Al kisahnya.... Bank Dunia mencadangkan supaya Malaysia meningkatkan had minimum usia persaraan daripada 60 kepada 65 tahun.
Sementara itu, seramai 6.1 juta rakyat Malaysia mempunyai
kurang daripada RM10,000 dalam akaun KWSP mereka.
Daripada jumlah itu, seramai 3.6 juta mempunyai kurang
daripada RM1,000.
Maka banyak pihak menggesa agar Kongres Kesatuan
Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) meningkatkan usia persaraan
perkhidmatan awam kepada 65 tahun.
Namun, di satu sudut dunia, ramai kakitangan awam teringin
bersara pada umur 45 hingga 50 tahun.
Katanya 45 tahun pun sudah tua, apatah lagi 55 tahun?
Jadi nak Tanya abang keretamayat, umur berapa paling elok
bersara dalam islam?
Adohai, bab pencen pun korang tanya abang keretamayat,
Nampak sangat pakcik dah tua, ha ha
Okey, Bab bersara umur 65 tahun ni, pada pendapat abang,
jika korang seronok dengan kerja korang, rasa bahagia, dan mmapu menunaikan
kerja dengan penuh komitment serta sentiasa kreatif berinovasi, maka eloklah
ambil skim pencen umur 65 tahun jika ada, sebab orang macam korang: (Baca: yang
seronok dengan kerja, rasa bahagia, dan menunaikan kerja dengan penuh komitment
serta sentiasa kreatif berinovasi,) SANGAT di perlukan dalam perkhidmatan awam,
maka, jika kerajaan bagi skim pencen umur 70 tahunpun, korang ambiklah.
Ketahuilah, sesiapa yang suka dengan kerja dia, maka dia
telah ber’sara’ pada hari pertama dia bekerja.
Jika korang nak pencen awal dengan alasan nak menulis, nak
beribadat, nak berdakwah, jangan tunggu pencen, korang bukan kerja 24 jam, dan
hujung minggu ada cuti lagi, lepas tu banyak cuti umum yang bercantum cantum,
WFH lagi, BDR lagi, dan andai korang ada projek besar, boleh apply cuti
panjang, jangan tunggu pencen, buat sekarang. Hidup terlalu singkat untuk
bertangguh.
Korang tahu tak? Nabi start berdakwah umur 40 tahun, umur 53
tahun Hijrah ke Madinah, dua tiga tahun lepas tu, bermulalah zaman perang,
bermakna perang badar, perang uhud, perang hunain, perang khandak ni berlaku di
zaman nabi umur pencen jika kerja kerajaan, bermakna, semakin tua, makin
bersungguh nabi dalam mengembangkan agama.
Untuk rekod, Nabi sertai 28 Perang ketika umur 50-an.
1. Perang Waddan, Sebaik Hijrah Ke madinah, Nabi pergi
bersama 70 sahabat ke Waddan untuk berdakwah dan berperang jika di serang,
perjanjian damai berlaku antara Banu
Damrah. Status perang: NC: No Combat.
2. Perang Buwat, Nabi dan 200 sahabat tunggu di Buwat untuk
serang Umayyah bin Khalaf yang akan lalu di jalan itu, Umayyah ni terkenal
kerana menyeksa Bilal, tapi Umayyah takut, dan ambik jalan lain maka perang
tidak berlaku. Status perang: NC: No Combat.
3. Perang Safawan, orang kafir datang ke sempadan dan
mencuri unta, Nabi ambik masa tiga hari bersama 70 sahabat untuk berperang,
tapi orang kafir telah melarikan diri. Status perang: NC: No Combat.
4. Perang Zul Al-Ushairah, berlaku bila Nabi dengar orang
kafir telah ambik harta orang islam di Mekkah yang hijrah ke Madinah, lalu nak
jual ke Syam, Nabi pun tunggu di Zul Al-Ushairah bersama 200 sahabat. Bendera
di pegang Hamzah R.A. Maka Rombongan dari Mekkah itu patah balik dan perang
tidak berlaku, pada malam itu di riwayatkan Nabi memberitahu nasib Saidina Ali
akan dibunuh pada masa hadapan. Status perang: NC: No Combat.
5. Perang Badar berlaku bila rombongan dari Mekkah yang nak
jual harta orang islam ke Sham patah balik dan bawa 1200 tentera lengkap
bersenjata naik unta, dan 100 tentera berkuda, semuanya bersedia untuk serang
Madinah. Nabi Muhammad SAW pula tunggu di Badar bersama 313 sahabat, dua ekor
kuda, dan 70 ekor unta yang kena naik bertiga, Nabi sendiri berkongsi naik unta
bersama Ali. Tentera Islam pula ada yang tiada pedang bawa pelepah tamar, dan
ada yang berkaki ayam. Dua bendera dibawa ke medan perang, satu di pegang Ali
sebagai wakil Muhajirin, dan satu di pegang Saad mewakili ansar. Status perang:
Win!
Aduh, rasa penat pulak nak cerita semua perang Nabi,
insyaAllah saya sambung lain kali, secara ringkas saya boleh bagitahu, status
perang Nabi adalah, 13 win dengan berperang, 14 Win tanpa berperang kerana
musuh menyerah, atau ajak berdamai, atau musuh undur tanpa perang, dan satu
kalah atau seri (Perang Uhud)
Maka status perang Nabi Muhammad SAW adalah 27 Win dan Satu
Seri.
Bayangkan umur Nabi 53 tahun waktu perang Badar, hingga ke
Perang Tabuk, umur Nabi 61 tahun, umur senja, umur pencen, umur KWSP dah boleh
keluar semua caruman, tapi Nabi di zaman itu sedang sibuk berperang dan
berdakwah. Sedangkan kita umur 40 tahun usahkan nak ajak pergi berperang? Pergi
berdakwah pun ramai yang menyorok. Adohai..
Malulah kita, kerana Nabi dan sahabat, semakin tua, makin
bersungguh mereka dalam mengembangkan agama.
Tapi di mana kita diumur pencen? Sibuk kembangkan agama?
Atau hanyut dalam dunia sepi orang tua tua?, menangis bila anak anak tak balik
ziarah?, bimbang harta berkurang atau terlantar sakit jiwa yang merebak kepada
jasad?, waktu tu nak pergi masjid pun tak larat.
Maka pesan saya pada diri sendiri, sekarang, waktu sihat dan
masih bekerja, janganlah lupa tanggung jawab pada agama, jangan tunggu waktu
pencen untuk ubah dunia, jangan bertangguh tunggu pencen, sebab Hidup terlalu
singkat untuk bertangguh.
Kepada Kerajaan, tolong benarkan pengeluaran baki KWSP
lagi,sebab kami nak pergi takluk dunia dengan baki KWSP!
Woha!
Ps: Nak baca buku terbaik tentang pengurusan wang yang
sangat islamik, saya sangat rekeman, klik sini: https://tinyurl.com/bmw1hamka
No comments:
Post a Comment