Oct 22, 2014

Kempen Makan Anjing?

(Di Southern China, ada budaya makan anjing, di Malaysia lain pula ceritanya)

Kepada mereka yang nak jadi pengajur apa jua acara di Malaysia, tak kiralah korang ni pembakang ke, orang  kerajaan ke, NGO ke, apa ke, tolong faham perasaan majority orang melayu islam yang bermazhab Syafee. Jika benda tu bercanggah dengan mazhab Syafee, tak payahlah buat sebab nanti ramai mojoriti yang akan menentang.

Sebagai contoh, jika korang duduk di Iran, dan buat acara yang bercanggah dengan ajaran Syiah, buat kempen namakan anak dengan Umar atau Aisyah misalnya, dah tentu korang pun akan kena kutuk siang dan malam.

Jika korang duduk di Afrika, buat kempen belajar Bahasa english, dah tentu Haram Bako akan datang sembelih semua peserta.

Jika duduk di Iraq, buat kempen yang bercanggah dengan fahaman ISIS, ada yang kena potong kepala.

So pengajur ni kena cerdik bila nak buat satu-satu acara, kena rujuk sejarah dan geografi, kena banyak baca surat khabar BM dan buku BM serta artikel BM bila nak buat kempen di Malaysia. 

Jangan syok sendiri dengan anggap di zaman internet ini, orang akan berfikiran terbuka.

Tak perlu aku tulis tentang hukum pegang anjing sebab dah ramai ustaz cerita, korang boleh rujuk sendiri. aku cuma nak tegur pada siapa siapa yang nak jadi penganjur, jangan buat kerja bodoh lain kali.

Bab agama dan budaya, jika tidak  ditangani dengan hati hati, boleh perang besar. So kepada pengajur, Ini tidak deep, just use common sense, and please take note.


Ps: Southern China has always had a tradition of dining on dogs. People from other parts of the country even joke that Southerners will eat anything with legs but the dinner table. But despite becoming more prosperous in the 1990s, Yulin has maintained the unique tradition of holding a canine banquet every summer. Copy/paste: (Click YouTube video below for detail)

16 comments:

hairulfadly said...

First

Anonymous said...

Jika kita lihat fitrah semulajadi anjing, ia bukanlah binatang seperti kucing yang sewenang wenangnya akan datang menjilat atau menggesel badannya ke badan sesiapa saja. Contoh mudah adalah sifat dua binatang ini jika meminta makan daripada orang asing. Kucing akan mengiau manja minta makan dan malahan akan sengaja datang menggesel badannya di kaki manusia yang asing kepadanya. Anjing pula walaupun woof woof tapi akan mengekalkan lokasinya beberapa meter dari kita tanpa cuba mendatangi kita. Oleh itu ramai mengaatakan anjing ini binatang "lebih tau diri" berbanding kucing kerana anjing hanya datang menyentuh manusia apabila setelah manusia itu terlebih dahulu menyentuhnya. Bukan sifat semulajadi anjing datang tergedik gedik macam kucing yang selalu lebih dulu menyentuh manusia walau belum diberi green light.
Jika difikirkan semula, sifat semulajadi anjing ini adalah sesuai sekali dengan tugasnya di dunia ini iaitu menjadi ujian kepada orang Islam. Seolah olah anjing tahu bahawa ada sesuatu pada dirinya yang boleh menghalang manusia islam dari bersolat. Oleh itu demi tidak mahu melakukan sesuatu yang bisa merosakkan solat manusia itu maka anjing akan sengaja menjarakkan dirinya daripada manusia yang belum begitu dikenalinya. Seolah olah anjing enggan mendatangi seseorang jika belum diketahui manusia itu "touchable" (non muslim) atau "untouchable" (muslim).
Namun anjing tidak tahu siapakah manusia yang Islam dan siapakah yang kafir. Anjing tidak mampu membezakan kita berdasarkan pakaian, percakapan atau kelakuan kita. Di mata anjing semua manusia sama saja. Oleh itu anjing telah dikurniakan fitrah untuk membiarkan manusia yang memperkenalkan identiti dirinya. Anjing akan mengandaikan bahawa jika manusia didepannya itu adalah Islam maka sudah tentu manusia itu - demi menjaga solatnya - akan mengelak menyentuh si anjing kecuali jika ada keperluam mendesak. Oleh itu jika selagimana manusia tersebut tidak menyentuhnya, maka anjing akan menganggap manusia itu adalah Islam kerana seharusnya adalah fitrah seorang manusia Islam untuk sangat mementingkan solatnya. Menggunakan logik yang ringkas ini, anjing juga akan mengelak menyentuh manusia tersebut sewenang wenangnya.
Tapi apabila berlaku kejadian dimana si manusia pula yang tergedik gedik nak menyentuh anjing. Maka logik anjing tu senang saja. Manusia ini sudah tentunya bukan Islam kerana para manusia ini kelihatannya tidak risau langsung akan risiko kepada solat mereka. So tak apalah jika anjing membiarkan "kafir kafir" ini menyentuhnya. Lagipun bukannya anjing yang start dulu. Anjing tahu bahawa mereka di dunia ini adalah sebahagian dari ujian pada orang islam.
Mungkin juga maksud wof wof wof tu ialah "celakalah kamu orang yang tidak memberatkan solat. Rupanya kamu adalah sehina hina makhluk di muka bumi ini kerana tidak mampu menggunakan akalmu".https://www.facebook.com/afterdarkwrites

bintu rajali said...

Terima kasih... :-)

Anonymous said...

kecewa dengan berita penganjuran program ini...umat islam pulak denga selamba bergaya dengan tunjukkan keberanian pegang anjing..Alhamdulillah..JAKIM dah bertindak langkah pertama..moga perkara yg sama tak berulang

Unknown said...

Entri yg bagus n komen yg bagus juge....

Anonymous said...

Pencerahan yang memenuhi persoalan saya mengenai salah satu sifat jelas yang ada pada anjing. Terima kasih atas pencerahan ini.

Anonymous said...

like.
tq atas pencerahan ini

Anonymous said...

Memalukan dgn program cam gitu.. lbh malu peserta yg rase open minded show off gambar bersama anjing

Anonymous said...

masalah melayu semenanjung masih ramai yang tertutup fikiran.(yang terbuka dan cerdik masih minoriti). berbeza di borneo, isu asuk langsung tidak ada masalah. sebab tu isu perkauman dan agama hanya laku di semenanjung kerana masih ramai melayu minda tertutup dan tidak dapat terima perbezaan yang ada pada diri orang lain.

Anonymous said...

betapa shallow n narrow pemikiran melayu semenanjung sampai keretamayat terpaksa analogi tindakan majoriti disini dengan haram bako di afrika dan militan isis di iraq. so that is the measurement how shallow we are. petty

Anonymous said...

"paklan- tipuan liberal dan demokrasi" dalam youtube tu cakap jakim/jais/mais/dan lain2 tu pun dilahirkan dari struktur sekular..maknanya dalam mengesahkan status halal tu, status kehalalan mereka sendiri pun masih dlm status "tanda soal"..baru je nak menunding jari kat mais(nak cari salah manusia lain huhu)..teringat paklan youtube tu cakap...terbantut huhu..doa/maapkan jela mais dan yg membelai2 dog tu..

Anonymous said...

*tipuan kapitalis dan demokrasi

Luna Q said...

Saya suka haiwan..kira part of animal lover la..sy paling x suka jika ada org yg menyeksa haiwan termasuklah haiwan itu anjing atau khinzir. Tapi, kalau dah syariat kata jangan, janganlah. Maksud sy kita x perlu lah buat kempen macam ni. Tapi at the same time, kita cegah haiwan2 ini daripada kena abuse.

Tornado Assassin said...

Mualaf melayu

Vanjenazah said...

Tahniah Bro

Grad Degree Space UTM

Unknown said...

Stuju sgt. Kenapa la nk mmbntah adat & peraturan kehidupan