Nov 27, 2015
Islam Bukan Pengganas Dan Amarika bukan Dajjal?
(I'm MUSLIM and I'm not a TERRORIST, are you ANTICHRIST?)
Sempena lawatan Obama ke Malaysia, di wall FB berdengung
dengung dengan kebencian sebahagian pengguna FB yang beragama Islam pada
Amarika, lalu tersebarlah berita bahawa Obama ketua freemason dan ilmuniti yang
menyembah syaitan dan bakal melepaskan Dajjal.
Beberapa minggu yang lepas juga, selepas serangan pengganas
di Paris, di wall FB juga berdengung dengung dengan kebencian sebahagian
pengguna FB yang kafir pada orang Islam, lalu tersebarlah berita bahawa orang
Islam adalah pengganas kerana ajaran jihad adalah melakukan keganasan.
So siapa betul dan siapa salah atas tuduhan di atas?, bagi
orang yang waras, kedua dua tuduhan di atas adalah salah, bagi yang kurang
waras, salah satu betul dan salah satu salah, bagi yang tidak waras, maka kedua
duanya betul-adohai..
Ok, siapa aku nak tegur dulu?, hmmm, aku tegur orang kafir
dulu lah kot.
Salam sejahtera kepada semua bukan islam yang sudi baca blog
ini.
Sebagai orang Islam yang lahir dalam keluarga Islam,
mendengar korang orang kafir menuduh kami adalah pengganas adalah sangat tidak
masuk akal. Apatah lagi yang menuduh tu adalah orang kafir yang bergelar
wartawan, ada common sense, ada etika penulisan, ada ijazah diploma, tapi bila
melapor bab terrorist, terus di lebel Islam adalah terrorist, alangkah jahilnya
anda wahai wartawan kafir yang jahil tentang Islam.
Cuba korang bawa fakta tentang jihad, dan jumpa orang islam
sendiri dan sahkan dakwaan anda.
Ternyata ayat Al quran yang korang petik hanya
di rujuk dari segi teks, dan bukan konteks,
Korang tahu tak? al quran itu turun berperingkat-peringkat,
turun dengan ada sebab musabab, ada peristiwa, maka nak tafsir ayat kena tengok
kepada sebab musabab dan peristiwa, maka itulah yang jadi kepada salah tafsir
wartawan barat berkenaan ayat Motivasi jihad dari Allah seperti berikut...
“Apabila kamu bertemu dengan orang-orang kafir, Maka
pancunglah batang leher mereka. Sehingga apabila kamu telah mengalahkan mereka,
Maka tawanlah mereka dan sesudah itu kamu boleh membebaskan mereka atau
menerima tebusan sampai perang berakhir...”
[QS Muhammad 47:4]
Jadi bila nak tafsir, kena faham ayat ini turun kepada siapa
dan pada waktu bila, iaitu jika bukak kitab tafsir, ayat ini turun pada waktu
Perang Uhud, Ayat ini adalah motivasi kepada orang Islam yang sedang sengit
berperang..., jadi ayat tu tak salah.. Nak galakkan orang berperang tak kan nak
cakap macam nak ajak makan, nak ajak kahwin, kena faham KONTEKS di sebalik
TEKS!!
Dua tiga bulan yang lepas, ada serangan Bom di Thailand,
bila siasat ternyata warga USA beragama Kristian. Tapi media tidak menyebutkan
sebagai Teroris kan? Tapi bagaimana jika pelaku beragama islam? Habislah berita
double standard akan keluar, adohai..
Padahal, ikut etika korang, aku boleh tuduh orang Kristian yang
bom di Thailand sebagai pengganas dengan merujuk atay dari kitab BIBLE,
"(Jesus Said:) Do not think that I have come to bring
peace to the earth; I have not come to bring peace, but a sword. For I have
come to set a man against his father, and a daughter against her mother, and a
daughter-in-law against her mother-in-law; …
[Matthew 10:34-39]
Boleh sajer dari ayat ini, aku tafsir Jesus ajar orang
Kristian sebagai pengganas sebab nak rosakkan muka bumi ini dengan cara anak
sembelih bapak, mak sembelih anak, bunuh menaatu dan sebagainya, tapi aku bukan
hentam kromo macam korang yang konon ada etika, aku fikir secara positif iaitu
pembunuhan anak beranak ini mungkin di sebabkan perbezaan ugama, macam kes para
Sahabat Nabi yang berperang dengan orang kapir yang juga terdiri daripada kaum
keluarga sendiri.., itu takde masalah,
Maka, sebagaimana korang
tak boleh TAFSIR suka hati Al Quran orang Islam, begitu jugaklah aku tak boleh
TAFSIR suka hati kitab korang, ini etika, jika tak faham sila bawa hujah bersama
bukti dan jumpa orang islam yang layak, jangan sebarkan api kebencian.
Padahal jika rujuk sejarah, orang bukan Islam jauh lebih ganas
dan kejam,
Hitler di Jerman adalah seorang penganut Kristian, bunuh
berjuta yahudi, tapi tak ada pun media yang lebel beliau sebagai "Christians
terrorist", sebab ajaran kritian bukan begitu.
Rujuk Joseph Stalin atau Uncle Joe, beliau telah membunuh
lebih 20 juta manusia dan termasuklah 14.5 juta mati disiksa dengan kejam.
Mao Tse Tsung dari China, 18 juta orang telah dibunuh di atas arahannya.
Benito Mussolini dari Italy, membunuh hampir 400 ribu
manusia.
Asoka dalam peperangan Kalinga di India membunuh 100 ribu
manusia termasuk adik beradiknya
George Bush Embargo di Iraq, hampir setengah juta
kanak-kanak mati terbunuh.
Belum cukup lagi info? Rujuk Perang dunia pertama - 17 juta
kematian!, Perang dunia kedua – 50 juta kematian!, Bom Nuklear di Hiroshima dan
Nagasaki - 200 ribu kematian! Perang di Vietnam - 5 juta kematian!, Perang di
Bosnia Serbia - 5 juta kematian!, Perang di Iraq - 12 juta kematian!, Perang di
Kemboja - 3 juta kematian! Etnik Rohingya Di Myanmar dan banyak lagi..., siapa
yang mulakan perang yang penuh kejam itu? Semua bukan orang Islam!
Tapi kenapa mereka semua tidak di lebel sebagai pengganas?,
kerana kita sebagai orang yang waras cukup faham, orang yang sesat dan
bertindak dengan cara yang salah tak ada kena mengena dengan agamanya,
Sekarang, IS telah di fatwa sesat oleh ramai ulamak dan
Negara Islam, malahan IS sebelum serang Paris, sudah beribu ribu orang Islam di
bunuhnya, ketahuilah, di Malaysia yang ramai orang islam, berapa peratus yang
mati kerana perbezaan agama, malahan mati sebab nyamuk dan kemalangan kereta
jauh lebih ramai sebab bukan ajaran Islam membunuh sesama Islam.
Datanglah dan fahamilah Islam wahai orang kafir sekalian,
sesungguhnya, Islam adalah agama kedamaian, tapi bila ada yang taksub dan
tersesat lalu memilih jalan yang salah, mereka mengkafirkan orang islam yang
tidak sependapat atau menyokong mereka, lalu terbunuhlah orang islam dan bukan
islam.
Kita semua adalah mangsa pengganas, datok moyang kita mangsa
perang dunia pertama dan kedua, dan kini perang melanda lagi, marilah kita
mencari jalan kedamaian, kerana perperangan akan merugikan semua pihak, kalah
jadi abu, memang jadi arang..
Ok, sebelum undur diri, suka aku petik dialog dari filem My
Name is Khan, I 'm MUSLIM and I'm not a TERRORIST. Babak Shah Rukh Khan bertemu
Obama:
President Barack Obama: Mr Khan, it's good to see you hale
and hearty. You on TV more than me now, huh?
Shah Rukh Khan: You already know my name?
President Barack Obama: Yes I do. Your name is Khan,And you
are not a terrorist.
Shah Rukh Khan: Oh no, no, I'm not a terrorist. And this is
my son. He was not a terrorist either.
Woha!
Ok, habis sudah pencerahan “orang islam bukan pengganas”
kepada bukan Islam, sekarang aku nak tegur berkenan “Amarica bukan Dajjal”
kepada orang Islam. Sila berlapang dada, jika ada salah apa yang aku tulis,
tegurlah di ruang komen, aku akan baca semua koman, InsyaAllah.
Asalamuialakum semua orang Islam yang sudi baca blog ini.
Baik, jika sebelum ini, orang kafir yang bergelar wartawan,
ada common sense, ada etika penulisan, tapi bila melapor bab terrorist, terus
di lebel Islam adalah terrorist, maka alangkah jahilnya mereka tentang Islam.
Maka dalam dunia Islam pula, ada orang bertaraf, Ustaz,
Pensyarah, pelajar university, blogger islamik, tapi bila bercerita bab
Amarika, terus keluar tuduhan yang bertentangan dengan Hadis, iaitu, Obama
ketua freemason dan ilmuniti yang menyembah syaitan dan bakal melepaskan
Dajjal.
Ini bukan cerita lama, minggu lepas aku post kisah Jake Hays
anak seorang freemason yang beragama Islam yang menafikan Freemason menyembah
dajjal, menafikan Amarica adalah dajjal berdasarkan bukti yang jelas.
Tapi di ruang
komen, ada yang paste kata-kata ustaz dalam ceramah, Amarica adalah dajjal
sebab duit Amarika ada logo poramid dan mata satu! Ada yang komen anggota
freemason meyembah syaitan dan mendapat arahan daripada Dajjal untuk menguasai
dunia, lalu kaitkan MH370, MH17, dan semua peristiwa dunia dengan perangcangan
Dajjal, adohai..
Sama seperti nasihat aku pada wartwan Islam yang jahil
tentang Islam agar datang jumpa orang Islam dan belajar tentang Islam dari
orang Islam sendiri, supaya jangan ambik berita dari sumber yang tak soheh
seperti FB sharing dan Blog sampah.
Maka nasihat yang sama aku tujukan pada ‘ustaz’ atau
pensyarah, atau blogger islamik pada yang jahil tentang isu dunia agar datang
jumpa orang bukan Islam, jumpa anggota freemason dan belajar tentang freemason
dari orang freemason sendiri, sesuai dengan perintah Allah dalam surah Al
hujarat, yang suruh siasat. Baru betul.
Dan jika korang ada bukti yang freemason nak lepaskan
Dajjal, freemason sembah syaitan, maka boleh buat report polis, boleh buat
aduan pada Jakim, boleh buat solat hajat, boleh tunjuk perasaan depan Markas
mereka, ada banyak markas mereka di Malaysia, dekat Kelantan pun ada. Jika anda
dipihak yang benar, pasti hak akan menang, bawa bukti dan suruh parti politik
masukkan dalam manifesto untuk haramkan freemason dalam pilihan raya akan datang.
Aku bukan nak sokong freemason dan Amarica, Nauzubillah
sokong orang kafir buat apa?
Tapi bila korang berhujah yang bertentangan dengan hadis,
aku terpaksa tegur, macam dulu, ada orang islam yang email aku katanya Sai baba
adalah Dajjal, Satelit Rusia yang ada huruf KFR di badannya adalah Dajjal, FB
adalah Dajjal, video Arrivals cakap Amaeica adalah Dajjal, malahan ada juga
dakwaan Yakjud dan Makjud adalah Amarika, dan terkini, aku baru update minggu
lepas, dakwan bahawa kamara adalah Dajjal sebab mata satu, tapi semua tuduhan ini
bertentangan dengan hadis.
Sekarang Sai Baba dah mati, satelit KFR buatan Russia dah
jatuh, Kamera untuk filem 3D sudah ada dua mata, dan terkini, Amarika datang ke
Malaysia Negara Islam dan mendengar Datok Najib bertungkus lumus menerangkan
betapa IS itu bukan mewakili islam dan Amarika bersetuju jadikan Malaysia Negara
Islam contoh yang bukan pengganas.
Suka aku petik Nasihat bekas Mufti perlis dengan orang
perasan pandai tafsir hadis sesuka hati:
“Semua hadis-hadis Dajjal menunjukkan bahawasanya dakwaan
orang kata Dajjal itu sebenarnya itu Amerika sekaranglah- mata satu. Semua ini
menunjukkan mereka ini tak membaca hadis.Kalau Dajjal itu suatu simbolik, Nabi
tak pergi tengok Ibnu Shayyad untuk pastikan dia Dajjal atau tidak. Ini
semuanya menunjukkan Dajjal adalah seorang manusia.Makhluk. Hadis Tamim adDari
itu menunjukkan hadis Dajjal adalah makhluk. Kadang-kadang orang ini seronok
simbolik. Amerika itu nampak sebelah mata, itulah Dajjal. Dia rasa dia pandai.
Hang tak pandai secara banding dengan apa yang ada dalam hadis, salah sebutan
hang tu."
Pesan Ustaz Azhar Idrus dalam satu ceramah dia:
“jika nak tafsir makna hadis tentang dajjal, biar ada bukti
kukuh, dalam blog dan buku hanya andaian yang tidak memberi banyak faedah pada
umat islam, Kata ustaz Azhar lagi, Nabi pesan jangan susah pasal dajjal, tapi
jaga iman, sampai masa dajjal keluar, kita pasti bersama iman mahdi jika iman
kita betul”
Sebanarnya, aku tak pelik bila ada orang islam menfitnah
Amarica adalah dajjal, freemason sembah syaitan, Russia cipta Dajjal dalam
bentuk Satelit dan sebagainya sebab dalam Jemaah sesama Islam, aku pernah
dengar ceramah ada ustaz cakap, Jemaah tabligh adalah ejen yahudi dan agenda
British nak lemahkan ummat Islam, Jemaah Tabligh di taja oleh freemason untuk
buat orang Islam tinggalkan mengundi dan bagi parti kafir memerintah.
Jadi cuba bayangkan? Jika Jemaah dalam agama islam seperti
Jemaah Tabligh pun boleh di fitnah oleh tokoh bertaraf ustaz, pensyarah
Universiti, Blogger islamik, maka apa sangatlah orang awam macam kita ni
selamba nak fitnah freemason, fitnah Vaksin, fitnah teknologi, fitnah orang
kapir, fitnah parti politik, fitnah produk makanan, fitnah kerajaan, fitnah
pembakang dan macam macam dosa sedangkan dalam islam menfitnah adalah haram tak
kira orang yang kita fitnah tu islam atau kafir!
Aku tak bela orang kafir di sini, aku sayang orang islam kat
sini, sebab tu aku suruh siasat sebelum menfitnah! Jika terbukti bersalah kena
hokum, tak kira dia kafir atau islam, Nabi sendiri cakap, jika Fatimah mencuri
aku sendiri potong tangannya,dan ada kisah saidina Ali lepaskan orang yahudi
yang mencuri baju besinya kerana tak ada saksi, so jelas Islam tak amalkan
dikriminasi.
Jadi, Sebagaimana kita yakin orang Islam bukan pengganas,
sebegitulah orang bukan Islam di Amarika yakin mereka bukan penyembah syaitan
atau Dajjal.
Bila kita share berita yang kononnya dajjal sedang mengawal
dunia, dan Dajjal itu adalah Amarica, tentu menguntungkan mereka sebab Nampak macam
dajjal ni hebat sangat, padahal dalam Al quran Allah berfirman, mereka
merancang, Allah juga merancang, dan Allahlah sebaik-baik perancang.
Orang kafir kuat, bukan sebab mereka kuat, tapi orang kafir
kuat sebab orang islam berpecah belah dan saling bergaduh, sila rujuk hadis sewaktu
Nabi doa tiga perkara yang ada cerita bab ini.
Akhir kata, bersatulah orang Islam, mulakan dengan solat Jemaah,
jangan solat asing asing, itu bukan Sunnah dan punca Islam menjadi lemah,
kemudian bersatulah dalam dakwah, dakwah cara Nabi, itulah kekuatan Islam yang
sebanar.
Sekian.
Ps: Nota untuk orang Slow, Entry ini tidak suruh anda masuk
freemason, tidak suruh anda sokong yahudi atau Amarika, (Nauzubillah) tapi suruh anda siasat
semua berita yang sampai kepada kita kerana di akhir zaman banyak fitnah, maka
elakkan diri dari fitnah agar tidak menyesal di akhirat kelak. Entry ini juga
menggalakkan umat islam bersatu dengan cara Solat berjemaah dan Dakwah cara
Nabi-Wallahu’lam.
Ps2: Jika orang bukan Islam yang baca entry ini, memang entry ini suruh anda masuk Islam. Dan bersatulah dengan orang Islam yang solat berjemaah dan berdakwah cara Nabi. InsyaAllah.
Nov 21, 2015
Justin Bieber tentera Dajjal?
(Masih korang ingat cerpen yang bertajuk "Freemason dan Illmunity telah buat sebahagian manusia lambatsolat Jemaah hari ni"?)
Kisah itu bersambung lagi, lokasi masih sama di beranda
surau, kali ini poster yang menfitnah Upin dan Ipin telah di ganti dengan poster
baru, Freemason adalah Dajjal, di tanpal oleh Asraf budak tingkatan satu.
Lantas..
Okey sebelum itu, mana-mana kampung pun ada orang gila, tak
ketinggalan di kampung Semusim Di Syurga ini. Lantas terlihat di mata aku Pakcik
Wok Yoh sedang membebel isu dajjal, aku yang baru ambil wudhu, malas nak
berdebat dengan orang gila, aku terus dudukkan diri dekat mesin air tapis sambil lunjurkan kaki
ke arah Asraf dan kawannya yang sedang mengadap Pakcik Wok Yoh, dengan tangan
bersilang, aku tutup mata dan pasang telinga layankan bebelan Pakcik Wok Yoh.
“Apa ni tuduh Freemason Dajjal semua ni!
Freemason yang korang kaitkan dengan The Secret Society
kononnya, nak jadi Organisasi Rahsia apa kejadah, sebab rahsia dia semua pakar
teori konspirasi dan sebarkan. Korang
tak tengok ke dokumentari "Hunting The Lost Symbol" yang membantah dakwaan salah oleh Dan Brown dalam
novel beliau, "The Lost Symbol" mengenai Freemason, Mark Koltko-Rivera
seorang Master Mason menyebut:
"Di era abad ke-21 ini, menepati ikrar secara rahsia
adalah suatu yang penting. Kejayaan tidak
dapat dicapai dengan cara engkar ikrar dan menikam di belakang kawan, itu
langsung tak membantu memajukan masyarakat, tidak membina tamadun. Jadi, salah
satu tujuan Kerahsiaan Mason adalah melatih seseorang menepati ikrarnya walau
sekecil-kecil perkara hingga akan membentuk sikap menepati ikrar pada perkara
yang besar."
Jadi korang semua, cerita bab rahsia ni, ianya bukan lagi
perkara asing bagi mana-mana gerakan di dunia. Dalam banyak gerakan Islam juga
antara disiplin yang sering ditekankan adalah menjaga Kerahsiaan Jemaah. Zaman
Nabi ada sahabat yang bertugas menulis rahsia. So apa masalah?
Bila rahsia ni cuba ditafsir oleh pengtaksub teori kospirasi,
itu yang keluar semua dajjal sebab nak sedapkan jalan cerita, cuba rujuk bab
konspirasi di Malaysia kita, parti-parti politik seperti UMNO atau PKR, atau
PAS juga sering dihambat dengan pelbagai teori-teori konspirasi politik.
Manusia lemah suka mencipta teori untuk menutup plot hole setelah dipercayai
gagal menyawab banyak persoalan atau sekadar nak jatuhkan musuh seteru politik!
Jadi tafsir freemason adalah dajjal sangat mengarut, gila!
Korang tak tahu agaknya, di Kelantan pun ada freemason punya
markas, dan ada orang islam yang masuk freemason macam anak korang masuk
pengakap, eh? Pengakap pun ada rahsia jika korang nak tahu!”
“eh? Kenapa pakcik beria ria membela orang kapir?!”
Tanya asraf sambil di angguk oleh kawan-kawannya, Pakcik Wok
Yoh pun berhujah:
“Bukan masalah bela orang kafir, tapi dalam Islam ajar, kita
tak boleh menfitnah, walaupun orang kapir..
Pakcik bukan nak cerita apalah, cucu pakcik di Amarika telah
menyertai Freemason, dah 6 tahun lepas.
Amalan agama dia pakcik tengok tidak terjejas, begitu juga tidak pernah pakcik
Nampak dia mengamalkan apa-apa khurafat. Apa yang pakcik Nampak, dia diajar untukmenguatkan
lagi akhlak dan moral yang sudah diajar dalam Islam.”
“habis tu macam mana ramai ustaz ceramah kara freemason dan
Amarica adalah dajjal?”
Tanya kawan asraf, jawab Pakcik Wok Yoh.
“Korang tahu dari mana asalnya sejarah freemason di kaitan
dengan dajjal?. Sebenarnya sama macam anti vaksin yang di mulaik oleh orang Kristian
yang kemudiannya di islamkan oleh pengtaksub konspirasi, maka anti freemason juga
di mulai oleh orang Kristian yang kemudianya di islamkan oleh orang islam,
bacalah Wikipedia, ada cerita detail bab ni, lain kali rujuk sumber yang soheh
dan pelbagai, bukan setakat dengar ceramah sahaja! Lagipun, korang tak pernah
dengar ustaz ceramah kata Jemaah tabligh sesat, ejen yahudi dan agenda british?
Tak kan semudah tu korang nak telan semua berita!”
Wah marah benar pakcik Wok yoh dengan orang yang fitnah
tanpa fakta walaupun fitnah pada orang kafir.
Orang gila kadang bila berhujah, terbuka juga mata dan minda
kita, mungkin pakcik Wok Yoh sebelum gila dulu suka mengkaji tulisan ustaz ustaz yang cuba menafsir siapakah Dajjal
menerusi maksud-maksud tersirat dalam hadis yang menafsir kepada Amarika adalah
dajjal, tapi bila di kaji Amerika itu ditubuh oleh beberapa tokoh Mason yang
asalnya dari Eropah sebagai The Founding Fathers, pulak?
Aku pernah dengar ceramah dari ustaz lain, Freemason tak
mungkin adalah Dajjal seperti dakwaan siri The Arrivals. Sebab Dajjal ni Nabi
pun tak tahu bila muncul, tapi kita buatkan seolah freemason ni boleh tahu
dajjal bila nak muncul, seolah nak bagitahu, hebat orang kafir, boleh tahu
dajjal kat mana, dan sembah dajjal dengan buat kumpulan freemason, cuba rujuk
youtube, sesuai dengan apa yang dipegang oleh Dr Asri, Dr Bilal Philips, Ustaz
Azhar bahawa segala dalil dari hadis menunjukkan Dajjal adalah seorang manusia.
Tapi di internet, ramai blogger dakwah yang menulis
Freemason sebagai pasukan Dajjal. 'Mata Satu' dalam simbol Freemason sebagai
"The all seeing eye" yang didakwa sebagai mata Tuhan oleh mereka,
didakwa oleh blogger tersebut sebagai Mata Dajjal. Ertinya kita faham rami
blogger konspirasi menganggap Freemason menyembah Dajjal, Namun blogger
tersebut kuja ada menulis bahawa Freemason berasal dari The Knights Templar,
dan The Knights Templar pula menyembah Baphomet,tuhan berkepala kambing yang
menghasilkan simbol pentagram syaitan yang selalu dikaitkan dengan gerakan
pemujaan syaitan.
Dalam tulisan lain, freemason juga di katakana pemuja-pemuja
kepada dewa-dewi lama. Di sini kelihatan jelas, golongan pengkaji 'dajjal' atau
'freemason' tidak begitu tegas dengan pendirian mereka. Siapa Dajjal pada
pendirian mereka, Dajjal adalah golongan Mason, atau Dajjal adalah tuhan yang
disembah Mason, atau Dajjal itu adalah Baphomet berkepala kambing, atau Dajjal
itu dewa-dewi lama yang dipuja Illuminati.
Mungkin sebab itu kot, pakcik Wok yoh telah mereng bab ini, bila
kaji lama lama, adohai..
So pesna aku, kita boleh berbeza pendapat, tapi jangan kita
bergaduh dan kafirkan orang yang tak sependapat dengan kita, kita jangan paksa
orang percaya apa yang kita percaya, kita boleh bagitahu, tapi jangan taksub,
contoh: siapa tak percaya freemason adalah Dajjal, maka dia adalah kafir!
Aku ulang pesan ustaz lain dalam bab ni:
Nasihat Mufti perlis dengan orang perasan pandai tafsir
hadis sesuka hati:
“Semua hadis-hadis Dajjal menunjukkan bahawasanya dakwaan
orang kata Dajjal itu sebenarnya itu Amerika sekaranglah- mata satu.Semua ini
menunjukkan mereka ini tak membaca hadis.Kalau Dajjal itu suatu simbolik, Nabi
tak pergi tengok Ibnu Shayyad (untuk pastikan dia Dajjal atau tidak).Ini
semuanya menunjukkan Dajjal adalah orang (seorang manusia).Makhluk. Hadis Tamim
adDari itu menunjukkan hadis Dajjal adalah makhluk.Kadang-kadang orang ini
seronok simbolik.Amerika itu nampak sebelah (mata), itulah Dajjal.Dia rasa dia
pandai. Hang tak pandai secara banding dengan apa yang ada dalam hadis,salah
sebutan hang tu."
Pesan Ustaz Azhar Idrus dalam satu ceramah dia:
“jika nak tafsir makna hadis tentang dajjal, biar ada bukti
kukuh, dalam blog dan buku hanya andaian yang tidak memberi banyak faedah pada
umat islam, Kata ustaz Azhar lagi, Nabi pesan jangan susah pasal dajjal, tapi
jaga iman, sampai masa dajjal keluar, kita pasti bersama iman mahdi jika iman
kita betul”
So nasihat aku, bila dapat satu berita, jangan share terus,
siasat dulu, Allah dah suruh lama dalam surat Al hujarat ayat 6. Siasat bila
dapat berita, ini tidak terus share merata rata tanpa rasa apa-apa, adohai..
Memang ada di sudut dunia ini orang yahudi yang jahat, (rujuk
ayat Al quran) dan di dunia ini juga ada orang islam yang jahat, (rujuk hadis) sebab
ada orang islam yang jahatlah maka hulum hudud di turunkan untuk hokum orang
islam yang jahat, maka berhati hatilah kita, jangan kafirkan dan fitnah orang,
hanya sebab mereka tidak sependapat dengan kita.
Akhir zaman ini, dalam bab freemason ni aku tengok, orang kita
sibuk kaji filem Hollywood, sibuk kaji lagu Hollywood lalu tafsir makna
tersirat di sebalik filem dan kagu dari barat dan kaitkan dengan freemason dan
Dajjal. Sepatutnya kita mengkaji Al quran dan Hadis, kaji kisah sahabat, tapi
terbalik pulak, kaji filem barat yang melalaikan untuk bongkar dajjal dengan
tujuan dakwah? Adohai..
“habis tu pakcik, memang ada kajian yang menunjukan artis
barat tu anggota mason dan membawa mesej dajjal!”
Terdengar hujah dari asraf, pakcik Wok Yoh diam, dan kawan
asraf mula berhujah:
“pakcik kenal Jay Z? Dalam albumnya, Empire State of Mind , terdapat
salah satu lagu populer Jay Z, dalam baris ketiga Ia jelas mengatakan Jesus
tidak menyelamatkan Anda, Hidup dimulai ketika gereja berakhir.., lepas tu
waktu berduet dengan Rihanna, Jay Z menyebutkan Rocafeller pada lagu
''Umberella'', Rocafeller tu ketua freemason seorang yahudi, dalam lirik
umberella tercantum ''when the sun shines well shine together'' ini bermaksud
penggabungan antara dewa Horus dan Ra yang berbunyi ''Ra-Horakhty:. penggabungan
mereka disertai dengan matahari, sebab salah satu mata dewa Horus adalah
matahari. Inilah bukti Dajjal sedang berdayah dengan lagu di akhir zaman. Jay Z
diberitakan telah masuk freemason sejak tahun 2001 karena ia sering berpose di
kamera dengan membentuk segitiga piramid di tangan nya”
Mata Wok Yoh terbeliak dengan fakta dari kawan asraf, dan
Asraf pulak berhujah:
Satu lagi pakcik, Lady Gaga juga anggota freemason. Makna
''gaga'' dalam Oxford Dictionary:
# berkepala kosong, bodoh, tidak sungguh-sungguh, pusing,
gegabah, ringan, lengah,, pusing.
# Menderita atau menunjukkan ketidakstabilan mental: sakit
otak, gila, bodoh, tidak tertata, bingung, tidak waras, maniak, menyentuh,
seimbang, tidak sehat, salah.
Jadi disimpulkan bahwa Lady Gaga ini seorang yang mempunyai
gangguan kejiwaan dan sering gunakan simbol ''eye of providence'' yang
bermaksud mata Dajjal. Bukti lain Lady gaga adalah ajen Dajjal kerana menyanyi
dengan kostum seperti dewa kematian Mesir, Anubis, pernah juga beliau memegang
lembing Iblis yang bernama Baphomet sewaktu menyanyi.”
Jika tadi Pakcik Wok Yoh terbeliak mata, kali ini pakcik Wok
Yoh menangis mendegra hujah anak muda yang mentafsir lagu barat untuk menjejak
dajjal, tapi abaikan tafisr Al quran. Melihat Pakcik Wok Yoh menangis, Asraf
teruskan hujah terbaru:
“Pakcik kenal Justin Bieber? Inilah seseorang yang sangat
saya minta dan idolakan tapi sayang telah masuk kumpulan Freemason dan kini
digunakan dajjal sebagai senjata untuk lemahkan ummat islam. Buktinya, salah
satu video clip nya yang berjudul ''somebody to love'' terdapat petikan
liriknya:
I'd rather give you the world or we can share mine : memberikan
dunia dan menyatukan dunia dan milik sesama umat manusia- inilah maksud dajjal,
lepas tu, Everyday I bring the sun around, I sleep away the clouds : dibuktikan
bahwa kesetiaan pada dewa Matahari yang disebut Dewa Ra. Selena Gomez bekas
kekesih Justin juga di gunakan dajjal sebagai senjata syaitan, dalam liriknya
pada video di youtube, apabila di slow motion terdengar kata ''rape'' dan
''pregnant'' dan ini adalah budaya mengorbankan keperawanan nya ke pihak level
freemason yang lebih tinggi.Rihanna dan Katy Perry juga adalah ejen dajjal
dalam freemason.
Satu lagi pakcik, cuba dengar lagu mereka secara terbalik, aka
nada mesej syaitan yang cuba di sampaikan oleh Dajjal kepada orang islam supaya
murtad secara senyap- senyap!”
Pakcik wok Yoh ketawa kuat, orang gila bila ketawa,
puntianak pun lari! Aku juga sedang menahan ketawa dengan hujah hilang akal
dari gen Y kepada orang gila gen X. adohai. Masa untuk Pakcik Wok yoh
sekolahkan budak budak ni!
“ Mengada-ngada betullah lah Freemason nak main
terbalik-terbalik lagu untuk sampikan mesej syaitan secara tersirat ni. Bagi
tahu staright to the point tak boleh kah?. Lagu siapa tadi anak cakap? Justin
Bieber? Dah cuba terbalikkan lagu tu dan dengar sendiri? Dan buat kajian? Woi,
anak semua, pakcik dah download video tu
dan telah convertkan video tersebut ke audio MP3. selepas dah format, pakcik kaji
graf lagu tersebut dengan tengok audio spectrum wave. Bila pakcik banding yang
belah wave original song dan wave reversed song, Tapi bila pakcik buat semua
tu, ternyata pembuat video konspirasi tu tipu, itu yang buat pakcik jadi gila
sampai sekarang sebab kaji video konspirasi yang tak pernah habis sirinya, ha
ha ha ha, Tak pasal-pasal, lagu Justin Bieber pakcik download ha ha ha! Pakcik tak
minat dia, tapi terpaksa dengar lagu dia, sungguh negeri, lepas tu dengar lagu
dia secara terbalik, lagi ngeri, I don't like her song. she is not my type.Woha!”
Aku pulak yang gelak berdekah dengar hujah dari Pakcik Wok
Yoh yang sungguh kelakar, munasabah juga pakcik ni boleh gila jika kaji benda
ni semua sebab Nabi kan dah cakap bahawa Dajjal tu akan keluar juga nanti, Nabi
tak suruh halang Dajjal keluar, Nabi suruh bersedia,.sebab Allah yang lepaskan
Dajjal sebagai tanda akhir zaman, Bukannya geng Freemason. Tak de siapa pun
boleh halang kemunculan dajjal, Al quran tak nak kaji, sibuk kaji mesej dari filem
dan lagu dari barat, lagu Justin Bieber lah, apa ke jadah.
Lagipun, tak kan syaitan dajjal tergamak nak malukan diri
guna Justin Bieber sebagai tentere mereka, kah kah kah!
Korang tahu tak, apabila pemuda pemudi Islam yang teruja
dengan kisah-kisah misteri Freemason dan kaitkan dengan syaitan, jin atau
Dajjal maka ini adalah sangat membantu cita-cita pihak Yahudi dan Nasara untuk
menimbulkan kegerunan kepada mereka, padahal yahudi tak hebat mana pun, sampai
sekarang mereka tak boleh nak takluk Mekah dan Madinah, lepa tu kena sembelih
oleh hitler tak sampai seratus tahun yang lepas pun, Cuma hari ni, orang islam
yang bergaduh sesama sendiri yang buat orang kafir senang ambik kesempatan, itu
yang penting, kita kena balik kaji Al quran dan hadis untuk cari jalan supaya
orang islam bersatu. Nabi dah pesan lama, orang islam ni kuat jika bersatu,
orang yahudi tak boleh buat apa apa jika orang islam bersatu.
Hari ni solat berjemaah di masjid pun orang islam tak nak
bersatu, apatah lagi bersatu dalam dakwah atau berniaga?
“hah! Hamka, kau gelak kuat sangat, tahu tak Dajjal tu
siapa?”
Tanya pakcik Wok Yoh pada aku, terkebil kebil aku nak jawab,
tapi memandangkan hujah panjang lebar dari Pakcik Wok Yoh tadi, aku geleng
sahaja.
Dalam hati aku, tentu Pakcik Wok Yoh akan berhujah macam dr
Asri, atau ustaz Azhar Idrus, yang yakin dajjal adalah manusia, muncul di akhir
zaman, bukan muncul dalam bentuk Kerajaan Amarica atau kumpulan freemason.
Tapi korang tahu apa tafsir Dajjal oleh pakcik wok yoh
selepas menafikan Freemason.
“Hamka! Dajjal yang sebenar adalah TV!”
Dajjal kan mata satu? TV dalam rumah orang islam itu lah
Dajjal!
Cuba pi mengaji hadis, Apabila Dajal datang, matanya satu dan
akan bersinar seperti bintang, bersinar tu
macam TV lah, tak boleh piker ke? Lepas tu lagi, Di dahi Dajal ada
tertulis kalimat kafir, Ia akan dapat dibaca oleh setiap Muslim sama ada yang
buta huruf ataupun tidak, TOSHIBA, PHILP,S AMSUNG. LG tu semua nama kafir!
Kelajuan perjalanan Dajal kita semua tahu, seperti awan yang dipukul angin dan Dajal akan
melompat antara langit dan bumi, tu tafsirya adalah siaran langsung! TV tu
Dajjal!
Lepas tu lagi, Dajjal akan membawa sesuatu seumpama syurga
dan neraka. Syurga Dajjal adalah neraka, cuba korang tengok cerita dalam TV,
banyak filem yang mana hero, mesti minum arak dan berzina, kalau islam hero
selamba tak solat berjemaah, lepas tu pulak TV cerita orang jahat tu
adalah pengganas yang Bergama islam!
Jahat dajjal ni!
Korang semua tahu tak?, Golongan terakhir yang akan mengikut
Dajal adalah kaum wanita, dan sangat ramai, hari ni menurut kajian CNN,
perempuan memang ramai tengok TV termasuk arwah bini pakcik!”
Pulak dah, pakcik ni tafsir Dajjal TV lah pulak,
“Hamka, rumah kau ada TV kan? Itu semua Dajjal, musnahkan!”
Sergah Pakcik wok Yoh pada aku, laju aku jawab:
“err, pakcik, rumah saya ada dua TV, satu kat ruang tamu,
satu lagi computer kat dapur, jadi ada dua ‘mata’, so rumah saya tak ada Dajjal
mata satu”
Pakcik Wok Yoh termenung sekejap, dan angguk sambil berkata:
“ye tak yer jugak”
Lalu Pakcik Wok Yoh beredar sambil ketawa dan menangis.
Di beranda surau, Asraf dan kawan-kawanya menyambung kajian
tentang dajjal.
Aku dah malas nak layan, terus masuk masjid dengan niat
beriktikaf.
Sekian kisah asraf dan orang gila di kampung semusim di Syurga.
Cerpen ini adalah rekaan semata-mata ‘kecuali’ bab Justin Bieber-woha!
Nov 5, 2015
Dajjal sudah Keluar?
(Cik Hamka keretamayat, tolong ulas cerita ini, betulkan
Dajjal sudah keluar?)
James Camaron bersama 'Dajjal" mata dua. |
Copy paste cerita dari soalan pembaca:
Malam tu, macam biasa, aku akan habiskan beberapa helaian
bacaan aku sebelum lelapkan mata.
Sambil anak aku kat tengah diantara aku dan isteri aku sibuk
beraksi menyusu. Kejap meniarap, kejap menonggeng, kejap punggung dia tindih
muka aku. Tu rutin dia sebelum tidur.
" Dajjal tu dah ada ker awak? Dia dah keluar
ker?", tiba2 isteri aku bertanya.
" Dah ada dah. Cuma mungkin ada yang tak perasan,"
jawabku ringkas sambil menutup buku dan mengalihkan kaki anak aku yg dari tadi
terletak atas leher aku. Tidur jugak akhirnya.
" Dah ada? Kat mana?," tanya isteriku sambil
berpaling mengadapku.
" Media. Segala jenis media. Itulah dajjal. Media
cetak, media massa, media hiburan, media internet, dan segala mak nenek media
adalah dajjal, " jawabku sambil melipatkan kedua tangan kebelakang kepala
aku dan memandang tepat pada siling rumah.
" Aikk? Media?? Nape pulak?," tanya isteriku lagi.
Kali ini dia kelihatan begitu serius sekali. Sambil sebelah
tangannya dijadikan penyendal kepalanya dan merenung tepat pada aku.
" Ini menurut pembacaan dan pandangan peribadi sayalah.
Sebab jika dajjal muncul dalam bentuk raksaksa yang menakutkan, mesti tiada
orang nak ikut dia. Jadi dajjal akan muncul ikut kesesuaian fitrah manusia.
Barulah manusia percaya dan ikut dia ," jelasku sambil merenung siling dan
fikiranku mengimbas kembali kepada beberapa bacaan aku berkenaan Dajjal.
" Oooo.... Betul jugak naaa.. Lagi2.. Ceritalah dajjal
ni," ujar isteriku dalam loghat Penang yg takkan hilang dari lidahnya.
" Antara sifat dajjal, bermata satu. Pada pemahaman
saya ianya adalah kamera. Segala kamera itu mewakili penglihatan dajjal. Samada
kamera telefon, kamera perakam, cctv dan semua jenis kamera. Dari mata dajjal
itu tersebar pelbagai fitnah dan kebencian. Kemudian manusia menjadi huru hara
, bergaduh, berbunuh dan berperang. Sebab satu maklumat dari kamera, manusia
percaya.
Walhal maklumat itu tipu. Kemudian sifat dajjal itu mampu
menyeberangi dari satu negara ke satu negara dengan sekejap sahaja. Merentas
benua dgn benua juga mudah. Lautan berada dibawahnya, sebenarnya itu adalah
gelombang internet. Dengan internet, fitnah dan kebencian mudah dihantar. Maka
manusia mudah dihasut dan percaya.
Perkara yang benar, nampak salah, perkara yg salah, nampak
betul.Lihat sahaja media television, jual produk contohnya syampu rambut. Boleh
lurus, tapi hakikatnya itu tipu. Lihat sahaja iklan susu formula dari 123456
tahun, semua orang percaya. Kemudian ikut. Walhal Al quran perintah susu ibu
cuma 2 tahun diorg tak nak ikut. Itulah antara fitnah dajjal," jelasku
panjang lebar sambil mengadap pada isteriku.
" Ya Allah... Takutnya..," tiba2 isteri aku
berbisik.
" Kena ingat, tujuan dajjal menyesatkan umat Islam.
Tujuan dajjal mengawal otak dan pemikiran manusia. Segala benda baik, jika
dajjal kata buruk, maka manusia percaya. Segala benda buruk, jika dajjal kata
baik, semua manusia percaya. ", jelasku lagi.
" So kenapa ada berpendapat baca surah Al kahfi dapat
lepas fitnah dajjal?", tanya isteriku lagi.
" Sayang, Al quran itu bukan sekadar dibaca. Bukan
sekadar dihafal. Paling penting difahami kemudian diamal. Kalau tak faham macam
mana nak amal? Kalau baca sekadar baca, nasrani dan yahudi juga membaca kitab
suci agama mereka. Apa antar kisah dalam surah Al kahfi yg saya selalu cerita
pada awak?," ujarku.
" Kisah pemuda Ashabul kahfi dan seekor anjing lari tidur
dalam gua selama ratusan tahun sebab lari dari pemerintah zalim ," jawab
isteriku sambil tersenyum kerana berjaya menjawab soalanku.
" Betul. Konteks cerita itu sama seperti dajjal. Pemuda
dan anjing itu pada masa itu tiada pilihan. Selain mengasingkan diri dari
masyarakat yang kian rosak. Dan penguasa yg zalim. Jadi, kalau nak selamat dari
fitnah dajjal, kita jangan suka buat sesuatu perkara sebab ramai orang buat.
Walhal kita tak memahami kenapa perkara itu dibuat. Buat
sebab kita faham. Bukan ikut ikutan. Dan orang yg selamat dari fitnah dajjal
adalah golongan yg ' ganjil '. Mereka hidup tidak mengharapkan sistem ciptaan
manusia sangat. Mereka hidup berpandukan pemahaman Al quran dan sirah nabi
s.a.w.
Merekalah golongan yg beli kereta cash, tidak terlibat
riba'. Tidak terpengaruh dengan media dan leka dengan dunia.
Senang kata mereka ni kalau orang sekarang nampak mereka
gelar kelompok ni kolot, selekeh. Walhal merekalah yg jauh dari fitnah dajjal.
Mereka bukan golongan terasing, tapi golongan yg memilih untuk mengasingkan
diri dari dunia yg rosak, " jawabku lagi sambil mencium anakku berkali
kali yg sedang lena diulit mimpi.
" Patutlah awak tak nak astro kat rumah ni ea? Oklah
syg, skrg sy faham. Kita tak payah astro k? ," ujar isteriku sambil bingkas
duduk dan tersenyum.
" Kiamat tu berlaku sehingga ibu pun akan membuang dan
tidak pedulikkan anaknya, dan saya dah nampak zaman skrg banyak ibu yg sibuk
bekerja dan sibuk main handphone (whatsapp/fb) sampai anak terbiar, kiamat
sudah dekat”
ULASAN HAMKA KERETAMAYAT.
Maksud penulis di atas nak menegur ibu bapa atau suami
isteri supaya jangan lalai dengan telefon, jangan lalai dengan astro, jangan
lalai dengan TV, dan lain-lain sudah bagus, Cuma bila nak tafsir hadis guna “pendapat
saya” bukanlah budaya yang baik, sebab nak tafisr Al quran dan Hadis kena ada
asbabun Nuzul dan lain lain syarat.
So jika nak tafsir kamera mata satu, adalah mewakili Dajjal
mata satu, zaman sekarang, James Camaron dah guna kamare mata dua untuk
dapatkan paparan emej 3D dalam filem Avatar. KRU pun guna kamara mata dua untuk
filem 29 Feb. dan kamera mata dua ni dah guna sejak 1922, oleh William Van
Doren Kelley untuk gambar yang lebih real. So kat situ dah fail nak tafsir
dajjal mata satu, adohai…
Nasihat Mufti perlis dengan orang perasan pandai tafsir
hadis sesuka hati:
“Semua hadis-hadis Dajjal menunjukkan bahawasanya dakwaan
orang kata Dajjal itu sebenarnya itu Amerika sekaranglah- mata satu.Semua ini
menunjukkan mereka ini tak membaca hadis.Kalau Dajjal itu suatu simbolik, Nabi
tak pergi tengok Ibnu Shayyad (untuk pastikan dia Dajjal atau tidak).Ini
semuanya menunjukkan Dajjal adalah orang (seorang manusia).Makhluk. Hadis Tamim
adDari itu menunjukkan hadis Dajjal adalah makhluk.Kadang-kadang orang ini seronok
simbolik.Amerika itu nampak sebelah (mata), itulah Dajjal.Dia rasa dia pandai.
Hang tak pandai secara banding dengan apa yang ada dalam hadis,salah sebutan
hang tu."
Kata ustaz dari Barat pula,Dr Bilal Philips menyebut:
"Menurut Nabi s.a.w, Dajjal itu mirip Abdul Uzza Ibn
Qathan dari Bani Mustolaq di Khuza'ah, yang meninggal pada era awal Islam.Jadi
Dajjal digambarkan berupa manusia yang khusus, serupa manusia yang pernah
dikenali. Maka kita menolak tafsiran lain seperti kononnya Dajjal itu adalah
televisyen. Menurut beberapa orang, sebab Dajjal hanya ada satu mata maka
samalah televisyen itu serupa mata besar yang melihat kita. Jadi dikatakan
Dajjal itu televisyen. Atau ada yang berpendapat, Dajjal adalah Tamadun Barat.
Atas sebab, apabila dikatakan Dajjal itu buta sebelah mata, yang buta itu mata
rohaninya, maka samalah seperti unsur materialistik. Jadi ia adalah tamadun
materialistik barat. Banyak lagi pendapat tentang apa itu Dajjal, tetapi jelas
gambaran yang diberi oleh Nabi s.a.w kepada kita, bahawa Dajjal adalah seorang
manusia."
So nasihat aku, bila dapat satu berita, jangan share terus,
siasat dulu, Allah dah suruh lama dalam surat Al hujarat ayat 6. Siasat bila
dapat berita, ini tidak terus share merata rata tanpa rasa apa-apa, adohai..
Pesan Ustaz Azhar Idrus dalam satu ceramah dia:
“jika nak tafsir makna hadis tentang dajjal, biar ada bukti
kukuh, dalam blog dan buku hanya andaian yang tidak memberi banyak faedah pada
umat islam, Kata ustaz Azhar lagi, Nabi pesan jangan susah pasal dajjal, tapi
jaga iman, sampai masa dajjal keluar, kita pasti bersama iman mahdi jika iman
kita betul”
Kesimpulan:
Masa aku kecik, ada kawan aku yang mencuri di kedai orang
kafir, makan buah mempelam milik orang kafir tanpa izin, dan lain lain dosa, aku
tanya dia: kenapa kau buat ni? Kata kawan aku (sekarang sudah arwah mati
eksiden), ustaz cakap, boleh curi dari orang kapir. Punah! Ajaran sesat atau
dia salah tafsir ceramah ustaz, nauzubillah.
Dalam islam mencuri adalah haram tak kira harta tu milik
orang islam atau kafir!
jadi bila besar panjang, aku dengar ceramah ada ustaz cakap,
Jemaah tabligh ni adalah ejen yahudi dan agenda British nak lemahkan ummat
Islam, aku tak terus percaya, aku siasat dan kaji, alhamdulillah, Jemaah tabligh
tak sesat dan sangat membantu orang islam.
Jadi cuba bayangkan? Jika Jemaah dalam agama islam seperti Jemaah
Tabligh pun boleh di fitnah oleh tokoh bertaraf ustaz, apa sangatlah orang awam
macam kita ni selamba fitnah freemason, fitnah Vaksin, fitnah teknologi, fitnah
orang kapir, fitnah parti politik, fitnah produk makanan, dan macam macam dosa
sedangkan dalam islam menfitnah adalah haram tak kira orang yang kita fitnah tu
islam atau kafir!
Aku tak bela orang kafir di sini, aku sayang orang islam kat sini, sebab tu aku suruh siasat sebelum
menfitnah! Jika terbukti bersalah kena hokum, tak kira dia kafir atau islam,
Nabi sendiri cakap, jika Fatimah mencuri aku sendiri potong tangannya,dan ada
kisah saidina Ali lepaskan orang yahudi yang mencuri baju besinya kerana tak
ada saksi, so jelas Islam tak amalkan dikriminasi.
Di zaman FB, dan Whatsapp ini, sudahlah Al quran sudah
jarang di baca, di internet kita menambah dosa dengan share berita fitnah pula.
“apa nak jadi korang semua ni?!”
“jadi mayat jugak!”
Dah jadi mayat, naik kereta mayat, tapi ingat, kereta mayat
itu sehala jalannya, buat sehabis baik sebelum tumpang!
Pesan pada diri sendiri. Sekian.
Subscribe to:
Posts (Atom)