"Ayah..ada kawan suruh tanya, Boleh tak Allah cipta satu batu yang sangat besar yang tiada seorangpun yang dapat angkat termasuk Allah?”
“anakku, jika ayah tanya, boleh tak seorang Raja yang paling
berkuasa pakai mahkota yang dibuat dari tahik?”
“err, boleh tapi Raja tak akan buat”
“sebab?”
“perbuatan itu menghina Raja”
“Pandai, Jadi soalan tadi, bukan isu boleh buat atau tak
sebab Allah boleh buat apa sahaja, tapi Allah tak akan buat perkara yang
menghina dirinya sendiri”
“ya betul, dalam kelas ada kawan tanya, Allah boleh tak jadi
dua? Pening nak jawab, sebab jika jawab boleh, nanti akan jadi dua Tuhan, jika
jawab tak boleh, seolah-olah Allah itu lemah, padahal Allah Maha berkuasa, dan
salah satu tanda kuasa, adalah tidak menghina dirinya sendiri, saya faham ayah
jika orang tanya lepas ni, terima kasih”
“satu lagi anakkku, Apabila ada orang yang sengaja nak
rosakkan akidah dengan bertanya ‘boleh’kah Allah buat perkara sekian sekian
untuk tujuan menghina Allah,maka “boleh”
di dalam soalan itu telah menyamakan Allah dengan ‘boleh’nya makhluk, seperti
soalan tadi, bolehkah Allah angkat batu? Boleh disitu seolah-olah meletakkan
Allah sebahagian dari makhluk, maka bermakna soalan itu telah salah kerana
menyandarkan kebolehan tuhan yang setara dengan makhluk...
Sedang Allah tidak sama ‘boleh’nya dengan apa yang kita
fikirkan, Allah Maha Melihat, Tapi Melihatnya Allah tak sama macam apa yang
kita fikir, Allah boleh melihat tanpa cahaya, dan boleh melihat masa depan, dan
masa lalu, lalu kita tak akan mempu mebayangkan Maha melihatNya Allah.
Jadi dalam bab Maha mencipta, soalan bolehkah?.. sebenarnya
sudah salah, kerana menyamakan kebolehan tuhan dengan makhluk, Allah punya
‘boleh’: simple: Kun Fayakkun, jika Ia berkata jadi, maka ia akan terjadi..,
ini yang akal tak boleh terima. oleh sebab itu: bagaimana hendak mendapat
jawapan yang betul jika soalan sudah salah? Setakat soalan salah, semua orang
gila boleh tanya soalan yang salah, orang jahil apatah lagi-Woha!”
“terima kasih ayah”
“sama sama, semoga Allah bagi kita faham sampai syurga”
“Amin”
(sumber: keretamayat.blogspot)
Woha!
No comments:
Post a Comment