Zaman sekarang budak main Game susah nak berhenti.., nak kena save, nak kena mati dulu, nak kena minta izin ketua dalam game, adohai..
Anak syurga pakcik yang Autisme tu pun dah pandai main game,
lepas tu menangis sebab ada orang bunuh avatar dia? Dah nak kena main pergi
balas dendam ke apa? pakcik tak reti.. dia dalam game sebagai OKU mana pandai
nak kerja sama, tu yang ada orang bunuh dia..
Anak normal pakcik pulak, sedang main game, pakcik suruh dia
jemur baju, dia cakap, Nak bunuh diri?
Terkejut pakcik?
Tak kanlah suruh jemur baju nak bunuh diri?
Rupanya game yang dia main tu tak boleh berhenti kecuali
kena mati, oleh sebab pakcik suruh jemur baju, maka dia terpaksa bunuh diri.
Perghhhh, dahsyat permainan game zaman sekarang, bunuh
orang, bunuh diri, apa ke jadah?
Teringat zaman pakcik dulu, main game ni bila bila masa
boleh berhenti, contoh pakcik pernah main susun daun terup, sekeping demi
sekeping, bini yang tidak sabar melihat pakcik yang lembab menyusun daun terup,
terus bersuara..
“Tu daun Sped, bawak turun sini, Lekuk biar kat situ!”
Pakcik tak endahkan nasihat bini, sibuk nak susun daun
Daiman..
“Tu Quen Kelawar alih cepat, nanti akan block jalan!”
Hmm, pakcik tetap berdegil tak nak ikut cakap bini, tiba
tiba bila klik kat gambar spider bahagian bawah, semua daun tak boleh gerak,
adohai.
Kata bini: “Padan muka, dah kalah.., jom tidur”
“jom” lalu pakcik masuk bilik air untuk buang air kecil dan
gosok gigi.
Lepas gosok gigi pakcik baring atas katil tunggu bini tapi
tak datang datang.
“mana pulak pergi bini?”
Tiba tiba terdengar jeritan bini dari bilik sebelah..
terus pakcik berlari panik.
“Abang, saya dah berjaya
menyusun daun terup sehinga terbit percikkan bunga api.., sila kagum!”
Woha!
Adohai.., Pandai orang perempuan ni pujuk suami. Buat-buat
ajak tido. Padahal nak suruh pakcik tinggalkan PC dia pergi sambung main spider
solitaire.
Begitulah ringkasnya main game zaman pakcik…
Mungkin satu hari, dekat dekat waktu solat, pakcik kena
menyamar dalam avatar anak anak yang sedang main game, lepas tu pergi dakwah
mereka dalam game tu? Tapi karang mereka bunuh pakcik dalam game pulak? Pakcik
bukannya reti? Nak tukar senjatapun tak pandai…
Maka pakcik terpaksa guna kaedah filem Matrix, cabut plug
dekat kepala avatar, atau dalam kes pakcik, cabut terus wifi internet!
Woha!
No comments:
Post a Comment