Ada orang tanya aku, ISIS ni jahat ke baik? Aku cakap, bila orang islam bunuh orang islam dengan kejam, jahat lah tu.
Nov 24, 2014
Orang islam pun ada yang jahat?.
(Di Tembak Taliban kerana pergi sekolah-Inilah Kisahku)
Ada orang tanya aku, ISIS ni jahat ke baik? Aku cakap, bila orang islam bunuh orang islam dengan kejam, jahat lah tu.
Ada orang tanya aku, ISIS ni jahat ke baik? Aku cakap, bila orang islam bunuh orang islam dengan kejam, jahat lah tu.
Kata si penanya, mungkin ISIS ni tentera yahudi atau tentera
amarika yang menyamar nak burukkan islam? Mana tahu?
Ya lah, jika mat rempit ragut beg tangan nenek kau, dan
seret tengah jalan lalu nenek kau mati, maka mat rempit tu sebenarnya bukan
orang islam, tapi yahudi yang menyamar menjadi mat rempit dengan niat nak burukkan
islam. Mana tahu? Adohai..
Bro, ketahuilah, bukan semua orang islam baik, memang ada
orang islam yang jahat. Dan ini adalah fakta.
Rujuk Al quran dan hadis, ramai jugak orang islam yang masuk
neraka, sebab mereka buat jahat, membunuh sesama islam dengan kejam, hukumnya
masuk neraka, sebab tu dalam Al quran ada ayat dakwah sesama islam.
“Wahai orang-orang yang beriman, berimanlah kepada Allah dan
Rasul-Nya dan kepada kitab yang Allah turunkan kepada Rasul-Nya serta kitab
yang Allah turunkan sebelumnya. Barangsiapa yang kafir kepada Allah,
malaikat-malaikat-Nya, kitab-kitab-Nya, rasul-rasul-Nya, dan hari Kemudian,
Maka Sesungguhnya orang itu telah sesat sejauh-jauhnya. (QS. An Nisa: 136)
Ayat ni dituju kepada orang islam, supaya taat perintah
Allah ikut cara Nabi, kerana orang islam yang jahat, mereka dah tak ikut cara
Nabi, bunuh dengan kejam bukan cara Nabi, dalam perang Nabi pesan jangan bunuh
kanak kanak, sekarang dalam perang sesama islam, boleh pulak seksa sampai mati
budak budak kecik. Adohai.
Kerana ada islam yang tidak baik lah, Maka Allah turunkan
hukum hudud untuk orang islam yang mencuri, berzina, menfitnah, membunuh dan
lain lain.
Jadi kenapa saya perlu jadi bodoh hari ini apabila saya
paksa untuk percaya bahawa SEMUA ORANG ISLAM itu baik, hanya semata semata
untuk menyedapkan sentiment saya.?
Sedangkan hakikat sebenarnya, untuk kita percaya pada
sesuatu perkara, kita perlukan bukti yang kukuh. BUKAN percaya semata-mata
kerana sentimen!
Oleh kerana saya sudah islam dari kecik, dan berketurunan
islam, Maka fantasi kita percaya bahawa semua orang Islam adalah baik-baik
belaka. Orang islam tak buat silap, orang islam tak salah.
Jika ada orang islam yang salah, maka itu semua adalah
konspirasi yahudi, freemasoom dan illimuniti, wah wah wah, meriahnya hidup.
Sekarang banyak bukti sahih yang di rakam dan didokumentasikan
menunjukkan orang Islam yang menjadi pengganas dan membunuh sesama islam, yang
ajak jihad seks, yang seksa budak budak,
rogol dan sebagainya.
Samada saya suka atau tidak, orang Islam yang buat kerja jahat itu. Bukannya saya reka cerita
yang menyedapkan hati: oohh, sebenarnya
yang buat adalah yahudi, atau CIA atau FBI. Orang Islam ni cuma dijadikan
kambing hitam supaya mereka boleh serang negara Islam.
Ini adalah emosi dan sentimen semata-mata. Telan lah realiti
walaupun pahit, wahai saudara Islamku sekalian. Memang akan ada ramai orang
islam yang masuk neraka sehingga Nabi akan guna syafaat untuk bantu orang islam
yang dosa dalam ibadat untuk dibebaskan dari api neraka.
Nak tengok orang islam masuk neraka mungkin tak sempat, tapi
jika korang pergi penjara dan tengok kes jenayah yang tak masuk akal, ada tak
orang islam yang buat?, ada, dan banyak.
So, terimalah hakikat bahawa dalam dunia ini,ada orang islam
yang jahat, dan kewajipan kitalah berdakwah sesama islam untuk mengajak mereka
beriman dengan cara Nabi dan Rasul beriman.
Nak pergi Negara arab nak tengok semua ni mungkin bukti tak
berapa nak jelas, tapi cuba korang rujuk dalam nagara bab politik, rujuk parti
so call islamik misalnya.
Sentimen korang sebagai orang dari parti so calI islamic.
Maka fantasi korang percaya bahawa semua penyokong parti so call islamic adalah
baik-baik belaka. Orang parti so call islamic tak buat silap, Orang parti so
call islamic tak salah.
Jika ada Orang parti so call islamic yang salah, maka itu
semua adalah konspirasi UMNO, freemasoom dan ilmuniti, Orang parti so
call islamic baik baik belaka..
Bila ada gambar atau video penyokong parti so call Islamic buat
maksiat, korang dengan penuh sentimen berkata:
Ini bukan orang PAS, bukan orang DAP, bukan orang PKR, ini
konspirasi UMNO, lagipun video besi tak boleh jadi saksi, kami semua baik baik,
sebab kami dari parti so call islamic.
Bila dah terlalu teruk, korang pun pecat dengan mengatakan:
Ini adalah ejen UMNO yang nak merosakkan parti.
Woha!
Teringat kata seorang ustaz PAS yang pernah di pecat kerana
berbaik dengan UMNO
“bukan semua didalam UMNO itu iblis dan bukan semua didalam
PAS itu malaikat.
Woha sekali lagi!
Eh? Orang Umno jangan gelak, sebab bukan semua dalam UMNO
Asobiyah, dalam pembakangpun ada Asobiyah jugak. Adohai..
Moral of the story: terimalah hakikat bahawa dalam dunia
ini, ada orang islam yang jahat, dan kewajipan kitalah berdakwah sesama islam
untuk mengajak mereka beriman dengan cara Nabi dan Rasul beriman.
Korang tahu tak? Di Pakistan, pada tahun 2012, ada tentera Taliban
(baca: tentera islam) yang tahan bas sekolah, lalu dengan senapang di tangan telah
naik bas yang membawa budak budak perempuan, dan mencari pelajar yang bernama
Malala, jika tidak ada yang mengaku, beliau akan tembak semua pelajar dalam bas
itu.
Kemudian berdirilah seorang gadis berusia 15 tahun, mengaku
dirinya Malala, lalu ditembak dikepala dan leher.
Pihak Taliban itu juga bersumpah nak membunuh ayah kepada
Malala.
Kenapa Taliban marah sangat kepada Malala?
Ini adalah kerana Malala menulis kisah bencana di sekolahnya
dalam blog yang boleh di baca oleh semua orang, tajuk karangan Malala pula bukan “banjir
di sekolah saya" macam tugasan kita kat sekolah dulu, tapi kisah "Taliban di sekolah saya", yang mana Malala share kisah betapa susahnya nak pergi sekolah sebab sekatan dari Taliban untuk budak perempuan belajar macam lelaki.
“tak benarkan ke sekolah satu hal, tapi diroboh pula sekolah
apa kejadah?”
Begitulah lebih kurang petikan luahan perasaan Malala di
blognya.
Tapi umur beliau panjang, lepas koma kena tembak, Malala
akhirnya beransur pulih sehinggalah dihantar ke sebuah hospital di United Kingdom
untuk pemulihan intensif dan sembuh sepenuhnya.
Pada 10 October 2014 yang lepas, Malala telah dianugerahkan
Hadiah Nobel Keamanan dan beliau merupakan penerima anugerah Nobel termuda di
dunia, umur baru 17 tahun kot!
Berikut adalah pencapaian Malala sebelum 18 tahun:
• Menang Hadiah Nobel Keamanan
• Berjumpa dengan Presiden Obama
• Wujudnya Yayasan Malala, sebuah pertubuhan global memberi
tumpuan kepada membantu kanak-kanak perempuan ke sekolah di seluruh dunia.
• menulis buku yang berjudul: I Am Malala: The Story of the
Girl Who Stood Up for Education and was Shot by the Taliban.
• Dalam sejarah dunia, sudah ada “Malala Day”
• Berjumpa dengan Queen Elizabeth
• Disenaraikan "100 Orang Paling Berpengaruh Di
Dunia".
• Mahir berbahasa Pashto, Urdu, dan Inggeris.
• Selena Gomez pernah tukar avatar Facebook beliau dengan
emej Malala.
• Memberi ucapan di PBB
• Berjumpa dengan Justin Bieber (serius)
Eh? Kenapa aku sibuk cerita kisah Malala kat blog? Sebab Malala
mewakili orang islam yang baik, manakala Taliban yang tembak Malala mewakili
orang islam yang jahat, so, : terimalah hakikat bahawa dalam dunia ini, ada
orang islam yang jahat dan ada orang islam yang baik, dan kewajipan kitalah
berdakwah sesama islam untuk mengajak mereka beriman dengan cara Nabi dan Rasul
beriman. Insya-Allah.
Ps: Bab Jumpa Justin Bieber tu bukan pencapaian Malala
sebenarnya, tapi merupakan pencapaian terbesar dalam karier seumur hidup Justin
Bieber, harap peminat Bieber sekalian take note sebab ini agak deep- Woha!
Nov 8, 2014
Jemaah Tabligh, jawapan dari ustaz hak?
(Ramai ustaz yang kritik dan kutuk tabligh, tapi ada juga
yang puji dan sokong, kali ni aku copy paste ulasan tentang tabligh oleh ustaz
yang belajar agama dengan sanad sampai Rasulullah SAW, di tulis oleh Ustaz Ibnu
Batoota)
Kali ni saya nak cakap sikit pasal jemaah dakwah paling
besar dalam dunia ni. Bukan bias kepada mana-mana jemaah atau firqah, tapi
itulah hakikatnya, kalau kalian datang sendiri ke sini, secara automatik kalian
menjadi "Tabligh" kerana usaha dakwah ini terlampau umum sehingga
menjadi aktiviti tetap setiap masjid di Afrika Selatan. Kiranya kalau kat
Malaysia ni macam majlis baca yasin malam jumaat, tahlil, berzanji, dan
lain-lain tu menjadi umum pada masyarakat, begitu juga aktiviti tabligh di sini
dilakukan oleh semua umat Islam, dari imam, bilal, tok siak, budak-budak,
bisnesman, doktor, student sampailah ke gengster-gengster.
Selepas kedatangan
jemaah Tabligh, kadar jenayah di seluruh Afrika menurun mendadak (kerana
mafia-mafia ramai bertaubat) menyebabkan kerajaan berikan penghormatan yang
sangat tinggi kepada golongan tabligh untuk menguruskan semua urusan umat Islam
di sini.(sama seperti di Malaysia, kerajaan berikan penghormatan tinggi kepada
golongan tabligh atas jasa mereka menurunkan kadar jenayah negara dan menjadi
asbab bertaubatnya ramai mat pit, mat rempit, gengster, artis-artis seperti
iwan dangdut,dr.sam saya anak malaysia, pierre andre dan entah artis mana lagi.
Jika kalian berkunjung ke kuala lumpur, cuba lah datang ke markaz tabligh
malaysia di masjid jamek sri petaling, disana kalian akan temui semua golongan
yang saya maksudkan, dari mat pit, pembunuh bersiri, perogol bersiri, perompak,
drug dealers semuanya ada).
Semua masjid yang ingin dibina mestilah melalui persatuan
ulama dan persatuan muslim yang semua ahlinya merupakan orang tabligh.
Jadi kalau saya tak sebut tentang tabligh dalam cerita
saya,itu merupakan satu penutupan fakta yang terang, umpama saya menutup mata
di siang hari sambil berkata : "malam yang sangat indah".
So jangan salah anggap saya ni cenderung pada mana-mana
jemaah atau kutip komisen daripada mana-mana jemaah. Kalau tak percaya,
datanglah sendiri ke Afrika Selatan dan kalian akan dapati di setiap masjid
punya papan kenyataan akan ada tertulis aktiviti-aktiviti tetap setiap masjid
di seluruh negara dan semua aktiviti itu merupakan aktiviti tabligh yang merupakan
sunnah nabi.
Dalam masa yang sama juga berbelas-belas guru Talaqqi saya
merupakan aktivis tegar tabligh dan tareqat. Walaupun saya lebih cenderung
kepada aktiviti tareqat dan habiskan masa dengan majlis tareqat bersama syaikh
saya, tetapi tidak dapat tidak saya kadang-kadang akan berada juga di dalam
majlis tabligh kerana ia terlampaulah umum.
Rata-rata muslim disini telah keluar berdakwah 4 bulan di
india,pakistan,bangladesh yang mereka sebut sebagai IPB seawal umur 15-17
tahun. Kebanyakan mereka yang berumur linkungan 18-25 pula telah pun berdakwah
selama 4 bulan secara jalan kaki yang mereka namakan sebagai jemaah pedal. Yang
berumur linkungan 20-30 pula, pasport mereka telah pun penuh dengan cop visa
seluruh dunia kerana berdakwah di negara luar selama 4 bulan.
Setiap tahun,dinegara ini mereka akan berkumpul yang mereka
namakan sebagai "ijtimak". Puluhan ribu akan berkumpul selama 3 hari
untuk mendengarkan pelbagai nasihat daripada ulama Ahlu Sunnah Wal Jamaah dari
seluruh dunia. Beberapa minggu lepas, mereka adakan "ijtimak old
workers" iaitu perhimpunan pendakwah senior di Madrasah saya yang hanya
dihadiri oleh ahli tabligh veteran yang berpengalaman sekurang-kurangnya
berdakwah selama 4 bulan. Untuk acara tahunan tabligh sedunia pula, jutaan mereka
akan berkumpul di Bangladesh dan mendapat rekod dunia, iaitu perhimpunan
tahunan manusia paling besar di dunia selepas perhimpunan Haji. Dan yang
menakjubkan, mereka semua berkumpul setiap tahun tanpa miss setahun pun dan
perhimpunan mereka berlaku tanpa diiklankan di media seperti TV,radio,surat
khabar,kain rentang, poster-poster di tiang letrik, internet dan lain-lain
media. Tiba-tiba je dah berkumpul berjuta-juta di Bangladesh untuk mendengar
nasihat para ulama sedunia. Semua iklan perhimpunan hanya dibuat dengan
penyebaran mulut sahaja persis seperti di zaman Rasulullah. Saf solat mereka
sampai berkilo-kilo meter panjangnya kerana manusia yang terlampau ramai.
Rata-rata mereka mempunyai akhlak yang superb dan hati
mereka umpama air, mudah menangis dan penuh kerisauan akan umat manusia
sedunia. Mengikut cerita penduduk tempatan, banyak mafia-mafia dan kongsi gelap
hebat di Afrika dibubarkan secara sendiri kerana ahli-ahlinya telah bertaubat
kerana menjadi tabligh. Jemaah dakwah ini mempunyai kekuatan dakwah yang sangat
hebat kerana selain daripada menziarahi rumah-rumah orang Islam, mereka juga
masuk ke disko-disko, pub, kelab malam, rumah pelacuran, sarang dadah,
lorong-lorong yang dipenuhi pondan dan sebagainya untuk mereka dakwah. Walaupun
ada yang berfikiran dangkal dan mempunyai kecacatan otak bahawa golongan ini
tidak boleh didekati jika dalam keadaan berpakaian jubah,serban dan lain-lain.
Namun bagi jemaah ini, mereka slumber kering je masuk tempat-tempat tu untuk
berdakwah dan menyebabkan ramai gengster dan samseng dan sampah-sampah di jalan
menjadi permata mulia yang bersinar-sinar di sisi Allah. Oleh sebab itu, bila
saya datang ke markaz tabligh disini, rata-rata mereka walaupun berjubah
berserban, tapi badan mereka dipenuhi tatu-tatu besar kerana itu merupakan
pengenalan mafia mereka. Dalam keadaan tangisan gengster-gengster itu
dikeluarkan dari tempat-tempat kotor itu dan di bawa ke masjid lalu disucikan.
Keadaan ini saya nampak depan mata saya dan bukannya sekali atau dua kali.
Bagi setiap negara, mereka mempunyai prioriti dakwah yang
berbeza, jika disini, lubuk-lubuk gengster merupakan sasaran, kalau di
Malaysia, jemaah ini banyak masuk ke hutan, bukit dan perkampungan orang asli
dimana kawasan itu sangat gersang dengan agama dan ramai pula yang murtad
kerana dimurtadkan oleh golongan missionaries kristian. Mengikut laporan
tabligh Malaysia, JAKIM juga sering berkerjasama dengan tabligh di Malaysia
untuk berdakwah diseluruh tanah air kita terutamanya di kawasan perkampungan
orang asli.
Adalah sangat cacat otak dan pemikiran bagi saya jika saya
nafikan jasa besar jemaah ini, kerana lebih 10 negara yang saya travel, saya
akan jumpa jemaah ini sedang giat melakukan dakwah supaya umat Islam kembali
kepada Allah. Apabila ramai yang bertaubat, mereka akan ajak pula yang lain
untuk turut bertaubat. Maka ini "bisnes" akhirat yang sangat
menguntungkan kerana menjadi sebab orang lain bertaubat atau mendapat petunjuk
Allah merupakan satu aset besar di akhirat kerana walaupun mereka mati, tetapi
buku catatan amalan mereka sentiasa dipenuhi pelbagai catatan amal.
Saya tergerak menyebut tentang jemaah ini adalah kerana
terdapat suara-suara sumbang yang memfitnah jemaah ini dengan tuduhan-tuduhan
aneh serta mengaitkan saya dengan jemaah ini dalam bentuk penghinaan. Adalah
amat memalukan bagi diri saya apabila orang mengaitkan saya dengan jemaah ini
kerana saya langsung tidak layak dikaitkan dengan jemaah ini. Dahlah
orang-orang Tabligh memang dah benci saya(sebab saya selalu hentam diorang
dalam group diorang,hehe), pastu orang lain kaitkan saya pulak dengan jemaah ni
yang menyebabkan orang Tabligh lebih tak suka pada saya kerana mengaitkan saya
dengan jemaah ini akan menyebabkan fitnah kepada jemaah ini.
Mana mungkin saya ini digelar tabligh sebab kalau saya ni tabligh,
tak kan lah saya nak main fb? Itu logik yang pertama. Mengikut guru saya, orang
Tabligh sedunia membahagikan masa menjadi 3 iaitu 8 jam untuk bekerja mencari
nafkah, 8 jam untuk berdakwah kepada masyarakat dengan cara dakwah Nabi(real
life dakwah, bukan maya) dan 8 jam untuk keperluan diri seperti makan,minum
tidur dan masa untuk keluarga. Jadi mereka tidak mungkin ada masa nak main fb.
Yang keduanya, orang-orang Tabligh ni akhlak mereka memang power, boleh nangis
kita dibuatnya. Jadi mana mungkin saya dikaitkan dengan jemaah ini memandangkan
akhlak saya yang sangat buruk dan kasar? Kalau korang kaitkan jugak, orang
Tabligh tetap tak akan mengaku saya ini golongan mereka.
So, semua tuduhan itu just don't make any sense. Tapi saya
tetap suka jemaah ni kerana hormat saya pada guru saya sepertimana Ustaz Azhar
Idrus hormat jemaah ini kerana guru-gurunya (khususnya di Pondok-pondok
Thailand) juga ramai yang Tabligh. Begitu juga sepertimana Tuan Guru Nik Aziz
sangat hormat pada jemaah ini kerana guru-gurunya juga ahli Tabligh yang bukan
Tabligh biasa, tapi tabligh yang memang tegar dan pekat kerana dulu Tok Guru
belajar agama di Darul Uloom Deoband yang merupakan Markaz Ulama Tabligh
Sedunia. Habib Umar di Darul Mustofa juga sangat menghormati jemaah ini kerana
bapanya merupakan ulama pertama di Yaman yang menjadi Tabligh di tanah Yaman.Di
negara Arab, jemaah ini dihormati kerana salah seorang ketua dan juga salah
seorang pengasas jemaah ini ialah Maulana Muhammad Zakariyya Al-khandahlawi
yang merupakan guru hadis kepada Abuyya Maliki (Sayyid Muhammad Alwi Al-Maliki)
yang sangat terkenal sebagai benteng Ahlu Sunnah Wal Jamaah di seluruh dunia
khususnya negara Arab. Apabila Abuyya Maliki menghormati Tabligh kerana gurunya
yang merupakan pengasas bersama jemaah Tabligh, maka murid-muridnya dan
komuniti Arab yang lain juga turut menghormati jemaah ini. Jemaah ini juga
dihormati di tanah Arab kerana pengaruh Maulana Sayyid Hassan Al-Hasani
An-Nadwi di tanah Arab yang sangat hebat dan Maulana An-Nadwi merupakan antara
veteran Tabligh yang terawal dan bersahabat baik dengan pengasas UTAMA jemaah
tabligh ini iaitu Maulana Muhammad Ilyas Al-Khandahlawi (Pakcik kepada Maulana
Zakariyya). Jika di benua Afrika ni, jemaah ini dipandang tinggi dan dihormati
kerana nama ulama-ulama Tabligh seperti Mufti Radhaul Haq, Mufti Menk, Maulana
Sulaiman Molla, Maulana Sulaiman Khatani dan ramai lagi.
Nama-nama institusi Darul Uloom seperti:
-Darul Uloom Deoband, India
-Mazahirul Uloom Saharanpur, India
-Hathazari Madrassah, Bangladesh
-Darul-uloom Nadwatul Ulama, India
-Darul Uloom Karachi, Pakistan
-Jamia Uloom ul Islamia, Pakistan
-Jamiah Darul Uloom Zahedan, Iran
-Darul Uloom London, England
-Darul Uloom New York, United States
-Darul Uloom Canada, Canada
-Madrasah In'aamiyyah, South Africa
-Darul Uloom Zakariyya, South Africa
Merupakan madrasah-madrasah Ahlu Sunnah Wal Jamaah yang
guru-gurunya membawa manhaj Tabligh.
Disebabkan terlampau ramai ulama dalam jemaah ini di seluruh
dunia, jadi pelajar agama tidak dapat lari dari memiliki guru yang bermanhaj
Tabligh. Jadi menghormati jemaah ini kerana guru-guru mereka ahli Tabligh
merupakan sesuatu yang normal bagi pelajar agama di seluruh dunia. Hanya yang
mempunyai kecacatan otak dan kebantutan berfikir je akan cakap bukan-bukan
tentang jemaah ini.
Adapun tidak dinafikan terdapat beberapa ahli tabligh yang
menimbulkan fitnah seperti anak berterabur ke, soal nafkah ke, kebersihan ke,
itu semua tidak sama sekali pernah diajar di dalam jemaah ini tetapi merupakan
keburukan individu itu sendiri, saya sendiri pernah bertanya kepada para ulama
tabligh berkenaan hal ini misalnya saya tanya adakah jemaah tabligh pernah
mengajar ahli mereka supaya menjadi pengotor, tinggalkan anak isteri TANPA
nafkah dan lain-lain? Bahkan para ulama itu menangis bila diajukan soalan ini
kerana mereka berusaha penuh menyuruh semua ahli Tabligh ini agar menjaga
adab,akhlak, kebersihan, dan lain-lain sehinggakan setiap ahli Tabligh yang
mahu berdakwah diwajibkan untuk diinterview oleh ketua-ketua kawasan
masing-masing berkenaan nafkah dan hal berkaitan yang mereka namakan sebagai
proses "Tafakut". Hanya yang mempunyai bekal dan nafkah kepada
keluarga sahaja dibenarkan keluar oleh ketua Tabligh di kawasan masing-masing.
Jadi mereka sendiri tidak tahu apa sebenarnya masalah tabligh yang tak bagi
nafkah tu kerana mereka telah jalankan kerja mereka. Mungkin tabligh tu makan
semua duit nafkah tu untuk dirinya atau lain-lain, itu bukan ajaran Tabligh dan
tidak pernah disuruh oleh mana-mana ulama Tabligh untuk lakukan itu kerana
perbuatan itu haram. Mana mungkin ulama menyuruh umat melakukan perkara haram?
Sama seperti Nabi melarang kita mencuri, tapi jika kita
mencuri jugak, adakah patut kita hina agama Islam dan menuduh agama Islam
sebagai agama pencuri? Hanya orang yang Maha Bodoh atau extremely deadly
freaking MORON sahaja yang akan lakukan itu kerana telah jelas Allah dan Rasul
haramkan mencuri, tiba-tiba umat Islam mencuri, maka itu bukan salah Islam.
Maka sama juga seperti ulama Tabligh yang telah pun bagi panduan yang lengkap
pada ahli Tabligh jika mereka langgar peraturan, maka itu bukan salah jemaah
Tabligh tapi salah individu yang langgar peraturan tu.
Note: Hanya Jauhari Mengenal Manikam.
Jemaah Tabligh episod
2
Seperti yang saya telah khabarkan, saya cerita tentang
jemaah Tabligh ni bukan kerana saya cenderung atau bias kepada mana-mana jemaah
atau firqah, tapi disebabkan cerita-cerita pengalaman saya di Afrika ni berkait
rapat dengan jemaah ni, maka saya terpaksa kenalkan dulu kepada kalian semua
apakah itu jemaah ini kerana saya akan sering menyebutnya dalam kisah-kisah
saya pada masa akan datang.
Hari ni bermula cuti di madrasah dan saya bersama bidadari
dan baby saya keluar makan angin kat bandar Johannesburg. Kami singgah di satu
penempatan yang dikategorikan sebagai kawasan "elit" atau hanya
diduduki oleh orang kaya-raya. Rumah-rumah kat situ memang mewah, kereta mewah,
semuanya boss-boss kilang dan pekerja-pekerja jawatan tinggi. Tempat tu namanya
Ridgeway, kedudukannya terletak di pinggir bandar Johannesburg dan mempunyai
kadar jenayah yang rendah kerana ia dijaga rapi oleh polis (sebab ia tempat
orang kaya).
Apa yang mengejutkan, tempat itu dipenuhi oleh MUSLIM. Ada
sebuah masjid besar kat tengah-tengah penempatan orang kaya tu dan masjid tu
ramai bila 5 waktu solat. Dalam 4-5 saf. Kalau kat Malaysia, jangankan kata
orang kaya, orang miskin pun tak datang masjid sebab orang Melayu-Islam kat
Malaysia ni fikir masjid tu dibina untuk orang Hindu, Kristian, Buddha, sebab
tu diorang tak berani jejak kaki ke masjid (if u know wut I mean). So-called
"pejuang Islam" pun tak datang masjid(kecuali kalau ada ceramah
daripada puak diorang,baru diorang datang).
Kat Malaysia ni, kucing lagi ramai kat masjid daripada
manusia yang mengaku Allah tu tuhan mereka dan Nabi Muhammad tu nabi mereka.
Anyway, kat situ ramai muslim datang ke masjid dan mereka
semua jutawan-jutawan-jutawan, beli semuanya cash-cash-cash. No RiBa at All.
Dan bila saya tanya kat salah sorang ahli jemaah masjid kat situ berapa orang tabligh
dalam masjid ni, dia jawab "semua".
Dia cakap, 35 orang dari masjid ni pernah keluar dakwah
selama 4 bulan di serata dunia. So obviously 35 orang ni akan menjadi
"ahli jemaah tetap" yang mengimarahkan masjid tu. Hampir cecah 100
orang muslim kat situ pernah keluar dakwah 40 hari. Dan yang berpengalaman 3
hari terlampau ramai. Disitu terdapat 300 keluarga Muslim dan semuanya jutawan
kecuali beberapa keluarga (tetapi tetap kaya). Boleh dikatakan semua lelaki di
tempat tu pernah keluar berdakwah paling kurang 3 hari. Sebab tu bila ditanya
berapa orang "tabligh" kat sini dia jawab "semua".
Itu jumlah yang "Allahuakbar" bagi sebuah komuniti
"jutawan". Jutawan mana dalam dunia ni yang pakai jubah dan serban
dan mengimarahkan masjid serta malukan muka mereka untuk berdakwah dari lorong
ke lorong dengan jalan kaki selain mereka?
Ada seorang pakcik tua dari Pulau Fiji datang melawat ke
sini dan bila dia nampak "tabligh" dia akan peluk mereka kuat-kuat
dalam keadaan sebak. So kami tanya dia kenapa dia suka sangat dengan
"tabligh" ni?
Dia cerita, pada tahun 1965, masa tu dia masih remaja. Waktu
itu tidak ada muslim di pulau Fiji kecuali sedikit dan pulau tu juga kecil,
dalam kurang dari 1 juta orang populasi manusia. Muslim yang sedikit tu pulak
datang dari India dan langsung tak tahu apa-apa tentang Islam. Hanya nama
mereka sahaja yang "Islam", tapi mereka tak tahu jawab salam, tak
tahu apa itu solat, puasa, zakat, haji, dan tak tahu mengucap pun. Masjid pun
tak ada. Di pulau tu hanya dipenuhi oleh hindu dan kristian.
Pada suatu hari, tahun yang sama, ada beberapa orang jemaah
Tabligh dari Zambia datang ke situ dengan kapal. Mereka mencari-cari orang
Islam disitu dengan cara memberi salam. Tapi tiada yang jawab. Hampir seluruh
pulau mereka cari muslim tapi tiada. Akhirnya mereka tanya penduduk tempatan
dimana mereka boleh cari muslim. Penduduk jawab "kamilah muslim".
Jemaah tu pun gembira dan bagi salam. Tapi mereka tanya apa
tu "assalamualaikum"?
Jemaah tu terus peluk mereka dengan erat sambil
menangis.(Kerana mereka telah sedar bahawa disitu ramai muslim tapi muslim
disitu sudah terlampau jauh dari Islam)
Jemaah ini kemudiannya membeli banyak ekor kambing dan buat
kenduri besar-besaran dan jemput semua penduduk muslim untuk makan. Kemudian
mereka mula bercakap dan bersembang sehinggalah jemaah itu tahu bahawa semua
muslim disitu tidak tahu langsung apa itu allah, apa itu rasul, apa itu islam.
Akhirnya mereka berdakwah disitu selama 4 bulan, dan mereka
minta dari markaz tabligh untuk tambah masa lagi sehingga dua tahun mereka
tinggal disitu sehinggalah mereka ajar semua penduduk tentang asas-asas Islam
seperti akidah, solat, wudhu, sampai terbina masjid. Kemudian mereka pulang
semula ke family mereka (sebab nanti orang fitnah mereka bukan-bukan sebab tak
balik dari dakwah) dan jemaah lain pula dihantar ke sana bersama ulama.
Sejak 1965 sehingga kini 2013, daripada 1 juta penduduk,
hampir 500 RIBU manusia telah masuk Islam, lahir 19 orang ulama bertaraf Mufti,
300 orang ulama bertaraf Maulana, 5000 orang ulama yang hafiz 30 juz Al-Quran
dan semua saham pahala ni masuk ke akaun jemaah tabligh dari Afrika (Zambia)
tadi sehingga ke hari ini.
Sebab tu pakcik tu sangat berterima kasih kepada
"tabligh" kerana sanggup tinggalkan anak isteri mereka untuk
berdakwah kepada mereka sehingga terbentuk komuniti Islam yang besar disana dan
selamatkan ramai orang dari neraka Jahannam.
Wallahi demi Allah, bila saya dengar dia cakap camtu, terus
saya rasa bertaubat dan sebak bila saya teringat dulu saya selalu
kutuk,halau,lari dari jemaah ni. Moga Allah ampunkan saya.
Kalau tak mahu ikut, janganlah zalimi mereka, mereka tak
minta wang tak minta sedekah tak minta projek, tak minta anak dara, tak minta
jadi ahli MLM, tak minta makanan..
Tapi mereka cuma minta kita semua kembali kepada Islam...
Tanpa membawa apa-apa fahaman yang berkepentingan...
Mereka cuma mahu orang Islam kembali sujud pada Allah....
Allah our uske Rasul ke raste mei chale,
Sab ke sab qurbani kya tha,
is qurbani ka naam pyaar kehte hei,
Agar yeh pyaar nehi hei,
To kya hei yeh?
Jemaah Tabligh part 3
Entah mengapa saya tiba-tiba nak berkongsi sebuah cerita..
Saya punya seorang teman, dari Vietnam.
Dia ceritakan kisahnya padaku.
Katanya dulu dia seorang juara maksiat.
Anak derhaka, peminum arak, penzina tegar.
Sampaikan hampir setiap malam dia bawa balik perempuan untuk
dizinai dan arak untuk dimabuki.
Dan sangat teruk sekali sampai ia sering dilakukan di ruang
tamu rumahnya depan TV.
Ayahnya tua dan bila menegur,dia akan dipukul.
Begitu jugak ibunya.
Dia punya seorang teman.
Temannya itu orang Tabligh.
Satu hari teman Tablighnya tu ajak dia untuk pergi satu
tempat.
Dia setuju. Dan ikut.
Akhirnya mereka sampai ke sebuah masjid di sebuah bandar.
Yang jauh dari rumah mereka.
Rupa-rupanya si Tabligh membawanya ke masjid untuk Islah
diri dan dakwah.
Maka si dia mengamuk. Katanya dia fikir mereka akan pergi
melancong.
Si Tabligh berkata, aku tidak menipu dan tidak pula
berdusta,aku cuma mengajak ke suatu tempat, tidak berkata tujuannya.Jikalau kau
tak suka, silakan pulang. Jika mahu pulang bersama kami, tunggulah sehingga 3
hari.
Si dia pun berfikir, untuk pulang agak jauh. Maka biar saja
dia tinggal disitu.
Dia tidak mahu ikut apa-apa program di masjid itu. Dari
solat, majlis baca hadis, dakwah rumah ke rumah, ceramah, semuanya dia tak
ikut.
Sepanjang harinya hanya dihabiskan di bandar itu, di dalam
PUB dan DISKO.
Hanya waktu malam dia pulang untuk tidur dimasjid kerana
jimat wang katanya.
Hari pertama begitu, hari kedua begitu, hari ketiga,
keajaiban berlaku.
Si dia pulang lambat, dalam jam Empat.
Dia berbaring di lantai masjid dan lega kerana esok akan
pulang ke bandarnya.
Dia cuba melelapkan mata.
Tetapi tidak boleh.
Ada sesuatu yang menganggunya.
Dia cuba amati.
Rupa-rupanya dia terganggu dengan bunyi tangisan seseorang.
Perlahan-lahan dia bangun menuju ke tingkap masjid.
Dia dapati teman Tablighnya itu baru selesai solat Tahajjud
dan sedang berdoa sambil menangis.
Dia merasa kagum dan terus mendengar apa yang didoakan.
Dia melakukannya perlahan-lahan supaya tidak menganggu dia
yang sedang berdoa.
Apabila dia semakin dekat dan amati apa yang didoakan.
Tiba-tiba.
Air matanya mengalir deras membasahi pipi.
Rupa-rupanya teman Tabligh nya itu sedang menangis di
hadapan Allah supaya ampunkan dosa si dia yang sedang mencuri dengar, supaya
berikan petunjuk kepadanya, supaya tunjukkan jalan kepadanya sambil
menyebut-nyebut namanya di hadapan Allah. Si Tabligh merayu-rayu depan Allah
umpama budak kecil supaya kasihani temannya itu.
Disebabkan dia menangis dengan kuat. Teman Tablighnya itu
berhenti berdoa dan mencari suara siapakah itu.
Ternyata itu suara temannya yang baru pulang dari DISKO
sedang menangis teresak-esak.
Bayu lembut hidayah Allah sedang menyapa hatinya...
Bayu lembut hidayah Allah sedang menyapa hatinya...
Bayu lembut hidayah Allah sedang menyapa hatinya!!!
Dan dia menerimanya...
Maka bertaubatlah dia malam itu juga.
Mandi wajib dan mandi taubat malam itu juga.
Solat taubat malam itu juga.
Cukurkan kepala malam itu juga.
Katanya tidak sanggup lagi memasang rambut yang pernah
bersaksi atas sekalian dosanya.
Kemudian, hidupnya berubah. Pakaian Yahudi dan Kristian
dibuangnya. Disarungkan jubah kebesaran Nabi Muhammad sentiasa dan mahkota
kebanggaan para Nabi sentiasa dililit di kepalanya.
Dia menjadi Tabligh tegar
yang juga sering ke PUB dan DISKO seperti biasa.
Tapi bukan lagi untuk bermaksiat kepada Allah, sebaliknya
untuk berdakwah.
Ramai orang ditariknya keluar daripada dunia kotor itu dan
dibawa ke masjid untuk bertaubat.
Tidak lama kemudian, dia membuat keputusan untuk ke Afrika
melanjutkan pengajian agamanya kerana sejak kecil dia jahil.
Dan kemudian jadilah dia classmate aku yang duduk di
sebelahku sehingga cerita ini disampaikan kepadaku.
Note: Beruntungnya orang Tabligh kerana buku-buku amalan
mereka tidak pernah sepi dengan catitan amal kerana mereka melakukan bisnes
yang tidak pernah rugi iaitu DAKWAH. Setiap amalan kawanku kini turut dicatat
setiap satu tanpa dikurangi sedikit pun di dalam buku amalan teman Tablighnya
itu.
Semoga Allah juga pilih saya dan keluarga saya menjadi
pembantu agamanya, bukan perosak agamanya.
Subscribe to:
Posts (Atom)