Jun 14, 2021

Anak Autisme 4 patah perkataan?

Atas nasihat doktor, waktu PKP ni, saya diberi bahan Gambar kartun yang anak suka tengok, iaitu Boboboi, dan objek bulat bewarna.

Kaedah ini adalah untuk latih anak autisme saya belajar bercakap menggunakan empat patah perkataan.
Semoga video ini membantu semua parent dalam melatih anak "lambat bercakap" dengan Terapi di Rumah.
Terima kasih dan selamat menonton.
Woha!

Jun 13, 2021

Ayah.., kami lapar?

Semalam, al kisahnya, anak-anak ajak muzakarah bab bahagiakan ibu bapa, yang uruskan muzakarah anak form one, lalu anak minta semua adik beradik bagi ilmu bagaimana nak bahagiakan ibu bapa.

Maka masing masing bagai teknik nak gembirakan ibu bapa dan bila tiba giliran saya maka saya pun jawab:

“Anak anak, nak gembirakan ibu bapa samalah juga macam kita nak dapat keredaaan Allah, iaitu kita kena tahu mana satu perintah Allah, dan mana satu larangan Allah dan buat ikut keutamaan, maka kena ada ilmu bab hokum hakam, kerana perintah Allah adalah apa yang menggembiran Allah, dan larangan Allah adalah apa yang memurkakan Allah..

Jadi anak anak kena tahu apa yang ibu bapa suka, dan apa yang ibu bapa tak suka melalui apa yang ibu bapa suruh, dan apa yang ibu bapa larang..

Jadi, ayah suka jika bangun pagi hari anak dah siap berwudhu, dan ayah dengar anak sedang azan (musim PKP ni, azan di rumah), lalu ayah ambil wudhu dan lihat anak anak semua dah bersedia nak solat tunggu ayah sahaja, oh indahnya pagi itu tapi itu jarang berlaku sebab korang tidur lewat dan ayahlah yang kejutkan korang hampir setiap hari untuk solat subuh berjemaah… adohai.

Maka tolong, bangun awal dan kejut ayah solat kerana itu yang menggembirakan ayah…

Namun banyak tempat ayah nak puji korang, tertutama waktu lepas solat zohor, korang buat majlis muzakarah, banyak ilmu yang dapat korang kongsikan. Ada yang mencatat, ada yang google, kesungguhan itu buatkan pandangan itu menjadi indah.

Lepas asar, korang buat ceramah, masing masing bergilir dan ayah suka dengar kamu bersembang bab agama, Alhamdulillah. Bagus pandai bersembang bab agama sebab dalam kubur malaikat ajak sembang, siapa diam akan kena sembam!

Lepas magrib, korang membaca Al quran, terhingguk hingguk, ada yang tunjuk dengan jari, ada yang pejam mata sambil mengaji, ada yang membaca makna, sungguh indah magrib sebegitu.

Lepas Isyak korang baca taklim sorang satu hadis, hujung majlis, amir taklim akan recall balik hadis siap dengan perawi dan bila amir taklim lupa, orang yang baca hadis tadi akan sudi bantu, dah macam utaz ustaz ayah tengok korang semua. Alhamdulillah.

Dan selang waktu yang lain, ayah suka bila Bonda korang memasak, anak perempuan ada di sebelah, dan anak lelaki juga turut ada bantu Bonda masak.

Waktu lapang tengok korang main dengan anak syurha, dengan abaikan gajet, sebab main lari lari, main sorok sorok, main basikal, main toys.. seronok ayah tengok!

Dah penat main? melihat korang membaca buku, sampai tertidur, lalu ayah tutup buku kamu itu, dan betulkan posisi tidur kamu lalu kuncup dahi, hehehehehe

Paling indah di malam hari, waktu Ayah nak solat tahajjud, bermunajat di hadapan kekasih nombor satu, tiba tiba kekasih ayah, Bonda kamu tak ada sebelah katil, lalu ayah Nampak bonda sedang sujud dalam tahajjud bersama anak anak, perghhhh, bunyi cengkerik waktu itu, adalah paling indah, betul kata cicak yang sedang chap chap chap  di siling, oh indahnya sepertiga malam ini yang bakal berlabuh di pinggir fajar sidek!

*****

"Ayah!.... panjangnya bagi muzakarah! Orang dah lapoooooor!"

Woha!

Jun 12, 2021

Joker pun berdakwah?

Antara filem yang focus pada orang jahat lalu berjaya digarap dengan baik, Joker 2019. Babak last, joker nak cerita satu lawak, tapi takde orang faham, diapun bunuh orang tu.

Apa 'lawak' tu? Sebelum ni orang sangka, kegilaan Batman yang mencipta Joker. Tapi sebenarnya, Joker yang mencipta Batman.

Kesimpulan cerita ini..

Orang miskin forever alone bila stress dia jadi joker

Orang kaya forever alone bila stress dia jadi Batman.

Tapi Joker bukan sejahat Firaun yang mengaku tuhan.

Dan Batman pula bukan sehebat Nabi Musa dalam menegakkan keadilan.

Dalam perjuangan Batman, Joker tewas tapi orang jahat semakin ramai. Two Face, Penguin, Scare Crow, Bane dan macam macam lagi.

Dalam perjuangan Nabi musa menentang Sejahat jahat dan segila gila manusia, Firaun akhirnya mati kafir, tapi seribu ahli sihir Firaun mati beriman.

Itulah bezanya amal makruf vs nahi mungkar.

Think about it.

Tapi entah dari mana, ada pendapat mengatakan, Joker adalah orang baik yang tersakiti?

Dari mana falsafah ni datang?

Filem Joker cerita kisah seorang manusia yang tersakiti oleh sekeliling, lepas tu jadi jahat, bermakna orang jahat dalam cerita ini adalah orang segila joker yang disakiti. Bukan orang baik yang tersakiti.

(Baca: bukan semua pesakit mental menjadi jahat bila disakiti, banyak sebab Joker menjadi jahat jika nak salahkan pihak lain, faktanya ramai jer pesakit mental yang disakiti tetap jadi baik, lagi lagi yang ikut rawatan dan nasihat doktor, makan ubat, dan dekati diri dengan agama, Alhamdulilah jadi baik, biarlah Joker sorang jer yang jadi jahat, dan biarlah watak itu kekal dalam dunia fantasi, kita semua usahalah jadi baik, insyaAllah )

Sebab orang baik ni, tersakiti macam manapun tetap baik. Bak kata Nabi Muhamamd SAW bila orang buat jahat dekat dia dan tetap di balas baik, kenapa?

“Tak kan lah bila orang buat jahat dekat kita, maka kita nak buang sifat baik kita?”

Sebab tu nabi kena pukul, kena ludah, kena baling batu di Taif, tersakiti, lepas tu malaikat datang nak terbalikkan bumi Taif, tapi nabi doa semoga anak cucu orang Taif dapat hidayah.

Nampak tak?

Orang kafir tuduh Nabi gila,tapi Nabi tak gila, orang kafir dalam filem joker dah buktikan, orang segila Joker tersakiti, akan jadi jahat macam joker, tapi Nabi bila tersakiti tetap jadi baik sebab Nabi bukan Majnun.

“Tapi bang Hamka, itu Nabi..”

Baik, kita rujuk sahabat Nabi, bilal diseksa lebih teruk dari Joker, ada Bilal jadi jahat? Bilal jadi AJK masjid tau tak?

Khabab bin Alarat diseksa ada jadi jahat? Umar cakap belakang Khabab ni lual paling teruk? Kenapa terok sangat luka tu? Jawab Khabab, waktu masuk islam dia kena seret atas bara api hingga lemak dan darahnya padamkan api. Apa? Tak kenal Khabab tu siapa? Amboi, Joaquin Phoenix , Jack Nicholson, Heath Ledger, Jared Leto korang kenal pulak, Adohai.

Dulu Anwar Ibrahim tersakiti di zaman PM ke 4, ada Anwar jadi jahat? sakarang elok jer jadi baik dengan PM ke 7.

Dulu, Azmin Ali, Mat sabu, Guang eng, pernah tersakiti oleh PM ke 4, sekarang elok jer berkawan dengan PM ke 7.

(Bagi yang tak tahu: PM4 dan PM ke 7 adalah orang yang sama)

Sekarang Bekas PM datok Najib tersakiti dengan pelbagai tuduhan merompak, keluar masuk mahkamah, tapi elok jer jadi orang baik naik motor sambil berkata “malu apa bossku?”

Jadi hentikanlah guna ayat: Orang jahat adalah orang baik yang tersakiti. Biarlah dalam Filem jer falsafah itu berlalu.

Sebab orang jahat ni adalah, orang yang diberi peluang oleh Allah untuk pilih nak jadi jahat ke baik? Tapi dia pilih jadi jahat.

Buktinya dalam Al Quran surah Al Balad, Allah cerita setiap manusia di beri dua jalan iaitu kebaikan untuk dijalaninya, dan jalan kejahatan untuk dijauhi tapi ada yang memilih jalan kejahatan.

Sendiri mau pilih lepas tu salahkan orang konon tersakiti.

Tau tak?

Kata doctor, ramai orang jahat bila tersakiti di hospital, menjadi baik.

Kata warden penjara, ramai banduan bila tersakiti di penjara, menjadi baik.

Kata ustaz garang, ramai pelajar yang tersakiti di rotan menjadi baik.

Maka yang betulnya, orang ‘baik’ itu adalah orang jahat yang tersakiti.

Woha!

Sejahat jahat manusia, Firaun yang mengaku Tuhan, lepas tersakiti oleh azab Allah, menangis bertaubat dalam neraka!

Jelas tak?

Kesimpulannya:

Orang jahat itu adalah orang yang sakit hati.

Faham tak?

Orang jahat adalah orang yang sakit hati, dan bila dah tahu hati sakit, maka pergilah cari penawar bagi hati iaitu bertaubat, mengaku bersalah, beristigfar dan lain lain so call akhirat.

Al faham ke idop?

Habis tu jika nak guna ayat tersakiti ni kat mana yang sesuai?

Baik, Ada beberapa contoh yang sesuai untuk prosa tersakiti ini, sebab bila tersakiti bukan bertukar menjadi jahat sahaja, tapi bertukar kepada macam macam. Ada baik, ada jahat, macam-macamlah!

Contoh yang betul dalam bab tersakiti..

• Orang gemuk adalah orang kurus yang tersakiti.

• Ahli Bersatu adalah ahli Umno yang tersakiti.

• Ahli Amanah adalah ahli PAS yang tersakiti.

(okey, boleh sambung sendiri)

Woha!

Jun 11, 2021

Batman bagi Tazkirah?

Tuan Hamka Kereta Mayat, nanti di akhirat, dipercayai team neraka yg diketuai oleh syaitan adalah team yang paaaaaaling ramai pengikutnya berbanding team syurga yg diketuai oleh para Rasul. Adakah ini bermakna syaitan telah menang dalam perjuangannya didunia ini? Apakah rasionalnya yang Allah cuba ajarkan pd manusia akan perihal ini?

*****

Batman pernah berkata: I'm Batman.

Ironman juga pernah berkata: I'm IronMan

Thanos pulak berkata: I am inevitable.”

Ada tak siapa nak cakap: I am Fikirman!

Alkisahnya, Jika kita ada kuasa super hero memang kita boleh cegah mungkar tiap malam, tapi kejahatan tak pernah habis.

Bukti dah ada dalam filem justice league yang cegah mungkar sahaja dan tidak amal makruf cara Nabi, contoh batman, mula mula lawan joker. Lepas tu Penguin, lepas tu Two Face, lepas tu Bane, tapi orang jahat makin ramai, lepas tu lawan pulak Superman, lepas tu lawan Doomsday, terkini lawan Steppenwolf dan macam macam nama orang jahat yang mana, setiap kali superhero kafir mencegah mungkar, orang jahat baru yang muncul lebih canggih dan kejam, dan orang jahat lama akan upgrade pulak sejata dan lawan superhero kafir sehingga ada superhero kafir yang mati masuk neraka, kasihan, dah lah hidup cegah mungkar siang malam, lepas tu mati masuk surat khabar muka depan dan masuk neraka, tak ke naya?

Tak pernah ke si superhero ni terfikir kenapa siang malam cegah mungkar tapi jenayah tak habis habis?

Jawapannya simple sahaja,

Orang buat jahat sebab tak takut kat Tuhan..!, dan bila tak takut kat tuhan, maka tak sembahyang, bila tak sembahyang maka senang buat maksiat sebab sembahyanglah yang mencegah mungkar!

Sesungguhnya, Solat akulah yang mampu mencegah maksiat aku, dan solat koranglah yang mampu mencagah maksiat korang, begitu jugak para pemimpin dan pegawai yang makan rasuah, solat merekalah yang mampu mencegah mungkar mereka, begitu jugak orang perempuan, solat merekalah yang mampu mencegah mereka dari bukak aurat..

Kerana itu Nabi tekankan sangat bab solat, dan kita di galakkan untuk ajak manusia kepada solat..

Boleh, insyAllah?!

*****

Tapi wahai Tuan Hamka Kereta Mayat, nanti di akhirat, dipercayai team neraka yg diketuai oleh syaitan adalah team yang paaaaaaling ramai pengikutnya berbanding team syurga yg diketuai oleh para Rasul. Adakah ini bermakna syaitan telah menang dalam perjuangannya didunia ini? Apakah rasionalnya yang Allah cuba ajarkan pd manusia akan perihal ini?

*****

Hamka said:

Ampunan Allah lebih besar dari semua dosa. Akhirat belum berlaku, Syaitan belum menang, dan kita belum kalah, apa korang tak baca ke kisah di padang mahsyar, ahlli masjid jadi superhero selamatkan orang? ahli Hafiz Alquran jadi hero selamatkan ahli neraka, juga geng Haji mambrul, ulamak, anak OKU, ramai nanti akan jadi 'superhero' selamatkan ahli nereka, Abu Bakar cerita nak tutup lubang neraka semampu mungkin, dan nabi sendiri akan bagi syafaat selamatkan ahli neraka berbondong bondong.

Paling epic, endingnya Allah sendiri akan bagi shafaat terbesar:

Firman Allah: keluarkan dari neraka orang yang pernah sekali menyebut La Illa Ha illAllah!

Kemudian bila semua dikeluarkan, Allah berfirman lagi,

Keluarkan orang yang ada kebaikkan walaupun sebesar zarah!

Lalu keluarlah dari neraka berbondong bondong umat manusia.

Last Allah befirman lagi!

‘Para malaikat telah memberikan syafaat, para Nabi telah memberikan syafaat, orang-orang mukmin telah memberikan syafaat. Tidak tersisa kecuali Yang Maha memberikan kasih sayang kepada orang-orang yang dikasihani. Maka Allah ‘menggenggam’ satu genggaman dari neraka dan mengeluarkan suatu kaum yang belum pernah sama sekali melakukan kebaikan.

Maka dilemparkan ke sungai syurga yang disebut ‘Sungai kehidupan (Nahrul Hayah). Maka mereka keluar bagaikan biji-bijian yang cepat tumbuh di tanah. Mereka keluar bagaikan mutiara di leher mereka dan tanda yang penduduk ahli syurga mengetahuinya. Mereka adalah yang dimerdekakan oleh Allah.

Lalu Allah masukkan mereka ke dalam syurga tanpa amalan yang mereka lakukan dan kebaikan yang mereka persembahkan.”

Wow, baik punya alternative ending dari Allah yang MAha Pengampun..

Jadi kepada yang bertanya; Sungguh Akhirat belum berlaku di sisi kita dan janganlah pandang keampunan Allah itu kecik kerana pintu taubat masih terbuka.

Sekarang waktu kalahkan syaitan bukan tak usaha apa apa.

Jom kalahkan syaitan!

Woha!

Ps: Jangan pulak sangka, jika begitu masuk neraka takpelah, jika akhirnya Allah keluarkan, aduhhh, masuk neraka paling ringan pun seksa, baik tak payah masuk terus, lagi bagus, kita usahakan diri mampu memberi shafaat kepada orang lain di akhirat, inilah golongan Al Sabiqun, yang duduk atas mimbar bercahaya, pakai mahkota cahaya sempurna sedang mereka bukan para Nabi, kata ustaz, mereka adalah orang yang tidak melihat Nabi tapi menyambung kerja Kenabian, iaitu Dakwah!

Syaitan belum menang, dan Syaitan takut pada dakwah hingga waktu azan lari terkentut kentur kerana Azan adalah seruan Dakwah!

Marilah Sembahyang! Marilah menuju kejayaan!

Amin!

Jun 10, 2021

Nasyid ganti Azan?

Walaupun hidup Seribu tahun, kalau tak sembahyang apa gunanya?

Begitulah terdengar lagu Sepohon kayu di corong Radio, menandakan nak masuk waktu solat.

Alkisahnya, Ada orang tak solat, tapi masih dapat rezeki, jangan sangka Allah suka kat kita sebab tak solat, sebab hakikatnya, kita hanya tumpang rezeki orang lain. Jangan perasan sangat.

Contoh Allah turunkan hujan pada pokok yang berzikir, kita yang tak solat dapat juga nikmat hujan, atau kita ada anak, Allah nak bagi rezeki kat anak, Allah bagi melalui kita. Nampak tak?

Macam Firaun dulu-dulu?, mengaku Tuhan tapi masih kaya raya, tapi anak angkat dia Nabi Musa. Firaun tak sedar, dia sangka dia betul.

Bila Nabi Musa dewasa, Nabi Musa dakwah dia, Firaun tak nak, dan mati masuk neraka.

Maka kita hari ni, tiap hari langgar perintah Allah jangan sangka Allah sayang dengan dosa kita, sebab kita konon okey jer dapat nikmat hidup setiap hari. Sebab kita tak tahu kita sedang ‘tumpang’ rezeki siapa. Atau dalam bab agama, seseorang jahat yang dapat nikmat tak di panggil rezeki, tapi istidraj, iaitu Allah beri lebih sebab akhirat nanti tiada apa lagi yang dia layak dapat kerana dosanya.

Aduh., risau jugak jika rezeki lebih ni sebab istidraj.

Jadi kepada korang yang tak solat, masih ada rezki melimpah, jangan gembira sangat sebab istidraj ni dia enak macam keju di perangkap tikus.

Tikus sangka tuan rumah sayang dia hidang makanan, sekali maut datang!

Maka terdengar sayup…

.

.

.

.

.

.

Terdengar sayup surah dibaca

Sayunya alunan suara

Cemas di dada lemah tak bermaya

Terbuka hijab di depan mata

Eh? DJ putar lagu Nasyid ganti azan? Arghhh, stop menulis, Jom solat.

Woha!

Jun 9, 2021

Teka teki islamik?

Teka teki islamik, jawapan dalam bentuk Nombor sahaja,

Sila jawab jika handal-Woha!

1.Berapa ramai wanita boleh ada Laki dalam satu masa?

2.Bila mengandung, orang perempuan akan berbadan berapa?

3.Talak ada berapa banyak?

4.Berapa ramai lelaki boleh ada bini dalam satu masa?

5.Rukun kahwin ada berapa?

6.Majlis batalkan wudhu kena ambil wudhu, berapa rukun wudhu?

7.Bini jahat masuk neraka, berapa bilangan pintu neraka?

8.Bini baik masuk syurga, berapa bilangan pintu syurga?

9.Adat lama negeri mana? jika cerai harta kena bagi semua dekat bini?

10.Jika laki ada empat bini, semua mengadung anak sorang kecuali bini muda anak kembar, berapa bilangan zakat fitrah tahun depan lepas lahir semua.

11. Rukun solat ada berapa?

12. Bulan Islam ada berapa? 

13. Berapa ramai saudara Nabi Yusof?

14. Berapa hari kena puasa untuk sempurna haji dalam kes tak mampu bayar dam?

15.     Berapa orang yang melakukan dosa tanpa pernah buat baik?

16. Malaikat pikul Aras ada berapa?

17. Langit ada berapa lapis?

18. Rukun Iman ada berapa?

19. Rukun Islam ada berapa?

20. Kitabullah ada berapa?

21. Talak ada berapa?

22. Berapa kalimah kena ucap untuk masuk Islam?

23.   Berapa kali Rasul SAW pergi Haji?

Ps: cukup 100 like, baru pakcik bagi jawapan, ha ha! Gila like ummat akhir zaman rupanya, woha!

Jun 2, 2021

Kisah Nabi pun buat Lawak?

Alkisahnya, 20 tahun dahulu, ketika saya belum keluar berdakwah, Ada sorang ustaz jumpa saya dan berkata:

“Hamka, kau ni kelakar, tadi dalam kelas, ustaz nampak kau sampuk cikgu cakap, semua kelas gelak, cikgu pun suka kau sebab selalu buat lawak dalam kelas, tapi kau tahu tak? ada sahabat Nabi yang juga sangat kelakar, suka buat lawak, hingga Nabi kata dia masuk syurga sambil gelak”

Alamak, saya kelakar sangat ke masa tu?

Tapi memang waktu sekolah dulu, saya tak boleh senyap dalam kelas, dan akan sampuk kata kata cikgu dengan kata kata lawak hingga takde orang tidur dalam kelas! Kira selalu bagi Punch line lah.

Tak sangka ada orang tabligh datang dakwah saya sambil kaitkan saya dengan sahabat Nabi yang suka buat lawak.

Tapi memang betulpun, dalam catatan sejarah ada Sahabat Nabi yang suka bergurau, dan buat lawak, hingga Nabipun ketawa nampak gigi bila bersama dengan beliau.

Pernah waktu Nabi dengar Karkuzahri (laporan) dari Abu Bakar yang baru balik dari Jemaah ke Busra, Nabi gelak bila Abu Bakar cerita tukang masak, si Suwabit kena jual sebagai hamba oleh Nuaiman, macam mana boleh kena jual?

Abu Bakar cerita, si Nuaiman ni lapar mintak makanan lebih dari Suwabit, tapi Suwabit tak nak bagi, Nuaiman ugut nak buat sesuatu yang drastik, tapi Suwabit tak heran, terus Nuaiman pergi pasar dan iklan nak jual hamba yang pandai masak dan akan bercakap, “saya bukan Hamba”, dengan harga 10 keping emas. Ada orang arab beli, bayar kat Nuaiman, dan terus tangkap Suwabit walau dia jerit “saya bukan Hamba”, waktu kejadian tu Nuaiman ni boleh pulak buat muka serius menjual, hinggalah Abu Bakar campur tangan pujuk orang tu pulangkan tukang masak sebab ni semua prank dari Nuaiman. Suwabit bila dilepaskan, gelak jugak sebab dia pun pernah cuba jual Nuaiman tapi tak Berjaya. Nuaiman lagi cekap, adohai.

Nabi juga pernah gelak waktu jumpa Nuaiman yang sakit sebelah mata, Nabi tegur, “boleh ke makan kurma sedangkan kamu sakit mata?” selamba Nuaiman jawab: Saya kan ada dua mata, saya makan kurma ni dengan mata satu lagi. Terus Nabi gelak nampak gigi.

Kisah lain, Nuaiman ajak Nabi makan di kedai, biasa siapa ajak dia kena belanja, tapi lepas makan Nuaiman suruh Nabi bayar, Nabi Tanya kenapa? Nuaiman cakap: Raja kenalah belanja rakyat, Tuan Nabi kot, kenalah belanja saya.., Nabi gelak dan bayar makanan itu.

Kisah lain, Nuaiman bagi hadiah makanan dan madu pada Nabi dengan kuantiti yang banyak, waktu Nabi agihkan makanan dan madu itu pada sahabat lain, datang penjual makanan dan madu mintak duit, sebab Nuaiman tak bayar pun. Nabi dah agak, inilah kerja Nuaiman, terus Nabi senyum dan bayar, hari lain Nabi Tanya Nuaiman, kenapa kau bagi hadiah tapi saya pula yang kena bayar? Nuaiman cakap, “Saya nak bagi hadiah kepada Tuan tapi saya tak ada duit tapi saya tetap nak bagi hadiah sebab saya nak pahala bagi hadiah” Selamba jawapan Nuaiman. Nabi terus senyum nampak gigi lihat gelagat Nuaiman. Adohai.

Kisah lain lagi, ada orang bergurau dengan Nuiaman, suruh sembelih unta orang arab yang baru masuk islam, orang tu masuk masjid, masuk islam, tapi Nuaiman boleh pulak sembelih dan panggang bonggol unta, bila orang arab tu menjerit unta dah mati, Nuaiman lari menyorok dalam kebun jauh dari Madinah.

Nabi ganti unta kepada Mualaf dan cari Nuaiman, terus jumpa sedang menyamar jadi tanah, dengan sapukan debu pada seluruh badan, Nabi sambil tersenyum sapu debu pada wajah Nuiaman dan ajak makan unta tadi sebab Nabi dah balanja.

Sahabat kadang pelik tengok Nabi layan karenah Nuiaman yang buat lawak bukan bukan, lebih parah Nuaiman pernah mabuk akibat minum arak, Nabi hukum dengan pukul Nuiaman dengan kasut, Saidina Umar yang geram dan berkata, Laknat Allah kepada Nuaiman, tapi Nabi tegur, dosa besar tak keluarkan orang itu dari islam. Malahan Nabi kata Nuaiman selalu buat saya ketawa, dan dia akan masuk syurga sambil ketawa.

Rupanya Nuiaman ni golongan Awalin masuk islam, dan sertai perang Badar, Uhud, Khandak, malahan waktu perang Tabuk ada sahabat bernama Kaab, Hillal dan Murarah R.A. tak sertai perang, lalu kena PKP oleh Nabi, tapi Nuiaman setia dalam semua perang.

Balik kepada Nabi Muhammad SAW sendiri, ada waktu Nabipun bergurau dan buat lawak, A'isyah R.a berkata : "Jika Rasulullah S.a.w berada di rumah, dialah orang yang paling murah senyum dan ketawa".

Pernah semua isteri Nabi berkumpul dan Tanya, siapa Rasullullah paling sayang? Nabi cakap: “Siapa dapat hadiah malam ni, dia adalah kesayangan saya”, maka malam itu Nabi jumpa isteri sorang sorang, dan semua diberikan satu dirham dengan syarat, jangan cerita kamu dapat hadiah, jadi esok pagi semua isteri Nabi tersenyum gembira. Woha!

Saidina Ali bin Abi Talib K.w pula menceritakan bahawa Rasulullah s.a.w selalu kelihatan ceria, tenang dan santai, banyak tersenyum di hadapan para sahabat, semangat dan kagum dengan pembicaraan mereka, bahkan Baginda kadang-kadang tertawa sehingga terlihat gigi gerahamnya.

Pernah Saidina Ali sedang makan kurma bersama Nabi, Beberapa ketika kemudian, Sayyidina Ali menyedari bahawa beliau memakan sangat banyak kurma. Sebab ada biji-biji kurma yang banyak depan beliau.

Diam-diam beliau memindahkan biji kurma miliknya ke tempat biji kurma milik Rasullullah lalu berkata. "Wahai Nabi, engkau nampak begitu lapar sehingga makan kurma begitu banyak. Tengok biji semua depan kamu”

Nabi sambil tersenyum jawab: "Ali, kamulah yang sangat lapar. Sehingga makan kurma bersama biji, langsung tak ada biji tersisa di depanmu”

Terus Gelak Saidina Ali mendengar jawapan Nabi itu, woha!

Kisah lain, Nabi panggil Anas “wahai kamu yang ada dua telinga”, terpinga sekejap Anas nak hadam gurauan Nabi Muhamad SAW. Bila Nabi tengok Sahabat suka main dengan kucing, Nabi panggil dia “Wahai Bapa Kucing”, senyum sahabat tu dapat geleran tu dan terus tukar namanya jadi “Bapa Kucing” (Abu Hurairah) sampai hujung nyawa.

Ada jugak kisah orang tua datang jumpa Nabi minta Doa masuk syurga, Nabi jawab: Tiada orang tua masuk syurga” Terus sahabat yang tua ni menangis, Nabi terpaksa explain the joke, bahawa semua orang dalam syurga adalah muda, orang tua masuk pun jadi muda.

Tapi ada kisah jugak, Nabi buat lawak yang tak sampai punch line jika kena explain, maka nabi diam sahaja, sebab just never explaining a joke couse is not funny if you have to explain it.

Alkisahnya, Ada sahabat minta Nabi tolong dia naik unta, Nabi cakap, Nanti aku akan tolong kamu naik anak unta lah..

Sahabat ni pelik, kenapa Nabi suruh naik anak unta? Tak zalim ke naik anak unta? Sahabat lain explain Nabi buat lawak tu sebab semua unta adalah anak unta kepada ibunya. Baru sahabat ni senyum faham nabi bergurau.

Ada jugak kisah wanita bagitahu Nabi suaminya sakit, Nabi cakap, suamimu yang dalam matanya ada putih tu ke?

Wanita ni pelik, mana ada suami mata nya putih?, balik rumah suaminya bagitahu semua orang ada mata putih, baru punch line sampai kat wanita tu-woha!

Jadi tuan tuan, hidup ni kenalah cari masa untuk bergurau senda, sekali sekala apa salahnya. Nabipun pandai bergurau, makan janganlah serius sepanjang masa.

Balik kepada kisah Nuaiman, ada satu lawak gila dia buat, iaitu zaman Sadina Osman jadi khalifah, ada orang buta nak ke tandas, Nuiaman ni konon buat baik dan pimpin si tua ni pergi kencing, sekali rupanya dinding masjid!?

Menyumpah seranah orang tua buta tu bila kena tegur oleh Jemaah lain, dan Nuiaman pergi  menyorok sambil gelak, sebab orang tua bersumpah nak ketuk kepala Nuaiman dengan tongkat sampai berdarah!

Esoknya Nuaiman buat suara lain dan pergi kat pakcik tua yang buta tu dan berbisik “Pakcik nak cari Nuiman kan? Saya tahu di mana dia” Terus di pimpinnya tangan pakcik tu sampai ke mimbar Masjid yang mana Saidina Osman sedang iktikaf, terus orang tua tu ketuk kepala Saidina Osman sampai berdarah! Terkejut sahabat lain sebab Osman tu Amirul Mukmunin! Raja semua orang islam!

Sahabat lain tangkap Nuaiman, Tapi Saidina Osman r.a maafkan Nuiaman malahan gelak dengan kejadian itu, ada riwayat mengatakan Saidina Osman r.a berkata, semua dosa ahli Badar diampunkan Allah. Lepaskan dia.

Tak lama kemudian, Saidina Osman mati dibunuh oleh pemberontak islam, Ini bukan gurauan lagi, juga tak lama kemudian berlaku perang antara ahli syurga, Saidina Ali lawan Talhah, dan dikatakan sejak perang ahli Syurga itu berlaku, Nuaiman tidak tersenyum dan ketawa lagi. Beliau dikatakan menanggung kesedihan melihat fitnah menimpa umat islam, dan menghebuskan nafas terakhir di zaman Muawiyah berkuasa.

Maka dalam kita bergelak ketawa, jangan lupa kisah Sahabat yang telah alirkan darah dan air mata demi memperjuangkan agama.

Abdullah bin Mas'ud berkata,: Apabila aku mengaji didepan Nabi, aku lihat kedua-dua mata Nabi berlinangan dengan air mata". Bila Nabi cerita pasal kubur, saidina Usman menangis, Nabi cerita pasal titian sirat, Abdullah bin Rawahah pula menangis. Nabi cerita sifat orang munafik, Hanzalah menangis, Nabi cerita agama telah sempurna, Abu Bakar menangis, Nabi cerita tentang kematian, semua sahabat menangis.

Dalam sejarah islam, tak ada orang terdahulu yang gelak sampai bisu, tapi Ibnu Umar telah menangis kerana takutkan Allah s.w.t. sehingga matanya buta. Katanya kepada seorang yang memerhatikannya: "Agaknya kamu hairan melihat aku menangis? Matahari pun menangis kerana takutkan Allah s.w.t..."

Kadang kadang Nabi cakap tak banyakpun, terus Abu Bakar, Umar, Osman, Ali akan berlinang air mata..  lantas Nabi Muhammad s.a.w. berkata kepada mereka:" Tangisanmu telah menyebabkan para malaikat menangis bersama-sama."

Sabda Nabi Mubammad s.a.w lagi.:"Wajah yang dibasahi oleh air mata kerana takutkan Allah s.w.t.., walau bagaimana sedikit pun air mata itu, terselamat dari api neraka."kemudian Nabi suruh sahabat menangis mengenangkan dosa-dosa.

Dalam satu hadis lain pulak, Nabi saw bersabda “Banyak tertawa dan tergelak-gelak itu mematikan hati, Mereka yang banyak tertawa di dunia nescaya banyak menangis di akhirat.”

Jadi tuan tuan, dalam kita gelak berdekah atau buat lawak, jangan lupa menangis dalam solat tahajjud dan dalam doa selepas tahajjud kerana menangis dalam solat dan doa itu sunnah, dan tangisan takutkan Allah, akan memadamkan api nereka!

Akhir kata.., beruntunglah sesiapa yang menangis dalam solat, InsyaAllah akan bahagia di akhirat, dan sesiapa yang gelak dalam solat, maka solatnya batal! Tak sah! Solat semula!

Woha!

Jun 1, 2021

Cara hadapi bencana Covid?

Malaysia makin teruk dengan masalah Kes jangkitan Covid, Hospital makin penuh, kematian semakin tinggi.

Kenapa agaknya? macam keberkatan tu mula hilang, ujian datang bertimpa-timpa, masalah demi masalah yang datang berkunjung tak habis, lepas satu-dua, lepas dua empat, adohai..

Cuba kita duduk diam sejenak, fikirkan.

Kenapa saya ni asyik susah jer, saya solat dah jaga, Al quran baca hari hari, zikir tak tinggal, tapi kenapa hidup susah? Kenapa orang yang saya sayang kena penyakit? Kenapa orang suka tengok buruk saya? Kenapa?

Tak perlu fikir yang besar-besar, yang jauh-jauh.. Cuba tengok ada tak orang yang kita aniaya. Mak ayah kita di kampong apa khabar? Jiran kita okey tak? Ada tak hutang orang kita tak bayar? Ada tak kita pernah sakitkan hati orang?

Cuba renung sejenak, iktibar dari hadis kisah tentang 3 orang pemuda yang terperangkap dalam sebuah gua. Kemudian, mereka cubalah dengan sedaya upaya untuk menolak batu besar yang jatuh dan menutup pintu gua itu namun tidak berjaya jua.

Setelah guna sains dan data untuk tolak batu itu tapi tidak Berjaya, Akhirnya salah seorang daripada mereka mencadangkan supaya menyelesaikan masalah melalui perantaraan amal iaitu dengan kaedah bertawasul dalam berdoa sambil menyatakan kebajikan yang telah mereka lakukan dengan harapan Allah akan memperkenankan doa mereka.

Pemuda pertama doa dengan bertawasul pada amalan dia yang tak pernah derhaka pada orang tua, batu itu pun gerak sedikit tapi tak lepas nak keluar.

Pemuda kedua doa dengan bertawasul pada amalan dia yang menolak zina sewaktu wanita paling dicintai datang menyerah diri, batu itu pun gerak sedikit lagi tapi masih tak lepas nak keluar.

Pemuda ketiga doa dengan bertawasul pada amalan dia yang jujur dalam membayar upah pekerja, akhirnya batu itu bergerak dan merekapun selamat dari terperangkap dalam gua.

Apa yang kita faham dari cerita ini?

Sebenarnya, cerita di atas secara ringkas merujuk kepada tiga masalah dalam hidup manusia, iaitu:-

1) Masalah dalam hubungan sesama manusia atau kita namakan: “AKHLAK”, sebagai contoh, kisah seorang anak yang mendahului ibu bapa dari segala yang lain.

2) Masalah dalam pergaulan berlainan jantina yang kita namakan: “MUNAKAHAT”, sebagai contoh, kisah seorang pemuda yang ada peluang zina, tapi menolak zina demi menjaga maruah.

3) Masalah dalam bab urus niaga yang kita namakan:, “MUAMALAT”, sebagai contoh, kisah seorang majikan yang menunaikan hak pekerja secara telus dan membayar segala hutang.

Jadi, tiga perkara ini, AKHLAK, MUNAKAHAT, dan MUAMALAT adalah asas kepada kehidupan seorang manusia yang menjadi khalifah di muka bumi..

Dalam cerita ini jelas gambarkan macam mana jika Akhlak sahaja betul masih belum selesai masalah, ibu bapa memang kena jaga, tapi jika berzina, masalah tak selesai juga, lepas tu makan rasuah, memang tak makbul lah segala doa, maka siapa ada ibu bapa, pastikan hak mereka terbela, yang dah tak tahan bersetubuh, memang wajib kena kahwin, yang dah kahwin, jangan pula berzina sebab dah ada pasangan kan? dan jangan lupa cari rezeki yang halal, tunaikan nafkah, bayar segala hutang piutang, maka lengkap pekej, AKHLAK, MUNAKAHAT, dan MUAMALAT, baru Allah akan selesaikan segala masalah! insyAllah!

Maka, perumpaan Orang islam hari ni adalah sama macam kes pemuda di atas yang mana orang islam hari ini adalah seperti sedang di timpa ‘batu yang besar’ dan semua orang islam tak tahu macam mana nak alihkan batu tu, SOP dah jaga, Vaksin dah cucuk, solat dah jarak, Raya tak sambut, tapi masih kes COvid meningkat? Macam mana ni? Kenapa Malaysia masih ditimpa bala?

Kita tengok, sekarang ini kita semua terkepung dengan sekatan jalan raya, tak boleh rentas daerah dan negeri, maka dalam kita berusaha dengan asbab, guna data dan sains, jaga SOP semua, dan bila semua itu tak kelihatan belum berjaya, tolong jangan lupa, ‘batu yang besar’ itu akan dapat di alih hanya apabila umat islam betulkan tiga perkara, iaitu betulkan AKHLAK, MUNAKAHAT, dan MUAMALAT.

Yang derhaka pada suami, atau mak bapak, bertaubatlah. Azab disegerakandi dunia bagi mereka yang derhaka pada ibu bapa.

Yang tak jaga kemaluan, tak jaga aurat, berzina sana sini, bertaubatlah.

Yang tak bayar hutang, ambik barang tanpa izin, bertaubatlah. Mati syahid pun tak mampu ampunkan dosa hutang.

Semoga kita semua tidak 'terperangkap' dalam gua ini selamanya, jangan hanya kematian memisahkan kita sebab bila hidup kita fail bab akhlak, muamalat dan munakahat, akan tersektalah kita masuk syurga dan berPKPlah kita dalam neraka yang bahan bakarnya manusia serta berhala!

Ya Allah, berikan kami Ilham untuk perbaiki AKHLAK, MUNAKAHAT, dan MUAMALAT ummat islam!

Amin!

May 31, 2021

Tanda dah dapat Sifat Sahabat?


 Saya ada lima anak yang suka bertanya macam macam soalan.

“Ayah, apa tanda orang beriman?”

“Tandanya, bila dengar cerita agama, bertamah keimanan, dengar nama Allah, rasa takut, bila buat baik, rasa gembira, bila buat jahat, rasa menyesal, itu semua tanda beriman”

“Ayah, apa tanda cinta pada Nabi?”

“Kita akan selawat tiap kali namanya di sebut, kita akan tiru Sunnah baginda, dan bila lihat orang ikut Sunnah, kiita rasa seronok, dan nak buat sama, rasa Ghibtah!”

“Ayah, apa tanda solat kita diterima”

“Dalam Alquran bagitahu, orang solat tidak berkeluh kesah, maka jika korang sabar, sukur tak merungut, itu tanda solat korang dan cegah korang dari buat dosa dan maksiat, Alhamdulilah”

“Ayah, apa tanda orang berilmu?”

“Tandanya, bila dia ada, masalah orang ramai akan selesai, Salman Parisi pandai perang, maka ilmunya selesaikan masalah perang Khandak, dulu kawan ayah pandai English, orang panggil dia Kamus bergerak, tak payah buka kamus jika dia ada, Nabi Muhammad SAW pula, Al quran bergerak, lagi hebat! Jadi kemana sahaja orang berilmu pergi,. Dia akan dapat selesaikan masalah orang, menjadi tempat rujuk”

“Macam Ayah lah!”

“Amin.., untuk berhadapan dengan lima anak ayah macam korang yang suka Tanya soalan bertubi tubi, ayah kena ada Ilmu sedikit sebanyak”

“Ayah, apa tanda orang dapat hakikat zikir?”

“Orang yang bila kita tengok dia, kita akan teringat Allah”

“Ayah.., apa tanda orang dapat hakikat Ikram?”

“Hmm, orang yang bila dia ada semua orang seronok sebab dia ringan tulang, dan bila dia takde, orang akan rindu sebab dia pandai ambik hati semua orang”

“Ok, Ayah.., apa tanda orang dapat hakikat Ikhlas?”

“Tandanya dia istiqamah, dan apa tindakan dia kita rasa aura yang baik”

“Macam mana tu?”

“Contoh jika dia ikhlas basuh pinggan, dia akan siapkan sampai singkipun berkilat”

“Ok, last ayah, apa tanda dapat hakikat dakwah?”

“Orang yang pergi mana manapun, dia yang akan pengaruhi orang, bukan orang pengaruhi dia, jika kawan dia tak solat, dia akan pengaruhi kawannya bersolat, jika rumah tu tak ada majlis taklim, bila dia datang, rumah itu akan berjaya hidupkan taklim, pendek kata dia macam penjual minyak wangi, orang akan dapat baunya yang wangi secara percuma”

“Okey, dah siap tugasan saya”

“Tugasan apa pulak?”

“Tadi Bonda cakap, jika nak main internet, kena jawab soalan Bonda, iaitu apa tanda dapat Hakikat enam sifat sahabat, tugasan selesai, terima kasih ayah!”

Woha!

May 29, 2021

Cara Mesyuarat ala Islamik?

Kata Maulana Sri Petaling, Bila Dajjal datang, dua golongan akan selamat, iaitu lelaki yang terlibat dengan lima amalan masjid, dan wanita yang terlibat dengan lima amalan rumah.

Apa lima amalam masjid? (1) Mesyuarat Dakwah, (2) Majlis Taklim, (3) Dakwah rumah ke rumah, (4) Ziarah kasih sayang, dan (5) Iktikaf di Jalan Allah.

Apa lima amalan rumah? (1) Mesyuarat keluarga, (2) Majlis Taklim, (3) Muzakarah Adab agama, (4) Halqah Al quran, (5) Menggalakkan ahli keluarga Iktikaf di Jalan Allah.

Panjang nak cerita, saya nak cerita tentang mesyuarat dalam rumah.

Simple sahaja, ketua keluarga akan kumpulkan semua ahli kelurga, dan minta mereka laporkan aktiviti semalam, dan bincang apa nak buat hari ni.

Bagus jika laporan boeh detail dengan lima nikmat hidup iaitu, (1) agama, (2) Keluarga, (3) Kesihatan, (4) Sumber rezeki atau ilmu,(4) Masa lapang.

Contoh saya kumpulkan semua anak (5) bini (1), dan Tanya mereka:

“Buat apa sepanjang hari ini?”

Kata isteri:

“AGAMA: saya ajar anak mengaji, ada baca makna Al Quran sikit.., CINTA pulak.., main dengan anak-anak, teman anak tengok kartun, masak sedap sedap untuk anak anak, KESIHATAN pula, saya berkebun kat belakang rumah, bersihkan rak belakang tu, SUMBER PENDAPATAN, jahit dua tanjak yang ditempah, dan bungkus buku Abang untuk di post minggu depan, MASA LAPANG pulak, tengok TV sambil lipat baju”

Kata Abang Long:

“AGAMA: buat Muzakarah lepas Zohor, CINTA pulak.. buat ayah gembira dengan tolong ayah bertukang tadi, petang tolong ayah buang sampah, KESIHATAN, jogging setengah jam keliling rumah, SUMBER ILMU, baca buku tokoh berpengaruh dan buat tugasan sekolah, MASA LAPANG, main game dengan anak syurga.

Kata Abang Ngah:

“AGAMA: Buat tazkirah lepas asar, solat berjemaah dengan ayah, CINTA pulak.. main basikal dengan anak syurga, tolong ayah susun buku di bilik belakang, tolong Bonda sidai baju, KESIHATAN, main basikal tadi, SUMBER ILMU, dengar ceramah di youtube sambil buat kerja sekolah, MASA LAPANG, tengok TV.

Kata Kak Lang:

“AGAMA: Baca taklim lepas Subuh, ajar anak syurga Iqra.., gant puasa, CINTA pulak.. peluk ayah dan bonda, tolong bonda masak.., lipat baju bersama Bonda..,  KESIHATAN, bersenam dalam bilik air sambil cuci bilik air, SUMBER ILMU, buat tugasan sekolah, MASA LAPANG, tengok TV.

Kata adik Chik:

“AGAMA:  Ajar anak Syurga ambik wudhu, CINTA pulak.. main mainan dengan anak syurga, KESIHATAN, main basikal, SUMBER ILMU, buat kerja sekolah yang cikgu bagi, MASA LAPANG, main game dengan anak syurga.

Kata adik Iman:

(tak mampu nak bercerita sebab OKU autism)

Ok begitulah laporan ringkas anak bini sepanjang hari, giliran ayah pulak:

“AGAMA: Alhamdulillah dapat solat di surau ikut SOP, CINTA pulak.. luangkan masa bersama anak bini buat kerja rumah, KESIHATAN, bertukang belakang rumah tadi, sempat jugak jalan jalan keliling kebun sambil berzikir, SUMBER PENDAPATAN, jual beberapa Ebook, jual Tanjak, buku dan update FB serta YOutube, MASA LAPANG, teman korang tengok TV sambil baca buku”

Baiklah, dari kisah perbualan saya dan anak bini di atas apa yang boleh kita semua belajar?

Betul, bahawa hidup ini ada lima (5)perkara paling penting iaitu;

Bagi Suami isteri: (1)AGAMA, sunggih hidup akan jadi murung hidup tanpa agama.(2)CINTA KELUARGA,  hidup akan jadi sangat kesepian jika tiada cinta dalam keluarga. (3) KESIHATAN, dah tentu sangat sukar bila sakit. (4) SUMBER PENDAPATAN, sangat susah bila lapar atau terpaksa meminta minta. (5)MASA LAPANG. Sangat rugi jika selalu sibuk....

Bagi anak anak: (1)AGAMA, (2)CINTA KELUARGA, (3) KESIHATAN, (4) SUMBER ILMU, (5)MASA LAPANG.

Habis anak bini bagi laporan, Tanya pula apa plan mereka nak buat dengan (1)AGAMA, (2)CINTA, (3) KESIHATAN, (4) SUMBER ILMU, (5)MASA LAPANG? Bagi hari esok? Tanya tiap seorang..

Lantik siapa jadi Imam, siapa bilal, siapa muzakarah, siapa khidmat, siapa baca taklim, tulis semua itu, termasuk masa melaksanakannya, lepas zohor ke, lepas isyak ke, tulis!..

Apapun jawapan anak bini, pastikan setiap hari, masa kita semua dihabiskan untuk kelima lima perkara ini dan selalulah melaporkan kepada orang tersayang tentang lima perkara ini yang mana jika tuan puan buat amalan ini, MAKA..  bermulalah Majlis Mesyuarat Keluarga di rumah tuan puan, dan Mesyuarat adalah Sunnah Nabi, maka berkat dan rahmat akan datang. InsyaAllah. Dan selamatlah kita dari fitnah dajjal, mudah mudahan.

Tahniah famili yang ada mesyuarat, doakan saya istiqamah, moga nikmat ini tersebar ke seluruh alam.

Semoga Woha sampai Syurga!

May 28, 2021

Keretamayat dah penat?



Driver keretamayat dah penat..

Tuan tuan.. Frontliner bila mereka kata mereka penat maka mereka memang penat. Bantu mereka dengan sama sama patuh SOP. InsyaAllah ujian datang dan pergi. Sabar dan tabah akan membuka Nusrah Allah.

Cerita bab penat.. masih ada yang kecam frontliner konon mereka buat-buat penat kerana ada yang sangka ini semua sandiwara konpirasi.

Astarfirullah...

Tak kena keluarga kita sedaplah mengecam.

Jangan bila keranda di usung baru nak bercucuran air mata.

Mujurlah malaikat tidak penat macam kita.. jika tak tentu malaikat penat tulis dosa korang yang kecam frontliner semua ni!

Semoga kita semua Woha sampai syurga!


May 27, 2021

Laksa paling Sedap?

 Dalam banyak banyak laksa, laksa apa paling tak best?, dah tentulah laksamana, sebab banyak bulu!

 Woha!

 Baik! Di musim PKP nak makan Laksa Kedah, Penang, Johor tak boleh rentas negeri, maka muncul lah seorang Laksmana dari Terengganu nak ajar korang masak Laksa Pantai Timur! Laksa Terengganu! Laksa kuah Lemak, Laksa kuah putih! Laksa Kuah Ikan Kaw!

 https://youtu.be/cChzw8TGtfQ

 Jom Tonton video ini dan selamat berlaksalah kita!


May 24, 2021

Ilmu Lipat Bumi?

Pernah dengar Ilmu Lipat Bumi?

Dulu selalu dengar kisah wali Keramat solat Subuh Di Malaysia tapi solat Jumaat di  Mekah lepas tu ada Pak arab nak makan durian, Wali Keramat ni dengan ilmu Lipat Bumi, balik ke Malaysia sekelip mata dan bawa durian ke Mekkah dan dapatlah pak arab sana makan lepas asar.

Kuasa Allah boleh buat apa sahaja, kerana Allah yang berkuasa menundukkan masa dan tempat. Dikatakan Nabi Khidir antara mereka yang ada ilmu melibatkan masa dan tempat ini.

Kisah Nabi Khidir ada dalam Al quran, Soheh! Tapi kiisah Pak arab makan durian yang di bawa oleh Wali Keramat? Sejauh mana kebenaran kisah wali Allah tu? Wallahulam, cerita mulut ke mulut sahajua.

Namun saya nak share “Ilmu Lipat Bumi” di video ini, kisah saya dan keluarga pergi Palestin, masuk Masjid Al Aqsa, lepas tu kami pergi ke Mekah, dan Madinah, semuanya berlaku dalam sehari sahaja, Jika tak percaya tonton video ini,. Tapi jangan tonton sekerat sebab ada Plot Twist di hujung Video.

https://youtu.be/eUUYeHgBHDs

Jom tengok Masjid Al Aqsa dari dekat dan seterusnya jom nikmati “ilmu lipat bumi”

Woha!

May 23, 2021

Gencatan Senjata ada Hikmah?

Tak sampai 24 jam persetujuan gencatan senjata, tentera Israel telah menyerang penduduk Palestine yang meraikan kemenangan di Masjidil Al-Aqsa, begitu berita melaporkan.

Jika rujuk sejarah, Gencatan Senjata ni akan untungkan Islam, begini kisahnya..

Rujuk rekod perang di Zaman Nabi dan kita akan mendapati Nabi Muhammad SAW menjadi ketua perang dengan jumlah tentera yang sedikit dan kelengkapan perang yang minimum tapi mampu tewaskan jumlah tentera yang besar lengkap bersenjata.

Untuk rekod, Nabi sertai 28 Perang.

1. Perang Waddan, Sebaik Hijrah Ke madinah, Nabi pergi bersama 70 sahabat ke Waddan untuk berdakwah dan berperang jika di serang, perjanjian damai berlaku antara Banu Damrah. Status perang: NC: No Combat.

2. Perang Buwat, Nabi dan 200 sahabat tunggu di Buwat untuk serang Umayyah bin Khalaf yang akan lalu di jalan itu, Umayyah ni terkenal kerana menyeksa Bilal, tapi Umayyah takut, dan ambik jalan lain maka perang tidak berlaku. Status perang: NC: No Combat.

3. Perang Safawan, orang kafir datang ke sempadan dan mencuri unta, Nabi ambik masa tiga hari bersama 70 sahabat untuk berperang, tapi orang kafir telah melarikan diri. Status perang: NC: No Combat.

4. Perang Zul Al-Ushairah, berlaku bila Nabi dengar orang kafir telah ambik harta orang islam di Mekkah yang hijrah ke Madinah,lalu nak jual ke Syam, Nabi pun tunggu di Zul Al-Ushairah bersama 200 sahabat. Bendera di pegang Hamzah R.A. Maka Rombongan dari Mekkah itu patah balik dan perang tidak berlaku, pada malam itu di riwayatkan Nabi memberitahu nasib Saidina Ali akan dibunuh pada masa hadapan. Status perang: NC: No Combat.

5. Perang Badar berlaku bila rombongan dari Mekkah yang nak jual harta orang islam ke Sham patah balik dan bawa 1200 tentera lengkap bersenjata naik unta, dan 100 tentera berkuda, semuanya bersedia untuk serang Madinah. Nabi Muhammad SAW pula tunggu di Badar bersama 313 sahabat, dua ekor kuda, dan 70 ekor unta yang kena naik bertiga, Nabi sendiri berkongsi naik unta bersama Ali. Tentera Islam pula ada yang tiada pedang bawa pelepah tamar, dan ada yang berkaki ayam .Dua bendera dibawa ke medan perang, satu di pegang Ali sebagai wakil Muhajirin, dan satu di pegang Saad mewakili ansar. 70 kafir mati, 70 di tangkap, baki larikan diri, pihak islam kematian 14 orang sahaja, Status perang: Win!

6. Perang lawan Yahudi Qainuqak dekat Madinah berlaku bila seorang perempuan islam yang sedang berjalan di hina oleh Yahudi hingga mengoyakkan bajunya, terus orang islam bunuh Yahudi tadi, perang pun berlaku, 700 Yahudi dengan 400 lengkap bersenjata telah di kalahkan, oleh tentera Nabi Muhammad SAW, asalnya Nabi nak bunuh mereka semua, tapi dengan pujukan Abdullah bin Ubay, semua Yahudi itu di halau. Status perang: Win!

7. Perang Tepung, Abu Sufyan lepas kalah perang Badar, bersumpah tak nak mandi selagi tak bunuh Nabi Muhammad SAW, dan telah datang serang hendap Madinah waktu malam bersama 200 orang pasukan berkuda yang bawa berguni guni tepung sebagai bahan makanan. Beberapa orang Ansar dibunuh, dan rumah orang islam di bakar, Nabi Muhamamd SAW kumpulkan 200 orang islam dan gempur mereka, Abu Sufyan lari mencicit dan di kejar orang islam sejauh lima hari lima malam. Sebab mereka banyak bawa Tepung sebagai makanan, maka mereka telah tinggalkan berguni guni Tepung untuk lajukan kuda mereka, sampai lah mereka Berjaya masuk ke Mekah, orang Islam bawa balik semua Tepung. Status perang: Win!

8. Penyerangan Al Kudr, berlaku bila Nabi dapat tahu Banu Salim berencana menyerang Madinah. Nabi gempur mereka dan Islam menang. 500 unta milik Banu Salim dirampas dan mereka ditakluk bawah pemerintah Nabi Muhammad SAW.

9. Perang Dhu Amarr berlaku bila Nabi Muhammad dapat informasi bahawa suku Banu Muharib dan Banu Thalabah berpakat nak serang Madinah, Nabi datang bersama 450 orang Islam, terus mereka menyerah dan masuk islam. Di sini juga berlaku peristiwa Nabi dihunus pedang oleh Ghwarath ibn al-Harith, dia Tanya Nabi siapa boleh selamatkan kamu? Nabi jawab: Allah terus pedangnya jatuh, dan Nabi pulak Tanya, Siapa boleh selamatkan kamu? Dia kata takde sesiapa, dan dia akhirnya masuk islam.

10. Perang Buhran berlaku kerana Banu Sulaym dari Buhran nak serang Madinah, Nabi tunggu mereka di sempadan Buhran bersama 300 orang tentera islam. Mereka semua nampak Nabi lari takut nak berperang.

11. Perang Uhud, inilah satu satunya perang yang di ketuai Nabi Muhammad SAW tidak mencapai kemenangan, status seri, masing masing berundur tiada yang bertahan di Uhud Bilangan asal  adalah1,000 orang tentera Islam tetapi hanya tinggal 700 orang sahaja kerana di pertengahan jalan seramai 300 orang telah berpatah balik ke Madinah setelah dihasut oleh Abdullah bin Ubai ketua orang munafiq. Tentera kafir Quraisy pula seramai 3,000 orang yang diketuai oleh Abu Sufyan.

Awal perang Islam menang, sebab 50 pemanah atas bukit cemerlang, orang kafir 3000 lari tak cukup tanah sebab tak mampu lawan 650 orang islam bersama hujahan panah tapi, bila pemanah turun, ambik harta rampasan perang, orang kafir serang mendadak bersama 200 tentra berkuda, 70 orang islam syahid, Nabi sendiri parah gigi, Ubay bin Khalaf hampir dapat bunuh Nabi, tapi mati dilembing Nabi, Tentra islam naik bukit Uhud, dan tentera Kafir tidak kejar, Juga tekorban dalam perang adalah Hamzah singa Allah, dan Nabi tanam jenazah mereka bersama baju tanpa dimandikan. Balik Madinah orang munafik yang berundur awal gembira sebab tak sertai perang. Nabi hanya mampu berSabar.

12. Perang Hamra pula berlaku. Baru balik dari medan Uhud, terus Nabi Taskil pergi Gunung Hamra  sebab 3000 orang kafir sedang berkemah dan bersiap nak serang balik Madinah. Berat hati umat islam nak pergi sebab luka Uhud belum sembuh, tapi turun Ayat, Allah nak bantu orang islam, terus bersemangat tentra islam seramai 700 orang yang buatkan Abu Sufian gentar, dan berundur bersama 3000 tentera!, tiga orang kafir Berjaya dibunuh, tiga ditangkap, Status perang: Islam menang mudah! Tentera kafir cabut lari!

*****

Aduh, rasa penat pulak nak cerita semua perang Nabi, banyak lagi perang menarik, macam perang Parit, dan lain lain insyaAllah saya sambung lain kali, secara ringkas saya boleh bagitahu, status perang Nabi adalah, 13 win dengan berperang, 14 Win tanpa berperang kerana musuh menyerah, atau ajak berdamai, atau musuh undur tanpa perang, dan satu Seri(Perang Uhud)

Maka status perang Nabi Muhammad SAW adalah 27 Win dan Satu Seri. Wow!

Dari semua perang saya nak langkau ke perang yang berakhir dengan GENCATAN SENJATA, ianya berlaku pada perang Nabi yang ke 20. Nabi nak pergi Haji bersama 1400 orang Islam Madinah menuju ke Mekah tapi orang kafit tak benarkan, Rasulullah menghantar Uthman bin Affan ke Mekah untuk menjelaskan tujuan tersebut kepada wakil pihak Musyrikin itu tiba tiba dapat berita Usman dah kena bunuh, Terus Nabi dan 1400 Jemaah Haji bersiap untuk berperang, orang kafir walaupun kawasan Mekah tu mereka ramai, rasa gerun dan ajak Nabi berdamai, maka berlakulah perjanjian Hubadiyyah, Gencatan Senjata,. Orang islam tak boleh serang mereka, dan di benarkan bergaul dengan aman damai.

,

Kalau kita tengok 13 tahun Nabi berdaqwah di mekah 313 orang sahaja ikut pergi perang badar, 700 perang Uhud dan lebih kurang 10 tahun kemudian Nabi bersama 1400 orang sahabat nak pergi haji, tapi lepas gencatan senjata, dua tahun kemudian bilangan sahabat telah mencecah 10 ribu orang? Wow! Maka berlakulah penaklukan Mekah! Wow!

Gencatan senjata telah buatkan kerja dakwah jadi mudah, maka berbondong bondong orang masuk islam kerana terkesan dengan akhlak orang islam bila tidak bersama senjata. Dua tahun kemudian, waktu Nabi bagi khutbah terkahir, di anggarkan jumlah sahabat Nabi adalah 124 ribu, wow!

Dari 313 perang Badar, 700 perang Uhud, 1400 jemamh haji waktu  Perjanjian Hudabiyyah,temph tu dah dekat 20 tahun Nabi berdakwah, kemudian berlaku gencatan senjata, 4 tahun kemudian, bilangan Sahabat mencecah 124 ribu! Peghhhhhh.,

Dakwah lepas gencatan senjata sangai main peranan!

Sebab tu saya cakap awal artikel, Gencatan Senjata ni untungkan Islam jika orang islam ambik peluang ni untuk berdakwah dengan akhlak!

Tapi bila gencatan senjata, kita masih maki dan bergaduh, jauh lagilah perjalanan hidup.

Malu sikit kat Nabi kita, Bayangkan umur Nabi 53 tahun waktu perang Badar, hingga ke Perang Tabuk, umur Nabi 61 tahun, umur senja, umur pencen, umur KWSP dah boleh keluar semua caruman, tapi Nabi di zaman itu sedang sibuk berdakwah dengan akhlak yang terpuji.

Sedangkan kita umur 40 tahun usahkan nak ajak pergi berperang? Pergi berdakwah pun ramai yang menyorok. Adohai..

Malulah kita, Nabi start berdakwah umur 40 tahun, dan start berperang umur 53 tahun, dan buat perjanjian damai umur 58 tahun, bermakna: semakin tua umur Nabi, makin bersungguh nabi dalam mengembangkan agama. 4 tahun terkahir baki hayat berdakwah sepenuhnya!

Tapi di mana kita diumur pencen? Sibuk kembangkan agama? Atau hanyut dalam dunia sepi orang tua tua?, menangis bila anak anak tak balik ziarah sebab PKP?, bimbang harta berkurang atau terlantar sakit jiwa yang merebak kepada jasad?, waktu tu nak pergi masjid pun tak larat.

Maka pesan saya pada diri sendiri, sekarang, waktu sihat dan masih bekerja, janganlah lupa tanggung jawab pada agama, jangan tunggu waktu pencen untuk ubah dunia, jangan bertangguh tunggu pencen, sebab Hidup terlalu singkat untuk bertangguh. Gunakan peluang Gencatan senjata di Malysia untuk berdakwah pada cina dan india juga sesama islam yang dah jauh dari majsid!

Maka wahai Kerajaan, umumkan bantuan PKP3.0, hapuskan hutang kami, termasuk benarkan kami keluarkan semua KWSP, sebab kami nak pergi berdakwah sempena Gencatan senjata ini!

Woha!