Jun 2, 2010

Mencari Seribu Malaikat?

(Aku ingat ‘Avatar’ tu adalah filem dari animasi ‘The Last Air Bender a.k.a The Legend of Aang’, tapi bila melihat remaja palestin yang meniru makhluk Avatar biru di Palestin, akupun mencari penunggang Toruk di kalangan mereka, yang mana Toruk adalah raksasa paling ganas yang hanya lima Na'vi sahaja dapat menjinakkanya dalam sejarah pandora...)

Tiada ‘Original Screenplay’ dalam filem Avatar arahan terbaru James Cameron, dengan mengolah kembali filem ‘Dances with Wolves’ lakonan Kevin Costner yang memenangi 7 Academy Awards termasuk ‘Best Picture’, James Cameron hanya menukar watak red Indian kepada puak Na'vi yang berwarna biru, dan kuda di tukar kepada raksasa, manakala pihak United States Army ditukar kepada kumpulan military canggih siap dengan robot hidrolic dan beberapa waktak di beri peluang mengembangkan emosi.., berlatarkan kehidupan di plenet Pandora dan kemajuan sains di tahun 2154...

Babak akhir dalam filem ‘Avatar’ sedikit berbeza dengan ‘Dances with Wolves’ sebab mengikut sejarah, red Indian memang kalah teruk menentang tentara bersekutu, tapi dalam Avatar, puak Navi menang walaupun mereka hanya menggunakan lembing dan anak panah, sedangkan pihak penceroboh ada jet, heli dan robot tapi kalah kerana puak na’vi mendapat bantuan ghaib..

Bercerita tentang perang yang mendapat bantuan ghaib, teringat aku pada peristiwa perang badar, iaitu perang pertama ummat islam yang mana bilangan orang islam sikit, hanya 313 orang, itupun tidak ada kelengkapan perang yang sempurna, ada yang tiada senjata, hanya bawa pelepah tamar, ada yang tidak berbaju, kuda pun hanya ada 3 ekor jer, dan beberapa ekor unta, walaupun begitu, demi ugama, mereka sanggup menentang 1000 orang kafir yang lengkap bersenjata, siap dengan kuda dan perisai, dan pendek cerita, akhirnya orang kafir kalah teruk kerana orang islam menang cemerlang setalah mendapat bantuan ghaib dari Allah...

Arghh, aku bukan nak puji filem Avatar atau nak kaitkan perang dalam filem avatar dengan perang badar, aku rasa terpanggil nak menulis entry ini setelah melihat gambar gambar puak puak ‘navi’ di Palestin yang tersebar di internet, aku tak tahu sama ada ini provoke yahudi atau memang soheh remaja pelestin punya kerja yang sanggup berlagak sebagai puak na’vi dengan mengecat badan mereka dengan warna biru, mungkin mereka mengharapkan keajaiban bantuan dari alam ghaib seperti dalam filem avatar? Sama sama kita kupas isu tentang bantuan ghaib ini, (rasa skema semacam jer..)







Ok, kembali kepada perang Badar.., aku nak Tanya?

Tahukah korang? Kenapa dalam perang Badar, Allah hantar 1000 malaikat turun ke bumi membantu Nabi Muhammad s.a.w dan para sahabat? Sedangkan kita sedia maklum, bahawa satu malaikat sudah memadai untuk menghancurkan tentara kafir yang berjumpah seribu orang itu.
Kenapa perlu seribu malaikat?

Jika ikut sejarah, Nabi Nabi terdahulu, bila doa bala terhadap kaum mereka yang ingkar, bilangan Malaikat yang datang, hanya satu atau dua sahaja, lalu malaikat ini, dengan kuasa yang Allah beri, terus membalikkan bumi, atau di cantumkan gunung, atau di belah awan lalu memancar kilat yang seterusnya mengazab semua orang kafir sehingga lenyap di telan bumi..

Pendek cerita, Satu malaikat turun, satu kaum binasa, jumlahlahnya berpuluh puluh ribu, tenggelam di azab seksaan malaikat, tapi dalam perang badar, jumlah malaikat yang turun adalah sama banyak dengan bilangan tentera musuh, satu musuh satu malaikat, sehingga dalam riwayat menceritakan, ketika sahabat Nabi mengankat pelapah tamar, kepala musuh sudah terbelah dua…

Jadi, soalan aku, Kenapa dalam perang Badar, Allah hantar 1000 malaikat turun ke bumi membantu Nabi Muhammad s.a.w dan para sahabat? Sedangkan kita sedia maklum, bahawa satu malaikat sudah memadai untuk menghancurkan tentara kafir yang berjumpah seribu orang itu.

Ok, ini pendapat aku setelah berbincang dengan beberpa Buznama…, aku bukan ustaz, ulamak, Cuma menulis nota kepada diri sendiri…, jika ada pendapat lain, kita muzakarah sama sama, insyAllah..

Kenapa seribu Malaikat datang ke Badar?, Ceritanya begini,

Ketika Nabi berdakwah di Mekkah, urusan ummat islam di buat secara rahsia di rumah Arqam bin Arqam, dalam masa yang sama Nabi juga telah berdakwah pada beberapa orang penduduk Madinah yang datang menunaikan haji di Mekkah, yang mana setelah 13 tahun berdakwah di Mekkah, Nabi mendapat perintah Allah untuk berhijrah ke Madinah, kerana di madinah, sebahagian penduduknya telah masuk islam setalah di dakwah oleh sahabat ansar…

Tengok! Sahabat ansar ini bukan Nabi, tapi dah buat dakwah di Madinah sehingga majority masuk islam, bukti perintah dakwah adalah perintah pertama selepas iman..
Jadi, bila Nabi berhijrah di Madinah, sampai sana, Nabi terus bina Masjid, Masjid pertama dalam sejarah ummat islam.

Dan di masjid inilah segala urusan ugama dibuat, iaitu: 1.dakwah, 2.Mengajar, 3.ibadat dan 4.khidmat, yang mana natijahnya, semua kaum bersatu dalam ugama islam, tak kira suku mana, puak mana, atau bangsa apa, Dalam puak Muhajirin ada banyak Bani, dan dalam puak ansar jugak ada Suku Aus dan Khazraj, tapi, melalui amalan masjid nabawi, mereka semua bersatu padu

Mereka bersatu dalam dakwah, bersatu belajar dan mengajar ugama, bersatu solat jemaah bersama di belakang Nabi, dan bersatu berkongsi hidup antara muhajirin dan ansar..
Tak lama kemudian, berlakulah perang Badar, 1000 orang kafir lengkap bersenjata dan kuda telah bersiap sedia menentang 313 orang islam..

Orang kafir dah sangka mereka akan menang dalam perang itu, lalu membawa bersama mereka kumpulan sorak dan penyanyi wanita, tapi mereka silap, 313 ummat islam di Badar, bukan ummat Nabi terdahulu…

Ummat Nabi terdahulu, adalah ummat ibadat, mereka tak boleh berdakwah macam Nabi mereka, ketika Nabi Musa meminta bantuan Harun sepupunya untuk berdakwah pada Firaun, maka Allah telah lantik Harun menjadi Nabi terlebih dahulu, baru layak Harun berdakwah kepada firaun.

Tapi sahabat Nabi, Saidina Umar, Abu Bakar dan sahabat Muhajirin serta ansar, mereka tak perlu jadi Nabi, kerana kedudukan terbaik ummat ini adalah kerana kita ‘pewaris kerja kenabian’…

Ketika Nabi Musa dan Bani Israel di kepung Firaun, maka Nabi Musa menenangkan kaumnya dengan lafaz, “jangan kamu bimbang, Allah bersama AKU!”

Tapi ketika Nabi Muhammad s.a.w dan Abu Bakar r.a di kepung Kafir Quraish, maka Nabi Muhammad menenangkan sahabatnya dengan lafaz, “jangan kamu bimbang, Allah bersama KITA!”

Tengok! Nabi guna lafaz “kita” kerana kedudukan terbaik ummat ini adalah kerana kita ‘pewaris kerja kenabian’…

Jadi 313 ahli badar, bukan calang calang manusia, mereka semuanya pendakwah, dan mereka juga ahli masjid, solat jemaah tak tinggal, ahli iktikaf, solat tahajjud tak tinggal dan mereka terdiri daripada pelbagai kaum dan bangsa, semuanya bersatu atas maksud ugama..

Dan perkara inilah yang Paling di sukai Allah, iaitu apabila ummat islam bersatu tanpa mengira darjat dan keturunan, maka Nusrah (pertolongan) Allah pun datang mencurah curah, sehingga 1000 malaikat buat pertama kalinya dalam sejarah perperangan ummat islam telah turun ke bumi , memang cukup satu malaikat turun untuk ganyang orang kafir, tapi kerana kemuliaan dan ketinggian ummat akhir zaman ini, seribu malaikat telah turun bersaf saf membantu ummat islam…

Menurut Buznama, malaikat yang turun ini di cipta khas untuk membantu ummat islam dalam mana mana perperangan dimulai perang badar dan seterusnya, yang mana jumlah mereka bukan setakat seribu, tapi bersusun susun lagi dilangit menunggu perintah Allah untuk turun membantu ummat islam di bumi…

Selepas perang Badar, malaikat ini datang lagi dalam beberapa siri perperangan ummat islam menentang orang kafir sehinggalah ke zaman Khalifah Al rasyiddin dan seterusnya ke zaman Umar Ibnu Aziz dan ada juga laporan dari pejuang islam, mereka mendakwa di bantu malaikat dalam beberap siri perperangan pada tahun 90-an.., wallahu’lam.

Tapi sekarang, dalam perperangan ummat islam menentang orang kafir, Malaikat ini sudah tidak datang lagi nampkanya, usahkan seribu, satu pun tak ada, lalu kalahlah orang islam di Iraq, Afganistan, Palestin, Bosnia, Ambon, Kemboja, India dan seleruh dunia…kenapa?
Soalan lain pulak,

Kenapa Malaikat ini sudah tidak datang lagi, usahkan seribu, satu pun tak ada, kenapa?
Tepuk dada Tanya iman, tepuk dahi Tanya akal, tepuk lutut Tanya nafsu...

Menurut Buznama, Allah telah melatakkan dunia ini akan sunnatullah, yang mana jika orang islam hari ini sama qualitinya dengan ahli badar di zaman Nabi, pasti nusrah Allah akan datang, dan seribu malaikat itu akan muncul lagi membantu ummat islam.., ini terbukti kerana selepas kewafatan Nabi Muhammad SAW, di zaman khalifah Al Rasyidin, ummat islam sentiasa menang dalam perperangan dan sering berlaku keajaiban dalam peristiwa yang di riwayatkan oleh sejarah.., juga sampai ke zaman Salahuddin al-Ayyubi menentang tentera salib yang mana point aku disini, tentera ummat islam waktu itu mempunya quality ahli badar...

Apa qualiti ahli badar?

Semua tahu sudah, mereka semuanya pendakwah yang berhijrah, dan mereka juga ahli masjid, solat jemaah tak tinggal, ahli iktikaf, solat tahajjud tak tinggal dan mereka terdiri daripada pelbagai kaum dan bangsa, semuanya bersatu atas maksud ugama..
Dan perkara inilah yang Paling di sukai Allah, iaitu apabila ummat islam berhijrah, dan bersatu tanpa mengira darjat dan keturunan, maka Nusrah (pertolongan) Allah pun datang mencurah curah,
Tapi hari ini, oh.., orang islam ramai yang meninggalkan dakwah dengan alasan ilmu tak cukup, atau diri belum baik, lepas tu solat jemaah selamba tinggal, apatah lagi solat tahajjud, lepas tu hidup tak bersatu, asyik bergaduh sama sendiri, sunni lawan syiah di lembah arab, hamas lawan fatah di pelstin, Taliban bersatu dengan Al Qaeda lawan pakatan utara yang bersatu dengan america, umno bergabung dengan MIC lawan Pas yang bergabung dengan DAP, Wahabi bergabung dengan ulamak muda lawan 4 Mazhab, yang bergabung dengan ulamak tua , itu ini begitu begini…
Mungkin korang nak tegakkan kebenaran, kebatilan dalam ugama mesti di hapus, tapi kenapa masjid tempat solat jemaah menjadi kosong dan lengang? Kenapa Sunnah Nabi di tinggalkan? Kenapa jalan bersatu tidak di indahkan? Kenapa berebut kuasa dan jawatan?
samapi caci mencaci, fitnah dan membunuh?

Sedang asyik kita mencari salah musuh kita yang juga orang islam, orang kafirpun datang menyerang lalu semua umat islam musnah tanpa mendapat pertolongan dari Allah, orang kafir terus menghina ummat islam, dari zaman kerajaan Monggol, sehinggalah hari ini, berita derita ummat islam terus sambung menyambung… di hina dan di telanjangkan, di seksa dan di malukan..,

Sedang penyelesaianya, hanya perlu kembali kepada Sunnah Nabi, dapatkan kembali quality ahli badar, hidupkan masjid seperti masjid Nabawi, solatlah berjemaah seperti nabi dan ahli badar, solatlah tahajjud seperti nabi dan ahli badar, dan bersatulah kita semua seperti muhajirin dan ansar, tak kira warna kulit, kedudukan dan keturunan…, insyAllah, janji Allah melalui lidah Nabi kekasihNYA, apabila ada hijrah dan nusrah, maka bantuan Allah akan datang.., dan seribu malaikat perang Badar akan muncul kembali!

“Sungguh Allah telah menolong kamu dalam peperangan Badar, padahal kamu adalah orang-orang yang lemah. Kerana itu bertakwalah kepada Allah, supaya kamu mensyukuri nikmatNya.”

Al-’Imran:(123)

"(INGATLAH), ketika kamu memohon pertolongan kepada Tuhanmu lalu diperkenankan-Nya bagimu: Sesungguhnya Aku akan mendatangkan bala bantuan kepadamu dengan seribu malaikat yang datang berturut-turut."

(al-Anfaal: 9)

Nikmat mana lagi yang kita dustakan?

Habis sampai sini…

Ya Allah, Tolonglahlah kami Ummat islam di seluruh dunia, dan ampunkanlah dosa kami kerana masih banyak Sunnah Nabi yang gagal kami laksanakan….

Sekian.

Ps: Kepada puak ‘Na’vi’ di Palestin, siapa antara korang yang sedia ambil tanggung jawab mencari jalan untuk menyatukan Hamas dan fatah?, nanti aku bagi gelaran korang sebagai “Toruk Makto”!

: )

Sumber gambar*: email forward

114 comments:

xxx said...

yes!1st comment n 1st time comment!

lizay_73 said...

salam saudara hamka...
semakin hampir hujung dunia...
semakin teruk keadaannya...
terima kasih atas info anda

uan609 said...

Best!! aku tau kesimpulan begini yg akan kau usulkan (bg kes israel-palestin) alah senang cerita kafirun-muslim dan ake SETUJU!

Akhyar said...

info menarek..syukran jiddan

Anonymous said...

top 5..hek3...jap ag baca..komen dulu..ahahahha..

-kucingsentiasaterbang-

kaptzam said...

artikel yg menarik dari saudara HAMKA..

Anonymous said...

syukran..rasa cam nak nanges pon ada..seronok dapat kongsi ilmu..
huhuu nak dapat quality ahli badar..

-ahli badar sekolah pon bukan-

Anonymous said...

salam..

solat pun tertinggal-tinggal,
facebook hapdet hampir setiap jam,

cari seribu malaikat,
yang dapat seribu sati maksiat,

mata, jari, baca dan tulis blog hari-hari,
amal agama macam ala kadar yang sepatutnya seperti ahli badar!

nah, hamka, nota ini juga untuk ambo, terima kasih dan kirimkan salam untuk puak Na'vi..
bahawa kita pun adalah pewaris kerja Nabi..
11,12,13 jun 2010 di suatu tempat di Bukit Jalil
Masjid Sri Petaling
Perhimpunan orang-orang Seislam.
-mencari seribu jemaah tunai 40 hari dan 4 bulan..

-Ibn sabil

ansarullah said...

mohon copy..=)

ansarullah said...

mohon copy..=)

Vanjenazah said...

Salam

Untuk dapatkan quality badar

Saya dan tuan-tuan perlu hijrah selama 3H setiap bulan, 40H setiap tahun, 4B seumur hidup

Insyaallah quality ahli badar hadir dalam hidup saya dan tuan-tuan

Ya allah pilih la aku dan umat untuk belajar usaha nabi mu

insanlemah said...

mencari seribu jemaah..

insyaAllah, doa kn aku termasuk dlm 1 jemaah tu (4b ipb)..amin ya rabb

Nerzhul said...

ada orang hanya amal sunnah nabi demi kepentingan sendiri sahaja. seperti kahwin 4. contoh. hehehe

Nur said...

Salam

Syukran jazilan kerana menyemarakkan lagi semangat berjuang dalam diri ana ;-)

dalila said...

en hamka,saya mintak izin utk post as notes entry ni kt FB.

Ann said...

terharu ngn pjuangan org2 zaman dahulu...

insyaallah akan amik iktibar..tq

Kampung said...

tak payah la seronok first comment..entri pun x baca

Mohd said...

prang badar 313 shabat
50000 mlaikat tolong
ari ni?
1 mlaikat pn x tolong

atap_aje said...

Quality ahli badar yang saya dan tuan2 belum dapat. Usaha lagi dan lagi sampai tiada lagi. Insya Allah.

ishiko said...

salam... singgah-singah ye...

wahh.. sampai tiru avatar segala tu..
masyallah, hebat betul org zaman2 dulu ye..

Anonymous said...

nak kembali ke sunnah
rasulnya..
tinggalkan bidaah2
nya sekali..
-org yg sama-

ika said...

Salam..
dari hari ke hari semakin terok.. takut bile pikirkn mse akn dtg..

zue's said...

salam saudara hamka,

terima kasih dengan info yang amat bermakna. rasa sedih dan sayu mengenangkan keadaan keliling hari ini....
semoga saudara diberkati Allah sentiasa....

wasallam.

Amin007.Ledang said...

amal soleh tak buat,
doa tak mintak dengan sungguh2,
doa banyak mintak dunia aje.

benda yang paling mahal tak mintak, jadi macam mana Allah nak hantar 1000 malaikat yang sekarang tengah bersedia atas langit tu???

diela said...

Astaghfirullahalazim...byk rupanya beza ntara kita ngan umat tdahulu (unmat Islam)..skang ni bla brdakwah n kuar tajuk ckit mula la org igt mnyimpang..bgi cnth politik mula la org kta ikot parti itu ini..n tnpa kita sedar sbnrnya kita smkin jauh dr Islam sbnr

cryclown said...

sini pun sama..islam hadhari..pe perlu hadhari itu?
knp bukan hanya islam? klu takde liberal, syiah, dan mcm2 lagi..
ckup islam saja boleh bukan?

Muhammad Ridzuan said...

Ada dalam satu hadith yang aku pendekkan mafhumnya :

Nabi saw bagitau sahabat ra dia baru doa 3 perkara, 2 Allah terima 1 je di tolak :
1. Jangan biarkan Ummatku mati kebuluran
2. Jangan biarkan Ummatku ditindas oleh orang kafir
3. Jangan biar Ummatku bertelagah/berpecah-belah

yang no 3 tu Allah tolak, so tak hairan la Ummat Islam asyik nak bergaduh je. Wallahualam. Allah lebih tahu kebaikannya kenapa dibiarkan perkara tu.

Sepatutnya skrg tiada Ummat islam yang kebuluran dan tertindas tapi masalahnya perkara tu berlaku. Kenapa boleh berlaku? Mustahil Allah mungkir dengan kabulnya doa nabi saw tu. Pernah tak terpikir?

Satu Buznama bagitau sebabnya ialah orang Islam harini tak termasuk dalam kalangan Ummat yang Nabi saw doakan tu sebab kita semua tak buat tanggungjawab yang Allah bagi kita semua sebagai Ummat yang Allah sebut dalam Al-Quran "Kamulah Ummat yang terbaik kerana ....." (sambung sendiri). Selagi Ummat tak kembali kepada kerja Amar Makruf Nahi Mungkar (ie kerja dakwah) cara Nabi saw selagi itulah Allah tak hantar Malaikat bantu.

yang kita semua boleh dapat hanyalah minyak atar Malaikat Subuh...

Ampuan Awang said...

salam, sahabat.

teruja aku menatap entrimu ini kali ini.

Ahlia sape said...

"(Ingatlah wahai Muhammad) ketika engkau berkata kepada orang2 yg beriman (untuk menguatkan semangat mereka):

"Tidakkah cukup bagi kamu, bahawa Allah membantu kamu dengan TIGA RIBU tentera dari malaikat yg diturunkan?"

A-LI IMRAN (124)

Bahkan (mencukupi. Dalam pada itu) jika kamu bersabar dan bertaqwa, dan mereka (musuh) datang menyerang kamuj dengan serta merta, nescaya Allah membantu kamu dengan LIMA RIBU Malaikat yg bertanda masing-masing.

A-LI IMRAN (125)

Teringat masa anak lelaki saya balik bercuti hariraya (dari madrasah) tahun lepas. Masa kami makan dia bercerita tentang isi bayan wspsi atau nasihat dari ustaz sebelum bercuti.

Ustaz menceritakan perihal perang badar yg dibantu oleh 5000 malaikat. Di mana malaikat itu sampai sekarang bersedia membantu umat ini..syaratnya kita kekal dalam sunnah.

Ustaz tanya, adakah kamu tengok orang2 yg berjuang di Palestin itu berjanggut, atau berjubah. (Setiap sunnah itu besar...tanda cinta pada Nabi). Kalau malaikat nak datang tolong pun dia tak kenal...tak macam sahabat...Jadi ustaz menasihatkan pelajar2 madrasah tu bila balik bercuti..kekalkan dengan sunnah...sentiasa berjubah dan teruskan amalan yg di amalkan di madrasah..yakni jgn balik rumah tinggal jubah, serban, solat berjemaah....dll.

Wallahualam

Nur_88 said...

salam akhi..
bicara kali nie memang meruntun rasa di hati..sebak di dada bertandang..airmata membasahi di pipi..suatu peringatan yang ikhlas dan tulus..Manusia leka..seperti juga nur...Alhamdulillah..kerana kesedaran yang diberikan ini..Tq akhi..Moga akhi dan keluarga chat dan bahagia hendaknya..Wassalam..halalkan yer..nur copy..:)

ALANG said...

TERBAIK WOK!!!

mengenaldiri said...

salam..

masyaAllah, kupasan yg sangat baik dan bernas..
terpempan seketika..
=)

yusyanti said...

entri dan hujah yang bagus....
mohon utk link kan ke fb...moga dipanjangkan entri yg bagus ini

kaizen shinobi said...

tersangat setuju ngan ko....

hmm...

ade entry yang berkait gak... nak share la.. hehe

http://kai2en.blogspot.com/2010/04/kenapa-mesti-menyelamatkan-baitul.html

dan

http://kai2en.blogspot.com/2010/06/isu-palestine-aq-dah-kata-dah-tak-payah.html

erk? hehehe...

nih just pendapat aq.. lalalala~

tapi aq pening jap.... cne toruk leh ade kat Palestine? ngehahahhaa

hans said...

thanks
aku baca sampai habis
entry yang bagus

aby said...

salam ziarah dari saye ..

satu paparan yg menarik ..

antara kemenangan dan pertolongan allah kpd umat islam semase perang badar adalah disamping yg semenangnye sahabat2 dulu adalah ahlil ibadat, satu doa pengharapan nabi semase perang, yg lebih kurang ..

...ya allah, sekire aku tidak mendapat pertolongan mu dalam menghadapi kuam2 kafir ni ..
pastinye lps ni tidak ade org akan menyembah mu lg ....

ape akan jd jadi sekirenye tanpa pertolongan allah, kesemua 313 org tu syahid ..

apepun sekire umat muslimin menjage iman dan amal,sentiase bersih dan meningkatan amalan pastinye kemenangan akan menyebelahinye ..

sebagai mane janji allah dalam surah as shams

[9]
Sesungguhnya berjayalah orang yang menjadikan dirinya – yang sedia bersih – bertambah-tambah bersih (dengan iman dan amal kebajikan),

nekohime 猫姫 said...

for the 1st time, bacaan yang bagus ^^
banyak info menarik yang kadang kala buat saya tergelak dan tidak berhenti tersenyum..
jadi, terima kasih kerana mengisi masa saya membaca ~

hainur hapis said...

Abg Hamka , Assalamualaikum


mohon copy masuk dalam fb sy ye


sbb sy nak tag org lain plk Insya Allah

Anonymous said...

alhamdulillah maha suci Allah yg maha memuliakan.baru minggu lepas ana buka hamka pnya blog ni yg ada bnyak 1001 buah fikiran sblum kita ni jadi mayat.benar...ummat islam kini tidak lagi segah ratusan tahun dahulu.msjid lenggang dan jika pnuh pun cuma sesaf dua dan tiga ja.namun persoalanya..dapatkah kita gemilangkan kembali islam hanya dengan belajar agama tapi tidak mengamalkan ilmu tersebut?tepuk iman check wahan

qishie said...

nice entry.semoga memberi banyak manfaat dan pengajaran kepada semua.

azman said...

baru terpikir kualiti 313 org tu...sangat jauh lagi untuk mencapai kualiti seperti itu..tq hamka diatas ingatan anda!! :D

Dayah said...

Salam Hamka,

Sungguh mengujakan membaca entri kali ni.
Dayah terpaksa mengambil masa dari pagi membuka hingga ke malam untuk menghabiskannya..kekekeke.. gara2 kerja menimbun.. terpaksa baca para by para..

Anyhow.. true..
Not easy nak tgk quality seperti ahli badar. Nak kata tak ada langsung, mungkin ada cuma nak jumpa payah.

Mahsan said...

l2, aku sokong,kita sekarang hanya tahu pandai cakap jer,sampai berapi2 mulut.kui3. tapi hakikatnya perkataan yang dilafazkan adalah kosong..aku setuju dengan artikel2 yang ada dlm blog ni..semoga makin2 ramai la yang baca artikel dalam blog ni ek.

Anonymous said...

salam..

tuan-tuan dan puan-puan yang dimuliakan oleh Allah SWT..

CUBA LIHAT PADA SURAH AL-IMRAN AYAT KE-13.(korang kan malas nak buka tafsir khen.. tak per.. ambo pun lagi malas, tapi entri Hamka telah pujuk ambo buka buku tafsir)

"Sesungguhnya telah ada tanda bagi kamu pada dua golongan yang telah bertemu (bertempur). Segolongan berperang di jalan Allah dan (segolongan) yang lain kafir yang dengan mata kepala melihat (seakan-akan) orang-orang muslimin dua kali jumlah mereka. Allah menguatkan dengan bantuan-Nya siapa yang dikehendaki-Nya."

(surah ke-3 ayat ke 13)

nampak tak dengan jumlah 313 orang ahli badar, Allah swt, ceritakan dalam Al-Quran, pun dengan nombor yang sama.
-ambil lah pelajaran wahai ummat yang ditangisi oleh kekasih Allah iaitu
Saiyidul Mursalin, Rasullulah SAW..

-ibn

Hapiz Rahman said...

setuju sangat dengan saudara hamka.. Umat Islam sekarang dah berpecah belah.. Memang kunci kepada kemenangan kita adalah bersatu padu, bukan untuk jaga periuk nasi sendiri sahaja.. Insap dua minit..

http://cintahatikamu-novelonline.blogspot.com

lobai cool+hensem said...

salam

disobabkan sumo eh setuju ngan kau,mako den pun setujulah..bak kato oghang tuo tuo..
kok putih kato kau,
putihlah kato den,
kok hitam kato kau,
hitamlah kato den!!

Heysátan said...

dah lame aku x baca blog yg menghayalkan aku, kehkeh...credit to Hamka

abu-aufa said...

AKU DAN KORANG SUME BERTANGGUNG JWB BLE UMMAT INI ADA YG JAUH DARI AGAMA...DAN USAHA KEMBALI AMALKAN SUNNAH....BLE TGOK REMAJA PALESTINE JD CMNI..AKU NK TERGELAK PON ADA,,NAK SEDEY PON ADE...CMNE DEPA LEH JDI CMNI..SAPE YG BERTGJWB NK BAWA DEPA KEMBALI PD AMAL AGAMA SEBENONYE...

abu-aufa said...

SATU KETIKA DULU 5-6 THN LEPAS AKU MASI IGT BILE SATU JEMAAH ARAB PALESTINE DATANG KG AKU...AMIR SAB DIA BG KARGUZARI MASE DLM BAYAN...APE KTE DIA..."TUAN2 YG MULIA SEBELOM SYE BUAT DAKWAH NI SYA SPT TIDAK KENAL AGAMA..DAN AMALAN SUNNAH..DAN SAYALAH ANTARA ANAK2 MUDA PALESTIN YG BANGUN MENENTANG ISRAEL DNG BALING BATU DSBNYE..TPI BLE BUAT DAKWAH SYE NMPK INILAH JLN SELESAIKAN MASALAH PALESTINE...YAHUDI AKAN GENTAR BLE UMMAT INI BGN BERSATU DLM KEJE DAKWAH..PENAH SEKALI KAMI KUAR UTK BUAT GASH DLM PERJALANAN GASH DI TAHAN OLEH TENTERA ISRAEL ..MAKA DIACUKN SENJATA KT KEPALA KAMI..TYE TENTERA YAHUDI KAMU NK KEMANA KTE KAMI..KAMI NK GI ZIARAH JMPE SEDARE2 KAMI UMAT ISLAM..MEREKA KATA TAK BOLEH KALU KAMU BERGERAK KAMI AKN TEMBAK...MKA KAMI TERUS JUGAK BERGERAK TANPA MEMPEDULIKAN TENTERA ISRAEL ...MAKA DIACUKAN SENJATA PD KAMI ..SUBHANALLAH ..DNG KUASA ALLAH SENJATA TK MELETOP..APABILA DI TEMBAK KE UDARA MO PULA MELETOP..MKA KAMI PON TETAP TERUS BERGERAK UTK GASH...SEKALI LGI SENJATA DILETAK PD KEPALA ...DN DGN IZIN ALLAH SENAPANG TAK LETUP...MKA INSIDEN INI DI LAPORKAN TENTERA YAHUDI LAKNATULLAH ITU PD KETUA MEREKA ...DAN BLE DIRUJUK PD ORG2 AHLI KITAB MRK...APA KTE MEREKA...ORG2 INI JGN KAMU GANGGU MEREKA KERNA MEREKA ANTARA ORG YG BUAT KERJA2 NABI...KALU KITE GANGGU MEREKA DLM KERJA NI ..DIKUATIRI MUSIBAH DAN BAHAYA DATANG PD KITE"...AKU YG DUDUK DENGAR DLM BAYAN ITU JDI KAGUM DAN BETAMBAH YAKIN DNG KEJA YG MULIA...AMIR SAB NYE DULU TAK ADE JANGGUT SKANG BLE DA BUAT KERJA DAKWAH NABI NI NAMPAK TERPANCAR SUNNAH PD WAJAHNYE....DAN HARINI BLE SAJE KERETA2 KEBAL YAHUDI MELINTAS KWSN MARKZ DAKWAH DI PALESTIN / ISRAEL MEREKA HANYA MEMBELOK DAN MENGELAK DARI MENGGANGGU ...KERNA KEBESARAN DLM KERJA DAKWAH INI ALLAH CAMPAKKAN KEGERUNAN PD MUSOH2 ISLAM...DAN APA YG KTE LIHAT HARINI YAHUDI CUMA BERANI BELASAH REMAJA2 ..DAN ANAK MUDA PALESTIN YG JAUH DARI AMAL AGAMA...YG SEMPAT LAGI MENGECAT BADAN MEREKA SPT PUAK NA'VI...HUHU..SEDEY AKU...MMG AKU DAN KORANG SUME BERTANGGUNG JWB UTK BWA MEREKA INI PD AMAL AGAMA...QURBAN LAGI DAN LAGI...

Anonymous said...

huh...easier said than done kn..

bg ssetengah org slalu yg trdetik d hati-puak2 ni asyik2 solat brjemaah ja..err..takkn takkan xdak bnda yg lebih pnting..contoh..(u name it urself la kn..nnti ada yg terasa plk..).

slalu kita trsasar.. nk amal agama kna ikut tafsir kepala sendiri(nafsu mgkn).cmana la agaknya klu nabi nuh a.s tafsir perintah ALLAH ikut kepala sndiri mcm org2 yg engkar ajakan dia.ya la..di perintah buat bahtera bkn tepi laut bahkan 850 batu jauh dr laut.atas bukit plk tu.. moralnya utk kita hr ni taat perintah ALLAH ikut sunnah Rasullullah.akhlak nabi adalah al quran & al quran itu kalam ALLAH.simplekn..

so..sndiri mau ingtla ya..julung2 perintah ibadat selepas iman adalah solat.

quote dr bayan jemaah pedal-nk taat perintah ALLAH mudah.nk solat xyah pakai bj mahal2 asal bersih & menepati syara'.nk langgar perintah ALLAH yg ssah.nk gi dangdut bj kna la yg sewaktu dgnnya..doa

-petot-

Anonymous said...

** insaf dah **

aku hrp org2 yg sdg menyalak bukit tu dpt baca entry nih..
aku cam dah bosan bila tiap2 kali berlaku penghinaan terhadap org islam, ramai yg tampil dgn semangat yg berkobar2 kononnya..
tp hampeh..diri sendiri pun xpenah posa dan solat ada hati nk bunuh org kapiaq..dia igt dengan xda senjata iman tu boleh dpt bunuh depa ka?
pas ni mesti nk boikot2 plak kan..
sowiii aku xminat nak join program boikot2.
(awat aku cam hangin satu bdn ja nih?)

Norazizah said...

salam semua

tak penah komen, just jd pembaca setia

tp nak letak satu ayat je kat sini :-)

entry ni antara entry yg sgt berkesan kat hati,tahniah, teruskan perjuangan

green said...

dari kecik ku baca cerita tentang perang badar ni, tp tak pernah dr perspektif mcm ni..

syukran jazilan.

Anonymous said...

kesimpulannya ialah 'tak de kemenangan tanpa pertolongan dari Allah' & utk mendapatkan pertolongan Allah = amalan ahli badr..amat membuka mata, terima-kasih..

:) mok

Muhammad Hanis said...

First time baca blog ni. Insaf rasa bila iman senipis kulit bawang.

Aku dah add link blog ni kat blog aku. Senang nak baca bila ada update baru.

merah_s said...

SATU Malaikat pun tak datang tolong...!! Huhuhuu... kita perbaiki amal diri kita yang banyak dah meruntun jiwa nabi..

Anonymous said...

umat islam skrg sgt ramai dan ibarat seperti buih dilautan..tp iman yg sgt nipis dan luluh..iman & yakin mereka hanya pada makhluk..mereka yakin dgn persenjataan yg canggih mampu memenangi peperangan..mereka lupa sejarah perang pd zaman nabi dan sahabat..

anuar said...
This comment has been removed by the author.
Pekida said...

Aku lihat layu dalam Melayu
Aku pasti bukan aku seorang sahaja yang nampak
Ada juga bercadang bertanya tuan punya
Tapi bercampur risau dengan tak tergamak
Nanti di kata tak bersyukur
Di kata tak sedar diri
Jadi aku menyendiri memerhati
Dan akhirnya mengakui
Yang kita sendiri membiarkan bunga raya layu ke kanan
Dan dibiar bunga tak cantik mekar di kiri
Aku lihat layu dalam Melayu
Tanah air kita yang punya kita siram kita baja
Tapi angin api kita lupa
Mereka merancang masa menjilat bangsa
13 Harimau bertukar menjadi mangsa
Kita lupa nenek moyang kaya raya
Jangan sekali- kali di gadai harta bendanya
Ku lihat layu dalam Melayu
Ku lihat layu dalam Melayu
Ku lihat layu dalam Melayu
Takkan Melayu hilang di dunia
Ya.Tapi apa guna tak hilang di dunia
Kalau kewujudan tidak dirasa
Petah berbahasa kudrat tak berjasa
Orang berbudi kita hanya tahu merasa
Selalu lari bila di rapat
Selalu malu bila soalan di aju
Selalu segan memberi pendapat
Rela mengikut dari meneraju
Belum nyanyi sudah bersorak
Suka berjanji dalam borak
Bukan kata tak ada otak
Cuma tak berfikir di luar kotak
Ku lihat layu dalam melayu
Ku lihat layu dalam melayu
Ku lihat layu dalam melayu
Aku jadi sayu
Bunga menangis dia mendayu
Mahu jadi cantik tapi ragu
Aku merayu
Bangunlah semula hidup kembali
Jangan tunggu matahari mati
Cepatlah mekar sebelum terlerai
Perjuangan kita belum selesai

Shazlin Shaharudin said...

entri yang best..terima kaseh :)

Anonymous said...

Assalam....Tentera Monggol menakluki Kota 1001 malam kerana menteri kanannya Umayiduddin Muhamad Al-Aqami telah berdendam dengan ketua tentera, Rukunuddin Al Daudar serta berpaling tadah dengan tipudaya Hulagu Khan cucu Genghis Khan.

Yang menariknya.. tentera Monggol yang sama ketika sedang mengasak dunia Islam dengan rakusnya ke hujung tanduk... telah tewas kepada tentera Mamalik dan tentera syahid di bawah pemerintahan Sultan Mesir yang baru dilantik beberapa bulan iaitu, Saifuddin Qutuz. Jullanar, isteri Saifudin Qutuz telah berperang di sisi baginda dalam peperangan di Ain Jalut, yang berhampiran dengan Hittin dan Yarmuk.

Ketika keadaan tentera Islam tertekan dan menuju kearah bibit-bibit kekalahan tiba-tiba, seorang tentera Monggol telah menetak pedangnya dan mengenai dada Jullanar....Saifuddin Qutuz ketika mendapatkan isterinya yang sedang nazak telah merintih, "Wahai isteriku...wahai isteriku" sambil memangku kepalanya. Isterinya berkata "Jangan ucapkan begitu wahai suamiku, ucapkan wahai Islam...wahai Islam" sambil menghembuskan nafasnya yang terakhir.

Setelah kesyahidan isterinya. Beliau telah bertakbir dan meluru masuk ke medan peperangan sambil berteriak dengan nyaring..."Wahai Islam!!!..wahai Islam!!".

Terkejut beruk tentera Monggol lihat Sultan Mesir masuk meluru ke medan pertempuran dengan kudanya. Bukan tentera Monggol je...tentera Islam cempera tengok boss depa tiba-tiba jaws...he..he..

Tentera Monggol cuba bersungguh-sungguh untuk membunuh Sultan Saifuddin Qutuz tetapi, sepertimana kata Hamka, Allah swt bersama-sama ummat ini...kuda Saifuddin Qutuz berjaya dibunuh, tersembam menyembah tanah. Sultan Saifuddin selambe je bangun dan terus bertempur guna senjata.

Apa lagi..tentera Islam tengok boss jaws depa pun jawslah...

Ketua tentera Monggol, Kitbuqa tak puas hatilah plak...dia pun nak tumpang glamour macam Sultan Saifuddin tempur guna senjata maka, Kitbuqa pun turun dari tunggangannya dan ...Jamaludin Aqusy As Syams telah berjaya memancung kepala Kitbuqa ketika itu.
Melihatkan ketua tentera mereka mati maka, tentera Monggol yang berjaya menawan bandar 1001 malam tersebut menjadi lemah dan akhirnya kalah.

Khalid
P/s: di manakah Jullanar ku...?

Shazlin Shaharudin said...

oh, mohon izin di copy ya...

Anonymous said...

salam..

apabila bapa-bapa kami tak pernah pun keluar 3 hari atau pun 40 hari mahupun 4 bulan..

maka kami mendapati bapa-bapa kami okey aja..?

Wahai ummat yang ditangisi oleh Kekasih Allah SWT, lihat lah pada diri kamu, apakah tanda kamu beriman pada Pencipta Alam Semesta, Pencipta kepada Hari Pembalasan, sejauh mana keyakinan kamu pada Hari kebangkitan, apa amalan yang kamu sediakan untuk perjalanan yang jauh dan selama-lamanya.

kasihanilah diri kamu sendiri, letakkanlah dalam suasana agama yang akan membantu kamu mengamalkan kesempurnaan agama.

salahkah kamu meletakkan hati kamu di rumah Allah barang seketika untuk hati tunduk, redup dan bergantung harap akan keampunan, ketenangan dan juga kekuatan iman untuk berlaku taat.

sebagaimana kamu bersedia meletakkan diri mendapatkan diploma, ijazah juga sarjana pada jangka 3, 4 hingga 6 tahun..

maka 3 hari 40 hari atau 4 bulan menjadi payah bagi kamu, walhal kamu hanya berada di Rumah Allah!?.

Semoga Allah SWT terima saya dan kamu semuanya di dalam usaha agama, seperti Ahli Badar, mereka terdiri daripada Muhajirin dan Ansar (orang yang keluar dijalan Allah (sahabat dari Mekah hijrah ke Madinah) dan orang yang buat usaha tempatan (orang Madinah yang membantu ornag Muhajirin bersama-sama dalam usaha agama))

selagi belum ada sejumlah seminima 313 orang (merangkumi seluruh dunia Islam) yang bersifat seperti Ahli Badar, selagi itu seribu Malaikat yang terdahulu tidak membantu ummat ini..

bangunlah.. kerana Allah SWT tidak pernah menjanjikan kemenangan berupa kuasa, kerajaan mahupun kelantan..
tetapi Allah menjanjikan kejayaan apabila seluruh ummat amal agama, taat perintah Allah dan menghidupkan Sunnah kekasih Allah.

-kepingin hati seperti Sahabat RA.

Anonymous said...

salam..

apabila bapa-bapa kami tak pernah pun keluar 3 hari atau pun 40 hari mahupun 4 bulan..

maka kami mendapati bapa-bapa kami okey aja..?

Wahai ummat yang ditangisi oleh Kekasih Allah SWT, lihat lah pada diri kamu, apakah tanda kamu beriman pada Pencipta Alam Semesta, Pencipta kepada Hari Pembalasan, sejauh mana keyakinan kamu pada Hari kebangkitan, apa amalan yang kamu sediakan untuk perjalanan yang jauh dan selama-lamanya.

kasihanilah diri kamu sendiri, letakkanlah dalam suasana agama yang akan membantu kamu mengamalkan kesempurnaan agama.

salahkah kamu meletakkan hati kamu di rumah Allah barang seketika untuk hati tunduk, redup dan bergantung harap akan keampunan, ketenangan dan juga kekuatan iman untuk berlaku taat.

sebagaimana kamu bersedia meletakkan diri mendapatkan diploma, ijazah juga sarjana pada jangka 3, 4 hingga 6 tahun..

maka 3 hari 40 hari atau 4 bulan menjadi payah bagi kamu, walhal kamu hanya berada di Rumah Allah!?.

Semoga Allah SWT terima saya dan kamu semuanya di dalam usaha agama, seperti Ahli Badar, mereka terdiri daripada Muhajirin dan Ansar (orang yang keluar dijalan Allah (sahabat dari Mekah hijrah ke Madinah) dan orang yang buat usaha tempatan (orang Madinah yang membantu ornag Muhajirin bersama-sama dalam usaha agama))

selagi belum ada sejumlah seminima 313 orang (merangkumi seluruh dunia Islam) yang bersifat seperti Ahli Badar, selagi itu seribu Malaikat yang terdahulu tidak membantu ummat ini..

bangunlah.. kerana Allah SWT tidak pernah menjanjikan kemenangan berupa kuasa, kerajaan mahupun kelantan..
tetapi Allah menjanjikan kejayaan apabila seluruh ummat amal agama, taat perintah Allah dan menghidupkan Sunnah kekasih Allah.

-kepingin hati seperti Sahabat RA.

pendapat pastu jadi riwayat said...

salam

sya pun nak bagi gelaran admin sebagai “Toruk Makto”!

wasalam

Anonymous said...

boleh pecaye ke ni kerja bdk remaja palestin? mgkin ni provoke yahudi jgk.. bdk remaja kt sane rmi cbuk berjihad.. xde mase nk wat mnde plik2 ni.

dlm al-quran Allah ade sebut, org yg berjuang di jalan Allah, Dia pasti akan bg bntuan bala tntera malaikatNya..Cuma nk berkgsi, dari sumber yg pernah sy bace (boleh dipercayai insyaAllah), byk insiden2 plik yg berlaku ktika perang Umat islam di afghanistan dgn russia. ade satu kes, smpi tentera2 russia sndri mnyerah dri stelah satu malam mrk dengar tembakan2 pluru n bnyi bom mltup dkt dgn tmpt perthnn mreka dan ini telah mbuatkan mreka rase sgt2 terancam sbb bnyinya sgt hebat sprti beratus2 mujahidin sdg mngepung kwsn mreka.. tentera2 russia ni mmg igt sume tu dtg dr tntera mujahidin. itula yg trus mnyerah tu.. sdgkan pd mlm yg same, tntera2 mujahidin ni, mrk berthjud same2 dan bersolat sunnat yg lain.. lihat, itu adlah satu bukti bhw Allah dah trunkan pertlgnNya yg tidak disgka2.. bnyi2 tembakan pluru dan bom dtg dri bantuan tentera malaikat. dan ini hanya satu kes, byk3 da byk lg cntoh bantuan Allah bg org2 yg berjuang di jalan Allah.. dan skrg ni pn msti da byk bntuan Allah trun utk para mujahidin di afghan palestin atau di mane shj. cuma KITA di takuk msia ni xtau dan trus xtau sbb x amek pduli.. btol x kwn2? Yakinlah! bantuan Allah pasti akan dtg jika kita btol2 yakin dgn bntuanNya dan snggup berjihad di jalanNya.

Zul said...

viva palestine

Madzlan said...

selamatkan PALESTINE !

TaufanGanas01 said...

Hamka secara x lansung telah menjalankan usaha dakwahnya melalui blognya.... tahniah....Honestly aku terkesan dengan cerita tentang perang2 badar... Aku klu dengar citer2 psal perang dizaman kebangkitan Islam memang memberi kesan mendalam kpd aku...Teringkat ketika aku satu bilik dengan Hamka citer psal kipas no 5....

Hamka said...

sejarah!, 60 komen dan takde negatif...

Semua suka, dan akan amal serta sampaikan, mudah mudahan, (akupun)..

ringkas komen aku untuk korang semua adalah dalam bentuk sajak untuk orang pelestin dan semua penduduk pandora..

SAJAK KHAS DARI TAROK MAKTO:

galikan aku dua buah lubang di depan rumahku,

untuk ku liat setiap hari sebelum kerja dan selepas pulang kerja.

satu lubang untuk sampah dan satu lubang untuk aku.

sampai masa, timbuskan lubang itu semua..

ps; baca dalam bahasa inglish.

Anonymous said...

Rekod dipecahkan komen ke 71 tanpa sebarang unsur negatif. keep it comin bro.....!!!!

Khalid.
P/s: ada satu hadith dalam muntakab menerangkan lebih kurang, bila kita dapat lihat ganjaran yang Allah sediakan kepada mana-mana orang Islam yang mengalami apa-apa kesusahan, kepayahan dsbgnya. maka kita akan berbisik pada hati kita alangkah eloknya kalau didunia dulu..aku disiat-siat..Wallahu'alam setaiap kesusahan ada ganjarannya...redha je..

Anonymous said...

Kalau betullah itu remaja Palestin, kesihan mereka...

Acik fosilmitra said...

Hidup! Hidup!!
Hidup Palestin!!!

Hancur! Hancur!!
Hancur Israel!!!

bent4mrun said...

Salam en hamka.
1st time to read this blog, pengisian yg sgt baik. Mabrouk, teruskan sedarkan masyarakat.

Tentang Org Palestin berpakaian seperti Navi itu adalah satu cara bg mereka utk sampaikn message kpd org barat esp. the US. Mrk menentang Israel menggunakan batu, tiada senjata yg canggih2 spt Israel army. Itu salah satu cara mereka memprotes kekejaman Israel.

Org palestin terpaksa buat mcm tu sbb selama ni masyarakat dunia tak dpt cerita yg benar ttg palestin. Media mereka putar belit. Dlm movie avatar cerita tersebut agak parallel dgn conflict yg berlaku antara Palestin-Israel. So this is a creative attempt by Palestinians to convey their message to the western. Boleh tgk video di youtube
http://www.youtube.com/watch?v=Chw32qG-M7E&feature=player_embedded

Semoga Allah hitung setiap amalan kebaikan kita. Wallahu a'lam

*my love haqiqi* said...

benar..

lobai cool+hensem said...

salam..

bila bercakap, kita akan cakap apa yang kita suka cakap.

tapi orang yang dengar, dia nak sesuatu yang dia suka dengar bukan yang kita suka cakap.

ps.eh...berapa banyak cakap daa..

Wan Perlis said...

kami bersama Palestin !

Sirr said...

MasyaAllah
terima kasih atas kesedaran dan informasi yang bermanfaat untuk semua

riana said...

bro hamka,
aku suka entri ni. bermakna sungguh.

cuma aku ada satu persoalan. ada orang-orang bijak pandai dan liberal mengatakan punca peperangan islam vs kafir ni adalah ekonomi. orang-orang zaman nabi dulu macam mana pula ya?

Farhan Iskandar said...

Salam. Ikhlas cakap, ni adalah entry yg paling besh, paling bermakna dan PALING BERKESAN kat blog ni..
kpd bro Hamka: Istighfar banyak2, takut nanti jadi UJUB plak.. hehehe..
^_^

Hamka said...

mana yang nak copy paste, silakan, dan bagi aku kredit, key..

bukan nak riak, takut jika ada yang nak betulkan entry tu, boleh rujuk aku, akupun nak belajar, insyAllah

: )

ps: dah tengok video tu, bukan provoke yahudi.., isk..

nrdn said...

saudara hamka...
saya cadangkan supaya saudara kaji pasal asal usul usrah...
sebab kenapa usrah diwujudkan...
dan juga point2 dalam meeting Imam Hasan Al-Banna (pengasas usrah) dengan ulama2 sekitar mesir tu, iaitu perpecahan ummah...
sangat2 berkaitan dengan artikel saudara kali ini...

mizi said...

Mengapa ada juga orang islam yang terbunuh dalam peperangan badar,bukankah mereka telah dibantu oleh beribu malaikat???padahal seorang malaikat sudah cukup untuk menghancurkan segalanya..

Anonymous said...

salam

ohh org yg terkorban pada perang badar telah dapat buktikan ketulenan keimanannya pada Allah swt dan cintanya pada agama melebihi nyawanys sendiri...dan mereka r.anhum telah berjaya.

tanya diri kita sendiri


adakah kita lebih mementingkan Allah dan rasul dan agama dari segala2nya...jika betul, apa buktinya?

"Katakanlah (wahai Muhammad): 'Jika BAPA2 kamu, dan ANAK2 kamu, dan SAUDARA2 kamu, dan ISTERI2 (atau SUAMI2) kamu, dan KAUM KELUARGA kamu, dan HARTABENDA yg kamu usahakan, dan PERNIAGAAN yg kamu bimbang akan merosot, dan RUMAH2 tempat tinggal yg kamu sukai, - (jika semuanya itu) menjadi perkara yg kamu cintai lebih daripada ALLAH dan RASULNYA dan (drp) BERJIHAD utk AGAMANYA maka tunggulah sehingga Allah mendatangkan keputusanNya (azab seksanya) kerana Allah tidak akan memberi petunjuk kepada org2 yg fasik (derhaka).

At-Taubah 24

Adakah kita ada alasan untuk tidak pergi solat berjemaah di masjid?

marilah sama2 kita ambik fikir risau Nabi saw.

Wallahu'alam

'84'

Anonymous said...

bagi pendapat ku...avatar filem yang biasa2 je...yg luarbiasa cume gambar je..
kalo menang award best picture ok lah...

thats why pabila kalah dlm satu award baru2 ni yang dimenangi oleh bekas isteri james cameroon aku tak terkejut bahkan bagiku, filem bekas isterinye lebih ber"cerita"..

ala2 mcm kemenamnngan filem sepet ke atas Puteri Gunung Ledang ler lebih kurang..aku mmg jangka dari awal sepet akan menang...

well...

kasma booty

Anonymous said...

hm... mane lebih molek yek, ejaan 'islam' ataupun 'Islam'?

Hamba Allah said...

hm... mane lebih molek yek, 'Anonymous' ataupun 'Hamba Allah'?

harum said...

best!!~
jemaah itu pnting...
bersatu....

Hamba Allah said...

hm... mane lebih molek yek, ejaan 'islam' ataupun 'Islam'?

Hamka said...

----------
nrdn

usrah bagus, dan yang bagus, Usrah buatlah di masjid, ajak semua orang, dan naqib perlu tukat ganti(supaya tak perasan bagus), dan banykkan muzakarah tentang iman dan amal, elakakn isu semasa atau cerita politik..

usrah hari ini banyak buat bukan di masjid, dan asing, dari orang ramai, naqib perasan bagus, dan bila bukak isu ugama, masing masing nak tunjuk pandai dalam berhujjah, (boleh datang riak) dan cari hujjah betulkan kesalahn ahli parti yang salah(boleh jadi syirik) .., boleh tulis isu ni lain kali kot.

------------
mizi

mereka berdoa mati syahid, ada yang Allah makbul, dan ada yang tak, dan itu adalah rahsia Allah..

------------
kasma booty

tapi filem hurt locker tu tak best pun aku tengok..,

---------
harum

satu Ummat..

---------
Hamba Allah

: )

bayibotolkicap said...

salam. ini entry terbaik sebab tak ada satu pun perkataan 'WOHA!'! mohon copy n paste. tq.

aishah_conteng_je said...

haah la..takde woha. aishah pun suka. tapi tak suka gambar2 makhluk biru tu. gelii

...antikapel... said...

kita manusia yang sering alpa...
kita manusia yang sering leka...

kita jarang mengucap syukur...
nikmat yang diterima anggap sebagai usaha sendiri...
walhal kita tak pernah terfikir atau malas berfikri yang nikmat itu dari Dia yang Pemurah...

jangan di cerca emak yang banyak anak....
kerna dia melahirkan umat nabi yang ramai...
jangan sesekali merancang bilangan anak...
tapi rancanglah jarak umur anak...
jangan disangkal perempuan yang ingin menjadi suri rumah sepenuh masa...
kerna itu adalah aku...hahah

kundi said...

mohon copy paste kat fb gak encik hamka..
umat islam perlu baca ni.

Anonymous said...

mohon copy paste gak kat fb aku wahai encik hamka...tq..
umat islam perlu baca ni.

Wan Perlis said...

selamatkan Palestin

Farisha said...

salam...

akhi Hamka bila nak update entri tbaru?

syukran wassalam

Hamka said...

bayibotolkicap

aku ganti woha dengan smile di hujung entry sebab tak nak penduduk ‘na’vi kecek hati..

------------
aishah_conteng_je

ha ha

-----------
...antikapel...

Dah nak kahwin ke?

----------
kundi

ok..

----------
Wan Perlis

selamatkan Rakyat Palestin

----------
Farisha

Baru jap update,!

Anonymous said...

salam..terpanggil utk menyebarkan ilmu ini kepada kawan2..berusaha untuk kebaikan..sedih dengan tangisan palestin tetapi x mampu untuk jihad bersama2 muhajidin konvoi ke GAZA untul berjuang demi islam..hanya mampu berjihad berkong info yang bermenfaat..mohon kebenaran utk post entry ni kat FB..

Anonymous said...

Selamatkan Palestin, Selamatkan Mamak dan mami serta orang 'asli' Pulau Pinang...

Anak Bumi said...

betul lah tu hamka. :)

nizamyusuf said...

salam.
sy stuju dgn artikel ini kecuali ingin tambah sket. Hamas n fatah. Hamas (sikit2 yg sy tau)dorg ni adalah pertahanan bumi al-aqsa. Selalu berjihad, solat malam, n pemuda-pemudinya bersemangat jihad. Quran adalah hidup mereka. Dan perang gaza 2009 lepas, khabar sampai di malaysia, dalam beberapa peristiwa, bantuan malaikat berlaku. Fatah pulak, dorg ni memang ad bukti berkomplot dgn yhudi.Kes di gaza- hamas, bukti sabda nabi.boleh rujuk nizamyusuf.blogspot.com/ Minta perbanyak doa. tq

Hamka said...

:)

ryina ikhwan said...

salam ukhwah utk Bro Hamka. saya ambil entri ini diletakkan di dalam FB saya under 'my notes". telah juga meletakkan address blog ini serta catatan yang notes adalah diambil dr 'my fav blogger: Hamka" :)
boleh kan? TQ.

Hamka said...

boleh..:)

Fontonk said...

point yg bernas.

Abdullah said...

Aslm..salam pengenalan..saya ingin membetulkan sedikit fakta..HAMAS xpernah berniat utk bermusuh dgn FATAH..HAMAS sentiasa berbincang dgn FATAH utk kembali mengamalkan ISLAM yg sebenar..Tetapi org2 FATAH sentiasa menolak perbincangan tersebut..HAMAS bukan parti politik..HAMAS adalah nama semata-mata..yg menjadi kayu ukur sesuatu penjuangan adalah manhaj mereka..Al-Quran dan sunnah..Harap maklum.

cloover-chan said...

uwah...pnjang berjele2 but all is beneficial for all to think back again huhu

huz007 said...

Assalamualaikum semua (expecially Hamka). Soalan untuk Hamka & sekutunya : Bagaimanakah atau apakah amalan2 yg boleh mengundang pertolongan turunnya malaikat?

Hamka said...

Fontonk

Semoga dapat amal, aku dulu patutnya!

--------
Abdullah

Nampaknya, ‘toruk mokto’ kena datang dari hamas..

-------
cloover-chan

ni sikit ni..

---------
huz007

jika kau dari parti pas, baik kau Tanya tok guru nik aziz...

hafizazmi17 said...

salam, mohon copy utk dikongsikan..

Anonymous said...

:) pjm link~ share ngan kengkawan kat fb ek... tQ :)

Cyber Of Jihad said...

salam..
kami coopy ea utk di letakkan ke blog kami http://cyber-of-jihad.blogspot.com/search/label/home..tq..! :)

Hamka said...

ok!