Terbaca kisah Nora Danish hantar anak dia ke Kolej Tuanku Jaafar, terus teringat waktu first time hantar anak tingkatan satu.
Si anak menangis, isteri juga menangis.. maklumlah 12 tahun
hidup bersama, makan tidur bersama, tiba tiba nak duduk asrama, menangislah
isteri dan anak berpelukkan..
Ayah pula tak menangis, tapi jika tengok yuran Kolej Tuanku
Jaafar tu, rasanya ayah boleh menangis..
Katanya untuk masuk Kolej tu..
Pendaftaran- RM350
Kemasukan- RM5000
Deposit- RM25,000
Tak duduk asrama: RM59,700/setahun
Duduk asrama: RM87,000/setahun
Alhamdulillah Nora Danish mampu, maka takde masalah bagi
beliau..
Teringat zaman saya mula mula ada anak dulu, masuk darjah
satu, mensyuarat dengan isteri, nak hantar anak sekolah biasa atau swasta?,
sekolah biasa yuran murah, tapi berkemungkinan anak akan berkawan dengan budak
tak solat, lepas tu tengah hari anak lepak dengan kawan sampai jam lima petang,
baru jumpa saya, macam macam saya fikir,
Sekolah swasta mahal sikit tapi ada banyak kelebihan..
Fikir punya fikir, hmmm, Oleh sebab zaman tu saya mampu
bayar RM200 sebulan, maka saya pilih untuk hantar anak sekolah agama swasta,
yang mana insyaAlah kawannya 100 peratus solat, makan tengah hari di sediakan,
dan lepas zohor ada kelas agama serta sukan sampai Asar, maka semua anak saya
hantar sekolah swasta, hinggakan pernah anak berderet empat orang masuk sekolah
situ, dari darjah satu hingga darjah enam, waktu daftar RM2000, tiap bulan
RM800, rabak jugak poket..
Tapi Alhamdulillah, tengok anak solat tak tinggal, banyak
hafal Al quran, pandai makan dalam talam, namun bila masuk sekolah menengah,
sayapun diuji dengan ekonomi meleset, tukar anak sekolah biasa, mujur keputusan
cemerlang anak dapat masuk sekolah berasrama, lepas tu MRSM dan kini dah masuk
Universiti, Alhamdulillah.
Apa saya perasan, anak solat dari kecik, berkawan dengan
semua orang yang bersolat, maka InsyaAllah akan semakin cemerlang dalam
belajar, dan makin jimat duit kita insyaAllah.. sebab rezeki dia semakin murah
dan berkat, amin…
Yang penting anak berkawan dengan sahabat yang 100 peratus
solat, itu jer target saya waktu mereka bergaul.
Jadi bercerita tentang ibu bapa yang berkemampuan, atau cuba
untuk mampu demi peajaran anak anak, saya tak nak komen apa apa, anak anda,
maka andalah yang memilih untuk mencorakkannya..
Segala perbelanjaan untuk kejayaan anak, saya sokong sahaja!
Ringkas cerita, Terkini saya ada anak OKU Autisme, maka lain
pula pendidikan yang perlu saya sediakan buat anak. Bermula dengan daftar anak
kad OKU, dan hantar anak ke sekolah PPKI kerana di sana cikgu terlatih yang
faham OKU anak akan dapat ajar anak OKU kita ilmu asas tentang hidup di dunia.
InsyaAllah..
Saya pernah jumpa parent yang ada anak OKU tapi menafikan,
tak nak daftar anak sebagai OKU, dan hantar anak ke sekolah biasa bergaul
dengan budak normal, di sana, anak menggangu kelas, cikgu marah sebab tak tahu
anak itu OKU, dan kawan kawan dalam kelas buli anak, kesian sungguh.
Anak balik sekolah menangis, dan kurung diri dalam bilik,
esok mengamuk tak nak ke sekolah, hinggalah akhirnya si parent berdamai dengan
rezeki, berdamai dengan takdir, bawa anak jumpa doctor, dan dapat kad OKU lalu
hantar anak ke PPKI, Sekolah khas untuk orang kurang upaya… perjalan masih
jauh..
Maka begitulah hidup, setiap orang ada ujian anak masing
masing, pesan Nabi anak ini ibarat kain putih, ibu bapalah yang mencorakkan
anak, sama ada nak jadi beriman, sesat, atau lalai..
Dalam bab fadhilat sedekah ada riwayat mengatakan
perbelanjaan untuk tujuan kesalamatan dan ilmu kepada anak anak adalah di kira
sebagai sedekah..
Maka sebagai parent, anak membesar hanya sekali, maka
terpulang pada kita nak mencorakkan akan bagaimana diri mereka..
Akhir kata..
Al kisahnya kat tangan saya ini, ada Buku Hafal sifir secara
Interaktif Dengan Mudah dan Seronok Bersama Pentagon Sifir, InsyaAllah untuk
anak normal sekolah rendah, dalam masa tiga jam akan dapat hafal sifir dengan
mudah.
Tapi anak saya OKU Autisme, perjalanan masih jauh, campur
baru pandai sampai dua belas. Tolak
belum lagi..
Pelan pelan kayuh…
Doakan anak saya dan anak kita semua Berjaya dunia akhirat..
Ps: Ada sesiapa berminat nak beli 3 Jam kuasai Sifir? Klik
link shoppe ini: https://invol.co/cl6jasj
Woha!
No comments:
Post a Comment