Satu hari saya telah lewat ke masjid, dan belakang masjid ada dua tiga orang budak sekolah rendah sedang lepak main smartphone, saya bagi salam, dan tegur:
“InsyaAllah solat sama sama yer adik adik”
Mereka tidak pedulikan saya, sibuk main game, dan saya terus
solat masbuk…
Habis solat, saya dapati mereka masih lepak belakang masjid
main game online, maka saya pun dekati, dan minta izin nak bercakap hal agama.
Mereka izinkan, maka saya pun bercerita di syurga, kita
boleh dapat apa sahaja yang kita nak!
Adik adik tahu tak? ada kisah Nabi cerita bahawa nanti ada
orang masuk syurga nak bercucuk tanam, sedangkan di syurga tak perlu dah
bercucuk tanam, tapi memang ada orang hobi dia bercucuk tanam, maka dia minta
di syurga nak bercucuk tanam.
Allah akan beri apa sahaja, maka Allah berikan ahli syurga
benih istimewa yang mana bila dia tanam pokok terus tumbuh membuahkan hasil
sebesar gunung!
Waktu Nabi cerita, ada Orang Arab Badwi menyampuk:
“Cerita ni bukan pasal orang arab Badwi ni.., cerita ni
tentu tentang orang arab ansar, sebab
orang ansar suka sangat bercucuk tanam! Bukan kami ni!”
Terus Nabi tergelak dengan sampukan spotan sahabat tadi.
Ha ha, Macam macam kan? perkara ahli syurga minta.., ni
pakcik nak Tanya korang, masuk syurga
nanti korang nak apa?
Laju budak tu jawab, dan saya tergelak, geleng kepala dengar
soalan budak budak zaman sekarang..
Pendek cerita, saya ajak mereka solat, dan Alhamdulillah
mereka akhirnya solat berjemaah sama sama mereka..
Sementara mereka bersolat, saya nak Tanya, Korang nak tahu
apa yang mereka nak di syurga?
“Pakcik, dalam syurga
nanti ada Wi Fi tak?”
Woha!
Itulah kisah budak budak zaman sekarang, pergi mana mana
mesti nak Wi Fi, InsyaAllah dalam syurga, semua boleh dapat dik, Smarthone tak
perlu cas, Wifi laju gila, semua itu mudah bagi Allah..
Akhir kata, Semoga adik adik semua dapat jaga solat
berjemaah, walau pada mulanya niat demi gelombang Wifi yang sempurna di syurga.
Woha!
No comments:
Post a Comment