad news.. senyum.

Hanisumayyah said...

kalaulah saya ada keberanian utk jumpa boss dalam setiap kemusykilan macam Hamka buat....dan kalaulah boss saya selalu ada masa cerita benda2 begitu semasa bekerja...tentu lebih ceria bekerja....

hamka said...

Zawq

Bila kau salah, aku tegur direct kat komen, tapi jika aku yang salah, kau tegur dekat email he?

He he he

----------
D'Carbo

: )

----------
Yanz

Ada ustaz yang khasyaf, dapat lihat dosa gugur dari wudhu, lalu keluarkan fatwa, tak boleh air yang dah guna basuh muka, di guna untuk basuh tangan..

tapi dalam hokum wudhu, air mesti lebih dua kolah atau yang mengalir dari paip, maka jika kau basuh muka dan menitik ke tangan, (of cause planet earth have 9.81 newton of gravity) takde masalah, sebab air yang nak basuh tangan nanti air lain yang akan menitik di kaki, pun tak pe sebab air basuh kaki akan di basuh guna air yang lain..

sebab tu Sunnah Nabi, kena sapu tangan dengan air guna tapak tangan, biar rata..

so, takde masalah, biarlah air wudhu itu menitik bersama dosa dosa semalam..

-------------
...antikapel...

Dalam islam ajar supaya lepas buat amal baik kena istigfar, sebab ketika kita buat satu amal, maka pada masa yang sama amal lain kita tinggal..

Cth suami keluar jalan Allah, masih kena istigfar sebab tak dapat tunaikan keperluan anak isteri..

Sama juga suami yang duduk celah kangkang isteri kena istigfar sebab tak Bantu ugama..

Cuma dalam bab ilmu, orang yang bijak adalah yang tunai perintah Allah ikut keutamaan..

-----------
nbn

senyum sokmo.

-------------
Hanisumayyah

Ralit cakap pasal bos, kita dah dapat bos baru, DAT0’ NAJIB..

Teori RAHMAN, akhirnya tercapai, aku ingat teori RAHMAH, iaitu H untuk Hani, eh bukan, H untuk Hamka,

Woha!

WeLove|sLam said...

Bro Hamka, mane entry pasal "Malaysia Negara Islam" ek? dah 4 kali turun naik turun naik cari tak jumpe2... bleh tolong bg link???

WeLove|sLam said...

ohhh, dah jumpe..tajuk "bagaimana rupa agama" rupanye, huhu sori...

ratU_nUr said...

umm..incik hamka..tips perasaan disalahkan..pls..syukran..~

Anonymous said...

salam
ak bru 1st time mjejakkan dri di blog eni,bnyk betol blajar..
teras keinsafan menyelubunyi dri sblum kain kafan menyelubung nanti..
erm,,soklan yg nak d tny nie xde kna mengena ngan entri nie,tp x pe la..nak tny gak =)

kisah bermula..
ak ada sorg shbt yg sgt baek serta rapatnya,dia nak kawen,nak sgt2, tp blajar pon x abeh lg, dia slalu gtaw yg mak n ayah dia dh tetapkan,lebih kurg berbunyi begini la...

"Along,ko jgn nak pndai2 kawen awal sebelum ko berbakti kat mak ngan ayah!!" ak pon tny la kat kwn ak nie,ada x mak ayahnya ckp jenis berbaki yg cmna di kehendaki mereka?? Dia pon mjwb, ko thu,mak ak nak ak belikan dia pkaian mhal2, yg ayah ak lak nak ak belikan umah sebijik kat dia,bru ak leh kawen..huhu,,

yg kwan ak lak,asek dok pkir je psl bnda nie smpi study ke mane, pastu tuk mereleasekan tension,dia asek dok kuar ngan bf dia pastu blik lewat mlm,hampeh tol!!(pnjm ayat hamka)

huhu..cane ak nak nsihatkan dia yg perbuatan dia nie x betol dn cra mak n ayah pon cm x berapa nak kna,setahu ak,mak n ayah wajib kawenkan anaknya bla smpi masa..

ke masa dia x smpi lg??adessss

tlglah bntu hmba yg berdosa eni tuk mbntu shbtnya whai en hamka

bdakbarublaja (3B)

Anonymous said...

aku baru tau pakwe aku sebenarnya suami orang.poligami tu xsalah tp knp mesti menipu.xboleh ke bagitahu je dah kawin.teruk la lelaki akhir zaman ni

selalu terpandang,terdengar,dan terbau said...

wat anonymous 47
sebab lelaki tu dah tak tahan tgk ko.try cek pakaian @ cara ko sembang ngan die.@ cek balik bau-bauan yang anda pakai!!!
aku pun x tahan tgk ppuan zaman ni pakai!! dah kawen 4 pun 99% ak leh tipu ak x kawen lg...hehe..
insya allah,iman sedang diusahakan...

hamka said...

WeLove|sLam

Bagus.. bagus, sendiri tanya, sendiri yang jawab..

-----------------
ratU_nUr

baca entry : siapa yang bersalah.

-------------
bdakbarublaja (3B)

pening kepala pakcik baca tulisan sms budak budak zaman sekarang,

nasihat pakcik, korang baca bab:

tau buat tulah taubat, anak zina, bagaimana nak berdakwah dan lain-lain..

bacam renung, fikir dan bertindak, insyALlah

bab orang tua budak tu, alahai, zaman berubah, fikiran orang tua jugak berubah, releklah..
sampai masa nanti orang tua tu pandailah pulak tukar cita-cita..

InsyAllah..

----------
Anonymous

Aku pun baru tahu..

-------------
selalu terpandang,terdengar,dan terbau

aku pulak jarang-jarang terpandang,terdengar,dan terbau..

taringmaut said...

Hamka bleh tolong jawab soalan atheis di bawah?

Soalan pertama, bolehkah Allah menciptakan perisai yang teramat kuat sehingga tidak ada satu pedang pun yang dapat menembusinya dan Allah membuat satu pedang yang teramat tajam dan paling hebat sehingga mampu menembusi apa sahaja termasuk perisai tadi.

Soalan kedua, bolehkah Allah menciptakan makhluk yang lebih hebat, kuat dan lebih berkuasa dari diri-Nya jika benar tuhan itu Maha Pencipta?

Sekian

hamka said...

cuba baca entry aku yang bertajuk:

"apa itu tasauf"