Mar 26, 2018

Siapakah Pendosa sebenar?


(Monolog keretamayat di Masjid Sri Petaling)



Dalam kedinginan subuh aku bangun menggeliat, Terima kasih kepada Allah, atas nikmat hidup.
Dahulu, sebelum kita datang ke dunia ini, kita adalah hampir dengan Allah di alam arwah.

Sekarang di dunia, antara kita dan Allah sudah ada dinding pemisah yang menyebabkan kita tak nampak Allah, dan hanya hati sahaja satu saluran yang boleh menghubungkan kita dengan Allah, tapi bila hati ada kecintaan pada selain Allah, maka makin jauhlah kita dari Allah..oh!
Tahukah korang, apakah tandanya kita jauh dari Allah?

Terdapat tiga tanda yang menunjukkan kita jauh dari Allah…,

Pertama:

Kita suka menangguhkan taubat… (aku ler ni..isk)

Kedua:

Kita tidak berpuas hati dengan kehidupan, harta rasa sikit, kereta rasa kecik, rumah rasa sempit, rezeki rasa tak cukup

Ketiga:

Kita beribadat dengan malas…

Dan tahukah korang apakah yang menyebabkan kita mendapat ketiga tiga perkara di atas?

Jawapanya, kerana kita melupakan maut, melupakan mati dan melupakan mayat..

Dari Gerbang Masjid, Seawal Pagi ini, manusia telah berpusu pusu keluar menuju ke tempat kerja masing masing, kenderaan mulai sesak di beberapa persimpangan, di hujung jalan kenderaan di laporkan merangkak rangkak dan ada tempat yang jam giler

Sayang pada waktu yang fresh, dan pada waktu keupayaan minda dan jasad berada di tahap optimum, kita menuju ke arah dunia yang sementara dengan sungguh-sungguh, sementara petang nanti pulang dari kerja setelah penat dan letih, barulah kita menuju ke rumah Allah, sampai tertidur-tidur time ceramah..oh! hinanya aku..

Tahukah korang pada saat dan ketika ini, satu angkatan tentera sedang menuju kepada korang, datangnya bala tentera yang berjumlah 500 ahli ini adalah datang untuk menamatkan riwayat korang, langkahnya tidak pernah henti, semakin hari semakin dekat, dan hentakkan kakinya boleh menggocangkan jantung korang, sedangkan T-rex yang mara boleh mengkocakkan air di cawan, angkatan tentera ini jauh lebih dahsyat hentakkanya yang boleh mengkocakkan hati!

TUNG! TUNG! TUNG!

Angkatan tentera ini sedang melangkah setapak demi setapak ke arah korang, tujuannya hanya satu, untuk ‘membunuh’ korang. Tiada seorangpun yang dapat menghalangnya.. Tiada mana mana bala tentera pun yang dapat menghalangnya.. Tiada sebarang kerajaan dunia pun yang dapat menghalangnya.

Itulah tentera Malaikat maut yang menjalankan perintah Allah untuk memayatkan korang kerana AKU DAN KORANG sebenarnya, telah DI JATUHKAN HUKUMAN MATI SEBELUM KITA LAHIR LAGI!

KITA TELAH DI JATUHKAN HUKUMAN MATI SEMENJAK DALAM PERUT IBU..

Dan.., Angkatan tentera malaikat maut ini telah mematahkan leher orang orang yang zalim dan kuat dengan MATI, dan telah mematahkan pinggang raja raja di singgahsana dengan MATI.
Dengan perintah Allah, malaikat maut telah tamatkan cita cita manusia yang mempunyai sejuta impian yang hebat dengan MATI.

MAUT akan menghantar korang dari mahligai yang tinggi ke lubang kubur di bawah bumi.

MAUT akan menghantar korang dari tempat yang bercahaya letrik ke lubang kubur yang gelap gelita.

MAUT akan menghantar korang dari dunia yang penuh pembantu, pekerja, kuli yang taat, namun kini korang terperangkap dengan ulat dan cacing di ruang yang sempit.

MAUT telah menukar makan minum yang lazat kepada debu debu yang akan menerjah ke mulut yang di penuhi air busuk..

Tidak ada lagi kawan kawan sebaliknya terpengkap dalam kesunyian yang menakutkan..

Matahari mulai tergelincir, manusia mulai pulang dari tempat kerja masing-masing, ada yang cedera di tempat kerja, tapi esok akan tetap datang lagi, ada yang bertekak dan bergaduh di tempat kerja, tapi esok akan tetap datang lagi..

Pernah tak kita cedera kerana ugama?

Dan jika kita bergaduh di masjid kerana berbeza fahaman ugama, kenapa terus tak datang masjid?
Wahai korang yang tidak bodoh, tahukah korang siapakah yang paling bodoh?

Benar! orang yang paling bodoh adalah orang yang melupakan mayat, dan lupa membuat persediaan sebelum jadi mayat,

Takpe jadi mayat yang hodoh, tapi jangan sekali kali menjadi mayat yang bodoh

Maka sebelum jadi mayat yang bodoh, aku dan korang kena sangat masukkan isu kematian dalam kehidupan korang..

Kerana, dalam dunia ini terdapat ramai manusia yang perasan sibuk dengan dunia, dan tidak suka dengan perbincangan mengenai mati kerana bimbang kelazatan dunia hilang., Jika di bincang tentang matipun, maka akan di bincang tentang keburukkan mati kerana dengan kematian itu, mereka akan kehilangan wang dalam bank, kehilangan harta tanah, anak isteri, kereta mewah, dan segala kelazatan dunia,

Maka pesan Nabi Muhammad 1400 tahun yang lalu

“Orang yang paling bijak adalah orang yang mengingati Mati”

Dalam majlis majlis kamu, harus di adakan perbincangan mengenai perkara yang menghancurkan segala syahwat iaitu mati.

Ingatlah mati dengan kadar yang banyak, ia boleh menghapuskan dosa dan menghapuskan cinta dunia.

Jika kamu mengetahu apakah keadaan kamu selepas kamu mati, nescaya kamu tidak akan ada selera makan dan tidak dapat menikmati kelazatan air.

Ingatlah mati dengan kadar yang banyak, ia boleh menghapuskan perasan meminta minta.

Tapi manusia masih perasan sibuk, bila sibuk jadi stress, bila stress cari hiburan, hilang stress kembali perasan sibuk, habis tu bila nak belajar ehwal berkenaaan: hanya dengan cara mengingati Allah hati akan menjadi tenang?

Sesungguhnya sekiranya korang di ancam bunuh oleh sekumpulan gangster, apakah korang masih boleh berhibur dengan hiburan yang lalai? Masih boleh berseronok di pusat hiburan?

Masihkah? Tak boleh tidur aku rasa,..

Ingatlah tentera malaikat maut tak pernah undur, langkahan mereka adalah langkaham maut…, datang untuk ‘membunuh’ korang

Namun korang di tika ini (dan aku), masih berhibur di sini sana… oh!

Di kubur sana, ada yang pandai menanyi tapi sekarang senyap membisu.., ada yang melupakan mati tapi sekarang sedang menjadi mangsanya..

Dan yang takutnya, pada ketika ini, adalah kerana, kita masih belum mengetahui akan apakah ALAMAT TETAP KITA..

Apakah alamat tetap kita?

Shurgakah?

Atau Nerakakah?

Pesan orang alim, jika kita selalu terlupa pada hari kita menjadi mayat, maka sebelum jadi mayat, hantarkanlah sedekah, zakat, dan jihad kita ke akhirat sebanyak banyaknya, kerana tabiat hati yang terpaut pada harta, maka bila harta telah di hantar ke kehidupan selepas jadi mayat, maka hatipun rindu untuk jadi mayat.., insyAllah.

Akhir kata:

Orang Yahudi lupa pada mati kerana sibuk dengan politik
(rujuk Israel yang mempolitikkan dunia di palsetin)

Orang Majusi lupa pada mati kerana sibuk dengan sukan
(rujuk sukan terbesar di dunia yang menyalakan api besar)

Orang Nasrani lupa pada mati kerana sibuk dengan hiburan
(rujuk rumah ibadat mereka, ada alat muzik dan lagu lagu)

Orang Islam lupa pada mati kerana apa pula?…, sibuk bergaduh dalam politik, sibuk langar hokum dalam bersukan dan sibuk halalkan hiburan yang melalaikan?

Akhir kata sekali lagi.

Pesan Maulana Saad.

Belajarlah memandang orang berdosa dengan pandangan kasih sayang.

Akupun pandang kiri kanan dan mendapati semua orang di dalam masjid memiliki pandangan kasih sayang.

Oh.. akulah pendosa itu.

Sob...sob.

Pesan kepada diri sendiri.

Hamka Keretamayat
Masjid Sri Petaling 2018

Mar 23, 2018

Boleh ke Pura Pura Murtad?

(Dari satu babak filem, bertukar menjadi ceramah agama)




Aku jawab ni bukan datok Yusof Haslam atau Syafiq Yusof belanja aku tengok wayang free filem KL Special Force ke, belanja makan ke apa, tapi nak terangkan sikit bab hukum agama.

Soalan :

Scene Lan sembah asyraff supaya jangan bunuh anak dia tu tak sepatutnya ada. Kerana nampak macam dia takda iman pulak pegi sembah penjahat siap ada dialog "aku sembah kau asyraff, jangan apa-apakan famili aku" Akidah boleh lari mcm tu. Minta pertolongan hanya kepada Allah bukan sampai tahap menyembah manusia macam tu. Cerita tu best tapi bila tengok scene tu terus jadi tak best

Jawapan:

Bab sembah manusia untuk babak itu, jika situasi sebenar dalam darurat, contoh sekiranya penjahat suruh makan babi pun tak haram, jika dipaksa murtad, maka kita pura pura murtad pun tak jatuh murtad sebab dipaksa, dalam kes babak filem tu, Lan merayu agar penjahat tak bunuh anak dia, maka dia bersujud sembah dan penjahat tu puas hati dan tak bunuh anak Lan, jika ini adalah situasi sebenar, perbuatan itu tidaklah salah.

Lagipun sembah disitu sembah merayu, bukan sembah bertuhan, macam lagu Mamar raya, kan ku sujud dikakimu bila bertemu, bukan maksud jadikan tuhan, hanyalah gambaran kata kata puitis. Bab ikut perintah orang jahat demi kebaikkan lebih besar pernah berlaku di zamanzaman Saidina Umar, yang mana ketua tentera islam selepas ditangkap dipaksa cium dahi raja kafir baru lepaskan semua tawanan, dia buat, bila balik ada orang islam yang perli tindakan cium dahi si kafir, tapi Umar telah cium dahi ketua tentera ini dan puji tindakan beliau, so dalam darurat, jika dipaksa bersujud supaya anak bini tak mati dibunuh adalah tak salah.

Ok, sekarang kita ambik situasi lebih teruk, bagaimana jika penjahat suruh murtad? Boleh ke? Sedangkan ada Kisah Bilal yang rela disiksa, kisah sumayyah yang rela dibunuh? Boleh ke pura pura murtad kerana takut dibunuh?

Jawapannya boleh, dan ada berlaku pada sahabat, Kisah Amar anak kepada Yasir yang dipaksa oleh abu jahal supaya  berkata Unta ini Tuhan Aku, dan dipaksa kutuk Nabi, da, Amar mengucapkannya, Lalu Abu Jahal melepaskannya

Bila Ammar rujuk pada Nabi, maka Nabi benarkan perbuatan dalam keadaan dipaksa maka tak salah, lalu turun ayat Al quran:

 “Barangsiapa yang kafir kepada Allah sesudah dia beriman (dia mendapat kemurkaan Allah), kecuali orang yang dipaksa kafir padahal hatinya tetap tenang dalam beriman (dia tidak berdosa), akan tetapi orang yang melapangkan dadanya untuk kekafiran, maka kemurkaan Allah menimpanya dan baginya azab yang besar.” (QS. An-Nahl: 106)”

Jadi begitulah indahnya islam, yang mana bila kita dipaksa murtad oleh orang jahat, maka ada dua  pilihan, nak tabah macam Sumayyah lalu mati si siksa pun boleh, atau nak pura pura murtad depan mereka, tapi dalam hati tetap beriman kepada Allah. Ingat, pura pura ni depan mereka sahaja. Jangan pulak mentang mentang pernah kena kecam, terus korang cakap aku dah murtad sewaktu balik kampung rumah mertua itu bangang namanya.

Okey, itu sahaja ulasan babak dalam filem dari segi islamik. Harap datok Yusof Haslam atau Syafiq Yusof belanjalah aku lain kali, tak pun jadikan buku aku filem islamik pun okey-woha!

Ps: Aku ulas ini bukan nak halalkan orang berlakon babak haram, yang haram tetap haram, berlakon dengan bukan mahram, berlakon pegang bini orang, berlakon minum arak, berlakon sembah berhala, atau lafaz cerai walau dengan niat berlakon, semua itu boleh jatuh haram. Apa yang aku nak ulas adalah babak dalam filem itu jika situasi sebenar, rujuk nas dan dalil, tak jadi haram. Wallahu’lam.

Mar 20, 2018

KL Special Force?


(Ini bukan review filem, tapi bacalah dengan hati yang tenang)

Siapa yang buang Kulit Pisang aku tembak!


Cuti sekolah, dapatlah kumpul satu keluarga baca hadis lepas isyak, kalau tak selalu tak cukup korum sebab ada yang tinggal di Asrama. Tapi majlis taklim akan tetap kena buat. Sunnah apa sampaikan hadis Nabi pada anak bini. kan?

Jadi, alkisahnya, Habis baca Hadis semalam, kitaorang buat muzakarah sifat sahabat, bila tiba bab MEMBAWA KETAATAN DALAM SOLAT KE LUAR SOLAT, aku suruh anak anak bagi contoh.
Kata anak remaja:

“Satu hari ada seorang ustaz jual pisang, tiba tiba depan kedai ada Hafiz terpijak kulit pisang dan jatuh bedebuk, lalu tegur hafiz kenapa ustaz buang kulit pisang merata-rata?

Kata ustaz ada buktikah dia yang buang kulit pisang sebab dia hanya jual pisang?, yang buang mungkin pembeli?, lalu si Hafiz tegur supaya ustaz sediakan tong sampah yang besar.

Malas nak berdebat, jawab di ustaz: Jika kamu bawa KETAATAN DALAM SOLAT KE LUAR SOLAT maka kamu tentu tak pijak kulit pisang, sebab waktu solat tunduk tengok bumi, jadi waktu berjalanpun kena selalu tunduk tengok bumi, hafiz itupun insaf ditempat kejadian.”

Wah, bagus punya contoh, lepas tu aku suruh sorang lagi anak remaja bagi contoh MEMBAWA KETAATAN DALAM SOLAT KE LUAR SOLAT, jawabnya:

“Ayah, tadi kita semua tengok cerita KL Special Force kan? Ingat tak babak Ashraf nak bunuh isteri Lan, tapi tak jadi sebab isteri Lan sedang bersolat, tapi diluar solat isteri Lan tak tutup aurat dan bercakap kasar dengan Laki hingga suaminya yang baik pun boleh lempang, kalaulah isterinya bawa ketaatan dalam solat ke luar solat, tentu suaminya tak akan tampar”

Perghhhh, terbaik punya contoh. Woha!

Moral: Tuan tuan dan Puan puan buatlah majlis bacaan hadis Bersama anak bini, sungguh dunia akan masuk ikut TV, ikut telefon, ikut pintu, ikut tingkap, tapi agama akan masuk melalui majlis agama seperti bacaan hadis dan muzakarah sifat sifat sahabat Nabi.

Now you know, semoga kita semua dapat istiqamah sampai Jannah!

Amin.

Akhir kata: teringat pesan Lan dalam KL Special Force:

“Dunia ini tak akan rosak kerana orang jahat, tapi dunia akan rosak bila orang baik tak mencegah orang jahat”

Mar 16, 2018

Ucapan khas untuk pelajar SPM?

(Jumpa Cikgu lama, gagal SPM, dan masih berjaya.. woha!)

Selamat ambik result SPM, sebelum tu nak cerita...

Baru-baru ni, aku ada  terjumpa seorang cikgu lama, katanya:

“Anak murid yang gagal SPM lalu jadi nelayan, bila jumpa guru selalu tegur dengan penuh hormat, dan kadang kadang hasil tangkapan ikan di hadiahkan kepada guru.., tapi anak murid yang lulus cemerlang SPM, sekarang dah berjawatan besar, nampak guru tak pandangpun.., inilah 'pengorbanan' guru., Adohai..”

Hmmm, bukan semua murid begitu, ada murid yang bila cikgu matipun masih tetap datang ambik mayat cikgu dan hantar ke kubur, tentulah anak murid yang kerja bawak keretamayat tu, woha!
Ok imbas kembali, kisah aku ambik result SPM.

Alkisahnya, Sekolah aku jauh. Kena naik dua bijik bas baru sampai.

Elok sampai sekolah. Ada cikgu tunggu dekat pagar(cikgu tu dah arwah-al fatihah). Cikgu tu tengok aku geleng kepala kerana kecewa dengan result SPM.

Aku ni kira pelajar harapan sekolah jugaklah. Tapi bila bahasa Malaysia dapat tujuh agreget. Tak kredit. Maka automatik aku dapat grad second.

Bila aku fikir balik kenapa aku gagal bahasa malaysia mungkin silap karangan aku yang takde plot dan serta punch line.

Jadi aku ambik repeat paper BM julai dan lulus. Alhamdulillah.

Akupun ambik diploma di politeknik dan sambung degree di Universiti.

Aku juga tulis buku dah lebih sepuluh tajuk. Ada jual di Popular. MPH, dan lain lain. Ada buku tentang cinta, tentang anak bini, menangkap dajjal, takzirah sentap, hantu, gay dan banyak lagi.
Korang hashtag #hamkakeretamayat tengok di IG, FB, twiter boleh baca komen pembaca yang positif juga boleh hashtag tajuk buku untuk lebih detail baca komen pembaca.

Jadi apa aku nak bagitahu? Ok... aku nak bagitahu...

Tak lulus bahasa melayu waktu SPM pun masih boleh melayakkan korang jadi penulis buku insyaAllah. Apatah lagi jika lulus!

Woha!

So dah habis SPM, perjalanan korang untuk Berjaya dah tak jauh, tinggal nak ambik STAM, MUET, DIPLOMA, DEGREE, MASTER and PHD. Tak jauh dah tu…

Bagi yang malas belajar pulak, korang boleh kahwin!

Tapi Kahwin ni dia punya ujian susah senang dia macam exam SPM jugak
Ada yang lulus cemerlang, ada keputusan sederhana, dan ada yang gagal.

Tapi exam kahwin ni bukan sebijik macam exam SPM, exam kahwin ni macam open book exam, boleh meniru, boleh guna talian hayat, dan boleh rujuk buku.

Rugilah jika fail open book exam sebab salah rujuk buku, so gambar ni contoh rujukan untuk open book exam, buku lain pun boleh beli untuk rujukan, gambar ni contoh sahaja.

Cuti sekolah pun dah dekat, ramai yang akan kahwin nanti, Abang pun malas nak cakap banyak. Mesej atau email abang keretamayat jika nak beli.

Jangan kata abang tak payung!

Woha!

Stok buku yang ada pada saya March 2018, tinggal tiga tajuk sahaja, huhuh


Ps: Tahniah kepada yang lulus SPM dengan cemerlang, yang tak cemerlang jangan risau, buku abang ada untuk open book exam lepas kahwin-he he.

https://www.facebook.com/writeandbrave/



Ps2: Dengar cerita buku Semusim di Syurga Cover baru dah siap di cetak oleh Write and Brave Publisher, baik korang order dengan mereka sebelum terlambat,

Mar 8, 2018

Hari Lelaki Di sambut setiap Minggu?



Tahukah anda?

Hari wanita sedunia di sambut pada 8 Mac setiap tahun, dimana sebagai peringatan kepada kaum lelaki agar jangan melupakan hak hak wanita.

Sementara itu, jangan lupa lelaki pun ada hak mereka, kerana itulah Hari lelaki di Malaysia disambut pada setiap minggu iaitu pada hari khamis malam Jumaat, dalam group Whatsapp khas yang tiada bini mereka, pihak lelaki akan menyambut hari itu dengan berkongsi lawak poligami atau lawak lucah. Kadang kadang boleh ketawa Panjang baca mesej tersurat dan tersirat pada hari itu.

(rujuk gambar)

Nak nasihat semua dah besar Panjang, Adohai..

Tapi oleh sebab mereka mudah alami sindrom air naik kepala, maka cukuplah sekali seminggu buat lawak malam jummat. Sungguh bersetubuh dengan bini boleh hari hari, tapi lawak malam jummaat ni cukuplah sekali seminggu.

Now you know.

Woha!

(gambar aku ambil dari group wassap-macam -macam hal korang ni, adohai..)