Feb 1, 2010

Keretamayat Facebook?

(P.E.N.A.F.I.AN, korang boleh abai semua entry, tapi entry ni jangan sekali kali…!)

Apa lah korang yang sanggup bakar gereja sebab marah tentang isu kalimah Allah?, Nabi Muhammad SAW ada ajar macam tu ke? Akupun tak setuju orang kapir kata Nabi Isa itu anak Allah, tapi kita kena marah dengan berhikmah, tak perlu bakar membakar, letak kepala babi dan sebagainya, tengok aku, sekarang aku pun sedang marah dengan perkara yang ala ala isu ni, iaitu ada orang guna nama keretamayat dan cari publisiti murahan…

Aku marah! Dulu ada orang buat “keretamayat.wordpress”, aku tak marah sangat, sebab beliau ada maklumkan pada aku, dan isi blog beliau hanya quote ayat Al quran, tak teruk sangat kesannya jika ada orang salah faham atau keliru dengan menyangka keretamayat wordpress itu aku, pun begitu, ada jugak orang email aku tanya, adakah keretamayat.blogspot dan keremayat wordpress adalah orang yang sama? Jawapannya tak.. (aku lebih hensem dan tinggi)

Lepas tu bila aku baca forum yang orang tulis pasal aku, mereka sangka aku adalah salah sorang dari forumer TKO (tranung kite online) sebab aku pernah juga jumpa orang yang guna nickname “keretamayat” dalam beberapa ruangan TKO.., maka penting di sini aku nak bagitahu korang bahawa, aku, jika bagi pendapat, hanya di sini, DI SINI! (di keretamayat.blogspot), atau dari emal keretamayat @gmail.com,

Oleh sebab itu jika korang ada terjumpa nama keretamayat selain di blog ini, yang kutuk kerajaan ke, kutuk sultan ke, kutuk penyu betelur ke, dah tentu itu bukan aku, itu adalah orang lain yang perasan unik atau lebih dramatik, ada agenda tersembunyi lalu sibuk nak guna nama aku sama macam orang kristian Malaysia yang sibuk nak guna nama Allah walaupun orang kristian Negara lain tak setuju sebab nampak macam hempeh sangat jika nak berkongsi tuhan...., dan itu cerita lain.

Tapi,

Korang boleh cakap, bukankah Allah itu tuhan semua orang?, eh, silap?., aku bukan nak cakap pasal isu ni, sambung balik.., korang boleh cakap, bukankah keretamayat itu, ‘kereta’ semua orang? Ikut suka merekalah nak guna nama kereta mayat? tak salahpun...

Yelah, keretamayat ke, papan keranda ke, lutut unta ke, kepala paip ke dan semua benda boleh jer korang pakai, tapi bila dah keretamayat blogspot dah popular, maka mereka yang guna nama kereta mayat selepas aku polular, akan kelirukan pembaca blog popular ini yang setia, akan kelirukan ribuan follower blog popular ni.., itu yang hampeh…

Dan yang terkini, ada orang yang mengaku sebagai keremayat di facebook, ada yang letak gambar kawan naruto, dan yang sekor lagi, sebijik tiru aku, dan lepas tu mengaku peminat Anuar Ibrahim yang sokong kalimah Allah, itu dah bertentangan dengan aku yang tak sokong mana mana pemimpin yang perasan unik, lepas tu boleh pulak keretamayat celup ni ulas isu BTN kat Facebook Anuar Ibrahim.., dan yang paling aku angin, keretamayat celup ni, guna logo sama macam logo blog aku, tengkorak biru, stereng dan tulisan, “semua orang akan menjadi mayat, anda tidak mampu mengubahnya” Tak ke Hampeh?!

Lalu terus sahaja pembaca blog popular aku jadi keliru dan email aku yang polpular, apakah benar aku ni penyokong Anuar ibrahim? Aku cakap bila pulak aku buat link dengan ahli politik? Dan., arghh, ini yang aku cakap manusia ni mudah keliru.., sama macam nama Allah, jika orang kristian pakai dalam majalah mereka, dah tentu akan mengelirukan orang ramai., keretamayat blog spot tak sokong Anuar Ibrahim, tapi kenapa keretamayat facebook sokong anuar Ibrahim?, kenapa keretamayat tranung kita sokong Haji Hadi..?

Dah! Cukup sampai sini, kemarahan aku dah sampai ke kemuncak, aku check keretamayat facebook itu dan aku tak jumpa nama beliau, yang aku jumpa hanya lokasi, iaitu di Raub, Pahang!

Ok, aku nak pergi Raub, ada 'kereta mayat' yang aku nak bakar kat sana!.

Woha!

Ps: Siapa yang nak link, takpe tak mintak izin, jangan menyamar sudah.., dan siapa yang dah jadi friends facebook mamat tu dan mamat ni, ketahuilah, bahawa keremayat facebook, adalah bukan aku. Err, mana tangki minyak petrol aku letak tadi?

89 comments:

Anonymous said...

Assalamualaikum, sy dah lama jd follower tp tak pernah beri komen.nampak mcm org pertama beri komen. Yg asli tetap akan terserlah yg palsu akan bisu suatu ari nnt. Terus perjuangan utk menyedarkan umah yg makin keliru..

Anonymous said...

patut aku dulu, pastu tak dapat log in account, guan la anoymous ni

Lenggang Kangkung said...

Sabar bang !

skyline34 said...

cepat nyer bg komen

Frodo Baggins said...

>>___<<


mungkin bro hamka ble buat penafian kat sidebar ni ker ... xder lah yg keliru. mangkuk betul org giler glamer guna nama KERETA MAYAT ni tuk tujuan politik memasing. tp lu mmg fofuler bro hamka... agaggagaga


tabik!

huda said...

siapa yg berani buat onar dgn kereta mayat yg popular neh! ini dah melampau!!

terlalu busuk sikap tu.. terlalu..! kenapa sifat slow mcm tu melampau2 sgt. !

The Pamiesz® said...

aku yang no 7. itu je nak kabo. hahaha

Hazwan said...

yeah top 10

Darus Interferon said...

ceh, ada perlawanan nak siapa cepat komen pula.

ini perasan unik ka?

Syahril Said said...

Assalamualaikum, saudara Hamka, saya mula2 pun hampir keliru, hampir add as friend kat Facebook tu, namun bila saya teliti betul2, then saya yakin itu bukan facebook pemilik keretamayat.blogspot.com, so tak jadi add. Apapun memang sangat tak bertanggungjawab perbuatan orang macam ni. errr...dah siap isi ka tangki minyak keretamayat nak ke Raub tu???...hehehe

best regards,
Syahril Said

amira said...

salam. hmm,sabar jea la. diorang tu just nak tumpang popular lak,kat akhirat nanti tak tahu la.

[saya tak guna shortform. hehe.]

Muhammad Tarmizi bin Kamaruddin said...

1. Betul tu, Hamka kena buat penafian dekat sidebar blog Hamka ini...

2. Nanti baru orang tahu... kalau hanya sekadar cuma tulis dalam pos blog sahaja, tak semua orang baca pos blog ini, lambat-laun nanti pos blog ini akan tenggelam juga dengan pos-pos blog yang jauh lebih baharu... lebih baik Hamka gunakan sidebar...

Fairuz Ashikin said...

1st time tau ada orang main guna-guna dekat facebook

matadore said...

ketahuilah dalam dunia ni ada 6 orang lain yang muka sama macam kita tapi camne pun diorang tu bukan kita.

sekian. hehe sbr ye

cermin said...

owh.. susah jugak jadi org hensem nih... hmm... takpa hamka, itu cobaannn... tabahkan hatimu akhi... innallaha ma'a sobirin..

cermin said...

oh, lupa.. ana pernah jumpe frenster yang letak gambar tapak tangan hang hamka (tapak tgn yg unik, ada nombor 8 je..) itu hang ka???

mmm... kalo hang takpa la.. kalo org lain... ana taktau la..

riDiCulOuS said...

padan muke..

~Temani~Aku~ said...

ooo... minta maaf sesangat... saya ada amek link blog kereta mayat ni letak kat blog saya... senang.. kalau ada new post boleh baca terus... harap kereta benarkan...

Hamka said...

Lenggang Kangkung

Berita malam ni takde ke cerita kisah ‘keretamayat’ terbakar kat Raub, Pahang?, tadi dah bakar sebijik, he he

---------------
skyline34

aku tulis sebelum maghrib, err, dah solat belum?

-------
Frodo Baggins

Lepas ni aku buat kat sidebar, insyAllah..

----------------
Huda

Kau pergilah add friends dengan ‘keretamayat’ celup tu, lepas tu kau ‘bakar’ dalam komen kat sana, boleh?

----------
The Pamiesz®

Ok, harap dah solat maghrib

-----------
Hazwan

Macam macam hal.

------------
Darus Interferon

Kadang-kadang, aku blogger sporting.., ; )

----------
Syahril Said

Nak ikut, jom..,

“kita bakar sama sama, pengalaman hidup seksa..,”

(menyanyi lagu wings lah pulak)

------------
Amira

Aku harap takdelah antara korang yang kena tipu dengan orang yang menyamar aku.

-------------
Muhammad Tarmizi bin Kamaruddin

InsyAllah, sebelum datang entry baru, aku akan buat penafian kat sidebar..

--------------
Fairuz Ashikin

Jika korang jumpa lagi orang menyamar aku, cepat bagi link kat sini..

Kita bakar!

--------------
Matadore

Bukan tujuh ke? Sama macam dragonball!

-------------
cermin

aku tak de frenster, nampaknya ada orang guna gambar tapak tangan aku,

Ada sabun tak?, nak basuh tangan, bau minyak kuat sangat lerr, he he

------------
ridiculous

padankan muka anda dengan muka pasangan anda

: )

-------------
Temani aku

Setakat link, ok, tak bagitahupun takpe, yang aku marah, menyamar, atau mengaku tulis dan edit sesuka hati..,

Melorian said...

aku tolong spread the words...

azharjaafar said...

Jadi fan kat sini aje lah; http://www.facebook.com/home.php?#/group.php?gid=22977424923
ada gak manfaat nye insyaAllah..

Khairi said...

bila dah popular mmg ramai orang nak plagiatkan nama mung dih.

jahat sunggoh. idop kerete mayat.

kalau buat kereta lembu tak ok ek?

Khairi said...

aku dah antar mesej amaran kat dia. besok2 dia tutup la tuh. jahat punya orang.

saorangorang said...

bro, den dah lamo taruk link tapi baru nak minta izin ni .

kira OK lah ekk ?

tak OK kalo den buang lah nanti...

~ selamat !

metalrizca said...

takpe..
kalu bro nak bukak account kat facebook nanti,
bro taruk kat dalam posting..

kalu takde pape announcement dari bro,
kira yang lain2 tu imitation je..

tok sah marah2..
kang saket jantung pulak..

van qif said...

Ish ish budak Raub mana la gamaknye 2, mesti anuar ibrahim tersenyum baca entry ko. Abg polis bukit aman boleh mulakan siasatan facebook tiruan.

aimanruslan said...

padan muke bro....
huhuhu....
biase la tu dugaan bile da jadi femes...
ramai followers...
udah tu, jgn la sampai lupe daratan pulak bro....
back to the basic "6points"
huh....
kes macam masuk melodi gitu...
huhuhu....
kurangkan kontroversi!!!!
tingkatkan prestasi!!!!

hidayat-idaman said...

penyokong politik kepartian ini sesat sebenarnya....sila rujuk dgn tn guru haji salleh penanti yg bermastautin di makkah yang juga merupakan pakar rujuk mazhab shafie di arab saudi....

ain said...

alamak, hangin nampak.. sabar2.. minyak da mahal da skang..huhu buat bazir duit je bli minyak mahal2.. baik pekena teh tarik buat sejuk kan badan..hehe

Anonymous said...

elfutuwwah

ada orang bagi komen mirip2 komen pertama aku untuk blog kau(perasan ditiru). So, ini dah kira kali ke 2 aku bagi komen. Anyway akhi hamka teruskan penulisan kau yang bolehlah dikatakan unik ni :-)

belia benci plagiarisme!

DALAM KERETA MAYAT MANA PUN JASAD AKU DIUSUNG, AKU....AKULAH JUA..."

faizal yusup said...

kenalah abang bukak akaun facebook abang sendiri.. hawhawhaw...

Neo Rantissi said...

mmg sengal penyamar2 yang perasan unik ni bro, jom bakar!

Abang Ben said...

yang facebook dan wordpress tu bukan aku buat ye. Penafian dari aku sebab dah 2 orang tanya, krenmaut tu related dengan keretamayat ke?

alep said...

malaysia x ramai hacker cm indon untuk hapuskan cetak rompak camtu..

Ibnu Mutalib said...

tajuk surat: memohon link
Salam,
kehadapan Bro keretamayat.blogspot
merujuk kepada perkara di atas,
saya telah me'link'kan blog Bro ke dua blog yang saya 'manage'kan.,tanpa izin.
oleh yang demikian harap halal,
huhu...
btw,saya syor bro wat satu post pasal Facebook .. saya dah jadi Fb mania,seb baik sempat tobat (kot...)

Ibnu Mutalib said...

tajuk surat: memohon link
Salam,
kehadapan Bro keretamayat.blogspot
merujuk kepada perkara di atas,
saya telah me'link'kan blog Bro ke dua blog yang saya 'manage'kan.,tanpa izin.
oleh yang demikian harap halal,
huhu...
btw,saya syor bro wat satu post pasal Facebook .. saya dah jadi Fb mania,seb baik sempat tobat (kot...)

Vanjenazah said...

kalau vanjenazah kira plagiat mung tak hehe
ingat nak belajar buat blog nak namakan vanjenazah.blogspot tapi tak pandai nak buat blog
baca blog mung dah la...takde masa nak belajar buat blog

kepada engkorang yg tiru keretamayat cubala pikir nama nama lain banyak lagi cth basmayat ker, mpvmayat ker, kerandaterbang ker batunisan ker dll

ashekinbanan said...

banyak-banyak kan BERSABAR ye en hamka... S A B A R

airina said...

mohon maaf ya sebab dah link blog ini dengan blog saya...
jadi mohon diizinkan :)

Sue@Iza said...

Err, en hamka...nk link kna bgtau erh? okeh, saye bgtau nie, saye letak url blog en hamka kt blog saye utk easy reference saye nk bukak bebile masa...mintak maap.

jas imran said...

Assalamualaikum hamka...

nak mintak izin tertunggak... saya dah link blog keretamayat... sebab senang nak refer balik klu ada masa kelapangan baca blog...

harap halal la ye... :)

Anonymous said...

tuan..saya ada copy paste tulisan tuan di dalam notes facebook saya..dan saya x ckp ini tulisan saya..harap tuan izinkan..

tp kalu buat facebook sebijik nick keretamayat tu agak keterlaluan la..maybe dia tu admire tuan kot ..:)

keRAna AKu SAP said...

salam hamka
apa?ada yang menyamar jadi kereta mayat?
ish2..sabo ye bro
jangan jadi hulk ye,,,
bertukar!!!
jom serang....
he2 =)

INTAN RH said...

Salam bro. Mmg ramai manusia yg mcm ni, tak leh tgk org hepi dan dgn cara mcm tu dia berhrp dpt jd popular tp sebenonya agak bodoh kan.

Hamka said...

Melorian

Thank’s..

------------------
azharjaafar

insyaAllah… takde diskaun ke?

----------------
Khairi

Orang naik ke bulan, pakai kereta lembu,
Pergi bukit belacan, mandi air susu!

(teka, lagu apa?)

----------------
saorangorang

~ selamat !

------------
metalrizca

bila dah sakit jantung, terus naik keretamayat, tapi takde sebab dah kena bakar, woha!

-------------
van qif

engkau kan duduk Raub?, pergi check!

---------------
aimanruslan

yeah!
kurangkan kontroversi!!!!
tingkatkan prestasi!!!!

Kita bakar!!!

--------------
hidayat-idaman

ada ulamak cakap rokok haram, ada ustaz yang kata harus, dan ada yang kata makhruh, dan setakat ini belum ada yang kata rokok itu halal dan dapat pahala bila menghisapnya..

sekarang, tukar term ‘rokok’ kepada polotik yahudi.., dan renungkanlah..

----------
ain

minum tehh, lagi kena angina.., tak gitu?

------------
elfutuwwah

kita laksanakan, matahari yang damai, di sana, kejujuran..

--------------
faizal yusup

nampaknya begitulah..,

-------------
Neo Rantissi

Jom!

------------
Abang Ben

Pemandu kren yang maut ada related dengan keretamayat kerana pemandu itu naik kerusi belakang keretamayat menuju ke tanah perkuburan..

---------
alep

Ya Allah, lindungilah blog aku dari jenayah cyber..,

(teringat Neo dari The Matrix)

------------
Ibnu Mutalib

Ok, bab link aku dah edit, tak payah mintak izin, Cuma bila nak guna sebagai nickname atau yang semakna dengannya, masuk mahkamah dulu!


----------
Vanjenazah

Kau bagus, van jenazah ok, sama tapi tak serupa.., tak keliru..

-----------
ashekinbanan

: )

-------------
airina /Sue@Iza /jas imran dan lain lain

dah edit, link tak payah mintak izin..

-----------
keRAna AKu SAP

bertukar menjadi Mask Rider Kabuto!

---------
InTan RH

Tahu takpe

kundi said...

assalamualaikum.....hehehe....
pertama sekali aku gelak.....
hehehe..
kedua kalinya..aku gelak lg...hehehe
k..dah ckup...bro....padan muka lu....ley tengok lu marah2...gua suka beb...biasa la 2 bro,orang tumpang glamer...
sabar la bro ye...
tak baik bakar2...
lu masuk facebook mamat 2,lu dakwah dia k...
finish..
wassalam..

Anonymous said...

Assalam,
Bro you should take it as a compliment....
Nabi palsu...
Rasul palsu....
Anta dah sampai makam yang anta sendiri pun tak faham..dan tak sedar...
Kerja dakwah ni unik bro.

Banyakkan istighfar..betulkan niat...Pasti dan pasti Allah akan menjadi pelindung bagi Tuan, saya dan semua umat...

Khalid
with zillion of love

Hasbullah Salih said...

ko ada pesbuk ke hamka?
add aku...

Anonymous said...

ahuhu...hamka hensem taw...jgn terpedaya ok...mesti yang ori..hehe

aksha said...

no50...aku sudah hampir ke kemuncak...tunggukan aku jd 1 komentar yer..
ada peningkatan aksha...chaiiyokkkkk

Anonymous said...

salam..

en.hamka adakalanya ujian akan datang bila bertambah pengaruh dan pengikut tegar..

so di sini akan teruji sikap dirimu sebenar..
perbaikilah niat..
kembali kepada niat asal..
'nota untuk diri sendiri'

maka kewujudan makhluk raksasa ker .. kepala paip ker.. lutut unta ker.. (ade ko kesah!)

so hakikatnya ko dah glamer..
so rendahkan diri..
so tone 'Ok, aku nak pergi Raub, ada 'kereta mayat' yang aku nak bakar kat sana!.
boleh diubah kepada..

'Ok, azharjaafar, abang ben dan khairi.. apa kata kita pergi ziarah rumah sahabat kita kat Raub, die ada potensi untuk jadi keluar jalan Allah 3 hari, jom kita pergi, sampai Raub kita pekena ikan patin dulu dan nanti kita tapau kan ikan pada sahabat kita itu tadi, tak per, minyak kete dan tol under my bil, jangan lupa solat hajat dahulu dan doa banyak-banyak, sebab yang bagi kefahaman agama ialah Allah swt, kita nie hamba yang serba daif dan tiada upaya melainkan dengan izin Allah..'

huhuhu.. :)
-Rom&Parsi

aksha said...

hamka......
tahniah coz anda sudah berada di kalangan mereka2 yang popular....
tahniah gak coz ramai yang ingin menjadi diri ko...
tahniah juga kerana makin ramai yang kenal ko.
sekian..
sekalung tahniah dari dirku...

yang benar
---aksha--

Kunang-Kunang said...

Samar menyamar ni bahagia juger yer.

Dahlah sekarang silap berblog kena tangkap. Jadilah diri sendiri, kak baik, jujur pada diri.

Kereta Bomba said...

Assalamualaikum....
Huih.....garang jugak pakcik keretamayat nih ek(coz aku kebanyakan drebar kereta mayat nih pakcik2 je)....jangan la garang sangat pakcik...banyakkan bersabar....tak baik untuk kesihatan minda...fizikal...Iman.....sabar ye...jangan garang2 sampai nak bako kereta mayat yang lain tuh....sabor....sabor....kalau nak bakor pon...bgtau kereta bomba....senang sikit kereta bomba nak gi padamkan api tuh ye.....nih kereta bomba tgh cuba padamkan api kemarahan nih.....shuuuuuuuu......

Nur_88 said...

baru jer nak add tadi facebook tu...jenguk keretamayat...tengok -tengok dah ada entry pasal nie..Alhamdulillah tak jadi add..Hehehe..Tq atas pengumuman nie...Kawan nur banyak jugak yang keliru..

uan609 said...

Ok beb aku dah faham tahap kebengangan ko pd si sengal2 kat luar tu! Memang mengelirukan! dan memang patut ko buat penafian.

Dan Credit lg utk keretamayat.blogspot coz entri kali ni like killing two birds with one stone!
Isu keliru nama Allah ni lah.

Harap2 sengal2 (muslim2 yg sokong kafir2 punya agenda) kat luar sana tu dpt kesedaran sikit apa yg Hamka selitkan kat entri kali ni!

Nampak tak kekeliruannya? Ni baru isu keretamayat. kan? kan? kan?

p/s: aku pun hensem dan tinggi gak ..

Lenggang Kangkung said...

Mari ramai-ramai ke link ini,

http://www.facebook.com/home.php?#/pages/Hamka-Kereta-Mayat/278212574025?v=wall&ref=search

Tengok di bawah sebelah kiri, klik "report page" + reason "fake page"

Ada harapan page ini akan di flag & banned.

Hamka said...

ok, dah ada peminat yang mintak izin dengan aku untuk buat satu akauan Facebook keretamayat tanpa edit, just copy aku punya entry dan publish kat sana,

kebaikkan: jika keremayat.blogspot terdelete atau kena hack, peminat ini akan tolong wakil aku dari akaun facebook.

so, link ini di benarkan beroperasi, dan untuk lebih asli, aku benarkan dia letak nama aku, HAMKA KERETAMAYAT:

ini link:

http://www.facebook.com/pages/Hamka-Kereta-Mayat/278212574025?v=wall&ref=search

Hamka said...

ok, lenggang kangkung, link yang kau bagi tu, dibuat oleh peminat yang aku dah bagi kebenaran, hari ni start operasi.

selain dari "Hamka keremayat Facebook" maka Keremayat Facebook yang lain adalah bukan aku..

HARAP MAKLUM.

Anonymous said...

salam..

tapi pakcik hamka..
sekiranya ada tangkapan dibuat kerana memfitnah pakcik .. eh paggey abg lah.. Woha!

so.. abg hamka kena lah upload gambar sebanar abg.. setakat bagi gambar tapak tangan 'V' hmm kitaorang pun boleh wat!
boleh kitaorang kenalpasti 'keenseman dan ketinggian' abg seperti yang dinyatakan..
boleh kitaorang tgk
gigi yang jarang-jarang..
dahi yang luas-luas..
mahi lalat merata-rata..

Woha!
-abg hamka jgn marah k nanti kitaorang cem salam dengan kak ros, kak ros pun suka baca blog keretamayat, sambil terseyum sorang-sorang (suker lah tue!)

-upin&ipin

mukasurat17 said...

hanya blogger hebat jer diplagiat...
tahniah.hehe

limaumaniss said...

takmau add pun kalau bukan keretamayat yang original...fullstop...:)

keRAna AKu SAP said...

salam
bertukar jadi Mask Rider Kabuto!!!
cabaran blog yang fames
ada je yang nk jadi kereta mayat
ish2...
sila bertenang semua...
nanti hamka jd hulk
semua kena serang..
sabar ye hamka

Hamka said...

kundi

walaikumusallam..
terima kasih, dah cool sikit..

--------------
Khalid

Jadi penting email aku, keremayat@gmail.com. Jika sangsi terus email.., key..

-------------
Hasbullah Salih

Dah ada peminat buatkan.., dan aku bagi izin sebab dia hanya link.., bukan tulis entry baru.., hanya sebagi “buku”.., tapi blog ini tetap sebagai ‘kilangnya’..

------------
aksha

chaiiyokkkkk

------------
-Rom&Parsi

Cukup rahaba, mutaqalin dan amir.., bolehlah jalan...

---------------
Kunang-Kunang

Tolonglah doakan agar aku tak tersalah tulis...

--------------
Kereta Bomba

Dah cool, terima kasih abang bomba..

-------------
uan609

killing two birds with one stone, ok..

Not burn two things with one flame! Woha!

-------------
Lenggang Kangkung

Link tu dah aku bagi greenlight, dia hanya link..

--------------
-upin&ipin

Nampaknya aku kena buat penafian, bahawa, aku tak hensem, dahi luas, gigi sedikit jongan, banyak parut jerawat, buncit dan tahi lalat merata rata..

Tapi gambar tangan dengan nombor 8, dah cukup setakat ini..
; )

--------------
mukasurat17
teringat lagu pria terhebat..

-----------
limaumaniss

akupun belum faham fungsi Face book ni

---------
keRAna AKu SAP

jika tak bertukar jadi Mask Rider Kabuto!!!

Bertukar jadi mayat juga akhirnya, itulah kehidupan..

Hamka said...

BERITA KERETAMAYAT FACEBOOK:

------------
Email peminat:

Hamba nak buat fanpage keretamayat.blogspot.com dkt facebook (contoh yg tak buat lagi: facebook.com/keretamayat)

Salah satu tujuan ialah utk import segala nota2/entry2 keretamayat di blogspot tu, masuk dlm facebook.
rupa/konsep dia lebih kurang
http://www.facebook.com/dewakebaikan.

apakah pendapat tuan hamba?

--------------
Hamka kata:

ok, aku tak paham sangat..., tolong cerita sikit..

apa pro dan kontra..? lepas tu jika nak edit, macam biasa ke?

bila dah link kat sini, kalau orang komen kat fb, apa jadi kat blog? dan jika komen kat blog, apa jadi kat facebook?

adakah Fb dan google satu bumbung? aku bodoh benar bab bab up to date ne, tolong.. cadangan kau macam best..

: )

---------------
Jawab Peminat:

Pro... meluaskan lagi target pembaca... (menambah bilangan orang membaca blog keretamayat).
Kontra... entah haha.
FB dgn google tak satu bumbung.

kira ibaratnya... facebook umpama library.
blogspot umpama kilang cetak buku.

aku bagi contoh dewakebaikan
blog: dewakebaikan.wordpress.com
fb: facebook.com/dewakebaikan

bila kilang (wordpress) dah cetak buku (entry blog: http://dewakebaikan.wordpress.com/2010/01/15/sumpahan-ibu/)...
maka, kita hantar/jual ke library (facebook: http://www.facebook.com/notes/dewa-kebaikan/sumpahan-ibu/255131754123).

kat library (facebook), org boleh baca buku2 tersebut (entry2 blog). tapi kita dah takleh nak edit buku tu.

cuma kita boleh buang buku tu (buang entry blog kat facebook). tapi tak jadi ape2 kat kilang (wordpress/blogspot).

pembaca2 boleh komen sama ada di kilang (wordpress/blogspot), atau di library (facebook).
tapi, komen2 di wordpress/blog tidak akan masuk facebook.
begitu juga, komen2 di facebook tidak akan masuk wordpress/blog.

hahahha faham ke? harap2 faham..

-------------
Aku kata:

Ok, sebab dah ada keremayat palsu, maka aku benarkan keremayat facebook yang dikendalikan engaku beroperasi...

----------------
Ps: dulu aku melihat facebook seperti api, dan orang yang bukak akaun facebook, umpama kelkatu.., hari demi hari aku melihat kekaltu terbang ke dalam api, dan semalam.., keretamayat, dengan bantuan korang, juga terbang ke dalam api...

aksha said...

herm...dh best bila keretamayat di facebook kan..ehtahla..tetibe rasa sedih lak...

yang benar
-aku yg sentiasa ingin mendengar komen balas dr hamka-
-aksha-

ryina ikhwan said...

ni sapa yang wat blogger aku marah2 ni?? kurang asam betul dia org ni... nak glamer cara tak halal! tengok? aku pun nak marah dah ni... sabar2 Bro ya... urut dada... pas ni kita g bakar sama2... bakar dalam talian tak per... tak kena dakwa... Bro maintain je lah blog ni tak ya lah nak masuk FB ke friendster ke... I tak suka tau... yg nyamar tu, tak ada keje lain...? dah gi taubat nasuha! buat mcam tu boleh menjahanamkan reputasi orang tau tak? ps:bila aku nak masuk top10 ni???

van qif said...

Hamka macama mana nak cari page engko dalam Facebook...Help me!!!!

sil said...

banyak yang suka cari jalan senang nak glemer. cubala si tukang tiru tu kreatif sikit, tukar jadi van mayat ke hape ke..ini main sapu je sebijik-sebijik..

Anonymous said...

salam..aku bukan nak komen pasal isu ni,just nak ckp aku penah mimpi dpt tgk owner keretamayat blogspot ahhahaha kelako la mimpi aku..aku tertanye2 sama hensemkah org yg aku lihat dalam mimpi dgn realiti mengenangkang beliau kata beliau lebih hensem dan tinggi jeng2..

sorry bro iklan je. hahhaa

uan609 said...

sama cam limaumanis!
tak ori kalu tak nak add!

linda said...

bro,

Adakah dajal seperti mereka ini patut digelar Firaun-Firaun kecil?

p/s: Dunia ini lagikan pinjaman inikan pulak harta dunia bergelar "Muka Buku Keretamayat"

http://searchforislam.com/

Anonymous said...

go kereta mayat...go!!!!!!!!wahah~

Anonymous said...

*KucingTerbang*

Bro Hamka,kalo nk pi bakar keretamayat tu jgn lupa ajak aku yep..agaggaga...

tupperwarekite said...

bowok bersabor...
kanak2 riang nak ajak bergurau jer tu..... :-)

amira said...

assalamualaikum. view my blog. i need ur help. kalau abg tak keberatan la. terima kasih ya.

nana said...

apa pasat saya
selalu tinggal keretapi
er bukan keretamayat..

last lagi?


susah nak msyuk syurga ni bang
kena byk bersabor
uji uji uji lagi...

Anonymous said...

agaknya ALLAH nk tunjuk kot.. macam mane kelirunya orang bila nama keretamayat di guna sama la bila nama ALLAH di guna..
hebat btol ALLAH..
pandai susun kronologi kehidupan..

Anonymous said...

Pasal apa pulak nak marah-marah. Even hidung yang ada kat depan mata pun bukan kita punya ... jadi, renung-renungkan lah.

Meah 2010

Hamka said...

aksha

: )

(senyumanpun dah kira balas komen..)

-------------
ryina ikhwan

aku akan maintain di blogspot, Cuma sekarang aku dah benarkan sorang hamba Allah tu link post dekat facebook, tak edit apa apa.., kesannya sama macam mereka yang link entry dalam blog aku sebelum ni Cuma yang ni di link semua dalam facebook.., takde edit apa apa Cuma mereka yang add boleh komen kat sana, dan juga boleh jadi first komen kat sana, woha!

---------------
van qif

http://www.facebook.com/keretamayat

----------------
sil

sapu sebijik sebijik satu hal, takut lepas ni gi komen kutuk sultan ke apa itu yang aku angin tu.. tak mampus aku?

----------------
uan609

aku akan dapat password dari hamba Allah tu, boleh add.., aku tak buat entry baru kat situ, Cuma link sahaja..

-----------------
linda

dunia adalah pinjaman.., sampai masa kena pulang, maka naiklah korang keretamayat..

------------------
*KucingTerbang*

Aku nak pergi letak kepala babi dalam bonnet keretamayat tu.., nak ikut, jom.., woha!

------------------
tupperwarekite

mereka tak balaspun private massage aku..

-------------------
amira

maybe, one day, i write about “how to be a real blogger”

-----------------
nana

nak masuk shurga payah, nak naik keretamayat, senang..

-----------------
Meah 2010
Sedang merenung..

Anonymous said...

blog ko biasa je

Frodo Baggins said...

hohohohohoho ~

anon, kalau lu ada blog yg lebih dari biasa ... share arr kat sini. takkan nak makan sorank2 jer ..


ekekekekekke ... lain org, lain pandangan ...

Wan Perlis said...

brader hamka
aku yang buka forum kat alfikrah tu.
nak tanya pendapat.
nak aku delete ke thread tu??
nasib baik keretamayat cilok x buat page fb warna kelabu gak.haha.

Hamka said...

Frodo Baggins

tentu dia penat refresh hari hari tunggu respons..; )

------------
Wan Perlis

takpe, biarlah forum tu ada, nanti bila baca, orang tahu keremayat TKO itu bukan aku..

Frodo Baggins said...

ekekekkeke bro hamka ...
cnfirm f5 memanjang hencik anon ni
tu arrr ... sila lah register ...

p/s: anon, wa masih tunggu lu punya blog "lebih dr biasa" .. tp wa xyah refresh ... lu reply kat sini, teroos wa dapat kat email. agaggagaga!!!

Norshuhada said...

Salam,

Nak bagi pandangan sedikit tentang facebook. Facebook adalah sangat tidak sesuai untuk orang yang nak merahsiakan identiti. Once dah buka facebook, bersedialah dengan risiko gambar kita akan tersebar. Contoh mudah: Kawan yang tahu identiti kita, tag gambar kita di facebook. Dan untuk tagging tidak memerlukan untuk mintak izin tuan punya muka. Jadi pesanan saya untuk saudara, bersedialah untuk gambar saudara yang banyak parut jerawat dan bergigi jongang itu didedahkan... Jangan maraahhh.. ;)

Hamka said...

: )

Anonymous said...

tak minat politik...tak suke orang politik....xsokong mana2 pun...heheheh

Anonymous said...

Kereta Mayat,u r the best la..