Oct 24, 2021

Filem kita wajah kita?

Orang bercinta sangat beremosi dengan hujan.

Tengok cerita Hindustan, Shahrukh Khan dah beberapa ramai awek dia ajak menari dalam hujan (Dilwale,, Dil to pagahe, Kuch Kuch Hota Hei. Cerita koreapun ada babak bercinta dalam hujan (she was pretty).

Okey, hari ni mendung macam nak hujan.. angin sesekali bertiup kuat, lantas daun daun seolah menari nari dalam jatuhan guguran disapa sang kencang, awan pula bergerak laju bersatu sama lain membentuk pemandangan unik yang kelabu.

Oh jika bini ada Bersama menikmati pemandangan cuaca sebelum hujan ni, tentu bertambah dramatik tika dan saat ini.

Tapi sayangnya bini tak ada di sisi, beliau pergi pasar belum pulang.

Jika ada, tentu saya peluk dia dalam cuaca angin yang menderu sebegini sambil menikmati kesunyian bersama kekasih.

Belum lekang ingatan pada bini, terus terdengar nada dering khas dari phone yang menandakan bini telefon.

Wah, kita fikir pasal dia, dia pun fikir pasal kita.

“Abang, cuaca macam nak hujan, tolong angkat kain jemuran!”

Beginilah realiti kisah laki bini sebenarnya.., woha!

3 comments:

PemilikCahaya said...

Ya allah masih aktif abg dkt blog ye? Lamanya x bw dkt blog ni..semoga abg n wife sihat sejahtera

Berryl Cholif Arrohman Nurriduwan said...

terima kasih informasinya
Visit Us

hamka said...

terima kasih pemilik cahaya, akfit di FB, dan kumpulkan tulisan dari FB ke sini sebagai rujukan peribadi. :)