Jan 4, 2010

Siapa Santa Clause?

(Surat aku kepada anak-anakku, yang sesuai di baca sehari sebelum krismas)



Anakkku,

Ayah tulis surat ni waktu korang kecik kecik, dan post kat blog, bila korang dah besar, bacalah buat pedoman..

Anakku,

Masa Ayah kecik, ada budak kristian ‘dakyah’ ayah tentang kebenaran ugama mereka, iaitu pada setiap kali krismas, dalam stoking besar yang di gantung pada pokok krismas atau pokok fir, ‘Santa Clause ‘akan datang dan bagi hadiah’ berupa barang permainan yang mahal mahal kepada budak budak kristian yang baik hati..

Waktu tu kalau tak silap, ayah dalam darjah dua, tapi BS detector ayah dah bagitahu bahawa semua itu mitos, tapi sebagai budak kecik, ayah tak dapat nak buktikan pada budak kristian tu sebaliknya mereka pulak yang tayang permainan mahal buat air liur ayah meleleh..

Ayah budak miskin, tapi begitu ambik tahu tentang Permainan seperti M.A.S.K. (Mobile Armored Strike Kommand) yang mana lori, kereta, helikopter dan sebagainya yang boleh bertukar menjadi kenderaan tentera, atau Silverhawk yang ada sayap kat ketiak, atau Kepten Futures, Transformers, Ninja Turtles, ThunderCat, Hot wheels dan macam macam lagilah..,

Tapi bila ayah check harga kat kedai, semuanya RM 50 ke atas, oh., terpaksalah ayah lupakan, ayah budak miskin, duit poket ke sekolah hanya 50 sen, dan setelah kumpul selama dua minggu berjimat jimat belanja kat sekolah baru dapat beli “DIN DANG”, dapatlah main dengan bola terbang, tangan getah, kipas ajaib, gasing berapi dan sebagainya, nampaknya.., Mat Sentol dah jadi ‘Santa Clause’ ayah…

Anakku..

Korang ingat tak? pada bulan puasa sewaktu anak ayah yang sulung berumur 6 tahun, ayah ada janji jika korang dapat puasa penuh 30 hari, ayah akan bagi apa sahaja yang korang mintak.., dan ayah planning nak bagi basikal..

Pada mulanya ayah pandang rendah pada semangat korang, korang mesti tak larat nak puasa penuh.., tapi ayah nampaknya terpaksa buat anjakan paradigma sebanyak 360 darjah, sebab Abang H, yang sulung, berjaya! pernah dia nampak penat lalu ayah suruh bukak puasa tapi dia menangis tak nak., (ayah darjah empat baru belajar puasa nak oii.., itupun banyak sekerat hari.., malu ayah pada genarasi zaman sekarang.oh!)

Lepas raya, Ayahpun cucuk duit dalam RM150 nak beli basikal untuk Abang H, tapi sebelum tu, biar H buat keputusan apa hadiah yang dia nak.. dan korang tahu apa yang abang H nak?

Optimus Prime yang boleh bertukar dari lori kepada robot, ayah tengok kat kedai, harga RM50, basikal RM150, Hmmm, ni dah jimat RM 100, lalu ayah tanya lagi, betul ke tak nak basikal? H cakap ayah bukan bagipun main kat luar,.., ayah belilah Optimus Prime.., dan untuk adik A, ayah belilah BumbleBee, (Harga RM 20)

Ayahpun pikir sambil seluk poket meraba duit., Kalau ayah beli Basikal, nanti kena beli dua, dah RM300, sebab adik korang pun nak, oh, tidak!, kena beli empat, sebab adik beradik ada empat orang semuanya.., ok, ayah belikan korang Optimus Prime dan BumbleBee.., jimat RM230…

Korang yang nak, bukan Ayah nak berjimat ke apa?, tapi jika bandingkan zaman ayah dengan mainanan TORA (RM1) atau DIN DANG(50 sen) oleh Brother Mat Sentul.., korang jauh lebih beruntung…
Akhirnya ayah belikan, dan dapatlah jugak ayah tumpang bermain sebab masa kecik dulu tak sempat main, woha!




Ok, berbalik kepada ugama kristian yang mana budak budak mereka dapat hadiah di Hari Krismas, korang dah bertanya, siapa Santa Clause? Siapa Pakcik berjanggut putih dan perut boroi yang menunggang kereta rusa dan bawak hadiah keliling dunia…

Itu semua mitos wahai anak ku.., lain kali jika ada kawan ugama kristian yang bercerita tentang hari raya mereka, cuba korang tanya mereka.

Apa kena mengena Santa Clause dengan Nabi Isa? Sebab mereka sambut krismas sempena hari lahir Nabi Isa.., patutnya banyaklah cerita tentang Nabi Isa, tapi asyik cerita Santa Clause sajer, apa kaitannya?

Lepas tu Tanya lagi, kenapa nak kena ada pokok yang di gantung dengan lampu dan hadiah, ada dalam kitab ke? Atau suka suka? Lepas tu kat pokok ada pulak salji palsu…, seolah olah Krismas tu kena beraya dalam salji..

Padahal Nabi Isa lahir kat negara yang panas, padang pasir, dan di bawah poko kurma! patut jika orang kristian nak sambut krismas, mereka kena hias dengan pokok kurma, barulah ada kaitan dengan Nabi isa punya hari lahir, atau jika susah nak dapat pokok kurma, guna pokok zaitun.., atau pokok kektus pun boleh…, masih ada unsur padang pasir..

Tapi tak!, seluruh dunia, bila nak rayakan krismas, mereka hias pokok fir dan salji palsu.., patut mereka jika nak beraya buatlah macam orang islam beraya, orang Islam Malaysia beraya dengan bakar lemang dan rendang, orang islam di India beraya dengan makan roti tempayan atau roti nan, orang islam di arab dengan Nasi kurma, dan lain lain.., tak salahpun nak beraya.., tapi ikutlah adat masing masing, kenapa nak kena hias pokok fir dan salji tiruan, kenapa hari krismas nak kena makan coklat?

Jika amalan itu Jesus yang buat, ok.., tapi tak.., itu amalan orang putih, kenapa nak ikut barat dalam semua hal?.., tak bestlah macam ni, nak beraya, ikutlah adat Malaysia, tak salah jika bakar lemang dan rendang pada hari krismas…, atau gantung kad raya pada pokok kelapa sawit hiasan, paderi tak marahlah.., Fatherpun akan ampunkan dosa., kan?

Dan satu lagi.. Santa Clause, juga tak sesuai pakai baju sejuk yang tebal dan bewarna merah di Negara Malaysia, panas!! kereta rusa juga tak sesuai, patut naik kereta lembu, baru ada ciri Melaysia, dan tak salah jika Santa Clause pakai baju cekak musang dan bersamping.., ho ho ho!

Arghh, sudahlah anak, jika korang tanya mereka, tentu mereka tak tahu nak jawab apa…

Lepas tu korang bagitahu kat kawan kawan yang percaya kepada Santa Clase dengan fakta begini:-

“Kawan…, jika Santa Clause sanggup hantar mainan kepada semua kanak kanak di seluruh dunia, maka Santa memerlukan 31 jam untuk menyempurnakan lawatan bagi keluasan dunia 212,030,000 batu (341,230,000 km) yang memerlukan kepantasan 6,650,000 batu per jam (10,700,000 km/h) atau bersamaaan 3,000 ganda kelajuan bunyi (nearly 200 times the speed of the Voyager 1 spacecraft, the fastest man made object).

Dan andaikan setiap kanak kanak menerima hadiah dengan anggaran purata dua pounds setiap seorang, maka kereta rusa perlu di isi dengan hadiah seberat 321,300 tons. Di ketahui, Seekor rusa hanya boleh menarik 300 pounds (140 kg) sahaja, maka Santa memerlukan 2.1 juta ekor rusa! Dan jumlah tenaga sebanyak 700 exajoules dapat dihasilkan untuk menggerakkan beban sebanyak itu, yang mana bersamaan 11.7 juta bom atom yang satu sahaja cukup untuk menghancurkan seluruh Hiroshima!!"

Woha!

Anakku, habis sampai sini, jangan lupa puasa penuh setiap tahun…, walaupun ayah tak bagi apa apa.., satu lagi, pabila ada masa dan peluang, ajaklah kawan kawan kristian masuk islam dan beraya dengan adat Malaysia, bakar lemang dan rendang.., ho ho ho!

Sekian.

Ps: Jangan selaki kali korang berani panggil ayah dengan gelaran “Santa” walaupun janggut ayah sudah putih dan perut memboroi… Ho Ho Ho!

118 comments:

mohd said...

ho ho ho

Misz Ain said...

topik yg menarik cik hamka..truskn.. lame jgak sye mnti entry trbru cik hamka nie...trima kasih

xy_yx said...

jarang dapat komen~ weeee~~

maiyah said...

hehe.. mmg suka cite ni :D

alang said...

Uik. Adakah entry ini dibuat sebab anak2 bro panggil bro Santa? huhuhu. Cool la bro. ;)

Hope said...

Ho Ho Ho
Cool post bro. Hehe.

whiteberry said...
This comment has been removed by the author.
whiteberry said...
This comment has been removed by the author.
whiteberry said...

Salam. Well, the way you wrote quite interesting, Mr. Hamka. Actually not all of them believe in Santa existence. That's only the practice of those ignorant within their own religion. For example, just look at Jerusalem during Christmas. They (the Christians) are totally devoted to celebrating the birth anniversary of their messiah, there are no image of Santa at all anywhere in the holy town. We as Islam should start respecting other religion first if we want to be respected. Right now, our image are already tarnished by those so called jihadist. Even there is a syndrome in the world today that called "Islamophobia". Just let them with their things, as long as they not insulting Islam too. But hey, sorry for the long comment. I didn't mean anything bad at all. I like your blog plus I'm a loyal follower of it. Please blog everyday...

nana said...

ish ish artikel yg sangat2 berbaloi difikirkan..
er mat sentui hehehe..

two thumbs 4 u..

Hamka said...

mohd

: )

----------------
Misz Ain

Sabor jelah, pakcik sibuk besarkan perut, eh silap, kempiskan perut..

----------------
xy_yx

tahniah!

-------------
maiyah

ingat nak letak gambar anak aku, tapi upload blog lambat nak mampus, esok esok jerlah aku letak gambar optimus prime dan bumblebee..

--------------
alang

oh.., luka berdarah kembali.., cis..

------------
Hope

Cool,.., tanpa salji olok olok..

--------------
whiteberry

ha ah, aku mula konfius gak.., : )

----------------
nana

Din Dang datang lagi dengan, bola terbang.., woha!

mat min tonjol.. said...

Salam,
anak-anakku, untuk pengetahuan dirimu sekalian mat sentul memang lawak orangnya, matanya amat bulat dan selalu sebut ding dang.....kipas terbang...woha!

mat min tonjol.. said...

Salam,
anak-anakku, untuk pengetahuan dirimu sekalian mat sentul memang lawak orangnya, matanya amat bulat dan selalu sebut ding dang.....kipas terbang...woha!

mat min tonjol said...

sori bro terpost 2kali...woha!

azharjaafar said...

"Tora datang lagi dengan keropok sotoong.." Tapi aku semenjak kecik memang tak suka makanan ringan..

charisteas86 said...

entry x berat kali nie..hehehe

heal man said...

ho ho ho
vitamin b6 dari 48 pisang
ho ho ho
kalsium dari 55 cawan susu
ho ho ho
zat besi dari 3 kilo bayam

** tetibe teringat lagu iklan horlick lak.. erk.. santa clause tu ke yg cipta minuman nih?

Ishak Zaini said...

Assalamu'alaikum..

Hehe.. Mengimbau zaman kanak2..
Iklan tora datang lagi..
datangnya menggoda dan menggugat keimanan kanak2 semalaya..

http://www.youtube.com/watch?v=8Bi6lfiRKxo&feature=PlayList&p=2FB49D133353403A&playnext=1&playnext_from=PL&index=46

Untung anak2 en Hamka.
Dapat abah dan umi baik yg pandai galakkan anak buat baik..
Moga jadi anak2 soleh la anak2 en Hamka.. :)
Tak lama da nak tunggu dorang jadi besar utk baca entri2 abah kesayangan dorang ni..

aksa said...

dulu ms kecik2 aku simpan duit utk beli video tape jerk...pose xdpt apew2 pun dpt hadiah nak mkn apew bila buka pose jerk..hak hak hak

Luqiem said...

Dulu pn masa kecik2 aku nak sgt Beli Mainan Transformer.. Bertukar!!!

hidayat-idaman said...

janggut putih doa makbul InsyaAllah...

R.K said...

Santa Hamka ? Ho Ho Ho..
ye anak-anak , puasa lah tanpa mengharap ganjaran .. Ho Ho Ho ..

Hanisumayyah said...

Hamka, 6 tahun puasa penuh sesuatu yg normal zaman ni, tapi cuba tanya 6 tahun solat 5 waktu penuh, masih sesuatu yg abnormal! Dalam kelas anak saya [6 tahun] bila cikgu tanya sapa solat subuh, anak saya jer sorang angkat tangan....tapi mungkin masih boleh dimaafkan..sebab 10 tahun baru kena rotan,kan?....

Anonymous said...

hamka..anjakan paradigma 360 darjah x merubah keadaan. masih kat tempat same. patut 180 darjah je..

pergi masuk darjah 1 balik..

Grave Members said...

Salam..

Sy mmg minat giler citer transf0mers!! Gud2...

Siap buat calculating erk?? dasat2!!

Ho Ho Ho

The Zaharul said...

hO hO hO..meri Kerismes..

kembarasepi said...

salam...nostalgia ding dang kembali...

carwashku said...

Kekadang (tapi lazimnyer!) kita ni suke no telupa adat budaya sendiri...rasa cam ketinggalan benor...sebuleh-buleh nak gak pokok krismas walau kena tabur ngan gabus putih ke kapas bertan2 janji cam orang putih...walhal orang putih tu tegedik2 nak datang sini bejemur tengah matahari terik tu...(emmm kalau time krismas musim gugur pokok takde daun alamatnya semua kat sini kutip le ranting2 pokok mati tu!!!)...issshhhh ada akai ka?

ayaz said...

simple entry
kecik2 dulu aku ada pk gak,xdtg k santa kat kg aku
k sbb rmah aku xde crobong asap?
ho ho ho...

Khairi said...

xmenyengat sangatlah entri kali ini, sepatutnya lama tak pos entry mestilah entry menyengat-nyegat mcm kerengga, oh.

haha.

oh ya, ekceli omputih pun tau santa klaus ni x real. mainan budak2 aje. saja ja layan ala tooth fairy gitu.

kdg2 dlm agama kita pun byk mende2 ni. pak2 syeikh pun kdg percaya akan 'keramat-keramat' versi melayu hehehe.

bila dah bodoh, sebenarnya, duk dalam agama apa pun sesat. punahlah mana-mana agama bukan sebab intipati agama, tapi sebab khilaf-khilaf dalam otak-otak penganutnya yg bebal.

betul tak sedara hamka.

Anonymous said...

salam..

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Mengasihani.
Segala Pujian bagi Allah Tuhan Sekalian Alam.
Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.
Raja bagi hari AGAMA.

-bagi mereka yang tidak memilih agama sebagai maksud hidup maka tak perlu endah pada hari kiamat kerana hari tersebut ialah hari pembalasan agama.

-dan agama yang diperhitungkan ialah agama yang mengandungi perintah Allah, larangan Allah dan mengikut cara yang ditunjukkan oleh Nabi/Rasul yang dihantar bagi kaum tertentu pada masa tertentu.

-pilihan menganut agama Islam adalah pilihan tunggal ummat Nabi Muhammad SAW. Suka atau tidak kita adalah ummat terpilih akhir zaman dan Islam adalah agama yang perlu kita bawa dalam keadaan sempurna seperti mana yang telah diajarkan Nabi Muhammad SAW kepada para sahabat r.hum

-ROM

akuskema said...

bestnye klo bapak aku cam ko.. hoho~

keRAna AKu SAP said...

ohohohoho....
siap ada fakta lg penulisan kali nie..hehehhe
sy pon main transformer..BERtUKAR!!!!

A traveler looking for the right path said...

Salam, mungkin nampak ringan jer entry ni tapi cuba bayangkan orang yang dah berjaya dapat kebenaran mahkamah untuk guna nama ALLAH tukar pulak nama santa clause yang berjanggut dan boroi macam orang telan tong beer tu jadi ALLAH! Tak ngeri ke kita?

dermawanpemurah said...

aku nak cakap benda yang takde kena mengena dengan entri kamu.

arini aku dah jadik 24 tahun. hehe

MakTEH said...

enrti kali ini tersangat sweet! suke.. swweeeett!

Farhe said...

Salam. Ni saje je nak kongsi fakta ni. Sebenarnye budaya Santa Claus, Cristmas tree, bagi hadiah dan benda2 lain yang diamalkan oleh msyrakat barat tu pengaruh drp Paganisme.
*Paganisme-agama di europe sebelum Islam & Christian datang..

X tau la kesahihannye, sekadar nk berkongsi.. Btw, time kaseh En. Hamka..

EPAL said...

salam.....heheh lama x komen....

wah post menarik...mmg pelik kan santa dgn apa yang sbenar benarnya berlaku hehehe...

Anonymous said...

Assalam,
Wahai anak-anakku...moga kita akan berjumpa di jannah dan menyaksikan bersama segala kebenaran janji Tuhan....

Senyumlah pada segala kesusahan, kepayahan, kemurungan dan yakinlah pada segala janji janji Rabb.

Wahai anak-anakku... yakinlah dengan seyakin yakinnya bahawa segala kesusahan, kepayahan dan kesengsaraan untuk agama Allah swt ketika di dunia adalah hadiah yang tiada nilai bandingan diakhirat kelak

I'm one step behind you my children
Allah is with us..
Hamka,
Jemputan ke Tongi Ijtimak
22-25.1.2010
Khalid. (Doa please..4me)

Amin007 said...

tak sangka anak-anak hamka dapat pilih benda yang dia suka dan murah pada kiraan hamka hehehe.

satu pilihan yang bijak hehehe. mungkin belum sampai masanya kena beli basikal.

tapi saya syor belilah games yang boleh cerdaskan akal macam catur ker dam ular ker hehehe atau cashflow 101

Neo Rantissi said...

bro hamka, aku pun nak optimus prime sebijik, haha, dulu masa aku kecik2, bapak aku janji adiah sehari puasa, seringgit, best, lps tu dh besar sikit dia upgrade, sehari puasa + baca 1 juz quran baru dapat seringgit, skang utk adik2 aku dh xder kot sbb kegawatan ekonomi, hahaha.

ini kalau Santa baca artikel ko, mati koma terus pakcik tuh, woha!

Anonymous said...

Beb,
Lawak tu memang lawak la cerita ko ni hamka, tapi di dalam melawak ni kadang2 ternampak pula kebodohan diri sendiri.
360darjah adalah arah yg sama beb.

charisteas86 said...

ALLAH!!..kenangan terindah..

charisteas86 said...

ALLAH..kenangan terindahku di tonggi..

محمد حزوان said...

salam hamka..
ak suka penulisan ko..
aku cuma plek ngn "anynomous" tuh...
pegi kondem ko psl anjkn prdigma 360.
bnde hal kcik je nk taip bodoh2.
taw la korg pandai kan anynomous???
ak phm, ko wat 360 BUKAN mrujuk kpd arah yang sama.
tpi lbih kpd kreativiti untuk mnarik perhatian org untuk mmbce blog ko.
ciss..andai aku superman, ak tale bontot2 anynomous tuh...
woha!

*sjak bce blog ko, ak mnjdikan woha tagline aku.wakaka.

محمد حزوان said...

anynomous yg aku rujuki adalah tiga atas aku ya..yang any len aku bese je..
bese je..

ouh, senyuman manis dibawa angin~

LiFe Is BeAuTifUl LyRiC said...

Entry yang lawak tapi penuh hikmah.. entahla kenapa boleh nak beraya dengan salji & pokok pine.. mana datangnya tah..

Nasir_Penang said...

Masa kecik2 dulu selalu tgk kawan2 aku dapat barang mainnan daripada ayah mereka.....aku selaunya main guli, gasing, layang2 ikut musim....tapi sekarang anak aku kalau minta apa2 senang2 je aku beli.....tapi insyallah tengah meeting dengan alia aku tak nak bagi anak aku tgk TV lagi.....tak lama lagi TV dah nak masuk bilik aku........insyallah minggu depan ada ijtimak di Thailand 15,16,17 january minggu lepas jemaah thailand datng taskil......

Score A said...

Agak2 bile la santa nak datang kat Malaysia ni yer.. :D

zone2020 said...

pernah gak dulu berangan nak dapat hadiah dr santa coz friends wk2 kecil dlu da yg kristian mengatakan siapa budak baik akn dpat hadiah

tp semua hampeh yg da aku kencing malam coz x sabar nak 2gu santa bg hadiah

herm zaman jahiliah

Darus Interferon said...

salam, apa beza solat berjemaah dengan isteri dengan solat berjemaah di surau/masjid.

*kesian isteri solat sorang kat umah.

Anonymous said...

Assalam. Sayangku En Darus...Beza sembahyang fardhu berjemaah dirumah dan di masjid bagi orang lelaki.

Nabi saw tak pernah sembahyang fardhu di rumah....oleh itu adalah terang dan jelas sembahyang fardhu di masjid adalah sunnah Nabi saw. setiap sunnah yang diamal dengan istiqomah diakhir zaman le ni... Allah swt janjikan ganjaran seumpama mati syahid!!!!!

Nabi saw tak kesian ke kat isteri-isterinya dengan membiarkan mereka sembahyang sorang-sorang di rumah?

Allah swt menyatakan dalam kalamullah... naik saksilah dengan iman orang yang berulang alik dari rumah ke masjid...Iman Nabi saw lah tu.....dan iman kita ummatnya.
(Perbuatan berulang alik ke masjid Allah iktiraf..belum cerita nilai dan kelebihan amalan sembahyang berjemah di masjid)
Kesian kat isteri...baguihlah tu..nak temankan sembahyang tetapi... ulama kabo, rahmat Allah swt turun di masjid-masjid dan lain-lain rumah Allah swt. Kemudian dari rumah Allah tu setiap pengunjungnya akan membawa balik rahmat tersebut ke rumahnya.

Kesian tak kat isteri kalau kita tak bawa balik rahmat Tuhan kat rumah? Dari mana lagi kita nak bawa balik rahmat Tuhan...?

Saya, Tuan, isteri Tuan...kita semua kena belajar untuk hidup sorang-sorang....Kerana akhirnya kita akan sorang-sorang naik kereta mayat, (dalam keadaan berbaring..he..he..)Dah tu kita sorang-sorang kena tinggal dalam kubur...sorang-sorang kena jawab soalan Nungkar dan Nangkir...sorang-sorang atas titian sirat, sorang-sorang kena hisab ....

Ya Allah jadikanlah ini asbab hidayah agar Sayangku...Darus akan istiqamah dengan rumahmu sehingga ke akhir hayatnya..Amin.

Aku sayangkan kau, isteri kau serta semua umat Islam semuanya samada yang masih hidup atau mati seumpama aku sayangkan diri Aku.

Sori Hamka...luahan perasaang.

Khalid

Anak Aji Saleh said...

masa aku puasa penuh buat pertama kalinya bapak aku tak bagi hadiah apa apa.masa aku solat penuh 5waktu buat pertama kalinya bapak aku tak bagi apa apa masa aku kawin buat pertama kalinya bapak aku tak bagi apa apa..... dia tak tanya akupun tak mintak... tapi dia bagi aku kata2 yang buat aku menangis sebab sampai sekarang aku tak mampu buat..
dia kata jangan tinggal solat jamaah jangan lupa sedekah jangan lupa bagi dia hadiah doa kat dia bila dia dah mati...

charisteas86 said...

tuan khalid ni bai khalid ke..hehehe..kata2 yang hikmah..hehehehe

hidayat-idaman said...

awat banyak sgt org tabligh duk bagi komen dlm nie??
tabligh nie parti politik ka??
lagi satu nk tambah anonymous khalid tulih tue...
seorg isteri yg sediakan keperluan utk suaminya dan taskil suami dia g solat jemaah akan dpt pahala yg sama dgn pahala yg suami dia dpt utk solat jemaah...

Nadhirah Ahmad said...

only the small kids believe bout santa. when there're teens, they know santa and tooth fairy are totally fake. but for all i know, santa only gave the small gifts which fit in the socks.. but it's really lame to have santa came down from the chimney. how can they enter flats or condos. hahaha

siti said...

nice entry. sokong kata salah seorg pengomen di ats sweet. Sedih plak baca bhg atas tu. Apa2 pun teruskan menulis sbb sy sentiasa ternanti-nanti entry terbru anda..huhu

DeePo said...

bila baca post saudara, memang sangat menyedihkan. seolah2 kami semua mengagung2kan santa dari Jesus.

Agaknya begitulah bila kita memahami adat org lain, bak kata pepatah, bagai katak di bawah tempurung.

Ramai gereja2 banned mana2 ciri2 seperti santa claus diwujudkan semasa perayaan krismas. sebab kami telah mengajar anak2 kami apa maksud erti sebenarnya krismas.krismas bukan santa claus, itu yg kami ajarkan.

saudara ptut pergi berkunjung or at least tinggal di sarawak. Kami x pernah masak ayam turkey pun, semua makanan kami masak adalah ikut budaya masing2, cara2 malaysia (saudara ja yg tak perasan sebab saudara x pernah pun bergaul dgn org kristian).

pokok krismas, stoking semua itu adalah budaya orang putih. Macam juga org malay, kalau raya ada hiasan ketupat and all that, we just put pokok krismas itu sebagai satu BUDAYA N IDENTITY. dun get confused......

most orang putih now celebrate krismas meant for holiday season and not a religious festival where the d truth is, krismas is a religious festival, but as we know, this org putih most are atheist.

GET THE FACT!

Darus Interferon said...

Akhi Khalid,

terima kasih!

kaklong said...

assalamualaikum.moga Allah rahmati dan ampuni dosa kita semua.entri kali ni menggamit zaman kanak-kanak@zaman jahiliah diri ini.ttg santa,mmg ana pernah berangan nak hadiah tp mak ckp semua tu bohong je.pastu terus mati impian idamkan hadiah dari santa.ttg brg permainan mmg ana xpernah ada.jgnkan transformer@barbie doll,dindang dan tora pun xdpt main.mak xbg.bazir duit.hmm.last2 ana jd bdk baik yg agak cerdikla sbb asyik bc buku.la ni jd cikgu.dgn adanya blog ni bertambah2info yg ana blh kongsi dgn bebudak ana.ana siap rekemen dorang bc blog ni.ana tahu blog ni pun via suami ana.xlangsungnya,jd kesedaran sblm dijemput kereta mayat.namun tak dpt bli mainan xbermakna ana ngadap buku je.mainan ana,buat origami drpd kertas atau kain,cipta lori mainan dr kotak ubat gigi,pistol mainan drpd kayu terbuang,main msk2 guna tempurung sbg kuali.wah seronoknya.ayah pun layan ana adik badik.kitorang slalu gi pdg main guling2 cm pilem industan.ms tu 6thn.xthu pun industan suka guling2.hehe.musykil,yeke en hamka ni tabligh man?ayah ana pun ada join.tp la ni xaktif da.tabligh kat anak2 je.selamat maju jaya.teruskan perjuangan.maaf ye nk brth,wlaupun ada bhs2 en.hamka yg kurang ana gemari, namun ana tetap bg sokongan utk en.hamka teruskan penulisan.yg buruk jd sempadan yang baik jd teladan.hayya bil jihad.

kaklong said...

lupa lak, satu lagi, ana bangga ngan ayah ana.sebab dia seorang pemandu.pemandu yg dihormati,lbh dihormati daripada pemandu f1.sbb dia pandu ambulans.kalu ader emergency confirm dia dpt jln dulu.kalu tak innalillah la org dlm van hospital yg dia bwk tu.kalu innalillah dia juga akan bw satu lagi van iaitu van jenazah@kereta mayat. :)

Hamka said...

mat min tonjol..

err, mat sentul, masih hidup lagi, kan?

--------------
azharjaafar

masa kecik terfikir jugak, kenapa din dang atau Tora tak pernah taja siaran langsung.., he he , (budak kecik punya impian..)

----------------
charisteas86

jika santa clause baca, baru terasa berat..

ho ho ho

---------------
Ishak Zaini

Bini aku ada print, simpan sikit sikit, nak bagi anak baca, tapi lepas baligh lah..

-------------------
aksa

aku mase kecik tak pernah beli vedio tape, sebab rumah aku takde player..oh

-------------------
Luqiem

Tapi dulu punya simple, sekarang complicated, tapi anak aku terer betul..

------------------
hidayat-idaman

uban aku uban penyakit.., takpe..

-----------------
R.K

Puasalah dengan ishtisab...

-------------------
Hanisumayyah

6 tahun puasa penuh sesuatu yang normal zaman ni, sebab tu anjakan paradigma aku 360 darjah, tak berubahpun, jika solat lima waktu, baru aku buat anjakan paradigm, 15 darjah.., he he

------------------
Grave Members

Calculating di rujuk dari Wikipedia..

Ho Ho Ho

----------------
The Zaharul

hO hO hO..

------------------
kembarasepi

rindu filem mat sentul jual mee dalam puntianak gua musang..

--------------
carwashku

biar mati anak, jangan mati adat..
chewah..

----------------
ayaz

selain lubang asap, lubang tandas juga boleh di masuki oleh makhluk..

--------------
Khairi

Patut kau baca entry aku bersama kala jengking, baru menyegat..

------------
-ROM

Baca: apa fungsi manusi (sebagai rujukan kepada non muslim)

----------------
akuskema

best? Tak puasa penuh aku pukul, tak solat jemaah aku sepak, tak pergi haji, aku hantuk kepala kat bucu meja, kau nak?

---------------
keRAna AKu SAP

BERtUKAR!!!!

---------------
A traveler looking for the right path

Aku tak setuju nama Allah, di guna secara umum dalam ugama lain.

--------------
Dermawanpemurah

Dah boleh mengundi....

------------
MakTEH

Sweet, sebab gula dah naik..

-------------
Farhe

Dah ucap terima kasih, sama sama jer ler..

-------------
EPAL

Kemana menghilang?

------------
Khalid.

Semoga ada rezeki aku di sana..

---------------
PS: jawab komen sampai sini dulu...
Lain kali sambung lagi.

Hamka said...

Amin007

Tapi nak transform lori truck kepada optimus prime, bagi budak 6 tahun, agak mencabar juga, mereka lebih handal dari aku..

----------------
Neo Rantissi

woha!

---------------
charisteas86

: )

---------------
محمد حزوان

6 tahun puasa penuh sesuatu yang normal zaman ni, sebab tu anjakan paradigma aku 360 darjah, tak berubahpun, jika solat lima waktu, baru aku buat anjakan paradigm, 15 darjah.., he he, anynomous tu yang slow..

-----------------
LiFe Is BeAuTifUl LyRiC

Salji tu datang dari : Polystyrene is an inexpensive and hard plastic, and probably only polyethylene is more common in your everyday life.

(sajer nak jawab walau kau bukan bertanya)

-------------
Nasir_Penang

Waktu anak masih kecik, bagilah dia main.., bila dah baligh, tahulah dia maksud hidup…

----------------
Score A

Yang datang depan rumah, pakcik boroi, berjanggut putih dan berserban, seluar senteng, lalu berkata:

“Khazanah Nabi sedang di bahagi bahagikan di Masjid”

------------
zone2020

jahiliah before 2K, he he

----------------
Darus Interferon

(((salam, apa beza solat berjemaah dengan isteri dengan solat berjemaah di surau/masjid.)))

Solat berjemaah dengan isteri adalah solat sunnat, solat berjemaah di masjid adalah solat fardu.

kesian isteri solat sunat sorang sorang kat umah. Woha!

------------------
Anak Aji Saleh

Ayah aku peraih ikan, masa kecik banyak makan ikan, terima kasih ayah!

(takde kena mengena)

----------------
hidayat-idaman

orang tabligh jika nak komen sila guna bahasa standard, hindari term seperti, taskil, bayan, rahabar dan lain lain..

------------------
Nadhirah Ahmad

Chimney? Santa kan perut boroi, muat ke?

---------------
siti

bila tahu orang ramai baca tulisan aku, aku sebenarnya ‘berhati-hati’…

: )

--------------
DeePo

Aku jalan jalan kat shopping complex, bila tiba krimas, mereka letak pokok fir dan salji palsu, dan Santa Clause…

Aku bukak TV, bila tiba krimas, mereka papar pokok fir dan salji, dan Santa Clause…

Aku buka akhbar, majalah, bila tiba krimas, mereka papar pokok fir dan salji, dan Santa Clause…

Itulah yang aku lihat dari bawah tempurung..

Mungkin lepas ni aku lihat pula dari mata burung, dan mungkin aku akan nampak lagi banyak benda yang kau tak suka…

Maafkan aku, kawan.

-------------
kaklong

kirim salam kat ayah, suruh ayah istiqamah buat benda yang baik, sampai mati.., ok.

dobbod said...

ehem.. ramai pulak yang cepat reply dengan entri kali ni, hmm... mungkin isinya senang dikomen, tak seperti entri lain yang memerlukan 1 minit untuk hasilkan satu ayat yang pendek. agaknya kot...

Anonymous said...

mengapa tidak:)

Anonymous said...

awal yang baik

Anonymous said...

salam..

bila tahu orang ramai baca tulisan aku, aku sebenarnya ‘berhati-hati’…

HO..HU..HE..WOHA!

jangan makan hati sudah lah..
ehh anak en.Hamka dah masuk sekolah belum? agak-agak Haikal dah kot.. hehe

-Ima

pesandansampai said...

iklan iklan!!

takde apa2.. saja je..
minggu depan stok masuk!!

Teratak Halaqoh CintaKu said...

Salam en hamka..saya dah lama tunggu artikel baru..alhamdulillah..dapat juga saya baca..Artikel ni best lah..memang beruntung anak 2 zaman sekarang kan??..teringat kesusahan mak ayah masa dulu..rasa sedih plak...TQ kerana post artikel yang begitu membina..Selamat Berjuang

ayaz said...

25 dis lpas ari jumaat
so cuti 3 hari bg ssiapa yg cuti
pd 25,26&27 itu jugalah rumah2 org islam byk dkunjungi org2 bukan santa.berjanggut putih,berserban,seluar senteng.dorg xbw hadiah tp ckap ada hadiah d bhagi2kan dmasjid.ajak seramainya pg ambil.
xramai dtg.
org c2 blum faham nilai hadiah(hidayat)...

Anonymous said...

salam..

WAH!!

ada gambar!! suker sangat ada Haikal dan
BERTUKAR! jadi .... jadi ape ek?

-MIN

siti ajar bt yaakob said...

salam...kalau cik hamka punya kisah tersendiri dalam permainan kanak2 zaman dulu dan sekarang...saya juga ada kenangan,..bebudak zaman dulu tak de makanan ringan yang banyak,...apa yang ada biskut kering dan gula-gula...jadi semasa balik dari sekolah, saya selalu merayap mencari buah2an dari tepi jalan untuk dimakan...kerana perut berbunyi dek rumah yang jauh...kena jalan kaki lagi,...memang beruntung bebudak sekarang...

linda said...

my perception fasal santa claus ni dari dulu.. kalau tengok appearance, selalu fikir asal usul Santa Claus ni dari orang orang putih yang homeless..mabuk, perut besau,berjambang, bawak pula beg sarung yang besar..duk kutip barang barang terbuang..

lepas tu depa duk twist cerita kata santa ni bawak hadiahlah..ke hapa.. ha ha

satu lagi..kalau dengar lagu jingle bell diorang ni..we all satu famili duk tukar lirik.. jin bogel jin bogel... ha ha ooops terlebih sodah..

kesian..err sekian

Betik said...

tak sangka ada lagi orang macam kau kat dunia ni.
setahu aku islam pun tak ada ajar macam ini.

Anonymous said...

Assalam,

Sedekah yang terbaik adalah sedekah kepada ahli keluarga...
Beli 1 hadiah niat sedekah.
Beli 2 hadiah niat sedekah.

Anak sulung habis main, adiknya sambung main...dapat pahala sedekah tambahan.....adik kecil pun sama juga kongsi main. dapat pahala sedekah lagi...kawan-kawan dia main, dapat lagi...sepupu dia datang rumah tumpang main dapat lagi...
Dah buruk....beli baru...woha !!!Niat sedekah lagi...he..he...

Insyallah, Allah berserta dengan niat kita...
Tapi..jangan sampai main lupa sembahyang. Aku tendang je permainan tu depan anak-anak aku...(chewah!!!!...macam bagus je Khalid he..he..)

Setiap kali tengok muka anak doa!
Tiada hijab doa seorang ayah untuk anaknya...Amin.
Khalid With Love.

aksha said...

bestnyer aku rs dapat permainan gi2..jap ag nak beli r...hamka..lau aku pose penuh ko kasi hadiah x?

Anonymous said...

Assalam charisteas86,

(Tuan Khalid ni Bhai Khalid ke)

Dengan Izin Allah swt...
Bhai Khalid sedang menuju ke arah jannah Allah swt sepantas kilat...
Manakala.....
Khalid sedang jatuh bangun, jatuh tergolek dog, merangkak-rangkak dan tergaru-garu kepala serta sedang mengesat air liur basi yang berjejeran....dalam mencari arah jannah.

Ya Allah, kalaulah diri ini ada amalan yang kau terima ...aku sedekahkan kesemuanya tanpa kurang sedikitpun kepada charisteas86 ni kerana berbaik sangka pada ku. Amin.
(Sesungguhnya kau mengetahui segala-galanya Ya Allah Rabbku...)

Khalid with lots and lots of love. Woha!!!!!!!!

manager said...

salam
1st time dtg cni,
trsentuh ati bila bca ntry hamka,bukn ape,tingt mase jd bebudaak dolu,sadis yg amat..bab mainan,makanan,kehidupan mase bebudak dolu amat daif,stkat mainan,jauh skali dpt,ding dang pn x mmpu beli..yg dpt,hanya pistol kayu hand made dgn brpelurukn buah senduduk..em,tapi 2 kesah dodulu..

Frodo Baggins said...

DAH LAMA X MASUK KERETA MAYAT!!!


>>________<<

sek gong lima mamang said...

salam semua....aku nak cite pasal aku plak...asyik korang ker...korang tau tak blog ni hamka yang punyer bukan aku yang punyer? kalo tahu bagus.

aku mase kecik dulu memang susah dapat mainan bukan kerana bapak aku miskin tp kerana bapak aku banyak anak. jadi biasenye yang sulong dapat dulu dan mainan tu akan diwarisi turun temurun oleh adik-adik.

biasenye abg sulong aku akan mewariskan mainan tersebut apabila mainan tersebut dikategorikan sebagai SAMPAH. disebabkan aku ni adik lelaki bongsu maka aku akan dapat lebih terok dari sampah.

waktu kecik aku slalu dengki ngan abg2 aku. last2 bila umur aku 10 tahun aku mula mencuri bersama kawan baik aku yg aku kenal masa umur 3 tahun (yeke?). aku mencuri deng dang, tora,jojo dan macam2 lagi...hahahahaha

sepanjang aku menceburi bidang yang mencabar ini aku tidak pernah kantoi dan kedai yang slalu jadi mangsa aku adalah kedai keling di kampong gong pauh kemaman hahahahah.

aku mula berhenti bidang ini apabila kawan baik aku pindah ke geliga, waktu tuh aku dok lot 144 kg gong limau. tapi dari kecik lagi aku diajar oleh ayah aku untuk pegi ke masjid solat subuh dan biasenye ayah aku solat dimasjid dibandar chukai...aku tak ingat dah name masjid tuh. waktu tu aku paling benci ngan iman yang baca doa lama dan zikir lama2. tp aku paling suke apabila lepas solat subuh dimasjid ayah aku akan bawa aku dan abg2 aku makan nasi minyak di pasar takpun makan roti bakar haiping yang sekarang lebih dikenali sebagai kopitiam kemaman.

zaman jahiliah aku tak abis disitu...aku jarang puasa depan mak ayah aku pura2 puasa. sanggup aku ponteng puasa hanya teguk air paip je. merempit, bla bla bla bla.....panjang sangat jenuh aku nak nulis ( ni bukan blog aku)

tp Allah sayang aku, aku insaf juga akhirnya bila aku berumur 23 tahun...isk..isk..iskk...tp macam2 dugaan aku kene tempun untuk aku bertaubat. sekarang aku dapat rasakan cintaku pada-Nya yang dulu aku benci.....

terus terang aku katakan, dari aku sebelum tadika (ingat-ingat lupe) bapak aku dah bawa aku ke masjid. ajar mengaji. anta aku pi kem dr hassan ali (mahal nak mampos) mini summer camp dan lain-lain lagi...
memang banyak.tetapi semua tuh tak dapat merubah aku.....

korang nak tahu tak asbab ape yang aku berubah? itulah ayah dan ibu dengan izin Allah S.W.T.
kata-kata terakhir dari mereka buat aku berhijrah ke tempat yang dipenuhi golongan baik2...disitu aku belajar solat 5 kali sehari, mengaji, dan yang lain tuh menyusul selepas itu......

inilah ceritamengarut dari aku yang mana aku tak reti nak buat happy ending die. hahahah

Hasbullah Salih said...

nini celup! celup!
hehe sapa ingat memang terer...

lama benor tak baca entry ko hamka, nanti senang aku qadhakan. sok pagi nak tangguh dari bumi darul iman ni... sedey woo

semoga Allah terima...

Hamka said...

dobbod

kot...?

----------------
-Ima

si H Dah sekolah, dan ada cerita kelakar, nanti aku cerita..

---------------------
pesandansampai

baca entry: “apa aku dapat bila tulis blog”

---------------
Teratak Halaqoh CintaKu

Selamat Berjuang? Ok. (sedang bersandar sambil gerak gerakkan mouse)

: )

----------------
ayaz

ha ah, tau takpe!

------------
-MIN

Dari ‘animal’-man, kepada fikirman.

------------
siti ajar bt yaakob

tapi budak zaman sekarang tak bebas macam dulu, tak boleh explore hutan dan rimba, tak boleh panjat pokok.., tak boleh jalan sorang sorang, kena culik.., dan susah nak jumpa buah buahan wakaf..
jadi budak zaman dulu, satu kelebihan.. dari segi pelajaran hidup, tapi dari segi hiburan, jadi budak zaman sekarang adalah ‘ujian’..,

-------------
linda

kalau orang melayu, biasa takutkan anak dengan benggali jual roti, ada iras iras santa clause jugak, kan, woha!

-------------------
Betik

Tak lama, jadi mayat, takdelah..
untuk anaknya...Amin.

-----------------
Khalid With Love.

Khalid, masa kecik, depa nak main, mainlah.., bila besar, tak boleh nak main dah, sebab kena keluar jalan Allah di seluruh dunia..

----------------
aksha

bolehlah aku bagi duit raya RM1, datang lah umah, tapi kau jangan tipu, orang perempuan puasa penuh? Mengandung ke?

----------------
manager

aku dulu mainan adalah kotak ubat nyamuk, boleh lukis, gunting dan main.., siap aku jual lagi, satu 20sen.., he he

-----------------
Frodo Baggins

Masuklah!

-----------
sek gong lima mamang

aku pernah solat kat surau situ, dekat sekolah gong limau kemaman, dan berkenalan dengan seorang bomoh, Suhaimi nama dia, dan beliau juga seorang pendakwah.., suka dengan ceramah dari beliau, mesti ada unsur mistik, jin, malaikat dan syitan, lawak yang seram!

----------------
Hasbullah Salih

Ada lagi sekarang, sebab masa nak beli barang, anak aku cakap nak tu,

celup! celup!

Oh! Satu benda lagi yang aku tak rasa masa kecik..

(doakan aku selepas 'bayan tangguh' a.k.a pesanan sebelum pulang berdakwah)

abu muaz said...

ibu bapalah yang akan mencorakkan anak-anak jadi yahudi atau nasrani.Besar tugas ibu dan bapa ni.

linda said...

Bro Hamka,

Cakap fasal benggali ni..
ingat cerita Ya Fadhil Ustaz Ismail Kamus..

Ali makan roti..benggali bawah rumah..

errk....? ho ho ho

Wan Perlis said...

keretamayat boleh tolong kongsi pandangan tentang
rancangan tv di Malaysia.
terlalu banyak sangat hiburan.
entri pendek pun ok asalkan berkualiti dan ada sesuatu yg positif.
tq..

Anonymous said...

tuan,
minta sgt2 tolong tulis n3 pasal konsep sekufu ni...saya desperately nak tahu konsep sekufu ni dari pandangan/pemahaman pendakwah yang menggunakan ayat2 yang mudah difahami dalam kehidupan seharian (iaitu tuan lah orgnya)...tq.
-org yang sgt desperate nak tau.

silent said...

Kenapa Melayu Tak Segar?

sebab melayu tak suka berfikir.
malas nak guna otak kanan dan kiri
suka tengok cerita hantu
kekasihku seru,tower 13,jangan tegur lagi menjadi kegemaran
waktu maghrib dah tunggu depan tv
melayu rajin bergosip sana sini
kutuk orang ni kutuk orang sana
bukan nak nasihat tapi mengata
tambah2 dosa dan buat dosa kering


melayu suka hiburan
ada af ada malaysian idol
terlebih kuantiti artis melayu
qari dan qariah susah nak jumpa
topup rm60 nak sms undi mila
tabung anak2 yatim dan tabung masjid taknak plak topup
not seringgit pun dah ketar tangan
sibuk cerita artis kawin datuk
apa kena mengena dengan korang?
tak payah nak serabut kepala


dikatakan miskin marah plak
padahal pakai tak cukup kain
dedah sana ketat sini
nampak tahi lalat kat dada
body pun apa kurangya
kadang2 mengalahkan j.lo


dikatakan berasal dari timur
penuh adab,sopan-santun dan lemah-lembut
merdeka sudah 52tahun
kenyataannya masih lagi terjajah
betul melayu mudah lupa?


melayu suka enjoy2
"asalkan bahagia,ada fulus"
saudara kat palestin tak pernah hirau
hari ni makan kfc, esok Mc d
saudara kat Palestin 3 hari tak makan
best dapat tidur lena ada air-cond
saudara kat Palestin tak dapat tidur kerana ketakutan
anak Melayu main game counter strike
anak Palestin main baling2 batu


melayu sanggup mati anak
asalkan adat terjaga
padahal ada adat yg bertentangan agama
tak senang hati jumpa bomoh
minta pelaris nak maju
santau saudara sendiri
cucuk kat hidung cucuk kat pipi
macam2 ilmu
last2 bomoh yang kaya, diri yang merana


suka berlagak dan bermegah
nak jadi datin nak jadi dato
happy go lucky anak jadi artis
sampai jiran sebelah pun dah tak kenal
apa faedahnya?
dapat dosa lagi ada la
happy anak dapat 21A spm xpa la jugak


melayu memang terer
merokok no1
merempit no2
no3 meragut
membuang masa menjadi hobi
suka releks2
bangun tidur pukul 11pagi
sambil mengeliat dan menguap "hmm..malasnya hari ni"


baik hati melayu
berikan peluang pekerjaan kpd org luar
kenapa tak mahu bekerja?
tunggu emas jatuh dari langit?


melayu memang kuat dan berani
ada gengster badan besar
bermegah ada geng ramai
"kalau berani kacau la line kami"
padahal satu agama,satu bangsa dan 1malaysia
kenapa boleh jadi lawan?
kan lebih baik teman tapi mesra rakyat


ramai juga kat disko
release tension katanya
tu cara terbaik
nak lupakan masalah keluarga,kewangan dan masalah kat pejabat
ramai jugak kat lorong haji taib
kesian haji taib nama dia jugak yg busuk


umur 15tahun dah syok2 bercinta
pmr pun belum ambik lagi
pegang tangan perkara biasa
tak tahu malu mungkin kot?
ramai melayu malam 14februari,malam merdeka dan malam tahun baru
hasilnya boleh tengok 9 bulan kemudian
masa tu nangis tak cukup tisu
makayah tak cukup kain tutup muka
ada gak 2bulan tak keluar rumah
lain yang diharap lain yang dapat
tak sejuk perut ibu mengandung
tapi bukan salah ibu megandung


dimana melayu pada hari Jumaat pukul 1.20pm
ada di rumah mimpi jadi kaya
ada di pejabat kerana letih
ada di shopping kompleks jalan2
pun ada enak menjamu selera di restoran mamak seksyen 16
bukan mimpi tapi kenyataan
solat jemaah di surau pusat serenti makin bertambah jemaahnya
solat jemaah di masjid dua saf pun tak sampai


politik melayu ada kat mana2
pejabat,rumah,atas jalan raya dan kat toilet apa kurangnya
lepas tu mula la game
hina-menghina,maki-memaki,tipu-menipu
memang betul lidah tak bertulang
jangan salahkan lidah


Nak Salah Siapa Melayu terus melayu?
Ibubapa,cikgu2,ketua kampung atau perdana menteri?
ataupun polis diraja malaysia dan tok kadi?
tepuk dada tanya iman
bila nak insaf?
bila nak sedar?
bila nak taubat?
jangan tunggu Malaysia turun salji
jangan tunggu selat melaka terbelah dua


Bagaimana Melayu nak segar?
al-Quran dan as-sunnah menjadi pegangan
ikutilah akhlak Rasulullah S.A.W

ADA PINTU YANG SENTIASA TERBUKA

Hamka said...

------------
abu muaz

dan antara ibu dan bapa, ibu lah yang banyak bermain dengan corak…

------------
Linda

Banggali jual roti, satu alternative kepada ibu bapa dalam menakutkan anak selain dari hantu..

--------------
Wan Perlis

Rumah aku takde astro, antenna TV kat dalam rumah dan sudah patah, gambar tak clear.., yang terang sikit, TV 9, dan aku jarang tengok TV, aku tak bukak TV suka suka, aku akan search internet, jika ada masa nak tengok TV, aku survey dulu quality rancangan tu, rotten tomatoes, academy award, box office, dan lain lain, jika ada unsur culture impact, baru aku tengok, dengan niat belajar ‘kebijaksanaan’ mereka.., jadi tak tahu sangat rangcangan Tv kat Malysia.., maaf..

--------------
-org yang sgt desperate nak tau.

Boleh tak kau panjangkan soalan kau dalam email, dan detailkan masalah tu.

--------------
silent

orang melayu kutuk orang melayu sendiri, ok..

tapi jika orang bukan melayu kutuk melayu, itu bahaya… (pada keselamatan negara)

kau melayu, aku melayu, dan kata kata kau itu banyak betul..

terutama bab tahu lalat tu!

Woha!

Anonymous said...

-org yang sgt desperate nak tau-

tuan, emel telah dihantar..your response is v much appreciated...walaupun tidak dpt respons immediately, sy boleh menunggu giliran...
tq

amir said...

hamka..ramai member aku kate
mu nih org dakwah(tabligh la) mknenye..tp aku rs deme ni org
ngaji tasawuf...ape2 pn...
aku respek mu...

Anonymous said...

Assalam..Dearest brother Hamka,
Ajib!! Rumah aku pun tak ada Astro, airel dalam rumah dan patah..he..he...yang clear pun TV9 Kesian anak-anak aku....mereka suka tengok apa ke name..bintang-bintang kecil ke...Bila aku tengok mereka begitu khusyuk mendengar dan melihat bintang-bintang tu nyanyi...aku tanya mereka. Tak berdosa ke..tak pakai tudung...campur lelaki perempuan?

Anak dara aku yang baru setahun di madrasah alimah Losong kate...Allah "Encik"(Abah)...kan kecik lagi? (Dengan muka gaya ustazah tengah bengang..he..he...)

So...aku dengan seriusnya menjawab..(Macam Mau..lena) Ialah Sofea..memang mereka kecik lagi. Tapi...dari keciklah kena belajar tutup aurat..kena berlatih untuk tak bercampur gaul bebas..bila dah besar baru senang nak amal..Woha! (Sambil berdoa hidayat dalam hati agar Allah merahmati anak aku...)

Anak aku yang diamanahkan oleh Tuhan tu pun... meneruskan muka aksi ustazah cute yang tak puas hati...sambil terus tengok aksi bintang-bintang ...dan buat dunno je kat aku yang tersengih-sengih cam kerang busuk..he..he

Allah Hu Akhbar!
Selamatkanlah anak-anak kami Ya Allah...jadikanlah mereka bintang-bintang kecil dihati Mu YaRabb.
Khalid.

kiminoegao said...

uiks...kua nama hiroshima di sini..
hiroshima masih aman dan damai..alhamdulillah ^-^

penduduk hiroshima ;)

Hamka said...

-org yang sgt desperate nak tau-

Ok, dah terima, jap lagi baca.., : )

------------------
amir

aku setuju dengan cara yang orang tabligh buat...,

mirip kepada sunnah Nabi,
: )

-----------------
Khalid.

Anak aku pulak, cukup suka ipin dan upin.., siap hafal dialog lagi..

-----------------
kiminoegao

alhamdulillah ^-^

Norashikin Abdullah said...

ohh bgus..smga anak2 bro hamka mmbesar..dpt diorang bca post nih..

faizal yusup said...

kat mana nak beli transformers tuh? hawhawhaw..

Anonymous said...

erm

Anonymous said...

This post has been removed by the author.

Hamka said...

dah ramai orang kristian baca blog ni, bagus..

semoga korang termasuk golongan yang membaca dan berfikir..

Amin..

: )

yoebaik said...

Hamka, cemana ko leh dapat bumblebee rega 20 hinggit? penat aku carik untuk anak aku, tetapi gagal, anyway, terima kasih sbb penulisan yang berisi

Hamka said...

aku beli dekat east cosmo kuantan, diskaun RM20, sebab dah beli optimus prime RM50.

: )

t E d said...

shempoooiiiii~~

chanz said...

Wah Bumblebbee!!!

Hamka said...

: )

Anonymous said...

Salam, tak payah citer la benda-benda remeh camni, byk lg benda yg perlu diberi perhatian, buang bayi, mat rempit, hidu gam, dadah.. sume tu pemusnah bangsa. takut besok, bile kita da tua mcm santa clause, anak2 jd sampah..Ajar solat, Al-quran, dlm tu sume lengkap. Melayu suka bersastera dlm satu2 benda, tak tegas, suka meleret-leret. Buang masa, dan layu. BAngun la Melayu.Kita gelak, bangsa lain gelak, rupanya diorg gelakkan kita..Tgk kat Penang skang.hrp ambil positif sume, Wallahua'lam..

mujaheedin said...

kita satu malaysia
satu ummat
tiada bangsa
kegelapan akan hilang bila cahaya datang..
datanglah kepada kegelapan membawa lampu suluh kat mydin...
murah jer..
jadi ummmm....
bawa cahaya supaya kita boleh suluh jalan bagi orang yang duk dalam gelap takda lampu...
ok alrite

mujaheedin said...

din dang tak main la
orang beli jojo ok
daaa please...
jojo lagi best toy dia..

Hamka said...

wow

Frodo Baggins said...

wow

AkuMuzikFilem said...

tercari-cari kalau ada yang boleh dibuat menantu.

AkuMuzikFilem said...

tercari-cari kalau ada yang boleh dibuat menantu.

AkuMuzikFilem said...

tercari-cari kalau ada yang boleh dibuat menantu.

AkuMuzikFilem said...

tercari-cari kalau ada yang boleh dibuat menantu.

AkuMuzikFilem said...

maaf. boleh padam 3 di atas tinggal 1 je, masalah dalam internet connetion. kita fikir tidak send lagi, sudah rupanya

Hamka said...

jauhnya cari menantu...

: )

Anonymous said...

LOGIK JGAK,,NAPE AKU X TERPIKIR.EKK,,HAHAHA

Maryam Kamal said...

sebelum cerita tentang Santa Clause, kena explain dulu Ding Dang tu apa, Mat Sentul tu siapa. For sure anak-anak sekarang tak kenal semua tuh :D

Hamka said...

tu lah tu.., hihi

Anonymous said...

ho ho ho vitamin b6 dari 48 pisang ho ho ho kalsium dari 55 cawan susu ho ho ho zat besi dari 3 kilo bayam ** tetibe teringat lagu iklan horlick lak.. erk.. santa clause tu ke yg cipta minuman nih?