Feb 25, 2008

Perang POSTER?

(Malaysia sebuah Negara yang meriah menjelang apa jua perayaan, termasuklah Pilihan Raya.., ini barulah di katakan Kongsi Raya!)

Isteri aku tegur aku kerana bawak kereta perlahan sangat, dia jadi boring tak tentu pasal, "lambatlah tiba di kampung" katanya...,

Aku pulak sedang tersenyum tersengih tak pedulikan dia, kadang-kadang aku menjerit:- Woha!

Aku sepatutnya gunakan kamera kat handphone aku dan 'snap' sini-sana lalu publish kat sini untuk menggambarkan suasana 'Kongsi Raya’ ini.., tapi aku tak terfikirpun nak tulis pasal benda ni sehinggalah aku terilham untuk tulis hari ini, lalu tanpa sebarang bukti, dan dengan hanya ingat-ingat lupa.., aku tulis tentang perkara ini..

Iaitu tentang Perang Poster...

Ada Poster yang kelakar, ada yang buat aku geleng kepala, kadang-kadang aku menjerit Woha atau yang semakna dengannya... akibatnya, kereta aku di pandu perlahan-Kesan langsung keprihatinan aku nak tahu apa yang depa tulis di sini sana...

Baiklah, untuk sama-sama memeriahkan lagi suasana Pilihan Raya, maka jika kat tempat korang ada Cogankata yang menarik sehingga mencapai tahap ’woha’, silalah bagitahu kat aku berserta lokasi poster tersebut, insyAllah, aku akan akan tapis dan post kat sini dan kita sama sama memeriahkan suasana PILIHAN RAYA..

Untuk itu, aku pecahkan Entry ini kepada 4 bahagian.

1- Poster yang aku telah lihat lalu menjerit Woha!
2- Poster yang korang lihat dan mungkin aku juga akan menjerit Woha!
3- Poster yang aku ingin lihat.(Poster cadangan dari aku)
4- Poster yang korang ingin lihat.(poster cadangan dari korang)

Tak perlu gambar, hanya perlu tulisan...,

Akupun terfikir mungkin patut ada kad kad yang indah dan cantik macam Kad ucapan selamat hari raya, Tapi kad itu kita namakan sebagai kad Ucapan Pilhan raya.., dan kita pakat pakat hantar kat kawan kawan serta sanak saudara, siap dengan Logo Parti masing-masing, maklumlah, biasanya waktu ni jugak ramai yang balik kampung mengundi, kemudian kita buat jamuan makan atau buat makan besar lepas Isyak sambil tengok keputusan Pilihan raya.., dah tahu siapa Menang dan kalah, kita terus bermaaf-maafan dan mulakan hidup baru mejayakan misi wawasan 2020..., boleh?!

Tak tahu nak tulis apa kat Kad Pilihan raya? Baca entry ini, mungkin boleh membantu serba sedikit...., he he he..

********

Bahagian satu.
POSTERS YANG AKU TELAH LIHAT DI JALANAN LALU BUAT AKU BERKATA "WOHA!”


Poster 1. (lokasi, Kuala Terengganu)

BN- BARANG NAIK!

Poster 2. (lokasi, Jambatan Manir Terengganu)

MEREKA MASUKKAN PELAJAR TAK LULUS SPM KE KUSZA, JANGAN BIARKAN SEJARAH BERULANG.(ada Logo BN)

Poster 3, (Lokasi, Felda Jengka, Pahang)

UNDI BN-MINYAK NAIK 70 SEN
UNDI PAS-MINYAK TURUN 30 SEN.
FIKIR-FIKRKANLAH


Poster 4, (lokasi, Chendering, Terengganu)

UTUSAN MELOYA (UTUSAN MALAYSIA), BERITA HAIRAN (BERITA HARIAN).
ANDA TAHU KE MANA PUTUT DI BUANG (lalu ada gambar tong sampah)


Poster 5. (Lokasi, Jerantut Pahang)

XXXXXX(tulisan China, aku tak paham, yang pasti ada Logo PAS dan Keadilan)

Poster 6. (Lokasi, Kemaman, Terengganu)

SERIK DOH WEI (sudah insaf.., ada logo PAS)

Poster 7 (lokasi, Sekitar Terengganu)

MOLEK DOH LENING...(Sudah puas hati.., ada Logo BN)

******

Bahagian 2.
POSTERS YANG KORANG TELAH LIHAT DI JALANAN YANG MUNGKIN BUAT AKU BERKATA "WOHA!”

Poster 1 (Lokasi: Edit)

Cogan kata: Edit(sila email atau komen)

*******

Bahagian 3
POSTER YANG INGIN AKU LIHAT
(CADANGAN DARI AKU.)

Poster 1. (Lokasi, Ikut suka)

UNDILAH PART X, KAMI TIDAK MENAMPAL SEBARANG BENDERA KERANA KAMI SEDANG BERJIMAT UNTUK NEGARA KEBAJIKAN.

Poster 2 (lokasi, lantaklah)

KAMI TIDAK MENAMPAL BENDERA KERANA TIDAK MAHU MEMBAZIR, TIDAK MAHU MENJADI SAUDARA SYAITAN. UNDILAH KAMI, PARTI X.

***********

Bahagian 4.
POSTER YANG INGIN KORANG LIHAT
(CADANGAN DARI KORANG.)

Poster 1 (Lokasi: Edit)

Cogan kata: Edit (sila email atau komen)

******

PENUTUP

"Abang, kenapa bawak perlahan sangat, bila nak sampai bawak slow cam gini?””
Tegur isteri aku dengan muka konfius..

"Alahai awak ni, tak perlu bawak laju, jika kita penting, orang akan tunggu kita, jika kita tak penting, sampai awalpun tak de orang peduli...”

Pling!! Idea datang, aku patut letak satu lagi poster, tapi tak berkaitan dengan Pilihan Raya...

Poster 1. (Lokasi, Semua laluan utama)
ANDA TIDAK PERLU MEMANDU LAJU, JIKA ANDA PENTING, ORANG AKAN TETAP MENUNGGU ANDA, JIKA ANDA TIDAK PENTING, TIADA ORANG PEDULIPUN JIKA ANDA SAMPAI AWAL...

Aku teruskan perjalanan, sambil baca poster sini sana, Terengganu memang meriah..!!
Namun, bila lalu kat kawasan perkuburan, takde pulak poster pembakang dan Kerjaan,

Pling! Idea datang, aku patut letak satu lagi poster kat kawasan kubur.....

Poster 1. (lokasi, Tanah perkuburan)
DAHULU KAMI JUGA HIDUP SEPERTI ANDA!

Atau..

TERIMA KASIH KERANA ’SENYAP’ DI SINI.

Atau,,

SEMUA ORANG AKAN MENJADI MAYAT, ANDA TIDAK MAMPU MENGUBAHNYA!!!.

Bila terkenangkan poster yang last-last tu, makin perlahanlah kereta aku bawak... oh!

PS kepada isteri, jadi tahulah kamu kenapa abang bawak kereta slow....

PS2: Aku tidak melobi mana-mana Parti-harap-maklum..

PS3: Entry ini akan sentiasa di edit..., (kot)..sehinggalah Piliharaya. : )

Feb 19, 2008

Apa itu Negara Kebajikan?

(Tak sama ke antara Negara Islam dan Negara Kebajikan?)

Dah lama jugak aku tak duduk depan computer.., maksud aku, tak bukak blog dan tak update blog, bagi yang tak malu lalu email aku bertanya kabar, aku dah jawab, aku sihat sejahtera dalam email masing-masing, alhamdulillah… dan terima kasih…

Dan yang malu nak email tapi nak tahu khabar, aku di sini sihat sejahtera bersama anak dan isteri, alhamdulillah sekali lagi…

Ketiadaaan aku di alam blogesfera bukannya aku sibuk pergi berkempen politik di sini sana, Cuma hidup kita memang begini, iaitu bila tiba masa kita kena pergi, kita akan pergi, dan tak peduli tentang apa yang lain, walaupun penting- contoh: bila azan berkumadang, kamu semuapun tutup TV dan pergi solat bukan?

Lalu hari ni, bila aku nak tulis blog, takde pulak semangat yang membara.., akupun check dalam Thumb drive aku kot-kot ada entry-entry yang tak siap yang boleh aku edit dan post..

Aku jumpa draft yang bertajuk “Negara Islam”

Draft yang aku tulis pada awal bulan Febuary, sebelum Kerajaan umumkan tarikh pilihan raya, sebelum kerajaan bubar parlimen dan sebelum orang perempuan terima bunga dan coklat pada hari V..

Aku baca balik dan dapati dah terlepas tarikh aku untuk post pasal benda ni, dah tak releven entry ini untuk suasana sekarang…, orang dah tak cakap pasal Wang Pertaruhan Pilihan raya (kerana bunyinya Haram sebab ada unsur judi) tapi orang la ni cakap tentang Deposit Pilihan raya pulak, orang dah tak cakap pasal Negara Islam (sebab nampak macam tak menjadi) tapi sibuk duk cakap Pasal Negara Kebajikan pulak, … (apa-apalah)

Tapi sebab aku takde semangat yang membara untuk menulis, aku post juga enty berkenaan Negara Islam itu. Ingat! Entry ini di tulis sebelum
Kerajaan umumkan tarikh pilihan raya, sebelum kerajaan bubar parlimen dan sebelum orang perempuan terima bunga dan coklat pada hari V.., harap maklum.

Copy/paste- 8 Feb 2008

Aku pada suatu hari sedang duduk di kerusi sebelah kiri dalam sebuah kereta buatan malaysia, melunjurkan separuh kaki, bersandar dengan penuh relaks, sedang mata separa terbuka melihat kesesakan manusia-manusia dalam kenderaan lain yang sibuk lalu lalang..., semua nak cepat, nak pergi mana ntah? dan aku tahu mereka semua dan aku kelak akan berakhir di kubur juga.

Aku rasa mengantuk.

Angin dari luar jendela kereta yang separa terbuka pula menerjah muka dan mengkucar-kacirkan rambutku yan tergolong dalam katogori rambut kering itu..

Mulut kawan aku yang sedang memandu di sebelah kanan di dapati bergerak-gerak seperti sedang berbicara sesuatu, dan oleh kerana hanya aku dan dia dalam kereta, aku tahu dia menujukan kata-katanya pada aku, mungkin dia sedang cuba mengadakan beberapa rangkap perbualan dengan aku..

Aku tak dengar sangat apa yang dia cuba cakap, sebab dia bawak kereta dengan agak laju, di tambah bunyi angin masuk dalam kereta macam ombak menderu, dan bunyi enjin kederaan lain yang turut mengvariasikan perlbagai gelombang desibel..

"Ha?! Apa?! Tak dengar!!!”

Jerit aku.

Akhirnya setelah beri sedikit fokos pada pergerakkan bibir kawan aku tu, baru aku tahu rupanya dia nak aku jelaskan maksud atau erti Negara islam, apa ke hal mamat ni tanya tentang negara islam tengah-tengah jalan raya ni?

Untuk pengatuan, Kami dari destinasi X ke destinasi Y dan semuanya ambik masa beberapa Jam.

Aku senyum dan mengandaikan mungkin dia nak goda aku supaya bercakap dengannya agar dia hilang mengantuk...

Atau mungkin dia dah ada jawapan dan sajer nak tahu aku punya jawapan dan nak bandingkan lalu nak berhujah ke apa yang mana motifnya nak hilangkan mengantuk.

Atau memang dia tak mengantuk tapi sajer nak sakat aku sebab dia seorang parti XYZ.

"betul kau nak dengar jawapan itu?”

Tanya aku yang bersetuju dengan situasi itu kerana akupun boring jugak dengar bunyi lalu lintas, bunyi hon, bunyi enjin kereta dan angin menerjah dari jendela kereta..

Dia angguk beria.

Aku naikkan cermin jendela kereta kiri, On kan Air cond dan naikkan jugak cermin jendela kereta belah kanan dengan tekan punat antara dua kerusi.

Suasana terus sunyi dan suara aku jadi agak jelas untuk berbicara...

Sebelum itu, ada perkara yang agak kelakar, iaitu sepanjang perjalanan dari Kuantan ke Kuala Terengganu, tiada apa-apa yang menarik sangat untuk di bicara, tapi bila masuk sahaja Sempadan Negeri Terengganu-Pahang, iaitu Daerah kemaman, terus nampak bendera PAS dan UMNO berkibar di sini sana.., dan lebih ketara bila tiba di jambatan, akan penuh dengan bendera, betul-betul macam Pilihan raya dah besok nak mengundi.
(baca: di tulis pada Hari Raya Cina 7hb Feb 2008)

Di Terengganu, Jambatan besar atau jambatan kecil, semunya akan jadi sasaran untuk di pacak bendera PAS dan UMNO, dan secara tidak langsung, mereka seolah-olah pakat-pakat bertanding bendera siapa paling tinggi, bendera siapa paling banyak, dan bendera siapa paling besar..

Hmmm, setakat ini di mata aku, bendera PAS yang ’agak’ menang, Besar dan Banyak.., simbolik kepada Negara kebajikan barangkali..

Jambatan Kemaman, Jambatan Dungun, Jambatan Kerteh, Jambatan Marang, Jambatan Kuala Ibai dan pendek kata, semua jenis jambatan, menjadi medan perang bendera...

Yang lebih kelakar, bila aku masuk ikut jalan kampung iaitu daerah Bukit Payung Marang dan pendalaman Manir terengganu, ikut jalan kecik, ikut jalan tali air lalu jumpa jambatan kecik, pun penuh jugak bendera di sini-sana..

Apahal Rakyat Terengganu ni? Apahal Generasi Ulul Albab dan Hadhari Bistari ini?

Aku lantas berfikir, di kelantan tentu lebih hebat lagi perang bendera antara PAS dan UMNO, tapi mengikut adik ipar aku yang duduk di wakaf Che Yeh, tak de pulak begitu, Terengganu sahaja yang agak over..

Oh, rupa-rupanya aku di besarakan dalam suasana begini, sebab tu aku jadi ’begitu’.. kot...

Kenapa jambatan jadi sasaran perang bendera antara PAS dan UMNO?

Kalau masa perang dunia ke dua dulu, memang askar suka bom jambatan untuk menyekat bantuan sampai atau menghalang musuh daripada lari...

Atau mungkin bila tiba di jambatan yang mana mengikut undang undang jalan raya, kenderaan wajib di bawa perlahan lalu mata akan dapat menyaksikan betapa bendera Pilihan Raya megah berkibar..

Atau mungkin simbolik kepada maksud jambatan adalah ’dunia’ yang merupakan jambatan akhirat...

Apa-apalah...

Berbalik kepada kawan aku yang mungkin tiba-tiba bertanya tentang negara islam setelah melihat bendera berkibar di sini-sana..

Pendek cerita, akupun bercerita lebih kurang begini kepada kawan aku dalam kereta buatan malaysia itu...

Pada suatu hari, Dizaman negara Islam sedang berlaku, di kota Madinah, Pusat pemerintahan Negara Islam, telah berlaku satu peristiwa dalam lipatan sejarah yang boleh menjawab serba sedikit soalan kamu tentang apa itu Negara islam...

Seorang bukan islam, telah datang ke madinah, untuk mencari sahabat lama, jejak kasih berangkali..

Setibanya di madinah, apa yang beliau lihat?

Satu pandangan di mana terlihat begitu ramai orang yang keluar masuk masjid Nabawi, berpusu-pusu..

Sebagai pendatang yang tidak perlu izin, beliau juga pergi ke Masjid, ke tempat orang ramai berkumpul..

Setibanya di sana, beliau terus di cam sebagai muka baru lalu kedatangannya di sambut baik oleh seorang penyambut tetamu (istiqbal) yang bertugas pada hari itu,

Setelah tahu tujuan lebih kurang, beliau di beri penghormatan untuk berjumpa dengan Nabi Muhammad SAW.

Menjadi tetamu Nabi adalah satu kemulian untuk mana-mana manusia di zaman itu..

Setibanya di hadapan Nabi, maka beliau telah di layan dengan baik dan penuh kemulian, dan sebagai tetamu beliau berhak mendapat layanan yang Hak mengikut Islam iaitu di beri makan dan tempat tinggal,. Untuk beberapa jangka waktu, biasanya 3 hari..

Akan tetapi pada waktu dan ketika itu, Nabi Muhammad SAW tiada apa-apa makanan di sisi baginda untuk di hidangkan kepada tetamu barunya itu, lalu Baginda memanggil Saidina Abu Bakar RA dan meminta (tashkil) Abu Bakar RA untuk membantu Baginda.

Menyediakan makanan untuk tetamu Rasulullah SAW adalah satu peluang dan kemuliaan yang sangat tinggi nilainya yang di fahami oleh semua ummat islam.

Tapi, apa boleh buat? Abu Bakar RA bagitahu pada Nabi bahawa sudah satu hari suntuk beliau berlapar, bermakna tiada makanan di sisi beliau untuk di berikan kepada tetamu, dan Nabi sendiri pula sudah dua hari lapar, lalu Nabi perintahkan Abu Bakar RA pergi ke rumah anaknya Fatimah RA untuk mendapatkan sedikit makanan...

Di depan Rumah Fatimah RA anak nabi, sudah tiga kali pintu di ketuk dan salam di beri, tapi tiada jawapan, sejurus sebelum beredar, terbuka juga pintu rumah Fatimah RA dan terdengar juga suara wanita menjawab salam dengan suara yang lemah...

Ada riwayat menyatakan Fatimah bergerak dengan merangkak membuka pintu kerana sedang di azab lapar..

(aku menulis entry ini dalam keadaan kenyang, ..oh)

Saidina Ali Ra suami kepada Fatimah pada waktu tu tiada di rumah, sedang berjuang di jalan Allah..., dan setelah mengetahui hasrat Abu bakar dan hasrat Ayahnya (Nabi Muhammad SAW), maka ada sedikit hampa, Sayang seribu kali sayang, Fatimah RA juga tidak boleh membantu, kerana beliau sendiri sedang menderita kelaparan, namun Fatimah RA telah memberi sehelai kain kepada Abu Bakar Ra dengan cadangan di jual kain itu dan mudah-mudahan akan mendapat satu hidangan makanan untuk satu orang..

Abu Bakar RA rasa terharu kerana kain itu adalah hadiah dari beliau kepada Saidina Ali RA sewaktu perkahwinan dengan Fatimah RA dulu-dulu..., namun, demi tetamu Rasulullah SAW, maka segala cerita ini berlaku dan tertulis dalam lipatan sejarah.

Akhirnya, Kain itu telah di tukar dengan satu hidangan makanan oleh seorang sahabat yang aku lupa namanya, seorang sahabat Nabi yang mempunyai kedai, dan makanan itu akhirnya di bawa ke hadapan tetamu Nabi yang bukan islam itu.

Setelah selasai perut di kenyang, Nabi telah mengutus sorang sahabat lagi untuk menunjuk jalan ke arah rumah yang ingin di pergi oleh orang bukan islam itu.

Setibanya di rumah kawan lama beliau, yang rupanya sudah memeluk islam, maka beliau telah menceritakan kisah akan betapa baiknya beliau telah di layan oleh orang islam di masjid..

Apabila cerita telah di kisahkan, segala-galanya menjadi jelas, lalu berkatalah sahabat itu kepada kawan bukan islamnya bahawa kain yang di bawa oleh Abu bakar RA itu ada di rumah ini, sedang terendam dalam satu bekas, dan akulah yang menukarkan dengan makanan yang kamu makan.

Dan orang yang melayan kamu dengan baik itu adalah Nabi kami, dan ketua di sini...

Maka di situ juga orang bukan islam ini masuk islam, mengucapkan kalimah..

La Ila Ha Illah!!!

(Maaf, cerita ini bukan aku ambik dari kitab, tapi aku hanya dengar dalam satu kuliah ugama oleh Buznama tahun lepas, kalau jumpa riwayat yang lengkap, kita kongsi..)

Jadi, kepada semua pejuang Negara islam, penceramah politik, penampar poster, pengibar bendera, pengutip derma, penjaga post, pemangkah undi, dan semua yang semakna dengannya, Apa yang kita faham tentang moral di sebalik cerita di atas?

Beginilah.., Negara islam adalah Negara yang mana Pemimpinnya sentiasa mempunyai fikir dan usaha akan bagaimakah rakyatnya atau bukan rakyatnya yang belum islam dapat masuk islam walaupun beliau sendiri terpaksa berlapar..

Negara islam juga adalah Negara yang mana Penasihat dan pembantu pemimpin, wakil rakyat atau ketua kampung adalah terdiri daripada mereka-mereka yang sentiasa mempunyai fikir dan usaha akan bagaimakah ummat manusia yang belum islam dapat masuk islam walaupun mereka sendiri terpaksa berlapar..

Negara islam juga adalah Negara yang mana semua rakyatnya yang berugama islam adalah terdiri daripada mereka-mereka yang sentiasa mempunyai fikir dan usaha akan bagaimakah ummat manusia yang belum islam dapat masuk islam walaupun kita semua terpaksa berlapar..

Juga mempunyai fikir bagaimana orang islam yang jauh dari ugama dapat dekat pada Allah..

Fikir juga bagaimana semua lelaki akhil baligh dapat solat berjemaah, wanita solat awal waktu dan tutup aurat sempurna...

Pendek cerita, kepada semua pejuang Negara islam, penceramah politik, penampar poster, pengibar bendera, pengutip derma, penjaga post, dan semua yang semakna dengannya, fahamkah kamu di mana tahap kita masing-masing?

Dan berapa ramai sudah orang kafir yang sudah islam di tangan kamu?

Ketahuilah bahawa, Allah telah memberi Negara Islam kepada Ummat islam sebelum ini kerana tidak lain dan tidak bukan, adalah kerana berkat kerja Ummat islam sebelum ini yang mana tugas utama mereka adalah mengislamkan ummat manusia seluruh alam walaupun terpaksa berpisah dengan anak isteri, terpaksa bermujahadah dan terpaksa menderita kelaparan...

Jadi, fahamkah kamu di mana tahap kita masing-masing?

Dan berapa ramai sudah orang kafir yang sudah islam di tangan kita?

Dan jika kita mati pagi esok lepas subuh, adakah Shurga terhidang untuk kita?
Sedang pintu Neraka untuk orang kafir tidak pernah kita tutup?
Dan adakah kita memang sudah bersedia jika di takdirkan esok kita mati?

Sudahkah kita?

Jika orang kafir tak rasa apa-apa bila tengok masjid kosong, apa pula perasan kamu melihat masjid kosong wahai pejuang Negara islam?, penceramah politik, penampar poster, pengibar bendera, pengutip derma, penjaga post, dan semua yang semakna dengannya..

Satu lagi, Teringat aku akan nilai Kerajaan di pandangan mata Saidina Umar Ra, yang mana apabila ada seorang haba Allah yang Murtad lalu terus di pujuk kembali islam, pendek cerita si murtad sanggup masuk islam kembali dengan syarat Saidina Umar RA kena bagi dia jadi ketua orang islam..

Saidina Umar sanggup tukar Kerajaan dengan syarat orang itu masuk islam balik kerana nilai Iman dalam diri kita adalah lebih bernilai dari segala-galanya...

Dan kita janganlah mengaku islam yang sempurna jika tidak mencintai orang lain sebagaimana kita mencintai diri sendiri...

Adakah aku dan kamu benar benar mengamalkan ayat ini?

Sudahkah kita?

Aku ulangi:-

Dan jika kita mati pagi esok lepas subuh, adakah Shurga terhidang untuk kita?
Sedang pintu Neraka untuk orang kafir tidak pernah kita tutup?

Adakah Shurga terhidang untuk kita?
Sedang pintu Neraka untuk orang munafik juga tidak pernah kita tutup?

Barangkali, kita juga terlupa menutup pintu Neraka untuk kita sendiri..oh!

Dan adakah kita memang sudah bersedia jika di takdirkan esok kita mati?

Sudahkah kita?

Ketahuilah, ketika kamu dan semua manusia sedang mengagungkan dunia, sedang berusaha mendapatkan dunia, sedang membesarkan dunia., di sisi Allah semua itu tiada nilai sedikitpun dan di setarafkan dengan sarang labah-labah, kepak nyamuk, bangkai dan najis..

Manakala apa yang aku cakap tentang iman, dan usaha atas iman, yang kamu tak suka cakap dan tak suka dengar, namun di sisi Allah, iman yang sebesar zarahpun di nilai dengan Shurga yang luasnya sepuluh kali ganda dunia jika dunia di nilaikan semula...

Kepada pejuang Negara islam, aku tak suruh kamu berhenti berjuang, tapi aku harap apa yang kamu kejar itu dapat dan apa yang di kendong tiada pula berciciran...

Jangan pula menjadi seperti ini:

Yang di kejar tak dapat, yang di kendong berciciran..
Terdengar guruh di langit, air di tempayan di curahkan.

Kita ini ibarat seekor labah-labah yang tinggal dalam sebuah rumah buruk yang mana tuan rumah adalah seorang tua yang jarang duduk rumah...

Kitapun buat sarang labah-labah banyak-banyak dan duduk di tentang-tengah sarang dengan aman dan selesa...

Hidup kita begitu seronok sebab sampai masa datang lalat, nyamuk, pepatung dan lain-lain yang terlekat pada sarang lalu kitapun makan, main dan tidur, kita rasa seronok hidup begini kerana sampai masa rezeki akan datang melekat kat sarang labah-labah kita..

Lalu kerja utama kita adalah meluaskan saiz sarang labah-labah..

Bila sarang kita dah makin besar, barulah nenek tua tu perasan, lalu ambil penyapu dan sapu..

Sekali sapu, maka terus habis kehidupan kita yang hebat dan amat di cintai itu....

Sekali sapu sahaja...

Sekali jadi mayat, terus habis kehidupan kita yang hebat dan amat di cintai ini....

Dan jika kita mati pagi esok lepas subuh, adakah Shurga terhidang untuk kita?
Sedang pintu Neraka untuk orang kafir tidak pernah kita tutup?

Adakah Shurga terhidang untuk kita?
Sedang pintu Neraka untuk orang munafik juga tidak pernah kita tutup?

Barangkali, kita juga terlupa menutup pintu Neraka untuk kita sendiri..oh!

Dan adakah kita memang sudah bersedia jika di takdirkan esok kita mati?

Sudahkah kita?
(Tanya pada diri sendiri sama!! isk!)

*****

Kawan aku senyap, tersengih-sengih, mengantuknya sudah hilang barangkali, beliau tutup air cond, dan bukak balik cermin jendela kereta.

Angin dari luar jendela kereta yang separa terbuka lantas terus menerjah mukaku dan mengkucar-kacirkan rambutku yang sedia kering ..

Dia terus bawak kereta dengan agak laju, bunyi angin masuk dalam kereta macam ombak menderu, dan bunyi enjin kederaan lain yang turut mengvariasikan perlbagai gelombang desibel..

Akupun mulai mengantuk kembali..., letih tengok bendera yang berkibar-kibar di sini sana..

Wahai kawanku, jika kamu mengantuk balik, dan nak tanya soalan, silalah naikkan cermin jendela kereta dan On kan Air cond...

Tapi jika kamu tanya tentang maksud 'Negara Kebajikan' atau 'Islam hadhari.'.

Manalah aku tahu!

Ps: Selamat Mengundi, dan jangan lupa baca doa naik jambatan.

Feb 6, 2008

Pay It Forward Part II ???

(Lagi-lagi bukti bahawa blog ini tiada kaitan dengan persatuan ’so-called-Islamic’ dan cerita tentang dua patah perkataan yang bakal mengubah dunia)

Seorang sahabat aku tujukan lagu khas buat aku katanya, lagu yang di tuju dengan menggunakan Bluetooth.

Aku on Media Player kat handset aku yang berjenama kafir, aku kuatkan volume, aku perhati dan hayati setiap lirik, mula-mula aku tersenyum, tak lama kemudian aku tersengih, dan lama sikit lagi aku gelak!

Woha!

Ianya adalah lagu Dikir Barat..., lirik intro berbunyi begini..

Versi Kelantan:

Anok Tok De Besar...
Nok Buleh Hok Lain Pulok
Baju Tok De Tukar...
Anok Rama Telajok..

Bini Pakai Lawa
Comur Licu Bubuh Bedok
Hati Tok Leh Soba
Mula Berahi Nak Petak-Gosok!

Oleh sebab Blog ini di link oleh 200++ blogger dari seluruh pelusuk Negara seantero dunia, dan juga di baca oleh 14 buah Negeri di Malaysia, termasuk Negara jiran iaitu brunei, indonesia dan singapura, maka aku terjamahkan makna lagu ini ke dalam bahasa melayu..

Versi bahasa Melayu:

Anak Tak Sempat Besar...
Nak Dapat Yang Lain Pulak
Baju Tak Sempat Tukar...
Anak Ramai Terlajak..

Isteri Pakai Lawa(Cantik)
Calit Gincu Sapu Bedak
Hati Tak Boleh Sabar
Mulai Berahi Nak Meraba-(..dan nak..)Gosok!

Rangkap kedua buat senyuman aku bertambah lebar..

Versi Kelantan:

Nikoh Tigo Tahun
Buleh Anok Tigo Ore...
Hok Kecik Dukung,
Hok Tua Mengakok, Baru panda Bejale…
Dale peruk Kembong,
Nok Tubik doh Esok Kare...
Kito Dok Menengung,
Loning Payoh Doh Cari Make...

Versi bahasa Melayu:

Kahwin Tiga Tahun
Dapat Anak Tiga Orang...
Yang Kecil Masih Berdukung,
Yang Tua Pula Masih Merangkak, (dan) Baru pandai (belajar) Berjalan…
Dalam perut Kembong,(mengandung)
Sudah Nak keluar Esok Lusa
Saya Duduk Termenung,
Sekarang ini Susah nak Cari Makan...


Lagu ini panjang lagi, siap cerita kisah anak dia bergaduh, berebut nak makan ikan yang di potong-potong, kisah dia makan ubat nak bagi anak jarang tapi masih tak berhasil, kisah kawan dia yang berbini tiga sakat dia sebab anak ramai lebih kurang macam orang poligami... apa-apapun, mentang mentang anak aku ramai, lagu ini juga yang korang tuju guna Bluetooth kat aku, hampeh betul..

Akhir cerita, Aku save dan jadikan Messege Alert Tone.

Alert untuk aku yang dah ada tiga anak sejak menikah tiga tahun yang lalu agar di jarakkan anak demi kebahagian anak anak dalam memberi tumpuan serta kasih sayang, juga demi kesihatan orang rumah..., mudah-mudahan.

*****

(Dua patah perkataan yang boleh mengubah hidup anda, err.. jangan serius sangat.)

Sambungan dari enrty yang lalu..., tunaikan janji aku, dan sambung aku punya berangan...

Entry yang lepas aku cerita pasal "Pay It Forward”.. lalu aku berangan bersekolah kononnya aku duduk dalam kelas yang sama dengan Haley Joel Osment itu dan aku bayangkan masa tu umur aku 10 tahun, dan cikgu kelas aku dah tentu Encik Kevin Spacey yang masih bujang tapi muka banyak parut akibat kesan terbakar..

Suatu hari, cikgu aku bagi kerja sekolah iaitu kami semua kena create akan satu teknik, atau formula, atau system, atau istilah, atau apa sahaja yang mana perkara itu boleh MENGUBAH DUNIA.

Kawan kelas aku si Haley Joel Osment guna konspep "pay It Forward”, cikgu puji dia, Mak di puji dia, dan siap masuk TV lagi, dan tu pulak, dapat dua entry khas dalam blog keretamayat, tak ke hampeh? tapi aku..?

Lalu aku terangkan kat cikgu tu prinsip "Special Request” (tolong Jangan gelak)

Sepatutnya satu kelas gelakkan aku dan kutuk aku serta hina aku, tapi itu semua tidak berlaku kerana kelas aku bukan kat Malaysia, tapi Eropah, maka semua orang putih dalam kelas aku pasang telinga nak dengar hujah aku.., lagipun aku masih budak lagi (baca: 10 tahun)

Akupun mulakan presentation...

Aku bercerita, iaitu pada suatu hari dekat Negara Malaysia, seorang manusia telah terbeli barang yang rosak dan tiada guarantee certificate, dia sedih dan terkilan..

’Aku’ dan isteri yang meihat kejadian itu berbisik ke telinga si isteri...

”Special Request”

Isteri aku angguk dan setuju...

Lalu kamipun beredar dari peristiwa itu dengan sangkaan yang betul...

Sebenarnya isteri aku sudah faham tentang maksud tersirat di sebalik istilah “Special Request” ini, dan setakat ini istilah ini telah di guna pakai oleh, errr, setakat ini sudah.., iaitu.., errrr, hanya aku dan isteri aku yang guna pakai istilah ini sebenarnya. woha!

“Special Request” di tujukan kepada orang yang bernasib malang, atau orang yang kemalangan, atau orang yang menderita, dan yang semakna dengannya, manakala perubahan kepada dunia bermaksud perubahan dalam minda akan bagaimana anda memandang nasib malang dengan cara memurnikannya...

Lalu timbul soalan...

Request daripada siapa?
"Dari Allah..."

Sebab?
"dan janganlah kamu mengaku beriman sebelum kamu di uji”

Apa yang Allah request?
"Sabar, redha, dan Sangka baik..."

Jika tidak?
"Hidup akan menderita, sakit jiwa, ganguan saraf, tekanan mental, hati jadi gelisah dan mungkin akan bunuh diri... Dan akhirnya kat akhirat pulak kena masuk Neraka..."

Apa yang Special?
"Special sebab Allah pilih kamu pada tika dan waktu itu untuk di uji, bukan semua orang dapat.., dan Special sebab bila kamu penuhi request ini hati akan tenang, hidup akan bahagia dan bila mati masuk shurga.."

Baiklah, senang cam gini:-

'Special Request' bermaksud:-
Janganlah kamu mengaku beriman sebelum kamu di uji, Dan kerana itu Allah menguji kamu, kerana Allah sayang pada kamu, kerana kamu ‘special’ dan kerana itu ‘request’ di sini adalah sabar, redha, baik sangka dan yang semakna dengannya kerana apabila beginilah caranya Allah hendak selamatkan kamu dari azab api neraka yang panas membara dan beginilah caranya untuk masukkan kamu ke dalam shurga yang kekal abadi, bukankah penderitaan dan request ini menjadi indah dan special?

Jadi panjang sangat penerangan itu, aku guna istilah "special Request”

Mungkin kerana itu para Sahabat dan ulamak rasa 'Special’ apabila di uji atau menderita kerana faham hakikat ini..

Balik pada aku, ini hanyalah istilah yang tercetus selepas tengok Filem ”Pay it forward’, dengan membayangkan diri aku berumur 10 tahun, maka edia "special request” pula muncul sebagai tugasan untuk di bentangkan kat sekolah (Baca: 10 tahun-cover line he he he)

Lagipun 'special request’ dalam hidup kami adalah belum sampai tahap yang menggoncangkan iman, kami bermohon daripada Allah akan perlindungan dari sebarang bala bencana.., tapi jika di takdirkan, itu adalah special request, apa lagi nak di kata? Allah knows best!

Berikut beberapa contoh kisah benar:

I

Kereta aku bocor buat kali kedua dalam masa seminggu, aku call isteri aku:

"Abang ada ’special request’ hari ini, kereta pancit, lambat sikit balik, dah nak balik nanti boleh stand by teh tarik”

II

Isteri aku mendapat peluang tolong orang lalu call aku,

"Abang, sekarang ada ’special request’, seorang kakak kat ofis kereta dia rosak, saya kena tumpangkan dia balik kerja dan akan balik lambat sikit, harap abang bersabar kerana saya akan lewat bermakna teh tarik juga akan lambat-special request’

III

Kakak aku yang agak cerewat nak bermalam di rumah aku, bini aku tahu hal kecerewatan ini, sebelum kakak aku sampai aku dah messege SMS isteri aku”

"kakak abang yang duduk XXX nak singgah rumah dan nak bermalam 2 hari, special request!!”

IV

Satu hari anak aku baling handset dan dalam tempoh seminggu handset aku tak dengar ringtone, lalu satu hari tu, aku dapat messege SMS dari bini aku yang buat aku tersenyum;

"Saya call abang banyak kali tadi, tapi tak angkat, saya dah sampai tempat XXX, saya tak marah sebab saya tahu Handset abang sungguh special request”

V

Kata aku pada isteri aku pada suatu hari..

"Saya tahu kita dah Plan hujung minggu ni nak pergi XXX, tapi kawan abang baru pindah rumah, ini adalah special request, dan inilah masanya nak tunjuk akhlak orang islam yang baik-baik...”

VI

Adik isteri aku beli barang dengan harga yang agak mahal dan barang itu tak bermutu pula kononnya, maka beberapa orang perempuan dalam rumah mertua aku mula ’bodohkan’ dia dengan cakap, kat kedai ni lebih murah, kalau aku beli dapat separuh harga, kalau beli hujung tahun dapat harga yang lebih rendah, kalau beli brand sekian-sekian lebih bermutu..

Kasihan aku tengok budak tu kena ’motivasi’...

Dia nak pergi beli barang tak ada yang endah, semua perasan sibuk, bila dia ’silap’ beli barang semua tunjuk diri sendiri pandai dan bijak serta prihatin, budak tu dah lah pergi naik bas, berjalan dari kedai ke kedai.. dan dah penat pilih-belek, beli dan balik nak bas serta jalan kaki lagi, kenapa buat dia rasa ’down’ jika kita bagus sangat?!
Aku cakap kat isteri aku, kasihan adik kamu, pergi cerita kat dia konsep special request...

VII

Jam 12 malam mata aku tak mengantuk, sedang asyik tulis blog, akupun dengan manjanya order bini aku masak magee dan buat teh tarik.
Isteri aku yang baru bangun tidur bangkit dengan malas dan cakap: ”ini dah salah guna istilah special request ni..” (he he he)

: )

Timbul lagi soalan dari cikgu aku..

Kenapa tak guna istilah Special Test? Atau istilah Special Job, Special Task, atau Special Person etc ?...

"Cikgu, 'Request’ lebih tepat (kot) kerana di situ manusia ada pilihan, sama ada nak bersabar atau nak berkeluh kesah, nak bersyukur atau nak burung sangka.., so itu yang di katakan request.., lagipun lebih murni dan lebih lembut bunyinya.."

"Lagipun saya nak murnikan bahasa, lepas ni takde lagi istilah, ”bad day”, nasib malang, anak sial, 'bersamamu’ dan lain lain, semuanya di ganti dengan 'Special Request’.. pendek kata jika satu syarikat keluarkan production dia satu juta sehari, dan bila di pasarkan baru perasan satu dari produk itu out of spec, bila dah masuk pasaran susah nak trace, jadi siapa yang terbeli tentu sedih bukan?

"Tapi tak sedih jika dia sudah tahu konsep ini lalu terbeli barang yang ”special Request”. Allah yang takdirkan dia beli barang itu, Allah knows best!, Apa-apapun Saya tak pandai sangat, baru 10 tahun, tolong bagi A+ untuk tugasan ini ye?"


Bagaimana jika orang itu tak percaya pada tuhan?
"Oh.. itu Special kes, masa tu baru nak kena buat Special Task, atau Special Test, tak pun Special Force..."

Arghhhh! Sudah, hentikan angan-angan ini, dah jauh aku melalut..

******

OK, sebelum aku habiskan entry yang ntah apa-apantah ini.., satu lagi janji aku adalah nak habiskan sinopsis Pay it Forward punya cerita..

Akrian, selepas mak dan cikgu budak tu dah rujuk serta bersatu kembali, dan selepas budak ini tahu bahawa ideanya telah di guna pakai dan sedang berkembang ke seluruh negara serta sedang mengubah dunia, maka tibalah penghujung cerita ini..

Ada juga babak mamat merempat sedang berkenala dan sempat selamatkan seorang perempuan daripada bunuh diri..., Pay It Forward sedang berkembang..

Balik pada babak utama, satu hari, Ketika pulang dari sekolah, tiba tiba budak ini ternampak rakan sekolahnya sedang di buli oleh tiga orang remaja yang dulu dia tak mampu dia nak tolong, ”pay it forward” !!, Dengan semangat yang membara dia pun pergilah tolong budak tu tapi malangnya dalam pergelutan itu, dia kena tikam dengan pisau...

Babak seterusnya menunjukkan mak dia sedang menangis depan pintu bilik pembedahan kat sebuah hospital, doktor keluar, cakap-cakap sikit, dan mak budak tu terus terduduk, dan menangis dengan kuat.., meraung..

Budak itu telah jadi mayat.

Babak akhir, menunjukkan cikgu dan Mak budak ni sedang duduk dalam rumah dengan wajah sedih sambil melihat rakaman televesion anaknya sedang menjawab soalan wartawan akan konsep Pay it forward dan juga berita ulasan kematiannya anaknya di TV.

Suasana waktu itu sunyi sepi..

Cikgu ini bangun dan melihat ke luar tingkap, tiba tiba wajahnya berubah terkejut, dia kejutkan Mak budak yang sedang termenung depan TV supaya pergi ke luar rumah, mereka berdua akhirnya bergerak ke halaman rumah yang mana pada ketika itu cahaya kekuning-kuningan memenuhi ruang halaman rumahnya..

Apabila kamera zoom out, maka ternampaklah akan di sekeliling rumah mendiang budak tu akan beribu ribu manusia yang mana setiap seorang sedang memegang sebatang lilin berpusu-pusu datang ziarah mak budak ni untuk “Pay their Respects”..., kamera di zoom out lagi dan kelihatan manusia dari jauh terus datang laksana semut mengerumuni yang menggambarkan Pay it Forward sedang berkembang dengan perumpamaan lilin yang bergemerlapan seperti bintang di langit, lagu latar yang slow rock buat suasana syahdu dan aku rasa nak menangis, tapi sebab aku macho, aku tak menangis, heh!!

Cerita tu habis kat situ..., Helent Hunt!, kematian anakmu sungguh Special Request...

Mak Syalini pula, sedang di uji, sungguh Special Request from God...
Aku sendiri tak sanggup hadapi ”special Request” sebegini..oh!
Hanya Sabar, Redha dan sangka baik...
Harap anaknya di temui secepat mungkin...

Wahai manusia, Janganlah kamu mengaku beriman sebelum kamu di uji, Dan kerana itu Allah menguji kamu, kerana Allah sayang pada kamu, kerana kamu ‘special’ dan kerana itu ‘request’ di sini adalah sabar, redha, baik sangka dan yang semakna dengannya kerana apabila beginilah caranya Allah hendak selamatkan kamu dari azab api neraka yang panas membara dan beginilah caranya untuk masukkan kamu ke dalam shurga yang kekal abadi, bukankah penderitaan dan request ini menjadi indah dan special?


******

Mesej SMS Handphone aku berbunyi, teka ringtone lagu apa?

Anok Tok De Besar...
Nok Buleh Hok Lain Pulak
Baju Tok De Tukar...
Anok Rama Telajak..

Bini Pakai Lawa
Comur Licu Bubuh Bedok
Hati Tok Leh Soba
Mula Berahi Nak Petak-Gosok!

Kalau aku tak jawab mesej SMS tu karang, sampai habis lagu tu akan play..

“call saya-special request”

Isteri aku, apahal? special request?. Suspend betul..

Aku call isteri aku, bila dengar penerangan dari isteri aku, aku rasa macam nak pitam, tapi aku cool, aku rasa seram sejuk tapi aku tetap cool, aku tarik nafas, aku Puji Allah..
Dan tersenyum lalu berkata…, “SPECIAL REQUEST”

Habis call, aku tak puas hati, aku bawa isteri aku jumpa doktor petang itu juga...

Dalam perjalanan ke klinik aku terfikir, bahawa aku ini hanya mampu berusaha, hanya mampu merancang, tapi Allah yang tentukan segalanya, Allah yang berkuasa mutlak, walupun Bini aku ada makan ubat, ikut kalendar, guna beberapa cara traditional, tapi apabila Allah dah takdirkan, maka ianya tetap akan berlaku..., special request..., special request?

Pendek cerita, akhirnya dapat keputusan muktamad dari doktor.

"Tahniah, kamu akan menjadi ayah tahun ini, anak pertama ke?”

Tanya doktor, ceria..

"Anak ke empat..”, jawab aku lemah....

Dan lagu ini tergiang di telinga..

Nikoh Empat Tahun
Buleh Anok Empat Ore...
Hok Kecik Dukung,
Hok Tua Mengakok, Baru panda Bejale…
Dale peruk Kembong,
Nok Tubik doh Esok Kare...
Kito Dok Menengung,
Loning Payoh Doh Cari Make...

Ini barulah “Special Request from Allah, And Allah knows best!!!”

Special Request!!

Woha!

Ps: Sekiranya dua patah perkataan ini (Special Request) tidak langung mengubah hidup anda, jangan bersedih, kerana masih ada dua patah lagi perkataan yang bakal mengubah hidup anda, iaitu tajuk utama blog ini. (Kereta Mayat)!!

:)

Feb 4, 2008

Pay It Forward?

(Bukti bahawa Blog aku ini tidak mewakili mana-mana pertubuhan sama ada kefahaman UMNO, PAS atau Tabligh dan lain lain… )

Pada suatu malam, ketika hujan lebat di luar rumah, dan kilat di langit sabung menyabung, aku yang terperangkap di ruang tamu telah ‘terlanjur’…

Errr, maksud ‘terlanjur’ di sini adalah aku telah tengok TV sampai habis akan satu movie film.

Aku bukak TV 8, (siaran yang paling jarang aku bukak), dan tiba-tiba tengok satu pelokon kanak-kanak yang aku kenal, iaitu Haley Joel Osment yang pernah berlakon dalam The Sixth Sense, buat aku terus nak menonton..,

Maaflah kerana aku memang dah ketinggalan zaman, kerana baru la ni aku tengok cerita ni dan teruja pula dengan teori yang di ketengahkan dalam filem ini.

Ceritanya bermula apabila seorang cikgu sekolah rendah lakonan.., hey! Aku kenal mamat ni, Kevin Spacey, berlakon sebagi Lex luthor yang jahat dalam filem Superman.

Sambung balik, jadi cikgu sekolah ni telah bagi satu tugasan kepada budak budak dalam kelas dia supaya buat sesuatu yang boleh mengubah dunia.

Maka hero cerita ni, iaitu seorang budak lelaki telah kenalkan satu konsep yang bakal mengubah dunia yang di kenali sebagai ”Pay it Forward”.

Maksud Pay it Forward adalah, apabila seseorang berbuat baik pada anda, maka sebagai balasan, jangan Pay it back, tapi Pay it Forward iaitu buat baik pula kepada tiga orang yang lain, dan tiga orang lain yang di buat baik itu, kena pulak buat baik kepada tiga orang lain dan begitulah seterusnya sehinggga dunia akan terus berubah!

Macam best bukan? Best sebab idea ni datang dari seorang budak kecik, dalam 10 tahun umur dia lebih kurang.., ya! Aku tahu itu semua ikut skrip, tapi aku layan saja...

Permulaan cerita, dalam merealisasikan formula “pay it forward” ini, budak tu telah tolong seorang miskin yang merempat dengan bagi makan dan tempat tinggal supaya mamat tu boleh berdikari, apa lagi marahlah mak kepada budak itu dan halau Mamat tu, oh, sebelum terlupa, mak kepada budak itu dah bercerai dengan suaminya yang suka minum arak dan berjudi, lebih kurang macam gitu, tapi bila mamat merempat tu baiki kereta mak budak tu tanpa upah sebaliknya terangkan konsep Pay It forward, maka terkejut jugak Mak budak tu, apatah lagi idea Pay it Forward itu datang daripada anaknya..

Kemudian tersedar dari kefahaman tentang Pay it forward, maka Mak budak ni telah buat perkara yang sama dengan memaafkan Mak dia merangkap Nenek budak tu yang mana mereka rupanya telah bergaduh sekian lama, lalu terangkan pulak pada Mak dia merangkap Nenek budak tu akan prinsip Pay it Forward.

Hey aku kenal jugak pelakon wanita yang berlakon sebagai mak budak ni, lakonan Helen Hunt, masa aku remaja, aku tonton wayang filem Twister ketika zaman CGI baru nak maju yang mana teruja tengok angin puting beliung, taufan... dan itu cerita lain.

Sambung balik,
Pada mulanya budak ni rasa gagal sebab Mamat yang merempat tempoh hari tu nampak macam tak berubah..., menghilang entah ke mana, sementara itu juga, budak ini juga cuba 'selamatkan’ mak dia dengan merancang untuk jodohkan Mak dia dengan cikgu sekolah dia kerana takut ayahnya yang kaki mabuk dan suka pukul dia, kembali ke rumah untuk rujuk…

Pada mulanya hubungan antara Mak dia dan cikgu sekolah nampak macam berjalan lancar, tapi bila bekas ayah dia pulang (lakonan Job Bon Jovi) dan pujuk Mak dia, maka Mak dia terima pula, bagi peluang kedua, lalu perkara ini terus mengfrustkan cikgu sekolah tu,

Frust sebab ayah kepada cikgu ini dulu juga seorang pemabuk yang pernah cuba bunuh dia masa kecik dengan membakar beliau bila marah, masa tu baru kita tahu kenapa muka cikgu tu banyak parut..

Pendek cerita bila ayah budak ni mabuk balik, berlakulah pergaduhan dan budak jadi mangsa kena pukul…

Dan ini mengfrustkan budak itu, mak budak itu dan cikgu budak itu..

Maka dalam keadaan sebegini, budak ni dan kita penonton dapat merasa bahawa teori Pay it Forward telah gagal…

Apatah lagi bila budak ni banyak cakap, Mak dia lempang dia, dan bila budak ni nampak budak lain di buli kat sekolah, dia tak mampu nak tolong apa-apa..

Lalu Pay it forward hanya tinggal satu idea yang tak memberi apa-apa perubahan kepada dunia..

Baiklah, Korang tak payah pergi beli DVD untuk tengok kesudahan cerita ni, aku akan cerita sampai habis, jimat masa korang nak buat benda lain, boleh beribadat lebih sikit kot..

Sambung balik, di babak yang lain pula, seorang wartawan yang mengalami kemalangan kereta, rasa pelik bila seseorang yang tidak di kenali tiba tiba bagi dia kereta baru Jaguar S-Type sedangkan kereta dia yang rosak adalah kereta buruk jenis Ford Mustang. Bila di desak akan kenapa serta apa alasan yang membuatkan anda bertindak sedemikian rupa, maka orang asing itu telah terangkan konsep “pay It forward”.

Teruja dengan system ini, maka wartawan ini membuat keputusan untuk menjejak siapakah pengasas teori Pay it Forward ini.

Daripada orang asing itu, berceritalah bahawa satu hari ketika sedang menunggu rawatan dekat hospital untuk anak perempuan dia, tiba tiba anak dia sesak nafas tapi tidak di hiraukan doctor kerana sedang sibuk layan pesakit-pesakit lain, dan semua kena ikut giliran…

Tiba tiba sorang negro telah tolong anak dia yang sakit dengan cara tembak pistol ke atas agar doctor boleh rawat anak orang asing yang sesak nafas itu segara.

Akibatnya orang negro tu masuk penjara dan sempat terangkan konspe Pay it Forward kepada orang asing itu.., senang cerita anak orang itu telah berjaya di selamatkan.

Lalu wartawan itu pergi jumpa orang negro dalam penjara dan tanya pulak dari siapa idea Pay it Forward ini muncul..

Agak kelakar, bila banduan ini kata idea ini datang dari dia, tapi selepas wartawan ini tawarkan pertolongan untuk keluarkan banduan ini sebab beliau ada ‘kabel’, maka negro ini cerita kisah sebenar bahawa seorang makcik telah tolong dia dan terangkan konsep Pay it Forward.

Panjang cerita tapi aku pendekkan, akhirnya berjumpa juga wartawan ini dengan pencipta Pay it Forward iaitu hanya seorang budak. Dan wartawan itu bagitahu bahawa ideanya telah mengubah dunia.., ini mengembirakan budak itu..

Dan ketika sesi temuduga di siarkan di suluruh television budak itu menceritakan betapa sedihnya dia bila terdapat manusia yang tahu kebenaran ini tapi takut untuk mengubah dunia, lebih kurang begitu kata budak itu yang buat cikgu sekolah dan Mak dia rasa ‘pedas’ dan akhirnya cikgu sekolah itu pergi jumpa mak budak tu dan melamar dengan lafaz.

“Aku tak nak jadi orang yang macam budak tu kata”.

Bila cerita tu habis, aku terfikir, sekiranya aku duduk dalam kelas budak tu dan umur aku masa tu pulak 10 tahun, apakah idea yang aku nak bagi kat cikgu aku yang boleh mengubah dunia?

Masa untuk aku berangan-angan, he he he..

*******

Sebelum itu, kita bermula dengan cerita benar,

Satu hari seorang saudara aku telah beli handset dengan harga yang murah, tapi takde guarantee certificate, tengok adik beradik lain yang dah beli, handset mereka ‘Ok’ saja, takde rosakpun.. maka saudara akupun beli sama.

Pakai tak sampai seminggu, HP tu tiba-tiba rosak..,

Tentu sedih bukan?

Saudara akupun rasa terkilan dan nak marah, tapi sebab takde guarantee certificate, nak buat camne? Maka terpaksalah aku guna banyak lafaz perkataan untuk pujuk dan hilangkan sedih beliau siap dengan terangkan konsep takdir, dan ingatkan balik tentang rukum iman yang ke enam, bla bla bla.., itu ini begitu begini... akhirnya dia boleh accept takdir itu.., semua dari Allah.

Dekat 10 ke 15 minit jugak aku habiskan masa untuk ingatkan saudara aku tentang dunia-akhirat-takdir bla bla bla.

Lalu aku terfikir bagaimana jika seorang yang sedang bersedih, aku boleh terangkan maksud di sebalik kesedihan itu hanya dalam masa satu saat.

Maksud aku, satu istilah yang boleh 'mengubah dunia' jika kita faham…

Dan aku telah jumpa dua patah perkataan yang mana jika kita faham maknanya, maka segala kesedihan akan hilang dan dunia anda akan berubah!, InsyAllah!

Dua lafaz perkataan yang di ucap tak sampai 1 minit.

Seminit yang mengubah hidup anda!

Woha!

Di ulangi, Dua patah perkataan yang boleh mengubah hidup anda! (Please stop me if I’m sound like a penceramah motivasi..)

Tapi sebab aku perasan sibuk, aku tulis lain kali.

Woha sekali lagi!

Ps: Bersambung di next entry…