Oct 8, 2021

Berdamai dengan Rezeki? bagaimana?

 Kisah berdamai dengan Rezeki..

*****

“Salam abang keretamayat”

“waalaikumusalam”

“Abang keretamayat sedang Bahagia ke?”

“InsyaAllah.., Ya, .. Alhamdulilah”

“Apa sumber kebahagian Abang keretamayat?”

“kemampuan untuk berdamai dengan semua rezeki”

“Apa maksud berdamai dengan rezeki?”

“Hidup ini hanya ujian, iaitu untuk bersyukur dengan semua baki nikmat, untuk bersabar dengan semua baki kesusahan, lalu berusaha mengubah takdir dengan ilmu dan sangka baik, yang mana hujungnya, tetap takwakal serah diri kepada keputusan Allah, Apa jua rezeki yang Dia berikan selapas saya berusaha, saya redha, itulah maksud: berdamai dengan rezeki”

“Apa pesanan abang pada mereka yang sedang menderita?”

“abang pernah tulis, nanti jap abang copy paste”

“terima kasih”

Copy paste dari tulisan Hamka keretamayat..

Hidup ini hanyalah siri ujian, semua Allah dah susun rezeki masing masing, ada ujian senang, ada ujian susah, semua itu rezeki kita yang tak pernah salah alamat!

Dan tempoh ujian pula hanyalah sepanjang hidup, ada yang sampai 60 tahun, ada yang sampai 80 tahun, ada yang kurang dari 40 tahun, ada yang sampai 20 tahun sahaja.., sungguh kita tak tahu berapa lama rezeki hidup, mungkin esok kita mati? Maka tempoh ujian dah nak habis, buat sehabis baik sebab dunia ni adalah ladang pahala bagi orang beriman..

Bila hidup ini hanyalah ujian demi ujian, maka boleh tak kita Bahagia?

Jawapannya, boleh sangat, iaitu gunakan prinsip berdamai dengan rezeki.

Apa itu berdamai dengan rezeki?

Kemampuan untuk bersyukur dengan segala nikmat rezeki walaupun sekecil kecil nikmat, dan kemampuan juga untuk bersyukur dengan segala rezeki ujian walaupun sebesar besar ujian.

Contohnya, rezeki saya, mendapat anak OKU autisme, sedangkan Hakikat hidup, Siapa yang mahu anaknya seorang OKU?, tapi jika takdir sudah tertulis, rezeki anak kita adalah OKU, semakin kita menafikan, maka semakin lambat anak di selamatkan.

Hakikatnya, bukan kita sahaja diuji mendapat anak OKU, tapi anak-anak OKU juga diuji dengan mendapat ibu bapa yang cuai seperti kita, yang sanggup menafikan masa depan anak-anak akibat bersedih sepanjang masa, dan sibuk salahkan pasangan, atau salahkan keturunan, atau salahkan vaksin, atau salahkan kerajaan hingga anak yang sepatutnya mendapat rawatan, terheret ke lembah kemurungan bersama Denial parent yang menolak rezeki anak OKU padahal…

Selepas susah pasti ada senang, itu janji Allah, maka  teruskan berusaha mencari jalan penyelesaian, sambil serahkan masa depan hanya pada Allah, insyaAllah kebahagian akan datang yang mana akhirnya dengan perasaan Bahagia berdamai dengan rezeki, maka mudahlah segala Tindakan lebih baik dapat di atur. InsyaAllah.

Sekiranya beginilah caranya Allah nak ampunkan dosa kita, alangkah ringan-nya penderitaan ini..

Dan Sesungguhnya,  apabila beginilah caranya Allah nak selamatkan kita dari azab api nereka dan masukkan kita ke dalam shurga yang kekal abadi, alangkah 'indah-nya' rezeki ini..."

Contoh lain, masalah anak normal, jangan anggap anak normal semuanya okey tiada masalah, selalu saya jumpa parent di uji dengan anak derhaka, atau anak buat jenayah, atau anak berzina, atau anak suka sesama jenis, atau anak bunuh diri, oh.., dan kita orang islam, mungkin akan berhadapan anak murtad!

Apa nak buat bila anak kita murtad? Atau Gay? Atau Buat jenayah? atau derhaka? Nak menangis salahkan pasangan?, salahkan kerajaan?, salahkan neflix?, salahkan vaksin?, salahkan PH?

Banyak saya jumpa bila parent di uji macam ni, ada perent yang buang anak, tak mengaku anak, anggap anaknya dah mati! Anggap dia tak pernah ada rezeki anak! Bahagia kah buat macam tu?

Saya belum di uji ujian anak derhaka, anak murtad atau anak gay, saya baru diuji anak OKU, maka saya pesan pada diri sendiri, andai satu hari nanti (Nauzubillah-mintak jauh), sekiranya ada senarai ujian dalam hidup saya, anak tiba tiba menjadi derhaka, atau anak murtad, atau anak gay.., maka mereka semua tetap anak saya, mereka tetap rezeki saya.

Memang saya bencikan dosa mereka tapi saya tetap sayangkan anak saya, maka saya akan berusaha untuk pujuk, cakap lemah lembut, tunjukkan akhlak yang baik sebagai bapa orang islam, agar anak saya satu hari nanti, mendapat hidayah lalu berubah, Inilah jalan kebahagian dalam derita yang saya pilih, “berdamai dengan rezeki” tanpa putus asa dalam ikhtiar, dan tawakal itu jadikan peneman setia.

InsyaAllah, waktu Nabi Musa berdakwah pada Firaun sejahat jahat manusia, (rezeki Nabi Musa dapat bapa angkat jahat macm tu) tapi waktu berdakwah, Allah perintahkan Nabi Musa berdakwah dengan akhlak yang baik walaupun pada orang mengaku Tuhan, maka anak kita yang sakitkan hati itu tidaklah sejahat firaun untuk kita bergaduh, dan kita  pula tidak sebaik Nabi Musa untuk berlaku kasar, maka bercakaplah dengan lemah lembut, kerana itulah sunnah dalam berdakwah.

Semoga anak kita semua direzekikan menjadi anak yang soleh solehah, muslimim Muslimah, firdaus al Jannah!

(anak saya jika baca ni, tolong cover line sikit ayah yer-jangan sampai ayah bagi penampar jepun!)

Contoh lain masalah dengan pasangan, ramai stress, sayapun belum di uji pasangan curang (Nauzubillah)dan tak dinafikan terseksanya hidup bila pasangan curang, namun nak bergaduh dan menangis, janganlah lama-lama tak ada kesudahan, sebaiknya, setelah duduk bermesyuarat bincang dengan baik baik, dan dapati tiada jalan lain selain berpisah, maka sungguh jalan keluar kepada perkahwinan juga halal, iaitu penceraian dengan lafaz yang sopan, yang penting cara halal, Selebihnya kita tawakal kepada Allah, semoga kita semua tidak pernah curang pada pasangan buat selama lamanya. Sungguh jodoh ni kerja Allah, sampai masa tiada jodoh, maka berpisahlah dengan semua yang kita sayang.

Ada juga ujian suami berpoligami apa nak buat? Berdamai dengan rezeki? Atau bergaduh hingga baki rezeki yang ada diangkat Kembali?

Ada juga ujian kehilangan masa lapang akibat sakit, rezeki sihat tingga sedikit..

Panjang cerita saya pendekkan, dalam banyak banyak rezeki yang hilang, atau rezeki yang berkurang, atau rezeki yang tidak digemari.., maka cukuplah Allah kurniakan satu rezeki ini buat kita, dapat satu ini, maka semua masalah menjadi kecil..

Apakah rezeki itu?

Pertama kita kena faham, Masalah terbesar dalam hidup adalah HIDUP TAPI TAK KENAL SIAPA TUHAN KITA, hidup tak beriman itulah bencana terbesar.

Sebab tu ada kisah Nabi menangis ketika melihat mayat orang kafir dikebumikan, sahabat tanya kenapa menangis? Bukankah itu orang yahudi?, kata Nabi, baginda menangis sebab terkenangkan nasib orang itu yang akan di bakar dalam api neraka buat selamanya.

Tuan tuan, bila kita tengok orang bukan islam yang mati berarak naik kereta mewah, tahu tak yang mereka sedang di bawa ke lembah neraka dan akan menderita selamanya?

Tahu tak Firaun, Haman, Namrud, Qarun yang hidup kaya raya tapi tak beriman kepada Allah sekarang sedang menderita dalam kubur dan jika diberi peluang akan sanggup hidup didunia menjadi orang buta asalkan dapat beriman kepada Allah!

Jadi pesanan kepada mereka yang sedang menderitam memang berat ujian kamu, tapi syukurlah kerana kita masih diberikan REZEKIdapat nikmat mengenal Allah, menyebut nama Allah, beriman kepada Allah, sebab dalam dunia ini, ada orang kafir yang sedang susah macam kita, tapi nasib mereka jauh lebih buruk kerana mereka akan mati dalam keadaan kafir dan masuk neraka selamanya!

Tapi kita yang diuji dengan ujian hidup masing masing, jika sabar dengan ujian ini, dan andai kata malam ini kita mati maka insyaAllah kita akan mati dalam keadaan beriman kepada Allah, yang mana janji Allah, siapa sahaja yang ada iman walaupun sebesar habuk, tetap masuk syurga dan Bahagia selamanya di sana, nikmat mana lagi yang kita dustakan?

Jadi rezeki yang paling besar adalah rezeki dapat kenal Allah. Rezeki dapat beriman pada Allah! Tiada rezeki yang lebih besar dari rezeki ini, dan masalah terbesar dalam hidup adalah bila kita tak kenal siapa Tuhan kita, itulah masalah terbesar dalam hidup yang semua ahli neraka sanggup buat apa sahaja agar dapat kembali kedunia untuk beriman walaupun hanya sepemerahan susu lembu kadar hayat, tak apa, asalkan dapat kenal Allah, dan beriman kepada Allah sebelum mati.

Selalu dengan kisah mualaf masuk islam, apa yang mereka mahu? Wang zakat? Kahwin orang melayu? Tak…, Mereka sangat mahukan, ibu bapa mereka juga dapat REZEKI mati dalam keadaan beriman.

Ustaz Ravi cerita betapa gembiranya dia kerana, emaknya mati dalam keadaan sempat kenal Allah.

Jadi wahai semua insan yang sedang bersedih, masalah terbesar dalam hidup adalah bila kita tak kenal Allah. Sedang kita dikurniakan rezeki mengenal Allah!

Renung nikmat rezeki beriman ini, maka segala masalah akan menjadi kecik. Segala rezeki yang kurang, akan dapat kita damaikan.

Inilah maksud: Berdamai dengan rezeki!

Baca doa sikit:

Ya Allah Tuhan pemberi Rezeki yang tidak pernah berkurang dari KhazanahMU.

Maka Kau kurniakan rezeki berkat pada semua umat islam di seluruh dunia, sungguh antara kami ada yang ditindas, Kau bantulah, antara kami ada yang sakit, kau sembuhkanlah, antara kami ada yang bergaduh, Kau damaikanlah, antara kami ada yang diliputi beban beban, Kau ringanlah, antara kami ada yang berhutang, kau permudahkanlah, antara kami ada yang rosak iman, Kau Baikilah, antara kami ada yang tidak membantu, Kau Gerak gerakkanlah.

Tiada daya upaya melaikan dengan IzinMu, jadikanlah kamu sebaik baik penerima rezeki, bersyukur dengan rezeki yang lebih, bersabar dengan rezeki yang kurang, sunggau kami hanya mampu Merancang, dan Kaulah sebaik baik perancang, Tiada daya upaya melainkan dengan IzinMu.

Jika tiada dalam takdirMU akan bantuan Rezeki Fizikal yang melimpah ruah, cukuplah kau kuriakan rezeki kepada Rohani kami agar teguh Keimanan sampai mati, asal Kau Redha!

Amin Ya Rabiil Alamin!

Oct 7, 2021

Taubat Makcik Mimpi?

Makcik Mimpi dah bertaubat…

Pelajaran yang boleh kita ambik iktibar, JANGAN TAKSUB DENGAN SIAPA SIAPApun sebab semua orang tak terlepas dari buat silap.

Ada orang berhenti kerja sebab percaya pada Makcik Mimpi dunia dah nak kiamat, tapi sekarang dia menyesal sangat sebab Makcik mimpi tak boleh tolong dia langsung!

Itu baru di dunia, sesal dulu atau sesal kemudian masih “pendapatan” selagi kita hidup di dunia kerana pintu taubat masih terbuka, sedangkan ahkirat nanti, bila kita sedar kena tipu dengan Syaitan, langsung Syaitan tak akan tolong kita, masa itu barulah, sesal dulu pendapatan, sesal kemudian kemuflisan!

Sebab tu ada ayat Allah suruh orang sembah berhala mintak tolong pada berhala yang kamu sembah, tapi berhala itu datang dalam bentuk bahan bakar api neraka, lalu mengazab orang yang menyembahnya..

Malaikat jaga neraka bertanya, atas dunia dulu ada orang datang ajak kepada islam tak? Jawabnya ada, tapi dia memperolok olokkan ajakan itu..

Maka sejarah berulang, waktu awal makcik mimpi tu bukak cerita, ada yang PM suruh saya ulas, saya bantah, dan saya nasihat tapi dia kata saya tak hebat sebab  saya tak ada mimpi macam makcik tu..

Sama jugak kes bila kawan melabur skim cepat kaya, saya nasihat jangan labor kat situ, itu scam, tapi katanya saya tak hebat sebab naik kereta axia, tok gurunya naik kereta bangsa H.

Betul, saya tak hebat, dan tolong juga kepada semua follower jangan pernah taksub dengan saya, jika ada silap, saya sudi ditegur, berbeza pendapat kita boleh berbahas dengan hujah, tak ada masalah.

Saya mengaku, saya bukan ustaz, saya hanyalah “pemandu” keretamayat. Dan saya tidak hebatpun.

Satu masa nanti, mungkin isteri saya akan berkata..

“Abang sudah tidak sehebat dulu…”

Tapi setakat ini, isteri saya masih belum ungkapkan kata kata itu.

Jadi saya masih hebat jugak.

Woha!

Terbang di Langkawi?


 

Anak tengok ramai orang melancong di Langkawi. Maka bertanyalah salah sorang dari anak saya:

 

“ayah, kita pernah ke Langkawi ke?”

 

“Pernah”

 

“Ada gambar tak?”

 

“Ada, jap ayah cari dalam folder lama, okey dah jumpa”

 

“Nak tengok”

 

“Ini Patung Helang, kat Langkawilah ni”

 

“Adik Iman ke tu?”

 

“Adik Iman baru nak belajar terbang”

 

“Kenapa Langkawi ada patung Helang?”

 

“Sebab nama Langkawi itu adalah singkatan burung helang merah kawi. Maka menjadilah Langkawi.”

 

“Jika kat Terengganu, patut ada patung penyulah kan ayah?”

 

“Dulu pernah ada dekat bulatan Ladang, dibina oleh kerajaan UMNO, tapi telah ditukar kepada batu bersurat oleh kerajaan PAS”

 

“oh begitu kisahnya..”

 

“Ini gambar siapa ni Ayah? Macam pelakon jer”

 

“Ini pelakon Gerak Khas, Norman Hakim, kebetulan duduk satu hotel”

 

“Kita pergi mana lagi kat Langkawi ni?”

 

“Naik kereta kabel, Mandi di Pulau, Tengok, burung helang menyambar, Mandi di tasik Dayang bunting, pergi rendam kaki kat telaga air panas, dan pergi mazium”

 

“Wah, banyaknya gambar, buatlah video sebagai kenangan.”

 

****

Habis borak, maka siaplah video ini, terima kasih anak anak yang sudi bantu edit, ayah buat skrip sahaja, yang lain anak bantu siapkan, maka dengan siapnya video melancong ke Langkawi, maka kita dah tak pergi sini, kita pergi tempat lain yang tak pernah pergi lagi!

 

Setuju!

 

Akhir kata: bila ayah mati dan kamu sudah dewasa nanti, jika terlihat video ayah bawa kamu jalan jalan, hadiahkah ayah Al fatihah dan niat bawa ayah ke syurga tertinggi”

 

Woha!

 

Link video: https://youtu.be/9b2K6YSBwc8

Oct 6, 2021

Rezeki tiada dalam English?

Apa perkataan paling sesuai untuk rezeki dalam Bahasa English!?

Ada yang cakap, wealth, luck, health, fate. Blessings, sustenance, property, means of living, livelihood, income, subsistence, sustenance, food, nourishment, good fortune… etc..

Tapi semua tu mempunyai maksud berbeza.

Kita orang melayu memang guna perkataan REZEKI pinjam dari Bahasa arab sebab Rezeki ni ianya ada kaitan dengan Ketuhanan.

Kita jika terdengar perkataan REZEKI, terus otak kita nampak laut yang luas penuh rezeki, hujan mencurah dengan rahmat bersama rezeki, pelangi indah di balik awan adalah rezeki, syurga saujana di alam akhirat adalah rezeki terbesar, anak yang ramai adalah rezeki, hati yang tenang adalah rezeki, muka tak hensem tapi mampu bahagia adalah rezeki yang mana semua oitu automatic terus otak kita kaitan dengan kuasa Tuhan, buatkan kita berdamai dengan takdir, dan tenang dalam ujian, lepas tu kita digembirakan dengan konsep rezeki mudah datang dengan bersedekah, solat duha, solat tahajud, berdakwah, berdoa dan pelbagai lagi.

Mungkin sebab itu ada kajian kes bunuh diri banyak berlaku pada orang yang tidak beragama kerana mereka tidak faham konsep rezeki, dan sudah tentu ada juga kes bunuh diri pada orang beragama yang salah faham konsep rezeki.

Sebab konsep rezeki adalah berdamai dengan takdir, semua Allah dah set from the top, Maka bila berlaku BULI, PUTUS CINTA, atau GAGAL mencapai sesuatu, maka mereka tiada tempat untuk berdamai dengan takdir kerana tanpa agama, maka diri sendirilah yang menjadi punca segala masalah, dan sayalah yang bersalah dalam semua perkara, saya menyusahkan orang, saya mati menggembirakan orang dan sebagainya yang selalu di alami oleh mereka yang stress hingga memilih untuk mati.

Untuk itu, kepada kita semua yang ada masalah BULI, PUTUS CINTA, dan GAGAL dalam apa jua bidang, sebelum kemurungan berlaku, ingatlah bahawa REZEKI Allah itu luas, sangat luas! dan dunia ini hanya setitik nikmat REZEKI berbanding di sana(akhirat) seperti lautan luas tidak berpehujung.

Bila kita di buli, Alah sedang uji saya, ini rezeki saya, maka saya tidak akan menyerah (pasrah) begitu sahaja, tapi saya akan berusaha mencari keadilan (bertawakal) maka InsayAllah pertolongan Allah sangat dekat bagi mereka yang bertawakal.

Bila kita putus cinta, ini rezeki saya,  ingatlah semua orang akan mati, mencintai Nabi, maka Nabipun mati, maka cintailah Allah yang tidak pernah mati dan tidak pernah menolak cinta, dan di syurga bertemu Allah nikmatnya lebih besar dari dicintai semua bidadari.

Bila kita gagal dalam apa jua bidang, ini rezeki kita, ingatlah dunia hanya sementara, kerisauan sebenar bukan untuk dunia, maksud hidup adalah ibadat, dan sabar dengan ujian Allah adalah ibadat, syukur dengan baki nikmat yang ada juga adalah ibadat.

Jangan pernah sedih lihat rezeki orang, itu rezeki mereka, semua orang ada rezeki tersendiri..

Sungguh ter Kadang manusia selalu bersedih kerana Allah belum bagi rezeki yang diminta.. Tapi kita lupa bahawa masih banyak rezeki yang baik pada kita, Allah belum ambil..

Akhir kata, Cintailah Pemberi Rezeki lebih dari Rezeki maka Rezeki tak di sangka sangka akan mengalir sampai syurga dan Di syurga, Bertemu Pencipta Rezeki adalah Rezeki terbesar dari segala Rezeki.

Semoga rezeki kita sampai syurga!

Woha!

Game sotong Korea?

Sekarang viral drama korea berjudul Squid Game. Melintas di Tiktok budak budak remaja buat ulasan cakap drama ni best giler.

Jika ada nak tonton Bersama keluarga, filem ini tak sesuai untuk remaja dan anak kecil sebab ada babak lucah dan ganas.

Ni abang petik laporan dari imdb Parent Guid, Sex & Nudity: Moderate.

https://www.imdb.com/title/tt10919420/parentalguide?ref_=tt_stry_pg

Katanya, episode awal ada babak lelaki dan Wanita berpakaian dalam sahaja sewaktu dihumbang dari van. Bukan babak seks cuma berpakaian dalam.

Pada episod empat, ada watak berzina dalam tandas, kedua mereka bertelanjang, dan dada Wanita itu kelihatan tapi Gerakan kamera adalah pantas.

Dua episode akhir, ada babak Wanita bertelanjang menjadi patung yang diwarnakan.

Hujung episod juga babak lelaki kaya bertelanjang bulat suruh sesorang buat oral sex. Lelaki itu dari arah belakang maka paparan jelas bertelanjang.

Okey, itu sahajalah laporan yang ada babak lucah dalam drama itu, saya hanya translate ke Bahasa melayu nak bagitahu, risiko jika menonton Bersama anak bini.

Oleh sebab filem ini ada babak VIP bertopeng haiwan.. dan pemain game adalah kaki hutang tak bayar.. maka pemain telah dijadikan binatang ternak kerana dunia hanyalah taman permainan bagi yang mahu sia siakan hidup...

Petik sikit ayat al Quran dari surah Al An'am (Binatang ternakan) berbunyi..

"Dan kehidupan dunia ini hanyalah permainan dan senda gurau. Sedangkan negeri akhirat itu, sungguh lebih baik bagi orang-orang yang bertakwa. Tidakkah kamu mengerti?"

Maka janganlah jadikan dunia tempat bermian sahaja, jadikan dunia ladang akhirat.

Sekian ulasan saya yang berunsur Parents Guide.

Woha!

Oct 5, 2021

Ayah akhir zaman?


 

Jam sekarang 12 malam. Ke empat-empat telefon anak kini ada dalam bilik saya.

Pintu bilik saya kunci.

Memang saya akan 'rampas' semua telefon anak menjelang malam.

Sebelum ni ada install famili link tapi anak pandai hack dan kadang guna alasan email berbeza waktu tugasan sekolah.

Maka kembali cara kuno. Rampas!

Kalau tak rampas.. nanti ada yang sibuk main game lah. Tik Tok lah. IG lah.. lepas tu nak kejut solat subuh semua liat sampai tahap kena simbah dengan air.

Adohai..

Teringat Pesan Allah pada semua parent..

“Jagalah dirimu dan ahli keluargamu daripada api neraka.” (Surah at-Tahrim, ayat 6).

Maka Untuk didik anak akhir zaman.. Doakan saya berjaya jadi bapa misali guys.

Sila kagum dari jauh!

Woha!

40 Teka Teki islamik?

Cuba jawab jika handal.



Part1

1. Solat apa niat lain? Solat lain?

2. Ibadat apa sorang sahaja boleh buat dalam dunia?

3. Ada Panjang, Pendek, Basah, dan kering, Semua Allah suka, Apa tu?

4. Solat apa ada empat kali bacaan Tahiyyat?

5. Pintu apa bila tertutup tiada siapa boleh buka?

6. Waktu kecik hitam, bila besar putih? Apa tu?

7. Dalam banyak banyak malaikat, malaikat apa belum buat kerja?

8. Apakah dia? Mati tapi hidup? Hidup Tapi mati?

9. Apakah yang paling dekat?

10. Binatang apa gelaran untuk waktu lewat solat?

Tahniah, jika dapat jawapan tepat, untuk semak jawapan, sila klik

(Tik tok) tiktok.com/@hamkakeretamayat

(Youtube) https://youtu.be/3l45q5wdz9o

Woha!

Part 2

11. Seorang hamba, dilahirkan di penjara, dan di jatuhkan hukuman mati, siapakan dia?

12. Kereta apa yang sentiada ada ruang untuk kita naik?

13. Apakah yang paling jauh?

14. Subuh tiada, Zohor tiada, Asar ada dua, Magrib ada satu, Isyak ada satu, Apakah itu?

15. Apakah bahan yang boleh padamkan api yang sangat besar?

16. Saya bewarna putih, suka lepak di masjid, tapi ramai orang tak suka saya, siapa saya?

17. Kenapa orang tua tak masuk syurga?

18. Dekat mayat Wanita ada empat, dekat mayat lelaki ada tiga, apakah itu?

19. Tayamun adalah ibadat waktu tiada air ganti tanah, ada ibadat perlukan tanah tapi bila tiada gantikan air, apakah nama ibadat itu?

20. Pagi berkaki empat, tengah hari berkaki dua, senja berkaki tiga, apakah nama makhluk ini?

Tahniah, jika dapat jawapan tepat, untuk semak jawapan, sila klik

Semak jawapan: https://youtu.be/zuJd6cnXnk4

Part 3

21. Renjis beras pada pengantin dikatakan haram sebab membazir dan bidaah, tapi Bilakah renjis beras pada pengantin dapat pahala?

22. Di zaman Nabi muncul makhluk yang mana Kepala ada tiga, kaki ada sepuluh, ekor ada dua,, makhluk apa tu?

23. Si Pembuat tidak mahu, Si pembeli tidak pakai, Si pemakai tidak tahu, Apakah itu?

24. Siapa lelaki terkacak dalam dunia ini?

25. Naik empat kaki, turun tiga kaki? Mahkluk apa tu?

26. Biasa solat subuh ada empat sujud, Bilakah solat subuh ada tujuh sujud?

27. Kenapa unta dekat padang pasir makan kektus tapi unta dekat Madinah makan kurma, kenapa?

28. Kepala di perut, tangan di perut kaki di perut? Apa tu?

29. Kenderaan Transformers belum pernah menyamar? Agak agak?

30. Berat macam gunung Tapi bagi dia ringan macam Lalat.. Siapa dia?

Tahniah, jika dapat jawapan tepat,

Nak semak jawapan, klik sini: https://youtu.be/iuHo0JZHmB8

Part 4

31. Dalam banyak banyak Pelawat, Pelawat mana paling kita terkejut jika mereka datang melawat? Polis? LHDN? Menteri?

32. Lima tolak satu tapi kosong, Apa tu?

33. Tak elok, tapi bagus di telan? Apa tu?

34. Waktu hidup orang menyanyi, Waktu mati orang tepuk tangan, Apa tu?

35. Sangat pahit tapi bagus ditelan, Apa tu?

36. Kenapa ada orang muda islam yang bertongkat?

37. Bagi pada orang tapi kena pegang, tak boleh lepas, tapi dah bagi, Apa tu?

38. Berapa umur ahli Syurga? Lelaki?

39. Bumi mana tak ditimpa hujan, Zaman Nabi mana?

40. Ulat dalam batupun hidup? Zaman Nabi mana?

Jawapan ada dalam video: https://youtu.be/Kug2zUQDR6c

Woha!

Ps: Jemput follow Youtube dan Tiktok Keretamayat yer.

(Tik tok) tiktok.com/@hamkakeretamayat

Vaksin dan Scandal?

‘Abang keretamayat, kenapa ada orang cucuk vaksin tapi masih terkena covid dan mati?”

Adohai, mati di tangan Tuhan dik, bukan di tangan Covid, sungguh Allah kuasa dan makhluk langsung tiada kuasa, inilah bukti yang kita semua dambakan bahawa vaksin hanyalah sejenik makhluk yang mana kita guna pakai sebagai ikhtiar sahaja, selebihnya kita tawakal kepada Allah macam tentera pakai baju besi waktu perang, jika mati tetap mati tapi peratus tentera pakai baju besi yang mati adalah kecil jumlahnya berbanding orang tak pakai baju besi dan mati..

“Saya tak faham contoh baju besi dan vaksin sebab baju besi tu luaran, sedangkan vaksin ni dalaman, ada contoh lain tak?”

Hmmm, nak contoh dalaman? Bailah, jika susah nak paham analogi baju besi ni sebat bersifat luaran maka abang mayat terpaksa guna contoh lain yang agak deep…

Beginilah, cuba anggap Vaksin ni acah acah skandal nak rampas laki orang, Antibody pulak macam bini yang ada memory pasangan curang, maka memang teruklah “skandal vaksin” tu kena lenjang dengan bini si suami tadi.

Maka serik sudah encik Laki nak ada skandal lagi yang mana jika ada skandal lagi, dari pengalaman kantoi dulu, memang tak beranilah mana mana perempuan nak rampas suami orang yang ada pengalaman kantoikan skandal.

Tapi dalam keadaan bini garang, laki takut bini, pun masih ada kisah pasangan curang watu PKP.

Bermakna dalam hidup rumah tangga, kita dah buat macam macam kaedah pencenggahan agar pasangan tak curang, tapi di celah celah kehidupan, tetap ada kisah pasangan yang curang kerana semua ini masalah dalaman.

Nampak tak? Ini dah habis deep dah ni,,

Akhir kata, Semoga Allah selamatkan kita dari hidup Bersama pasangan yang curang sampai bila bila.

Amin.