‘Abang keretamayat, kenapa ada orang cucuk vaksin tapi masih terkena covid dan mati?”
Adohai, mati di tangan Tuhan dik, bukan di tangan Covid,
sungguh Allah kuasa dan makhluk langsung tiada kuasa, inilah bukti yang kita
semua dambakan bahawa vaksin hanyalah sejenik makhluk yang mana kita guna pakai
sebagai ikhtiar sahaja, selebihnya kita tawakal kepada Allah macam tentera
pakai baju besi waktu perang, jika mati tetap mati tapi peratus tentera pakai
baju besi yang mati adalah kecil jumlahnya berbanding orang tak pakai baju besi
dan mati..
“Saya tak faham contoh baju besi dan vaksin sebab baju besi
tu luaran, sedangkan vaksin ni dalaman, ada contoh lain tak?”
Hmmm, nak contoh dalaman? Bailah, jika susah nak paham
analogi baju besi ni sebat bersifat luaran maka abang mayat terpaksa guna
contoh lain yang agak deep…
Beginilah, cuba anggap Vaksin ni acah acah skandal nak
rampas laki orang, Antibody pulak macam bini yang ada memory pasangan curang,
maka memang teruklah “skandal vaksin” tu kena lenjang dengan bini si suami
tadi.
Maka serik sudah encik Laki nak ada skandal lagi yang mana
jika ada skandal lagi, dari pengalaman kantoi dulu, memang tak beranilah mana
mana perempuan nak rampas suami orang yang ada pengalaman kantoikan skandal.
Tapi dalam keadaan bini garang, laki takut bini, pun masih
ada kisah pasangan curang watu PKP.
Bermakna dalam hidup rumah tangga, kita dah buat macam macam
kaedah pencenggahan agar pasangan tak curang, tapi di celah celah kehidupan,
tetap ada kisah pasangan yang curang kerana semua ini masalah dalaman.
Nampak tak? Ini dah habis deep dah ni,,
Akhir kata, Semoga Allah selamatkan kita dari hidup Bersama
pasangan yang curang sampai bila bila.
Amin.
No comments:
Post a Comment