Anak tengok ramai orang melancong di Langkawi. Maka
bertanyalah salah sorang dari anak saya:
“ayah, kita pernah ke Langkawi ke?”
“Pernah”
“Ada gambar tak?”
“Ada, jap ayah cari dalam folder lama, okey dah jumpa”
“Nak tengok”
“Ini Patung Helang, kat Langkawilah ni”
“Adik Iman ke tu?”
“Adik Iman baru nak belajar terbang”
“Kenapa Langkawi ada patung Helang?”
“Sebab nama Langkawi itu adalah singkatan burung helang
merah kawi. Maka menjadilah Langkawi.”
“Jika kat Terengganu, patut ada patung penyulah kan ayah?”
“Dulu pernah ada dekat bulatan Ladang, dibina oleh kerajaan
UMNO, tapi telah ditukar kepada batu bersurat oleh kerajaan PAS”
“oh begitu kisahnya..”
“Ini gambar siapa ni Ayah? Macam pelakon jer”
“Ini pelakon Gerak Khas, Norman Hakim, kebetulan duduk satu
hotel”
“Kita pergi mana lagi kat Langkawi ni?”
“Naik kereta kabel, Mandi di Pulau, Tengok, burung helang
menyambar, Mandi di tasik Dayang bunting, pergi rendam kaki kat telaga air
panas, dan pergi mazium”
“Wah, banyaknya gambar, buatlah video sebagai kenangan.”
****
Habis borak, maka siaplah video ini, terima kasih anak anak
yang sudi bantu edit, ayah buat skrip sahaja, yang lain anak bantu siapkan,
maka dengan siapnya video melancong ke Langkawi, maka kita dah tak pergi sini,
kita pergi tempat lain yang tak pernah pergi lagi!
Setuju!
Akhir kata: bila ayah mati dan kamu sudah dewasa nanti, jika
terlihat video ayah bawa kamu jalan jalan, hadiahkah ayah Al fatihah dan niat
bawa ayah ke syurga tertinggi”
Woha!
Link video: https://youtu.be/9b2K6YSBwc8
No comments:
Post a Comment