Oct 30, 2010

Teori konspirasi itu bodoh?

(Bila tanya pakcik google, rupanya dah ada orang tulis isu ini dengan ‘baik dan jelas’, maka buat pertama kali dalam sejarah entry keretamayat, 9o% copy/paste entry orang lain sebagai pengganti diri bagi yang merindui diri ini dikala sunyi, err, jangan muntah lagi..)

Copy/paste dari : http://suhaimiramly.wordpress.com

Sebelum saya mula, biar saya tekankan pendapat saya supaya para pembaca jelas di mana duduknya saya. Ini pendapat saya:

ORANG YANG CIPTA TEORI KONSPIRASI ADALAH PENIPU DAN ORANG YANG PERCAYA TEORI KONSPIRASI ADALAH BODOH.

Itu pendirian saya. Saya tak bersifat apologetik dengan pendapat saya yang tegas ini. Saya takkan “buka minda”, “celikkan mata” atau “pandang dengan mata hati” atau apa-apa lagi euphemism yang anda gunakan yang bermaksud “percaya kepada teori konspirasi”.

Agama Islam yang saya anuti adalah agama ilmu, bukan agama dengar-dengar, agama khabar angin, dan agama “maksud tersirat”. Setiap yang betul adalah jelas, tak perlu disokong dengan teori konspirasi yang gila dan jahil.

Sama ada anda percaya 9/11 dirancang oleh CIA/FBI/Mossad, atau percaya bahawa tsunami dibuat oleh Amerika menggunakan HAARP, atau percaya dunia ditadbir oleh Illuminati dan Freemason, semua teori konspirasi adalah bertentangan dengan bukti sebenar.

Siapa yang mengaku percaya teori konspirasi, anda bermasalah. Jangan pandai-pandai tuduh orang lain termakan dakyah Yahudi kononnya. Tak ada pun dakyah yahudi. Anda yang saja reka-reka benda ini dalam otak anda.

Kenapa kena percaya teori konspirasi? Kita percaya teori konspirasi kerana kita lemah. Kita percaya teori konspirasi kerana dalam hati sanubari kita ingin “percaya” pada sesuatu, walau benda itu karut sekalipun. Kita nak percaya bahawa wujudnya satu “big picture” di dunia ini, dan jika big picture itu kehilangan bibit-bibit tertentu, kita mahu isikan lubang-lubang itu dengan naratif kita sendiri (ini adalah motivation orang mencipta teori konspirasi)

Orang kuat tak perlu teori konspirasi. Orang Yahudi yang menguasai politik dan kuasa ketenteraan di Middle East tak perlu sebar-sebarkan teori konspirasi yang pelik-pelik untuk santapan rakyat meraka. Orang Arab yang lemah dan berpecah belah yang sibuk menyalahkan yahudi untuk semua kekurangan mereka.

Rokok? salah yahudi. Bukan salah budaya arab yang ketagih khat dan tembakau. TV? salah yahudi lagi. Bukan salah orang arab yang suka berhibur dan suka kepada rancangan hiburan barat yang bermutu tinggi (berbanding rancangan tempatan mereka). Pendek kata, semua salah yahudi, sehingga Pokemon pun adalah senjata yahudi menyerang akidah umat Islam. Di dalam kegilaan menyalahkan yahudi ini, tak ada kah yang fikir bahawa kehinaan dan kekalahan orang Islam adalah kerana diri mereka sendiri?

Itu cerita timur tengah. Di negaraku ini, yang tak pernah ada kaitan dengan yahudi pun, semua kita salahkan yahudi. “Eh Bal, kau tak tahu ke yahudi ada di mana-mana? sehingga dalam kerajaan malaysia pon banyak spy yahudi.” Ini lah fikiran mereka. Suka sangat reka hantu yahudi dalam otak mereka sampai kalau jadi masalah di ceruk kampung di pedalaman Kedah pun itu Yahudi punya salah. Lepas tu macam-macam teori dibuat — semuanya tanpa bukti yang sahih, cuma cerita-cerita orang sahaja.

Dulu saya dengar pelbagai teori konspirasi. Maaf, dari keluarga saya sendiri pun ada pelbagai cerita karut yang saya dengar. Seorang ahli keluarga saya pernah cakap, Tun Dr M adalah Freemason tahap ke-33 (tahap paling tinggi) sebab itu dia tak perlu takut kena assassinate walaupun lantang mengkritik Barat. Hahaha…apa lagi lepas ni? Pak Lah ahli Illuminati? Dato Seri Najib ahli New World Order? Kah kah kah, aktif sungguh imaginasi mereka.

Penyakit yang banyak menghinggapi geng-geng ini ialah kecenderungan mencari benda-benda yang “tersirat”. Di Amerika, mereka lah yang membawa cerita karut bahawa piramid dan mata yang terdapat di matawang US dollar adalah bukti Illuminati mengkontrol ekonomi dunia.

Antara orang bijak yang pandai mengambil peluang ke atas geng-geng konspirasi ini ialah Dan Brown, penulis novel yang banyak menggunakan elemen-elemen teori konspirasi dalam novelnya. Terus dia jadi jutawan, sebab geng-geng konspirasi ni pakat beli buku dia, kononnya nak tahu pasal konspirasi di Vatican, Paris dan Washington (ya, saya juga baca ketiga-tiga buku tersebut, cerita nya macam sampah, buang duit sahaja beli. Kalau anda mahu cerita teori konspirasi yang lebih intelek, cuba baca buku Foucault’s Pendulum karangan Umberto Eco).

Di Malaysia golongan “tersirat” ini juga ramai. Dalam semua benda, mereka nampak agenda yahudi atau anti-Islam. Dalam pokemon ada yahudi. Dalam colgate ada yahudi. Sudahlah ini menunjukkan kejahilan mereka terhadap dunia, tetapi juga menunjukkan kejahilan terhadap agama juga. Agama tidak mengajar merekacipta benda-benda karut kemudian berkata bahawa ini semua benda “tersirat” yang kami sahaja nampak kerana kami ada “pencerahan”.

****

Kenapa saya sibuk sangat dengan benda-benda konspirasi ni? “Biarlah orang nak percaya apa-apa pun, yang kau sibuk kenapa?”

Hehe…biar saya ceritakan kenapa saya kisah. Sebabnya mudah sahaja. Virus ini dah menular ke kalangan orang muda, terutama yang berpendidikan. Saya tak kisah kalau orang tua di kampung-kampung percaya bahawa Mahathir adalah agen Yahudi, atau pelajar-pelajar institut vokasional percaya bahawa ekonomi dunia dipegang oleh sekumpulan manusia sulit yang menyembah Iblis, semua itu saya tak kisah.

Yang saya kisah, budak2 universiti, budak2 yang belajar oversea, pekerja2 professional, bakal2 pemimpin, para pensyarah dan profesor, pun percaya kepada konspirasi-konspirasi yang karut. Luluh hati saya bila menerima email-email forward berisi teori konspirasi karut oleh eksekutif Petronas, oleh penjawat tinggi kerajaan, oleh pensyarah-pensyarah IPT, oleh pelajar-pelajar luar negara. Kalau golongan ini pun percaya kepada perkara karut, apa lagi harapan yang kita ada dengan rakyat jelata.

Jangan anggap anda mendapat “pencahayaan” atau bijaksana atau bermata hati atau berkebolehan melihat yang tersirat, kalau anda cuma mereka cipta benda yang tak wujud.
Jangan bersorok di sebalik nama agama, gunakan hadis dan ayat-ayat yang tak jelas kaitannya dengan teori konspirasi anda. Jangan pandai-pandai tuduh orang lain tidak nampak yang tersirat kalau kami tak mahu percaya karut-karut rekaan anda.

Maaf kerana saya agak keras, tapi saya tak akan berganjak. Tolong jangan percaya lagi teori konspirasi. Jangan sebarkan teori konspirasi melalui email dan usrah anda. Periksa asal usul sesuatu dengan sumber yang sahih, bukan melalui mat-mat dan minah-minah konspirasi yang lain. Buka mata anda.

Jangan percaya sesuatu hanya sebab yang cerita itu ustaz, atau abang usrah atau naqibah atau anda baca dalam buku sekalipun. Dulu saya banyak baca buku-buku mengarut, terutamanya buku mengenai dajjal. Dulu pada tahun 1990an, ada “ularmak” yang mempunyai ijazah syariah, mengatakan bahawa Dajal itu adalah USSR kerana gah nya empayar USSR dan kecanggihan teknologi mereka.

Ini bukan calang-calang buku, buku ini dijual di toko-toko buku Islamic dan dihebahkan di ceramah-ceramah agama. “Dajjal sudah muncul,” kata mereka, sambil memberikan berpuluh-puluh “bukti” bahawa dajjal itu adalah USSR. Ada “bukti” yang berbunyi sebegini: di hadapan pesawat-pesawat perang USSR, ada tertulis KFR. Ini bermakna KaFiR. Dan Dajjal punya muka ada tanda yang menyatakan Dajjal itu Kafir. Jadi USSR adalah Dajjal. Hahahaha…mengarut bukan? Tak ke sakit hati baca? Cuba bayangkan 50 “bukti” sedemikian dikumpul dalam satu buku. Buku itu layak dibakulsampahkan sahaja, walaupun ditulis oleh seorang yang bergelar ulamak.

Sekarang ni bila USSR dah pecah, apa sudah jadi dengan dajjal anda? Dajjal duduk di Moscow ka, atau di St Petersburg? Atau dah guna passport Belarus atau Ukraine? Dajjal dah tukar kerakyatan jadi People’s Republic of China ka? Atau Dajjal sudah jadi American citizen? Kalau dajjal itu kuasa besar, ini lah kuasa-kuasa besar sekarang. Mana pegi bukti KFR atas kepada dajjal?

Saya hari tu terbaca di MPH (tolong lah malu sikit wahai pengurus MPH, kenapa kedai anda banyak tajuk karut? mana QC?) ada buku yang menghuraikan “bukti-bukti” bahawa dajjal itu adalah Satya Sai Baba. Kah kah kah, dulu USSR, la ni saibaba pulak jadi dajjal? Lepas ni siapa pulak? Amitab Bachchan?

Ini semua adalah kerja gila dan sia-sia mereka yang tiada kerja lain selain daripada mencari benda-benda yang “tersirat” sehinggakan kepercayaan karut mereka sudah sampai peringkat kepercayaan kartun. Sudah tentu di chapter pengenalan buku tersebut mereka menonjolkan bahawa merekalah yang mempunyai “mata hati” dan mempunyai ilham yang agung dan orang lain di luar sana adalah buta dan tak berkasyaf seperti mereka.

Merekalah yang paling bijaksana kerana berjaya menjumpai “bukti” dajal ialah sai baba. Yang peliknya buku ini sampai jadi bestseller. Wah, lucrative sungguh market buku teori konspirasi ni. Apsal saya pegi tulis buku matematik, lepas ni baik saya tulis buku “Obama adalah Dajjal”. Sure jadi bestseller.

Ini penyakit yang dialami ramai orang. Saya panggil self-aggrandizement. Seakan mereka lah yang memperolehi kebenaran agung, dan yang nampak akan benda-benda tersirat, sehingga benda karut pun mereka anggap benar. Seakan orang lain itu berkomplot untuk menolak kebenaran sejati dan berusaha menyoroknya dari pandangan awam. Mereka sahaja betul, orang lain sesat.

Yang “tersirat” ini semuanya karut sahaja. Untuk menjadi seorang yang terhormat anda kena jauh jauh dari benda karut. Ulama-ulama yang saya hormati di Malaysia, tak ada pun yang kaki konspirasi. Mereka menekankan peri pentingnya ilmu dan kebenaran. Segala yang diujar perlu mempunyai bukti kukuh. Ini disiplin ilmu. Atas dasar ini agama tertegak.

Agama ini mudah. Jangan disusahkan dan disimpul-mati kan dengan konspirasi yang bukan-bukan. Jangan cemar keindahan agama dengan huduhnya cerita-cerita karut yang anda lemparkan. Jangan kelirukan rakyat dengan cerita-cerita bangang dan basi mengenai illuminati, freemason dan sebagainya.

Saya tak kata freemason tak wujud, di KL dan Penang pun ada Freemason Lodge. Saya pernah masuk Mason Lodge di Boston. Saya pernah berkenalan beberapa orang Freemason, dan saya pernah lihat dengan mata kepala sendiri “secret handshake” mereka (tidak lagi secret, kerana dah banyak website menghuraikan ritual-ritual Mason di Internet. Tapi mereka cuba mengekalkan secret itu dengan mencipta handshake yang tersendiri di setiap lodge).

Jangan ingat anda sudah tahu mengenai Freemason kalau cuma baca buku-buku nukilan ustaz-ustaz Maggi mee atau Harun Yahya atau membaca buku Dan Brown sahaja. Cuba kaji cara ilmiah. Kalau anda kaji secara ilmiah, anda akan tertawa dengan kenyataan bahawa “Freemason menakluki dunia”.

Begitu juga dengan yahudi. Tiada sekumpulan yahudi di dalam bilik gelap yang berkomplot menguasai ekonomi dan politik dunia. Itu semua fantasi sahaja. Elders of Zion tak wujud. Yang ada cuma kerajaan Israel yang kelam kabut dengan politik mereka (seperti mana-mana negara di dunia). Itu lah insitusi yang paling berkuasa di dunia Yahudi, beserta dengan tentera dan intelligence agency mereka. Ya, saya faham tentera Yahudi dibiayai Amerika dan intelligence agency mereka hebat, tapi kalau mereka ni hebat sangat sampai menakluk dunia, takkan mereka boleh disepak keluar oleh Hezbullah pada tahun 2006? Mana pergi tokey-tokey Illuminati yang berkuasa itu?

Tolong jangan obses sangat dengan konspirasi yahudi ni, mereka ni sama juga macam kita. Saya tahu ramai percaya yahudi kontrol media melalui rupert murdoch, tapi ini bukan bermakna mereka mengkontrol dunia seperti diwarwarkan oleh mat-mat konspirasi ini.

Tahukah anda syarikat media Rupert Murdoch itu antara pemegang saham terbesarnya adalah orang Islam, seorang putera Saudi? Kenapa tak kata Fox News dalang konspirasi Islam?
Saya juga faham yahudi banyak memegang kuasa ekonomi. Saya tahu CEO Goldman Sachs adalah bekas pelajar yeshiva di New York. Saya tahu Alan Greenspan dan Ben Bernanke, Fed chairmen adalah yahudi kedua-duanya. Dan banyak firma Wall St dan Fortune 500 company yang CEOnya adalah yahudi. So what? Adakah mereka ini tiap2 bulan akan meeting di dalam bilik rahsia dan membincangkan cara menghancurkan umat islam melalui pokemon dan colgate?

Ini adalah karut semata-mata. Jangan biar fantasi mencemar pemikiran logik anda.
Orang yang bising menggebangkan konspirasi yahudi ni, adalah orang yang paling jahil mengenai negara Israel. Bagi mereka Israel adalah negara yang diduduki oleh monster berhidung besar dan bergigi taring dan kerja mereka sehari-hari ialah berfikir cara menghancurkan umat Islam.

Ini lah fantasi geng-geng konspirasi ini. Pernahkah mereka melawat Israel? Berapa rakyat Israel yang mereka pernah jumpa? Pernah kah mereka membaca akhbar Yediot ahronot atau Haaretz? Sudah tentu tidak, buat apa nak percaya propaganda yahudi kan. Yang mereka percaya apa yang mereka dengar-dengar dan baca-baca dari sumber yang entah sahih atau tidak. Jauh sekali membuat kajian mengenai Israel. Yang mereka tahu, Israel = mengkontrol dunia melalui kumpulan sulit.

Tolong lah saya merayu anda, cukuplah obses dengan Yahudi dan konspirasi menawan dunia oleh Yahudi ini. Cubalah sedar bahawa kelemahan kita adalah disebabkan kekurangan kita sendiri yang perlu dibaiki, bukannya disebabkan yahudi yang buat. Cuba usaha kuat, belajar rajin-rajin dan amal agama sungguh-sungguh, nescaya anda akan jadi kaum yang kuat lebih kuat daripada yahudi. Masa itu tak perlu teori konspirasi lagi.

Saya kelakar apabila mendengar orang Amerika pun kuat konspirasi. Dalam satu survey yang dijalankan oleh Pew Research Centre baru-baru ini, 12% orang Amerika percaya bahawa Obama adalah seorang Muslim. Ini juga karut. Obama ialah seorang pengikut Kristian dan berkali-kali telah menyatakan perkara itu secara umum. Bayangkan 20 juta orang masih percaya teori konspirasi itu. Superpower my ass.

(Ada tak orang islam yang masih percaya Obama itu seorang Islam? Jika ada sila basuh muka anda, anda sedang bermimpi dan masih dibuai imaginasi indah.)

Saya seorang realist. Saya percaya hukum alam ini sama dari dulu hingga sekarang. Dunia ini bukan dunia yang ideal, dunia ini dunia yang cacamarba. Human nature adalah sesuatu yang buruk, bukan elok. Saya bukanlah idealis yang percaya dunia ini hitam putih. Saya tahu dunia ini tempat yang teruk.

Tapi saya tak perlulah pujuk perasaan saya dengan mempercayai pelbagai jenis teori konspirasi untuk menyedapkan hati saya. Untuk saya percaya akan sesuatu, perlukan bukti yang kukuh. Saya tak percaya semata-mata kerana sentimen.

Sentimen saya adalah sebagai orang Islam. Saya INGIN sangat percaya orang Islam adalah baik-baik belaka. Saya INGIN sangat percaya orang Islam ni tak buat kerosakan yang besar. Kalau ikut sentimen dan emosi (dan fantasi) saya, memang orang Islam ni tak buat salah.

Tapi bukti sahih menunjukkan orang Islam yang buat 9/11. Yang merancang dan menjalankan rancangan itu adalah orang Islam. Bukti dah jelas dalam pelbagai dokumen dan rakaman yang telah didokumentasikan. Samada saya suka atau tidak, orang Islam yang buat 9/11 itu. Saya realist. Saya terima hakikat yang pahit.

Bukannya saya reka cerita yang menyedapkan hati: oohh, sebenarnya yang buat adalah yahudi, atau CIA atau FBI. Orang Islam ni cuma dijadikan kambing hitam supaya mereka boleh serang negara Islam. Ini adalah emosi dan sentimen semata-mata. Tak ada satu bukti pun bahawa 9/11 dibuat oleh CIA atau FBi, walaupun sentimen dan emosi anda INGIN percaya pada benda itu. Telan lah realiti walaupun pahit, wahai saudara Islamku sekalian. Jangan buat-buat pejam mata.
Ramai yang terpedaya dengan teori konspirasi kerana mereka dimain angan-angan dan fantasi bahawa orang Islam ni baik baik belaka, tak ada yang sanggup buat terrorist attack. Jadi mereka salahkan pihak yang lain. Siapa lagi kalau bukan yahudi. Sikit-sikit yahudi. Bila kita nak terima kelemahan kita sendiri.

Teori konspirasi ini banyak mudaratnya jika dibenarkan bermaharajalela dalam masyarakat. Sebab itu saya ambil pendirian tegas dalam isu ini. Siapa menyebarkan teori konspirasi adalah menipu. Yang percaya adalah bodoh. Simple saja. Pahit untuk ditelan tapi straightforward. Hidup saya aman, hati saya tenang, minda saya puas dengan pendirian saya ini. Tak ada contradiction antara worldview saya dan realiti sebenar. Mat-mat konspirasi ini, selalu berlaku percanggahan antara worldview mereka dan realiti sebenar dunia.

Sudahlah cari benda-benda tersirat. Tak perlulah setiap bentuk pangkah (X) atau tambah (+) dianggap konspirasi Nasrani kononnya. Nanti kepala jadi mereng kalau setiap masa nak pikir pasal benda ini. Tengok benda dalam-dalam nanti mata pijau. Bukan semua benda ada maksud tersirat. Most of the time, what you see is what you get.

Jangan terlalu paranoid. Paranoid ini penyakit mental. Orang pandai juga boleh paranoid yang bukan-bukan (contohnya, Unabomber seorang profesor matematik lulusan Harvard yang anti-kehidupan moden, yang telah membunuh mangsanya menggunakan pipe bomb untuk menegakkan manifestonya). Bukannya semua orang nak attack kita. Kita ni entah siapa-siapa pun, orang pun tak ambil kisah. Tak ada kerja yahudi nak gondol orang kat malaysia ni. Baik mereka pikir hal-hal middle east. Kita je syok sendiri konon yahudi ni sibuk pikir hal kita.
Sedangkan kita ni dalam radar yahudi, takde keluar signal langsung. Jangan paranoid lebih-lebih. Jangan perasan.

Teori konspirasi ni menyakitkan hati saya, jadi maaf kalau saya tulis penjang lebar isu ini dan saya ulang benda-benda yang saya pernah cakap sebelum ini. Anggap lah ini luahan hati saya yang lama berbuku.

Saya tulis ini tanpa ada niat buruk atas sesiapa. Saya tak mengharapkan kemusnahan sesiapa, kerosakan sesiapa, kehancuran sesiapa. Saya cuma nak tunjukkan kecelaruan logik di sesetengah pikiran manusia. Kalau ada bahasa kasar saya pakai, itu untuk emphasis sahaja. Saya tak minta maaf kalau hati anda terguris (padan muka), bagi saya lagi penting bercakap benar daripada menjaga hati orang. Saya cakap kasar sikit tapi saya tak mahu bermusuh dengan sesiapa, kalau anda terima baguslah, kalau tidak, sikit pun saya tak susah.

Tak perlu nak menjelaskan kepada saya teori konspirasi ni mungkin ada yang benar, mungkin ada kebarangkalian 0.001% ianya bukan direkacipta, etc etc. Saya faham itu semua. Saya ambil jalan yang tegas kerana secara umumnya teori konspirasi ini menggoyahkan masyakarat dan memomokkan pemikiran kita.

Alright, maka terburailah apa yang terbuku dihatiku ini, terima kasih atas kesabaran anda membaca sampai ke akhir.

OK, haters, bring it on

End Copy/paste: link asal disini

Ulasan dari keretamayat

Jika kita susah, dan melihat ada orang yang lebih susah, maka kita akan rasa sedikit tenteram, maka aku harap korang yang rasa marah bila aku kata bodoh kerana percaya ada teori dalam the arrivals adalah konspirasi untuk jatuhkan ugama islam, tapi tenteramlah korang kerana saudara mahadaya jauh lebih bodoh sebab percaya ugama islam adalah konspirasi untuk jatuhkan ugama Nabi ibrahim, bengong ganda dua puluh tiga (terdengar bunyi guruh)

(aku harap korang tak marah aku kata mahadaya adalah bengong dan senang siperbengongkan)

Korang pun bagi hujah bahawa teori korang benar dengan bantuan video arrivals, dan saudara mahadaya juga berhujah ugama islam salah dengan bukti bukti yang buat aku rasa nak berak kat rumah dia tanpa tarik flush..!

Oklah, aku masih dalam mode perasan sibuk yang luar biasa (tapi masih sempat berak dan tarik flush serta update blog) maka akupun tanya pakcik google kot kot ada orang yang sependapat dengan aku agar aku tidak kesorangan dalam mempertahankan kesibukkan sebelum ini..

Bila search, banyak rupanya entry entry yang tak setuju dengan teori konspirasi, akupun bercadang nak copy paste beberapa entry untuk publish kat sini, tapi kebanyakkan entry mereka terlalu sopan, panjang, boring dan penuh dengan ayat Al quran yang aku rasa tak releven nak publish kat blog aku..

Lagipun ini adalah kali pertama aku nak jemput penceramah dari luar untuk dicopy/paste kat blog aku.., patut aku tulis sendiri isu ni, tapi sebab aku perasan sibuk luar biasa, dan akan update minggu depan lagi satu, maka aku buat kepetusan untuk copy/paste entry orang lain yang senasib denganku.. (senasib? woha)

Akhirnya, bila cari, jumpa jugak aku entry dari orang yang tak jauhpun, kawan aku jugak yang aku kenal sebelum aku tulis blog keretamayat lagi.., saudara Suhaimi Ramly, atau nama manjanya: bal.

Walaupun bal tidak mengulas tentang video the arrivals, tapi aku rasa point ada kat situ..

Ok, itulah ulasan aku tentang entry bal, "point ada kat situ" aku pergi dulu, Lain kali, aku tulis ulasan aku tentang video the arrivals..., itupun jika aku rajin luar biasa, bye!

(Krunnnnnngsshhh, tik tik tik.., bunyi seram dari jamban setelah ditarik pamnya…)

Ps: Soon you will know the truth, woha!…, (tiru ayat video arrivals..)

Oct 26, 2010

Pernah tengok ‘the arrivals’?

(Maaf kepada yang email kerana aku dedahkan email korang, tapi jawapan aku dalam email kepada korang adalah sangat sopan, dan bila aku publish di blog, tolong jangan perasan disalahkan jika aku terkasar bahasa kerana aku merujuk secara umum, dan tolong jangan perasan disalahkan, Soon you will know the truth...”)

Pernah tak korang search dalam inbox gmail korang satu patah perkataan, dan keluar bersusun susun maklumat yang dicari macam injin carian google.

Hari ni aku dapat email yang berbunyi begini:

“tolong ulas video Arrivals.”

Hmm, dah banyak aku terima email sebegini, dan aku dah jawab jugak mana mana yang sempat dalam email tapi nampaknya hari ni, aku kena jawab secara umum.

Lantas aku search perkataan ‘arrivals’ dalam inbox email aku, fulamak, banyaknya email tanya pasal benda ni..

Aku copy/paste sikit:

Email 1:

Assalammualaikum Tuan...

Mintak tuan tolong komen tentang video “arrivals”....kalau malas nak komen panjang...komen pendek & padat pun tak per...janji ada...
kalau panjang lagi bagus....

Terima kasih...

Email 2:

Hamka, cuba tengok u tube taip "The Arrival": minta pandangan boleh?

video tu, tentang sorang cerita pasal kehadiran dajal yang ditunggu oleh orang tertentu (kalau tak silap illuminati kot namanya), tapi orang yang buat dokumentari tu tak suruh kita ikut dajal, tapi dia suruh buka mata, minda untuk bagitahu yang orang "elite" ni dah control mind kita supaya ikut dajal dan suruh kita sedar. macam tu la lebih kurang ceritanya.boleh percaya tak?

Email 3:

En.hamka, saya telah berwaspada dalam menyebarkan apa-apa kerana en.hamka.(sayalah yang Tanya pasal kasut crocs tempoh hari hu hu)

justeru, saya ingin minta pendapat encik terlebih dahulu sebelum menyebarkan ini.
Boleh caya ke video the arrivals?

terima kasih

Email 4:

Salam, Saya baru je dengar documentary The Arrivals. Google je, banyak video kat youtube, blog. Fakta-fakta ni boleh dipercayai ke? Nak minta pendapat.

Email 5

Assalamualaikum Hamka,

Saya Puan X, dari pantai timur, ingat nak bagi mesej kat facebook, tokleh pulak.. So, saya email la kat sini..

Hamka, haritu saya baca pasal Dialog sorang mamat tu dengan bishop, jiran dia... Saya rasa macam ada kebenaran tentang apa yang si bishop tu cerita dan terangkan... walaupun saya tak pasti sumber sebenar... tapi semua yang dia cakap tu logik..dan buat saya sedar dan berfikir...dan yang saya paling pelik ialah pasal makhluk yang paling agung dan suci yang akan dilepaskan dari rantainya...(saya terfikir dajjal ke tu...)...dan membuat saya seram sejuk la sebab dia kata 1, 2 tahun akan datang...(dialog tu dalam tahun lepas kot...)

Lepas tu..nak dijadikan lebih ketidaktentuan saya ni... beberapa hari lepas saya menonton kat youtube..50 siri The Arrivals..(malay subtitle).. Saya sambil menonton tu berdebar2...dan bergenang air mata... betapa selama ni rupanya dajjal dah memerintah dunia...dan kita sekarang dah ada kat fasa2 akhir pemerintahan dajjal laknatullah tu... ish...terkejut giler saya...
Saya rasa Hamka dah tengok youtube the arrivals ni kot..sebab selalu ulang ayat, blue pill red pill tu...kat dalam tu pun ada gak...

Jadi Hamka, saya rasa orang-orang yang berpengaruh macam Hamka ni... patut galakkan orang-orang Malaysia ni tengok the arrivals tu dari Part 00 sampai Part 51. Saya ni risau..kalau orang Islam tak sempat tahu kewujudan dajjal sekarang...makin sesat dan tak sedar lagi...(saya pun belom abis taubat lagi ni...aduhaiii...). Sekurang-kurangnya..kita dah tunjukkan bukti-bukti hadis Nabi Muhammad saw dan kebenaran Al-Quran kepada rakan-rakan kita... Dan kalau diorang taknak ambil tindakan drastik tu kita tak dapek nak nolong...

Hamka, kalau boleh, tolonglah sebarkan tentang pemerintahan dajjal yang dah bertapak dalam fasa akhir ni... dan kalau orang kristian tengok the arrivals pun mereka akan tahu mereka telah ditipu berkurun lamanya.... baik masuk islam je...lagi selamat..

Ok Hamka... Assalamualaikum...

Email 6

Salam, pernah tengok video “the arrivals”? video tu ada 50 siri...dia cerita tentang kita sebenarnya sekarang hidup dalam pemerintahan dajjal...yang 40 hari tu...dia sertakan banyak bukti kebetulan, konspirasi pertubuhan rahsia dunia, hadis, ucapan ulamak,

Saya nak terangkan memang tak pandai, maklum la...BM SPM cuma cukup makan jer...tak nak percaya tapi banyak kebetulan yang ada, terlalu banyak...kalau nak kata/cakap, semua orang bleh kata/cakap,...bila bagi bukti, sape nak approve?...

Awal-awal video memang dia banyak tunjukan ape yang dah jadi kat dunia ni, tentang pertubuhan rahsia, konspirasi dunia, perang, sejarah & sebagainya...saya tak terus ambil bulat-bulat la...lalu saya pun jumpa pakcik google & ingat-ingat balik sejarah yang penah saya baca & belajar...memang baca kebetulan...yang kompem betul tu memang betul la...tapi yang samar-samarpun nampak macam betul...tu yang saya nak kongsi dengan orang yang lebih open pemikiran dia...nak tau ape pendapat & pandangan...

banyak kali jugak la saya tunjuk ape-apa bahan internet ni kat orang yang lebih pandai ilmu agamanya dari saya, tapi jawapan yang saya dapat, jangan pecaya bende kat internet ni bulat-bulat...lalu saya pun biarkan ia berlalu..dalam hati "kalau saya percaya bulat-bulat, tak payah la saya tanya kepada tuan"

saya pernah bertanya kepada jakim tapi sampia sekarang takde berita...

saya andaikan movie maker ni seorang yang peka & banyak melancong ...

Aduh bro...sampai sini dulu...masa tak izinkan...lagi pun saya tak nak habis kan masa bro lama-lama baca email ni...

Email 7:

Salam..

Assalamualaikum Saudara Hamka yg dimuliakan,

Semakin hari saya semakin risau, gusar dan resah. Betapa takutnya saya dengan berbagai-bagai perkara yg terjadi di sekeliling kita yang mana orang Islam tak perasan. Saya ingin meminta jasabaik Hamka untuk menggunakan pengaruh siber Hamka, bagi menyebarkan tentang perkara ini agar kita tak ghalat/menyesal bila orang Islam terlanjur melakukan dosa sebab mereka tak tahu akan kebenaran di sebalik apa yg sedang mereka lakukan adalah dosa, Maaf, saya sedang tension..tension dengan DAJJAL!!!

Hamka, mungkin Hamka dah diberitahu tentang kajian 2 orang Islam barat tentang kewujudan Dajjal yang telah bertapak di dunia kita telah mencapai 1000 tahun (Britain) + 83 tahun (Amerika) + 10 tahun (dalam proses ke Jerusalam)..

Kita ada masa lagi 10 tahun (lebih kurang) dalam dunia ni nak hapuskan/elakkan diri dari pengaruh Dajjal... Sementara itu, kita kena berdakwah untuk bawak orang Islam jangan tergoda dengan ikutan Dajjal.. Ya Allah takutnya...macamana nak hindar sedangkan semua benda yg dihasilkan pengikut dajjal ada di sekeliling kita...

Sejak beberapa hari ni saya makin tak lena tidur.. Dlm video tu ada beritahu, Friendster dan facebook dll, adalah salah satu cara dajjal nak mencari Imam Mahdi. Sebab Dajjal tak sempat tengok muka nabi Muhammad, jadi dia tak kenal wajah nabi..sebab wajah Imam Mahdi macam wajah nabi kan sebab dia keturunan nabi...(harap saya tak salah tafsir)

Lepas tu.., beberapa hari ni, kalau saya buka akaun facebook saya, dia akan keluarkan sekeping demi sekeping foto kita, dia akan kotakkan/fokus wajah sorang-sorang dia suruh tag/namakan... Saya terkejut, dan fikir memang betul lah dajjal sedang mengenalpasti wajah-wajah manusia sebab dia nak tau mana yang bernama Muhammad..yang ada iras nabi kita.. Ya Allah... takutnya...

Lagi satu, dalam video tu, ada cakap, masa dajjal perintah dari Britain dunia kena ikut matawang euro selama 1000 tahun. Masa dajjal perintah dari US, kita semua kena pakai USD.. dan bila ke Israel, sejak tahun 2000, kita mula kena guna matawang israel..tapi dia pandai tak pakai currency yang betul.. dia pakai ATM/credit card/segala jenis loan bank.. Dia nak duit kita tak nampak, kita ada kad je.. atau hutang je.. biar kita bergantung pada dia satu hari nanti... sebab semua bank-bank besar dunia Dajjal pegang (yahudi durjana punya).. so, nak dijadikan bukti kukuh pulak...Minggu ni.. matawang USD jatuh mendadak.. dan bakal jatuh lagi... Memang betul lah kata video tu... Sebab dia nak hilangkan kuasa Amerika pulak..nak ganti ke Jerusalam... kat tanah suci Yahudi tu...

Malam tadi punya berita, Iran dah lancarkan peluru berpandu QIAM, bertulis YA MAHDI atas dia... Saya rasa mereka antara tentera-tantera Imam Mahdi yang mula bersedia nak menentang tentera Dajjal... Sebab kat Israel dah ada tentera yang bernama KAFIR... Ya Allah...seram saya...
Hamka, tolonglah ajak kawan-kawan kita bertaubat, dan jangan terpesong akidah, dan tetapkan iman... Saya pun takut, sebab persediaan saya belum cukup nak menempuh dugaan besar macam tu... Hamka..tolong doakan saya ye..

Terima kasih...

Email 8, 9, 10..

(nanti tak larat korang nak baca..)


JAWAPAN AKU!!!

Siapa yang percaya kepada TEORI KONSPIRASI adalah bodoh, atau senang diperbodohkan, setaraf dengan Pak Pandir Moden, tergolong dalam golongan Perasan disalahkan, Perasan unik, dan juga mengalami sydrom Mumayiz down..

Blog aku tak de cerita-cerita ramalan ni, biarlah tukang tilik jer yang meramal masa depan dunia dan mati masuk neraka, aku tak nak campur..

Pesan tok guru aku, banyakkan cerita atas langit dan bawah bumi.(atas langit: akhirat, bawah bumi: kisah Nabi dan sahabat, ehem, ehem)

Dan aku tak nak terlibat dengan dosa orang yang quote ayat Al quran dan hadith untuk membetulkan teori konspirasi, salah tafsir masuk neraka, dan jangan mencemar kesucian Al quran dengan teori konspirasi yang karut marut dan tak masuk akal (rujuk Asbabun Nuzul)

Dunia ni dalam perancangan Yahudi? Bagaimana dengan ayat : Wamakaru wamakarallah wallahu khairulmakirin - Ali Imran(54) yang bermaksud, Mereka merancang, Allah juga merancang, sesungguhnya Allah sebaik-sebaik Perancang! (aku pulak quote ayat al quran..)

Ok, aku teringin sangat nak ulas panjang lebar, tapi aku sangat-sangat perasan sibuk, aku sambung bab ni 2 minggu lagi. InsyAllah, (jika aku rajin dua minggu kemudian atau tak mati lagi)

Pesan aku secara ringkas, jangan buang masa tengok video tu, dan jangan buang masa bercakap tentang ramalan masa depan yang bukan bukan, tahun depan kiamatlah, dajjal nak keluar minggu depanlah, yakjud makjud dah dijumpai lubangnya dan akan keluar 3 minggu lagi, yahudi itu yahudi ini, apa kejadah ntah?! satelit itu Dajjal, logo itu bermaksud XXX, baca terbalik jadi YYY, arghh! Jangan mencampakkan diri dalam kebodohan...

Banyakkan bercakap tentang ‘atas langit dan bawah bumi’.., kalau nak bercakap tentang masa depanpun, cakaplah tentang hari keretamayat datang jemput korang lepas mayat korang mandi mayat...

Jumpa di sana!

Akhir kata:

(Kring kiring kring kring, bunyi seram dari filem the SAW)

“Soon you will know the truth”

Ps: lepas ni berhenti tanya bab ni dalam email,ok!

Oct 19, 2010

Betul ke kita ni Ummat terbaik?

(Kisah aku di bawah kipas dan lampu sedang memandikan keretamayat sambil menunggu mayat doctor dan mayat jurutera dimandikan…)

Masa aku budak budak, bila pergi surau, (ciri budak riang ria yang beriman di akhir zaman), lalu setelah penat bermain dan bergurau bersama rakan sebaya ketika orang dewasa sedang solat, dan sebaik imam duduk tahiyat akhir, maka akupun terus duduk tahiyat akhir bersama mereka di saf paling belakang, lantas turut menyempurnakan rukun tiga belas solat, dan setelah memberi salam bersama dengan jemaah yang lain.., lalu pakcik pakcik surau melihat aku dengan pandangan kagum dan mungkin sempat berangan aku menjadi menantu, maka akupun mengkumat kamitkan mulut seperti orang yang hebat berzikir..,

Lepas solat, dalam kepenatan bermain ketika jemaah sedang solat tadi, terdengar ustaz berceramah tentang betapa beruntungnya menjadi Ummat kepada Nabi akhir zaman, iaitu Nabi Muhammad SAW,

“Ini adalah kerana kita ni adalah sebaik baik Ummat, the Best Ummat, Ummat Terbaik, yang mana bila mati, masuk shurga lebih awal dari seluruh ummat Nabi lain,” Kata Ustaz A sambil menggosok perutnya yang buncit.

Akupun rasa best semacam.., dan cerita ummat terbaik hanya berlegar sekitar masuk shurga awal, dan nikmat nikmat dalam shurga, habis ceramah, kehidupan diteruskan macam biasa, kerja, makan, tangkap ikan, tidur, berak, tengok TV, main bola, dan pergi surau dengar ceramah yang berbeza beza tajuknya.., jadi kat mana kehidupan yang menggambarkan kita ni adalah ummat terbaik?

Habis ceramah malam tu, dan ketika tengok TV hitam putih di rumah Ustaz yang antara penduduk awal ada TV, terlihat filem Bujang Lapok, lakonan P Ramlee, Aziz Satar dan Sudin yang duduk rumah sewa berkongsi bilik air, yang mana di waktu pagi mereka kena beratur untuk mandi, ketika itu tergambar kisah Ummat terbaik di benakku yang bila mati masuk shurga awal dari semua ummat lain, boleh potong ‘que’, tapi aku tertanya Tanya: apa yang bestnya ummat ni sampai mendapat layanan istemewa dari Tuhan?

Aku tengok Ummat ni hidup macam biasa, pagi-pagi pergi kerja, makan, tangkap ikan, tidur, berak, tengok TV, main bola, bersetubuh dengan bini dan pergi surau dengar ceramah yang berbeza beza tajuknya.., jadi kat mana kehidupan yang menggambarkan ummat terbaik?

Sedangkan umat lain ada yang beribadat beratus tahun, ada yang boleh jalan atas air, ada yang boleh terbang, ada yang sujud sehingga batu melekuk, ada yang makanan keluar dari celah jari sebab lama berzikir, tapi kenapa mereka masuk shurga lambat?, berbanding dengan ummat yang hidup macam biasa, pagi-pagi pergi kerja, makan, tangkap ikan, tidur, berak, tengok TV, main bola, bersetubuh dengan bini dan pergi surau dengar ceramah yang berbeza beza tajuknya.., apa yang best sangat dengan amalan ummat ini?

Rupa-rupanya, jawapan ada dalam Al quran, Ustaz yang ada TV hitam putih tu tak cerita habis (atau aku yang tertidur waktu ustaz cerita-sangka baik)

Jadi kali ni aku nak terangkan kepada mereka yang tertidur ketika ustaz ceramah, atau kepada mereka yang langsung tak datang surau waktu kecik sampailah sekarang akan kenapa kita masuk shurga awal dari ummat lain..,

(masukkan elemen muzik soundtrack dari filem JAWS kat sini)

******

Ceritapun bermula…

Seorang Raja yang masuk ke dalam istana barunya, lalu mendongak di ruang balai mengadap, maka terlihatlah di atas kepalanya, tergantung kipas syiling dan lampu-lampu..

Sebagai seorang Raja, beliau patut murka kepada benda yang dimuliakan begitu tinggi, sehingga lebih tinggi dari batu jemala baginda, tapi Raja tidak marah?

Kenapa Raja tidak marah kepada lampu dan kipas yang berada lebih tinggi dari kepala jemala seorang Raja?

Jawapan: Kerana kipas dan lampu itu membuat ‘kerja’ masing-masing, iaitu kipas ‘bekerja’ (berputar) memberi kenyamanan kepada Raja, dan lampu ‘bekerja’ (bercahaya) memberi cahaya kepada Raja…

Tapi cuba bayangkan, jika kipas dan lampu itu tidak berfungsi, ‘on’ suis banyak kali, kipas tak berpusing jugak, lampu juga tidak menyala, maka bukan Raja sahaja yang Murka, korangpun akan marah pada lampu dan kipas yang kita letak tinggi tinggi tapi tak buat ‘kerja’(tak beroperasi)

Maka apa akan kita buat kepada kipas dan lampu yang tidak ‘bekerja’? tak beroperasi? Dah tentu kita turunkan dia dan buang dalam tong sampah? Lalu mengganti dengan kipas dan lampu yang baru…

Moral, kipas dan lampu atau apa sahaja, adalah tidak layak berada di atas jemala kita, sebaik sahaja kipas tu tak berfungsi sebagai kipas, dan ketahuilah bahawa, orang bengong sahaja yang gantung kipas rosak dalam rumah!

Dan kipas yang terbaik, bukannya kipas yang cantik di kedai kipas, atau mahal, atau antic, tapi kipas yang terbaik adalah kipas yang digunakan oleh orang ramai, sehingga orang ramai mendapat manfaat dari bilah bilahnya..

Sekarang faham tak bagaimana nak hubungkan antara kipas terbaik dan ummat terbaik?

Jika masih slow, aku bagi contoh lain:-

Ok, sekarang aku nak tanya, bilakah seorang doctor itu layak mendapat gelaran sebagai seorang doktor yang terbaik?

Adakah waktu doctor itu lulus cemerlang dalam ujian kedoktororan?, atau waktu mendapat sijil kepujian 4 pointer dalam peperiksaan? Sehingga digelar perlajar elit yang "cream", atau berjaya mengharungi housemanship dengan jayanya?! Adakah begitu?!

Tidak!, Doktor tidak menjadi doctor terbaik ketika mereka belajar ilmu kedoktoran, (walaupun mungkin mereka pelajar terbaik), sebaliknya Doktor akan menjadi doctor terbaik adalah apabila mereka membuat ‘kerja-kerja’ kedoktoran, iaitu apabila mereka ‘terjun’ ke dalam masyarakat, dan menggunakan ilmu kedotorannya untuk menyelesaikan masalah penyakit masyarakat sehingga masyarakat mendapat manfaat dari ilmu kedoktorannya, maka ketika itulah seorang doctor itu layak mendapat gelaran sebagai seorang doktor yang terbaik!

Faham?

Contoh lain, bilakah seorang Jurutera itu layak mendapat gelaran sebagai seorang Jurutera yang terbaik?

Adakah waktu Jurutera itu lulus cemerlang dalam ujian peperiksaan sehingga mendapat anugerah Dekan? Atau ada sijil berdaftar dari Lembaga Jurutera Malaysia yang mencukupi syarat sebagai jurutera professional? Adakah begitu?

Tidak!, Jurutera tidak menjadi Jurutera terbaik ketika mereka belajar ilmu kejuruteraan, (walaupun mungkin mereka pelajar terbaik), sebaliknya Jurutera akan menjadi Jurutera terbaik adalah apabila mereka membuat ‘kerja-kerja’ kejuruteraan, iaitu apabila mereka ‘terjun’ ke dalam masyarakat, dan menggunakan ilmu kejuruteraanya untuk menyelesaikan masalah teknikal masyarakat sehingga masyarakat mendapat manfaat dari ilmu kejuruteraanya, maka ketika itulah seorang Jurutera itu layak mendapat gelaran sebagai seorang Jurutera yang terbaik!

Jadi balik kepada tajuk asal, bilakah suatu Ummat itu, layak mendapat gelaran sebagai Ummat yang terbaik?

Adakah waktu Ummat itu belajar ugama? Dengar ceramah? Menadah kitab? Hebat berzikir? Membuatkan mereka menjadi Ummat terbaik?

Jika begitu, apa lebihnya Ummat ini berbanding Ummat terdahulu? Ummat terdahulupun belajar ugama dan beribadat, malahan lebih hebat dari ummat akhir zaman, maka di mana hebatnya kita?

Adakah kerana kita berpolitik meluaskan sempadan pemerintahan menjadikan kita ummat terbaik? Ummat terdahulu lagi hebat berpolitik meluaskan sempadan sampai terkorban nyawa, maka di mana hebatnya kita?

Jawapan ada dalam Al quran wahai tuan tuan dan puan puan yang dimuliakan oleh Allah Subhanahuwataala sekalian, yang mana suatu Ummat, tidak menjadi Ummat terbaik ketika mereka belajar ilmu ugama, (walaupun mungkin mereka pelajar terbaik, hafal hadith, pakar Masail, halal haram meniti dibibir), sebaliknya Ummat akan menjadi Ummat terbaik adalah apabila mereka membuat ‘kerja-kerja’ Ugama, iaitu apabila mereka ‘terjun’ ke dalam masyarakat, dan menggunakan ilmu ugamanya untuk menyelesaikan masalah Ummat sehingga masyarakat mendapat manfaat dari ilmu ugamanya, maka ketika itulah suatu Ummat itu layak mendapat gelaran sebagai Ummat yang terbaik!

Faham?

Apa kerja ummat terbaik?

"Kamu (wahai umat Muhammad) adalah SEBAIK-BAIK UMAT yang dilahirkan bagi (faedah) umat manusia, (kerana) kamu MENYURUH BERBUAT SEGALA PERKARA YANG BAIK DAN MELARANG DARIPADA SEGALA PERKARA YANG SALAH (Berdakwah) serta kamu pula beriman kepada Allah "

(Aali Imran 3:110)

Jadi, aku dan korang menjadi umat yang terbaik bukanlah di atas dasar kerana kita ni umat Nabi Muhammad semata-mata, tapi kita menjadi sebaik baik ummat adalah apabila kita membuat kerja yang memberi faedah kepada manusia didunia dan akhirat, iaitu menyuruh berbuat segala perkara yang baik dan melarang daripada segala perkara yang salah,

Inilah kerja Ummat terbaik, dan inilah fungsi ummat terbaik..

Ingat!, kipas yang tak berfungsi, adalah tidak layak duduk ditempat tinggi, dan patut dibuang dalam tong sampah, begitu jugak Ummat yang tak ‘berfungsi’, tak layak mendapat kedudukan sebagai Ummat terbaik dan patutlah tuhan sediakan azab yang keras kepada mereka yang mengabaikan kerja-kerja kenabian ini.., oh!

Oleh yang demikian, berdakwahlah sebagaimana Nabi berdakwah kerana ummat terdahulu, mereka tidak mendapat anugerah kerja ini,

Dulu, bila Nabi wafat, Allah lantik Nabi lain buat dakwah, lepas Nabi lain itu wafat, Allah lantik pula Nabi lain, begitulah seterusnya sehingga tiba ke zaman Nabi terakhir yang tidak ada Nabi lagi selepas ini, kenapa?

Kerana ummat yang terbaik adalah Ummat yang menyambung kerja kenabian.., pernah zaman firaun, ketika Allah perintah Nabi Musa Berdakwah kepada Firaun, Maka Nabi Musa mintak Harun sepupunya untuk menemani baginda bertemu Firaun, maka Allah melantik Harun menjadi Nabi terlebih dahulu, barulah layak berdakwah kepada Firaun, sedangkan Sahabat Nabi, dengan gelaran Ummat terbaik, mereka semua diberi kehormatan membuat kerja kerja kenabian tanpa perlu dilantik menjadi nabi.

Jadi balik bab masuk shurga awal, Ummat dulu tentu tak marah kepada ‘kipas yang duduk tinggi jika kipas tu buat kerja’, kan?

Tapi tentu pelik jika kita setakat pagi-pagi pergi kerja, makan, tangkap ikan, tidur, berak, tengok TV, main bola, bersetubuh malam jummat dan pergi surau dengar ceramah yang berbeza beza tajuknya, lalu kita claim kita ummat terbaik dan perasan bila mati dapat masuk shurga awal dari ummat terdahulu, sedangkan kerja menyuruh berbuat segala perkara yang baik dan melarang daripada segala perkara yang salah tidak buat, pelik?

Kalau yang buatpun, setakat email forward, tulis blog dan tulis Facebook cerita ugama dan anggap sudah memadai menyambung kerja Nabi lalu perasan bila mati dapat masuk shurga awal, memang hampeh!

Akupun tak boleh lama disini, sebagai keretamayat, tak kanlah aku nak panaskan injin kereta dan basuh bagi kilat jer hari hari sambil update blog, aku kenalah buat kerja sebagai sebuah keretamayat,

Jika tidak.., aku tak layak mendapat gelaran sebagai kereta mayat yang terbaik kerana kereta mayat tidak menjadi kereta mayat terbaik ketika parking dalam garaj dimasjid, sebaliknya kereta mayat akan menjadi kereta mayat terbaik adalah apabila kereta mayat membuat ‘kerja-kerja’ kemayatan, iaitu apabila kereta mayat ‘terjun’ ke dalam masyarakat, dan menggunakan ilmu kemayatannya untuk menyelesaikan masalah bau busuk masyarakat mayat sehingga masyarakat bakal mayat mendapat manfaat dari ilmu kemayatan kereta mayat, maka ketika itulah kereta mayat itu layak mendapat gelaran sebagai seorang kereta mayat yang terbaik!

Aku pergi dulu, sebab dengar cerita, korangpun dah jadi mayat, dah tentu orang lain mandikan mayat korang, kafankan, aku disini tak sabar nak hantar mayat korang ke kubur, sampai kubur dah tentu orang lain tanam, aku pergi dulu, nak isi minyak jap..., nak ambik mayat orang yang paling korang sayang pulak..

Ok, jumpa nanti lepas mayat korang dah mandi.

Chow!

Ps: Aku, jika tak dapat gelaran keretamayat terbaik, dapat gelaran tokoh Maal Hijrah pun ok gak, woha!

(Eh, kenapa kipas bilik aku dah tak hidup ni?)

Oct 11, 2010

Upah Haji?

(Lagu latar entry ini: Panggilan Haji, Telah Tiba lagi, Menunaikan Ibadah, Panggilan Baitullah,Tanah Suci Mekah, Ya Makkatulmukarromah..)

Lepas solat, ketika melewati pintu surau untuk pulang, aku terlihat papan kenyatan surau dipenuhi iklan “upah Haji”..

Anak aku si H yang ikut sama solat, bertanya:

“Ayah, 'Upah haji' tu apa?”

“marilah kita naik kereta dulu, dalam kereta ayah cerita”

Tapi dalam kereta, aku lupa nak bercerita, sebaliknya, aku menyanyi pula.., dan buat korang yang nak tahu apa itu upah haji, eloklah tanya budak tingkatan empat atau rujuk buku teks mereka bab 13, ada cerita bab haji dan bab upah haji.

Sekian..

Cerita Tambahan

Anak anak cepat belajar, ketika aku mengantuk dalam kereta, kadang kadang aku sengaja menyanyi dengan nada suara yang kuat akan lagu yang aku ingat-ingat lupa seperti lagu Khatimah Cinta - 6ixth Sense:

“Sudahlah sudah, Ku harus pergi, Jangan kau tangisi aku lagi..”

“Biarku bawa seluruh cintamu, Ku dakap dalam tidur panjangku..”

Bila sampai rumah, dalam kesibukkan berselisih dengan anak ketika buat kerja kerja rumah sempena tolong bini setahun tiga kali, terdengar si N, anak perempuan umur 4 tahun menyanyi:

“Susahlah susah, Ku haus pegi, Jangan kau tangisi aku lagi..”

Wow! Budak budak cepat belajar, dan aku bersama bini gelak sebab si anak menyanyi dengan pelat..

“Susahlah susah”...

Yang lebih lawak, bila si abang, H umur 7 tahun dan juga abang A umur 6 tahun akan membetulkan kesilapan dalam lirik lagu si adik N..,

“Bukan ‘SuSahlah suSah’, orang ‘SuDahlah suDah’” kata abang A sembil mencebik bibir,

Tapi si N dengan selamba berkata, “biarlah..,” lalu menyanyi kembali,

“Susahlah susah, Ku haus pegi, Jangan kau tangisi aku lagi..”

Oleh sebab adiknya tak ikut cakap, maka si A juga akan menyanyi dengan lirik yang betul:

Adik A: “Sudahlah sudah, Ku harus pergi, Jangan kau tangisi aku lagi..”

Adik N: “Susahlah susah, Ku haus pegi, Jangan kau tangisi aku lagi..”

Bini aku: “Sudahlah sudah menyanyi tu, pergi mandi!”

Aku: Ha ah, baik korang mengaji dan betulkan tajwid!

Woha!

Keretamayat dan Lagu Merapu

Di malam hari, ketika aku sedang berguling dengan bini diruang tamu depan TV, terdengar anak aku Si N, si A, dan si H bermain-main sambil menyanyi..

Aku gelak sambil berguling dengan bini kerana lirik yang anak aku menyanyi adalah ikut lirik yang aku ubah dalam kereta:-

Antara lagu yang buat aku berguling dengan bini, adalah lagu ni:-

Tanya sama mayat
(ikut lagu tanya sama pokok)

Tanya Sama Mayat
Apa kamu tinggal
Nanti Jawab Mayat
Harta dan waris

Tanya Sama Anak
Mana Harta Ayah
Nanti Jawab Anak
Semua Dah Jual

Co2
Tanya Sama Isteri
Mana Pergi Suami
Nanti Jawab Isteri
Aku Dah Kahwin

Tanya Sama Mayat
Siapa Tuhan Kamu
Nanti Jawab Mayat
Aku Tak Tahu.

Co3
Tanya sama Mayat
Siapa Nabi kamu
Apa Ugamamu
Mana Kiblatmu

Apa Petunjukmu
Siapa Saudaramu
Nanti jawab mayat
Semua tak tahu.

Aku tak tahu apa reaksi cikgu mereka jika anak-anak aku ni menyanyi lagu ni kat sekolah, dan bini aku bertambah berguling-guling mendengar mereka menyanyi lagu ini pulak..

KERETA MAYAT WARNA PUTIH.
(ikut lagu kereta kecil warna merah)

Tak Kira Kampung Atau Kota
Semua Akan Naik Kereta
Kereta Mayat Warna Putih
Boleh Membawa Kita Ke Kubur

Pong Pong Pong Pong Pong Pong Pong
Kereta Mayatku Berbunyi
Marilah Imam Mari Jiran
Mari Menghantar Kita Ke Kubur


Dan terkini, sempena musim haji, aku ada menyanyi lagu merapu yang baru dalam kereta, dan malam tadi, si anak update akan carta lagu baru merapu ayahnya yang aku ubah ikut suka hati, iaitu lagu panggilan haji, di tukar kepada upah haji. Kita dengar sama sama.

UPAH HAJI
(ikut lagu panggilan haji)

Upah Haji,
Telah Tiba lagi,

Menunaikan Ibadah,
Orang yang dah mati,

Kerjalah kuat-kuat,
Bila mati upah haji..

Woha!

Moral; Anak-anak cepat belajar, jika korang mahu anak jadi artis, menyanyilah dalam kereta, jika mahu mereka jadi ahli politk, mengumpatlah dalam kereta, jika mahu mereka jadi hafiz, mengajilah dalam kereta, dan jika mahu mereka jadi Da'e, maka berceritalah tentang kebesaran Allah dalam kereta.

Sekian.

Ps: aku mengucapkan selamat upah haji kepada waris yang ada mak bapak yang kaya setelah melancong ke seluruh dunia tapi tak sempat pergi haji, lalu mati, maka, selamat upah haji!

(Lagu latar: Upah Haji, Telah Tiba lagi, Menunaikan Ibadah, Orang yang dah mati,Kerjalah kuat-kuat, bila mati upah haji..)

Oct 1, 2010

Apa tanda ahli neraka?

(Memiliki barang mewah yang korang rasa bangga tapi nobody care, mungkin petanda bahawa korang adalah ahli neraka, mungkin..)

Sempena menumpang hari raya enam orang lain, dan sempena lepas raya yang banyak habiskan duit korang beli barang mewah yang korang rasa bangga tapi nobody care itu, aku terpanggil (rasa semacam guna prosa ‘terpanggil’) untuk berkongsi beberapa tip kali ni tentang tanda-tanda mereka yang bakal masuk neraka.

Tak perlu aku cerita tanda korang masuk neraka adalah apabila korang tak solat atau tak puasa, atau tak hormat orang tua, atau tak bayar zakat fitrah, rogol budak dan buang anak dalam tong sampah, itu budak kecik sekolah tadikapun tahu, aku nak cerita kali ni adalah tanda mereka yang masuk neraka kerana mengalami masalah kewangan, terutama lepas raya sebegini.., lalu mati miskin dan masuk neraka…

Ya, aku tahu, tak salah jadi miskin, Nabipun miskin, dan sahabat bagindapun ramai yang miskin, dan orang miskin akan masuk shurga lebih awal dari orang kaya, kerana kurangnya hisab atas mereka, jadi aku bukan nak cakap jadi miskin itu salah, yang salah bila kemiskinan kita menyusahkan orang, itu yang salah..,

Alang-alang dah jadi miskin, biar mati masuk shurga, tapi jika jadi miskin dan masuk neraka, itu yang payah.., itu yang bengong!

Perlu di ingat sekali lagi, aku bukan nak cerita tentang orang fakir miskin yang tak cukup makan, atau anak yatim takde mak bapak, atau ibu tunggal takde suami dan madu, atau mereka yang pernah muncul dalam rancangan ‘bersamamu..’, bukan itu sasaran aku, mereka miskin kerana diuji Allah, yang mana jika mereka bersabar, insyAllah akan masuk shurga lebih awal dari semua orang kaya dalam dunia yang tonton mereka melalui program TV berbayar...

Mereka bukan miskin masuk neraka, mereka miskin masuk shurga jika bersabar dan masih taat perintah Allah.

Sasaran aku dalam entry ini adalah korang yang jika hidup sederhana, maka adalah banyak duit simpanan, bolehlah bersedekah, pergi haji, sambut takazar ugama atau bantu orang lain, tapi puak puak bengong ni, menyusahkan orang kerana menyelenggara hidup lebih dari pendapatan sebab mereka berlagak bagus kerana memiliki barang mewah yang korang rasa bangga tapi nobody care!

Note: Siapa peduli dengan harta orang lain maka mereka pun sama bengong!

Bengong kerana tak ukur kondom dikemaluan sendiri, eh? Silap, bengong kerana tak ukur baju di badan sendiri lalu menyelenggara hidup lebih dari pendapatan sebab mereka perasan bagus kerana memiliki barang mewah yang korang rasa bangga tapi nobody care!

Beli rumah besar separuh gaji punya ansuran dan renovate lagi buat loan peribadi dengan niat, rumah akulah yang paling besar antara mereka dan mereka.., memang hampeh!

Korang tahu tak? Nabi kutuk orang yang buat rumah besar dengan niat riak, masuk nerakalah korang.., pesan Nabi, “perbelanjaan yang paling buruk adalah membina bangunan…” (dengan niat menunjuk-nunjuk)

Itu belum cerita betapa besarnya dosa bab rumah besar yang menghalang angin bertiup kerumah jiran.., juga boleh membawa ke neraka…

Kemudian, bila rumah besar, sudah tentu: perabot, perkakas dapur, barangan letrik, peti ais, mesin basuh, TV, kalkulator, alat senaman, mangkuk tandas, set sofa, set meja makan, dan semua benda mewah mewah yang korang rasa bangga tapi nobody care itu mestilah besar jugak, baru ‘match’ dengan rumah besar, maka korang beli dengan kredit card sampai habis limit dan setiap bulan hidup gelisah kerana dosa bertambah akibat riba bertambah-tambah. Tak ke masuk neraka?

Lepas tu pulak, bila rumah dah cantik, tak kan lah nak pakai kereta Wira, atau Waja, atau Exora, atau mana-mana kereta buatan Malaysia, maka korang pinjam duit pulak dengan ansuran separuh gaji untuk beli kereta (isikan nama kereta yang korang tag dalam facebook sebagai kereta idaman yang korang rasa bangga jika beli lalu bincang dalam komen kat facebook macam orang hidup seribu tahun).

Kemudian, dah ada kereta mewah, tempat parking mestilah ditepi landskap yang ada kolam ikan dan air terjun butan sendiri, siap dengan patung bangau sedang termenung ditepi pokok bunga, yang mana jika orang bengong tengok rumah korang rasa cemburu tapi aku tengok rasa kasihan, sebab?

Sebab ada tanda-tanda ahli neraka!

Wah, cik Hamka sudah melampau, melebelkan orang ahli neraka ni hanya kerja parti politik so call Islamic terhadap mereka yang tak pangkah parti kegemaran mereka, sejak bila keretamayat dah pandai letak hokum orang kaya masuk neraka?

Woi Mangkuk!, baca sampai habis, aku tak kata orang kaya masuk neraka, tapi Nabi ada kata yang orang kaya lambat masuk shurga, dan cerita aku tentang ahli neraka adalah apabila korang ada melakukan 10 perkara bengong di bawah, jika ada, baru boleh membaca bab kehidupan ahli neraka supaya korang tak janggal waktu tiba disana kelak..

Mari kita bincang bab ni, dan kita check diri masing-masing, ada tak pada diri kita, akan tanda-tanda ahli neraka dalam bab menguruskan harta dunia, check jangan tak check..., jangan cakap banyak. Tepuk dahi Tanya akal, tepuk lutut Tanya nafsu, tepuk dada Tanya iman…,

Layan…

Tanda korang ahli neraka (jika tak bertaubat)

1.Korang berhutang dengan Along

Hutang dengan kakak sulung korang yang bernama Along takpe, tapi jika korang berhutang dengan Along, korang akan miskin di dunia kerana riba(bunga) Along sangatlah tinggi, dan korang juga akan miskin di akhirat kerana Allah melaknat mereka yang terlibat dengan riba, eh, korang bukan miskin di akhirat, tapi akan diazab.., dan mungkin didunia juga korang akan diazab, seperti dikurung oleh Along dalam bilik bawak tanah minum air paip dan makan roti expired, sebelum anggota badan yang penting dipotong-potong..

Maka nasihat aku, jangan jadikan diri kita ni sehina hina manusia dalam islam bila kita sanggup berhutang dengan Along kapir yang bunganya berjalan mengikut kiraan hari…, nak beli perabot, nak beli TV LCD, nak beli patung bangau untuk letak tepi kolam kecik dalam pagar rumah,, tak payahlah nak berhutang dengan Along,.., carilah jalan lain.., kita orang islam, dah tahu Along itu haram, buat apa nak berhutang jugak.., Allah laknat, tak selamat dunia akhirat, tak berbaloi kena potong tangan atas kesalahan bukan hudud, cukuplah kerandut zakar dipotong waktu kecik, sila ambik pengajaran dan bertaubatlah..

2.Ada Kad Kredit tapi tak laku sebab dah kena block.

Jangan emosi dulu, akupun ada Kad Kredit, bagi aku kad kredit adalah untuk orang bijak yang malas bawak duit atas factor keselamatan atau menjimatkan masa dan belanja tanpa dikenakan cukai tahunan atau riba kerana bayar pada tarikh sebelum riba bermula, tetapi bagi mereka yang slow dan mudah diperbodohkan, mereka akan belanja sampai habis limit kad yang melebihi pendapatan bulanan dan bayar bulanan hutang dengan jumlah paling minimum… (itu yang bayar, yang tak bayar lagi bangang)

Bila korang berhutang guna kad kredit, maka riba akan berjalan, apatah lagi korang berhutang untuk beli perkara sampah seperti (masukkan sendiri barang mewah yang korang banggakan tapi takde siapa pedulipun).., dan riba kad kredit adalah riba yang paling tinggi dalam semua riba yang di’halal’kan oleh kerajaan., sendiri mahu ingat!

Kalau korang diistihar muflis kerana kad kredit, aku tak tahu nak cakap apa.., ok, aku tahu:

wahai si bengong, bayarlah hutang cepat cepat dan bertaubatlah jika tak nak masuk neraka..

3.Pinjam duit kawan dan melengah-lengahkannya.

Pinjam duit kawan, adik beradik, saudara mara, adalah tidak salah, Nabipun berhutang, lagipun pinjaman sebegini takde riba, sangat bagus.., tapi jika korang tangguhkan bayar hutang sehingga menyusahkan kawan, adik beradik, saudara mara, PTPTN dan MARA, maka ingatlah, apabila kawan, adik beradik, saudara mara, PTPTN dan MARA yang korang lengah-lengahkan hutang tu mati tanpa sempat korang bayar, maka bersedialah untuk bagi pahala korang pada mereka jika korang jenis solat awal waktu, tapi jika korang jenis solat lengah lengah, sama macam bayar hutang lengah lengah, maka bersedialah untuk ambik dosa mereka dan masukklah korang ke dalam neraka dibakar doa laknat PTPTN, MARA, YAYASAN, kawan, adik beradik, dan saudara mara…

Berdosa dengan Allah, ada peluang untuk diampunkan, tapi bila mati dengan bawak hutang maka sengat besar seksanya diakhirat.., sudahlah hidup didunia orang benci, mati pulak masuk neraka, bengong!

(tolong jangan marah aku guna perkataan bengong sebab mereka memang bengong kerana berhutang untuk hidup mewah tapi lupa nak bayar sehingga menyusahkan orang lain, memang bengong,)

4.Ambik rasuah.

Ni lagi satu masalah besar dalam Negara selain dadah, denggi, dan pembakar bendera ditepi jalan.., arghh, aku malas nak cakap banyak, sebab selalu keluar iklan dalam Tv iaitu mereka yang rasuah akan di penjara maksimum 20 tahun dan denda lima kali ganda nilai suapan, dan aku tambah, korang juga akan masuk neraka!

Nabi bersabda dalam hadith yang diriwayatkan at-Tirmizi bermaksud: "Penerima dan pemberi rasuah akan ditempatkan di dalam api neraka.

(Untuk rujukan: No telefon BPR: talian bebas tol 1-800-88-6000)

5.Jarang balik kampung

Orang tua dikampung sangat rindu pada korang, tapi korang sebab belanja besar dalam hidup beli barang mewah yang korang banggakan tapi takde siapa pedulipun, akhirnya hujung bulan takde duit, lalu setahun dua kali balik kampungpun payah.., kenapa?

Alahai tak kan tak tahu, nak balik kampung, naik kereta minyak mahal, duit tol lagi, minyak hitam lagi nanti jika kereta rosak, duit lagi, sampai kampung, kena bagi duit lagi kat mak ayah.., akhirnya korang jarang balik, mak bapak kecik hati, dan menangis sambil tonton sitcom cerita indon yang banyak kisah anak derhaka, yang mengingatkan mereka juga ada anak derhaka macam korang, dan korang tahu bila korang balik?

Lepas jiran bagitahu mak bapak korang dah jadi mayat barulah nak balik.., itupun sebab nak tolong jual tanah arwah mak bapak, memang boleh jadi ahli nerakalah anak macam ni..

Sementara mak bapak masih hidup, baliklah kampung ziarah mereka, jika takde duit, cerita betul-betul, mereka nak tengok korang depan mata.., sejukkan mata mereka, tapi jika korang sibuk cari harta dunia sehingga lupa ziarah mereka, lupa makan minum mereka, lupa kain baju mereka, lupa kencing berak mereka, lupa ayam itik mereka, maka koranglah yang Nabi cakap, mereka yang celaka kerana tidak mendapat keampunan dibulan Ramadan sebab mak bapak mereka tak dapat manfaat dari anak-anaknya.

Kata korang:, mak, saya tak boleh balik kampung, kerana saya ada masalah kewangan, minyak mahal, tol lagi, lagipun saya kena bayar banyak bil dalam hidup seperti TV astro full package, tiket wayang setiap minggu, yuran gymnasium, bil api tiga phase (sebab rumah korang ada aircond), yuran langgangan Reader's Digest, yuran kelab kereta jelajah Malaysia takde kerja sebab hidup seribu tahun, kelab golf, clubbing dan (isilah perkara yang mak bapak korang tak pernah buat tapi korang buat siap bayar lagi), memang bengong!

6.Ada kerja tambahan sehingga takde masa nak buat amalan sunnat...

Aku hairan kepada mereka yang dah kerja makan gaji, lepas tu buat kerja tambahan dan bangga dengan apa yang mereka buat, bagi aku, jika korang dah kerja makan gaji, tapi kena buat kerja tambahan, maka itu bermakna pengurusan kewangan korang tak betul, yelah, sebab bila korang banyak hutang beli barang mewah yang korang banggakan tapi takde siapa pedulipun, maka dah tentu korang kena buat kerja tambahan, sehingga tinggal solat berjemaah, tinggal kuliah ugama, tinggal kerja dakwah.., apa yang nak dibanggakan?

Balik kerja terus bukak kedai burger, orang azan magrib, korang potong timun, orang azan isyak, korang potong bawang, orang mengaji, korang potong roti, orang berdakwah, korang potong stim, dengan berkata:

“Hamka, salahkah umat Islam mengumpul harta dengan cara yang halal? Bukankah ada hadith: "Beribadatlah kamu seolah esok hari kamu akan mati dan bekerjalah seolah kamu hidup seribu tahun lagi". Bukankah dengan kekayaan kita boleh membela agama kita?, ingat Hamka, bekerjalah kamu seolah olah hidup seribu tahun”

Woi mangkuk, jika korang sedang bekerja atau sedang buat kerja dunia, tiba tiba dengar azan berkumandang, maka segeralah solat bagi wanita dan segeralah ke masjid bagi lelaki kerana korang bekerja di ibaratkan seolah olah hidup seribu tahun, maka boleh buat lain kali, boleh tangguh!, banyak masa lagi daa..,

Tapi oleh kerana korang beribadat macam esok dah nak jadi mayat, maka korang kenalah segera bersolat serta merta, jangan berlengah lagi, nak mampos???... huh! tinggal esok lagi dah nak mampos, tapi masih sibuk besarkan dunia.. oh

Aku ulang: kita dah nak jadi mayat esok, maka kita tidak boleh tangguh sebarang perintah Allah, misalnya jika kita dengar azan, maka kita kena segera ke masjid, untuk solat berjemaah…, dan jika dah memang kita ada peluang untuk hidup seribu tahun lagi, maka kita kena relexs dan bersabar jika kerja dunia tu tak berjaya atau tak menjadi, kerana kita ada banyak masa lagi tu..!!, seribu tahun lagi ape?!!! ..he he he, relekslah brother.. he he he.

Pesan aku, Tak salah buat kerja tambahan, buat overtime, tapi buat bila perlu sahaja, bukan kena buat tiap tiap hari atau jadi ‘terpaksa buat’, yang mana jika tak buat, maka takde duit nak bayar bil, itu yang tak betul.., itu yang jadi kerja 16 jam sehari, ibadat entah ke mana, usahkan masa untuk ibadat sunnat, solat jemaahpun dah takde, kalau datang solatpun tak nampak muka sebab berbungkus kain kapan dan duduk depan sekali sebelum naik kereta mayat..

Tingallah kedai burger, nyam nyam sedapnya makan oblong burger..

7. Kedekut nak mampos.

Zakat yang dibayar hanyalah zakat fitrah, dan sedekahpun biasanya RM seringgit, tapi dalam diri rasa dah banyak bagi pada Allah, maka bila adik beradik susah, atau jiran susah, atau ada fakir miskin mintak tolong, terus ungkit, aku dah banyak bagi sedekah kat masjid, (RM seringgit seminggu), pergi jumpa Along!

Orang kedekut tak ke manapun, duit banyak akhirnya jadi hak waris, badan jadi hak ulat, dan korang masuk neraka, tak ke manapun.

8. Suka bertanya bila gaji nak masuk (bagi mereka yang makan gaji)

Tak salah bertanya, tapi jika gaji masuk 25 haribulan, 26 haribulan, dah bayar hutang dengan semua gaji, kedai burgerpun tak beberapa laku, maka 27 haribulan dah tanya, errr, bila gaji masuk? Tak ke ahli neraka? Sebab jika korang ahli shurga korang akan Tanya, bila zohor nak masuk? Faham!

Akupun tanya jugak pada 22 haribulan, bila gaji masuk?, dan jika mereka cakap, esok lusa masuk, maka aku terus pergi membeli belah keperluan rumah sebab tak nak bersesak sesak dan biasanya sebelum 25 haribulan pasaraya lengang dan barang murah..

Err, gaji dah masuk ke? Bulan lepas punya potongan KWSP tak habis lagi, woha!

9. Marah bila bercakap bab duit.

Aku tak tahupun korang ada masalah kewangan, aku tanya sahaja, “apa kata hujung minggu ni kita pergi berkelah di Pulau Kapas?” terus korang marah kerana anggap aku hina korang yang ada hutang Along, kredit kad, kedai burger tak boleh tutup hujung minggu lau beremosi dengan aku. Marah marah..

Relaklah brother, gua lupa lu ada kedai burger yang kena operasi setiap malam untuk bayar hutang along sebab beli beli barang mewah yang lu banggakan tapi takde siapa pedulipun, ada TV plasma, Astro, tapi tak tengok sebab terpaksa jual burger, siapa peduli? Bodoh lagi apa?

Gua pergi dulu Pulau kapas, lepak homestay sana dua hari, minggu depan nak pergi langkawi pulak.., jangan emosi bro, nanti gua tag gambar gua pergi melancong di singapura dalam facebook lu..

Jangan marah-marah bro, nanti masuk neraka!

Ada masa, kita pergi iktikaf di masjid, apa?!, tak boleh iktikaf sebab takde duit? Bengong!

10. Guna duit raya anak dan tidak berniat nak ganti balik.

Pelik?, lepas raya kenapa lu banyak bawak duit RM seringgit bila belanja?

(Malas nak tulis karangan cerita ini)

11. Takde akaun tabung haji.

Kitaorang mana ada duit nak daftar pergi haji, nanti kitaorang kaya, kitaorang tak mainlah pergi haji dengan pekej murah, kitaorang akan pergi haji dengan syrikat swasta, pekej perdana, RM30 ribu, berkemah dipadang arafah dalam bilik air cond, makan nasi lemak walaupun di tanah arab dan beriktikaf dihotel mewah, sekarang kitaorang takde pendahaluan RM1300, kitaorang tak mampu, lagipun rumah kitaorang ada astro, TV plasma kat dapur dan TV LCD kat ruang tamu, DVD player lagi, sound system surround, mana mampu daftar tabung haji, tayar spare kereta punya rimpun tak sport, (yang lain semua dah sport). Lagipun duit bulan ni nak beli patung bangau betina untuk letak tepi kolam kecik dalam pagar sebab kesian patung bangau jantan yang selama ni sekor sekor duduk tepi kolam, dia kesunyian..,

Haji adalah rukun islam, jika takde niat nak pergi, boleh masuk neraka…, tapi bangau tu kesunyian, Nabi adam dalam syurgapun kesunyian, bila takde Hawa, bangau saya lagilah kesunyian..

(adegan seterusnya terpaksa didelete kerana aku sedang mematahkan leher bangau kesunyiannnya agar tidak kesunyian lagi)

12. Mencuri

Ini memang bengong ganda dua puluh tiga (masukkan soud effect guruh)!, orang yang hutang dengan along ‘lebih baik’ dari korang yang mencuri, aku pernah nampak dalam CCTV seorang wanita bengong yang curi susu anak dalam pasaraya sorok celah kain, harga RM 22 ringgit untuk satu kilogram, susu tu dah jadi haram, anak makan benda haram, dan maka bapak boleh masuk neraka, bodoh!

13.Mintak derma kon nak buat masjid.

Kat Malaysia ni ramai yang mintak derma konon nak buat masjid, tapi rupanya duit tu masuk poket sendiri untuk memiliki barang mewah yang korang rasa bangga tapi nobody care..

Memang masuk neraka!

14:Menipu dalam jual beli.

Contoh: Penipu akan datang pada korang dengan muka manja dan berlagak insan kamil lalu pujuk rayu korang gores satu kad, korangpun sebagai pemuda-pemudi yang menghafal rukun negara, tolak cara baik, tapi penipu tabah lalu buat muka kasihan bagitahu bos dia akan bagi dia 50 sen kat dia sebagai upah jika korang gores, (penipu kena pandai berlakon, semua pelakon menipu dalam wataknya) korang sebagai insan yang baik dan berhati perut mulia pun cepat rasa kasihan, korangpun goreslah.., bila korang dah gores, dia pun akan buat muka terkejut, (pelakon yang berkebolehan melakonkan pelbagai watak)

“wah, cik adik dah menang besar, 1. 5 juta bla bla bla,”

Lepas tu tepon member dia bagitu korang bertuah, lepas tu datanglah bos dia (juga seorang pelakon handalan) puji dan kagum dengan ‘rezeki’ korang, lepas tu korang kena beli barang dia dalam harga RM 3000, baru layak cabutan bertuah hadiah bernilai 1. 5 juta he he he…, member aku yang lurus dan sudah simpan duit nak kahwin, tapi masih cinta dunia dah terkena penyakit wahan.

Lalu beli barang rumah yang tak berguna seperti ‘air cond’ mudah alih (kipas letak air batu) yang mana jika kos asal adalah dua tiga ratus kot tapi dia kena bayar RM 3000, lepas tu bila buat cabutan bertuah dapatlah set pinggang mangkuk tak bermutu.., aku pun tak paham, lebih kurang gitulah member aku cerita.. ish ish ish.. siapa mangkuk dalam cerita ni? siapa yang jadi mangkuk bertingkat dan siapa yang jadi mangkuk hayun?

Pergi masuk neraka!

15.Membunuh orang kaya di dalam kebun

Menculik, memaksa lakukan transaksi wang jutaan ringgit, pukul hingga mati, bunuh, bakar mayat atas zink, dan buang mayat ke sungai.

Korang memang layak masuk neraka! Tak payah cakap banyak.

16.Membunuh diri.

Malas dah nak tulis, akhir zaman ni, dah ada orang islam yang bunuh diri sebab masalah duit, lepas tu masuk neraka, apa punya hampeh daa…

17…. (berhenti minum air kejap)

Arghh, aku mula mula nak tulis sepuluh bab sahaja, tapi masuk nombor 17 ada banyak lagi ilham datang, maka aku stop sampai sini, korang sambunglah sendiri.. aku dahaga..

Akhir kata:-

Tak salah jadi miskin, Nabipun miskin, dan sahabat bagindapun ramai yang miskin, dan orang miskin akan masuk shurga lebih awal dari orang kaya, jadi aku bukan nak cakap jadi miskin itu salah, yang salah bila kemiskinan kita menyusahkan orang, itu yang salah..,

Alang-alang dah jadi miskin, biar mati masuk shurga, tapi jika jadi miskin dan masuk neraka, itu yang payah.., itu yang bengong!

Dalam hadith bagitahu, bilangan orang perempuan masuk neraka adalah 20 nisbah satu, iaitu untuk 20 orang perempuan, satu lelaki akan masuk neraka,

Jika diteliti, orang perempuan memang banyak yang bengong sebab mereka sebenarnya mudah masuk shurga, iaitu jaga solat, akhlak dan aurat, maka masuklah mereka ke dalam shurga, tapi sebab bengong, solat dilengahkan, akhlak buruk, dan tak jaga aurat, maka masuklah 20 orang perempuan itu dalam neraka.

Tapi yang lebih bengong lagi adalah lelaki yang nisbah satu tu.., yang terdiri daripada 17 senarai diatas. memang ngok!

Sekian.

Ps: lain kali aku tulis entry tanda ahli shurga. Sebelum itu, doakanlah agar aku masuk shurga.., dan jumpa korang disana, tingkat lapan, insyAllah.

Bacaan lanjutan: Apa itu rezeki berkat.