Oct 22, 2014
Kempen Makan Anjing?
(Di Southern China, ada budaya makan anjing, di Malaysia lain
pula ceritanya)
Kepada mereka yang nak jadi pengajur apa jua acara di
Malaysia, tak kiralah korang ni pembakang ke, orang kerajaan ke, NGO ke, apa ke, tolong faham
perasaan majority orang melayu islam yang bermazhab Syafee. Jika benda tu
bercanggah dengan mazhab Syafee, tak payahlah buat sebab nanti ramai mojoriti
yang akan menentang.
Sebagai contoh, jika korang duduk di Iran, dan buat acara
yang bercanggah dengan ajaran Syiah, buat kempen namakan anak dengan Umar atau
Aisyah misalnya, dah tentu korang pun akan kena kutuk siang dan malam.
Jika korang duduk di Afrika, buat kempen belajar Bahasa english,
dah tentu Haram Bako akan datang sembelih semua peserta.
Jika duduk di Iraq, buat kempen yang bercanggah dengan
fahaman ISIS, ada yang kena potong kepala.
So pengajur ni kena cerdik bila nak buat satu-satu acara,
kena rujuk sejarah dan geografi, kena banyak baca surat khabar BM dan buku BM
serta artikel BM bila nak buat kempen di Malaysia.
Jangan syok sendiri dengan
anggap di zaman internet ini, orang akan berfikiran terbuka.
Tak perlu aku tulis tentang hukum pegang anjing sebab dah ramai ustaz cerita, korang boleh rujuk sendiri. aku cuma nak tegur pada siapa siapa yang nak jadi penganjur, jangan buat kerja bodoh lain kali.
Bab agama dan budaya, jika tidak ditangani dengan hati hati, boleh perang
besar. So kepada pengajur, Ini tidak deep, just use common sense, and please take note.
Ps: Southern China has always had a tradition of dining on
dogs. People from other parts of the country even joke that Southerners will
eat anything with legs but the dinner table. But despite becoming more
prosperous in the 1990s, Yulin has maintained the unique tradition of holding a
canine banquet every summer. Copy/paste: (Click YouTube video below for detail)
Oct 21, 2014
Modal untuk Mengadu?
(Nota untuk Muallaf, sebagai junior, lakukan dua perkara ini
dan anda akan menjadi penganut yang maju dalam islam-Insya-Allah)
Selamat datang kepada saudara baru yang terpilih untuk masuk
agama islam. Tahniah aku ucapkan kepada anda semua kerana selepas hidup bebas
boleh minum arak dan berzina, akhirnya anda memilih untuk masuk agama islam
yang mengharamkan semua itu, ternyata anda termasuk dalam orang orang yang mahu
menggunakan akal kerana terbukti bahawa segala ciptaan Allah itu tiada yang sia
sia, Maha Suci Allah, maka peliharakanlah kami dari azab api neraka.
Sebagai senior dalam agama ini, ingin aku beri sedikit
nasihat kepada saudara baru tentang apa yang patut kita sebagai orang islam
buat hari hari. Selain solat 5 waktu seperti yang anda sedia maklum, hari hari
dalam islam juga dituntut agar kita meluangkan masa dalam solat malam mengadu
pada Tuhan.
Bahasa arab di panggil Qiam, atau tahajjud, senang cerita
setiap hari ummat islam digalakkan bersembahyang tahajjud dan selepas solat
tahajjud, kita digalakkan berdoa panjang panjang tentang masalah atau peristiwa
yang menimpa kita setiap hari. Ini yang dimaksudkan dengan mengadu pada Tuhan
kerana hanya padaNYA lah tempat kita mengadu.
Apa yang nak kita adukan?
Soalan yang baik, mengadulah tentang hati dan perasaan kita
siang tadi ketika berdakwah semasa insan, kerana sewatu berdakwah, kita diuji
dengan orang yang mencaci, meludah, baling batu dan sebagainya.
Maka selepas solat tahajjud, kita mengadulah kepada Allah agar ampunkan dosa orang itu, mereka kasar kerana salah saya yang tidak pandai berdakwah, mohon juga kepada Allah agar orang itu diberi hidayat, seadainya esok pun mereka masih menolak, mohonlah kepada Allah agar anak cucu mereka juga diberi hidayat. Jangan lupa juga memohon hidayat kepada diri sendiri kerana Allah boleh bolak balikkan hati manusia.
Maka selepas solat tahajjud, kita mengadulah kepada Allah agar ampunkan dosa orang itu, mereka kasar kerana salah saya yang tidak pandai berdakwah, mohon juga kepada Allah agar orang itu diberi hidayat, seadainya esok pun mereka masih menolak, mohonlah kepada Allah agar anak cucu mereka juga diberi hidayat. Jangan lupa juga memohon hidayat kepada diri sendiri kerana Allah boleh bolak balikkan hati manusia.
Selain itu, kita juga boleh berdoa agar diberi kekuatan
untuk berdakwah esok, mohon di beri hidayat kepada Umar (samseng kampong kita) untuk
bantu kita. Perkara ini dibuat oleh Nabi Muhammad SAW.
Insya-Allah, jika anda saudara baru lakukan dua perkara ini,
iaitu berdakwah di siang hari, dan mengadu pada Allah di malam hari, maka hati
kita akan mendapat ketenangan abadi dalam kerja kerisauan ummat. Kita juga akan
dikurniakan kejayaan di dunia dan akhirat.
Itu sahaja pesanan aku buat saudara baru, andainya anda
meninggalkan dakwah di siang hari, maka aduan anda kepada Allah dimalam hari
menjadi low class kerana mengadu perkara yang condong kepada kepentingkan diri
sendiri seperti, doa panjang umur dan doa murah rezeki.
Doa panjang umur, dan doa murah rezeki ini tidaklah salah,
tapi nampak sangat kita ni tiada fikir risau ummat, kita tak pedulikan hidayat
untuk orang bukan islam, kita tak pedulipun jiran tak sembahyang, apa yang kita
risau? panjang umur dan doa murah rezeki sahaja? adohai..
Doa panjang umur ini pernah di minta oleh syaitan dan doa
murah rezeki pernah di minta oleh Qarun.
Dalam sejarah, Allah telah makbulkan doa mereka, syaitan
masih hidup sampai sekarang, dan Qarun terkenal sebagai orang yang paling kaya
sehingga harta yang kita jumpapun dikenali sebagai Harta Qarun.
Tapi apa yang berlaku kepada mereka diakhirat? Mereka akan
di azab siang dan malam.
Jadi, dalam doa tahajjud di malam hari, banyakkan berdoa
hidayat kepada ummat, kerana itulah doa yang dilakukan oleh Nabi Muhammad SAW.
Untuk berdoa sebegitu kena ada modal, iaitu berdakwah di siang hari. Jika tiada
modal memang susah sikitlah nak mengadu, itu yang buat ramai orang islam
langsung terus tinggalkan solat tahajjud, sebab tak ada modal nak mengadu.
Nak mengadu bab umur, takut jadi syaitan, nak mengadu bab
harta, takut jadi macam qarun, nak mengadu bab dakwah, tak ada pula buat
semalam, kelmarinpun tak buat, minggu lepas pun tak buat, tahun lepas pun tak
berdakwah. Itu yang ramai senior dalam islam meninggalkan solat tahajjud sebab
mereka tidak ada modal (tidak ada fikir risau atas ummat).
Akhir kata, marilah kita berdakwah di siang hari supaya ada
modal nak mengadu pada Allah di malam hari.
Pesan kepada diri sendiri.
Ps: Mereka yang mendoakan bala sesama islam tidaklah
mencerminkan islam. Harap saudara baru jangan salah faham. Take note.
Oct 8, 2014
Cerita Masjid lain bukan sini?
(Manusia belajar dari sejarah bahawa manusia tidak pernah
belajar dari sejarah)
Sambungan kisah masjid Bandar..
Cerita pengerusi lama yang dah bersara tak sebulu betul
dengan pengurusi masjid baru kerana telah hapuskan Akta Keselamatan Dalam
Masjid sehingga banyak masalah berlaku seperti orang lintas depan solat dengan
selamba, makmum tegur imam dalam solat tanpa adab, orang bukan islam ceramah
dalam masjid hina orang islam, ceramah yang ada unsur syiah dan wahabi, dan
macam macam masalah lagi yang tak pernah berlaku waktu pengurusi lama
memerintah.
Sekarang AJK masjid dan orang kampong agak kucar kacir, ada
yang menyokong cadangan pegerusi lama agar Akta Keselamatan Dalam Masjid
dikembalikan, ada jugak cadangan dari pihak makmum agar pengurusi baru letak
jawatan, kerana kadang kadang bini pengerusi baru banyak campur urusan masjid.
Tak selesa dibuatnya orang ramai yang datang bersolat. Ada pihak menuduh
pengerusi dan bininya banyak guna hasil tabung masjid untuk urusan peribadi.
Tak tahulah apa nak jadi dengan masjid dekat situ, dengar
cerita, Ketua KRT sangat menyokong cadangan agar Akta Keselamatan Dalam Masjid
dikembalikan. Korang pulak bagaimana?
Berita terkini yang aku dengar, selepas Akta Keselamatan
Dalam Masjid dihapuskan, terdapat desakan dari beberapa Jemaah masjid agar satu
lagi akta di hapuskan iaitu Akta Tidak Boleh Menghasut Dalam Masjid Kecuali
Syaitan.
Kita semua tahu,Syaitan memang dibenarkan menghasut walaupun
dalam masjid. Jadi cadangan agar di hapuskan Akta Tidak Boleh Menghasut Dalam
Masjid Kecuali Syaitan telah mendapat tentangan dari Jemaah yang turut bersolat
di situ, katanya memberi pendapat dan menghasut adalah berbeza, tapi Jemaah
yang lain cakap, puji dan kritik itu sama, arghh, sudah, akupun tak faham.
Mohon kepada Allah agar dibukakan hati pengerusi baru untuk
muhasabah diri dan bertaubat. Ramai menganggap pengerusi baru terlalu lembut
dan tidak tegas sampai orang boleh pijiak kepala, mohon juga agar pengerusi
baru tidak menonjolkan bininya dalam urusan tabung masjid. Dan terkini, entah
kenapa, pengerusi baru menaikkan kos masuk tandas masjid sebanyak 20 sen.
Adohai..
Dalam kelam kabut masjid di Bandar, ada pulak cerita kurang
enak di masjid dekat kampong.
Semua tahu sudah, Sedekad lalu, iaitu ketika Pengerusi lama dan
Imam lama belum bersara di masjid kampung, ketika beliau masih mentadbir masjid
itu, orang kampong tidak pernah terfikir
akan berlangsungnya 'pesta arak' secara terbuka dan besar-besaran di kawasan halaman
masjid.
Walaupun Pengerusi lama sering dituduh sebagai tidak cukup
Islam oleh Tok siak, dan ada kalanya dilebel sebagai Maha Firaun, tetapi masjid
itu masih ada program program islamik mengikut lunas-lunas Islam tanpa
menidakkan hak penganut agama lain menjalani cara hidup masing-masing secara terkawal
di sekitar kampong.
Pada ketika itu, ada kedai arak dihujung kampung yang
dijadikan senjata utama oleh Tok siak untuk menyerang Pengerusi masjid dan imam
lama. Kononnya, sekiranya Tok siak dilantik jadi pengerusi, maka kedai arak tersebut akan dirobohkan serta merta.
Sebahagian 'doa' Tok Siak akhirnya termakbul apabila Pakatan
kiri AJK masjid berjaya merampas 2/3 undi ahli jemaah, sekali gus memberi kuasa
mentadbir kepada pakatan baru. Tidak cukup itu, Imam lama telah di tangkap
polis kes rasuah dalam renovate rumah.
Namun, apa yang berlaku selepas Tok Siak berkuasa melalui
kerjasama dengan Bilal dan Tauke Cina jual aiskerim (yang banyak bagi sponsor
aktiviti tok siak) ialah bukan sahaja kedai arak tersebut tidak dirobohkan,
tetapi pusat-pusat maksiat tumbuh bagai cendawan sekitar masjid, jauh mengatasi
jumlah sedia ada di bawah pemerintahan pengerusi lama dan Imam lama.
Maka, Tok siak memberi alasan bahawa mereka tidak punya
kuasa penuh untuk menjalankan perintah Allah SWT di masjid itu serta tidak
wajar dipersalahkan kerana pengerusi baru adalah pilihan Bilal dan Tauke Cina
jual aiskerim. Tok siak masih lagi Tok siak. Jika Tok Siak dah jadi Imam mungkin
boleh bersuara.
Bertitik-tolak dari itu, peluang 'doa' Tok siak seakan
makbul apabila Imam baru dipecat setelah bergaduh dengan pengerusi masjid yang baru
kerana ingin melantik dirinya sebagai imam, tapi tak layak sebab pengerusi baru
ada kes polis liwat budak, lalu pengerusipun melantik isterinya sebagai imam
baru dan akan baca khutbah jumaat sekaligus mentadbir tabung derma masjid.
Ketua kampong yang tidak setuju dengan lantikan imam baru
(bini pengerusi pulak tu) namun imam lama dengan terpaksa meletak jawatan sebab
pengerusi dah tak suka, lalu ketua kampung minta AJK yang terdiri dari bilal dan tok siak untuk
memilih beberapa calon lelaki lain.
Bilal menolak sebarang calon dan setuju imam solat hari
jumaat adalah isteri pengerusi sebab mereka menyokong pasukan bola sepak yang
sama, manakala tok siak, yang juga menyokong pasukan bola sepak kegemaran
pengerusi berkata, terpaksa pilih imam wanita berdasarkan konsep tahaluf
siyasi. Tapi Ketua kampong bertegas mahu bilal dan tok siak pilih calon lain.
Akhirnya Tok siak yang ada peluang menjadi imam, dan
bolehlah meroboh kedai arak dihujung kampong dengan dana masjid jika perlu,
telah menolak peluang dan melantik bilal menjadi imam baru, sekaligus
menyimpang kunci tabung derma di hari jumaat. Tak tahu kenapa Tok siak menolak
menjadi imam.
Padahal Tok siak, walaupun pengerusi dan tauke cina jual ais
krim tak mahu beliau jadi imam dan pegang tabung masjid, Tok siak mempunyai kuasa majoriti dengan
disokong sepenuhnya oleh AJK lama dan mampu dapat undi 2/3 jika keluar pakatan
dan dengan kuasa mutlak tersebut, Tok siak boleh sahaja menjalankan perintah
Allah SWT dan merobohkan kedai arak sepertimana yang 'diimpikan' mereka selama
ini.
Malangnya, Tok Siak lebih sayangkan kerjasama dengan Pakatan
AJK yang sokong pasukan bola kegemaran dari Allah SWT. Tok Siak tidak sanggup
memegang kuasa sendirian dan tetap akur ingin berkongsi kuasa dengan
rakan-rakan sekutunya. Malah, lebih dari itu, Tok siak sanggup berkorban pula
menjadi suara minoriti dalam mesyuarat bulanan Masjid.
Setelah melakukan pengorbanan dengan menolak tawaran menjadi
imam, Tok siak tiba tiba melatah pula
apabila pesta arak bakal diadakan di sekitar kampong termasuk dihalaman masjid.
Penyokong imam baru, (dahulunya bilal) kemudiannya pantas
'menyelamatkan keadaan' dengan membuat kenyataan yang bersifat menyokong pesta
arak dianjurkan atas alasan hak bukan Islam.
Kita faham bahawa Tok siak enggan menyinggung perasaan Pengerusi
baru dan Tauke Cina jual aiskerim dengan menentang pesta arak secara terang-terangan.
Penentangan Tok Siak bagaimanapun disampaikan secara halus
dengan menyiarkan kenyataan ABIM di FB peribadi Tok siak yang menyelar penganjuran tersebut.
Hakikatnya, apalah guna Tok siak melatah atau marah dengan
penganjuran Pesta arak, padahal Tok siak mampu menolak semua ini dari berlaku
sejak dari awal dahulu? Tapi itulah masalahnya, bila di ajak bergabung dengan
AJK lama, Tok siak nak ludah muka.
Akhirnya, dengan meletakkan kesetiaan kepada Pakatan AJK melebihi
segala-galanya, maka Tok siak adalah sebenarnya merupakan rakan subahat dalam
program pesta arak.
Nafikanlah dan putarbelitlah ke mana pun jua, namun hakikat
bahawa Tok siak turut menyumbang kepada maksiat yang semakin berleluasa di kampong
itu tetap merupakan satu fakta yang tidak boleh diubah-ubah.
Oleh itu, tiada apa lagi yang dapat dikatakan selain ‘Tahniah’
kepada Tok siak kerana berjaya mempertontonkan cara pemerintahan Islam ala Tok
siak melalui dasar perkongsian kuasa dengan pengerusi baru dan Tauke Cina jual
aiskerim.
Kesiankan?, tengok tok siak yang sibuk kafirkan pengerusi
lama bila buat salah, tapi berdiam diri bila pengerusi baru buat salah,
islamlah sangat, adohai..
Mohon kepada Allah agar dibukakan hati Tok Siak untuk
muhasabah diri dan bertaubat. Amin.
Akhir kata, kisah ni bukan kat tempat sini, tapi tempat
lain. (woha!)
(Sumber berita dari Beruang biru)
Oct 1, 2014
Tuhan itu Zalim?
(Tanya sama abang keretamayat, soalan dari atheist)
Atheist said:
"Allah itu sayang kepada hamba-hambanya lebih dari
sayang ibu kepada anaknya" al-Hadith.
Sewaktu kecil, hadis ini sering diwar-warkan oleh ustaz di
sekolah. Allah sayang kepada hamba-hambanya lebih dari sayang seorang ibu.
Namun jika diteliti ajaran agama dan kitab sucinya, kita akan dapati pelbagai
percanggahan dengan maksud hadis di atas.
Sejarah manusia pertama pun dah menunjukkan percanggahan
itu. Adam dan Hawa membuat kesilapan memakan buah larangan, lalu dimurkai tuhan
dan dihalau dari syurga. Seorang tercampak ke timur seorang lagi tercampak ke
barat.
Kita ubah senario kepada hubungan ibu dan anak. Jika si ibu
mempunyai 2 orang anak. Kemudian anak-anak ini mencuri makan ayam goreng dari
bawah tudung saji sedangkan ibunya itu telah melarang mereka dari berbuat
demikian. Bila ibunya dapat tahu, dia memarahi anak-anaknya itu.
Tetapi setakat marah sahaja. Adakah si ibu sanggup membuang
anaknya ke luar rumah? atau menghantar seorang anaknya ke satu negara asing dan
seorang lagi anaknya ke satu negara lain hanya atas kesilapan kecil? Tentu
tidak!
Kasih sayang seorang ibu jauh lebih bernilai dari kasih
sayang tuhan. Kasih sayang tuhan hanya dihiasi dengan ancaman seksaan yang
tidak masuk akal. Tiada ibu yang sanggup membiarkan anaknya diseksa, dibakar,
disepak terajang setiap hari untuk tempoh yang infiniti.
Yang pasti banyak statement dari agama bercanggah antara
satu sama lain. Sifat tuhan tidak konsisten dan lebih kepada sifat diktaktor
yang mempunyai masalah emosi. Bukankah dari situ kita boleh nampak bahawa tuhan
itu tidak lebih dari produk ciptaan minda manusia. Fikir-fikirkanlah.
Sekadar Gambar Hiasan |
Hamka said:
Terima kasih kerana sudi baca blog keretamayat dan sudi
bertanya soalan kepada aku yang bukan ustaz ini, so pengetahuan aku bab agama
adalah sangat nipis, dan minta maaf sebab lambat jawab sebab perasan sibuk. Tapi
aku pilih untuk ulas bab ini sebab aku sebenarnya sedang menulis novel tapi
malas sangat nak menulis, kerana masalah novel ianya berbentuk fiksyen,
sedangkan buku yang aku tulis sebelum ini base on true story or true event.
Jadi untuk memudahkan aku menoles novel fiksyen, aku plan nak buat kisah atheist
belajar silat nak mengorat anak guru silat lalu berdebat bab ketuhanan dengan
mertua beliau,
Eh? Tak boleh cerita lebih lebih, nanti novel dah tak gempak,
adohai.., so mudah mudahan dengan ulas bab ini, diharap idea untuk menulis novel akan
kembali segar dan memberasangkan! Amin. (walau mungkin tak mampu memberi hidayat kepada penanya kerana aku bukanlah pandai sangat bab agama, namun mungkin ada dua tiga insan diluar sana yang memperoleh manfaat, mana tahu?, semoga Allah terima apa yang aku buat sebagai asbab kebaikan diri dan ummat, Amin sekali lagi)
Baik, balik kepada persoalan diatas, bab “benarkah Allah itu
sayang kepada hamba-hambanya lebih dari sayang ibu kepada anaknya ini” pernah
di tanya pada Nabi Muhammad SAW. Kisah seorang mak cik dan anaknya sedang
menyalakan ungun api, apabila api itu menjadi besar, si makcik ini pun alih
anaknya ke belakang badannya agar anaknya tidak terasa bahang panas api.., kemudian
lalulah Nabi dan sahabat berhampiran makcik dan anaknya tadi, dan si makcik ini
telah mengambil peluang untuk bertanya soalan lebih kurang maksud:
“Wahai pesuruh Allah, aku dengar Allah lebih sayangkan
hambanya 70 kali lebih, dari sayangnya seorang ibu kepada anaknya, tapi mengapa
Allah sanggup mencampakkan hambanya ke dalam neraka?, sedangkan aku, walau
sejahat manapun anak aku, aku tidak tergamak untuk mencampakkan anak aku ke
dalam api. Bukankah Allah menyayangi hambanya lebih dari aku menyayangi anakku?
Maka Nabi Muhammad s.a.w telah menangis.
Hingga turunlah wahyu memberi jawapan, panjang cerita aku
pendekkan sebab aku sangka buruk, si penanya tentu bosan jika aku quote al
quran dan hadis sebab mereka memang tak percaya, mereka mahu guna hujah logik.
Jadi lebih baik aku tulis guna dalil yang logik dan tidak bertentangan dengan fizik
sahaja. Mudah mudahan.
Baik!, Tuhan berjanji pada hambanya, siapa buat baik masuk
syurga, dan siapa buat jahat masuk neraka, setiap perbuatan akan dinilai
walaupun sebesar zarah, Allah dah janji, Allah juga janji siapa banyak dosa,
tapi bertaubat, akan diampunkan sebab dia dah janji. So sebagai Tuhan yang Maha
Adil, janji mesti ditepati.
Macam macai politik selalu cakap, Manifesto bukan janji,
Tapi Janji ditepati!
Jadi bila hamba Tuhan memilih untuk buat salah dan tak kisah
masuk neraka, atau bila orang kapir memilih sembah berhala, atau memilih untuk
tidak bertuhan, di sinilah letak nya situasi dimana Allah telah berjanji akan
mencampakkan hamba yang engkar ke dalam neraka, kerana Allah Maha ADIL, dan
SANGAT MENEPATI JANJI!
Macam kerajaan Malaysia sekarang buat penjara bukan
bertujuan untuk masukkan semua rakyat Malaysia dalam penjara, hanya untuk
peringatan agar keselamatan dan hak orang lain dipenuhi, tapi bila dah korang
langgar undang-undang Malaysia, korang dah rogol anak orang, korang dan mencuri,
merompak dan sebagainya, maka kerajaan
yang adil dan baik mesti laksanakan janji dan undang-undang. Walaupun yang buat
salah tadi anak perdana Menteri, tak patut ayah sebagai PM tergamak melihatnya
anaknya mati diseksa di kerusi elektrik kata korang yang tak faham undang-undang.
Tapi jika benar ada PM yang macam korang bayangkan, tak tergamak nak siksa anak
sendiri walaupun buat salah?, lalu lepaskan maka apa guna lagi undang undang? Apa guna lagi mengundi
PM yang tidak menunaikan janji?
Balik kepada Tuhan, sama jugak, diseksa hanya kepada yang
engkar. Jika korang hidup baik baik tak buat salah dengan tuhan kenapa nak
takut masuk neraka? Ingat pepatah sekolah rendah dahulu:
“Berani kerana benar, Takut kerana salah”
So, walaupun PM itu sangat baik, tapi penjenayah yang salah
tetap dihukum kerana PM yang baik adalah PM yang menunaikan janji berdasarkan
undang undang menghukum pesalah dalam penjara atau tali gantung, tertakluk
kepada kesalahan masing masing.
So, sama juga, walaupun Allah itu Maha baik, tapi hambaNYa
yang salah tetap dihukum kerana Allah Yang MAHA BAIK adalah Tuhan yang
menunaikan janji berdasarkan undang undang dalam Alquran menghukum pendosa
dalam neraka tingkat demi tingkat, tertakluk kepada dosa masing masing.
Bab kasih sayang Tuhan lebih dari ibu pula, boleh
dibuktikan:
Jika Mak korang panggil korang, Mamat, oh Mamat, mari sini
jap mak nak ajar mengaji, dan korang buar bodoh aje, maka mak korang panggil
lagi sampai sebelas kali, aku rasa kali yang ke dua belas tentu mak korang akan
menjerit dan mungkin korang kena rotan. (aku dulu, kali ketiga dah kena rotan)
Tapi Tuhan, Panggil korang 5 kali sehari : Marilah solat!
Marilah Berjaya! Dan Korang buat bodoh bukan setakat 12 kali, tapi dah sampai
60 tahun buat bodoh, pun masih Tuhan bagi makan, bagi udara, bagi minum, takde
pulak korang tiba tiba kena panah petir. Ini bukti Tuhan lebih rasional dari
mak kita.
Tak percaya cuba tengok Mak si Tanggang, panggil Tanggang
hanya beberapa kali, tapi Tanggang buat bodoh sebab dah ada bini cantik, terus
mak dia sumpah jadi batu, kita hari ni, buat bodoh dengan penggilan Tuhan, ada
terus jadi batu? Kena batu karang pun sebab lain, bukan sebab tak jawab
panggilan Tuhan.
So, terbukti Tuhan lebih sayangkan Hambanya lebih dari mak sayang pada anak.
Sama jugak macam Mak si Malin Kundang!, pun sama!, sumpah anak jadi batu
walau anak dan bersujud merayu, tapi tuhan, jika dosa korang 100 kali ganda
dosa Tanggang dan Malim Kundang, Allah akan tetap ampunkan bila korang sujud
merayu kerana Allah Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang.
Bagi bukti lain, bukti tu tak sesuai kata korang sebab ambil dari kisah
rakyat, so kita ambik sejarah Tuhan dan Raja Firaun.
Firaun semua tahu betapa jahatnya dia, mengaku tuhan dan memerintah dengan zalim.
Tapi sebab Allah masih sayangkan firaunlah, maka Alllah hantar Nabi Musa pergi Berdakwah dengan lemah lembut, walaupun Firaun dan bunuh beribu ribu bayi, dan seksa bani Israel dengan penghapusan etnik, tapi tetap Allah bagi peluang bertaubat sehinggal Firaun di uji dengan 7 bala, tapi masih degil jugak, so sebagai Tuhan Yang Menunaikan JANJI, maka kena azablah Firaun sebab JANJI DITEPATI!
“Tapi bang, Tuhan tidak adil, sebab ada orang kafir yang
baik baik, tidak sejahat firaun, takkanlah kena duduk azab juga dalam neraka?”
Aku kata: kalau kau ada anak yang perangai baik nak mampus
tapi tak mengaku kau Mak dia!, dia kata dia ni anak luar nikah, dia ni bukan
anak kandung kau, dia ni konon anak orang lain yang lebih kaya, kau tak marah?!
kau nak mengaku dia anak?, kau kan perempuan, tentu faham bila si tanggang yang bini dia puji dan pak
mertua dia sanjung sebab begitu rajin , dan budak baik.., tapi bila tak ngaku
yang kau tu mak dia akhirnya kena sumpah jadi batu! ha ha, padan muka!
So, budak baik, yang tak mengaku dia ni Hamba Allah atau
dalam kes Tanggang, tak mengaku dia ni anak mak dia, maka Allah janji akan azab
sebab JANJI DITEPATI!
Bab lain, Ada hadis memberitakan Tuhan lebih cemburu bab
hamba memilih tuhan lain, lebih dari suami yang cemburu kepada bininya yang
curang dengan cemburu yang lebih berkali-kali ganda. So cuba tengok kes bini curang apa suami buat? Atau
dalam kes kau, jika bini kau berzina dengan lelaki lain apa kau buat?
Jika Isteri korang masak tak sedap, korang marah tapi tak
lah sampai cerai..
Jika Isteri korang pinjam kereta, langgar garaj jiran, garaj
tu runtuh, korang marah tapi taklah sampai cerai.
Jika isteri korang tak ingat tutup api ketika memasak, rumah
terbakar, kebetulan korang duduk rumah flat dan satu flat telah terbakar,
korang marah tapi taklah sampai nak pukul ke apa?
Jika isteri korang tertumpah minyak panas ketika memasak
menyebabkan anak tunggal korang menjadi mayat..korang marah! Tapi tak lah
sampai bercerai-berai..masih boleh di maafkan. So do Tuhan!
Tapi jika korang balik rumah, tengok anak semua elok dan
bersih, makanan atas meja sedap, garaj tak runtuh, kereta tak kemik, rumah tak
terbakar, tapi korang dapati isteri korang sedang berzina dengan jantan lain.!
Memang habis!
Habis runtuh rumah tangga, bergegar arash, bercerai berai ,
ada kes siap kena siksa sebelum bunuh!
Begitulah perumpamaan-nya, bila isteri korang memperduakan
engkau, curang, memang habis! kalau korang buat dosa lain selain syirik…,
korang taubat, Allah ampun. Walaupun dosa korang tinggi mencecah awan, still
diampuni, Tapi bila dosa syirik (curang)
Memang Azab Allah tak masuk akal bagi kita yang bertaraf Hamba ini
memikirkanya, adohai..
So hidup ini memang ujian dari Tuhan.
Kenapa Nabi orang arab? Itulah ujian.
Kenapa Mukjizat tak ada sampai sekarang? Senang sikit nak
beriman? Itulah ujian.
Kenapa orang Tabligh yang ketuk pintu berdakwah rumah saya
orang india? Itulah ujian.
Kenapa dulu dah ada agama nasrani, lepas tu kristian,
sekarang nak kena ada islam pulak? Itulah ujian.
Kenapa saya tengok ramai orang islam yang jahat jahat?
Itulah ujian.
Bro, Allah Maha Adil, sehingga orang islam pun ramai masuk
neraka, sebab JANJI DITEPATI.
Last, kisah Adam dan Hawa membuat kesilapan memakan buah
larangan, lalu dimurkai tuhan dan dihalau dari syurga. Seorang tercampak ke
timur seorang lagi tercampak ke barat.
Kata kamu, jika Kita ubah senario kepada hubungan ibu dan
anak. Jika si ibu mempunyai 2 orang anak. Kemudian anak-anak ini mencuri makan
ayam goreng dari bawah tudung saji sedangkan ibunya itu telah melarang mereka
dari berbuat demikian. Bila ibunya dapat tahu, dia memarahi anak-anaknya itu. Tetapi
setakat marah sahaja. Adakah si ibu sanggup membuang anaknya ke luar rumah?
atau menghantar seorang anaknya ke satu negara asing dan seorang lagi anaknya
ke satu negara lain hanya atas kesilapan kecil? Tentu tidak!
Bro, inilah masalahnya bila kita anggap Tuhan tu lemah macam
ibu kita...
Bila ibu kita membuang anaknya ke luar rumah, atau ke dalam
hutan, ibu kita tak ada kuasa nak halang ular atau harimau makan kita, dah
tentu kita akan merana dan mati dalam hutan, tapi bila Tuhan takdirkan Adam dan
Hawa terpisah jauh di dunia yang penuh dengan binatang buas dan tak ada pula
perkhidmatan kereta.
Tapi last last ada kita dengar Nabi Adam mati dimakan
Dinasour?, atau Kaki Nabi Adam kudung sebelah sebab kena baham dengan T- Rex? Ada?
Atau hawa jatuh dalam kawah gunung berapi?, ada dengar kisah Hawa mati kena Ebola? ada mereka berdua sesat tak jumpa
jumpa? mereka elok jer berjumpa sebab mereka diuji dengan pantauan Allah, Allah
pantau segala keselamatan mereka, segala keperluan mereka, segala makan minum mereka, sedang Allah nak
tengok mereka menyesal dan bertaubat, lepas tu Allah ampunkan mereka dan
masukkan mereka ke dalam syurga. Simple.
Begitulah kita didunia ni, diuji dengan pantauan Allah, Ada
kajian mengatakan, saiz planet Mustari yang besar adalah untuk melindungi bumi
dari meteor sesat kerana gravitinya yang kuat menyebabkan tahi bintang raksasa
itu jatuh ke planet lain.
Namun, andai kata, jika tahi bintang itu terlepas planet
Mustari, ada lagi Sembilan planet lain yang menjadi perisai bumi, dan andai
kata ada komet yang terlepas, bulan juga ada gravity yang mengelilingi bumi
setiap bulan untuk menhadang hentaman tahi bintang, tak percaya cuba teropong
bulan, penuh dengan kawah hasil hentaman tahi bintang, dan bulan juga bertindak
sebagai pasang surut air laut agar nelayan mudah buat kerja, dan andai komet
besar masih berjaya lepas dari gravity bulan sebab arah paksi yang berbeza, tiba
tiba tahi bintang itu akan terbakar dan jadi batu kecil bila berlanggar dengan
atmpsohera, kenapa bumi masih selamat?, kenapa blue planet ini so-so SO protection?
Jawapannya, sebab Allah pantau keperluan kita. Allah pantau kesalamatan bumi, Sama macam Allah pantau
keselamatan Adam dan hawa sehingga mereka berjaya jumpa dan beranak pinak. Allah
yang Jaga kita!
Bila tak ada air, Allah turunkan hujan, bila lapar nak
makan, Allah tumbuhkan tanaman, nelayan dilaut tangkap ikan yang duduk secara
berkumpulan, jadi senang masuk pukat,.
Waktu tidur kita masih bernafas dengan otak luar kawalan sebab Allah pantau
kita. Bila nak berak, tuhan datangkan tanda nak berak, perut sakit, dan bontot
tak selesa, bayangkan jika kita berak tanpa ada tanda tanda, terus berak dalam
kereta, kan susah? begitulah jugak alam ini, sebagai tanda kepada kewujudan
Tuhan, sains namakan Ecosystem atau Artificial Intelligence sebagai keajaiban
kosmos dalam evolusi manusia, tapi ketahulah Ecosystem atau Artificial
Intelligence atau lain lain so call Scientific, itulah sebenarnya sistem Pantauan
Allah. Andai kita mahu berfikir.
Akhir kata, dunia ini terlalu singkat untuk berada dalam
kefahaman yang salah, gunakan akal dan mata hati dalam menilai fakta, kerana
hidup selepas kematian itu bukan perjudian, tapi result berdasarkan fakta yang
kita pilih. Pesan pada diri sendiri.
“Sesungguhnya ALLAH tidak menzalimi manusia sesuatu apa pun,
tetapi manusia itu sendirilah yang menzalimi diri mereka sendiri.”. (Surah
Yunus: 44).
“Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi, dan silih
bergantinya malam dan siang terdapat tanda-tanda bagi orang-orang yang berakal,
yaitu orang-orang yang mengingat Allah sambil berdiri atau duduk atau dalam
keadaan berbaring dan mereka memikirkan tentang penciptaan langit dan bumi
seraya berkata: Ya Tuhan kami, tiadalah Engkau menciptakan ini dengan sia-sia.
Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami dari siksa api neraka. Ali Imran190-191
Sekian.
Subscribe to:
Posts (Atom)