Jun 9, 2010

Perasan di salahkan lagi? (part 3)

(Memakai selipar mahal jenama ‘Crocs’ ke Masjid Sri Petaling, mungkin menjadi kenyataan)

Pada minggu lepas aku dapat email dari seorang hamba Allah yang menghantar gambar selipar berjenama CROCS yang di dakwa ada kalimah Allah jika terbalikkan gambar buaya di selipar tersebut.

(aku malas nak copy gambar tu sebab tak nak korang jadi ‘perasan kreatif’ atau ‘perasan disalahkan’)

********
Copy/paste email:

Pembaca:
Minta pendapat, kalimah Allah pada kasut Crocs. Apa harus dibuat dengan kasut tersebut? Buang? Simpan?

Aku:
Tak payah imiginasi tinggi sangat, mana ada orang tulis kalimah Allah, alif dan lam bercantum? dan atas ha ada sabdu? rujuk balik tulisan jawi

Pembaca:
Tapi ada lam lam ha. kira macam lillah, kan?

Aku:
Kalau imiginasi kau tak boleh tanggal, post selipar tu kat aku, boleh aku buat pergi masjid..

Pembaca:
Alahai.., dah buang..

Aku:
Alamak!, tak sempat aku nak bergaya dengan selipar crocs di Masjid Sri Petaling nanti, waaa! (menangis)

********

Keterangan;-

Menurut ‘Doktor’ Hamka, Penyakit yang menimpa seperti di atas, di namakan sebagai ‘perasan disalahkan’...

Biasanya, orang yang ada sifat ‘perasan disalahkan’ adalah terdiri daripada mereka yang ada penyakit buruk sangka yang kronik,

Sebagai contoh: bila dia sakit, dia akan tuduh ada orang bomohkan dia, padahal dia yang tak pandai jaga kesihatan atau yang lebih hakikat lagi, Allah nak uji dia untuk tambah iman, tapi sebab dah buruk sangka, jadi tambah dosa pulak..

Contoh lain, bagi yang berniaga, bila perniagaan restoran dia tak laku, dia akan sangka buruk kedai sebelah ‘guna-guna’kan dia, padahal dia yang tak pandai meniaga, masak tak sedap dan hantar order lambab, mahal pulak tu…, tak ke bangang?

Jika yang masih bujang dan duduk rumah sewa pulak , bila dia terjumpa berus gigi dia jatuh atas lantai dalam bilik air, dia sangka teman serumah dia nak sakitkan hati dia, padahal mungkin kawan dia yang tak sengaja terlanggar, itu contoh lebih kurang..

Lagi contoh:-

Yang mati pucuk, tuduh jiran sebelah guna ilmu hitam sebab dengki bini dia lawa, padahal dia yang kena kencing manis..

Puak parti politik, akan tuduh apa sahaja keputusan kerajaan adalah berniat jahat untuk menjatuhkan mereka walaupun ada keputusan yang baik..

jenis yang rajin solat di masjid, tapi bila ada orang dakwah ziarah dia, maka mulai marah-marah kat pendakwah tu sebab: tak kenal ke dia ni ‘kaki’ masjid.., sedangkan apa salahnya ajak orang minat bola tengok bola?

Atau tiba tiba datang orang kapir yang marah dekat logo syarikat korang yang ada kena mengena dengan ugama mereka sedangkan korang tak berniatpun.., tapi orang kapir bodoh tu mulai boikot semua produk korang sebab orang kapir tu terkena penyakit ‘perasan di salahkan’..
Jadi, bagaimana nak ubat orang yang berpenyakit begini doctor?

Oh, mereka kena faham bahawa mereka juga terkena sydrom ‘Pak Pandir moden’, iaitu sydrom senang diperbodohkan, mudah percaya pada semua orang, dan mudah diberi semangat serta rangsangan, lembik dan keperempuanan (kalau lelaki) dan jika Pak Pandir ada email, maka hari hari kerjanya Forward semua Email tanpa sempadan, itulah Pak Pandir Moden yang hidupnya menyusahkan orang..

Kenapa menyusahkan orang? pertama: kemudah percayaan Pak Pandir pada semua cerita akan menyusahkan diri sendiri, senang diperbodohkan, itu semua kita tahu sudah, tapi bila Pak Pandir paksa orang lain untuk percaya apa yang dia percaya, ini yang bengang! Bengong dan hampeh!

Nampaknya, Dr nak kena salahkan mak bapak korang dan surrounding authority (cikgu, saudara mara, ustaz dan sebagainya) yang telah didik korang untuk percaya pada semua benda.., terutama benda benda tahyul.., benda kebetulan, dan benda yang takde logic sains..

Dalam Al quran dah tulis dah dalam surah Al Mulk ayat 3 dan 4 (rujuk sendiri) bab sains, Jadi.. jika korang nak suruh aku percaya apa yang korang percaya, korang kena tunjuk bukti, tunjuk gambar, tunjuk fakta, jangan cepat ‘perasan di salahkan’.., bila sakit, rujuk pada doctor, bukan pada bomoh, jika kedai tak laku, rujuk pada pelanggan, kenapa mereka tak datang?, jika mati pucuk, tengok balik ada kencing manis ke tak?, dan jika betul orang kapir ada niat nak hina ugama kita, tunjuk bukti, bukan setakat ambik pen dan lakar guna imiganisi korang yang penuh sangka buruk, perasan di salahkan lalu sebar pada Pak Pandir lain..

Jadi, tolonglah belajar what is possible/impossible, melalui basic science..

Sebagai kesimpulannya, untuk atasi masalah Pak Pandir ni, aku nasihat korang jangan baca Email forward hari hari, juga jangan baca akbar Harakah sahaja atau Utusan malaysia sahaja, atau baca blog sebelah pihak sahaja, tapi bacalah Al quran dan hadith banyak banyak, dan bila dah banyak hadith dalam hati korang, maka hati korang akan jadi putih, bila hati jadi putih lama lama akan jadi bersih..

Teruskan lagi baca hadith nabi banyak-banyak sehingga dapat memadam kepercayaan korang pada benda benda yang tak betul dan padamkan sifat buruk sangka serta perasan disalahkan itu, teruskan baca lagi kitab Fadhail amal, atau kitab mutakhab hadith yang akan penuhkan hati korang dengan benda benda yang betul.

Bila hati korang sudah penuh dengan benda benda yang betul, pada waktu tu, apabila sampah seperti paranormal, tahyul, toyol, komplot kapir, ejen yahudi, pendapat ustaz politik dan sebagainya dapatlah ‘pengesan sampah’ korang berfungsi dengan baik.., automatic korang akan reject semua cerita lembik dan cerita sampah.. Automatik korang dapat persoalkan benda-benda bodoh yang mengelilingi korang, dan automatic, insyAllah korang akan dapat challenge benda-benda yang korang pecaya dari kecik, dan akhirnya dapat buat keputusan dengan fakta dan ilmu yang benar.., InsyAllah..,

Oklah, sampai sini dulu, jumpa lagi dalam ruangan bersama 'Dr' Hamka.., sekian..

Bye!

Ulangkaji:

Perasan di salahkan yang tidak di benarkan dalam islam.
Perasan di salahkan yang dibolehkan dalam islam.
Siapa pak Pandir moden.

Ps: Aku bukan budak tabligh, tapi nak buat pengumuman sebab benda ni baik untuk ummat, iaitu ada perhimpunan untuk semua lelaki ummat islam (jor zon tengah) di Markas Sri petaling pada 11-14 June 2010. Harap maklum.

Ps2: Siapa yang terkena penyakit ‘perasan di salahkan’ ,lalu berniat nak buang selipar Crocs, tak payah susah-susah, boleh post pada aku, raya pun dah dekat, kalau ada warna pink, lagi bagus..,

Woha!

97 comments:

UnNone said...

so,kasut tu boley continue pakai la kn.mase mule sy denga pn.rase cm agak pelik.suenye terletak pd hati.

Khairi Mohd said...

Lambang crocs la tu bukan perkataan Allah.

Apsal la slow sgt.

Anonymous said...

ini lah jadi nya kalau nak bercakap pasal agama tu berdasarkan rasa marah saje..
semua nye nak disalahkan..tapi apa yang betul tak pulak nak dilakukan...

-Ahmad-

akema yazid said...

suka entri ini..;)

Anonymous said...

Woha!

Top 10 ;)

-dua

Nerzhul said...

beli memahal pegi buang. alahai membazir.

..nor.. said...

fikir pakai akal..

selidik pakai iman..

itu aje

azharjaafar said...

aku pakai selipar jenama 'korok' je..

fariz_fikri said...

thank 4 info...1st tyme komen...hahhaa

etoi sy said...

ada dapat emel pasal mende gni...huhu..tp x penah pakai kasot boya..pakai kasot unta ja....

Aishah Nur Hakim said...

tidak sedikit pun minat ku terhadap crocs goyah. kasut paling lama dipakai setakat ni ok.

harap2 pengesan sampah tak rosak

:)

Wan Perlis said...

inilah org meLAYU
penyakit was2
kalau btl tahap kronik taknak kasut crocs sedekah kpd rumah anak yatim

Unknown said...

aku pon pakai je.. crocs tue.. kesah aku.
tak payah la gedik2 nak terbalikkan crocs tue.
sory hencek hamka, xdapat post, sbb still pakai selipar tue. huhu

¶A.K.I¶ said...

tyme ak dapat taw mle2..
mmg gabra beb..
sbb aku beli kn..
rm179++ lagi..
takkan la kn2...
tp aku da cek..
kat tapak kasut aku x de lambang at all...
gmba boye tu kat tepi..
pon x nmpak lgsung bentuk ALLAH...
so ak taw...
yg fake la kot yg dorang dok cete2..
huhuu..
lega beb~~

Khairi Mohd said...

Promosi Sandal CROCS murah, less 70%.

KePOMPOM said...

aku pakai cap asadi je..

arizWanmerahs said...

terperasan ada kalimah Allah kat gambar buaya tu? Paranoia la kut orang ni.. ;p

arizWanmerahs said...
This comment has been removed by the author.
merduwaty said...

mula2 rase sangsi juga..tapi uat tak tahu je sebab saya tak pakai pun kasut crocs ni..hehe..tapi thanx for the info..

~fam~ said...

crocs x crocs...
kasut tu boleh dapat rm 1o je...
dulu nak beli, meleh air liuq tahan makan sebab hrga 1oo++...
haha...
la ni semua org dah boleh pakai kasut crocs kalo nak...

pakailah kasut crocs,bg perempuan pakailah stokin supaya kasut crocs tu leih cantik dan 'terjaga' apabila dipakai....:)

Ibn HAJARS said...
This comment has been removed by the author.
DREM said...

jangan lupa pada perkataan Lillah....still mberi mksd Allah. Untuk mengeja perkataan Lillah dlm tulisan Jawi x diperlukan alif sama sekali. perlu diingat tu

bdak skolah said...

ha3..pink colour..

arrrrg..remaja2
kenapa ak jd remaja zmn nie..yg tdedah dgn kgelapan..kalau tgk iklan dah gelabah,mcm mana dgn kami..sana sini nampak maksiat..mcm mana nie bang..stiap arie air atas kepala??/

green said...

salam..

agree.kena sentiasa menghayati alquran dan hadith.
jangan defensive sangat, dan rujuklah pada yang tahu kalau tak tahu.

azimask said...

yup.. rasanya ramai dok ulas ulas pasal kasut nie.. mana la ada.. pepandai betul org itu berimiginasi...

zaidaniza ziton said...

Suka sgt bace kenyataan yg ditulis dlm blog ni..tahniah laah buleh buat hati terhibur membacenyeer dgn penuh kesedaran dan secara tak langsung dpt memperkembangkan minda utk berpikir dgn secara rasionalnyeer..

terkadang terpikir mcm maner leh dpt ilham yg bernas sebegitueeew rupeeer..

leeh bagi petua kaaah utk memiliki pemikiran sebegitueeew...

terima kasih berkongsi cara pemikiran anda mengutarakan pendapat dlm blog niee.. semoga hari hari anda ceria selalu hdknyeeer...

Anonymous said...

Aku bukan budak tabligh, tapi nak buat pengumuman sebab benda ni baik untuk ummat, iaitu ada perhimpunan untuk semua lelaki ummat islam di Chicago pada 18-20 June 2010.

Doakan usaha dakwah di USA...
Alhamdulillah di sini tak ada yg sangka buruk pd non-muslim...

Dan kbnykn non-muslim sgt mhormati org islam...

Alhamdulillah...asbab dakwah, beratus2 masjid di Chicago shj, dan bil muslim semakin bertambah...

~Umar Mukhtar~

Ummi Nur Syakirin (ahliaHerman) said...

salam'alaik

hehe...saja nak tanya...

jenama crocs mahal ek?

baru tahu...sebab selama nih ingatkan crocs tuh jenama selipar pasar malam. siyes nih, tak menipu. sebab pernah tanya kawan, crocs tuh apa? dia kata 'ala,selipar pasar malam jer...ko tau apa'

haha

ni pun kira pak pandir eh?

wallahu'alam

janganlah diperbodohkan dengan naked-eyes, gunalah mata yang berbaju labuh~

hehe

wassalam..

zulkbo said...

salam ziarah..
moga anda ceria dan
sihat selalu..
جزاك اللهُ خيراً‎

Anonymous said...

entah lah.. kenapa sekarang suka sangat syak prasangka pada orang? sikit2, kata nk huduhkan islam, hina islam..

kadang2 kita ni yang terlebih sensitif.. tak gheti nak beza. yang orang duk pertikai hukum syariah terang2, xde sape pulak yang nak amek kisah.. duk asyik nak kesah benda yang tak patut dibesar2kan..

tahu tak sekarang orang duk sibuk pertikaikan apa relevannya hukum syariah? tak tahu? memang la tak tahu sebab tak ada orang nak kesah, nk tolong defend islam, nk tolong sebarkan isu ni..

ibnu dinar said...

memang benar tuan, kita mau baca Al quran dan hadis hari2, selagi kita hidup.... supaya hati kita lembut.. inilah yang terbaik untuk sesiapa yang mengaku dirinya islam, tiada yg lebih baik dari ini.....

Anonymous said...

serabut dgn pemikiran pembodohan yg tak habis2...
diketuai oleh org islam plak tu...

Anonymous said...

aiseh.. kawe pon nak tergelak sebab ada kawan kawe balik berkaki ayam dr surau sambil memegang selipar croc nyee sbb ada budak bgtau die pasal bende nih.. hahaha kawe sendiri pon dah toreh kasi buang tang yg dok kata ada tulisan Allah tu.. cehh...

Unknown said...

oh! jadi mknanya, yg sy dgr ura2 ttg perkataan Allah kat ubat gigi ape tah itu xbetol la ye? anyways, thanks for telling me ^^

Anonymous said...

pd pendapat sy:
1) kalau x was2,xpe la..

2) kalau was2 jugak, kopak aje button crocs tuh then teroskan je la pakai kasot tuh..bnde dah beli, xkn buang..membazir..membazir kan x elok.. ;p

si pujangga said...

masalah umat islam...
suke berburuk sangke...
berburuk sangke pada air Coca Cola..
berburuk sangke pada selipar...

apakah dosa mereka???

Anonymous said...

melayu terus layu

PraKhasSKAM said...

apa2 je la en.hamka..pembaca tu konpiuh..sbb tu tanya..
apa pendpt tuan pasal web ni..
http://www.arrivals.technocrazed.com/
sbb aku pun konpius ni..haha..

Anonymous said...

nota utk diri sendiri..
persoalan sblm naik
kereta mayat..
-org yg sama-

noname said...

bole x aku kata kita mmg kena sensitif..sbb skang ni adalah zaman dajal dan dajal masih x tnjukkan dirinya.dajal menyerang islam dgn cara camni la…gunakan israel,freemason dam mcm2 lagi…..kite mmg kene SENSITIF dgn smua ni!!!

yg org aggp kebetulan tu la sbenarnya tujuan diorg..diorg nk kite aggp bnda ni kbetulan..itulah kelemahan kite..sikit2 kebetulan..bnda2 mcm ni jgn dibuat kebetulan..jgn takut kpd kenyataan bhwa bnda ni kita patut amik berat..bnda yg kita nmpk kecik,kebetulan ni la yg nk uji keimanan kita kekuatan kita sbg org islam..klo kite x amik kisah bnda ni, sape lg??

kte patut bersyukur sbb adenya saudara Islam kte yg sensitif dn alert ttng isu2 sensitif mcm ni..kalau nk harapkn kte, jgn haraplh…tgklh, ble bncang isu mcm ni pn sume kata cuma kebetulan je...=(

wallahu ta’ala a’lam

Anonymous said...

Bgus bdk2 bkn tabligh ni ya..smpai ke hjung2 dunia ada prhimpunn.bkn takat m'sia ja.israel x tkut plak dgn korang ya?!ooppsss lupa..kt israel pun ada 15 markas tabligh apa nk heran..

Pd sy byk lg bnda yg halal & elok yg ALLAH sedia utk kita.buat apa nk kecoh2.asadi pun ok watt..yg dok kutuk yahudi mcm2 tp cr hidup dok ikut yahudi tu yg kna kecoh2 kot
..Dunia adalah pnjara bg org mukmin,byk rules & regulation yg nk kna ikut.xmcm org kapir..
-petot-

hamka said...

Aku perasan sibuk.., dan aku BERCUTI selama 2 minggu lebih kurang.

jumpa lagi jika ada dalam takdir tuhan.

Wasalam.

hamka said...

jangan lupa, post kasut crock warna pink.

woha!

Unknown said...

salam noname,

kenapa kita tak sensitif pulak dengan amalan kita cukup tak cukup? sensitif dengan anak isteri, adik-beradik, saudara-mara, kengkawan dan jiran-jiran, dan semua umat islam seluruh dunia dapat amal agama dengan sempurna tak dalam hidup mereka? sensitif dengan lelaki baligh solat 5 waktu di mesjid? sensitif dengan wanita islam dapat tutup aurat dengan sempurna?

Perkara mana yang kita nak sensitifkan dahulu?

Jejari Sholehah said...

kita tak perlu la nak melatah dgn isu macam nie..dah beli,xyah la buang..pakai je..adik aku pn ade..sampai balik surau berkaki ayam..tapi tabik gak kat org tue sbb dia punya nak hormat kalimah Allah..

Cuma sensitif tue perlu..dan rasanya xperlu/xwajib la lepas nie masih lagi nak 'beli' jenama crocs nie..kalau yang ori pon mahal,xmembazir ke..kalau betul tue agenda walaupun nmpak kecik kat kasut je pon..kira berjaya la beliau2 sbb kat msia nie pegi mne pon bole nmpak kasut tuh..bangga beliau..(bersangka burukkah nie?hmm)

psst..aku xkata betul,aku xkata xbetul..zmn skrg mcm2 jenis org ade..

Anonymous said...

Assalam. Aku bukan budak tabligh aku bapak budak tabligh!! he..he.. lepas Jor Zon Tengah(K.L,Selangor, Pahang) Jor Zon Timur 16-19 Jun di Besut.(Terengganu&Kelantan)Manakala Jor Zon Utara (Perlis, Kedah, Penang)di Arau rasenya 23-26Jun. Tuan-Tuan yang dimuliakan oleh Allah swt dengan kalimah Toyibbah, dijemput bersama. Doakan kami setidaknya...

Khalid.
P/s: Puan-Puan Hajjah, Ibu-Ibu, Solehah-Solehah, Hafizah-Hafizah, Alimah-Alimah, Karkunah-Karkunah....masa untuk alirkan airmata!!! pohonlah sungguh-sungguh agar Allah terima usaha kite....sesungguhnya doa kaum wanita lebih hebat dari kami...AMIN

Anonymous said...

salam, nak tya jugak ni, pasal isu perempuan zaman sekarang suka pakai bonjot rambut palsu dalam tudung, supaya bila pakai tudung nanti nampak bonjot tinggi (sedangkan rambut dia sebenarnyer pendek)
apa pula hukumnya???
sebab saya ada terbaca ada hadis melarang pemakaian bonjot ni.

time kasih
peace no war....

alfindani said...

Salaam.
Punye la banyak kaler dalam dunia ni, pink jugak yang ko pilih ye! Hehe

tuan director said...

keretamayat nak cuti
jgn la wei

Anonymous said...

Klu Hamka cuti 2 mggu sbb nk cr debu-debu yg melekat d bdn utk jauhkn hatta asap api neraka y not?insyaALLAH go ahead.
-petot-

namzaMN said...

kereta mayat cuti dua minggu...nanti saper nak bawa mayat....isey man

kaizen shinobi said...

hahahhahaa....

hamka.. aq xde crocs la... kalau ko dapat lebih.. post aq satu bleh? lalalalalala~

ain said...

salam, bro Hamka;
pasal komplot Yahudi tu btl ke? Bukan ke mereka ada agenda seperti New World Order? Confuse jap.

Wan Perlis said...

@ain
freemason jangan percaya sgt.sebab semua benda mereka nak kaitkan

HAMKA SOKONG MANA WORLD CUP

tabligh-er said...

hamka bukan budak tabligh.
sebab dia org dewasa tabligh.
hihi.gurau je.

kita semua adalah tabligh.

Cr. Siti Hazreen Shahrom said...

tak pernah lagi tengok kasut yang original :)

lobai cool+hensem said...

salam

aikk... tibo tibo yo kau jadi doktor!

doktor haiwan ko, doktor mlm?

lobai cool+hensem said...

salam.

disebabkan kau dengan bangganya mengistiharkan diri sebagai doktor,

maka aku tanpa segan silu mengistiharkan diri sebagai M A (medical assistant).

dan macam biasa bila doktor cuti, mka M A pun besar kepala dan mengajak semua pesakit bertandang ke -lobaicool.blogspot- bagi mendapatkan rawatan alternatif!

atok jo said...

kira ok lah selipor tu.ado simbol gitu.tak dok lah setan nok mengocol kito semuo.dengan selipor powor ini ,anak2 cucu2 kito boleh tidor lenor.so pesanan dari atok jo ini,pakai loh selipor ini sampai masok kobur supayo dok hagus pijak api noreko.kalau dok percayor ,pakcik hamka pon nok ser warno pink.

atok jo said...

kira ok lah selipor tu.ado simbol gitu.tak dok lah setan nok mengocol kito semuo.dengan selipor powor ini ,anak2 cucu2 kito boleh tidor lenor.so pesanan dari atok jo ini,pakai loh selipor ini sampai masok kobur supayo dok hagus pijak api noreko.kalau dok percayor ,pakcik hamka pon nok ser warno pink.

atok jo said...

dari otak atok yg masih ok ini.
atok dpt rasa pikcik hamka ini tak dok pakai selipor bagus lekat kat tapak kaki dio.sahajor dio reko cerito gini.atok tahu pakcik hamka ini nok selipor tu tapi dior pon rasa besaloh nok beli kor tak nok beli.so atok kasin tgk pakcik hamka ddk putor otoknyer tu utk selipor warno pink. so atok nok sgt bg selipor jepon worno kelabur tahi itik ini kan pikcik hamka,atok dah pakai selipor ini sejak ddk hostel sek.vok dl.selipor atok ini dok lah hebat mcm selipor pink tu,yg kebal api noreko,jln atas bumi seten tgk lari!,serta tahan dari godaan iblis.selipor jepun atok ini,biasa ajo!boleh gi psr,masjid,kubor dan mcm org kato "ikot kaki lah".so pakcik hamka!,pakai aje selipor jepun yg byk kat kedai ..

Anonymous said...

mmm...

i gemar follow 2 blog agama ni...keretamayat n azhar jaffar..

dua2 ada kelebihan
keretamayat ;;;
a)... rasa nak gelak jer..at least hilang tension
b)... suke komen terus terang cik hamka
c)... rasa nak bersetubuh memuncak..yg penting halal n bunuh setan n pahala sedekoh

azhar jaffar;;;
a)... sedih n slalu rasa nak nagis coz rindu pada seseorg dek tajuk2 entry azhar n lebih sedih ,wajah azhar mirip "teman baik" ku..
b)...

khamis

Anonymous said...

http://www.123kahwin.blogspot.com/

Anonymous said...

kalau jadi bini no.2 hamka, ada syarat tak? ;D

sid sienna said...

"Atau tiba tiba datang orang kapir yang marah dekat logo syarikat korang yang ada kena mengena dengan ugama mereka sedangkan korang tak berniatpun.., tapi orang kapir bodoh tu mulai boikot semua produk korang sebab orang kapir tu terkena penyakit ‘perasan di salahkan’.." Dr bole komen skit x? saya agak lost la...

Sha-na.Szied said...

best ar...sy dah backlink URL kereta mayat kat blogger2 yg nak boikot Crocs.. :)

nak copy paste ke FB..~

ieyza said...

terima kasih diatas info yg amat berguna nie....sangat2 menghargainyerrrr

SAUJANA HIJAU said...

betul la kot, kebetulan..kalo x yakin,gores2 bg hilang lambang tu.

tapi aku tetap minat khazanah dari jepun.crocs?apa barang...

~kundi~

Anonymous said...

Assalam.
Harap bersabar Tuan-Tuan dan Puan-Puan yang dimuliakan...
pada firasat patik pacal yang hina.. bro hamka sedang stand by mode dengan kereta mayat beliau dalam mencari jenazah-jenazah bertuah yang tak sabar-sabar nak jumpe Rabb....Oh...alangkah bahagianya jika aku jenazah tersebut.

Khalid
P/s: Ana kepingin menaiki kereta mayat yang tersohor seantero dunia...

si pujangga said...

salam.. bro hamka, saya nak copy paste link ni kat fesbuk ye.. nak bagi kawan-kawan bace... diorg pown ada gak penyakit ghope gni..

Amin007.Ledang said...

ikutkan dah lama aku abaikan benda2 mengarut ini. dapat tajuk email yang bukan-bukan terus buang huhuhu.

apa tujuan dia pun tak tahu laa

Mars :) said...
This comment has been removed by the author.
Anonymous said...

kalau diorg x mengada2 nk tgk/kaji logo CROCS tu,i don't think this case will exist..pemilik CROCS pun x tau logo tu melambangkan nama Allah..org2 memandai buat andaian sendiri n then sebarkn..bila kes ni jd,mula lah org2 kafir amik kesempatan dengan CROCS supaya dpt mengutuk umat islam..

kepada org yg menggatal mengkaji logo tu: lain kali,pikir pakai otak,bkn kepala lutut..

Anonymous said...

Watpe la nak pakai kasut CROCS, kasut terhodoh di dunia tu. Baik pakai kasut kulit buaya ke, kulit tupai ke...

Hanisah Safian said...

salam singgah! :)

jumpa jugak blog yg selalu jd bualan ni.hehe :P

entri ni mmg blast!

Anonymous said...

Apa yang berlaku sekarang ini adalah sikap kita sendiri. Kita sebok hebohkan tentang budaya dan adat yang dicipta melebihi keperluan kita sebagai manusia. Cubalah ubah sikap dengan mengamalkan kesederhaan di dalam hidup dan mengambil apa yang perlu sahaja untuk menjalankan tuntutan-Nya saja.
-Ahmad-

SH said...

Umat Islam akhir zaman ni pelik. BUkan org bukan islam hina kita tapi kita sendiri cari silap dan hina diri sendiri..

PERSONAL BLOG ABOUT LEGAL & MY PERSONAL LIFE

aiDieNa said...

Nasib baik saya tak tergolong dalam Pak Pandir Moden tu.. hehehe

First time baca pasal isu tu.. pelik dan nak tergelak pon ada.. sampai ke situ pemikiran mereka..

Anonymous said...

aku paka selipar jepun je...hahahha

faisya said...

totally agree wit tis entri...
prasaan dsalahkn krn ilmu yg cetek...

Unknown said...

tp kan, bila pk2 balik, ada je kemungkinananya utk org bkn islam memberi musibah kpd kita..ye la, nama Allah di kaki, xke tu namanya menghina Allah..Israel berkemungkinan utk berbuat demikian jugak, ada la dlm 90% kemungkinannya~

Anonymous said...

dorang ni imiginasi terlalu tinggi. yg hang duk terbalik2kan kasut crocs 2 apasal? awat x bantah huruf t kecil? kn bentuk mcm salib? byk lg yg boleh dipikirkan. isu anak2 muda yg semakin parah. isu rasuah dll. yg hang duk kaco encik boya 2 kesian kt die.

Ishak Zaini said...

aslmkm..

barangsiapa yang mendirikan solat, maka dia mendirikan agama.
dan barangsiapa yang meninggalkan solat, maka dia merobohkan agama.

Perasan terhina..

perasan orang lain sedang nak merobohkan agama kita, padahal orang islam sendiri yang robohkan agama..

Jadi jom gi masjid, imarahkan rumah-rumah Allah. Sama-sama kerjakan solat ikut cara nabi, sama-sama jadikan diri di kalangan orang-orang yang menegakkan agama..

Bukan Eciz said...

alhamdulillah. ada keterangan yang cukup terang. terima kasih menyedarkan. ;))

Wan said...

orang melayu selalu HOAX

hamka said...

ada yang tuduh aku di bayar oleh "crocs" untuk tulis entry ni..

tak baik fitnah, dosa besar tu..

jadi, untuk selamatkan kamu dari dosa besar, dan api neraka, apa kata mereka mereka yang jual kasut crocs, bayar kat aku RM100 seorang...

ni no. maybank aku:
163028553448

kesian mereka, jika korang tak bayar, mereka dikira berdosa kerana fitnah aku.., jika korang bayar, mereka selamat dari dosa fitnah.., selamatkan mereka!

azharjaafar said...

kalau korang nyampah ngan Hamka & tak nak bayar ke akuan dia, bayar dalam akaun aku pun boleh.. no hal..

MBB1625-5301-1111 atau CIMB1439-0000-9912-08

hamka said...

ha! sempat lagi tu, dah nak zohor dah!

Aishah Nur Hakim said...

ish2..pakcik dua orang ni...

jap ak cari no akaun aishah pulak.

Fontonk said...

aku pun taktahu la dh akhir zaman ni.
mcam2 dah jadi.

Blog kau terbaek.

Jimmy Stracqualursi said...

orang melayu memang camni beb. suka sangat teori konspirasi. freemason la crocs la. pasni ape pulak? ish slow nak mampus sekor2.

hamka said...

ni bukan masalah melayu, ni masalah manusia.., orang putihpun ramai bodoh.., tak percaya baca laporan gwen black tentang tafsiran duit amerika, bodoh nak mampus..

Lina said...

Aku btul2 stuju ckp mu nih..ada jg org post gmbr nih d fb, siap tagged org lg..aku suda ckp..benda tuh terang2 muka buaya, yg ko smpai meng'imaginekan nya sehingga jd nama Allah tuh kenapa, sehingga mo d bahas2 kan..isap gam punya org..haha..

saodah said...

SAYA PANGGIL ORG CAMNI 'PSIKO SORANG SORANG'
OH

hamka said...

kalau psyko sorang sorang, kenap email forward pada semua orang?

-_-'' said...

hoho..dulu pernah terbeli crocs dn bru keluar citer2 tntg lmbg buaye drt itu..belek2..mmm...xde pon..pkai je smpai skrg..pakcik siap ckp suh buang..sy jwb ''x pyh percaye bnde2 merepek ni''..*gua da beli kaler pink, siap ngan button lg..huh*

sy risau tntg mak sy...terlalu mudah percaye dgn propa2 ni..ckp mnyk yuyi haram..milo sardin ade katak ngan cacing tanah la..colgate ade tlg babi la..*tepuk dahi* sy ckp ''mak, slgi jakim x kua kn dlm paper, jgn percaye''
org tue ni pyh jgak -_-''

hamka said...

orang tua dah nak buat camne, yang aku angin, orang muda pun boleh berfikir bawah tempurung, cuba tengok dunia ni dari mata burung.