Selamat menyambut Maulidul Rasul..
Alkisahnya, pada hari ulang tahun kelahiran Nabi Muhammad
SAW, terlihat ada seorang budak melayu pakai jubah dan serban pergi hantar
barang ke rumah seorang pensyarah Universiti. Lepas tekan loceng dua kali maka
keluarlah seorang berbangsa arab dengan baju kot bertali leher, siap untuk
pergi Univeristi, lepas tanda tangan semua, orang arab itu berkata:
“Brother, May I Know why you are wearing my traditional
dress?”
“I Follow the sunnah”
“No, wearing you Tanjak or songkok and baju melayu is
sunnah, because your traditional dress is for this climate in Malaysia and
jubah with serban is dry weather in the middle east. It is not suitable here,
be a Malay not an Arab!”
Pemuda tu tersenyum dan beredar...
Tapi dalam hati pemuda itu berbisik...
Pakcik, Ada orang suka Micheal Jackson lalu pakai macam
Micheal. Ada orang suka Kpop lalu pakai baju macam Kpop, warna rambut macam
Kpop. Ada orang suka Punk. Pakai baju macam Punk. Ada orang suka Iron Man siap pakai kostum ke
sana sini. Malahan ada orang bartatu dengan wajah orang yang dia suka!
Semua faham benda tu tak pelik kerana bila cinta seseorang
kita nak sangat menyerupai orang yang kita cintai, kecuali kita tak pernah
minat apa apalah!
Hari ni hari jadi Nabi, saya belajar cinta Nabi dan akan
pakai serban dan jubah kerana Nabi pakai macam ni. Sekarang pakcik suruh saya
pakai baju melayu, baiklah.., tahukah pakcik?
Bab sunah ada tiga.
SIRAH-Gaya hidup nabi dari bangun tidur hingga tidur balik.
Semua ada adab dan sunnah. Buat dapat pahala.
SURAH-Penampilan Nabi. Dari hujung rambut ke hujung kaki ada
adab dan Sunnah. Tiru kerana cinta dapat pahala.
SARIRAH-Kerisauan Nabi berfikir bagaimana suasana agama
dapat disebarkan ke seluruh alam.
Jadi Saya cuba ikut kesemua sunnah!. Penampilannya saya
insyaAllah akan buatkan orang teringat Nabi. Percakapan saya dengan lemah
lembut bagitahu saya ikut Sunnah, bukan ikut arab.
Dan saya tersenyum tak balas hujah pakcik sebab sunnah Nabi adalah tersenyum dan tidak suka
berdebat dengan orang jahil.
Saya minta diri dulu sebab saya tahan gelak, pakcik tegur
saya pakai macam arab sedangkan pakcik memakai kot dan tali leher itu adakah
ianya sesuai dengan iklim kita? belzer pakcik pakai itu Ianya pakaian barat
yang sesuai dengan iklim sejuk di negara barat.
Iklim kita yang panas sepanjang tahun kecuali tengkujuh di
pantai timur, membuatkan pemakai baju kot bertali leher sangat tidak selesa,
berpeluh, dan berbau kambing.
Sebaliknya pakaian jubah dan serban ni sangat sesuai dengan
cuaca panas lembab di Malaysia!
sibuk pasal cuaca.., Kenapa pakcik tak persoalkan pensyarah
di Universiti pakai kot, blazer, dan tali leher?
Mungkin inilah yang dikatakan minda masih dijajah penjajah!
Apa salah kita pakai Tanjak, berbaju melayu dan bersamping?
Kan? Saya raikan sahaja siapa nak pakai baju asal tutup aurat..
Tapi jika Orang nak tiru pakaian Nabi kena kritik, lepas tu
orang yang kritik selamba tiru mat saleh pakai baju kot? Apa ke jadah?
Saya malas berdebat, saya pergi dulu, selamat menyambut
Maulidul rasul.
Ceritapun berakhir dengan sorang membetulkan ikatan serban,
sorang lagi mebetulkan tali leher... merekapun terpisah meneruskan baki hidup
masing masing.
Ulasan saya:
Tahniah anak muda!
Abang keretamayat walaupun suka bertanjak, tak akan pernah
komplen orang berserban kerana itu adalah sunnah Nabi.
Semoga Penyarah yang pakai baju kot terbuka hati untuk
tempah tanjak banyak banyak dengan abang kereta mayat.
Woha!
No comments:
Post a Comment