Jan 25, 2010

Perasan Unik?

(Blog yang berbentuk nota kepada diri adalah tidak sesuai di baca oleh orang yang ‘perasan unik’)

Aku nak kenalkan korang dengan istilah baru kali ni, iaitu istilah “PERASAN UNIK”…

Perasan Unik adalah ditujukan kepada mereka yang otaknya slow, lalu cuba menjadi lain daripada yang lain, tapi akhirnya menyusahkan orang...

Sebagai contoh, adalah mereka yang selalu komen aku tapi menggunakan tulisan yang ‘perasan unik’ seperti:-

1)Tulis bahasa inglish tapi ada banyak z :

“Finazlly! I've beenz waitinz 4 some1 to condemned diz "trash". Waa...looz at diz. U kow? We R so stupid coz wez juz zzzzzzz,

I likes yos blozz soz muzz..

Aduhh, tolonglah jangan susahkan aku yang dah tua ni, aku tahu ada mat saleh yang tulis macam ni dalam blog mereka, ‘I wuz ere’ atau apa-apa, tapi itu mat saleh bangang!, benda yang bangang tak payah nak ikut, nyusahkan orang jer, tolonglah jangan ikut mereka dalam perkara kebodohan, niz yangz akuz nakz marah gilezz ni, akuzz lemapngzz teruz z, fuz u!

2) tulis terlalu singkat..

“ cik km, knp x u/d bg lg? I u/d hari2 x de pun?tlg u/d, sbb i sk sgt u pya blg bl bl bl..”

Aduh.., maaf jika ada yang terasa, blog aku bukan sms, email akupun bukan sms, tolonglah tulis elok elok, korang nak tanya soalan ugama, tapi aku tak paham apa korang tulis, lalu bila aku tak layan, korang email pulak..

“cik km, sy dh mail tny soklan, knp x jwb lg? Sy sdg ssh, tlg sy bl blb bl..

Korang perasan tak? Aku mana ada tulis short cut dalam blog aku, memang aku akui waktu mula tulis blog dulu, aku ada tulis ringkas-ayat, seperti ‘yg’ untuk ‘yang’.., sebab waktu tu aku tulis nota kepada diri sendiri.., tapi bila aku tahu ramai orang baca blog aku, aku dah tak tulis ‘yg’ lagi untuk yang.., sebab aku tak nak menyusahkan orang, jadi jika korang nak jadi bijak, bila berurusan dengan orang, tulis elok elok, jangan tulis macam ni:

“emm stlh aku bc bog en hamka ni psl ni,mmg peras trgaggu ms ni.....bkn nk ckp en hamka wt perasaan aku t'ganggu tp,tu la klu iman tak kuat,mcm mn pn perasaan tu ttp t'ganggu gx kn...emm lgpn blog yg ni wt aku terkesan gx koz it reminds me to my late cats n my cat dats not belongs to me anymore koz it had been threw by my mother...”

Tolong, jangan perasan unik, tak unikpun bila menyusahkan orang.., itu belum lagi tulisan yang sekejap kecik sekejap besar, atau Allah di tulis dalam bentuk huruf, 4LL1, atau ada muzik kat blog yang buat aku kelam kabut cari volume nak tutup, atau blog yang terlalu banyak iklan, atau blog yang ada gambar ustaz ulamak, yang buat malaikat rahmat lari.., ..atau.,. atau... arghh, malas aku nak cakap lagi, moralnya jika korang nak tulis untuk diri korang sendiri, lantaklah, nak tulis macam manapun, aku tak kisah,tulis kat blog korangpun aku tak kisah.., tapi bila korang email aku atau nak tulis komen, janganlah susahkan orang lain dengan gaya perasan unik, tak unikpun, macam budak tadika jer aku tengok.., macam sampahpun ada, kalau korang umur 25 tahun ke atas dan masih perasan unik, memang korang hampeh!

*****

Ok, itu bab tulisan, banyak lagi perkara yang ‘perasan unik’ berlaku dalam kehidupan kita,dan kebanyakan perasan unik ni berlaku di kalangan orang perempuan, dalam bab perhiasan diri seperti perempuan hodoh yang pakai barang kemas banyak banyak kat badan, tak nampak unikpun, nampak bodoh lagi ada.., atau pakai tudung, tapi baju singkat bila membongkok Nampak lurah bontot, tak uniklah adik.., panic lagi ada, atau pakai baju fesyen trafic light, tudung warna merah, baju warna kuning, dan kain warna hijau.., ha ha, tak unik lah adik, macam budak tadika jer abang tengok...

Mungkin korang kata, kami perasan unik tapi tak menyusahkan orang..

Tak menyusahkan kepala otak kau?

Pakai baju yang perasan unik, yang warna terang boleh merangsang kemaluan lelaki, yang terbelah sana sani, boleh merangsang kaki perogol, yang ketat dan yang sendat, boleh merangsang zakar pencabul , pakai barang kemas banyak banyak, boleh merangsang tangan peragut.. yang itu, yang ini..

Oh!, tolonglah jangan perasan unik, tak payah ikut fesyen apa salahnya?, pakai baju kurung cukuplah, atau baju yang longgar sikit dan warna gelap.., ok apa?, yang cantik tetap cantik, tapi kalau dah muka hancur, pakailah fesyen apa apapun, maka jadilah kamu seorang yang perasan unik.., dan perasan unik adalah satu kebodohan..

Itu bab perempuan, lelaki pun ada jugak yang perasan unik, bodoh dan hampeh, contoh: beli kereta jenama tempatan dan hias dengan ribuan ringgit supaya nampak macam kereta luar Negara, aku sekali tengok dah tahu itu kereta wira, lepas tu sanggup habis ribuan ringgit nak tukar wira kepada evo3, baik beli evo3 terus.., bodoh ke apa? lepas tu bunyi macam ribut, tapi jalan macam siput, (1.3 kan..) lepas tu warna macam kereta macam budak tadika baru dapat calour, cermin hitam, plat dengan nombor ‘perasan unik’ yang membuatkan JPJ susah nak baca, last-last kena saman.., betul betul menyusahkan JPJ, sebab tu aku benci dengan mereka yang perasan unik!

Ok, cukup sampai situ, banyak lagi perasan unik yang boleh aku tulis tapi korang boleh fikir sendiri,

Sebenarnya, jika korang nak unik, lain dari yang lain, boleh takde masalah, dengan syarat tak menyusahkan orang.., macam bab budaya, cina, melayu, india, semua ada keunikan budaya masing masing.., dan keunikkan itu tidak menyusahkan bangsa lain.., tapi jika ada budaya yang menyusahkan bangsa lain, maka itu bukan lagi budaya yang unik, tapi dah jadi ‘perasan unik’, hampeh dan perlu di tentang!

Faham?!

Last, perkara yang aku nak sentuh adalah perasan unik dalam bab ugama..., ini paling berat.., lain dari yang lain dalam bab ugama dikenali sebagai “bidaah”.., dan bidaah ini hukumnya haram apatah lagi jika ianya menyusahkan ummat islam...

Kadang kadang ummat islam ni ada yang cuba menjadi ‘hebat’ atau ‘cool’ apabila dapat berbeza pendapat dalam hal hal ugama, mereka cuba menjadi ‘unik’, tapi sebanarnya perasan unik, hampeh dan perlu di selamatkan...

Bab lantik pemimpin guna majority, banyak nyusahkan orang.., dengar azan tak nak ke masjid, menyusahkan orang jugak.., berdakwah dengan blog atau dengan perti jugak banyak menyusahkan orang.., konon unik lah tu.., tak unikpun.., hampeh lagi ada.., menghalalkan mengumpat, bergabung dengan orang kapir menentang orang islam, please, tolong, jangan jadi lain daripada nabi dan sahabat...,

Contoh terkini, bab kalimah Allah dalam majalah kristian, ada yang ‘unik’ dengan bersetuju.., lalu berhujah dengan aku, takpe kalimah Allah diukir pada salib, yang penting iman kita kuat, takpe kalimah Allah yang diukir pada salib di bawa masuk ke dalam tandas oleh orang kapir sebab itu dosa mereka dengan tuhan..

Aduh.., kalaupun nak perasan unik, gunalah hujah yang cerdik sikit, tapi Nampak sangat korang ni ada unsur politik, (setuju sebab parti korang setuju) tapi tak tahu nak berhujah apa, lalu bagi asalan yang menampakkan lagi kebodohan...

Kan aku dah cakap?, orang kapir mintak sebab nak guna dalam penerbitan majalah mereka, dah tentu nanti bila mereka quote bible dalam majalah tu, mereka akan guna "Allah berfirman", dan kita tahu bahawa bible tu dah kena ubah, dan kita tahu betapa berdosanya bersetuju atas perkara berdusta atas nama Allah,

Korang setuju mereka berdusta atas nama Allah?

Sedangkan berdusta atas nama Nabi dah masuk neraka..

Bodoh ke apa?

ok, jangan emosional, orang perasan unik tak marah kan?, aku tak kata korang yang setuju tu bodoh, aku tanya jer, bodoh ke apa? jika bodoh silalah kritik aku, jika tidak, diam diam sudah, dan bertaubat.

Akhir kata, dah tentu dengan pendedahan “perasan unik” ni akan buat mereka yang ada sifat perasan unik akan rasa nak marah, atau bertambah benci pada aku, atau delete link aku dari blognya atau berhenti jadi follower aku..

Aku tak peduli, nobody cares, dan ini bukan pertama kali aku dibenci, ada pembaca blog aku yang marah sama aku, email aku betapa kecewa sebab aku kutuk parti kegemaran mereka, atau aku kutuk apa yang mereka suka, lalu delete link aku dari blognya atau berhenti jadi follower, dan berhenti komen.., tapi dalam diam diam, sentiasa baca blog aku secara senyap senyap, malahan menunggu nunggu aku edit entry baru, atau komen dengan nickname “anonymous” dengan harapan aku akan berubah.., sayang korang pada aku, ye?

Al maklumlah, blog keremayatkan unik, kan?

Woha!

Ps: aku ulangi, unik adalah lain daripada yang lain tapi TIDAK menyusahkan orang, manakala perasan unik adalah lain dari yang lain tapi menyusahkan orang, tolong jangan slow sangat, ok..

125 comments:

Dr. Bentara said...

1st... aku tak unik... aku orang kebanyakan...

charisteas86 said...

alamak..dah ade org komen...kalah ditangan abg ben...huhu

Nasir_Penang said...

Betul apa yang Hamka cakap.....selalunya perasan unik tetapi sebenarnya menyusahkan orang.....setuju dengan hamka org macam ni kita jangan layan buat tak tahu aja.....tapi doakan hidayah untuk dia.....

charisteas86 said...

insyaAllah sy cuba bersederhana dan tak cuba jd unik...hehehe..mggu ni kete nak kuar..member2 ade jgk yang hasut pasang rim 16la 17la, pasang spoilerla,wat sunroofla,pakai tinted 70 % la, upgrade enjinla mcm diorang, tp aku dengar je..masuk telinga kanan kuar telinga kiri wat xtau..janji leh bergerak untuk jalan Allah dan keperluan lain..aku tak pefuli...:)

Mummy said...

selain perasan unik..orang macam ni juga perasan bagus..sebab mereka ingat bila tulis macam tu nampak macam bijak lar..(aku pun kadang2 tertulis macam tu gak tapi masih boleh difahami..
aku gak ada pernah jumpa posting yang ditulis ala2 budak pelat bercakap..

esumi-lynn said...

Salam. Encik Hamka, saya kurang tahu pasal bid'ah ni. Sebab selalu dengar tapi masih kurang pasti. Ada yang mengkategorikan kepada bid'ah hasanah dan apetah lagi satu. Tapi memang ada ke kategori2 bid'ah ni? Contoh macam membaca yasin malam jumaat. Ada yang kata bid'ah sebab Nabi Muhammad tak buat. Tapi pada pandangan saya, kalau ia tidak memudaratkan, dan kalau setiap hari membaca quran, tapi malam jumaat dia nak menambah pahala membaca yasin, adakah salah? Mungkin ada jugak yang kata, kenapa malam jumaat baru nak baca yasin? Tapi kalau dah memang tabiat dia baca yasin malam jumaat, bid'ah ke? Minta diberi penerangan berkaitan bid'ah. Sangat tak faham.

Anonymous said...

woaha...Kereta Mayat apsal marah-marah sangat. cakap pelan2. kesian adik adik baru nak belajar tulis. ingat senang ka diorang nak tulis macam sms atau font kecik besar.

woaha...apa pun, ada betul juga, Kereta mayat tuan rumah, kalau kita minta pandangan dari Kereta Mayat, pastikan persoalan jelas, mudah Kereta Mayat nak jawab balik.

selamat beramal

wantong said...

okla top ten...

Ikhwanmuda said...

Perasannye:)

famia said...

Salam.

Haah. Sokong 200% perihal tulis tulisan pendek. Blog bukan SMS. Tapi ejaan macam bunyi cimpanzi. CPU usage dalam kepala ni terus naik jadi 100% nak memahamkan perkataan. Mengeja macam tak pernah sekolah. Perasan funky betul.

Nur_88 said...

Alhamdulillah dapat juga jadi top ten komen kali nie..hehehehe
Memang mesej yang dipaparkan begitu membina..Syukur...Sekarang semua orang pergi makan tenghari..maklumlah waktu rehat kerja...Tapi...nur tak rasa rugi pun tak makan tenghari...hehehe..

ini kerana dah kenyang makan imlu yang berguna di blog ni..Tq en hamka...suka sangat dengan penulisan en..

Nur_88 said...

bukan top ten lagi..dah no 11...hahaha..apapun tak penting..yang penting ilmu yang takkan pernah terpadam...

Anonymous said...

-no 11

salam..

akak rasa akak pun Unn nique!

-akak sally

abcd said...

haa.. nasib baik sy tergolong dlm kategori tak unik. tak pakai barang kemas, tak pakai mekap dan tak pakai singkatan. ehehe

FarizaKhairil said...

salam...
huhu...memang selalu tertunggu-tunggu post baru dari kereta mayat...unik...

jazakallahukhairan kathir...

teruskan penulisan anda...

syukran jazilan...

Aishah Nur Hakim said...

saya unik ke tak?haha. bab tulis short form tu paling menyusahkan orang.

*tak boleh pakai baju color pink ke abg hamka?

**makin kuat membebel hamka sekarang

FarizaKhairil said...

salam...
huhu...memang selalu tertunggu-tunggu post baru dari kereta mayat...unik...

jazakallahukhairan kathir...

teruskan penulisan anda...

syukran jazilan...

Nisa said...

entri kali ini marah...huhu.
paling penting,saya tak perasan unik.. saye manusia penoh dgn kesilapan..
saye tak delete link blog, walupon ade terase sket..hu-hu.
sebab.. blog ni memang berguna...
memang unik.. sampaikan pesanan dgn cara lain dari yang lain..
nampak bersahaja, tapi terlampau banyak pesanan yang tersirat..
tak heran la byk follower.. banyak link nye dicopy ke blog-blog serantauan dunia walaupon xtekan follower..hehe! tak suke konon tapi suke singgah bace kejap. suke la tu! memang sah unik penulisan blog ini!

keep it up hamka!
saya suke blog ini!
check2 ade tak short form tulisan dalam komen saye ni.. ;p tak pasal-pasal kene marah kang.)

Itu Aku said...
This comment has been removed by the author.
Itu Aku said...

salam hamka
aku xperasan unik
aku perasaan comel ja..(sure xsusahkan sesiapa)
ada yang simbol kereta MYvi tp tukar Jadi HOnda...
adeii..tolong la wahai manusia....
BERTUKAR SUDAH!!!!
walalallalal

abcd said...

kereta Kancil menyamar nak jadi Alphard pun ada laaaa. tu.. org sebelah rumah sy tu.. ehehe.

Aini Qamariah said...

kancil tukar alphard???? woohhaaaa... tak boleh blah camni..lawaking... :))

aku_slow said...

salam

Ikut sunnah, berjaya.
Tak ikut sunnah, gagal.
Bila ikut sunnah, akan terselamat dari bidaah...yg sesat lagi menyesatkan.
Syaitan buat usaha 24 jam nak sesatkan kita. Mari kita ikut sunnah 24 jam supaya terselamat dari godaan syaitan...

Sekarangni banyak kemungkaran hinggakan amalan sunnah dah jadi unik...amalan bidaah jadi kebiasaan...

Nak faham sunnah, kena buat korban...

Sudahkah aku berkorban jiwa dan harta untuk agama? (soalan untuk diri sendiri...

t E d said...

salam semua..
nice entry bro hamka..
sangat benci tulisan short form melampau dan font besar kecik besar kecik...huhu
lagi satu sangat tak suka trend amik gambo muncung panjang ke depan..haha

uan609 said...

yess.. akhrnya hamka return dgn penulisan selambanya..
rindu gak ngan entri ko yg garang2(kasar kot?) gini, apa2 hal camna pun tulisan ko, ianya mmg dpt difahami.
oh ya credit utk penulisan unik ko selama ni!

Alhamdulillah Allah kasi faham.

p/s : ok gak cita pasal bid'ah cam si esumi-lynn tu cadangkan. camner hamka?

Khairi said...

bodoh sgt tu pun unik gak hahaaha.

org skang selalu nak public intention. asal boleh jadi pelik pada orang, dia belasah aje.

hodoh pun takpe.

nur-azi said...

Ya, blog en. Hamka memang unik.. Tak pernah baca blog yang sesantai 'Kereta Mayat'..

carwashku said...

Yeahhh....itu le yang uniknya!!! orang unik je yang buleh buat benda2 unik@pelik lagu tu...kalau semua orang cat kereta diaorang sama je cam budak tadika dapat water colour so takde la uniknye lagi...kalau semua sama je pakai baju satu kaler...hehehe (especially hitam tu dah berkabung namanye!!!) lantak le dia orang dengan keunikan diaorang...apa masalahnya??? lupa ke encik Hamka pada keunikan Tuhan kita yang maha Esa walaupun berbillion2 manusia diciptakannya mana ada yang sama beb??? haaa jawab le ustaz...kalau semua manusia sama je sehati sejiwa dengan ustaz Hamka maka berlambak2 la entri Kereta Mayat dengan ekspose yang sama...so encik Hamka takde la unik lagi!! betul tak ustaz??? cintai la diri kita yang unik hehehe (sebab kita ni cuma hambaNya!!!!) Jangan persoal keunikan orang lain sebab seolah2 kita mempersoalkan keunikan Tuhan kita yang satu...amacam ustaz boleh terima akal ke???!!! Jangan marah arrr...

mi said...

Salam bro Hamka dan pembaca semua,lama sungguh x menulis di sini.

Telahan saya tentang pandangan bro Hamka berkenaan isu nama Alah.
-----------------------
Kalau non-muslim kata "Allah yang ciptakan alam","Allah yang beri rezeki",buat apa kita muslim nak marah,dah memang betul.

Kalau non-muslim kata "Allah ada anak","Allah ada tiga" dan yang tak sepatutnya,barulah kena tentang(paling kurang dalam hati,tanda lemah iman)

Disebabkan memikirkan kesan jangka panjang yang tak baik(bimbang jadi kes nama Allah di bawa ke dalam tandas,dalam bible "Allah berfirman" etc),maka bro hamka tak setuju dalam hal ni.
-------------------------------
Benarkah telahan saya?,ataupun bro Hamka tak setuju 100% penggunaan nama Allah utk non-muslim dalam apa keadaan sekalipun?

p/s:Saya dah baca post tentang isu nama Allah,tapi nak kepastian lagi macam mana stand bro..

nazeera balqis said...

iya blog anda memang unik.keep it up:)

Neo Rantissi said...

perghh, entry pedas punya ni, nasib baik aku tak pernah perasan unik, woha!

'bunyi macam ribut, tapi jalan macam siput...' - hahaha, ayat ni la yang terbaek!

aimanruslan said...

salam bro...
tentang wica convert jadi evo III..
bagi saye xde pape pon..
biar la depa buat mcm tu..
xde pulak die menyusahkan org ramai..
biar la depa buat sbb itu hobi depa..
xyah la nak komen apa2...
lgpon depa modifi kreta bukan dosa pon..
byk lg contoh lain yg boleh bro bagi such as...

perasan unit dgn menjadi artis..
bila dia jd artis, ramai wanita pulak yg gila2 kan depa..
dan asbab mereka,ramai yg solat lambat atau x solat lansung...
kan menyusahkan orang namenye....

hehehe...
aku bukan penulis blog...
tp pembaca km yg setia...
peace bro hamka...
bro mmg otai!!

Anonymous said...

rleks sudah...

Ziarah76 said...

kejayaan dalam agama, ikut perintah Allah, cara Nabi s.a.w.

Anonymous said...

waaa...dah ada orang yang 'perasan unik' iaitu carwash....ko memang tak paham sebenarnye apa maksud hamka kan?dia bukan kritik apa yang Allah buat...tapi dia kritik apa yang manusia tu sendiri cuba ubah tuk jadi lain dari yang lain..dah2, ko pergi basuh kereta tu,baru pemikiran jadi cuci...

ain said...

bro hamka memang best!

Anonymous said...

"Bab lantik pemimpin guna majority, banyak nyusahkan orang..

yang ni aku macam tak berapa setuju sbb kalau tak salah aku dulu masa salah seorang dari 4 khalifah dipilih, saidina Utman bin Affan telah mengetuk pintu setiap penduduk untuk undi. Tak sama macam election kah itu bro?
Masalah skrg ni ialah orang-orang yang mengundi tu bongok! Tak pandai memilih. So, sebab tu kena jadikan rakyat-rakyat yang bongok ni pandai sikit.Jangan mudah termakan duit rasuah pemimpin dan lain-lain. Undi atas dasar yang benar. itu je.

lain2 tu aku stuju. boleh je jd unik. mmg manusia diciptakan unik cmanya kadang2 tersalah guna.

ananymouz said...

unik betul komen pertama, lain dari blog lain..

Mamat said...

salam ustaz hamka...
macam mana nak buat dengan blog yang hina Allah, nabi Muhammad & Islam???
cth: islamexpose.blogspot.com

Isukri said...

owh...dah makin unik plak blog ni,lepas2 Hamka cakap pasal mati kat post lepas..
hasilnya,yang bagi komen pun ramai yang tulis penuh,xde short2 dah

(harap2 faham la x = tak)
(****2= ****-****)
tu dah biasa,xelh tukar,dah tak unik dah...

hamka said...

Abang Ben

Kalau dapat komen first, kira unik, dan tidak menyusahkan
orang.., he he (aku blogger sporting)

----------------
charisteas86

selalu ada komen ‘unik’ cam gini, sejak 2006 lagi...

---------------
Nasir_Penang

Teringat kat kakak Ella, U.S.A, (unik, shuga, asli)

---------------
Mummy

Masih belum terlewat.., he he

--------------
esumi-lynn

cuba baca entry 2006, “apa itu sunnah?” apa itu Bidaah” dan apa itu mazhab”

mungkin, akan datang aku tulis entry “ sains itu bidaah?”

mungkin, (insyaAllah)

---------------
Darus Interferon

Kadang kadang tu tulisan yang ada koma, dan titik dua kat atas, Nampak macam jawi tapi rumi, eshh, poning pakcik..

--------------
Hazwan

: )

--------------
Ikhwanmuda

Tahu takpe!

-----------
famia

Salam.

funky monkey, kan?

---------
Nur_88

Bukan top ten, dah no 11.., ha ha!

hamka said...

------------
-akak sally

(senyum baca komen korang)

-------------
jude

sy untuk saya? Baik kau biasakan diri..,

--------------
ukhtiza

(sambil tunggu, jika baca Al quran, boleh habis 3 juzuk.., kan?)

syukran jazilan...

----------------
aishah_conteng_je

baju pink tak sesuai untuk mereka yang berumur 15 tahun ke atas.., jika budak tadika pakai, ok..
anak perempuan aku si N, sekolah tadika pakai baju tadika warna pink, cun gilerr!

---------------
MakTEH

Aku check,

dgn
byk
xtekan
check2

(tengok!!)

---------------
keRAna AKu SAP

ada jugak yang perasan baik, letak logo Autobots kat kereta, dan yang perasan jahat letak logo Decepticon..

ok, jangan lupa parking kat masjid, tak kira kamu Autobot ke, decepticon ke.., ok?

--------------
AiniQMY

Ada jugak kancil diwarnakan macam bumblebee, itu versi asal.., tapi jika kenari warna macam kerta Mr. Bean, memang lawak..

--------------
aku_slow

Ikut sunnah, berjaya. Betul.

--------------
t E d

benda ni dan muncung panjang tu pun termasuk dalam 100 thing i hate..

----------------
uan609

InsyAllah, pasal bidaah, aku tulis, (lain kali- bukan waktu terdekat, jika tidak lupa, atau rajin luar biasa, dan tidak perasan sibuk)

------------
Khairi

Woha!

-----------
nur-azi

keretamayat memang santai, orang biasanya naik sambil berbaring.., kan?

------------------
carwashku

cuba kau bila komen tekan ‘enter’ sikit supaya ada perenggan, tak unik langsung tulis komen panjang takde perenggan...

--------------
mi

pandangan bro Hamka berkenaan isu nama Alah adalah:.
-----------------------
Kalau non-muslim kata "Allah yang ciptakan alam","Allah yang beri rezeki",buat apa kita muslim nak marah,dah memang betul.

Kalau non-muslim kata "Allah ada anak","Allah ada tiga" dan yang tak sepatutnya,barulah kena tentang(paling kurang dalam hati,tanda lemah iman)

Disebabkan memikirkan kesan jangka panjang yang tak baik(bimbang jadi kes nama Allah di bawa ke dalam tandas,dalam bible "Allah berfirman" etc),maka bro hamka tak setuju dalam hal ni.

Terima kasih.

--------------
nazeera balqis

keep it up:)

cerita tentang UP, aku tengok baru ni lepas download, filem pixar UP, kisah orang tua dan budak pengakap mengembara.., jumpa ayam gergasi, anjing bercakap, dan lawak, best, dan anak akupun terhibur, akupun terhibur..

keep it up:)

----------------
Neo Rantissi

Orang yang bawak kereta laju laju adalah orang yang tak penting, mereka takut orang tinggal dia, tak macam aku, bawak perlahan sebab aku orang penting, sampai lambatpun orang tunggu.., kan?

------------
aimanruslan

wira convert evo3 nyusahkan orang, sebab mereka selalu JPJ buat road block, lepas tu Tanya iman dan amal, eh, silap, Tanya, lesan dan roadtax, dah masbuk aku nak solat..

------------
ziarah76

: )

-------------
ain

: )

--------------
Mamat

Ada Orang islam bom sana sini, lalu orang kafir benci.., jika korang ada kawan kapir, tunjuklah akhlak yang baik.., jangan balas cacian mereka, dan buatlah mereka terhutang budi.., dan semua ini perlu kepada pengorbanan.., blog itu dan beratus lagi blog yang hina islam, jangan di baca.., kuatkan iman dengan membaca Al quran dan hadith.., jika ditakdirkan berjumpa mereka(atau cari mereka), maka gunakan kekuatan iman untuk cerita tentang iman..., islam bukan paksaan, islam adalah pujuk rayu, mengemis manusia kembali kepada Allah, walaupun pendakwah di layan seperti pengemis..

Nabi dah takde..., buatlah kerja Nabi, dakwah, jaga solat jemaah, dalami ilmu, jaga zikir, jaga akhlak, betulkan niat.., insyAllah..


----------------
Isukri

Aku dulu pun tulid ‘X’ tak.., tapi bila nak bezakan anatara dy/dx dan X darab, atau kamilan dx, kena ubah x kepada TAK..

Sharifah Natasha said...

Salam alayk
Bersabarlah di dalam setiap perkara yang berlaku. Bagus artikelnya. Cuma, asif jiddan, mungkin perkara kecil sahaja. Ana harap janganlah samakan orang dewasa itu dengan kanak-kanak tadika. Sesungguhnya kanak-kanak itu tidak berdosa bagi mereka yang mengetahui tetapi tidak mengetahui.

Nisa said...

tak penah comment 2 kali utk 1 entri..
cume, nak gelak...
hahahahahaha (sambil tutup mulut..)
perasan je salah eja tu.. bagusnye! diri sendiri pon tidak perasan..
baik! saye akan menulis dgn penoh utk blog ini sahaje..unik kan?

tengok! tiada lagi mistake kan?
hahahahaha
keep it up your blog!
tidak sabar menunggu next entri..
woha! aku tulis penoh la~~

Ann said...

tak suka jugak singkatan yg melampau2 dan ejaan jd ntah ape2...cth: 'tv' dieja 'tibi'..aku igtkan pyakit tibi la mula2...

'fud' dieja 'food'..aishh..

Anonymous said...

**insaf dah**

kalu aku dpt msg yg tulis short form cam tu...mmg nak kena la tu...

aku xkan reply msg dia...lantak la

aksha said...

aku dah terbiasa dengan shortform la..tp bukan perasaan unik tapi tak nak lebih perkataan untuk taip msg tu...hahahahaha....selagi boleh shortform akan aku lakukan....

hamka said...

Cikgu Penyayang

Baik, cikgu penyayang.., budak tadika buat salah tekpe, sebab mereka budak tadika, tapi budak dewasa buat benda yang budak tadika buat, tu yang payanh tu.., lepas tu perasan unik? Oh..

---------------
MakTEH

(Aku check,..)

penah
utk
dgn
penoh

(mana ada tulis penuh? Nak kena marah ni! Belajar lagi!)

--------------
Ann

(Aku check kau pulak:)

yg
melampau2
jd
ape2
mula2...
dieja

(apa tu?)

----------
aksha

kalau orang paham, takpe, dan pendek, tapi jika karangan luahan masalah, tulis short form, tu yang aku pulak jadi masalah..

e-danz said...

(BAHASA MELAMBANGKAN BANGSA)
saya sokong kereta mayat,
sila panjangkan lagi cerita ini....

musafirtibbi said...

Saya non-partisan..unik ka?hehe

Raja Norimie Raja Sulaiman said...

saya harap tak termasuk dalam golongan unik yang menyusahkan saudara hamka...maybe diorang ingat semua orang faham 'keunikan' diorang tu..seb bek en.Hamka betulkan isu yang terlepas pandang ni.

~fam~ said...

salam....
aku tak unik, cuma nak bagi peribahasa yang 'unik'....

ojo jadi KODOK in the BATOK...

hehe...unik tak peribahasa aku....yang jawa kacukan ngan jerman jer paham...hoho

Anonymous said...

Assalammualaikumwarahmatullahhiwabarakatuh.
Orang perasan unik..
Orang otak slow..
Orang yang cuba menjadi lain dari yang lain..
Orang yang menyusahkan orang (Tulis bahasa inglish tapi ada banyak z:
Orang yang tulis terlalu singkat)
Orang-orang JPJ ? Orang-orang Polis...he..he..
Aku sayang kamu semua sepertimana aku menyayangi diriku sendiri...

Khas but not least..my honourable bro Hamka yang sentiasa di hati...

Tongi memang unik. Woha!!!!!!!!
Khalid.
With lots and lots of love.
P/s:
Aku sayang keunikan dirimu sepertimana aku sayang diriku..he..he..Peace bro.

Khalid,

Anonymous said...

Aku setuju kat part buat singkatan perkataan tu, aku ade member yang suka hantar sms dengan singkatan kaw2 punya sampai x faham apa yang dia tulis. Yang best nye bila dia dapat sms camtu dia boleh marah2 pulak lawak betul.

buk said...

unikorn lagi unik...hahah

hidayat-idaman said...

usahah politk yg berada di seluruh dunia adalah satu usaha yg batil diasaskan dari pemikiran org yahudi, jadi sapa yg taksub sgt dgn politik telah tertipu dgn dakyah yahudi...

Unknown said...

orang muda-mudi sekarang kot yang tulis shortform mcm tu..
haha~masa nak tulis ni pun ada juga tertaip guna shortform tapi delete semula...
maksud tersirat: marilah gunakan bahasa Melayu dengan betul..

aksha said...

ha...itu la maksud aku hamka...guna shortform yang senang di paham bila hantar msg..ok la tu..tak semua shortform kita tak faham kan.bg aku tak ada masalah sebab aku jenis yang senang faham.kalau tak faham aku suruh la dia terangkan semula apa yang dia cakap,tak ada masalah kan.
jangan marah-marah noh!!!!

aksha said...

1 lagi hamka.....
ada org perasan unik bila dapat 1st komen.
hahahahaha.....
mereka berlumba lumba untuk menjadi yang pertama sedangkan ada yang xbaca pun.itu bukan unik itu pelik.
nanti aku nak jadi pelik jugak macam diaorang...tunggu.....

Grave Members said...

salam

klu tulis dlm bhsa jawa, adakah itu unik @ perasan unik @ 1 Mlysia?

sgt benci org yg buat (modified) kete secara over! h0d0h sungguh!

K0leksi baju tiada oren, biru, kuning, hijau @ terang

Grave Members said...

salam

klu tulis dlm bhsa jawa, adakah itu unik @ perasan unik @ 1 Mlysia?

sgt benci org yg buat (modified) kete secara over! h0d0h sungguh!

K0leksi baju tiada oren, biru, kuning, hijau @ terang

Anonymous said...

assalamualaikum En Hamka!

SAYA OFFICIALLY SUKA BLOG NI.

salam.

hamba Allah said...

bro hamka....hari ni ada yang betul2 perasan unik.....mereka meletakkan kepala babi didepan masjid....dan bagi aku,itu bukan perasan unik lagi...tapi dorang ada perasaan bermusuh dengan islam!!so bro hamka....what we should do.....

kayko said...

aku rasa encik km pun perasan unik dengan menuduh orang lain perasan unik... ini kerana encik km mahu mengatasi darjat orang2 yang perasan unik agar encik km kelihatan lebih unik dari mereka...lalu encik km pun perasan unik dan termasuk dalam golongan mereka..

kadang2 bila kita selalu tulis pasal kesalahan org lain, dan kemudian kita kena writer's block, kita akan mula mencari2 kesalahan org lain untuk memberikan idea supaya kita dapat menulis.

Linda said...

i perasan "unik"? oooh nooooo

perasan umur panjang ? oooh yesssss

aimanruslan said...

perasan unik apabila org islam(lelaki) mendengar seruan penciptanya..
tetapi tidak menghadirkan diri ke rumah Allah dengan pelbagai macam alasan..
sementara,sibuk berurusan dengan makhluk2 Allah yg lain...

skng kepala bab 1 pulak yang nak datang masjid...
hampa nak marah apa??
dah hampa sendiri yang xnak datang masjid siapa suruh...
datang setakat sminggu skali je..
mmg perasan unik...
hmmmm....

sama jugak kes dengan kalimah Allah...
da org Islam sendiri yang kurang dah dakwah kebesaran Allah,kurang zikir nama Allah..
apetah lg nak taat 100% perintah Allah....
lagi kurang kan...
skarang org kapiaq nak guna nama Allah hampa nak marah pulak??

kalau org kapiaq cakap "Allah yang ciptakan kami,bg kami rezeki pd kami dll"...
hampa nak marah jugak??
huh...
perasan unik jugak la hampa ni...

Muawiyah ibnu hayat said...

saya pon perasaan unik gak..adoii..terasa btol.
apa-apapon jengok lah di blok saya ni yang saya rasa ia sangat unik..

tengok jangan tak tengok

Anonymous said...

rightz mmgz ramaiz cmz niz...bncisz syz. hahaha. :)

hamka said...

e-danz

hmmm

------------
Farid Nazmi

Selagi tak nyusahkan orang, itu termasuk “unik”

---------------
Raja Norimie Raja Sulaiman

Check: seb bek? (nasib baik)
Betul ke?

--------------
...antikapel...

Walaupun aku tak tahu bahasa jawa, dan bahasa jerman..

Tapi aku agak: ojo jadi KODOK in the BATOK...

Maksudnya adalah: “jangan jadi kataka bawah tempurung”
Kan?, akukan unik..

-----------------
Khalid.

Di tonggi, orang kaya, orang miskin makan berkongsi dulang, tidur berkongsi khemah.., unik!

--------------
auummm

krm slm kt kwn k t, k?

-------------
buk

ni promote cromok ke?

----------------
hidayat-idaman

terima kasih, aku setuju.

---------------
cik dyana bahri

(gelak)

--------------
aksha

aku tak marah, nasihat..., bila kau nak jadi first komen?

------------
Grave Members

Keretamayatpun hias ala kadar jerr..

---------------
ohoiiii

salam. I love u too

--------------
hamba Allah

makmurkan masjid 24 jam, insyAllah takde orang sempat letak kepala babi..., kalau ada, terus dakwah mereka dan ajar mereka bagaimana samak babi..

---------------
kayko

aku bukan perasan unik, aku perasan sibuk, harap maklum.

---------------
linda

walaupun kau perasan umur panjang, keretamayat sentiasa panaskan injin..

-----------------
aimanruslan

aku ulangi:

makmurkan masjid 24 jam, insyAllah takde orang sempat letak kepala babi..., kalau ada, terus dakwah mereka dan ajar mereka bagaimana samak babi..

--------------------
Muawiyah ibnu hayat

: )

---------------
uvais

akuz puz bencizz..

Anonymous said...

kalau org kapir ckp Allah yang ciptakan diaorg itu betul..tp siapa Allah di hati diaorg...itu yg sebenarnyer point dia...takut ader kekeliruan di situ..apew2 pun aku tetap xstuju bila org kafir guna nama Allah utk tuhan diaorg.kita xboleh samakan Allah dengan sesuatu pun benda dalam dunia ni...itu pointnyer...ngape ade yg xphm ni...isk.....

Muawiyah ibnu hayat said...

dalam ati orang kapir tu mesti r setan, btol x. mereka kata mereka cintakan tuhan, tu diorang da kene tipo dek setan yg direjam, mana boleh ALLAH ade dlam hati2 yang kotor...

Muawiyah ibnu hayat said...

ALLAH kan maha suci..

Muawiyah ibnu hayat said...

kata kat orang kapir, kamu boleh guna nama ALLAH tapi setelah kamu menjadi orang Islam yang sejati, bukan munafik...cadangan yang sangat unik, hahah

charisteas86 said...

la..first komen pn nak jadi bahan ke? unik2....hm....

Muawiyah ibnu hayat said...

guna kalimah ALLAH utk bzikir atau beribadat,dan mengagagungkannya, bukan utk disekutukan

Muawiyah ibnu hayat said...

aku paling unik diantara pengkomen2 semua..hahaha

Anonymous said...

Selalu pening bila dapat sms tulis pendek2 yang dianggap unik ni. Contoh dr, kita baca doktor, rupanya dari.

Itu yang buat mis understanding tu sokmor tu.

Setuju dengan hamka, syok sendiri boleh, tapi jangan menyusahkan orang lain.

kayko said...

ideologi2 hamka:
a) perasan unik
b) perasan sibuk
c) perasan dipersalahkan

Wan perlis said...

keretamayat memg unik.
blog simple dan bermanfaat.
load pun cepat.macam load google je.
antara lain yang perasan unik :
1. lelaki pakai rantai,gelang,subang
2. perempuan tak tutup aurat
3. list ym member 300 lebih
4. dapat "mengeret" awek
5. lelaki dapat awek lawa

dan kebanyakkan yang perasan unik ni adalah golongan artis.
sedarlah hangpa tak unik pun.kurang cerdik namanya tu.wohha.

samblur said...

~setujuuuu~

aswad said...

Hamka sendiri perasan unik bila tolak kalimah Allah untuk diguna oleh agama lain.

Disebab hamka bukan ustaz, jadi aku tak rasa pelik sangat seperti pembaca lain tolak pendapat ulama` kontemporari. Dan tak perlu juga aku nak berhujah.

Tapi aku support blog hang yang menjurus kepada kesedaran ummah ini dengan identiti tersembunyi. nanti aku masuk lagi ye dan komen kalau ada yang tak kena. :)

Anonymous said...

Waa...mentang-mentang dah banyak follower, sukahati je nak condemned stail penulisan orang eh? Macam la diri tu bagus sangat. Saudara Hamka ni memang dah terlalu jauh lupa diri. Saudara Hamka patut ingat dan bersyukur yang banyak orang sanggup respond dengan semua entry saudara, baik yang support saudara ataupun yang menghina. Kalau dah ada follower, jangan la mula nak komen pasal diorang pulak. Biarkan je apa yang diorang nak. Cuba bayangkan kalau saudara Hamka tulis bermacam-macam entry tapi langsung takde orang yang nak baca atau bagi responds? Pendek cerita takde orang langsung nak menjenguk blog saudara. Macam mana? Kan dah syok sendiri, penat-penat perah otak tulis entry, tapi takde audiences. Kita kena hormati orang lain biarpun diorang tu musuh kita. Islam mengajak kita agar menghormati orang lain terlebih dahulu jika ingin dihormati oleh orang lain. Saudara Hamka lainkali harus lebih berhati-hati dengan penulisan saudara, kerana sekarang saudara sudah menjadi role model kepada sesetengah orang. Diharap saudara Hamka cepat-cepat sedar dan insaf kerana kita semua bukan la manusia yang sempurna seperti yang saudara Hamka inginkan. Assalamualaikum.

-Amar Makruf Nahi Mungkar-

iEyzA AzMi said...

>> salam..bgus2...lepas nie boleh la ana tambah ilmu dlm diri nie..dan klu ader posting ana yg x btol ker...tolong tegur..kite perlu b'kongsi ilmu...

>> ada mata, kite melihat
ada telinga, kite mendengar
ada ilmu, kite kongsi bersama..

...syukran jazillan...8)

Muawiyah ibnu hayat said...

kepada saudara anynomous,

aku tau hangpa saje x de kerja ni, tu yang hangpa tulis entri mcm tu,
tak naik jadi batu api nih.
kita x paham apa yg orang lain paham, jadi saudara ni dah baik sangat ke?

Anonymous said...

Yang kau terasa pulak ni apahal?
Aku tegur saudara Hamka, bukannya kau.
Masyaallah.
Kau tak perasan ke kau pun tengah jadi batu api sekarang?
Aku tak kata diri aku ni bagus sangat.

-Amar Makruf Nahi Mungkar-

Anonymous said...

Aku selalu jer menghadapi manusia-manusia yang perasan Unik...
sape lagi kalau bukan anak-anak murid aku yang sedang meningkat remaja dan tercari-cari jati diri...konon-konon keunikan yang ingin di tonjolkan untuk kelainan tetapi sebenarnyer mendatangkan banyak kesusahan...adoiii..pening...Sabar jer la...

-HaGiMaRu-

Anonymous said...

elfutuwwah

Assalamu'alaikum
Akhi Hamka, sebenarnya aku dah lama baca blog kau tapi tak pernah bagi komen pun, sebab semua pendapat kau aku setuju!. Terus terang aku katakan, ini adalah komen pertamaku untuk kau Hamka hehehe..
Hamka, kalau kau masuk raja lawak mesti kaun menang ni...hahaha..tak lucu pun :-)

Amin007 said...

macam marahkan seseorang.

namum http://jangkaan.name.my/blog/2010/01/marah-seperti-api-maaf-seperti-air/

apa pun hidayah di tangan Allah. perintah Allah kepada kita hanyalah menjalankan dakwah sahaja.

kita bantu Allah, Allah bantu kita

alang said...

Kereta Mayat tak unik. Bersepah2 dekat luar sana. Tapi Penulis Blog Kereta Mayat memang unik. Satu dalam berjuta2 blog. ;)

irsugi..... said...

Salam,
time lunch...makan nasik putih sup ekor,sayur timun dan sambal belacang memang best...slupppp...
so mcm tu jugak dengan blog ni...tak usah gaduh gaduh la...hangpa suka ka makan malam gulai terung saja..kan best kalau ikan masin...hang faham tak kiasan aku ni...

ikhlas niat, sangka baik, ikram antara sifat terpuji Nabi dan Sahabat RA.

Unknown said...

aku pulak tak perasan yang aku unik... thee hee hee

bunga said...

-Amar Makruf Nahi Mungkar-

aku tak boleh tengok/dengar org slow nie... suka hati la en. hamka nak tulis ape2. memang betul apa dia tulis... ha3 aku kategorikan engkau salah sorang perasan unik...

hamka said...

-----------
aksha

ada orang islam yang emosi atau orang kapir yang emosi akan bergaduh benda ni, dan ini datang dari keputusan mahkamah..

so, tarik balik keputusan tu, habis cerita.

-----------------
Muawiyah ibnu hayat

Banyak komen, nak kata unik ke tak? Tengok isi komen, jika tak menyusahkan orang, ok, tulisan senang baca, ok.., dan yang penting, tak slow dan komen membina.., woha!

--------------
charisteas86

jika aku perasan rajin (satu hari nanti yang tak tahu bila), aku nak kumpul pengkomen pertama terbanyak dan bagi hadiah.., tapi aku macam biasa, perasan sibuk..

------------
Kunang-Kunang

tidak menyusahkan orang lain adalah satu keunikkan..

-----------------
kayko

mungkin aku boleh terbit satu buku khas bincang bab “perasan”
kan?

-------------------
Wan perlis

ada kumpulan tu, namanya “unik” artis tu unik ke atau perasan unik. Check.

---------------
13d4

: )

-----------------
Mr

Engkau setuju orang kapir yang jadi hakim dalam hal ni?

---------------
-Amar Makruf Nahi Mungkar-

Aku puji kau, tulisan kau kemas dan teratur.., tahniah.

-----------------
QiSyA bAtRiSyA

Okezz, termaz kasizz

--------------
-HaGiMaRu-

Masa aku remaja, ada kawan yang pakai baju terbalik, gantung cd kat tengokuk, dan pakai tali anjing kar leher.., ini pengaruh, kriss kross, 4u2c dan sex pistol.., sekarang aku tengok bila dah besar, mereka dah tak perasan unik, tahniah!

----------------
Amin007

“AKU BUKAN MARAH, AKU NASIHAT!”
(butang baju melayu aku mana pah?”)
alang

-------------
hins hins..

(bunyi lubang hidung kembang)

--------------
irsugi.....

bila nak belanja makan tengah hari?

-----------
Hasbullah Salih

perasan berdosa, bagu jugak..

----------------
bunga

suka kelas bunga matahari, (adik shin chan sekolah kat situ)

Anonymous said...

Semua orang dalam dunia ni perasan unik. Takde yang terkecuali, termasuklah Hamka. Korang je yang tak perasan yang korang juga kadang kala termasuk dalam golongan perasan unik. Korang rasa korang tu perfect sangat ke? Ni Hamka buat kategori perasan unik ni pun sebenarnya dia juga salah seorang dari golongan perasan unik. Heheh, korang semua sedar la sikit oi! Gila ke apa? Sibuk dengan perangai orang lain, macam diri tu bagus sangat. Ptuih! Aku teramat benci perangai korang ni termasuk la Hamka. Hipokrit tak habis-habis. Memalukan bangsa Melayu je. HIPOKRIT MEMANG MACAM TU, TAK HABIS-HABIS DENGAN "KETIDAKPUASAN HATI" DENGAN SIFAT DAN PERANGAI ORANG LAIN. Insaf la oi!

p/s: Bunga, kau pun slow jugak, ada hati nak label kan orang perasan unik. Hipokrit!!! KITA SEMUA HIPOKRIT!!! Aku hipokrit, kau hipokrit, kawan kau hipokrit, bos kau hipokrit, HAMKA hipokrit, bapak kau dan aku hipokrit, mak kau dan aku hipokrit, nenek kau dan aku hipokrit, dan selebihnya terserah kepada daya imaginasi korang. Assalamualaikum!

-SLOW MAN AT WORK-

aimanruslan said...

ape hey nye yob yg emo sgt niy?
mcm mane la umat islam nak bgn..
bukan ke kite ni Allah ciptakan saling melengkapi satu sama lain?
yg mana2 kurang kite sndiri la sama2 tampung...

yg kamu nak salahkan sume org 2 pehey pulak ni?
ini le die gara2 ideologi yahudi yg nak pecah belahkan org islam...
nak bagi org islam gaduh sama org islam...
huh...penat btul la tgk org islam mcm ni...

yahudi tgk kita,depe gelak je kot...
xperlu lg nak masuk mlysia...org islam kat cni da gaduh2 satu sama lain...

hmm..da tu pulak,bile ade usaha2 nak satukan ummah, ziarah sesama islam atas maksud persaudaraan islam xnak buat pulak..
da la xnak buat,ditentang pulak...

pasal isu kalimah Allah xhabis2 lg...
kite tentang ramai2 ikut cara yg btul dan professional ok..
jangan buat ikut cara yg boleh menampakkan elemahan org islam sndiri..
semua skali take note...
usaha2 yg perlu dilakukan:
-makmurkan rumah Allah 24jam
-lelaki solat 5waktu cara nabi.jangan ikut otak sendiri solat kat rumah..
-perempuan tutup aurat dgn sempurna.bukan setakat pakai tudung je...
-sebarkan salam sesama muslim..

kalau ini pn da boleh buat,jgn kata kristian takut nak guna nama Allah,yahudi pn terkencing2 tgk org islam..

masyallah...
Ya Allah Ya Rahim Ya Ghafur..
ampun kami ya Allah...
kami ummat yg da lama tinggalkan kerja nabi...
yg da lama lupakan maksud hidup kami...
bg kami petunjuk hidayah ya Allah..
ameen...

Unknown said...

ye la aku tau la aku banyak dosa....

Anonymous said...

tajuknyer simple....
peneranganyer mantap...
tp...
mak aku selalu cakap:-
"kakcik...apa pun yang kita buat@cakap@lakukan percayalah kita takkan dapat memuaskan hati semua orang dalam 1"
betulkan cakap mak aku...
hamka...sabar yew....

nana said...

last!

hamka said...

10O!

wOHA!

AKUZZ NOMBORR SERATUZZ. trr, glr, rk tbr..,

bgg gila

(perasan unik)

huda said...

giler ar... 1st time jadi pengomen pertama selepas yg ke 100.. bangga btol!!

suka sangat (dulu pakai sgt) lah saya baca entry neh. harap2 kalau (dulu pakai kalau) aku ni perasan unik cpt2 lah tersedar.. aku rasa dorg (mereka) yg perasan unik neh kadang2 (kadang-kadang) tak sedar maklumlah slow... wahhhhh....

razman razali said...

Nony datang lagi dengan aksi meroyannya..woha!!

Anonymous said...

Assalam...

Allah swt sayang sesorang manusia lebih 70 kali dari seorang ibu menyayangi anaknya....

Aku sayang semua 1-102 sepertimana aku menyayangi diriku..he. hhe..

Khalid 103.

~fam~ said...

eh, bro hamka....
mana ang tau eh maksud nya?ni misti p bukak kamus jawa ni....

tahniah kerana memahami bahasa jawa.....biaq kita tak kena tipu ngn orang endon....aku pernah dengaq orang endon kutuk budak sebelah aku...dan aku memahami bahasa mereka...akhirnya, aku tersenyum sendiri....

malaysia sudah menambahkan bilangan orang "jawa" ORIGINAL....hehe

M. said...

setuju pasal tulis singkat tu! tak suke tulis singkat kat blog ke, emel ke ;)

alep said...

akum..
pendapat aku ar..
2 suma hak masing2..
nk singkat ke nk ape ke..
org yg x faham tulisan singkat 2 aku panggil slow..
skarang abad ke 20..
mana ada orang nk hurai2 panjang mengurai..
kalau ko rasa aku ckp ni x betul wat xtau je..
lain orang lain kaler..

Anonymous said...

salam..

orang yg unik selalu terasing..
bukannya tak sempurna tapi keadaan telah menyebabkan hal demikian

-kak ros

Anonymous said...

assalamualaikum......!!!tumpang lalu....!!!heeheh..lecturer bagitau pasal blog en hamka ni....nice...suke sangat bace...keep going..

**banyak kali baca,takut tertulis shortform...hehehe***
-meow meow-

Anonymous said...

alep...ade betul jugak cakap ko...
tp kita kena ingat la..
xsemua orang bijak macam ko.
jangan cakap org slow k..xbaik punyer..
aku xsuka org yg hina org lain...

Anonymous said...

mcm boring jer..

najmussobah said...

103108

najmussobah said...

mcm boring je encik KM entry...

alep said...

aku x hina sapa2 pon..
just bagitau pendapat aku..
aku baca blog ni sebab aku nk tau pasal benda2 agama yang aku xtau..
bukan nye nk kutuk2 org..

hamka said...

huda

dah improve, bagus..,

--------------------
razman razali

woha!!

---------------
Khalid 103.

Bila nak pergi jabal uhud, dan mencimu wangian pulak di sana?

------------
...antikapel...

Tak bukak kamus jawapun, common sense jer..

------------
cik marina encik Norman

silalah email.., : )

--------------
alep

aku slow sebab aku penting, lambatpun orang tunggu, kau yang tak slow, adalah orang yang tak penting, tu yang perasan laju, sebab takut orang tinggal..

faham ke? Kata tak slow..

------------
-kak ros

Tengok kak ros dan upin ipin ziarah kubur mak dia, rasa sebak., lepas tu upin Tanya nenek, mak masuk shurgakan? Oh, bergenang air mata.

-----------
-meow meow-

Kirim salam kat lecturer tu jika, “perempuan, cantik, bujang”

Woha!

Ps; dulu ada sorang lecturer tu, “perempuan, cantik, bujang” selalu baca blog aku dan selalu komen serta email, lepas tu pergi sambung PHD, aku rasa dah balik, tapi senyap jer.., dah jadi mayat kot.

-------------
aksha

alep tu perasan unik, nama mungkin alif, tapi tukar jadi alep, kesian nama unik dia tukar jadi perasan unik

------------
najmussobah

103108 ni nombor ni, nombor perasan unik ke?

limaumaniss said...

sekali lagi isu tentang short form di blog2 yang popular...bagus3....biar orang ter influence dengan benda2 baik mcam ni...aku sokong...maafkan aku kekadang aku tak cukup masa dan terlalu nk cepat type lalu tertaip short form....kali ini aku cuba taip betul2....bahasa baku!! woha~~

alep said...

name aku aliff tp sebutan org panggil alep..
nk wat cmna?
sapa yg org panggil dia sebijik mcm nama dlm ic aku tabik..
pls r jgn skema sgt..
hidup kene ada personaliti..
ko ni pendakwah ke flamer hamka?

hamka said...

(korek hidung)

LuFFy said...

wahaahah...cam perempuan menarik~
pening ak...klu short form tu jgnla over short...ak poning nk bceye..

Anonymous said...

tak pe la... penialian setiap orang berbeza.. aku walaupun berpolitik, aku cube berpolitik cara matang.. tak suka membantah dan tros membantah.. dan tak suka gak menyokong membabi buta.. yg baik aku terima walaupun dari pihak lawan.. dalam siasah syar'iyah ni byk benda yg nampak luar daripada kebiasaan.. tapi, ikut waqi'nye kat malaysia ni dah macam ni.. kite x mampu mengubahnye.. cube selami dan perbaiki.. ikutlah selagi tidak becanggah dgan syara'..

Mama Rocks said...

woha! orang yang suka tulis short form yang telampau short ni bagi aku dia adalah seorang yang pemalas...nak baca pun seksa, skip terus

hamka said...

setuju bangat

Ad_dEen said...
This comment has been removed by the author.
Ad_dEen said...

aku suka apa yang kau tulis hamka..setuju..

Mohamad Nabeel said...

kalau nak tanya apa-apa nak hantar email ka post komen?? email apa??

hamka said...

dua dua boleh..

Anonymous said...

Hiihii.. emosi sekejap..