Parti Politik berpecah lagi, Maka akan muncul Parti baru dengan Janji-janji baru.
Apapun janji orang politik, kita rakyat buat relex sudah..
Sebab janji politik ni korang tolonglah janganlah percaya
sangat.
Ingat tak Malaysia zaman UMNO memerintah dulu?
Masa tu Negara berada di kemuncak ekonomi, perubatan tip
top, rakyat ramai yang senang, pelancong berbondong bondong, warga asing datang
sebagai tenaga buruh, rakyat jual apapun laku. Pergi oversea mana mana negara
jumpa rakyat Malaysia melancong.. Penjawat awam mewah dengan pelbagai
kemudahan. Rujuk drama melayu zaman tu pukul 7 petang mesti ada kisah cinta
anak Datuk kaya bisnes 39 billion bersama pekerja 250 ribu orang, zaman UMNO
lah tu.
Tapi Umno tak perfect, ada orang melayu tak suka, orang PAS
tak suka sebab Umno tak islamik, lalu bergabung dengan DAP, PKR juga tak suka
UMNO sebab benci Tun Mahadir, dan bila Tun keluar UMNO bergabung dengan PKR dan
DAP membentuk parti baru Bersatu, lalu muncullah JANJI POLITIK, MANEFESTO
bagai, nak hapuskan tol, nak naikkan Brim, nak bagi PTPTN free, nak naikkan
gaji, nak itu ini, dan paling terkesan saya masa tu, kerajaan janji nak
turunkan harga kereta.
Maklumlah, kereta kancil saya sedang rosak sebelum PRU, maka
teringin nak tukar baru. Tapi semua orang nasihat jangan beli sekarang, tunggu
lepas pilihan raya, sebab pembakang dah janji nak turunkan harga jika menang,
kerajaan pun sama janji nak turunkan harga kereta, masing masing dah tulis
dalam manifesto.
Saya toleh kiri kanan,selmaba iklan nak jual kereta dalam FB, ada orang nak
beli RM6k, terus jual dan beli kereta Axia baru.
Eh? Kenapa kami beli jugak, walau waktu itu geng PH dan BN
kata saya bodoh sebab tak tunggu Janji Politik.
Ehem ehem! Sebab saya dah terdesak nak pakai kereta, lagipun
kami memang tak percaya janji orang politik.
Maka pendek cerita, akhirnya Umno kalah. Dalam hati.. alamak,
rugi ke beli kereta waktu PRU?, jap lagi harga turun, macam mana?
Terus buka media sosial.. perghhh, ramai penyokong Pakatan
Harapan update status konon udara dah makin segar, suasana nyaman dan terasa
bersemangat seolah-olah Malaysia baru Merdeka.
Malaysia baru merdeka masa tu katanya? Adohai..
Siap pakai slogan Malaysia Baru yang entah apa maksudnya?,
yang mana tak sampai dua tahun, kerajaan
baru Bersatu, DAP, PKR dan lain parti memerintah Malaysia tapi rakyat tiba tiba
ramai mengaku menderita, ekonomi jatuh, orang hilang kerja, mahkamah yang tak
adil, kes pukul ahli bomba tak selesai, dan lain lain, maka tak sampai
sepenggal, hanya dua tahun, Pakatah Harapan tumbang bila Muhyidin dari Bersatu
buat Pakatan Nasional, gabungan dengan UMNO, PAS, MCA, MIC, dan lain lain
parti.
Alkisahnya, Bila PN rampas kuasa dari PH, Masa tu penyokong
PH yang baru alami perasaan merdeka Malaysia baru terus membisu bab politik,
wall mereka sibuk post tentang kucing, memancing, resepi masakan, jual barang
online dan gosip artis. Jika ditanya
tentang parti kegemaran mereka, terus ayat klise muncul…
”Tak minat politik. Semua parti sama jee” (woha!)
Akhirnya semua tahu, tol tak mansuh, PTPTN tak free, gaji
tak naik, Brim makin kurang, ekonomi jatuh menjunam dan kereta turun harga
mendadak takde berlaku pun, namun andai kata jika benar lepas PRU akan datang
kereta turun harga.
Saya beli lagi sebijik!
Woha!
Ps: Kejayaan hidup tak di ukur melalui berapa mahalnya
kereta kita, tapi diukur melalui kebebasan kewangan serta kemampuan untuk pergi
ke mana-mana distinasi yang terindah bersama orang yang kita sayang lalu
mencipta kenangan yang hangat. Semoga Woha sampai syurga!
No comments:
Post a Comment