Dec 4, 2021

Jampi guna al quran?

“Apa komen abang keretamayat dengan resit perubatan cara islam ni?”

********

Al kisahnya, ada Jemaah sahabat nak keluar berdakwah di satu daerah di arab, tapi orang kampung sana tak bagi masuk.

Tiba tiba ketua kampung kena sengat dengan serangga berbisa, dan sangat menderita, habis semua ubat dia makan tapi masih tak baik baik juga, maka orang kampung bercadang nak minta tolong dengan Jemaah sahabat Nabi yang mereka halau semalam.

Pendek kata bila orang kampung datang cerita masalah mereka..

Amirsab Jemaah kata dia boleh tolong “jampi” ketua kampung yang kena sengat tapi dengan satu syarat, iaitu bagi mereka masuk berdakwah dan kena bayar upah jampi.

Pendek cerita, ‘Jampi’ sahabat ni berjaya, ketua kampung sembuh, dan mereka siap mendapat upah kambing yang banyak.

Bila balik jumpa Nabi, Sahabat ni bagi laporan pengalaman berdakwah di sana termasuk kisah Jampi ketua kampung.

Nabi gelak bila dengar kisah sahabat ni sebab korang tahu tak apa “jampi” yang sahabat tu baca?

“Saya baca Al fatihah jer, saya tiup, dengan izin Allah, terus sembuh”

Ya tuan tuan, Dengan Yakin betul, kita boleh guna ayat Al quran sebagat Rukyah..,

Apa yang sahabat ni buat adalah BIdaah hasanah, Nabi tak pernah ajar tapi mereka yakin, selagi amalan itu tidak bertentangan dengan akidah maka dibolehkan.

Kemudian waktu nak agihkan bilangan kambing upah itu kepada sahabat lain, ada isu keraguan sebab Bidaah ambik upah dari perbuatan bidaah, kena tanya Nabi, boleh ke buat macam ni?

Jadi bila sahabat tanya, Boleh ke upah rukyah ini di bahagi bahagikan? Nabi jawab boleh jer, dan jika Nak bagi pada Nabi pun boleh, kata Nabi sambil tersenyum… begitu kisahnya..

Maka tidaklah salah ambik upah dari Rukyah, tapi jangan sampai menunggang agama dengan amalan yang bertentangan dengan akidah dan upah yang membebankan..

Pendapat abang mayat, nak rukyah dengan Al fatihah atau ayat Al quran, silakan, dan jika masih sakit tak juga sembuh, , eloklah pergi Hospital, sebab islam tidak menolak sains, terutama kaedah sains yang ada terbukti berkesan, kerana itulah arwah Ustaz Harun Din, walaupun pakar dalam perubatan islam, beliau tidak menolak untuk dirawat di Hospital Sakit Jantung.

Zaman dulu bersunat kena mandi sungai lepas subuh untuk sejukkan zakar, baru tak sakit tok mudim potong, zaman sekarang pakai bius apa salahnya.. dulu jahit, sekarang pakai “leser” apa salahnya? Dulu penyakit kusta pakai baju besi halang wabak, sekarang cucuk vaksin, apa salahnya?

Sungguh Islam tidak menolak sains, dan ingatlah pesanan Hamka..

Untuk maju dalam urusan dunia, pandanglah ke depan!

Untuk Maju dalam urusan agama, pandanglah ke balakang!

Eh? Saya memetik kata kata sendiri?

Kebenaran apakah ini?

Woha!

Terima kasih kepada yang sudi beli buku Hamka Keretamayat. Saya Kagum dari jauh!

No comments: