Sebuah karangan merepek- entry ini hanya boleh di baca oleh orang yang betul-betul free SAHAJA-yang betul-betul tadak kerja!-harap maklum
----------
Dalam keghairahan korang menyambut raya enam, makan ketupat sana sini, beli lemang beli rendang, makan kuih, basuh langsir, tak terfikirkah korang akan adik adik kita yang nak ambik SPM tak lama nanti ?, kesian diorang…takde orang nak teman study..
Oleh yang demikian aku yang prihatin terhadap isu isu semasa dalam Malaysia kita ini, akan menolong adik-adik yang nak ambik SPM dalam pelajaran yang paling payah sekali dan selalu berubah-rubah formatnya serta sentiasa bertambah perkataan-perkataan baru, sentiasa memeningkan menteri menteri bukan melayu dalam pengunaan tata bahasa, silap haribulan , jika gagal subjek BM ni, alamak kena halau dari duduk Malaysialer gamaknya, kena pergi duduk Pnom Pheh tu…relax adik-adik, jangan panic, abang tolong setakat yang mampu.
Untuk pengetahuan adik-adik, abang masa SPM dulu Pendidikan islam dapat A, Sains dapat A, tapi bahasa malaysia dapat pangkat '7', tapi lepas tu baru abang ambik BM julai dan dapat "5"..., kira ok apa, he he he...
Ok, kita teruskan kelas kita, Dalam Bahasa Malaysia, ada bebarapa kemahiran yang perlu di kuasai, antaranya sajak, pantun, gurindam, syair dan yang paling susah adalah karangan yang tidak boleh melebihi 360 patah perkataan.
Kita pergi bab pantun dahulu, supaya adik adik kita yang gagal SPM nanti boleh belajar pantun untuk meminang, tapi abang tak nak ajar pantun untuk merisik atau meminang, naik skheih nanti..
Sebenarnta bila bercerita tentang pantun, abang dah tulis dah dulu dalam kotak komen, jadi abang copy/paste sahaja:
BAGAIMAN BERPANTUN YG BETUL
Untuk membuat pantun yang baik , setiap pantun mestilah mempunyai pembayang yang ada kaitan dengan maksud dan hujungnya mestilah berakhir dengan huruf yang sama.
Contoh pantun yang baik di mana maksud dan pembayang adalah selari dan berakhir dengan huruf yang sama:
Cth:
BUDAK-BUDAK PERGI SEKOLAH,
PERGI SEKOLAH NAIK BAS SEKOLAH,
BUDAK-BUDAK BALIK SEKOLAH
BALIK SEKOLAH NAIK BAS SEKOLAH
Inilah pantun yang baik kerana tak perlu susah2 org lain nak menjawab.he he he
Contoh pantun yang salah dimana maksud dan pembayang tiada kaitan dan huruf yang berakhir tidak sama:
MENANAM MAYAT DI TENGAH BANDAR
BANDAR CANTIK INDAH MENAWAN
KALAU TUAN ORANG YANG PANDAI
HABIS MADU SEPAH DI BUANG
Pantun ini akan membuatkan orang ramai dan pihak ketiga tidak faham adakah ianya berbentuk soalan atau keluhan dan adakah perlu dijawab atau di biarkan begitu sahaja..oh
-----------
BAGAIMANA MENJADI PENG-SAJAK YANG BAIK
Untuk sajak pula, mestilah mempunyai bahasa yang ringkas dan ada sedikit jalan cerita..
Contoh sajak..juga abang copy/paste
AKU YANG TIDAK BERUBAH
(baca sambil berdiri dan memegang tongkat imam berkhutbah, sesuai di baca di halaman surau)
Aku berjumpa sahabat lama…Dia dah berubah
Tak munasabah
Sungguh banyak dia berubah…
Aku bertanya kenapa berubah?
Dari ‘ahli surau’ kepada kehidupan manusia biasa?
Dia menjelaskanbahawa dia telah melihat banyak keburukkan “ahli surau”
Jarang bersama anak bini…Cakap benda sama.
Abaikan dunia…Pakaian macam org arab
Rasa diri bagus…Perasan sibuk
Suka bersembang…Tak ada masa depan…
Membazir harta org ramai(masjid)…Buat bising…
Kasihan umat menderita…
Aku kataAku dah 29 tahun memeluk ugama islam
Dalam ugama ini aku jumpa banyak keburukkan orang islam…
Merompak…Berzina…Rasuah…
Membunuh…Sumbang Mahram…Mengedar dadah…
Jerangkong dalam almari...Mengfitnah…
Haruan makan anak...Anjing tersepit yang dilepaskan…
Rogol-bunuh-bakar!
Tapi aku tak tinggalkan ugama islam…
Aku harap kau tidak murtad
Kerana ramai yg murtad bila tengok keburukkan
Juga ramai yang tinggalkan surau bila lihat keburukkan ‘ahli surau’…
Bukankan Allah bagi dua mata?
Satu lihat baik orang
Satu lihat buruk sendiri..
Barulah mata hati akan faham kebenaran….
Itu adalah contoh sajak yang baik dari segi moralnya , tapi yang paling susah bila nak kena buat karangan…, setahu abang Soalan SPM terbahagi kepada dua bahagian dan ada soalan khas yang kena buat karangan yang tidak melebihi 360 patah perkataan.!! mari kita belajar buat karangan.
BAGAIMANA HENDAK MEMBUAT KARANGAN
Berikut adalah soalan ramalan yang abang rasa akan keluar dalam bahagian pertama kertas BM 2006.
Bahagian pertama
Berdasarlah soalan di bawah, pilih satu soalan dan Tulis karangan berdasarkan senario di bawah dengan jumlah perkataan tidak melebihi 360 patah perkataan
Soalan:
1. Tuliskan sebuah karangan ketika anda menempuh lalilatul Qadar dan ceritakan juga pengalaman pengalaman aneh serta misteri di sepanjang malam tersebut.
2. Ceritakan pengalaman anda bermain mercun yang dahsyat sehingga mengorbankan nyawa sebilangan besar penduduk kampung.
3. Berikan pendapat anda tentang budaya hantar kad raya melalui SMS atau email.
4. Bayangkan anda sebagai seorang yang perasan sibuk dengan pelbagai urusan dunia mencari kesenangan dan kemewahan hidup. Hari hari anda bekerja keras untuk melangsaikan pelbagai hutang piutang seperti rumah, tanah, kereta, perabot, kad kreadit, insuran, skim, dobi, bil, dan lain-lain, walaupun sibuk anda masih sempat update lagu popolar, cinema movie dan astro ria, namun demikian, seorang yang sibuk seperti anda memanglah langsung tidak balik kampung kecuali di atas urusan-urusan penting seperti pembahagian harta pusaka misalnya, oleh kerana Hari Raya adalah penting bagi seorang seperti anda, ceritakan pengalaman anda balik beraya di kampung
(semua karangan adalah tidak melebihi 360 patah perkataan)
----------
Contoh jawapan dari aku, aku cuba jawab soalan yang no 4 kerana macam ada kena mengena dengan pengalaman:(..oh)
Nota: tulisan yang berwarna merah adalah jawapan yang salah, bermakna jangan tulis jawapan seperti tulisan merah jika tak nak duduk Pnom Pheh.
Contoh jawapan No 4:
Terima kasih kepada pemeriksa soalan kerana sudi baca jawapan karangan saya, saya rasa sungguh terharu kerana selama ini saya dah banyak menulis karangan saya di blog , tapi tak de orang yang nak baca, oleh kerana tuan pemeriksa sudah di wajibkan membaca karangan saya, maka saya akan mencuba sedaya upaya berserta seluruh jiwa dan raga untuk menulis tidak lebih daripada 360 patah perkataan.. Saya berharap mood pemeriksa ketika membaca karangan saya berada dalam keadaan yang baik untuk memudahkan tuan pemeriksa dalam pembahagian markah kepada saya nanti…
Pada suatu hari, saya dan isteri tercinta telah membuat keputusan untuk pulang beraya di rumah mak saya di Terengganu, sebagai isteri yang solehah, isteri saya yang tercinta itu menurut sahaja tanpa membantah. Ingin menjadi sehebat Siti Fatimah r.a katanya,
Sebelum bertolak kami sekeluarga buat solat hajat terlebih dahulu kerana siapalah kami tanpa pertolongan Allah. Kemudian saya buat ziarah pantas kepada anak-anak jiran dengan membawa sifat dermawan lalu dengan ikhlas menghulurkan duit raya seringgit dua, bukan apa, ada hadith bagitahu sekiranya kita bersedekah sebelum memulakan perjalanan, maka Allah akan hantar malaikat menamani kita di perjalanan.
Keluar dari rumah, sebagai orang islam yang peka, saya membaca doa keluar rumah yang di ajar oleh seorang ustaz, kalimahnya bermaksud:
“Dengan Nama Allah, aku bertawakkal kepada Allah, tidak ada daya dan upaya kecuali pada Allah”
Dalam kereta , saya sebagai amir(ketua) perjalanan telah memastikan agar sang isteri telah membawa semua peralatan yang cukup, seperti air mineral, air bateri, botol minyak hitam, tasbih, cermin mata hitam, tool box, kaset ceramah, kaset mengaji, keset nashid, kaset lagu XPDC, cromok-forever in time, kased fadhilah kamsah, zikir munajat . bla bla bla
(korang boleh tulis banyak lagi, ini adalah satu tektik jika korang rasa takde idea untuk mengcukupkan 360 patah perkataan)
Selepas itu kami beramai ramai (bersama anak-anak) membaca doa naik kenderaan dan membaca 3 kali ayat kursi sambil senyum mendongak ke langit, kenapa kami senyum ke langit? Silalah rujuk ustaz…atau kertas jawapan subjek ugama., saya takut kalau nak terangkan bab ni terlebih 360 patah perkataan..oh!
Maksud/makna Doa memulai perjalanan.
“Maha suci Allah, yang telah memudahkan bagi kami, padahal tidaklah mampu kami menguruskan, Dan sesungguhnya, kami akan kembali kepada Allah.”
Kamipun bertolak dengan beberapa doa lagi , kami bertolak pada waktu pagi hari kerana nak mengikut sunnah Nabi Muhamad SAW yang suka memulakan perjalan pada pagi hari dan paling baik hari khamis, (saya perasan baik) dan jika anda nak tahu, ada beberapa waktu yang makruh kita bersafar seperti hari jummat iaitu sebelum azan jummat, dan haram bertolak pada hari jumma'at sejurus selepas azan jummat. (Solat jumma’at dululah bang!)
Dalam perjalanan balik berhari raya kami sekeluarga telah banyak berjumpa dan menimba pengalaman yang enak-enak seperti melihat dengan mata kasar akan begitu banyak sekali penduduk di Malaysia yang menetapa /tinggal di kampung yang telah berjaya, takrif kampung yang berjaya adalah kampung yang mempunyai beberapa buah jentera, juga kereta proton saga dan tak lupa akan sawah padi yang menguning…
Lagu latar
kampungku sudah berjaya pembangunan sekeliling
ada jentera ada kereta proton saga . . sawah padi menguning
Dalam perjalanan, kami banyak ternampak masjid lalu sebagai Super born muslimim, maka kami akan berselawat dan sekiranya kami berhenti di masjid untuk buang air besar atau air kecil, kami tidak blah begitu sahaja, nampak macam masjid jadi tempat singgah berak pulak, lalu kami sebagai menghormati masjid, kami akan solat shukur 2 rakka'at bershukur pada Allah yang telah bagi kami nikmat buang air.
Di pendekkan cerita, Setelah agak lama memandu, anak-anak dan isteri telah tertidur di buai oleh zikir munajat dari kaset, saya dengan tabahnya memandu walaupun berada dalam keadaan sangat mengantuk.
Saya pun membukak radio dan meng-update lagu lagu pololar dan lagu2 raya..,
Oleh kerana masih mengantuk, sayapun bukak kaset lagu Cromok forever in time, layan solo Karl…tapi masih mengatuk jugak, lalu tutup kaset dan menyanyi sendiri sebuah lagu raya yang bukan versi asal:
Lagu raya versi baru(bukan idea aku sepenuhnya)
Selamat hari raya
kpd suami dan juga isteri..
setahun hanya sekali...
menghabiskan duit beli itu ini.
di masa bulan ramdan
kita selalu tunggu anak bulan
pabila syawal menjelang
kita raya lebih2 dari org
Sungguh hebat pemandangan di pagi raya ini
tua muda makan tak henti2
ku bermohon semoga panjang umur, murah rezeki
kerana aku cinta dunia takut mati..
Dam dam dum macam mercun
pinggang mangkuk terbang berduyung duyung
jiranpun tumpang menontong
sungguh meriah hari raya ini tahun...
mintak boss bonus setahun
isteri mintak hendak bayar hutang along
Selamat hari raya....!!
(aku tak tahu apa reaksi pemeriksa soalan korang jika lampirkan lagu untuk memenuhi kouta 360 patah perkataan-, aku rasa baik korang tak payah taruk lagu jika korang tak nak duduk Pnom Pheh!!!)-sambung balik
----------
Oleh kerana saya masih mengantuk, Sayapun mengejutkan isteri saya dan ajak dia membuat sebarang aktiviti yang boleh menyegarkan mata. maklumlah bulan puasa, nak minum atau nak bermesra antara pusat dan lutut, tak bolehlah pula..oh!
Saya bertanya keadaan isteri saya: awak nak dengar cerita tak tentang pengalaman pertama kali abang melihat kemaluan wanita dewasa?
Tapi isteri saya yang nak jadi sehebat siti Fatimah r.a telah enggan memuaskan nafsu lawak lucah saya, lalu untuk mengelakan mengantuk, kami pun bersetuju untuk menyanyikan lagu lagu duet hari raya, seperti halaman Asmara (Awie, ziana), Seloka Hari Raya (Uji Rashid & Hail Amir)
Tiba tiba kami tiba di jalan yang mengdaki, selaku suami yang beriman saya mula bertazkirah pada isteri:
Saya kata: Sunnah Nabi bila naik bukit(jalan yang mengdaki) kena baca “Allah huakbar”
Isteri kata: oh begitu..
Kemudian kami pun turun bukit dan saya terus bertazkirah…
Saya kata: bila turun bukit kena baca “SubhanAllah”
Isteri kata : oh begitu..
Kemudian jalan mulai rata dan selesa, berkat kerja Jabatan kerja raya dan saya sacara langsung terus menerus menyampaikan imu di dada
Saya kata: Kalau jalan rata sunnah Nabi baca “Alhamdulillah”
Isteri kata : oh begitu..
Sampai kat Mercang terengganu kami banyak melalui jalan yang berselekoh, lalu dengan selamba isteri saya bertanya: “doa selekoh tak de ke bang?”..
Eh, engkau ni buat lawak lah pulak..nah ini di doa selekoh “BEST LAP!!!”
Isteri saya mulai cuak dengan teknik ‘brek menggolongsor’ di jalan selekoh, tiba tiba saya dan isteri saya ternampak tengokorak sedang memegang streng kereta…
Isteri: Abang nampak tak ? skull ngan stereng tu, kawasan kemalangan ni, bawak slow sikit..
Saya kata: apa pulak, skull ngan stereng tu bermaksud kawasan ni kawasan berhantu, kena bawak laju laju (sempat juga saya buat lawak walaupun dah mengantuk)
Isteri: salah tu bang, itu bermaksud semua orang akan berpeluang naik kereta mayat! Anda tidak mampu mengubahnya,!!!, lagi satu, saman had laju tak boleh di kompaun!!!
Saya sebagai pengguna jalan raya yang prihatin dengan jumlah pendapatan, mulai membawa kereta dengan had laju kebangsaan…
Kemudian jalan mulai jam, kenderaan mulai merangkak-rangkak dan bergerak perlahan..ada orang kemalangan rupanya, ada yang jadi mayat…tapi saya tak akan tulis mengenai karangan kemalangan ini kerana tidak kena mengena dengan soalan, saya akan tulis karangan tentang kemalangan pada soalan repeat paper tahun depan. Itupun jika ada soalan karangan tentang kemalangan.-sambung balik.
-----------
Isteri saya seorang pembeli orangnya, dalam perjalan ke kampung saya kami telah singgah di kemaman beli lemang, singgah di kerteh beli McDonald's drive-thru, singgah di Paka beli mercun, singgah di dungun beli kad prepaid, singgah di merchang beli jagung, singgah di marang beli air nira, singgah di rusila beli satay, singgah di chendering beli rempah nasi dagang dan keropok, huh nasib baik rumah saya sebelum sampai pusat Bandar kuala terengganu, jika tak tentu singgah beli kain batik dan barangan tembaga kat kedai payang!!
Sebagai meredakan nafsu membeli sang isteri, saya mulai bertazkirah.
Saya: Nak masuk shurga tak?
Isteri: nak!
Saya: Ahli shurga adalah orang yg sembahyang sepanjang malam dan berpuasa sepanjang tahun.
Isteri: solat sepanjang malam dan berpuasa sepanjang tahun? Biar betul…
Saya: "jika kamu solat isyak dan subuh berjemaah, kamu seolah-olah solat
sepanjang malam, dan jika kamu puasa ramadhan di ikuti 6 hari di bulan
shahwal, kamu seolah2 berpuasa sepanjang tahun."
Isteri: oh, begitu…, nanti lalu kat Kelulut singgah beli air buah ye bang? , rasa nak minum jus kurmalah bang..
Arghhh, nampaknya cerita perjalanan pulang berhari raya terpaksa di hentikan kerana terlalu panjang dan merepek serta sudah melebihi 360 ribu patah perkataan, terima kasih kepada tuan pemeriksa yang sudi menghabiskan baki umur dengan membaca karangan saya, maaf kerana saya telah mengcuri masa anda yang sangat berharga dengan membaca karangan ini, jika anda menghargai baki umur anda, jangan sia-siakan masa yang telah di habiskan dengan membaca karangan ini, luluskanlah saya, saya perlu mendapat kepujian dalam BM untuk megelakkan saya daripada menjadi warganegara Pnom Pehh dan seterusnya mengesahkan jawatan saya di jabatan kerajaan Malaysia.
Sekian, salam sayang. Dan selamat hari raya enam!
Ps: adik adik, selamat menjawab soalan SPM, ada masa bolehlah melawat Pnom Phehh!!
-------------------
DELETED SCANE:
(ini pulak adalah karangan yang aku terpaksa delete kerana karangan tersebut telah melebihi 360 patah perkataan)
Tempat pertama yang kami lewati adalah Bandar kuantan, maka ternampaklah kami akan Kuil hindu, oh..inilah yang di katakan deeparaya, lalu saya menggesa isteri saya membaca doa melihat kuil iaitu:(Error; cannot display arabic world)
Lepas tu ternampak pulak jirat cina lalu membaca doa:
(Error; cannot display arabic world)
Ternampak pulak gereja, lalu baca doa:
(Error; cannot display arabic world)
Ternampak pulak wanita cantik lalu membaca doa terlihat wanita iaitu:
(Error; cannot display arabic world)
Kemudian ternampak pulak kereta orang yang besar dan mewah lalu membaca doa:
(Error; cannot display arabic world)
Lepas tu nampak pulak kediaman orang kapir yang besar dan mewah lalu membaca doa:
(Error; cannot display arabic world)
Apabila setiap kali kami menaiki jambatan, kali akan membaca doa (error; cannot display arabic world) ini sambil berharap dengan Allah agar di selamatkan kami di jambatan akhirat iaitu titian sirat.
Ps: Error; cannot display arabic world = please refer to ustaz, Don't stop before you top, Touch the sky before you drop (corpse)
------
Ps 2: sebelum isteri korang jadi mayat, kepada mereka yang dah berkahwin terutamanya lelaki, jika korang sentiasa inzal sebelum isteri korang inzal, lalu korang biarkan isteri korang tanpa inzal, Baik korang mintak maaf BATIN banyak-banyak!(tak lawak) JANGAN SEKALI2 INZAL TANPA ISTERI INZAL. ITU KEZALIMAN DAN KETIDAKADILAN. kalau dah terlanjur.. mintak maaf batin banyak2 kat isteri..
SELAMAT HARI RAYA ENAM!!!!