“Salam, Mohon Tuan Hamka (Kereta Mayat) beri sepatah dua kata tentang arak keluaran malaysia bernama 'Timah' sebab ada orang islam sendiri yang kaitkan nama 'Timah' tu dengan nama Saiyidatina Fatimah anak kepada Junjungan Mulia kita Rasulullah SAW.. katanya Timah itu singkatan kepada nama Fatimah.. Wallahu Alam..”
Xxxx
Salam.., bab nama Timah ni teringat arwah ayah saya pernah
berteka teki waktu saya masik kecik, katanya, Pak Ali siang kerja lombong
timah, malam kerja dulang emas, hujung minggu kutip besi, lepas tiga tahun, Pak
Ali dapat anak dan diberikan nama Fatimah, soalan: Kenapa Pak Ali namakan
anaknya Fatimah..
(note: teka teki ni saya dah masukkan dalam tiktok
keretamayat, ehem ehem, keretamayat pun ada tik tok tau? Woha!)
Jadi bila arwah ayah berteka teki macam tu, kami semua (9
adik beradik) berebut rebut jawab: sebab kerja kilang timah!
Lepas tu selamba arwah ayah bagi Punchline:
“Sebab anak dia perempuan!”
Begitu jer kami belajar erti punchline…
40 tahun kemudian, Arwah ayah telah lama dimamah kubur,
keluar berita ARAK jenama TIMAH dan orang kaitkan nama Fatimah anak Nabi, siap
cakap wajah lelaki berjanggut tu adalah rupa orang islam bapa kepada Fatimah…
Adohai, biarlah anti vaksin sahaja yang tolak fakta bila
berhujah, korang yang dah cucuk vaksin tanpa yakin pada vaksin malahan cucuk
hanya sebagai ikhtiar sahaja, elok berhujah dengan fakta.
Timah adalah Bahasa melayu yang bermaksud bijih Timah. Tidak
ada kena mengena dengan Fatimah.
Lelaki berjanggut itu adalah Kapten Speedy, penolong Residen
Perak yang berjaya hentikan Perang Larut melalui Perjanjian Pangkor pada tahun
1874.
Bab cadangan tukar nama, semua tahu bahawa Arak adalah
minuman yang haram di sisi islam, jenama apapun, Timah ke, Tembaga ke, Zink ke,
semua itu haram, jadi tak perlu tukar nama jenama, tutup terus kilang arak!
Kepada kerajaan PAS, tolong gunakan peluang itu untuk
haramkan arak, jadikan Malaysia bebas arak seperti Singapore bebas gula gula
getah!
Baru baru ni ada Senator PAS dikecam lepas kaitkan bunuh
diri dengan drama Korea, mari sini saya nak kongsi pengalaman tengok filem dan
drama Korea.
Banyak babak dalam cerita korea, jika gembira mereka minum
arak, dan jika sedih mereka juga minum arak, lepas tu mereka akan bunuh diri.
Jadi bunuh diri bukan sebab drama korea sebab bunuh diri
semua tempat berlaku walau tiada drama korea, tapi bunuh diri banyak berlaku
lepas minum arak! Otak hilang akal, dan buat semua dosa! Bunuh orang pun ada, naik
kereta langar orang sampai mati pun ada!
Dah terbukti dari segi Sains – arak ni merosakkan organ dan
otak!
Jadi harap pihak kerajaan haramkan arak di Malaysia!
Dah terbukti dari segi Sosial - arak ni membazir duit, banyak kes gaduh bila
mabuk, kes rogol, sumbang mahram, accident waktu driving, bunuh orang, kencing
merata dan sebagainya.
Dan bukankah Agama Islam sudah haramkan arak?, sebab Tuhan
tahu, arak memudaratkan, mana ada orang minum arak untuk kesihatan otak? Ada
bukti sains ke minum arak menjadikan otak kau cerdik? Makin selamat ke orang
memandu dalam keadaan mabuk?
Harap kerajaan Melayu Islam gabungan PAS, BERSATU dan UMNO
akan haramkan terus Arak!
Kita dah ada Bapa Kemerdekaan, Bapa Pembangunan, Bapa
Perpaduan, Bapa Pemodenan, Bapa Modal Insan, Bapa Transformasi, Bapa Perutusan,
itu semua kita dah ada.
Lepas ni harapnya kita ada ada Bapa Penutupan kilang arak!
Woha!
No comments:
Post a Comment