Oct 22, 2021

Dedah aib ustaz?

“Hamka keretamayat, tak ulas pasal Ustaz buat gangguan seksual tu ke?”

“Pihak polis sedang buat siasatan, jika ada bukti lain, kau boleh pergi report polis?”

“Salah tak jika ada pihak dedahkan aib ustaz tu di Telegram”

“Dedah aib siapa-siapapun salah, namun ada aib peribadi dan ada aib melibatkan maruah orang lain”

“Jadi betul lah jika dedah aib ustaz tu di media sosial?”

“Dedah aib di media sosial adalah salah lagi lagi bila pihak polis dah buat siasatan, melainkan bersifat whistle blower”

“Whistle blower tu apa?”

“Macam perisik, atau mata mata gelap, atau mangsa sendiri yang ada maklumat salah laku pihak tertentu yang TIDAK ADA JALAN MENCARI KEBENARAN MELAINKAN dengan cara dedahkan pada masyarakat agar terbuka kebenaran seterusnya membuatkan pihak berwajib mengambil tindakan yang betul”

“Jadi kes ustaz tu buat panggilan lucah pada mangsa dan mangsa dedahkan adalah betul?”

“Dedahkan pada polis adalah betul, jangan dedahkan pada masyakarat umum, melainkan TIDAK ADA JALAN MENCARI KEBENARAN MELAINKAN dengan cara dedahkan pada masyarakat, sekarang pihak polis sedang siasat, kita bantu mudahkan siasatan jika ada bukti tambahan”

“Video tu betul ke?”

“Saya ikhlas cakap, tak tengokpun video tu, ada cakap deepfake, ada cakap edit CGI, ada cakap betul tapi dengan isteri dia, ada cakap itu baru sebahagian dan banyak lagi video akan menyusul, maka serahkan pada pakar,, biar pakar yang siasat, jika terbukti bersalah, kena hukum tak kira siapapun dia, orang tabligh ke, politik ke, ustaz ke, salah kena hukum”

“Jika tak betul?”

“Orang yang fitnah pula kena hukum, islam kan adil, tak kan lah lepas dah fitnah orang kita boleh cuci tangan, kena bertanggung jawab pada semua Tindakan, dan dosa fitnah adalah besar”

“Jika serbu hotel tangkap orang berzina bagaimana pulak? Mereka suka sama suka dan buat secara bersembunyi, kira dedah aib tak? Sebab itukan aib peribadi”

“Berzina bukan dosa peribadi sebab melibatkan maruah orang lain, siapa suka adiknya berzina, isterinya berzina, anaknya berzina, ayahnya berzina, siapa suka?”

“Tapi zaman saidina Umar, panjat dinding intai orang minum arak pun rasa menyesal, jadi zaman ni intai orang berzina tak patut lah”

“Minum arak secara sembunyi adalah dosa peribadi, tapi berzina melibatkan maruah keluarga lain, Nabi sendiri tanya pada orang yang nak berzina, kamu suka ke jika orang berzina dengan ibumu?, atau adikmu?, atau anakmu? Maka terus orang tu insaf.. sebab tu jika kita nampak jiran berzina, elok lapor pada pencenggah maksiat”

“Tapi ada pencenggah maksiat yang melampau, terajang pintu dan rakam aib pesalah”

“Rakam aib pesalah memang tak bolehlah, jika untuk bukti, jangan sebarkan pada orang awam, bagi pada polis, tapi bab terajang pintu, saya nak tanya awak dengan jujurlah…”

“Apa dia..”

“Bayangkan korang takde kat rumah, lepas tu pasangan korang curang bawak balik kekasih gelap dan berzina dalam rumah tu, lepas tu saya ketuk pintu mereka tak buka, apa kamu nak saya buat?”

“kenapa tak terajang jer pintu tu?”

Woha!

Ps: Semoga kita semua terselamat dari segala dosa kecil dan dosa besar, terutama dosa menfitnah. Amin Ya Rabbil Alamin.

No comments: